laporan hp keusahawanan

4
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9701) KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP 2014) SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI, KOLEJ KERIS MAS, UKM TARIKH PROGRAM: 1 4 MEI 2014

Upload: ct-safiyah

Post on 02-Jul-2015

57 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp keusahawanan

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

KOKURIKULUM

(HHHC9701)

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

(HASCUP 2014)

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI,

KOLEJ KERIS MAS, UKM

TARIKH PROGRAM:

1 – 4 MEI 2014

Page 2: Laporan hp keusahawanan

Saya Siti Safiah Rasyidah Bt Mustapa, A146385, pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

telah mendaftar untuk kontrak pembelajaran HHHC9701. Untuk menyiapkan kontrak pembelajaran ini,

saya telah menyertai satu program iaitu “HASCUP 2014” di bawah anjuran sekretariat sukan dan

rekreasi, Kolej Keris Mas, UKM. Di dalam program ini saya telah dilantik sebagai Eksekutif Penajaan

dan Perolehan.

Sepanjang program ini, saya telah menerapkan nilai pengurusan dan keusahawanan. Ianya dapat

dibuktikan seperti berikut:

Dalam aspek Pengurusan, sebagai Eksekutif Penajaan dan Perolehan saya ditugaskan untuk

mencari penajaan bagi kejohanan ini. Pertamanya saya dan ajk di bawah post saya menyenaraikan dahulu

senarai syarikat yang akan kami berunding untuk mendapatkan tajaan. Kemudian kami menghantar surat

kepada syarikat- syarikat tersebut untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kejohanan yang akan

dilaksanakan dan meminta mereka untuk menjadi penaja untuk kejohanan tersebut.

Setelah mendapat maklumbalas daripada mereka barulah kami dapat berunding dengan mereka.

Alhamdulillah banyak juga syarikat yang ingin menjadi penaja bagi kejohanan HASCUP pada tahun ini.

Antara syarikat yang menjadi penaja kejohanan ini ialah Sinar Harian, PNB, Gatorade, Gerakan Muda

Belia Selangor, APACS, dan Hock Eng Sport, Bank Rakyat dan Resources.

Logo penaja kejohanan HASCUP 2014.

Page 3: Laporan hp keusahawanan

Setelah selesai mendapatkan tajaan, saya membantu rakan- rakan lain di post Tugas-Tugas Khas

dan Teknikal yang masih lagi belum menyiapkan tugasan mereka. Saya telah membantu memasang

bunting dan banner serta menyiapkan gelanggang kejohanan dan pentas VIP.

Penyediaan gelanggang kejohanan dan pentas VIP.

Page 4: Laporan hp keusahawanan

Dalam aspek keusahawanan pula, saya telah membantu rakan di post Jamuan untuk mendapatkan

peralatan memasak dari Pusat Islam UKM dan membantu menjaga gerai jualan semasa kejohanan

berlangsung. Harga yang dikenakan pada setiap menu adalah sangat murah dan mampu untuk dibeli oleh

semua orang. Booth jualan ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan dana tambahan. Antara menu yang

dijual di booth tersebut

Minuman ( RM 1 per cup)

- Air Milo

- Air Sirap Bandung

- Air Jagung

- Air Anggur

Makanan

- Sosej ( RM1 per cucuk)

- Nugget ( RM1 per cucuk)

- Jagung manis (RM 2 per cup)

- Waffle (RM 3.50)

Selain itu kami juga turut menjual surat khabar Sinar Harian pada hari kejohanan sebagai tanda

menyokong rakan media kami.

Booth jualan ada hari kejohanan.