laporan dialog prestasi

6
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) MIRI JALAN PUJUT PADANG KERBAU 98000 MIRI LAPORAN SESI DIALOG PRESTASI 1/2014 TARIKH : 19 Mac 2014 HARI : Rabu MASA : 2.15 Petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat, S.K. Agama (MIS) Miri. KEHADIRAN : Semua Guru. Agenda 1 : Kajian Soal Selidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 1.1 Guru Besar meminta para guru melakukan ujian pengesanan tentang visi dan misi sekolah serta visi dan misi KPM. Beliau menekankan kepentingan para guru untuk mengetahui serta mengingati visi dan misi sekolah seiring dengan visi dan misi KPM. Agenda 2 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 2.1 Guru Besar menekankan kepentingan para guru untuk memahami dan menghayati 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013- 2025.

Upload: ahmad-muinuddin

Post on 17-May-2017

292 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Dialog Prestasi

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) MIRIJALAN PUJUT PADANG KERBAU

98000 MIRI

LAPORAN SESI DIALOG PRESTASI 1/2014

TARIKH : 19 Mac 2014

HARI : Rabu

MASA : 2.15 Petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat, S.K. Agama (MIS) Miri.

KEHADIRAN: Semua Guru.

Agenda 1 : Kajian Soal Selidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1.1 Guru Besar meminta para guru melakukan ujian pengesanan tentang visi dan misi sekolah

serta visi dan misi KPM. Beliau menekankan kepentingan para guru untuk mengetahui

serta mengingati visi dan misi sekolah seiring dengan visi dan misi KPM.

Agenda 2 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

2.1 Guru Besar menekankan kepentingan para guru untuk memahami dan menghayati 11

Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Agenda 3 : Dialog Prestasi Kurikulum

3.1 Guru Besar menegaskan tentang tanggungjawab keberadaan guru di dalam kelas sewaktu

proses PdP dan kepentingan pengisian data MMI.

3.2 Guru Besar turut menyentuh tentang sasaran OTI yang perlu dicapai oleh murid-murid

Tahun 6.

3.3 Guru Besar mengumumkan GPS subjek UPSR bagi Ujian OTI 1 Mac 2014 yang

membanggakan iaitu sebanyak 1.94 manakala subjek UPSR dan Bahasa Arab sebanyak

2.23. Beliau turut membuat rumusan keseluruhan pencapaian Tahun 6 dalam Ujian OTI 1

Mac 2014.

Page 2: Laporan Dialog Prestasi

3.4 Para guru ditekankan agar sentiasa menulis buku rekod mengajar pada setiap hari dan

dilarang sama sekali membawa pulang dokumen tersebut. Semua guru dikehendaki

menghantar buku rekod mengajar pada hari jumaat pada setiap minggu.

Agenda 4 : Dialog Prestasi HEM – Displin dan Kehadiran Murid

4.1 Guru kelas diingatkan agar melengkapkan rumusan kehadiran murid pada setiap bulan

dalam buku kehadiran murid. Guru kelas atau pembantu juga diminta menghantar buku

kehadiran murid sebelum jam 8.00 pagi pada setiap hari.

4.2 Guru Besar menyatakan sekiranya murid terlibat dengan aktiviti sekolah dan tidak berada

di dalam sekolah perlu dicatatkan sebagai tidak hadir. Beliau menyatakan maksud tidak

hadir ini adalah kerana murid tidak berada di sekolah dan berlainan dengan ponteng atau

pun sebab-sebab lain.

4.3 Para guru ditekankan supaya tegas dalam pengurusan kelas serta disiplin murid.

Agenda 5 : Dialog Prestasi Kokurikulum

5.1 Ucapan tahniah daripada Guru Besar kepada guru-guru yang terlibat menjadi tulang

belakang kejayaan pasukan sekolah dalam aktiviti kokurikulum seperti pasukan kompang

formasi, pasukan perbarisan MSSR, pasukan Sofball dan lain-lain pasukan.

5.2 Guru disarankan untuk tampil terlebih dahulu sekiranya ingin memberi sumbangan dan

bakti kepada sekolah ke arah meningkatan prestasi kokurikulum sekolah di masa yang

akan datang.

Agenda 6 : Perhimpunan di Dewan

6.1 Guru Besar meminta para guru bekerjasama untuk memantau disiplin murid sebelum,

semasa dan selepas perhimpunan. Beliau turut menegur keadaan dewan terutama keadaan

pintu dan langsir di dalam dewan.

6.2 Masalah alatan siar raya yang sering bermasalah serta cekera padat lagu patriotik yang

rosak turut disentuh. Guru Besar berharap segala permasalahan dapat diatasi oleh guru

yang terlibat agar tidak mengganggu perjalanan perhimpunan di masa akan datang.

Agenda 7 : Peranan Guru

Page 3: Laporan Dialog Prestasi

7.1 Guru Besar menyentuh peranan serta tanggungjawab guru bertugas, tugasan semasa

bacaan Yassin, hari Bahasa Inggeris serta soal keselamatan di dalam sekolah terutama

dalam hal memarkir kereta di kawasan sekolah. Para guru disarankan untuk memarkir

kereta secara undur.

Agenda 8 : Kehadiran Guru

8.1 Guru Besar mengingatkan para guru bahawa ketepatan masa amat penting. Para guru perlu

hadir ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi pada setiap hari.

8.2 Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan kes kecemasan sekirannya berlaku semasa sesi

persekolahan.

8.3 Guru Besar juga mengingatkan tentang prosedur keluar masuk guru ke sekolah. Guru perlu

memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya ingin keluar pada waktu persekolahan.

8.4 Guru Besar memohon para guru supaya tidak mencapai kurang daripada 80% kehadiran

guru ke sekolah.

8.5 Guru diingatkan supaya merancang cuti dengan baik dan sentiasa mengikut prosedur yang

ditetapkan.

Agenda 9 : Sistem Maklumat Guru

9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa aplikasi E-Operasi boleh dibuka sehingga 13 April

2014. Guru baharu juga diminta untuk mendaftar di dalam aplikasi E-Operasi.

9.2 Maklumat EMIS juga perlu dikemaskini oleh guru pada setiap tahun dengan berhubungan

dengan Cikgu Dorothy.

9.3 Guru Besar turut mengingatkan para guru membuat pengesahan dahulu dalam aplikasi E-

Operasi sebelum memaklumkan kepada En.Sapri dan seterusnya mendapat pengesahan

Guru Besar.

9.4 Segala maklumat perlu lengkap agar tidak mengganggu proses E-GTukar. Guru juga

diingatkan untuk membuat pengisytiharan harta setiap 5 tahun sekali.

Hal-Hal Lain

Taklimat daripada GPK 1, En.Sapri berkaitan giliran guru lelaki bertugas untuk program solat

hajat Tahun 6.

Page 4: Laporan Dialog Prestasi

En.Sapri juga mengingatkan para guru supaya menyediakan item soalan 2 minggu sebelum

peperiksaan. Guru Besar turut menyarankan guru melakukan perbincangan sebelum penyediaan

kertas soalan bagi menjamin mutu soalan yang dihasilkan.

En.Sapri turut memaklumkan kepada guru menyiapkan tugasan memasukkan data subjek di dalam

aplikasi SAPS ketika cuti semester ini.

Makluman daripada GPK HEM tentang aplikasi SPS di mana guru kelas perlu mengemaskini

nombor pendaftaran setiap murid.

GPK Kokurikulum, En.Sarbini mengingatkan para guru supaya menghantar minit mesyuarat

setiap persatuan untuk diletakkan di dalam fail pengurusan kokurikulum.

Dialog ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………………

(AHMAD MUINUDDIN BIN DERAMAN) (EN.ZAIDI BIN ABDUL HAMID)

Guru Besar

SK Agama (MIS) Miri