laporan ekspedisi berbasikal 2012

7
LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012 BIL PERKARA BUTIRAN 1 Nama Program Ekspedisi Berbasikal 2012 (Lencana Wajib Ahli Penunggang Basikal) 2 Tarikh Program 14 Julai 2012 3 Tempat Program Sekitar Kawasan Jalan Pontian Lama 4 Penganjur Persatuan Pengakap Malaysia Sk Sri Pulai Perdana 5 Kumpulan Sasaran/Peserta Ahli Pengakap Tahun 3, 4 dan 5 6 Guru Pengiring En. Emir Nashriq Bin Kassim En Muhammad Haziq Bin Salim Cik Norhidayah Binti Jalil Cik Zurehan Binti Md Dan En. Sahril Aswan Bin Sawal 7 Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut tentatif keseluruhan program) Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ekspedisi berbasikal 2012 ini adalah peserta berbasikal melalui jalan berturap sehingga ke Pulai Spring Resort. Walaupun cuaca agak mendung tetapi hal ini tidak mematahkan semangat peserta. Di Pulai Spring Resort, peserta di bawa melawat kawasan

Upload: mecha-bee

Post on 05-Aug-2015

311 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

BIL PERKARA BUTIRAN

1 Nama ProgramEkspedisi Berbasikal 2012 (Lencana Wajib Ahli Penunggang Basikal)

2 Tarikh Program 14 Julai 2012

3 Tempat Program Sekitar Kawasan Jalan Pontian Lama

4 Penganjur Persatuan Pengakap Malaysia Sk Sri Pulai Perdana

5 Kumpulan Sasaran/Peserta

Ahli Pengakap Tahun 3, 4 dan 5

6 Guru Pengiring

En. Emir Nashriq Bin Kassim

En Muhammad Haziq Bin Salim

Cik Norhidayah Binti Jalil

Cik Zurehan Binti Md Dan

En. Sahril Aswan Bin Sawal

7 Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut tentatif keseluruhan program)

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ekspedisi berbasikal 2012 ini adalah peserta berbasikal melalui jalan berturap sehingga ke Pulai Spring Resort. Walaupun cuaca agak mendung tetapi hal ini tidak mematahkan semangat peserta. Di Pulai Spring Resort, peserta di bawa melawat kawasan ‘Sport Center’ oleh Encik Jefri dan Encik Emirul.

Peserta diberi penerangan ringkas berkenaan permainan golf seperti cara permainan, peralatan dan kemudahan golf yang ada di situ. Peserta juga dibawa melawat ke tempat penyimpanan ‘golf buggy’ dan ke padang

Page 2: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

untuk melihat sendiri cara permainan golf dimainkan. Murid juga diperkenalkan dengan ‘lighting detector’ yang dapat mengesan kehadiran kilat dari jarak yang ditetapkan.

Ekspedisi diteruskan ke Nursery Herba Pak Ali yang terletak bersebelahan dengan Pulai Spring Resort. Kehadiran peserta disambut mesra oleh pa kali dan isteri. Di perhentian ini, peserta didedahkan berkenaan ilmu herba dan khasiat pokok hutan yang ditanam sendiri pak ali. Antara pokok dan herba yang diperkenalkan:

Pecha kaca: masalah batu karang

Misai kucing: masalah darah tinggi

Bunga senduduk putih: masalah demam yang berpanjangan

Stevia: masalah kencing manis

Akar manis: masalah kencing manis

Belalai gajah: masalah kanser

Mahkota dewa: masalah kanser

Daun bismillah: masalah urat saraf, kolestrol

Hempedu bumi: masalah darah tinggi, kencing manis

Tongkat ali: melancarkan darah

Petai wali: darah tinggi, kencing manis

Akar resdung: masalah hidung gatal atau sakit hidung

Ginseng: melancarkan darah

Mas cotek: masalah wanita

Daun senduduk putih: luka, bengkak

Daun gaharu: kebanyakkan penyakit

Jadam: masalah demam panas

Peserta juga diberi beberapa jenis daun herba untuk dirasa dan dibawa masuk ke dalam

Page 3: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

hutan pelajaran. Di dalam hutan pelajaran, peserta diperkenalkan dengan beberapa jenis kayu yang terdapat di dalam hutan Malaysia.

Peserta bertolak pulang ke sekolah dan sampai kira-kira jam 11.30 pagi. Selepas menyiapkan laporan aktiviti, peserta berhimpun di dalam istiadat dan dianugerahkan Lencana wajib- Ahli Penunggang Basikal oleh Pemimpin Pengakap 48, Encik Emir Nashriq Bin Kassim.

8 Masalah/ kekangan yang dihadapi

Cuaca yang mendung dan hujan memberi lebih cabaran kepada para peserta. Terdapat juga beberapa pelajar yang tidak dapat menyertai ekspedisi ini kerana tiada basikal.

9 Kelebihan / Manfaat program kepada peserta

Mengeratkan perpaduan dan hubungan

antara Ahli Pengakap SK Sri Pulai

Perdana.

Melahirkan pelajar yang bergiat aktif

dalam aktiviti lasak.

Memupuk semangat kesukanan dan

disiplin diri.

Menyemai semangat cintakan alam

semula jadi dalam diri Ahli Pengakap.

10Cadangan penambahbaikan program

Semua peserta seharusnya memakai topi

keledar penunggang basikal dan jaket

keselamatan pemantul cahaya.

Guru perlu memeriksa dengan lebih teliti

keadaan basikal peserta sebelum

memulakan ekspedisi.

Page 4: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

Rentetan peristiwa ekspedisi berbasikal 2012

Pendaftaran peserta bermula jam 7.15 pagi…

Melakukan aktiviti regangan bagi mengelak berlaku kecederaan otot ketika ekspedisi…

Page 5: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

Taklimat keselamatan daripada wakil Balai Polis Kangkar Pulai..

Page 6: LAPORAN EKSPEDISI BERBASIKAL 2012

Disediakan Oleh,

............................

(SAHRIL ASWAN BIN SAWAL)

Setiausaha Program,

Ekspedisi Berbasikal 2012,

SK Sri Pulai Perdana.

Disemak Oleh,

.......................................................

( EMIR NASHRIQ BIN KASSIM)

Pemimpin Pengakap 48,

SK Sri Pulai Perdana.

Disahkan Oleh,

.................................

(ABD. LADI BIN HASSAN)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

SK Sri Pulai Perdana.