laporan hp 2

6
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9201) KEMAHIRAN KOMUNIKASI SALIMAH BINTI SAFIE A146400 PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) ANJURAN:

Upload: salimomo

Post on 04-Aug-2015

247 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp 2

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9201)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

SALIMAH BINTI SAFIE

A146400

PROGRAM :

BENGKEL GAFE

( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

ANJURAN:

KELAB INFORMATIK

Page 2: Laporan hp 2

LAPORAN AKTIVITI

Program ini dirancang di peringkat kelab khusus sebagai platform bagi memberi persediaan

bagi aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel

pengajaran untuk guru. Apa yang telah dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan digunakan

pada bengkel pengajaran untuk guru. Di dalam bengkel tersebut ahli sendiri akan menjadi

tenaga pengajar. Program ini telah mula dirancang 6 minggu sebelum tarikh program ini

dilaksanakan. Hal ini dapat dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 9 April

2015. Seterusnya draf kerja telah mula dibuat bagi tujuan kelancaran program.

Kami telah mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi memastikan program ini berjalan

dengan lancar. Berikut adalah carta alir perjalanan minit mesyuarat yang telah dilaksanakan

Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan

kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi

memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google. Idea untuk

menjalankan program ini timbul bertujuan sebagai satu platform untuk mempromosikan

produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google.

Selain itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student

Ambassador (GSA). Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk pelajar

Mereka juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh SC Kim. Melalui

program ini, mereka akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan

product google yang sedia ada.

Program ini dikendalikan selama dua hari bermula dengan perkongsian pengalaman

SC Kim menjadi Google Student Ambassador Malaysia. Taklimat ini akan memberi

pendedahan yang berguna untuk ahli mengetahui dengan apa yang menarik atau kelebihan

Google Ambassador amnya.

Seterusnya, ia diteruskan pula dengan taklimat ringkas mengenai produk Google dan

aplikasi Google. Selepas ahli mengetahui serba sedikit tentang aplikasi Google, pengajaran

fasa pertama tentang aplikasi Google akan dikelolai oleh SC kim sendiri. Fasa kedua pula

diteruskan pada hari berikutnya yang telah dicadangkan.

Page 3: Laporan hp 2

REFLEKSI DIRI

Melalui program ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan yang paling penting saya

telah belajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi. Saya telah banyak mempraktikkan

komunikasi jenis bertulis berbanding lisan dan bukan lisan. Hal ini adalah disebabkan oleh

tugas saya sebagai setiausaha kelab.

Terdapat beberapa bentuk atau jenis teks komunikasi bertulis yang telah diguna pakai

sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung. Antaranya ialah :

a) Melalui tulisan ilmiah : saya telah menggunakan komunikasi melalui tulisan

ilmiah bagi penyediaan kertas kerja program serta minit mesyuarat. Kami

telah menyediakan kertas kerja beberapa minggu sebelum program.

b) Melalui surat rasmi : saya telah ditugaskan untuk menulis surat tempahan

makmal untuk digunakan semasa program ini berlansung. Surat ini dijadikan

sebagai alat komunikasi bertulis yang ditulis kepada dekan.

c) Melalui memo : saya telah menghantar memo melalui google plus untuk

berhubung dengan ajk GAFE. Saya telah menggunakan kaedah ’event’ yang

terdapat di dalam google plus. Tujuan memo ini ditulis adalah untuk panggilan

mesyuarat. Kami telah mengadakan sebanyak 3 kali minit meyuarat sebelum

program. Selain berhubung dengan ajk GAFE saya menggunakan memo untuk

berhubung dengan peserta GAFE untuk memberi peringatan kepada mereka

tentang masa tempat program.

d) Melalui emel : saya telah menggunakan alat komunikasi elektronik bertulis ini

bagi tujuan bekomunikasi dengan penasihat kelab. Dalam hal ini saya telah

menggunakan bahasa dan tutur kata yang sopan tanpa menggunakan apa-apa

singkatan pada perkataan supaya memudahkan pembaca untuk membalas atau

bertindak.

Komunikasi interpersonal juga telah terbentuk melalui komunikasi saya dan penasihat

kelab. Sebagai setiausaha, saya telah diminta untuk membuat satu surat tempahan makmal.

Di sini saya telah berjumpa dengan penasihat kelab iaitu Puan Zaihosnita untuk mendapatkan

format yang betul untuk menulis surat terebut.

Page 4: Laporan hp 2

Sebagai salah seorang ajk tertinggi kelab juga, saya bersama seorang lagi ajk kelab

telah berjumpa salah seorang penasihat kelab iaitu Cik Umi bagi bertanyakan mengenai

perancangan aktiviti kelab dengan lebih lanjut. Melalui hal ini, komunikasi berbentuk

interpersonal dan juga berkumpulan telah terbentuk.

Pada hari kedua bengkel pula terdapat beberapa orang peserta tidak dapat menyertai

kerana terdapat lab kuiz. Di dalam hal ini pula dapat dilihat komunikasi berbentuk

berkumpulan telah terhasil apabila saya dan ajk yang lain telah berbincang penyelesaiannya

iaitu dengan mengadakan satu lagi sesi tetapi pengajarnya ialah terdiri daripada ajk itu

sendiri. Satu bengkel akan diadakan pada awal semesta akan datang.

Akhir sekali, melalui program ini saya dapat meningkatkan komunikasi berasaskan

teknologi iaitu melalui telefon, emel dan juga beberapa produk google yang sedia ada seperti

blog, google plus dan juga hangout. Selain itu, saya menggunakan google plus bagi

berkomunikasi dengan ahli kelab dan juga gafe.

KESIMPULAN

Faktor persekitaran seperti pendedahan yang kerap dalam pergaulan positif sebenarnya

mematangkan seseorang dan mendatangkan tahap kemahiran berkomunikasi, Saya juga dapat

memahami apa yang penting bagi kemahiran komunikasi ialah mesti mempunyai implikasi

signifikan dalam kehidupan manusia selain daripada sekadar membantu dalam mewujudkan

susana yang baik bagi kelancaran majlis .

Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah penting dalam sesebuah

program. Dengan kemahiran ini, setiap individu mempunyai peluang lebih baik untuk

diterima masyarakat dan seterusnya menjadi golongan yang mampu bertahan dalam pelbagai

situasi. 

Sebagai salah seorang ahli yang menjayakan program ini, saya berasa berbangga

dapat bekerjasama dengan semua ahli.