laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

15
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9601) KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP 2014) SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI, KOLEJ KERIS MAS, UKM TARIKH PROGRAM: 1 – 4 MEI 2014

Upload: salimomo

Post on 07-Aug-2015

48 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9601)

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

(HASCUP 2014)

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI,

KOLEJ KERIS MAS, UKM

TARIKH PROGRAM:

1 – 4 MEI 2014

TEMPAT :

DEWAN GEMILANG, UKM

Page 2: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

PENDAHULUAN

Saya Salimah Binti Safie, A146400, pelajar Teknologi Maklumat, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat telah mendaftar kontrak pembelajaran Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HHHC9601). Saya dan rakan-rakan saya daripada secretariat sukan dan rekreasi, Kolej Keris Mas telah menjalankan program “Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. HasmahMohd Ali - HASCUP 2014”. Program ini telah dijayakan oleh sekretariat sukan dan rekreasi, Kolej Keris Mas, UKM bersama pelajar kolej.

Di dalam program ini, saya telah diberikan kepercayaan dan bertanggungjawab sebagai sebagai AJK Pelaksana. Program yang saya sertai ini bersesuaian dengan kontrak pembelajaran HHHC9601 kerana objektif program ini sendiri adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan Kontrak Pembelajaran. Salah satu objektif tersebut ialah meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Program ini telah mula dirancang 5 bulan sebelum tarikh kejohanan. Hal ini dapat dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 30 Disember 2014. Seterusnya kertas kerja telah mula dibuat bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014.

Page 3: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

Sebagai salah seorang ahli yang menjayakan program ini, saya berasa berbangga dapat bekerjasama dengan semua ahli. Oleh itu saya telah menyiapkan satu ‘mind map’ khas menunjukkan kami berjaya menyiapkan program ini dengan jayanya.

Page 4: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

HASIL PROGRAM

Sepanjang program ini dijalankan, saya telah menerapkan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan melalui tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Ianya dapat dibuktikan seperti berikut :

I. Saya bertanggungjawab untuk menyediakan tempat program seperti pentas, kemah dan PA sistem. Semasa melakukan persiapan tersebut aspek kerja berpasukan telah diterapkan yang mana saya dan rakan-rakan AJK yang lain telah bekerjasama secara berpasukan dengan membahagikan tugas secara berkumpulan seperti memasang banner dan bunting, memasang court mat dan net, mengangkat dan menyusun kerusi, menghiasi dewan dan banyak lagi. Hasil daripada kerja berpasukan kami berjaya menyiapkan tempat program (Dewan gemilang) dengan baik dan teratur dalam masa yang dirancang.

Banting dan kain rentang diatur dengan baik oleh AJK pelaksana.

Kami berjaya menyiapkan pentas VIP dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

Page 5: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

Memastikan PA

Persediaan gelanggang permainan iaitu memasang net, membentang court mat serta memastikan kawasan gelanggang selamat dan bersih.

Memastikan setiap sudut dewan sempurna termasuklah langsir dewan.

Page 6: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

II. Saya telah membantu Eksekutif Cenderamata bagi menyediakan hadiah untuk para pemenang. Kami telah membuat tinjauan di sekitar Bangi untuk menyediakan hamper dan piala bagi para pemenang. Kami juga telah mendapat penajaan hadiah berbentuk barangan sukan daripada APACS dan Hock Eng Sport.

III. Semasa kejohanan berlangsung saya dan rakan-rakan AJK yang lain telah ditugaskan untuk menjadi hakim garisan perlawanan. Kami telah ditugaskan untuk menjadi hakim garisan selama 2 hari iaitu, semasa perlawanan peringkat pusingan dan juga perlawanan suku akhir. Bagi perlawanan akhir dan separuh akhir tugas tersebut telah diambil alih oleh mereka yang lebih professional. Semasa menjadi hakim garisan, kami telah mengamalkan sistem giliran yang mana semua AJK yang terlibat akan dibahagikan kepada empat sekumpulan dan telah ditetapkan court yang mana yang akan mereka jaga. Setelah selesai satu perlawanan kumpulan yang lain akan mengambil alih tugas kumpulan yang sebelumnya secara bergilir.

Pembahagian kumpulan (4 orang 1 kumpulan) yang ditugaskan sebagai hakim garisan.

Page 7: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

IV. Gerai jualan diadakan pada hari program bertujuan untuk mendapatkan dana tambahan. Selaku post tugas-tugas khas saya dan rakan-rakan diminta untuk menyediakan tempat jualan dan barang-barang yang diperlukan. Oleh itu, kami telah mendapat kebenaran untuk menggunakan keperluan dapur daripada cafeteria Kolej Keris Mas. Kami telah menjual makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah antara yang dijual di gerai jualan hascup.

minuman (milo, anggur, orange, laici, jagung, sirap bandung) – RM1 per cawan.

makanan – Hogdog, nugget, bebolaikan(RM1 per cucuk) - Jagung (RM2 per cawan) - Waffel (RM3.50)

Kami turut menjual surat khabar sinar harian bagi menyokong rakan media program.

Page 8: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

PERJALANAN SEBELUM PROGRAM

Saya bersama ahli jawatan kuasa HASCUP telah mengadakan 18 kali perjumpaan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Berikut adalah carta alir perjalanan minit mesyuarat yang telah dilaksanakan :

RINGKASAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat 1Perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi kejohanan.Cadangan tarikh dan tempat

Minit mesyuarat 2Pembentangan kertas kerja.

Minit mesyuarat 3Persetujuan tarikh kejohanan.Perkembangan terhadap penajaan.

Minit mesyuarat 4Membincangkan tentang tajaan makanan semasa program berlangsung.

Minit mesyuarat 5Pengagihan tugas bagi setiap post.Selaku post tugas-tugas khas, saya perlu bertanggungjawab terhadap tempat program(eg: pentas, khemah, PA sistem)

Minit mesyuarat 6Semua post diminta untuk berusaha mendapatkan penajaan.

Minit mesyuarat 7Membincangkan tentang rekaan t'shirt.

Minit mesyuarat 8Perkembangan terkini tentang tajaanRekaan t'shirt telah dipersetujui ramai.

Minit mesyuarat 9Menbincangkan tengtang rekaan banting dan kkain rentang.

Page 9: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

Selepas minit mesyuarat yang terakhir iaitu pada 27 April 2014, Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah telah berlangsung dengan jayanya pada 1 -4 Mei 2014.

Minit mesyuarat 10Perkembangan terkini bagi setap post.Bagi post saya, kain rentang dan banting hampir sepenuhnya siap.Rekaan baju juga telah disiapkan.

Minit mesyuarat 11Membincangkan tentang penajaan terkini.

Minit mesyuarat 12Membincangkan tenttang susun atur banting.

Minit mesyuarat 13Telah menndapat persetujuan penuh oleh Tun Hasmah.

Minit mesyuarat 14Perkembangan terkini setiap post

Minit mesyuarat 15Pembayaran baju ajk -RM30.Perkembangan terkini tentang dana.

Minit mesyuarat 16Selaku ketua post tugas-tugas khas, perlu memastikan keadaan dewan dan bertanggungjawab memegang kunci dewan.Setiap ketua post perlu memberikan kejelasan penuh kepada setiap ajk di dalam post.

Minit mesyuarat 17Semua ajk/post diminta untuk menjadi hakim garisan.Membincangkan tentang perjalanan hari program.

Minit mesyuarat 18Menyenarikan persediaan akhir.Bersetuju untuk menyiapkan tempat perlawanan 2 hari sebelum majlis.

Page 10: Laporan hp kepimpinn n kerja brpsukn

KESIMPULAN

Apa yang dapat saya perolehi dari tugasan-tugasan tersebut ialah saya dapat belajar bagaimana untuk menyediakan gelanggang badminton. Pengetahuan saya tentang permainan badminton juga semakin bertambah. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara untuk menyediakan dan menghiasi pentas daripada mereka yang lebih berpengalaman. Melalui program ini juga minat saya terhadap sukan badminton semakin bertambah selepas mengetahui segala peraturan permainan tersebut. Saya juga belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan-rakan baru dan cara-cara berinteraksi dengan pelanggan semasa menjaga gerai jualan.

Bersesuaian dengan tema HASCUP 2014 iaitu “ BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ”, ia telah sedikit sebanyak membuatkan menyemaikan satu semangat kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. Tema ini dipilih berdasarkan matlamat dan objektif program yang telah digariskan iaitu mencipta kegemilangan sukan. Bersukan mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik dan menghindar kita dari tabiat hidup yang buruk. Gabungan faktor ini memangkinkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

Sebagai salah seorang AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan hasil daripada penerapan aspek kepimpinan dan kerja berpasukan dalam projek ini, Kejohanan HASCUP 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Saya juga dapat berkenalan dan bekerjasama dengan rakan-rakan baru dan seterusnya meningkatkan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan dalam diri saya .Suasana semasa melakukan tugasan-tugasan tersebut adalah sangat meriah dan harmoni kerana setiap AJK menunjukkan sikap kepimpinan dan kerja berpasukan yang baik. Walaupun terpaksa bekerja keras dan pulang lewat setiap malam untuk melakukan persiapan dewan kami tetap bersatu dan bekerjasama membantu sesama sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut.

______________________SALIMAH BINTI SAFIE – A146400 _________________________

*************************SEKIAN, TERIMA KASIH******************************