laporan keseluruhan ajk kepegawaian 2014

7
LARIAN MESRA 2014 1 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKAN Tarikh : 8 Februari 2014 Tempat : Hadapan Blok Pendadbiran IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai Jawatankuasa : Kepegawaian Senarai AJK : Rujuk lampiran 1 Perlaksanaan Tugas : Sebelum program Larian Mesra 1 Malaysia 2014 Pada peringkat awal, AJK Kepegawaian hanya mengumpul maklumat serta mendapat arahan yang sepatutnya hasil dari beberapa mesyuarat yang telah diadakan daripada AJK Induk – Ainul Ikhwani Bin Yuasri sebagai Pengerusi bersama pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashida Bt Hj Awang. Setelah mendapat pandangan awalan mengenai pergerakan acara Larian Mesra 1 Malaysia yang akan diadakan, AJK Kepegawaian mula membuat rangka awal pembahagian tugasan bagi ahli-ahli kepegawaian yang lain. 30 September 2013 Ketua Jawatankuasa Kepegawaian Larian Mesra 1 Malaysia 2014 iaitu Haanatharao A/L Gunnasagaran telah mengadakan perjumpaan bersama semua ahli-ahli kepegawaian untuk tujuan pelantikan ahli jawatankuasa dalam kepegawaian Larian Mesra 1 Malaysia. Saudara turut menerangkan tugas-tugas yang perlu dibuat oleh setiap ahli jawatankuasa dan menasihatkan ahli ajk supaya menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan cemerlang. 7 Oktober 2013 Page 1

Upload: janne-jong

Post on 20-Oct-2015

190 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

larian mesra

TRANSCRIPT

LARIAN MESRA 2014

LARIAN MESRA 20141 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKAN

Tarikh: 8 Februari 2014Tempat: Hadapan Blok Pendadbiran IPG Kampus Pendidikan Teknik, NilaiJawatankuasa: KepegawaianSenarai AJK: Rujuk lampiran 1

Perlaksanaan Tugas :Sebelum program Larian Mesra 1 Malaysia 2014 Pada peringkat awal, AJK Kepegawaian hanya mengumpul maklumat serta mendapat arahan yang sepatutnya hasil dari beberapa mesyuarat yang telah diadakan daripada AJK Induk Ainul Ikhwani Bin Yuasri sebagai Pengerusi bersama pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashida Bt Hj Awang. Setelah mendapat pandangan awalan mengenai pergerakan acara Larian Mesra 1 Malaysia yang akan diadakan, AJK Kepegawaian mula membuat rangka awal pembahagian tugasan bagi ahli-ahli kepegawaian yang lain.

30 September 2013 Ketua Jawatankuasa Kepegawaian Larian Mesra 1 Malaysia 2014 iaitu Haanatharao A/L Gunnasagaran telah mengadakan perjumpaan bersama semua ahli-ahli kepegawaian untuk tujuan pelantikan ahli jawatankuasa dalam kepegawaian Larian Mesra 1 Malaysia. Saudara turut menerangkan tugas-tugas yang perlu dibuat oleh setiap ahli jawatankuasa dan menasihatkan ahli ajk supaya menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan cemerlang. 7 Oktober 2013 Ketua Ahli Jawatankuasa Kepegawaian Larian Mesra 1 Malaysia 2014 Haanatharao A/L Gunnasagaran telah mengadakan perjumpaan bersama semua Ahli Jawatankuasa Kepegawaian untuk membincangkan urusan Larian Mesra 1 Malaysia. Ketua telah mengagihkan tugas kepada ajk-ajk yang bertanggungjawab. Tugas menentukan checkpoint telah dijelaskan oleh ketua kepada ahli yang bertanggungjawab. Ketua telah menerangkan bahawa laluan yang digunakan pada tahun lepas adalah kurang sesuai untuk para pensyarah. Oleh itu, ahli yang bertanggungjawab untuk menentukan track perlu menitikberatkan isu tersebut. Ahli yang bertanggungjawab untuk mencatat masa juga diberitahu tugasnya oleh ketua. Akhir sekali, ketua menetapkan masa untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Tarikh dan masa pelaksanaan tugas-tugas tersebut telah dibincangkan. Ketua meminta kerjasama semua ahli untuk menjayakan larian mesra pada tahun depan. 9 Januari 2014 Satu perjumpaan telah diadakan hasil gabungan tiga jawatankuasa iaitu AJK Kepegawaian, AJK Keselamatan dan AJK Peralatan. Perjumpaan dijalankan bagi memastikan keselarasan ketiga-tiga ahli jawatankuasa untuk bekerjasama pada hari Larian Mesra. Fokus utama perjumpaan tersebut ialah tentang masa pelepasan peserta bagi semua kategori. Selain itu, kami juga membincangkan tentang bilangan ahli dan posisi yang diperlukan bagi hakim masa, hakim penamat, runner, road marshall dan pencatat masa. Tambahan itu, ahli Jawatankuasa Peralatan juga diberikan penerangan tentang peralatan-peralatan yang perlu dipinjam pada hari kejadian. Selain itu, pemberitahuan daripada ketua tentang pensyarah pembimbing yang akan membantu untuk menguruskan Larian Mesra ini. Pensyarah pembimbing bagi AJK Kepegawaian ialah Puan Rashida Bt Hj Awang,Encik Ahmad Rozi Bin Abu, Encik Azemi Bin Ismail dan Puan Nurulshahidah Bt Hamdan. Justeru, Ketua Ahli Jawatankuasa Kepegawaian telah mengagihkan tugas kepada setiap ahli. Bilangan dan posisi hakim masa, hakim penamat, runner, marshall dan pencatat masa telah ditentukan. Ketua menerangkan semua tugastugas yang perlu dilakukan oleh setiap jawatan kemudian ketua meminta kerjasama semua ahli untuk bekerjasama dan menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.20 Januari 2014Perjumpaan dijalankan bagi memastikan kelancaran perjalanan simulasi Larian Mesra yang akan diadakan pada 21 Januari 2014. Ketua AJK Kepegawaian bersama Ketua AJK Teknikal memainkan peranan dalam perjumpaan kali ini. Perjumpaan ini kemudian diambil alih oleh Ketua AJK Teknikal, Antonious Anak Remon. Fokus utama perjumpaan kali ini ialah tentang perjalanan waktu dan tugas-tugas pada hari simulasi. Ketua AJK telah membahagikan ahli yang hadir kepada dua sesi perbincangan iaitu bahagian road marshall dan hakim penamat bagi memudahkan penerangan tugasa-tugas. Justeru, Ketua AJK Kepewagaian telah memainkan peranan untuk menerangkan tugas-tugas kepada semua road marshall. Selain itu, semua ahli-ahli AJK Kepegawaian yang bertugas pada hari kejadian dimaklumkan dengan kategori yang terdapat dalam program ini. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Pelajar Senior, Jemputan, Terbuka Veteran dan Terbuka Jemputan. Setiap kategori mewakili lelaki dan perempuan. Dengan itu, ketua AJK Teknikal telah menetapkan seramai empat orang hakim penamat bagi setiap lorong sebagai pemberi kad mata, penjaga masa, pencatat nombor peserta dan hakim penamat (pencatat). Setiap hakim penamat diterangkan tentang tugas masing-masing supaya tidak berlaku kekeliruan dan kesalahan pada hari kejadian. Akhirnya ketua AJK Teknikal mengingatkan setiap ahli untuk membaca peraturan Larian Mesra. Ketua juga meminta kerjasama semua ahli bekerjasama dan menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.22 Januari 2014 Satu perjumpaan telah diadakan bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan semua jawatankuasa yang lain. Seterusnya, pengerusi memperkenalkan semua ketua jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing untuk memudahkan setiap ahli jawatankuasa berhubung dan bekerjasama bagi tugas-tugas yang berkaitan. Perjumpaan diambil alih oleh Ketua AJK Teknikal untuk menunjukkan laluan Larian Mesra bagi kategori pelajar dan pensyarah. Kedudukan chechpoint juga dijelaskan supaya perjalanan raptai berjalan dengan lancar.

Semasa Program Larian Mesra 1 Malaysia 20148 Februari 2014Semua AJK Kepegawaian diminta untuk berada di kawasan tugasan masing-masing seperti yang telah ditetapkan sebelum jam 6.30 pagi. Taklimat kecil diberi oleh ketua AJK Teknikal sebagai peringatan terakhir tentang tugas-tugas Hakim Penamat masing-masing. Peralatan seperti fail, borang, jam randik, kad nombor dan juga meja hakim turut diagih kepada para hakim masing-masing. Apabila aktiviti berlangsung mengikut aturcara yang telah ditetapkan, semua pegawai menjalankan tugas masing-masing dari awal bermulanya acara sehingga acara tamat. Semua ahli focus dengan tugas masing-masing dan saling bekerjasama untuk menjayakan program ini.

Selepas program Larian Mesra 1 Malaysia 2012 Apbila program telah tamat, AJK Kepegawaian membantu AJK yang lain untuk mengemas perlatan dan mengutip sampah di kawasan sekitar berlangsungnya acara larian dan memulangkan semula tag kepegawaian kepada AJK Teknikal. Selain daripada membantu mengemas tempat kejadian, postmortem turut diadakan oleh semua guru pelatih 5PISMP bersama pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashida. Beliau telah mengucapkan taniah dan syabas kepada semua guru pelatih 5 PISMP kerana telah berjaya melaksanakan program Larian Mesra 1 Malaysia dengan jayanya. Dalam postmortem ini, beberapa kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan turut dikenalpasti. Akhirnya, setiausaha induk turut memesan kepada semua AJK bahawa menyiapkan pendukumentasi dengan secepat mungkin.

Kekuatan :Dalam Program Larian Mesra ini, AJK kepegawaian telah menunjukkan kekuatan seperti mempunyai pemimpin atau dikenali sebagai ketua AJK kepegawaian yang berkebolehan iaitu Haanatharao A/L Gunnasagaransemua. Saudara sentiasa membuat perancangan dengan teliti dan menyampaikan arahan dengan jelas serta sering memastikan ahlinya menjalankan tugas masing-masing dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, ahli AJK Kepegawaian turut menunjukkan komitmen mereka masing-masing dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Justeru, bantuan dari orang yang berpengalaman iaitu pensyarah pembimbing, Puan Hjh Noreha Bt Sarkawi dan Puan Rashida Bt Hj Awang telah banyak membantu AJK Kepegawaian dalam mengendalikan segala tugasan berkaitan dengan AJK. Akhirnya segala perancangan berjalan dengan lancar memandangkan semua ahli telah memberikan kerjasama yang amat menggalakkan. Justeru, pada edisi kali ini, empat orang runner telah diambil untuk membantu Hakim untuk membuat tugasan seperti mencetak keputusan dan mengira jumlah mata. Tidak dinafikan bahawa kehadiran runners telah memudahkan tugas para Hakim serta mencepatkan proses mengira jumlah mata rumah sukan.

Kelemahan :Kelemahan pada edisi kali ini apabila pada saat-saat akhir terdapat pegawai yang tidak dapat untuk menjalankan tugas atas alasan mengikuti acara larian mesra jemputan pada saat terakhir iaitu pada pagi hari kejadian tersebut. Masalah tersebut diatasi dengan AJK Kepegawaian mengimport salah seorang ahli daripada AJK Urusetia untuk menganti tugas tersebut. Justeru, kelemahan turut diwujudkan di bahagian penamat kerana berlaku sedikit masalah pada pendaftaran peserta bagi kategori Jemputan di mana dalam borang pendaftaran peserta telah mempunyai dua nombor peserta yang sama. Masalah ini tidak disedari oleh Hakim pendaftaran peserta sehingga pada saat akhir borang tersebut dianalisis oleh Hakim mengira jumlah mata. Hal ini membuatkan berlakunya sedikit kelewatan untuk menghasilkan keputusan rasmi dan membuatkan AJK pada bahagian hadiah dan MC menanti keputusan daripada bahagian kepegawaian. Masalah tersebut dapat di atasi dengan kecekapan pensyarah pembimbing iaitu Puan Hjh Noreha Bt Sarkawi dengan menyelesaikan masalah secepat mungkin agar tidak mengganggu kelancaran perjalanan upacara rasmi yang berlangsung.

Cadangan Penambahbaikan :Bagi penambahbaikan, dicadangkan semua ahli mengikuti perjumpaan dan raptai yang diadakan setiap kali bagi meminimumkan kesilapan yang berlaku serta turut dapat menggelak daripada mesej disampaikan dengan salah oleh orang lain. Justeru, semangat kerjasama antara setiap pihak perlulah dipupuk selalu dan dikekalkan agar semua kerja menjadi lebih senang dan teratur. Tambahan itu, ketika sesi latihan larian bagi rumah sukan yang di langsungkan, diharap agar para pegawai juga di minta untuk menjaga mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan tugasan pada saat-saat akhir.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

(JONG SHIAW HUI) (AINUL IKHWANI BIN YUASRI)SETIAUSAHA AJK KEPEGAWAIAN Pengerusi,LARIAN MESRA 1 MALAYSIALarian Mesra 1 Malaysia

Page 5