laporan kejohanan bola sepak

9
LAPORAN KEJOHANAN BOLA JARING IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014 Pada 24 Ogas 2014, satu kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Sebelum sebulan kejohanan bola jaring, satu perjumpaan telah diadakan antara pensyarah pembimbing kami iaitu En.Azullhaimi bin Ahmad dan Cik.Hapidah Binti AB Razak bersama dengan unit PJK SJK (T) dengan PJK SK. Kami mengadakan perjumpaan tersebut untuk membincangkan tentang butiran pelaksanaan kejohanan tersebut. PJK SJK(T) ditugaskan untuk mengandalikan satu kejohanan Bola jaring tertutup yang dibimbing oleh Ciik.Hapidah Binti AB Razak manakala kumpulan PJK SK pula dikehendaki mengendalikan kejohanan Bola Sepak tertutup peringkat IPG Kampus Raja Melewar yang telah dibimbing oleh En. Azullhaimi bin Ahmad. Pelaksanaan kejohanan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3109 iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3 yang menduduki program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Objektif bagi perlaksanaan kejohanan adalah untuk meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan dan menerapkan nilai kerjasama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Ia juga menjadi satu peluang dan ruang kepada pelajar untuk melaksanakan perancangan yang dirancang dengan kaedah yang dirasakan bersesuaian di samping menerapkan kebolehan menilai kelemahan dan kekuatan serta membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang. Bagi melaksanakan Kejohanan Bola Jaring, pada 23 Julai satu perjumpaan telah diadakan di Astaka ,Ipg Kampus Raja Melewar yang melibatkan kehadiran semua pelajar pendidikan jasmani iaitu Unit PJK SJK (T) PISMP Sem 3 bagi tujuan pelantikan ahli jawatankuasa.

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 09-Apr-2016

40 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Bola sepak

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kejohanan Bola Sepak

LAPORAN KEJOHANAN BOLA JARINGIPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014

Pada 24 Ogas 2014, satu kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja

Melewar. Sebelum sebulan kejohanan bola jaring, satu perjumpaan telah diadakan antara

pensyarah pembimbing kami iaitu En.Azullhaimi bin Ahmad dan Cik.Hapidah Binti AB Razak

bersama dengan unit PJK SJK (T) dengan PJK SK. Kami mengadakan perjumpaan tersebut

untuk membincangkan tentang butiran pelaksanaan kejohanan tersebut. PJK SJK(T)

ditugaskan untuk mengandalikan satu kejohanan Bola jaring tertutup yang dibimbing oleh

Ciik.Hapidah Binti AB Razak manakala kumpulan PJK SK pula dikehendaki mengendalikan

kejohanan Bola Sepak tertutup peringkat IPG Kampus Raja Melewar yang telah dibimbing

oleh En. Azullhaimi bin Ahmad.

Pelaksanaan kejohanan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3109

iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3 yang menduduki

program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Objektif bagi perlaksanaan kejohanan

adalah untuk meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan dan menerapkan nilai

kerjasama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Ia juga menjadi satu peluang

dan ruang kepada pelajar untuk melaksanakan perancangan yang dirancang dengan

kaedah yang dirasakan bersesuaian di samping menerapkan kebolehan menilai kelemahan

dan kekuatan serta membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang.

Bagi melaksanakan Kejohanan Bola Jaring, pada 23 Julai satu perjumpaan telah

diadakan di Astaka ,Ipg Kampus Raja Melewar yang melibatkan kehadiran semua pelajar

pendidikan jasmani iaitu Unit PJK SJK (T) PISMP Sem 3 bagi tujuan pelantikan ahli

jawatankuasa. Seramai 17 orang tenaga kerja telah diagihkan tugasan mengikut ahli

jawatankuasa masing-masing hasil daripada perbincangan . Pengerusi bagi pertandingan

bagi pertandingan bola sepak dan bola jaring adalah Ramah A/P Simanjalam . Saya telah

memegang jawatan sebagai AJK Buku Program dan Kad Jemputan bagi pertandingan bola

jaring bagi Kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Oleh yang

demikian dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan , saya berusaha melaksanakan

tugas saya iaitu membuat dan mengedar buku program dan kad jemputan sebelum dan

semasa Kejohanan Bola Jaring . Pengerusi dan naib pengerusi pula memastikan kami

melaksanakan tugasan kami dengan betul dan sempurna. Walaupun semua sibuk dengan

tugasan dan aktiviti masing-masing namun setiap ahli jawatankuasa telah diingatkan untuk

Page 2: Laporan Kejohanan Bola Sepak

memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dengan baik supaya perjalanaan

pelaksanaan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.

Oleh demikian pada 28 Julai 2014, perjumpaan yang seterusnya telah diadakan

yang dipengerusikan oleh saudari Ramah A/P Simanjalam bertujuan untuk merujuk

kembali bidang tugas setiap ahli jawatankuasa bagi mengelakkan salah faham dan

kebincangan semasa mengelolakan kejohanan serta memastikan setiap ahli jawatankuasa

melakukan tugasan mengikut bidang masing-masing. Selain itu, tujuan perjumpaan kali ini

adalah untuk melaporkan perkembangan tugasan yang telah dilakukan mengikut ahli

jawatankuasa masing-masing. Saya mengumpul maklumat untuk menyediakan kad

jemputan dan buku program bagi Kejohanan Bola Jaring. Berkesempatan dengan itu, hasil

daripada perbincangan bersama persetujuan telah dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa

bola jaring untuk membayar sebanyak RM10 setiap seorang. Manakala bayaran sebanyak

RM20 telah ditetapkan kepada setiap pasukan yang menghantar penyertaan bagi

menampung perbelanjaan kejohanan bola jaring. Yuran keahlian dan Penyertaan telah

dikutip oleh bendahari iaitu saudara Prakesh Rao A/L Ganapathy selaku bendahari

kejohanan Bola Jaring Sebelah Tertutup IPGK Raja Melewar bagi tahun 2014.

Kemudiannya pada 20 Ogas 2014, semua ahli jawatankuasa kejohanan bola sepak

dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi bagi menerangkan perkembangan bidang tugas

yang telah dilakukan. Perjumpaan diadakan secara berkala ini penting bagi memudahkan

kami , jawatankuasa tertinngi memantau perkembangan kerja yang telah dilakukan oleh

setiap ahli jawatankuasa pelaksana dan memberi ruang untuk ahli jawatankuasa berbincang

sekiranya berlaku permasalahan atau penambahbaikan. Persediaan perlulah dilakukan

dengan rapid an disempurnakan dalam kadar yang segera memandangkan tarikh kejohanan

tidak dapat ditetapkan secara muktamad dan sering bertukar-tukar atas kekangan-kekangan

yang tidak dapat dielakkan di samping memandangkan jadual kami yang terlalu padat

dengan program dan kuliah. Perjumpaan terakhir telah diadakan pada petang 23 Ogas 2014

bertempat di Astaka selepas aktiviti orienteering sebagai medium bagi melaporkan

persiapan terakhir yang telah dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa berkaitan dengan hari

kejohanan Bola jaring Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar bagi tahun 2014.

Perjumpaan pada malam tersebut bertujuan bagi menyediakan persiapan tempat dan

peralatan bagi kejohanan Bola jarring Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar yang

akan berlangsung pada keesokan harinya. harinya. Persediaan awal ini penting bagi

mengelakkan kelewatan dan berlakunya kesulitan semasa kejohanan berlangsung.

Page 3: Laporan Kejohanan Bola Sepak

Pada hari kejohanan,semua ahli jawatankuasa telah melakukan persiapan terakhir

sebelum pertandingan bermula bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan saya juga

turut membantu ahli jawatankuasa pelaksana yang lain melakukan persiapan

memandangkan tidak banyak tugasan yang perlu dilakukan pada masa tersebut. Sepanjang

kejohanan berlangsung, pengerusi bersama ahli jawatankuasa tertinggi .Saudara

Manivasagam mengikat jala jarring pada pagi tersebut.sentiasa memantau tugasan setiap

ahlijawatankuasa dan kelancaran kejohanan tersebut agar mengikut masa yang telah

ditetapkan. Antara pasukan yang telah menghantar penyertaan. Keputusan keseluruhan

kejohanan Bola jaring 9 Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar di mana johan telah

disandang oleh Pelajar PPISMP PJK semester 1 iaitu senior saya., naib johan pula

disandang oleh pasukan PISMP PJK semester 1dan tempat ketiga telah dimenangi oleh unit

PISMP PJK SK semester 3. Selain itu, terdapat cenderamata tambahan bagi pemain

keseluruhan terbaik dan penjaring terbanyak telah disediakan. Kejohanan berakhir dalam

lingkungan pukul 1 petang dan program diteruskan dengan majlis penutup yang dirasmikan

oleh pensyarah pembimbing kami sendiri iaitu Encik Azulhaimi bin Ahmad. Pada hari

tersebut pensyarah pembimbing saya tidak dapat hadir ke pertandingan tersebut kerana

beliau terpaksa pergi ke Kelantan untuk program Inovasi. Selesai sahaja kejohanan Bola

jaring Sebelah dan kejohanan Bola sepak Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar, satu

postmortem telah diadakan yang melibatkan dua kumpulan besar sebaik sahaja tamat majlis

penutupan. Melalui postmortem tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan daripada pelbagai

pihak. Ada yang meluahkan rasa hati , ada juga yang memberikan pendapat dan

pandangan serta tidak kurang juga ada yang memberikan kritikan.

Antara kekuatanyang telah ditunjukkan sapanjang saya dan rakan-rakan menganjur

dan mengelolakan kejohanan ini berlangsung, semangat Berkerjasama dan toleransi antara

kumpulan kami dan kumpulan bola sepak. Walaupun kami sibuk dan sedikit keletihan

dengan tugasan dan program yang banyak namun kami berusaha memberi komitmen

dengan dengan baik supaya pengurusan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Melalui

kejohanan seperti ini, ia memberikan kami satu ruang dan peluang untuk mengenali dengan

lebih dekat lagi antara satu sama lain sama ada antara penganjur , peserta mahupun

pensyarah yang secara tidak langsung mengeratkan silaturahim antara kami.

Sememangnya pelaksanaan kejohanan seperti ini menyerlahkan lagi kepentingan

menerapkan nilai-nilai norma bermasyarakat atau berkumpulan. Selain itu, kami dapat

mengeratkan silaturahim antara ahli dalam unit secara individunya, kejohanan Bola jaring

Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar tahun 2014 ini telah memberikan saya satu

pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan satu kejohanan yang sememangnya

Page 4: Laporan Kejohanan Bola Sepak

sukan dominan bagi golongan perempuan. Sedikit sebanyak, saya telah menimba ilmu yang

berkait rapat dengan sukan bola jaring misalnya dari sudut undang-undang bola jaring.

Malahan, ia juga memberikan saya peluang untuk meluaskan pengalaman dan pengetahuan

dalam bidang pengurusan serta pelaksanaan dan secara tidak langsung memberikan

manfaat yang besar kepada saya untuk mengaplikasikan ilmu seperti ini apabila memasuk

profesion keguruan yang sebenar kelak.

Pada masa itu, saya berpeluang untuk menguji tahap kepimpinan saya dalam

mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan atau program. Melalui kejohanan seperti ini

juga, saya dapat menilai kemahiran kendiri saya misalnya kemampuan dan gaya interaksi

social saya bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain. Seterusnya, pelaksanaan

kejohanan seperti ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada penganjur malah juga

kepada peserta. Aktiviti seperti ini telah memberikan peluang dan ruang kepada para

peserta untuk mencungkilkan bakat dan mengasah kemahiran di samping mengamalkan

gaya hidup sihat mealui bersukan. Malah, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para

peserta sangat tinggi di mana matlamat bertanding untuk menang namun nilai-nilai murni

masih diterap dan diamalkan oleh setiap peserta yang bertanding.

Kelemahan yang ditunjukkan sepamjang kejohanan ini antaranya ialah berlaku

sedikit perbalahan antara kumpulan bola jaring dan kumpulan bola sepak berpunca daripada

salah faham. Perbalahan ini berlaku dilihat berpunca daripada sikap sesetengah ahli

jawatankuasa yang mengambil sikap ‘melepaskan batuk di tangga’ terhadap bidang

tugasnya dan tiada usaha atau pencerahan diberikan kepada ahli jawatankuasa yang lain.

Kepincangan ini berlaku apabila sebahagian daripada ahli kumpulan yang seharusnya

melaksanakan tugas yang sepatutnya tidak mengikuti perkembangan tugasan tersebut

memandangkan ini kejohanan bersama. Ditambahkan pula dengan sikap sesetengah ahli

jawatankuasa yang lebih gemar menunding jari berbanding bersama-sama membantu

menyelesaikan masalah dan berkongsi pendapat menyebabkan keadaan bertambah

tegang. Selain itu, pengagihan tugasan memandangkan kejohanan bola sepak dan bola

jaring dikehendaki untuk berkerjasama dalam melaksanakan kejohanan tersebut. Kesannya

wujudlah parasit- parasit yang hanya menumpang nama atas kertas manakala tugasan

mereka diselesaikan oleh ahli yang lain di samping berlakunya pertindihan kerja antara

kedua-dua buah kumpulan besar ini. Malahan, tarikh pertandingan juga dilihat tidak sesuai

kerana tidak banyak pasukan yang telah menghantar penyertaan atas faktor kesibukan

dengan program dan tugasan masing-masing di samping masalah sumber air yang dihadapi

oleh IPGK Raja Melewar menyebabkan ramai pelajar telah mengambil keputusan untuk

pulang ke kampung halaman.

Page 5: Laporan Kejohanan Bola Sepak

Pemilihan tarikh dikatakan tidak bersesuaian adalah kerana pada ketika itu

merupakan pertengahan semester yang kita sedia maklum merupakan waktu rancaknya

pelaksanaan program daripada luar atau ipg sendiri yang sememangnya merupakan bulan

yang sibuk bagi pelajar- pelajar IPG sama ada dari sudut penglibatan mahupun pengurusan

dan ditambahkan lagi dengan musim tugas (assignment). Manakala pada sesi postmortem,

saya mendapati tidak ramai yang mahu berkerjasama dalam menyuarakan pendapat atau

meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing namun mereka lebih gemar untuk

memendam dan meluahkannya di belakang. Setelah hampir tiga tahun kami melibatkan diri

dalam pengelolakan dan pengurusan, sikap sperti inilah antaranya punca selalu berlakunya

perbalahan antara kami kerana tidak ramai yang mahu berterus terang dan yang lebih

menyedihkan tidak sampai separuh antara kami yang mengambil serius dalam

membincangkan permasalahan dan cuba mencari jalan penyelesaian secara bersama dan

adil. Sememangya perkara sebegini merupakan salah satu permasalahan yang konkrit dan

sentiasa berlaku setiap berlaku terutamanyaapabila kami diberikan tanggungjawab dalam

mengurus dan mengelolakan sesuatu program kerana hakikatnya hal sebegini akan

berbalik dan bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengawal dan menguruskan

kemahiran kendirinya. Keseluruhanya, kami memang jarang mendapatkan keputusan

bersama secara positif memandangkan antara kami lebih gemar mengambil langkah untuk

membisu dan membunyi di belakang walaupun isu ini sentiasa menjadi teguran mentor

kami yang terdahulu iaitu Tuan Haji Halim.

Antara cadangan yang dapat saya utarakan berdasarkan pelaksanaan sepanjang

kejohanan seperti ini antaranya ialah sebelum kejohanan setiap kali jawatankuasa yang

telah dilantik perlu meneliti dan merujuk bidang tugas terlebih dahulu. Setiap ahli

jawatankuasa kecil terutamanya boleh merujuk kepada pengerusi atau naib pengerusi di

samping pensyarah pembimbing itu sendiri. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya

pelaksanaan kerja yang bertindan atau sebaliknya seterunya bagi mengelakkan sebarang

masalah gangguan dalam proses melancarkan perjalanan pelaksanaan kejohanan tersebut.

Selain itu, meluaskan lagi skop pelaksanaan kejohanan di mana kita boleh membuka

penyertaan daripada institut-institut pengajian tinggi atau kole-kolej di sekitar Seremban

serta institut-institut perguruan di seluruh Malaysia.

Memandangkan kejohanan ini dilaksanakan secara gabungan jadi perjumpaan

antara kedua-dua kumpulan perlu diadakan secara berkala bagi memastikan satu

perbincangan secara bersama dapat dilakukan di samping dapat mencari keputusan yang

sepakat . Manakala, ahli jawatankuasa tertinggi antara kedua-dua belah kumpulan haruslah

bersepakat dan ber kerjasama untuk tegas dalam mengingatkan setiap ahli jawatankuasa

pelaksana melaksanakan bidang tugas masing-masing dan mengambil kira untuk

Page 6: Laporan Kejohanan Bola Sepak

mengambil tindakan bagi yang mereka yang mengingkari arahan dengan persetujuan

pensyarah pembimbing terlebih dahulu. Sikap ketua bagi semua jawatankuasa perlulah

menerangkan terlebih dahulu skop –skop tugas mengikut fasa-fasa seperti sebelum,

semasa dan selepas kejohanan kepada ahli-ahli yang lain dengan jelas dan terang.

Mungkin juga selepas itu , ketua bagi setiap jawatankuasa akan melaporkan secara

terperinci mengenai perkembangan bidang tugas yang telah dilakukan. Tambahan juga,

setiap ahli jawatankuasa boleh mengadakan satu senarai lengkap mengenai perkara-

perkara yang perlu dilakukan mengikut fasa-fasa pelaksanaan kejohanan. Akhir sekali, pada

waktu postmortem diadakan setiap ahli jawatankuasa dikehendaki atau diwajibkan untuk

memberikan laporan selepas tamat sesuatu kejohanan.