laporan kejurulatihan acara larian jaraksederhana

10
[LAPORAN KEJURULATIHAN ACARA LARIAN JARAK SEDERHANA] March 10, 2015 LAPORAN KEJURULATIHAN ACARA LARIAN JARAK SEDERHANA Pertamanya, saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana aktiviti yang telah dirancang akhirnya berjalan dengan lancar dan teratur. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang sudi memberi tunjuk ajar dalam merancang aktiviti, ahli-ahli kumpulan yang sentiasa membantu dalam melaksanakan aktviti dan tidak lupa juga rakan-rakan lain yang telah sudi memberi kerjasama dalam melakukan kesemua aktiviti yang telah dirancang. Laporan kejurulatihan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu laporan sebelum, semasa dan selepas kursus kejurulatihan acara larian jarak sederhana. Laporan sebelum: Sebelum aktiviti untuk acara larian jarak sederhana dilaksanakan, saya bersama rakan sekumpulan telah mengadakan satu perjumpaan singkat. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perjalanan aktiviti pada hari berkenaan. Perjumpaan pada hari tersebut telah diketuai oleh saudara Fakrurrazi Amin memandangkan beliau mempunyai pengetahuan dalam acara larian jarak sederhana ini. Dalam perjumpaan tersebut, kami telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk para peserta sebagai persediaan dalam melakukan acara larian jarak sederhana. Acara larian jarak sederhana ini tidak memerlukan sebarang teknik khusus larian dan tumpuan hanya diberikan kepada aktiviti pemanasan badan. FARAH ADIBAH BINTI AZME 1

Upload: aiman-muhamad

Post on 09-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Kejurulatihan Acara Larian Jaraksederhana

TRANSCRIPT

LAPORAN KEJURULATIHAN ACARA LARIAN JARAK SEDERHANA

[LAPORAN KEJURULATIHAN ACARA LARIAN JARAK SEDERHANA]March 10, 2015

LAPORAN KEJURULATIHAN ACARA LARIAN JARAK SEDERHANA Pertamanya, saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana aktiviti yang telah dirancang akhirnya berjalan dengan lancar dan teratur. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang sudi memberi tunjuk ajar dalam merancang aktiviti, ahli-ahli kumpulan yang sentiasa membantu dalam melaksanakan aktviti dan tidak lupa juga rakan-rakan lain yang telah sudi memberi kerjasama dalam melakukan kesemua aktiviti yang telah dirancang. Laporan kejurulatihan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu laporan sebelum, semasa dan selepas kursus kejurulatihan acara larian jarak sederhana. Laporan sebelum:Sebelum aktiviti untuk acara larian jarak sederhana dilaksanakan, saya bersama rakan sekumpulan telah mengadakan satu perjumpaan singkat. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perjalanan aktiviti pada hari berkenaan. Perjumpaan pada hari tersebut telah diketuai oleh saudara Fakrurrazi Amin memandangkan beliau mempunyai pengetahuan dalam acara larian jarak sederhana ini. Dalam perjumpaan tersebut, kami telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk para peserta sebagai persediaan dalam melakukan acara larian jarak sederhana. Acara larian jarak sederhana ini tidak memerlukan sebarang teknik khusus larian dan tumpuan hanya diberikan kepada aktiviti pemanasan badan. Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai bidang tugas masing-masing.Pada hari berikutnya, kami telah mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan tujuan untuk menyusun semula aktiviti yang telah disenaraikan pada perjumpaan yang pertama. Dalam perjumpaan ini, kami telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Aktiviti untuk acara larian jarak sederhana ini telah dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu aktiviti regangan, permainan kecil dan diikuti dengan latihan litar dan yang terakhir ialah latihan fartlek. Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang baru supaya perjalanan pada hari tersebut lebih tersusun. Setelah mencapai keputusan sebulat suara dalam perjumpaan tersebut, kami berjumpa pula dengan pensyarah pembimbing. Hal ini demikian kerana pensyarah tersebut dapat menilai tahap kesesuaian aktiviti yang dirancang dan dapat memberi beberapa cadangan penambaikan. Kami bersyukur kerana aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing.Setelah mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing, kami mengadakan perjumpaan kali ketiga. Perjumpaan kali ini diadakan supaya setiap ahli kumpulan mengetahui perjalanan aktiviti dan mengetahui cara melakukan setiap aktiviti tersebut. Walaupun kami mempunyai bidang tugas yang berlainan, setiap ahli juga diwajibkan untuk mengetahui bidang tugas ahli kumpulan yang lain. Pada perjumpaan tersebut juga, kami telah mencuba setiap aktiviti yang dirancang untuk mengelakkan berlakunya kesilapan pada hari berkenaan. Setiap ahli kumpulan juga telah diberi taklimat mengenai bilangan dan jenis alatan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut. Kami juga telah diminta untuk membuat persediaan awal dalam menyusun alatan untuk aktiviti yang dijalankan. Laporan semasa:Semua ahli kumpulan diminta untuk berkumpul seawal jam 7.15 pada hari tersebut. Hal ini demikian, kami diminta untuk melakukan persediaan sebelum sebarang aktiviti dijalankan. Setiap ahli kumpulan juga diminta untuk mengingati perjalanan aktiviti dan rasional aktiviti tersebut dijalankan. Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan rutin biasa seperti bangkit tubi, tekan tubi, naik turun bangku dan sebagainya. Setelah selesai menjalankan aktiviti memanaskan badan tersebut, kami telah membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan jurulatih diminta untuk mengendalikan setiap kumpulan kecil ini. Apabila selesai pembahagian kumpulan, aktiviti kejurulatihan untuk acara larian jarak sederhana dimulakan. Setiap kumpulan jurulatih dipantau oleh pensyarah pembimbing bagi melihat sebarang kesilapan ketika aktiviti kejurulatihan dijalankan. Saya telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti regangan dan beberapa aktiviti tambahan untuk memanaskan badan. Aktiviti regangan ini penting kerana ia membolehkan badan kita berada dalam keadaan bersedia sebelum kita melakukan aktiviti yang lasak. Aktiviti yang seterusnya ialah permainan kecil yang dikendalikan oleh saudari Haini dan Izzati. Permainan kecil yang pertama ialah menampar lutut kawan. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dan para peserta dikehendaki untuk menampar lutut pasangan sambil berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan. Antara otot yang ditekankan dalam permainan ini ialah otot hamstring. Permainan kecil yang seterusnya ialah permainan tarik ekor dimana para peserta perlu berlari dan menarik ekor milik pasukan lain. Kedua-dua permainan kecil ini penting bagi melatih ketangkasan setiap peserta.Setelah selesai permainan kecil dijalankan, aktiviti yang seterusnya ialah latihan litar yang dikendalikan oleh saudara Aiman. Latihan litar ini mempunyai beberapa stesen dan para peserta perlu melakukan aktiviti yang telah dikhususkan di setiap stesen. Stesen yang pertama merupakan aktiviti jumping jack, diikuti dengan burpee dan seterusnya ialah squat. Stesen keempat pula ialah aktiviti plank dan yang terakhir, aktiviti lari ulang-alik. Aktiviti-aktiviti ini penting dalam membina daya tahan otot kaki terutamanya ketika larian jarak sederhana dilakukan. Aktiviti terakhir yang dijalankan ialah latihan fartlek yang dikendalikan oleh saudara Zaim. Latihan fartlek ialah jenis latihan yang berdasarkan pelbagai kelajuan dan bertujuan untuk melatih daya tahan para peserta. Latihan ini dapat memenuhi keperluan daripada segi intensiti ulangan, kekerapan dan rehat. Latihan ini dimulakan dengan aktiviti berjalan perlahan, berjogging, berjalan pantas dan seterusnya lari pecut. Kesemua aktiviti ini dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan.Laporan selepas:Setelah selesai kursus kejurulatihan acara larian jarak sederhana, pensyarah pembimbing terlebih dahulu memberi komen terhadap aktiviti yang dijalankan. Kebanyakkan komen yang diterima daripada pensyarah pembimbing adalah bersifat negatif. Rata-rata pensyarah yang datang melihat aktiviti kejurulatihan kami tidak berpuas hati dengan aktiviti yang telah dirancang. Selain menekankan kelemahan yang didapati daripada kursus kejurulatihan ini, pensyarah tersebut juga menyatakan kekuatan aktiviti dan memberi sedikit cadangan penambahbaikan yang dirasakan sesuai terhadap aktiviti yang dijalankan. Kesemua komen yang diberikan terhadap kami diterima dengan rela hati dan sebagai pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan. Selain itu, kami juga telah mengadakan satu refleksi sesama jurulatih bagi melihat kembali kesalahan yang telah dilakukan dan membincangkan bagaimana untuk mengatasi segala kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan.Cadangan penambahbaikanSetelah meneliti semula segala kesilapan yang dilakukan semasa kursus kejurulatihan acara larian jarak sederhana tempoh hari, saya ingin menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kekurangan tersebut. Kesalahan pertama yang dinyatakan oleh pensyarah pembimbing ialah kami tidak memahami sepenuhnya konsep acara larian jarak sederhana. Hal ini demikian, kurangnya kolaborasi antara kami dan pensyarah pembimbing. Oleh itu, di masa hadapan, saya akan berusaha untuk berbincang dengan pensyarah pembimbing sebelum melakukan sebarang aktiviti dan juga menambah pengetahuan dalam sesuatu acara terlebih dahulu. Selain itu, kami juga telah ditegur kerana penyusunan langkah aktiviti yang tidak teratur. Hal ini dapat dilihat dalam penyusunan aktiviti untuk latihan litar. Pensyarah pembimbing menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan di setiap stesen adalah salah dan meminta kami melakukan semula mengikut urutan yang betul. Saya berharap di masa hadapan, saya akan mendalami konsep latihan litar terlebih dahulu dan dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kepentingan latihan litar dijalankan. Saya juga akan memilih aktiviti yang sesuai untuk dilakukan di setiap stesen dan menyusun aktiviti tersebut mengikut urutan yang betul.Antara komen lain yang dinyatakan oleh pensyarah ialah pengurusan masa yang teruk. Hal ini dapat dilihat apabila kami tidak menjalankan aktiviti secara serentak untuk semua peserta dan memberikan masa rehat yang lama kepada para peserta. Kami sepatutnya merancang aktiviti yang meningkatkan daya tahan otot para peserta, namun menurut maklum balas yang diterima, kebanyakkan para peserta tidak berasa letih dengan aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, untuk permainan kecil, tarik ekor, kami seharusnya menjalankan aktiviti itu secara serentak untuk kedua-dua kumpulan. Antara cadangan penambahbaikan yang diberikan ialah, kami boleh melakukan aktiviti ini seperti latihan fartlek. Contohnya, peserta perlu berjogging atau lari skipping tetapi dalam masa yang sama mereka harus mengejar lawan mereka. Selain melatih daya tahan para peserta, aktiviti ini juga menekankan sifat kompetetif para peserta. Komen seterusnya ialah kami telah melakukan kesalahan dalam intensiti latihan yang dijalankan. Hal ini dapat dilihat dalam latihan fartlek. Kami telah merancang untuk melakukan latihan fartlek ini sebanyak tiga set dan setiap set adalah sebanyak tiga ulangan. Namun, pada hari kejadian kami hanya meminta para peserta melakukan sekali ulangan sahaja untuk latihan fartlek ini. Menurut pensyarah bimbingan, latihan fartlek yang berdasarkan pelbagai kelajuan ini penting untuk para peserta dalam membina daya tahan mereka. Oleh itu, untuk masa akan datang, saya akan memastikan bahawa latihan fartlek ini dijalankan dengan betul dan murid-murid tahu akan kepentingannya kepada mereka. Saya juga akan memastikan bahawa masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti adalah mencukupi.Kesalahan seterusnya yang didapati semasa menjalankan kursus kejurulatihan acara larian jarak sederhana ini ialah tidak mendemonstrasikan cara yang betul dalam melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, untuk aktiviti squat, para peserta perlu berdiri menggunakan bebola kaki semasa lutut dibengkokkan. Di masa hadapan, saya akan mempelajari teknik yang betul terlebih dahulu sebelum menunjukkan cara melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, pensyarah juga menegur keluasan kawasan aktiviti yang dirasakan terhad dan tidak sesuai. Oleh itu, untuk masa yang akan datang, saya akan merancang aktiviti secara terperinci dan menambah keluasan kawasan permainan jika dirasakan perlu. Hal ini penting untuk mengelakkan para peserta berlanggar sesama sendiri.Kesimpulan Kesimpulannya, saya amat berterima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah mahupun rakan-rakan seperjuangan. Segala kesalahan yang dilakukan akan cuba diperbaiki di masa hadapan. Saya juga berharap dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari ini kepada murid-murid saya di sekolah nanti dan dapat membimbing dan seterusnya melatih mereka menjadi seorang insan yang cergas dan cerdas. Saya juga berharap untuk terus melengkapkan diri saya dengan ilmu yang cukup mengenai aktiviti-aktiviti sukan supaya saya dapat menerangkan kepentingannya kepada murid-murid di sekolah nanti.

LAMPIRAN

GAMBAR SEBELUM

GAMBAR SEMASA

FARAH ADIBAH BINTI AZME1