kor tani angkatan baru...

12
Bil. 2/2012 KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG MENGUJI KESABARAN DAN KECERGASAN PESERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 1

Bil. 2/2012

KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG MENGUJI KESABARANDAN KECERGASAN PESERTA

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012

Page 2: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

2 | Buletin LPP

SYUKUR ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan dengan izin-Nya penerbitan Buletin LPP Bilangan 2/2012 Edisi Mei 2012 dapat dilaksanakan.Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea dan memberikan kerjasama sehingga terlaksananya penerbitan Buletin LPP pada kali ini. Sesungguhnya sumbangan semua anggota disemua peringkat LPP samada diperingkat kebangsaan ataupun diperingkat negeri dalam menyumbang idea dan berita sangat-sangat dialu-alukan.

Sebagaimana sedia maklum, Buletin LPP adalah salah satu alat atau medium untuk menyampaikan maklumat mengenai kegiatan LPP, Pertubuhan Peladang, anggota LPP dan lain-lain berita yang berkaitan LPP untuk

Dari MejaKetua Pengarah ...

pengetahuan umum, terutamanya warga LPP dan warga peladang diseluruh negara.Melelui berita yang dikeluarkan adalah diharapkan pembacanya dapat mengetahui aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan terkini yang dilaksanakan oleh LPP.

Berita yang diterbitkan pada kali ini merangkumi peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang bulan April dan Mei 2012 dan diterima dan dapat dimuatkan untuk tatapan pembaca.Ia merangkumi peristiwa yang melibatkan kegiatan yang bercorak sosial dan ekonomi yang boleh diambil perhatian oleh pembaca sebagai panduan dan renungan semasa dan akan datang.

2 | Buletin LPP

Page 3: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 3

Penubuhan Kor Tani merupakan hasil cetusan idea YB Dato’ Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah bertujuan untuk melahirkan satu kumpulan baru yang terdiri dari golongan peladang-peladang muda. Mereka dilihat dapat menjadi ikon dan imej baru dari segi keterampilan bagi membantu kementerian menyampaikan maklumat dan dasar-dasarnya kepada kumpulan sasar dengan lebih teratur dan berkesan. Disamping itu kumpulan ini akan bertindak sebagai sukarelawan membantu peladang-peladang setempat yang ditimpa bencana seperti banjir dan lain-lain bencana alam. Selain itu, kewujudan kumpulan Kor Tani yang dianggotai oleh golongan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun itu dapat dilihat sebagai angkatan baru dibidang pertanian sebagai penyambung generasi turun temurun yang diharap dapat menarik golongan muda menyertai bidang tersebut, sekali gus untuk mengelakkan mereka dari terus meninggalkan kampong-kampong berhijrah

Penyambung Generasi Turun Temurun

ke bandar-bandar.Dengan yang demikian konsep “my vilege, my future” dapat diterapkan kedalam sanubari kumpulan muda tersebut.

LPP sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyahut dan menyambut idea yang dilontar oleh YB Menteri dengan menubuhkan kumpulan Kor Tani Peladang. Pelancaran Kor Tani Peladang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh bin Hj Omar di Ulu Yam, Selangor pada 14 Februari, 2011. Tarikh perlancaran Kor Tani Peladang ini bersamaan dengan tarikh keramat penubuhan LPP oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 yang juga jatuh pada tanggal 14 Februari. Oleh yang demikian, LPP menaruh harapan yang tinggi supaya kumpulan Kor Tani Peladang bergerak maju seiring kemajuan yang telah dicapai oleh LPP dan Pertubuhan Peladang di negara ini.

Buletin LPP | 3

Page 4: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

4 | Buletin LPP

Y. Bhg.Dato’ Hj. Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP dan Yang Hormat Dato’ Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP sangat komited mewujudkan kumpulan Kor Tani Peladang. Kesungguhan mereka diterjemahkan dengan memberi galakkan kepada usahawan peladang, bakal usahawan peladang, peserta ladang kontrak dan usahawan dibawah Industri Asas Tani (IAT) menyertai kumpulan Kor Tani tersebut. Justeru itu, penubuhan dan pelancaran kumpulan Kor Tani mengikut negeri dan zon diteruskan dengan aktif bermula dari kumpulan Kor Tani peringkat negeri Selangor yang dilancarkan pada 7 Jun 2011 di Jeram, Selangor. Bermula dari peristiwa ini, LPP terus bergerak kehadapan dengan menubuh dan melancar kumpulan Kor Tani Peladang diseluruh negara. Di Sabah kumpulan Kor Tani telah ditubuh dan dilancar pada 21 Mei 2012 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Majlis yang di pertanggungjawabkan kepada LPP Negeri Sabah sebagai tuan rumah dikenali sebagai kumpulan Kor Tani Zon Sabah yang terdiri dari LPP Negeri Sabah dan LPP Wilayah Persekutuan Labuan. Semasa majlis pelancaran tersebut seramai 484 orang kumpulan muda telah hadir bagi mewakili LPP, FAMA, LKIM dan TEKUN Nasional. Turut hadir ialah YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah sebagai sokongan kerajaan negeri kepada penubuhan kumpulan Kor Tani dinegeri dibawah bayu itu. Di Melaka, kumpulan Kor Tani Peladang Zon Selatan yang melibatkan LPP Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 30 April 2012 di Kem Permata Resort, Alor Gajah. Majlis yang begitu meriah telah disertai oleh 520 peserta.

4 | Buletin LPP

Page 5: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 5

LAWATAN KERJA AHLI LEMBAGA PENGARAH LPP KE SULAWESI, INDONESIAHubungan antara Malaysia-Indonesia sememangnya rapat dan intim sejak berzaman lagi. Kerjasama antara dua negara serumpun ini berterusan samada menerusi kerajaan dengan kerajaan atau pertubuhan dengan pertubuhan dan sukar diganggu gugat sejak dahulu hingga kini. Atas prinsip kerjasama ini, maka satu lawatan kerja Ahli Lembaga Pengarah LPP telah diadakan pada 12 hingga 16 Mei 2012. Destinasi yang dituju ialah di Kepulauan Sulawesi. Lawatan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Zainal bin Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang itu tertumpu ke Daerah Bone, Sulawesi. Mereka membawa hajat besar iaitu untuk meninjau, menambah ilmu dan mendapat pendedahan berkenaan projek rumpai laut yang diusahakan di daerah tersebut. Adalah menjadi harapan untuk memperkembangkan teknologinya di negara Malaysia khususnya di negeri Sabah. Ia adalah bertepatan dengan strategi LPP untuk melaksanakan tanggungjawabnya dibawah Entry Point Project 3 (EPP 3) iaitu menceburi bidang baru yang berpotensi dan menggalakkan yang dikategorikan sebagai pertanian bernilai tinggi iaitu projek rumpai laut.

Selain dari itu anggota lawatan juga telah berpeluang melawat ke projek-projek dan aktiviti pertanian dan ternakan yang lain di daerah Pare-Pare dan daerah Maros. Mereka berpeluang melihat kegiatan yang ada di Institut Penyelidikan Perikanan dan Kelautan serta projek-projek percubaan atau eksperimen pertanian di negara tersebut. Sesungguhnya lawatan kerja ini telah dapat mencapai matlamat dan hajat yang dikehendaki.

Buletin LPP | 5

Page 6: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

6 | Buletin LPP

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) begitu senonim dengan peladang, penternak dan nelayan di negara ini. Perayaan yang bermula dari tahun 1973 dan diadakan setiap tahun itu dianggap sebagai anugerah kerajaan bagi menghormati dan memperingati jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan kepada negara. Tidak dinafikan bahawa golongan inilah yang telah menyumbang kepada pengeluaran makanan negara dan terlibat secara langsung menyediakan makanan kepada lebih 27 juta rakyat Malaysia. Hasil mereka semakin meningkat hingga dapat dieksport ke luar negara. Setiap dua tahun sekali, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan program tambahan iatu MAHA, yang bertujuan untuk memberi peluang kepada peladang, penternak dan nelayan menambah ilmu pengetahuan dan mengadakan hubungan aktiviti dengan peserta-peserta didalam negara dan luar negara.

PENGANJURAN MINI MAHA DAN HPPN PERINGKAT NEGERIRoad To MAHA Dan HPPN Peringkat Kebangsaan

Pada tahun ini Negeri Perlis merupakan negeri pertama menyambut HPPN tahun 2012. Perayaan ini telah diadakan pada 24 hingga 27 Mei 2012 bertempat di Stadium Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar. Acara ini diadakan sebagai salah satu acara sambutan bulan keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis ke 69.Tema yang dipilih ialah “Transformasi Pertanian Ke Arah Perlis Maju 2015” HPPN yang dipertanggungjawabkan kepada LPP Negeri Perlis sebagai urusetia induk itu telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis pada 24 Mei 2012. Perayaan yang berlangsung selama empat hari itu telah berjaya menarik lebih 100,000 pengujung. HPPN peringkat negeri akan terus diadakan oleh negeri-negeri yang lain hingga ke tarikh HPPN Kebangsaan dan MAHA yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 28 November hingga 2 Disember 2012 nanti.

6 | Buletin LPP

Page 7: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 7

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012HEBAT DAN MERIAHKomitmen, kesungguhan, berdisiplin tinggi, kompetan dan berintegriti oleh anggota penjawat awam telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan. Mereka adalah tergolong dalam kumpulan lapan peratus (8%) daripada jumlah anggota perkhidmatan awam yang mendapat markah prestasi melebihi 85%. Mereka telah dipilih untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2012. Disamping itu ianya akan memberi dorongan atau motivasi kepada 92% anggota awam yang lain untuk merebut peluang supaya dipilih sebagai pekerja cemerlang dimasa akan datang.

Semua penerima dihimpunkan didalam sebuah dewan di Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor pada 24 Mei 2012 dengan dihadiri oleh lebih 2,000 orang penerima dari seluruh negara. Anugerah diberikan kepada anggota-anggota Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan anggota-anggota dari jabatan atau agensi dibawah kementerian tersebut berlangsung dengan penuh meriah. Majlis Anugerah ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan disaksikan oleh dua orang Timbalan Menteri iaitu YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum dan YB Datuk Chua Tee Yung. Turut menjadi hadir bersama ialah Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai kanan kementerian dan ketua-ketua jabatan serta agensi dibawah kementerian.

Seramai 240 orang anggota LPP turut teruja menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada kali ini.Anggota yang terlibat semuanya merasa puas dan bangga walaupun mereka datang dari jauh iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.Kepada anggota LPP yang menerima anugerah pada tahun 2012, pengurusan LPP mengucapkan syabas dan tahniah.Teruskan usaha anda yang cemerlang itu. Jadilah mentor yang baik dan terus memberi sumbangan untuk meningkatkan sosio-ekonomi peladang-peladang serta mempastikan LPP dan Pertubuhan Peladang terus unggul.

Buletin LPP | 7

Page 8: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

8 | Buletin LPP

Pada 20 hingga 22 April 2012, Majlis Sukan dan Rekreasi (MKSR) Lembaga Pertubuhan Peladang bersama KSK negeri dan SKIP telah menganjurkan program mendaki Gunung Ledang, Johor. Program yang diadakan di National Park, Tangkak itu disertai oleh 35 orang pendaki terdiri dari anggota LPP negeri dan Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Program diadakan selama tiga hari dua malam dan dikenakan bayaran RM150.00 seorang untuk belanja tempat penginapan, makanan dan bayaran kepada penunjuk arah (guiders).

Ekspedisi yang diketuai oleh Tn. Hj Mohd Salim bin Hj. Taha, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, merangkap Yang Dipertua MKSR LPP bukan bertujuan untuk mencari dan

menuntut ilmu seperti yang dilakukan oleh Hang Tuah lima bersahabat tetapi untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan peserta disamping mendapatkan pendedahan dan pengalaman baru dalam aktiviti mendaki gunung. Pengurusan LPP mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya mengikuti ekspedisi tersebut dan telah mencapai sasaran dan tujuan.Telah nyata kesabaran dan kecergasan peserta telah teruji. Diharap MKSR akan menganjur lagi program seperti ini dimasa hadapan dengan melakukan ekspedisi di gunung yang lain pula dan disertai oleh ramai lagi peserta. LPP dan Pertubuhan Peladang memerlukan lebih ramai anggota yang sabar, sihat dan cergas.

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG MENGUJI KESABARANDAN KECERGASAN PESERTA

8 | Buletin LPP

Page 9: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 9

HASRAT LPP untuk menyediakan kemudahan yang sesuai kepada seluruh anggotanya seperti bangunan pejabat supaya anggota dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam suasana yang selesa dan kondusif menjadi keutamaan sepanjang masa.Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, Sabah telah dianugerahkan bangunan pejabat baru oleh LPP. Bangunan pejabat di Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Sandakan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman Pada 15 April 2012. Perasmian tersebut dilaksanakan sempena mesyuarat Agung Kali Ke-9, PPK berkenaan. Lebih 1,000 orang hadir dalam majlis tersebut yang menyaksikan sokongan Ketua Menteri kepada gerakan Pertubuhan Peladang di negeri Sabah dengan memberi jaminan bahawa hasrat PPK Sandakan memohon tanah untuk mendirikan pusat latihan dan pusat pengeluran hasil peladang akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Ketua Menteri juga meminta PPK tersebut supaya dapat mengembleng dan membantu ahli-ahli peladang mempelajari ilmu pengetahuan pertanian moden untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dan seterusnya pendapatan mereka.Dalam majlis tersebut YAB Ketua Menteri telah sudi menyampaikan hadiah dan anugerah kepada Unit Peladang Aktif, Peladang Jaya Lelaki dan Wanita, Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Khas kepada pengasas penubuhan PPK Sandakan.

PPK SANDAKAN DAPAT BANGUNAN BARU

Buletin LPP | 9

Page 10: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

10 | Buletin LPP

Sumber : Utusan Malaysia Tarikh : 21 November 1975

Koperasi Peladang akan ditubuh sebanyaknya – Matlamat Utama LPP di Tahun-tahun yang akan datangKetua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Encik Ahmad Sarji Abdul Hamid menegaskan matlamat utama lembaga tersebut ialah untuk menubuhkan sebanyak-banyaknya koperasi peladang di masa-masa akan datang. Ini adalah untuk memesat dan meninggikan lagi kemajuan hidup dan ekonomi rakyat di luar bandar khasnya di kalangan petanippetani dan peladang melalui koperasi tersebut sebagai jentera yang diakui oleh kerajaan.

Beliau berkata hasrat kerajaan untuk mengalakkan penubuhan koperasi seumpama itu lebih banyak lagi di seluruh negara ini supaya

kegiatan pertanian yang lebih berkesan dan moden dapat disalurkan kepada petani dan peladang itu mendapat faedahnya. Encik Ahmad Sarji berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Syarikat Serbaguna Daerah Kecil Bahau kali ke 18 di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir baru-baru ini.

Katanya ada 9 golongan masyarakat luar, Bandar yang terlibat di dalam peranan pihak LPP. Mereka ini berjumlah seramai 1,230,000 orang keluarga. Golongan ini terdiri daripada masyarakat pekebun kecil getah, pekerja estet, penanam padi, petani-petani kecil, nelayan, pekebun kecil kelapa, pekerja kehutanan dan penanam kopi. Encik Ahmad Sarji menerangkan LPP mempunyai matlamat menyatukan golongan masyarakat ini ke dalam pertubuhan koperasi peladang yang boleh bergerak did lam kegiatan-kegiatan yang membawa kebahagiaan dan kemakmuran hidup mereka kelak. Beliau juga menyebut perhatian berat pihak LPP ke atas apa yang dikatakan lima golongan masyarakat peladang yang dianggap masih rendah taraf hidupnya dan memerlukan bantuan dan bimbingan.

Imbas Kembali ...

10 | Buletin LPP

Page 11: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

Buletin LPP | 11

PERSARAAN WAJIB ANGGOTA LPP

PERSARAAN PILIHAN ANGGOTA LPP

BIL123456

NAMA ANGGOTAAriffin bin MustaphaMohd. Shoib bin NohNormala binti Ithnin

Ishak bin AwangNormah binti Atan

Latipah binti Md. Tahir

JAWATANE 22

KP 11N 22W 22N 17N 22

NEGERIKelantan

Pulau PinangJohor

Pulau Pinang Ibu Pejabat

Pahang

TARIKH BERSARA05.04.201204.04.201212.04.201214.04.201212.04.201223.05.2012

BIL12

NAMA ANGGOTAAsmawai bin Sapri

Hamidah binti Zainul

JAWATANE 22 (KUP)

W 22

NEGERISelangor

Ibu Pejabat

TARIKH BERSARA01.04.201201.04.2012

Buletin LPP | 11

“Kewujudan bangunan ini juga amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada sektor pertanian di dalam negara kita... tidak dinafikan sektor pertanian merupakan pengkalan kepada makanan menjadi faktor yang penting selari dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)”

Ucapan Dato’ Seri Noh Bin Haji OmarMenteri Pertanian dan Industri Asas TaniSemasa Sesi Lawatan Bangunan Baru Lembaga Pertubuhan Peladang6 September 2011

Page 12: KOR TANI ANGKATAN BARU PELADANG103.8.163.254/document/upload/CBXlRXNBBJGDkC04RBSWIXjD7I5WndZw.pdf · buletin lpp | 1 bil. 2/2012 kor tani angkatan baru peladang ekspedisi mendaki

12 | Buletin LPP

Penaung : Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat : Haji Kamalrul Badri bin Mat AliHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Ahmad Zamri bin Kamaruddin

Penyunting : Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily binti Arif

Edisi Internet : Haninah binti Abdul RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik : Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto : Ishak bin Abdul Rahman

Diterbitkan oleh : Lembaga Pertubuhan Peladang,No. 20, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin,50480 Kuala Lumpur.

Edaran :Nik Mazri bin Mat YusofMohd. Haniff bin Asim @ HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Buletin LPP Elektronik boleh dilayari :http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :Johan Interlink Sdn. Bhd.

LAHIR PELADANG PROGRESIF

Petua Agro Anda : Kelebihan daun mempelam/mangga Tahukah anda? Daun dari pokok mempelam atau mangga dapat menghalau tikus dari merosakkan tanaman anda? Dipercayai bahawa petua tradisional ini dapat menghalau tikus dari memusnahkan tanaman anda kerana bau yang dikeluarkan dapat menakutkan tikus dan haiwan perosak kecil yang lain..

Halau semut pada tanaman Semut adalah satu mahkluk perosak tanaman atau bunga. Bagi mencegah serangan semut, cuba anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah dijemur dan ditumbuk halus di sekeliling di perdu pokok, maka semut tidak akan mengganggu, Insyaallah.