laporan final

10

Click here to load reader

Upload: dharshini-gangatharan

Post on 28-Nov-2015

433 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan final

PANDUAN PENYEDIAAN

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI FTMK

Panduan ini merupakan panduan penyediaan laporan latihan industri bagi pelajar Fakulti Teknologi

Maklumat & Komunikasi, UPSI. Semua pelajar dinasihatkan untuk merancang penulisan pada

permulaan dan semasa LI dijalankan supaya maklumat yang masih segar di dalam minda dapat

direkodkan. Gunakan gaya penulisan yang baik dan gambarkan semua fakta yang berkenaan

pengalaman kerja dan pemerhatian dengan munasabah dan BERPATUTAN sahaja.

Laporan latihan Industri bagi Pelajar FTMK terdiri daripada dua (2) bentuk laporan iaitu :-

i) Laporan Akhir Latihan Industri

� Secara umumnya laporan akhir memuatkan beberapa aspek seperti latarbelakang

industri, tugas-tugas dan aktiviti yang dilakukan sepanjang LI.

� Penulisan mengikut format yang ditetapkan. (rujuk contoh penulisan laporan akhir)

� Melampirkan Laporan Catatan Mingguan Latihan Industri pelajar.

� Laporan Akhir ini perlu disahkan oleh penyelia industri. (lampiran 2)

� Penghantaran Laporan Akhir adalah dimuatkan di dalam Fail Folio berwarna putih .

ii) Laporan Tugasan Khusus Latihan Industri

� Satu tugasan khusus merujuk kepada satu tugasan spesifik yang diberikan oleh industri

mahupun Fakulti terlibat kepada pelajar untuk diselesaikan sepanjang tempoh Latihan

Industri.

� Laporan khusus pelajar perlu menjurus kepada bidang pengajian pelajar iaitu Multimedia

atau Rekabentuk Berkomputer.

� Penulisan mengikut format yang ditetapkan. (rujuk contoh penulisan tugasan khusus)

� Melampirkan dokumen/ projek yang dijalankan (sekiranya ada)

� Penghantaran Laporan Khusus adalah secara berjilid kulit keras (berwarna biru

muda/laut) dan softcopy.

Kedua-dua laporan tersebut perlu diserahkan kepada pensyarah penyelia dalam masa dua (2)

minggu setelah tamat menjalani Latihan Industri. Manakala satu sesi pembentangan Laporan

Tugasan Khusus LI oleh pelajar akan dijalankan pada minggu ke tiga (3) selepas tamat latihan

industri.

Page 2: Laporan final

PANDUAN UMUM LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Saiz huruf Times New Roman 12 poin, langkau 1.5 baris

Jidar (Margin) Atas (30mm), bawah (25mm), kiri (38 mm), kanan (25 mm)

Nombor halaman Bahagian atas pepenjuru kanan

Kertas dan cetakan A4 dan cetakan/fotokopi yang jelas

Jumlah Patah Perkataan 2000 Patah perkataan tidak termasuk gambar, lampiran dan

sebagainya bagi setiap laporan

Laporan Akhir LI

laporan yang lengkap (hardcopy) secara dimuatkan di dalam

Fail folio putih.

Media Penghantaran

Laporan Tugasan Khusus LI

Laporan yang lengkap hendaklah dijilid dengan ‘hard covers’

berwarna biru muda/laut sebanyak 1 salinan dan juga dalam

bentuk softcopy kepada penyelianya.

Page 3: Laporan final

CONTOH PENULISAN LAPORAN AKHIR LI

BAHAGIAN KETERANGAN Muka Surat

Muka Depan (Kulit) i. Tajuk Laporan : “Laporan Latihan Industri”.

ii. Maklumat Pelajar:

Nama, No Matrik, dan Nama serta Kod Program

(Rujuk LAMPIRAN 1)

Pengesahan Pelajar

& Pemeriksa

(Rujuk LAMPIRAN 2) i

Penghargaan Nyatakan individu dan/atau organisasi yang diberi

penghargaan atas bantuan yang diberi dalam melaksanakan

Latihan Industri.

ii

Isi Kandungan Senarai bab dan bahagian utama berserta dengan muka surat yang dirujuk.

Senarai jadual, gambarajah dan foto (jika perlu

iii

BAB LAPORAN

Bab 1

(Pengenalan)

Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri dan

latarbelakang tempat latihan industri. Bagi topik pengenalan

kepada Latihan Industri ia merangkumi pendahuluan, Objektif

latihan industri, Objektif laporan dan kepentingan latihan

industri kepada pelajar. Bagi maklumat kepada latabelakang

organisasi ia merangkumi pengenalan, sejarah penubuhan,

ahli lembaga pengarah (jika ada), aktiviti organisasi, halatuju

organisasi dan carta organisasi.

1

dan

seterusnya

Bab 2/3/4

(Laporan Teknikal)

Laporan ini terdiri daripada kerja-kerja teknikal yang

dilakukan semasa latihan. Bilangan bab adalah bergantung

kepada topik yang dipilih oleh pelajar. Pemilihan topik bagi

setiap bab adalah tertakluk kepada kerja teknikal yang

dilakukan semasa latihan. Pelajar hendaklah menerangkan

secara terperinci topik-topik tersebut. Setiap maklumat yang

dilaporkan hendaklah disokong dengan gambarajah, jadual

dan sebagainya. Berikut merupakan maklumat yang perlu

dimasukkan:

Huraian tugasan yang dilaksanakan

Jadual program latihan atau tugasan/projek

Page 4: Laporan final

Tugasan-tugasan spesifik (senaraikan dan jelaskan

dengan ringkas)

Jenis-jenis aktiviti/projek mengikut urutan masa

Objektif yang ingin dicapai

Bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat

Pengajaran baru yang diperolehi (tidak semestinya

teknikal)

Jadual program latihan atau tugasan/projek

Bab 5

(Komen &Cadangan)

Cabaran dan penyelesaian

Bab 6

(Kesimpulan)

Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan

laporan.

Penelitian kritis tentang pencapaian latihan industri

secara keseluruhan

Pemerhatian

Lampiran/

Rujukan(jika ada)

Ia adalah bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan

lagi hujah yang ditulis. Semua lampiran perlu diletak di

belakang laporan, selepas bab Kesimpulan.

Bahagian Akhir dilampirkan:-

Laporan Catatan Mingguan Latihan Industri

(Rujuk LAMPIRAN 3)

Page 5: Laporan final

CONTOH PENULISAN LAPORAN TUGASAN KHUSUS LI

Format kandungan termasuklah:

BAHAGIAN KETERANGAN Muka Surat

Muka Depan (Kulit) iii. Tajuk Laporan : “Laporan Latihan Industri”.

iv. Maklumat Pelajar:

Nama, No Matrik, dan Nama serta Kod Program

(Rujuk LAMPIRAN 1)

Pengesahan Pelajar

& Pemeriksa

(Rujuk LAMPIRAN 2) i

Penghargaan Nyatakan individu dan/atau organisasi yang diberi

penghargaan atas bantuan yang diberi dalam melaksanakan

Latihan Industri.

ii

Isi Kandungan Senarai bab dan bahagian utama berserta dengan muka surat yang dirujuk.

Senarai jadual, gambarajah dan foto (jika perlu)

iii

BAB LAPORAN

Bab 1

Pengenalan projek

Latar belakang projek

Pernyataan masalah

Objektif/kajian projek

Skop/ batasan projek

Kepentingan projek

1

dan

seterusnya

Bab 2

Kajian literatur

Keperluan perkakasan dan perisian serta justifikasi keperluan projek

Bab 3

Metodologi (Kaedah, teknik atau pendekatan yang digunakan semasa rekabentuk atau implimentasi projek, spesifikasi input dan hasil jangkaan)

Bab 4 Hasil pembangunan projek

Bab 5 Kesimpulan dan cadangan

Rujukan/ Bibliografi Senarai buku/ bahan rujukan yang digunakan (jika ada)

Lampiran Perancangan kerja untuk projek (carta Gantt)

Contoh antaramuka/ grafik

Page 6: Laporan final

LAMPIRAN 1

Muka Depan Laporan Latihan Industri

[CONTOH]

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(Tahoma 16 bold)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

(KOD KURSUS)

(Tahoma 12 bold)

TAJUK

(Tahoma 14 bold)

NAMA PELAJAR

(NOMBOR MATRIK)

NAMA PROGRAM

(Tahoma 14 bold)

2007/2008

(Tahoma 14 bold)

Page 7: Laporan final

LAMPIRAN 2

PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA

PELAJAR

“Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ....................................................

Nama Pelajar : ................................................................................................

No. Pendaftaran : .....................................................

Tarikh : .....................................................

PEMERIKSA

“Saya akui bahawa saya telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah.”

Tandatangan : ....................................

Nama & Cop Jawatan :

Tarikh : …………………………..

KOMEN/CADANGAN :

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

Page 8: Laporan final

LAMPIRAN 3

LAPORAN CATATAN MINGGUAN

LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

Nama Pelajar :

No Matrik :

Nama dan alamat organisasi :

Nama Penyelia : 1) Organisasi :

2) Fakulti :

Page 9: Laporan final

Minggu Tugas yang dilaksanakan Tandatangan Penyelia

Industri dan Komen

1

2

3

4

5

6

Page 10: Laporan final

7

8

Disemak Oleh Penyelia Industri/Wakil

-------------------------------------------------

Tandatangan dan Cop Jabatan

Arahan:

1. Pelajar dikehendaki merekodkan semua aktiviti dalam Laporan Mingguaan

2. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Penyelia Industri setiap minggu

untuk semakan dan pengesahan.

3. Laporan ini hendaklah dihantar bersama dengan laporan latihan industri.

4. Semua dokumen yang berkaitan seperti MC, surat kebenaran meninggalkan

premis dll hendaklah disertakan dalam Laporan .