laporan lawatan ilmiah ke msn

Upload: mones-rubini

Post on 18-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lawatan ilmiah

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,14000 BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.

.LAPORAN LAWATAN PENDIDIKAN JASMANI 2014Pada 06 Mac 2014 yang lepas, satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang diadakan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Jasmani yang disertai seramai 47 orang guru pelatih terdiri dari dua kelas iaitu Sem 5 Pengajian Tamil dan Sem 5 Pengajian Cina dan 2 orang pensyarah .Kami bertolak seawal jam 8.00 pagi dan tiba pada jam 9.00 pagi dengan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Sewaktu sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kami telah disambut baik oleh En Amidi bin Mohd Zain selaku wakil ketua program kami di situ.Majlis suai kenal antara kami dengan pihak MSN PP dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan ikuti dengan ucapan pengarah lawatan. Majlis diteruskan dengan taklimat En.Amidi. Beliau memperkenalkan visi, misi MSN PP dan menerangkan perlembagaan organisasi MSN PP. Beliau juga memberitahu cara MSN PP ditadbir dan cara pengendalian mesyuarat oleh MSN PP. Kami juga diberi penerangan tentang cara pengurusan kewangan dan belanjawan kewangan oleh MSN PP. Setelah selesai melihat tayangan-tayangan slaid dan penjelasan yang cukup difahami, majlis diteruskan dengan sesi pembukaan soalan. Banyak ilmu-ilmu yang telah diperolehi kami semasa sesi pembukaan soalan berkaitan dengan subjek kami iaitu PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dan jawapan yang diberikan oleh Encik Amidi cukup membuatkan kami puas dan mendapat banyak input-input yang boleh digunakan di sekolah kelak. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pensyarah kami kepada En.Amidi sebagai tanda penghargaan.Selesai sudah majlis tersebut, kami telah di bawa untuk melawat ke tempat-tempat yang ada di situ. Kami dibawa ke gimnasium di mana atlet-atlet gimrama akan menjalankan latihan gimrama di situ. Kami sangat teruja kerana itu pertama kali kami dapat melihat dan merasa sendiri alat-alat yang digunakan oleh atlet untuk berlatih.

Selepas itu,kami telah melawat ke tempat latihan judo. Banyak ilmu dan pengalaman-pengalaman yang telah dikongsikan oleh En.Hamid dengan kami. Antaranya adalah pengalaman pahit dan manis beliau melatih atlet-atlet tinju, antara kekangan-kekangan yang terdapat selama menjadi jurulatih dan banyak lagi. Kami juga berkesempatan melihat atlet-atlet tinju membuat aktiviti pemanasan badan yang penuh dengan stamina yang tinggiSetelah selesai mendengar pengalaman-pengalaman yang memberi banyak ilmu sukan kepada kami, tamatlah sesi lawatan ilmiah kami di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Sebelum pulang, kami sempat bergambar untuk merakamkan saat-saat manis kami ketika berada di Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang.Lawatan ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada kami mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ilmu-ilmu ini akan kami gunakan untuk praktikum kelak mahupun sesudah kami bekerja sebagai seorang guru pendidikan jasmani. Lawatan ini sememangnya banyak memberi kesan dalam kepada kami terhadap subjek Pendidikan Jasmani dan menjadikan subjek ini amat penting dan seronok untuk diajar dan dipelajari.

Disediakan oleh,

______________________________(MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARJAN)Naib SetiausahaLAWATAN PENDIDIKAN JASMANI 2014.