perutusan pengerusi - puspanita.spa.gov.my · pelbagai aspek, menjalankan aktiviti ... 23/07/2008...

19
Minda Pengarang 2 Carta Organisasi 3 Senarai Aktiviti 2008 4 Galeri Peristiwa 2008 5-7 Berita Semasa 8-11 Sains Dan Teknologi 12-13 Motivasi 14 .: Menarik di dalam :. Kisah Teladan 15 Resepi 16 Tips Kesihatan 17 Aneka Petua 18 Rehat Minda 19 Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA yang dikasihi sekalian, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Buletin PUSPANITA Cawangan Kecil SPA bagi tahun 2009 telah dapat diterbitkan. Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi Biro Seranta & ICT di atas usaha murni dan gigih untuk terus menjayakan keluaran Buletin PUSPANITA pada kali ini. Penubuhan PUSPANITA telah membuka peluang kepada para isteri dan anggota wanita perkhidmatan awam berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek, menjalankan aktiviti sosial dan amal kebajikan serta memantapkan ilmu pengetahuan melalui kursus-kursus dan latihan. Segala aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada kerjasama antara ahli- ahlinya. .: PERUTUSAN PENGERUSI :. PERSATUAN SURI & ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA .: BIL 1/2009 :. MEI 2009 :: JAMADILAWAL 1430H Puspanita Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA Tel : 603-8885 6000 Faks : 603-8888 5036 Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda Hantarkan kepada : [email protected] Walaupun sibuk dengan tugas seharian, sedikit masa yang diluangkan untuk menyumbang kepada PUSPANITA pastinya amat memberi erti yang besar dalam memastikan persatuan ini terus bergerak dengan jayanya. Tanggungjawab kita sebagai isteri, ibu dan pekerja khidmat awam serta sebagai ahli persatuan hendaklah kita laksanakan dengan seimbang. Saya berharap ahli-ahli dapat memberikan cadangan, pandangan dan sokongan kepada PUSPANITA secara berterusan. Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Semoga usaha kita selama ini mendapat rahmat dan diberkati Allah jua. Amin. Sekian, terima kasih. ’Wanita Sepakat Negara Meningkat’ Y. Bhg. Datin Normah binti Ibrahim Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

Upload: vandiep

Post on 03-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Minda Pengarang 2

Carta Organisasi 3

Senarai Aktiviti 2008 4

Galeri Peristiwa 2008 5-7

Berita Semasa 8-11

Sains Dan Teknologi 12-13

Motivasi 14

.: Menarik di dalam :.

Kisah Teladan 15

Resepi 16

Tips Kesihatan 17

Aneka Petua 18

Rehat Minda 19

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA yang dikasihi sekalian,

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Buletin PUSPANITA Cawangan Kecil SPA bagi tahun 2009 telah dapat diterbitkan. Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi Biro Seranta & ICT di atas usaha murni dan gigih untuk terus menjayakan keluaran Buletin PUSPANITA pada kali ini. Penubuhan PUSPANITA telah membuka peluang kepada para isteri dan anggota wanita perkhidmatan awam berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek, menjalankan aktiviti sosial dan amal kebajikan serta memantapkan ilmu pengetahuan melalui kursus-kursus dan latihan. Segala aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada kerjasama antara ahli-ahlinya.

.: PERUTUSAN PENGERUSI :. P

ER

SA

TU

AN

SU

RI

& A

NG

GO

TA

PE

RK

HI

DM

AT

AN

AW

AM

MA

LA

YS

IA

.: BIL 1/2009 :.

MEI 2009 :: JAMADILAWAL 1430H

Puspanita Cawangan Kecil

Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam Malaysia

Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62520

PUTRAJAYA

Tel : 603-8885 6000

Faks : 603-8888 5036

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda

Hantarkan kepada : [email protected]

Walaupun sibuk dengan tugas seharian, sedikit masa yang diluangkan u n t u k m e n y u m b a n g k e p a d a PUSPANITA pastinya amat memberi erti yang besar dalam memastikan persatuan ini terus bergerak dengan jayanya. Tanggungjawab kita sebagai isteri, ibu dan pekerja khidmat awam serta sebagai ahli persatuan hendaklah kita laksanakan dengan seimbang. Saya berharap ahl i-ahl i dapat memberikan cadangan, pandangan dan sokongan kepada PUSPANITA secara berterusan. Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya bersama-sama m e m a i n k a n p e r a n a n d a l a m menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Semoga usaha kita selama ini mendapat rahmat dan diberkati Allah jua. Amin. Sekian, terima kasih.

Wanita Sepakat Negara Meningkat Y. Bhg. Datin Normah binti Ibrahim Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

.: SIDANG REDAKSI :.

.: B

ULETIN

P

US

PA

NIT

A

SP

A :

.

Penasihat ::

Ketua Pengarang ::

Redaksi ::

Rekabentuk Grafik ::

Cetakan ::

Datin Normah Binti Ibrahim

Puan Afidah Binti Hj Mohd Isa

Cik Fadzilawati Binti Kaini

Puan Wan Nor Ashikin Binti Wan Hussain

Cik Surita Binti Yahya @ Che Yahya

Biro Seranta dan ICT Puspanita SPA

MS :: 2 . : BIL 1/2009 : .

.: Minda Pengarang :.

Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan dorongan dan kekuatan kepada kami untuk menyediakan Buletin Puspanita Edisi 1/2009. Kami akan sentiasa berusaha untuk meluaskan maklumat dan menyebarkan perkembangan Puspanita khususnya di SPA.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Puspanita sepanjang tahun 2008. Antara aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke Promosi Kerja Kahwin, lawatan ke Penjara Kajang, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Ceramah Motivasi, pertandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan untuk pelajar Tadika Nasyrah Child Care Center dan lain-lain. Selain aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh Puspanita SPA sendiri, terdapat juga seminar, bengkel dan ceramah yang dianjurkan oleh Puspanita Jabatan Perdana Menteri dan juga kebangsaan.

Tahniah juga kepada pasukan Bola Jaring SPA yang telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan antara Puspanita Cawangan JPM. Puspanita SPA akan melaksanakan pelbagai lagi program yang menarik sepanjang tahun 2009 ini dan ahli-ahli Puspanita diharapkan dapat selalu melawati portal Puspanita agar tidak ketinggalan mengikuti program-program yang telah diaturkan. Sokongan daripada ahli Puspanita amatlah diharapkan agar kita dapat menambahkan sedikit ilmu daripada aktiviti yang dianjurkan.

Dikesempatan ini, kami Sidang Redaksi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penerbitan kami yang menyinggung mana-mana pihak. Akhir kata sambutlah salam ukhwah dari saya dan Sidang Redaksi. Semoga usaha-usaha kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Wassalam.

Puan Afidah Hj Mohd Isa

Pengerusi Biro Seranta dan ICT

Selamat Membaca

MS :: 3

CARTA ORGANISASI

BULETIN PUSPANITA

TARIKH AKTIVITI

Sepanjang Tahun Mengemaskini Portal Puspanita SPA

Sepanjang Tahun Menghantar Wakil Untuk Menyertai Ceramah/Kursus

04/03/2008 Mesyuarat AJK PUSPANITA Bil 1/2008

18/04/2008 Mesyuarat AJK PUSPANITA Bil 1/2008

13/06/2008 Mesyuarat AJK PUSPANITA Bil 2/2008

03/07/2008 Lawatan ke Promosi Kerja Kahwin 2008

11/07/2008 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Puan Norliah binti Suratman, ahli PUSPANITA Cawangan Kecil SPA yang telah meninggal dunia akibat kanser usus dan hati

23/07/2008 Berbasikal di Taman Botani

07/08/2008 Lawatan ke Penjara Kajang

28/08/2008 Ceramah Sempena Menyambut Ramadhan

Pertandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan untuk pelajar Tadika Nasyrah Child Care Center

29/08/2008 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Anak- Anak Warga SPA yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM

03/09 2008 Program Majlis Tadarus sepanjang Ramadhan

24/09/2008 Kelas Tajwid Al-Quran

18/11/2008 Menganjurkan Ceramah Motivasi

20/11/2008 Lawatan ke Pesta Konvokesyen ke-VII Institut Kraf Negara

15/12/2008 Mesyuarat AJK PUSPANITA SPA Bil 3/2008

22/12/2008 Menyertai Pertandingan Bola Jaring anjuran PUSPANITA Cawangan Jabatan Perdana Menteri. SPA memperolehi tempat ke-3.

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al-Ghazali)

. : BIL 1/2009 : . MS :: 4

SENARAI AKTIVITI 2008

.: Mesyuarat Tahunan ke-20 Puspanita Cawangan Kecil SPA sesi 2008/2009 :. (18 April 2008)

.: Lawatan ke Nasyrah Child Care Centre :. (27 Jun 2008)

MS :: 5

GALERI PERISTIWA 2008

.: Lawatan ke Kraftangan Malaysia : Promosi Kerja Kahwin 2008 :. (3 Julai 2008)

.: Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil :. (11 Julai 2008)

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

BULETIN PUSPANITA

MS :: 6

.: Lawatan ke Penjara Wanita Kajang :. (7 Ogos 2008)

.: Ceramah Sempena Menyambut Bulan Ramadhan :. (28 Ogos 2008)

.: Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan :. (29 Ogos 2008)

.: Majlis Khatam Al-Quran :. (24 September 2008)

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 7

.: Ceramah : Keluarga Berilmu Cabaran Kepada Golongan Ibu :. (18 Nov 2008)

.: Lawatan Puspanita ke Institut Kraf Negara (IKN) :. (20 Nov 2008)

.: Bola Jaring Puspanita SPA :. (22 Nov 2008)

. : Har i Ke luarga SPA : . (20 Disember 2008)

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

BULETIN PUSPANITA

. : BIL 1/2009 : . MS :: 8

.: Ratu Tenis Istimewa :.

BERITA SEMASA

15 Januari 2009, Khamis ---- Coretan mengenai kisah kehidupan ratu tenis istimewa iaitu Cik Norisah binti Bahrom dari Bahagian Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah dikeluarkan oleh Berita Harian pada hari ini.

" Buktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk capai kejayaan "

PATAH kepala bertongkat paruh, kecacatan yang dialami secara tiba-tiba bukan penghalang bagi Norisah Bahrom untuk bangkit semula dan menggapai kejayaan hari ini. Bergelar pemain tenis

berkerusi roda nombor satu Malaysia, Norisah tidak mudah tunduk dengan keadaan yang cukup menekankan apabila hilang keupayaan untuk berjalan pada usia semuda 15 tahun.

Mengakui pernah kecewa dan tertekan dengan kehidupannya yang tidak seperti remaja lain pada ketika itu, Norisah ternyata kuat semangat dengan memberanikan diri memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memasuki Pusat Pemulihan Orang Cacat Cheras demi memajukan diri. Berkat semangat tak pernah pudar, satu demi satu kejayaan dicapainya hari ini, membuktikan usahanya itu bukan sia-sia.

KETANGKASAN Norisah Bahrom membalas setiap pukulan bola yang dihantar lawan dengan hanya menggunakan tangan kanan, manakala tangan kiri pula sibuk memutar kerusi roda ke kiri dan kanan mengikut arah datangnya bola, membuatkan penonton terlupa pemainnya adalah orang kurang upaya (OKU).

Corak permainan hebat ditunjukkan Norisah membuktikan anak kelahiran Muar, Johor itu layak digelar pemain tenis berkerusi roda nombor satu Malaysia dan tidak hairanlah pernah berada pada kedudukan ke-45 di peringkat dunia. Malah banyak lagi kejayaan pernah ditempanya sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa seperti memenangi pingat perak pada Kejohanan Terbuka Belgium di Eropah dan kedudukan ke-10 bagi wanita berkumpulan.

Saya tidak rasa kekurangan yang ada pada saya adalah penghalang untuk berjaya dalam sukan ini. Walaupun saya tidak berdaya untuk berdiri, berjalan dan berlari, tetapi saya mempunyai semangat untuk mengubah diri. Saya ada kekuatan fizikal, mental dan semangat dalaman untuk membantu saya mengatasi kekurangan diri, katanya.

MS :: 9 BULETIN PUSPANITA

.: Kelas Sulaman Manik Dan Labuci :. (6 Februari 2009)

.: Pertandingan Bola Jaring Sempena Sukan Putrajaya :. (22 Februari 2008)

.: Ceramah : Jam Kerjaya vs Kehidupan Per ibadi : . (24 Februari 2008)

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.

MS :: 10

.: Kehidupan Tergendala Sebelum 40 Tahun :.

12 Mac 2009, Khamis ---- Coretan mengenai kisah kehidupan Cik Sazlina Zamalluddin dari Bahagian Peperiksaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah dikeluarkan oleh Utusan pada hari ini.

UMPAMA bom jangka yang berdetik, serangan angin ahmar atau strok merupakan antara penyebab kematian tertinggi di kalangan rakyat tempatan yang menunggu masa untuk meletus dalam diri mangsanya.

Penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia, strok juga mengakibatkan lebih 40,000 rakyat mengalami kehilangan upaya setiap tahun tanpa mengira usia. Pun begitu, majoriti pesakit angin ahmar lazimnya membabitkan golongan lanjut usia.

Namun, apa yang membimbangkan, bilangan pesakit strok semakin meningkat di kalangan lelaki dan wanita di bawah usia 40 tahun. Mereka ialah majoriti tenaga penggerak ekonomi negara iaitu golongan profesional dan bukan profesional yang sedang membina kerjaya masing-masing.

Sazlina Zamalluddin, 38, 'gila kerja'

''Makcik syak sesuatu apabila dia mengadu lidahnya kebas, suaranya ketika itu sudah berubah, kakinya terus lemah dan terjatuh apabila cuba berjalan.

''Apabila kami bawa dia ke hospital, dia sudah tidak boleh bergerak dan tidak mampu keluar dari kereta, dia hanya mampu memandang kami,'' kata Saadiah Salleh, 58, ibu kepada Sazlina Zamalluddin.

Sazlina yang masih belum berkahwin memegang jawatan Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tinggal seorang diri di Serdang agar mudah berulang-alik ke tempat kerjanya di Putrajaya.

Rutin hariannya yang sentiasa sibuk di samping memberi ceramah dua kali seminggu di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, menyebabkan dia hanya meluangkan masa sebulan sekali melawat ibu bapanya di Kampung Pasir, Ulu Klang, Selangor.

Menurut Saadiah, anaknya itu terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan waktu makan sepanjang hari malah cuti tahunan sebanyak 50 hari juga tidak digunakan dan ini turut diakui rakan sekerja serta majikannya.

Malah Sazlina pernah dimasukkan ke hospital kerana mengadu tangan kebas tetapi berkeras kembali ke tempat kerja atas alasan banyak kerja yang perlu disiapkan.

Bagaimanapun, akhirnya dia terpaksa mengalah apabila diserang angin ahmar pada 20 Disember lalu ketika berada di rumah ibu bapanya.

Selama 24 hari, Sazlina terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kemudiannya terpaksa menjalani terapi pertuturan dan fisioterapi kerana kehilangan upaya untuk bergerak serta bercakap.

Kini hanya sepatah dua perkataan mampu dituturkan setiap hari sehinggakan ada ketika dia menangis kerana tidak seorang pun faham apa yang cuba dikatakannya.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 11 BULETIN PUSPANITA

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

.: Tahniah Pasukan Bowling Puspanita SPA :.

Puspanita SPA telah menghantar 2 pasukan dan 1 VIP yang diwakili oleh Y. Bhg Datin Normah binti Ibrahim (Pengerusi Puspanita SPA) dalam pertandingan Bowling Peringkat JPM yang diadakan pada 17 April 2009 bertempat di Arl Powerbowl, Alamanda. Pasukan SPA B berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori berpasukan dan Y. Bhg Datin juga telah memenangi tempat kedua bagi kategori VIP. TAHNIAH diucapkan....

.: Tahniah Pasukan Bowling Puspanita SPA :.

MS :: 12

.: Bagaimana Mendapatkan Maklumat Dikehendaki Di Internet :.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Kenyataan itu mungkin ada betulnya. Ini kerana mencari sesuatu yang dikehendaki di Internet tanpa menggunakan enjin carian boleh diibaratkan mencari maklumat di perpustakaan tanpa menggunakan sistem kad rujukan atau katalog yang disediakan.

Seperti yang diketahui, Internet sememangnya satu ciptaan menakjubkan menghubungkan berjuta-juta komputer dan merupakan gedung maklumat terbesar dengan mempunyai lebih 3 bilion dokumen.

Memandangkan ia merupakan satu dunia tanpa sempadan, sudah tentu kita akan mudah tersesat tanpa arah jika tidak mempunyai pengetahuan mencukupi untuk menggunakannya.

Kita seharusnya mengetahui bagaimana cara terbaik untuk menggunakan perisian pelayar Internet seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator yang menjadi aplikasi utama untuk melayari dunia web (Internet).

Kedua-dua perisian pelayar itu akan membolehkan anda melayari atau mengakses ke berjuta-juta laman web yang terdapat di dalam Internet yang setiap satunya mengandungi maklumat yang berlainan tujuan, rupa dan juga bentuk.

Kaedah yang biasa digunakan oleh para pengguna komputer untuk mencari maklumat dikehendaki ialah dengan menggunakan enjin pencari (atau gelintaran).

Enjin pencari ialah satu program komputer yang berfungsi untuk mengenalpasti laman web yang mengandungi istilah atau kata kunci yang ditaipkan pada laman web mereka.

Terdapat lebih daripada 300 enjin pencari di dalam Internet dan ada yang sentiasa dipertingkatkan keupayaan cariannya dan ada juga yang mengkhusus kepada sesuatu bidang sahaja.

Laman web enjin pencari terkenal masa kini adalah seperti www.altavista.com, www.google.com, www.yahoo.com, www.lycos.com, www.excite.com dan sebagainya.

Masing-masing menggunakan teknik pencarian tersendiri sama ada berasaskan carian-meta tag (seperti google.com atau altavista.com) atau menggabungkan dengan direktori seperti www.yahoo.com atau www.msn.com yang turut mempunyai pelbagai aplikasi lain seperti berita, e-mel dan sebagainya.

Bagaimanapun, kadang kala walaupun kita menggunakan enjin pencari di laman web tersebut, kita masih keliru dengan maklumat diberi memandangkan ia akan mencadangkan beribu atau ratus ribu pautan laman web selepas ditaipkan perkataan dikehendaki.

bersambung m/s 13...

SERING kita lihat sesetengah rakan kita begitu sukar hendak mendapatkan maklumat yang mereka ingini walaupun telah berjam-jam berada di hadapan komputer dan melayari Internet.

Bagi mereka, Internet merupakan gedung maklumat yang terlalu besar dan terlalu sukar untuk membolehkan kita menuju ke laman-laman web berkaitan dengan maklumat diingini.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 13

...dari m/s 12

Sudah tentu memeningkan untuk melihat satu demi satu pautan laman web yang dicadangkan tersebut jika ia berjumlah ratusan ribu.

Selain daripada menggunakan ruang carian dengan menaipkan pada kotak bahagian carian, anda juga sebenarnya boleh menggunakan direktori seperti yang ditawarkan laman web berbentuk portal seperti www.yahoo.com, www.msn.com.my dan sebagainya.

Anda boleh memilih mana-mana kategori yang disenaraikan pada direktori ini seperti pendidikan, berita, kesihatan, pelancongan dan sebagainya sehinggalah anda sampai ke laman web yang mengandungi maklumat dikehendaki.

Bagi golongan kanak-kanak, terdapat sebuah direktori yang mirip Yahoo! yang dinamakan Yahooligans! Ia merupakan panduan web untuk kanak-kanak dan remaja dan alamatnya ialah di www.yahooligans.com.

Terdapat juga laman web yang kita boleh mengemukakan soalan berbentuk ayat seperti "what is the best search engine" dan laman web itu akan mencadangkan laman web yang mengandungi maklumat dikehendaki. Laman web yang dimaksudkan ialah www.ask.com.

Bagaimana pula, jika kita hanya berminat untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan negara kita.

Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan perkhidmatan laman web enjin carian berbentuk portal tempatan seperti www.cari.com.my, www.catcha.com.my, www.msn.com.my, www.bluehyppo. com dan www.jaring.my.

Bagaimanapun, teknik pencarian boleh dipertingkatkan jika kita mengetahui cara terbaik menaip perkataan yang dikehendaki dengan menggunakan simbol tertentu seperti .... yang hanya khusus mencari perkataan tersebut, menggunakan tanda + yang bermaksud dan, - yang bermaksud perkataan tersebut tidak dikehendaki dan sebagainya.

Jika anda hanya ingin mencari maklumat khusus seperti gambar, berita, direktori dan sebagainya, anda mungkin boleh menggunakan perkhidmatan www.google.com (agak popular), www.altavista.com atau www.alltheweb.com dan klik kepada bahagian image untuk mencari gambar, news untuk mencari berita dan sebagainya.

Kesimpulannya, anda akan merasa seperti berada dalam satu perpustakaan digital yang sangat bermanfaat jika bijak menggunakan laman-laman web enjin pencari ini dan sebarang maklumat akan diperolehi dengan lebih mudah termasuk di dalam bahasa Melayu.

Selamat mencuba.

(Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/)

BULETIN PUSPANITA

MS :: 14

.: Jadilah Pekerja Cemerlang :.

MOTIVASI

MUNCUL sebagai pekerja cemerlang menjadi sifat mereka yang ingin berjaya dalam hidup. Pekerja cemerlang bukan mengharapkan anugerah atau diraikan ketua pejabat dalam jamuan tertentu. Namun, sebagai insan yang taat kepada agama di samping mempunyai jati diri yang baik, pekerja cemerlang memiliki ciri yang membolehkannya dikagumi sekali gus dijadikan contoh yang baik.

Antara ciri-ciri pekerja cemerlang :

Kerja menjadi hobi baginya, lazimnya dia datang awal dan balik lambat.

Sangat mementingkan disiplin.

Kualiti kerja lebih daripada biasa.

Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja tanpa mengira status.

Waktu bekerja lapan jam sering dilanjutkan hingga 10 jam dan kadang kala menjangkau 12 jam!

Memberi idea unik untuk memajukan tempat kerja.

Sentiasa berpakaian kemas, raut wajah tenang.

Jika mahu mencapai tahap kecemerlangan diri, ubah sikap biarpun hanya mampu menerapkan salah satu daripada ciri itu. Mula-mula memang agak susah tetapi jika sering dilatih, ia membuatkan diri semakin cekap dan terbiasa. Tidak pun, cuba berlakon sebagai pekerja cemerlang.

Paling penting, perubahan itu memerlukan kesabaran tinggi serta tahan hati mendengar kata-kata kurang enak masyarakat sekeliling di tempat kerja. Lazimnya manusia kurang senang melihat orang lain sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana organisasi. Berikan tumpuan 100 peratus pada diri sendiri. Biarpun menerima sindiran agak pedas, jangan cepat melatah.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 15

KISAH TELADAN

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam,

apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?" "Ha?,"

kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "lapan puluh enam ribu empat ratus kali?

Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali?

Banyak sekali tu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu,

sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?" "Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata

jam dengan penuh yakin.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi

detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh

dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Renungan :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugasan pekerjaan yang terasa begitu berat.

Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang

dulu kita anggap mustahil

untuk dilakukan sekalipun.

Itu bergantung bagaimana

kita memahami pekerjaan

dan tugas kita, bila kita

boleh membahagi-

bahagikannya menjadi

tugasan-tugasan yang kecil.

Jangan berkata "tidak"

sebelum anda mencubanya.

.: Kisah Sebuah Jam :.

BULETIN PUSPANITA

MS :: 16

.: Agar-agar Batik :.

RESEPI

Bahan-Bahan:

1 paket agar-agar 1200ml air 1 cawan susu pekat manis

RM1 gula merah dimasak bersama 2 cawan air, campurkan gula putih secukup rasa daun pandan

Cara:

Rebus agar-agar hingga hancur bersama daun pandan. Asingkan suku bahagian ke dalam periuk lain dan campurkan susu. Biarkan mendidih sambil dikacau, tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi. Biarkan beku. Lebihan agar-agar dicampurkan dengan air gula merah. Hiris memanjang agar-agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis. Tuang agar-agar gula merah perlahan-lahan ke dalam susunan agar-agar susu.

.: Cara Berlauk :.

Bahan-Bahan:

Tepung:

2 cawan tepung gandum cawan tepung jagung 1 cawan santan pekat 3 cawan santan cair 1 biji telur gula serbuk kunyit garam minyak masak serbuk perasa kalau suka

Inti: daging kisar 1 paket rempah kurma 2 ulas bawang putih garam minyak masak daun sup - mayang halus lada merah - potong bulat-bulat (nipis: untuk hiasan) serbuk perasa kalau suka

Cara:

Untuk inti: - Ketuk bawang putih - Tumiskan bawang putih hingga wangi, masukkan rempah, daging dan garam. - Masak hingga kering sedikit kuahnya. - Angkat dan sejukkan. - Gaulkan bersama daun sup yang dimayang tadi.

Untuk tepung: - Masukkan semua bahan dalam pengisar gaul hingga sebati. - Panaskan acuan baulu cermai. - Bila dah panas, masukkan sedikit minyak dalam acuan, masukkan adunan tepung satu per satu. - Masukkan inti tadi, dan taburkan lada diatasnya. - Bakar hingga masak.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 17

TIPS KESIHATAN

Elakkan lemak yang mengandungi minyak sayuran yang hydrogenated seperti ketulan marjerin dan lemak sayuran, mentega dan minyak sapi, lemak binatang (lard) dan minyak kelapa. Hadkan pengambilan makanan di luar misalnya makanan dari restoran, makanan segera, makanan yang disediakan oleh penjaja yang banyak menggunakan lemak dan minyak seperti kueh teow, mee goreng, roti canai, mee kari, nasi lemak, nasi goreng, nasi minyak, murtabak, ayam atau ikan goreng. Kurangkan pengambilan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak kepada 2 kali seminggu. Kesatkan minyak yang berlebihan yang terdapat pada makanan tersebut sebelum dimakan seperti karipap, ayam/ikan goreng, pisang goreng, cekodok, keropok dan lain-lain. Kurangkan pengambilan kacang, kuih krim, biskut yang manis dan berkrim, coklat atau kuih-muih seperti kuih bakul, kuih koci, kuih akok, roti jala emas, dodol, tempeyek, kuih sagu, cendol, kuih seri muka dan lain-lain. Hadkan dari memakan bahan-bahan daging yang berlemak seperti burger, sosej, satay, bekon dan hem. Kurangkan memakan daging merah (lembu, kerbau, kambing dan itik). Makanlah lebih banyak ikan dan ayam. Pilih daging sahaja dan buangkan lemak dan kulit yang ada pada daging ayam. Banyakkan memakan makanan yang diperbuat daripada bahan hasil sayur-sayuran. Seperti memasak dengan kekacang, dhal atau bahan kacang soya. Elakkan atau kurangkan susu pekat untuk kopi, teh dan kuih-muih.

.: Panduan Makanan Harian :.

BULETIN PUSPANITA

MS :: 18

ANEKA PETUA

Merawat demam campak

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering)

Pulihkan kulit melecur

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Menghilangkan parut

Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau di badan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.

Melegakan selsema bayi

Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Rambut merah dan bercabang

Jika anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah merasa runsing, sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya terlalu mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah didapati. Anda hanya perlu ambil air dari rebusan kangkung dan didinginkan dan tapis dari daunnya. Kemudian ambil air daun tadi dan cucuklah atau siramkan kepada rambut anda yang telah pun dicuci bersih. Lakukanlah setiap hari sambil rambut tadi diramas-ramaskan dengan air daun kangkung itu. Hasilnya anda akan mendapati rambut anda yang merah dan bercabang itu akan segera menjadi hitam dan sihat.

Merawat Senggugut

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan dimulai dengan selawat. InsyaAl lah, senggugut akan hilang.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan parut jerawat

Potong kentang (bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

. : BIL 1/2009 : .

MS :: 19

REHAT MINDA

DAH KENA

Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu, Puan Tina pun berpesan kepada anaknya : Puan Tina: Farid, Tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu. Farid: Baiklah, Ibu! Puan Tina: Kena tak? Kena tak? Farid: Belum, belum, undurlah lagi ibu. Puan Tina: Kena tak? Kena Tak? Farid: Undur lagi, lagi, lagi... Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat.... Bang!! Farid: Ok Ibu, dah kena pun pokok! Puan Tina: Alamak! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku! Farid: Kata Ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu!

TAK MALU

Dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel lima bintang, si isteri menegur suaminya. Isteri: Abang ni, dah lapan kali ambil daging bakar tu, orang lain perhati aja. Abang tak malu ke? Suami: Tak... abang cakap dengan dia orang, awak yang nak.

NAK KAYA?

Pada suatu malam Zairul memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua

itu, Zairul memberhentikan kereta dan mempelawanya naik. "Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu. "Melaka," Kata Zairul "Turunkan pakcik di Muar sudahlah." Zairul angguk dan terus memandu. "Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi. Zairul mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Zairul bukanlah kaki ekor. "Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Zairul "Betul anak tak nak kaya?, Pakcik nak bagi ni!" "Tak apa,pakcik. Terima kasih." Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya. "Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya. Zairul hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....

BULETIN PUSPANITA