laporan cmp 2011

Upload: fakhriyah-said

Post on 17-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CMP 2011

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUUNIVERSITI SAINS MALAYSIAKAMPUS INDUK, PULAU PINANG.CMP 2011KOKURIKULUM

AHLI KUMPULAN (1) FAKHRIYAH BT SAID (730224-02-5544) PPG/21578/12(2) JAMIL BIN AHMAD (740101-02-6087) PPG/21628/12(3) JUNAIDAH BT SALLEH (740326-07-5250) PPG/21636/12(4) NAJWA BT NORDIN (731121-02-5618) PPG/21755/12(5) ROSAINI BT ABD MANAF (780528-11-5528) PPG/21883/12(6) SITI NORZILA BT KERYA (801225-09-5056) PPG/21956/12(7) KHAIRUNNISSA BT KHAIRI(830924-08-5992) PPG/21648/12

KURSUSIJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

SUBJEKCMP 2011 - KOKURIKULUM( TUGASAN KUMPULAN LAPORAN HARI KOKURIKULUM )

PENSYARAHPROFESOR MADYA DR. ABDUL RASHID MOHAMAD

LAPORAN HARI KOKORIKULUM TAHUN 2013 SRK STELLA MARIS (M), KANGAR, PERLIS.

Bahagian A : Perancangan

1.0Nama Program:Program Hari Kokurikulum 20132.0Tujuan:Program ini dilaksanakan adalah merupakan kerja kursus bagi matapelajaran Kokurikulum CMP2011 bagi Kohort 3 Ambilan 2012. Program ini dirancang setelah mendapat tugasan tersebut. Pada masa yang sama, Puan Fakhriyah telah memaklumkan kepada kami bahawa sekolahnya akan mengadakan hari Kokurikulum. Oleh itu ,kami telah membuat keputusan untuk mengendalikan program Hari Kokurikulum tersebut di SRK Stella Maris (M).3.0Latar Belakang Program :Hari kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan sebagai kesinambungan daripada aktiviti mingguan kokurikulum sekolah. Di samping itu , ia merupakan satu program yang mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang murid perolehi daripada aktiviti kokurikulum dan juga pembelajaran dalam kelas. Ia juga berperanan untuk menggalakkan murid-murid aktif dalam bidang kemasyarakatan serta menonjolkan bakat-bakat terpendam dan yang telah sedia ada melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas semasa program ini dijalankan.

4.0Matlamat :Matlamat Hari Kokurikulum ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran:4.1 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan warga sekolah.4.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta berpotensi menjadi pemimpin pada masa hadapan.4.3 Melahirkan pelajar yang sepadu dan seimbang dengan memberikan penekanan terhadap kedua-dua komponen, iaitu akademik dan kokurikulum.5.0Objektif :Objektif Hari Kokurikulum adalah untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah:5.1 Pengetahuan murid-murid tentang aplikasi dan kemahiran yang mereka perolehi dari kurikulum dan kokurikulum bertambah mantap.5.2 Mengaplikasi hasil pembelajaran tajuk Keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.5.3 Memupuk semangat bekerjasama, tekun bekerja dan mengamalkan semangat berusaha untuk menjadi seorang usahawan.5.4 Mempelajari teknik asas kawad kaki bagi unit beruniform.5.5 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang terutamanya kepimpinan dan pengurusan kumpulan.5.6 Mewujudkan jalinan pemuafakatan antara guru penasihat kokurikulum dengan ahli-ahli persatuan, kelab dan unit beruniform.6.0Tarikh / Masa :9 Oktober 2013 ( Rabu)07:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.7.0Tempat Program :Sekitar SRK Stella Maris (M) , Kangar, Perlis.8.0Sasaran :Murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6Semua ahli kelab, persatuan dan unit beruniform.

9.0Ahli Jawatan Kuasa Program :9.1 Jawatan Kuasa Induk :PENGERUSI: En. Rahim bin Hassan (Guru Besar)NAIB PENGERUSI 1: Pn. Rukiah Bt Ismail (PK Pentadbiran)NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Sarimah bt. Ratiman (PK HEM)NAIB PENGERUSI 3 : Pn. Muainah bt. Ismail (PK KK)SETIAUSAHA: En. Azlan Bin ArshadPEN. SETIAUSAHA : Pn. Fakhriyah bt SaidBENDAHARI: Pn. Rohaiza bt. SaadPENOLONG BENDAHARI: Pn. Najwa bt NordinAJK INDUK: En. Jamil bin Ahmad Pn. Junaidah bt Salleh Pn. Rosaini bt Abd Manaf Pn. Siti Norzila bt Kerya Pn. Khairunnissa bt Khairi9.2 Jawatan Kuasa Pelaksana :Penyediaan & penjualan kupon pada setiap kelas:Penyelaras : Pn. Norizah bt SaidPn. Halimatun Saadiah bt Mohd ZanPn. Norazah bt SaadPn. Azimah bt Mhd YasinPn. Hanita bt. AbdullahPn. Rohaiza bt. Saad

Penjualan kupon pada hari kokurikulum:Pn. Hanita bt. AbdullahPn. Rohaiza bt. Saad

Pertandingan Mewarna dan pengawasan murid tahap 1:Penyelaras : Pn. Siti Norzila bt Kerya

1K : Pn. Rafizah bt. Rusli1M : Pn. Fauziah bt. Arifin2K : Pn. Roshiyah bt. Saad2M : Pn. Saraiyah bt. Mohammad

Latihan Kawad Kaki (Unit Beruniform tahun 3, 4 dan 5:Penyelaras : Pn. Khairunnissa bt Khairi

PBSM & KRS : Pn. Fatimah NorehangTunas Puteri & Puteri Islam : Pn. Masliza bt. Ismail Pengakap : En. Fairose

Pameran Agensi Luar:Penyelaras : Pn. Najwa bt Nordin

Pn. Norazila bt Awang En. Asrul Nizam bin Azmi

Mentor Keusahawanan (Tahun 6):Penyelaras : Pn. Rosaini bt. Abd ManafKumpulan 1 : Pn. Rozaidatul Humaimi bt. Ilyas (K) Pn. Saraiyah bt. MohammadKumpulan 2 : Pn. Azirawati bt. Ramli (K) Pn. Rafizah bt. RusliKumpulan 3 : Pn. Fatimah Norehang (K) Pn. Roshiyah bt. SaadKumpulan 4 : Pn. Rusmini bt. Mohamad (K) Pn. Fakhriyah bt SaidKumpulan 5 : Pn. Afidah bt Kasa (K) En. Sakri b. Mat NoorKumpulan 6 : Pn. Melor bt. Osman (K) Pn. Norhayati bt. SyahmanKumpulan 7 : Pn. Hasnah bt. Abdul Hamid (K) Pn. Fauziah bt. ArifinKumpulan 8 : Pn. Nor Rehanah bt. Diauddin (K) Pn. Masliza bt. Ismail

Sistem Audio, gambar pegun dan dokumentasi :Penyelaras : Pn. Fakhriyah bt Said

En. Sakri b. Mat Noor En. Syazwan bin Sharudin En. Norhalis bin Abdul Kassim

Senamrobik: Penyelaras : Pn. Junaidah bt Salleh

Pn. Sakila bt. Saad Pn. Norkartini bt. Othman

Persiapan tempat, khemah dan kebersihan:Penyelaras : En. Jamil bin Ahmad

En. Fairose En. Abdul Jani bin Safar En. Zohan bin Abdul Pekerja-pekerja kebersihan swasta

10.0Tugas Ahli Jawatan Kuasa :Penyediaan & penjualan kupon pada setiap kelas:Menyediakan kupon jualan dan menjualkan kepada setiap murid sebelum hari kokurikum.Proses jual beli gerai pada hari kokurikulum adalah menggunakan kupon sahaja.

Penjualan kupon pada hari kokurikulum:Menjual kupon pada hari kokurikulum berlansung.

Pertandingan Mewarna dan pengawasan murid tahap 1:Merancang tema dan menyediakan kertas lukisan untuk pertandingan mewarna. Mengenalpasti 3 pemenang bagi tahun 1 dan 2.Mengawasi tata laku murid tahun 1 dan 2.

Latihan Kawad Kaki Unit Beruniform:Memilih dan mengawasi murid yang mengikuti latihan kawad kaki.

Pameran Agensi Luar:Menghubungi agensi luar sebelum pameran dan memastikan pegawai luar dilayan dengan baik.

Mentor Keusahawanan (Tahun 6):Guru akan membantu murid dalam merancang perniagaan yang akan diusahakan dan bersama-sama murid menjayakan program keusahawanan. Mematuhi syarat perniagaan yang ditetapkan.

Sistem Audio, gambar pegun dan dokumentasi :Penyediaan sistem audio pada hari koku dan membuat pengambaran untuk pendokumentasian.

Senamrobik: Merancang dan mengendalikan senamrobik

Persiapan tempat dan kebersihan:Susunan tempat berlangsung kokurikulum dan membersihkan tempat setelah selesai aktiviti.

11.0Pengisian / Jenis Aktiviti :11.1 Senamrobik Kecergasan11.2 Pertandingan Mewarna11.3 Kawad Kaki11.4 Gerai Keusahawanan Tahun 611.4 Pameran Agensi Luar :11.41 Bomba dan Penyelamat11.42 Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)11.43 Jabatan Alam Sekitar (JAS)11.44 Agensi Anti Dadah Kebangsaan12.0Peruntukan Dan Kos :PerkaraItemJumlah

Hadiah pertandingan mewarna dan aktiviti kawad kaki.15 X RM 10.00RM 150.00

Cenderahati jurulatih senamrobik, jurulatih kawad kaki dan pameran agensi luar (set Hamper)10 x RM 15.00RM 150.00

Minum murid aktiviti kawad kaki12 kotak x RM 8.50RM 102.00

Makan dan minum aktiviti murid pertandingan mewarna.

Plastik sampah100 X RM1.50 = RM150.00

1 gulung RM4.00RM 154.00

SewaKhemah2buah X RM 150RM 300.00

JumlahKeseluruhan

RM 854.00

13.0Tentatif Program :TARIKH/HARIMASAAKTIVITITINDAKAN

09 Oktober 2013(Rabu)07.30 07.4008.30 pagi Perhimpunan / Perasmian Taklimat /Senamrobik Guru bertugas mingguan JK Senamrobik

08.30 09.30 pagi

Tahap 1 (tahun 2 & 3): Pertandingan mewarna Tahap 2 (tahun 3, 4 & 5):Latihan Kawad Kaki (JPAM) JK Pertandingan mewarna JK Kawad kaki

Tahun 6Persiapan Perniagaan JK Mentor keusahawanan

09.30 pg 12.00 tgh Jualan makanan Pameran dari Bomba/ PDRM / JKJR / JAS /Perpustakaan Awam / AADK / JPAM JK Agensi luar JK Jualan kupon

12.00 tgh12.30 ptg Membersihkan kawasan aktiviti. Murid pulang JK persiapan tempat dan kebersihan

13.0Penutup :Proses merancang sesuatu aktiviti atau program mengambil masa yang agak lama bagi memastikan kelancaran sesuatu program itu. Kumpulan kami telah mengadakan dua kali mesyuarat secara rasmi serta empat kali perbincangan secara tidak rasmi bagi merancang serta membincangkan segala aspek yang perlu diambil kira bagi melancarkan lagi program Hari Kokurikulum ini. Terdapat juga kekangan daripada segi masa dan penglibatan semua ahli semasa proses merancang program ini. Walaupun begitu, segala kekangan ini dapat kami atasi dengan sifat toleransi serta sabar dan tidak mementingkan diri sendiri. Kami bekerja secara berkumpulan dan berusaha menyelesaikan setiap masalah yang timbul secara musyawarah.Program Hari Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Kami berharap agar program ini dapat menggarap seluruh matlamat serta objektif yang telah digariskan bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing serta mampu berdikari untuk menghadapi cabaran di era globalisasi ini. Kami juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kami bersama-sama untuk bekerjasama serta bertoleransi kearah melaksanakan satu program yang besar bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada program ini dapat dijadikan panduan kepada semua ahli kumpulan bagi melaksanakan program-program lain pada masa hadapan di sekolah masing-masing.

Bahagian B:PELAKSANAANPada 9 Oktober 2013 yang lalu, satu program iaitu Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah telah diadakan di sekitar Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris (M), Kangar, Perlis. Program ini disertai oleh semua murid-murid SRK Stella Maris (M) dari Pra Sekolah hingga Tahun 6. Seramai 30 orang murid dari sekolah jemputan iaitu dari SK Sri Indera ,SK Behor Empiang, SK Sungai Baru, SK Institut Perguruan Malaysia dan SK Arau turut menyertai program ini.Program ini bermula pada pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengah hari. Pada pukul 7:30 pagi, semua guru dan murid-murid berkumpul di Tapak Perhimpunan untuk Majlis Perasmian Hari Kokurikulum. Program ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SRK Stella Maris (M), Encik Rahim bin Hassan. Dalam acara perasmian tersebut, Tuan Guru Besar telah memotong reben dan melepaskan belon ke udara sebagai gimik perasmian.Selepas perasmian, acara senamrobik telah diadakan di Dataran Perhimpunan berikutan kesesuaian tempat yang luas dan dapat menempatkan semua murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti senamrobik dengan selesa. Puan Junaidah binti Salleh telah bertindak sebagai penyelaras. Instruktor jemputan bagi senamrobik tersebut ialah Pn. Hanita bt Hajja . Objektif aktiviti senamrobik ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai salah satu cara untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti regangan dan pergerakan tubuh badan menggunakan muzik yang bersesuaian. Selain itu, aktiviti senamrobik ini juga dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan diri untuk tempoh jangka panjang. Aktiviti ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan, seterusnya diikuti dengan aktiviti senamrobik dan diakhiri dengan aktiviti penyejukan badan.Sambutan yang amat baik dari warga sekolah dapat dilihat melalui penglibatan menyeluruh sepanjang aktiviti senamrobik berlangsung juga kerjasama yang diberikan. Maklum balas secara lisan yang diterima daripada murid-murid turut menyatakan bahawa mereka seronok dengan aktiviti ini dan berharap dapat dilaksanakan lagi dengan lebih kerap pada masa akan datang.Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Mewarna yang diadakan di Dewan Sekolah. Pertandingan Mewarna disertai oleh murid-murid Pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2. Guru penyelaras yang terlibat iaitu Puan Siti Norzila telah menyediakan bahan-bahan untuk mewarna. Aktiviti mewarna ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni. Disamping itu, aktiviti ini memberi peluang kepada semua murid-murid untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni mengikut kretiviti masing-masing. Aktiviti mewarna ini bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 9:30 pagi. Keputusan para pemenang dan penyampaian hadiah disampaikan pada hari Isnin sewaktu perhimpunan pagi.Sementara itu, tepat pukul 8:30 pagi juga, murid-murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 yang mewakili Badan Beruniform masing-masing iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri melakukan aktiviti Kawad Kaki. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan dan diuruskan oleh Puan Khairunnisa bt Khairi. Murid-murid begitu memberi komitmen yang tinggi dengan memakai pakaian beruniform masing-masing. Aktiviti ini telah diketuai oleh anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Aktiviti ini berlangsung dengan jayanya. Murid-murid begitu bersemangat dan mempersembahkan kawad kaki yang begitu kemas. Kelebihan aktiviti kawad kaki ini ialah dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam satu kumpulan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.Pada waktu yang sama juga, bermula pada pukul 8:30 pagi, murid-murid Tahun 6 pula membuat persiapan untuk gerai perniagaan masing-masing. Guru penyelaras gerai keusahawanan ini diketuai oleh Puan Rosaini binti Abd Manaf dan dibantu oleh beberapa orang guru dari SRK Stella Maris (M). Pada hari itu, sebanyak 8 gerai didirikan di bawah khemah yang telah disediakan.Antaranya termasuklah gerai makanan, minuman, gerai buku dan majalah dan gerai fotografi. Setiap gerai diketuai oleh seorang guru dan dibantu oleh beberapa orang murid tahun 6 yang telah dikenal pasti.Lebih kurang 1 jam persiapan di buat, tepat pukul 9:30 pagi, gerai jualan dibuka kepada warga sekolah dan para pengunjung. Para guru, murid-murid dan ibubapa membeli menggunakan kupon yang telah dijual seminggu sebelum program dilaksanakan yang bernilai RM1, RM2 dan RM5. Gerai fotografi menjadi tumpuan pada waktu itu kerana murid-murid begitu teruja untuk merealisasikan gambar mereka dalam bentuk foto. Jualan gerai makanan dan minuman pada hari tersebut juga begitu mendapat sambutan yang memberangsangkan. Para peniaga tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang begitu ramai.Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak, nasi tomato, laksa, sate, kek, roti dan pelbagai lagi. Kelebihan aktiviti ini ialah para murid dapat mengenali dan memahami dunia usahawan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberikan pengetahuan asas kepada mereka tentang pengurusan perniagaan secara sistematik serta dapat meningkatkan keyakinan diri contohnya ketika sedang menarik perhatian pelanggan. Kekurangan yang dikenal pasti , semasa aktiviti jual beli , terdapat sebilangan kecil murid-murid mengambil kesempatan mengambil semula kupon yang digunakan tanpa disedari oleh peniaga gerai. Oleh itu, pada masa akan datang, kupon-kupon yang telah digunakan perlu dikoyak atau ditanda supaya ia tidak boleh digunakan semula.Selain itu, aktiviti yang menarik para pengunjung pada hari itu juga ialah pameran dari agensi-agensi luar. Guru penyelaras bagi pameran ini ialah Puan Najwa binti Nordin. Antaranya pameran dari pihak Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKR), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pameran ini telah memberi banyak info dan maklumat yang berguna kepada warga sekolah dan para pengunjung. Wakil dari setiap agensi telah memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program ini berlangsung. Pameran Doktor Muda juga menarik minat murid-murid. Ini kerana terdapat permainan disediakan, antaranya menyusun puzzle, dam ular gergasi dan membaling bentuk 2 dimensi ke dalam kotak yang disediakan. Aktiviti yang disediakan ini sangat menarik dan melibatkan penyertaan daripada ramai murid serta pengunjung lain.Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, acara cabutan bertuah juga disediakan. Cabutan bertuah diadakan bertujuan untuk menarik pengunjung supaya berada di sekolah sehingga selesai majlis. Oleh itu, ia dapat memotivasikan pengunjung supaya terus berada di tapak jualan dan di tapak pameran sementara menunggu keputusan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah berupa hamper disampaikan oleh tuan Guru Besar selepas selesai program Hari Kokurikulum.Program Hari Kokurikulum ini berakhir pada pukul 12:30 tengah hari. Para guru dan murid-murid bekerjasama membersihkan kawasan aktiviti. Murid-murid dibenarkan pulang pada pukul 1:00 petang. Kesimpulannya, Program Hari Kokurikulum ini telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan dari warga sekolah, ibubapa dan komuniti setempat amat memberangsangkan.Sehari sebelum program dilaksanakan, kami telah memastikan peralatan telah disediakan dengan baik. Antaranya khemah, kawasan pameran, gerai keusahawanan dan peralatan untuk perasmian. Kami juga memastikan kawasan yang terlibat tersusun dengan teratur .Namun begitu terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti sepanjang program ini berlangsung, pertama masalah peralatan iaitu khemah. Khemah yang disewa tidak dapat dihantar pada saat-saat akhir kerana tiada pengangkutan untuk menghantar khemah tersebut. Langkah penyelesaian, guru penyelaras persiapan tempat, Encik Jamil bin Ahmad terpaksa menyewa khemah daripada waris murid. Khemah selesai dipasang pada pukul 10:00 malam.Kedua, masalah kekurangan tenaga kerja pada Hari Kokurikulum itu berlangsung. Ini kerana ramai guru-guru terlibat dengan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan ada sebilangan mereka terlibat sebagai pemeriksa kertas UPSR. Ini menyebabkan guru-guru yang ada terpaksa mengendalikan aktiviti aktiviti berseorangan. Ketiga, masalah kawasan sekolah yang agak sempit. Ini menyebabkan kawasan untuk pameran dan gerai jualan agak terhad. Ini menyukarkan para pengunjung untuk bergerak dengan lebih selesa dari satu tempat ke satu tempat. Masalah keempat yang dikenal pasti ialah terdapat agensi luar yang tidak dapat hadir. Perbadanan Perpustakaan Awam tidak dapat hadir kerana pada hari tersebut mereka terlibat dengan Program Pelancaran Bulan Bahasa peringkat Kebangsaan. Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia tidak memberi sebarang maklum balas setelah pihak kami menghantar surat jemputan .

Bahagian C:LAPORAN AKHIR (POST MORTEM)Post MortemSetiap program yang dilaksanakan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Menyedari hakikat ini, kami telah mengadakan post mortem selepas melaksanakan program ini untuk mendapatkan maklum balas dan membincangkan tentang beberapa isu yang timbul semasa perlaksanaan program untuk penambahbaikan. Post mortem ini sangat penting untuk memastikan setiap program yang dijalankan akan berjalan lancar pada masa akan datang. Sebelum program ini dijalankan, isu yang paling besar ialah khemah untuk pameran dan jualan. Sehari sebelum program dijalankan pihak pemilik khemah telah memaklumkan mereka tiada kenderaan untuk menghantar khemah tersebut ke sekolah kerana lori yang sepatutnya digunakan untuk menghantar khemah tersebut telah digunakan untuk menghantar peralatan ke tempat lain. Kami terpaksa membatalkan tempahan khemah tersebut dan mencari khemah di tempat lain. Namun begitu salah seorang penjaga pelajar telah menawarkan khidmat sewaan khemah kepada kami. Akhirnya, khemah yang sepatutnya siap dipasang pada waktu petang telah selesai dipasang pada pukul 10.00 malam. Program ini dirancang dengan teliti untuk memastikan pelaksanaannya lancar dan berjaya. Namun begitu, kami menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Kami menyedari pelaksanaan program ini memerlukan ramai tenaga kerja, maka kami telah bekerjasama dengan guru-guru SRK Stella Maris untuk mejayakannya. Namun begitu, semasa program ini dijalankan ramai guru yang terlibat dengan kursus-kursus KSSR , PBS dan sebagai pemeriksa kertas UPSR. Kami telah berusaha untuk menjalankan program ini dengan sebaik-baiknya walaupun kekurangan tenaga kerja. Kami terpaksa mengagihkan tugas-tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh guru-guru yang berkursus untuk memastikan program ini tetap dijalankan seperti yang telah dirancang terutama untuk gerai-gerai jualan dan kios-kios. Akhirnya, program ini berjaya dilaksanakan walaupun kekurangan tenaga kerja.Mengikut perancangan yang telah dibuat, pameran akan disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM ) dan Jabatan Perpustakaan Awam. Namun begitu, semasa program ini dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpustakaan Awam tidak dapat menyertai pameran ini. Jabatan Perpustakaan Awam menarik diri kerana mereka juga terlibat dengan Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Bahasa peringkat Kebangsaan di Dewan 2020 pada hari yang sama. Namun begitu, kami berasa kecewa kerana pihak Polis Di Raja Malaysia tidak memberikan apa-apa makluman berkaitan penarikan diri mereka. Selain daripada itu, ketika program ini dijalankan, kawasan pameran dan gerai-gerai jualan agak sempit kerana kawasan sekolah kecil dan terhad. SRK Stella Maris merupakan sekolah premier yang memiliki kawasan sekolah yang agak sempit dan terhad. Ini menyebabkan kesesakan di gerai-gerai jualan dan kawasan pameran yang menjadikannya suasana yang kurang selesa dan agak panas. Kehadiran pengunjung yang ramai menambahkan lagi kesesakan dan kekurangan tempat untuk menjalankan aktiviti. Namun begitu masalah ini dapat diatasi dengan meletakkan gerai jualan dalam kawasan kantin untuk menambahkan ruang terutamanya tempat untuk makan.Program ini telah dirancang awal dan pemilihan tarikh yang agak sesuai supaya tidak bertindih dengan program program lain untuk memastikan perjalanannya lancar dan memberikan impak positif kepada peserta dan pengunjung. Namun begitu, pada saat-saat akhir kami dimaklumkan bahawa Program Kolaborasi bersama sekolah di India perlu mengikut tarikh yang diberi oleh pihak sekolah O.P Jindal School, Raigarh, India iaitu pada hari yang sama. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami, kami menganggap ini merupakan satu kelebihan kepada program ini kerana terdapat pertambahan aktiviti yang dapat menarik minat pengunjung dan peserta. Program kolaborasi ini dijalankan pada waktu petang untuk memberikan ruang dan masa untuk program kami pada waktu pagi bagi mengelakkan kesesakan yang teruk melibatkan kawasan tempat letak kenderaan dan kawasan aktiviti.Sungguhpun menghadapi beberapa kesukaran kami bersyukur kerana dapat melaksanakan program ini dengan jayanya dan mencapai matlamat yang telah diharapkan. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan perlu dijalankan setiap tahun untuk menggalakkan pembelajaran luar bilik darjah kepada murid-murid disamping dapat merapatkan hubungan antara ibubapa, penduduk setempat dan juga komuniti sekolah.Setelah melihat kepada beberapa isu yang timbul, kami telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program ini pada masa akan datang. Kami berpendapat kawasan untuk gerai-gerai jualan dan ruang pameran dijalankan di kawasan yang lebih lapang dan luas seperti di padang sekolah atau di parkir kereta guru. Kita juga boleh menggunakan bilik-bilik darjah untuk dijadikan ruang pameran bagi mengelakkan kesesakan. Selain daripada itu, promosi perlu diperluaskan lagi kepada lebih banyak sekolah untuk menarik lebih ramai pengunjung. Disamping itu juga, menggantung banting-banting di kawasan yang strategik dapat menghebahkan program ini kepada penduduk setempat dengan lebih meluas. Kami juga mencadangkan supaya menjemput lebih banyak agensi kerajaan dan swasta untuk menyertai program ini supaya murid-murid mendapat lebih banyak maklumat dan informasi. Contohnya, Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran buku oleh pengedar-pengedar buku serta pameran ular oleh Taman Ular Negeri.Aktiviti-aktiviti melibatkan murid-murid perlu diperbanyakkan lagi seperti jejak maklumat, kuiz, pertandingan karaoke, rumah hantu dan lain-lain yang boleh melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh.Kami bersyukur kerana mendapat keizinan yang Allah S.W.T untuk melaksanakan program ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Profesor Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad kerana telah membantu memberikan kelonggaran terhadap bilangan ahli kumpulan serta panduan dan bahan-bahan rujukan yang lengkap serta sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat semasa kami menjalankan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada Guru Besar SRK Stella Maris, Encik Rahim bin Hassan, kerana menberikan keizinan dan kerjasama yang tidak terhingga kepada kami untuk melaksanakan program ini. Tidak dilupakan juga buat guru-guru dan murid-murid SRK Stella Maris yang banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam melaksanakan program ini dari mula hingga akhir. Murid-murid juga sentiasa ringan tulang memberi bantuan kepada mana-mana guru yang memerlukan. Sikap sebegini seharusnya diberi pujian.Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana sudi memberikan kerjasama dan menyertai program ini. Juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa program ini dilaksanakan.

Kami berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan tempoh masa yang lebih lama untuk memberikan peluang lebih ramai pengunjung datang dan lebih banyak penyertaan. Ini adalah kerana program-program kokurikulum seperti ini dapat mengasah bakat dan mengilap minat murid-murid dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan demi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu meningkatkan perkembangan murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu.19