laporan bulan-kecergasan-tahun-2011

3
LAPORAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2011 Bulan kecergasan merupakan satu program yang biasa dijalankan pada setiap bulan Julai setiap tahun di peringkat KPM,JPN,PPD dan sekolah-sekolah.Perlaksanaan program ini di dorong oleh hasrat Kementerian pelajaran Malaysia bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan masyarakat Malaysia daripada berbagai lapisan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan persepsi masyarakat yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian. Sepanjang bulan kecergasan ini Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan beberapa aktiviti khusus untuk pelajar bagi merealisasikan perjalanan program bulan kecergasan ini. Program bulan kecergasan ini telah di jalankan oleh Pn Norizan bt Mohamed Kalam selaku GPK Kokurikulum di bantu oleh guru-guru serta sokongan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama Nilai. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senamrobik pada pagi pelancaran bulan kecergasan ini.Aktiviti senamrobik ini mendapat sambutan yang agak baik kerana turut di sertai oleh guru-guru sekolah ini. Di samping itu, juga terdapat pertandingan bola jaring 3 sebelah yang melibatkan pelajar perempuan .Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Di samping itu bersempena dengan bulan kecergasan ini pertandingan bola tampar juga telah dijalankan dan di sertai oleh pelajar lelaki. Sebanyak 8 kumpulan yang menyertai pertandingan ini.Selain daripada itu Guru Kesihatan juga telah mengadakan ceramah kesihatan yang di adakan di kantin Sekolah Menengah Agama Nilai . Dr Faridah dari Klinik Kesihatan Nilai telah dipanggil untuk memberi ceramah.Ini bertujuan bagi menimbulkan kesedaran para pelajar dan guru tentang kesihatan tubuh badan yang ideal. Diakhir Bulan Kecergasan telah diadakan sukaneka yang disertai oleh para pelajar dan juga guru-guru Sekolah Menengah Agama Nilai. Majlis Penutupan Bulan Kecergasan telah diadakan di Dewan Makan SMA Nilai dengan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengetua dan di akhiri dengan persembahan silat oleh Tuan Pengetua. Kesimpulannya Program Bulan Kecergasan ini merupakan sebuah program yang baik dan tepat bagi menimbulkan kesedaran warga sekolah akan betapa pentingnya erti kesihatan.Di samping itu ia juga dapat menjadikan warga sekolah sihat dan cergas sekaligus dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang merbahaya. AKTIVITI PROGRAM Antara-antara aktiviti yang di jalankan ialah 1. Senamrobik

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 16-Jan-2015

260 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011

LAPORAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2011

Bulan kecergasan merupakan satu program yang biasa dijalankan pada setiap bulan Julai setiap tahun

di peringkat KPM,JPN,PPD dan sekolah-sekolah.Perlaksanaan program ini di dorong oleh hasrat Kementerian

pelajaran Malaysia bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan masyarakat Malaysia daripada

berbagai lapisan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai dan

menyuburkan persepsi masyarakat yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan

secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.

  Sepanjang bulan kecergasan ini Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan beberapa aktiviti

khusus untuk pelajar bagi merealisasikan perjalanan program bulan kecergasan ini. Program bulan kecergasan

ini telah di jalankan oleh Pn Norizan bt Mohamed Kalam selaku GPK Kokurikulum di bantu oleh guru-guru serta

sokongan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama Nilai.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senamrobik pada pagi pelancaran bulan kecergasan

ini.Aktiviti senamrobik ini mendapat sambutan yang agak baik kerana turut di sertai oleh guru-guru sekolah ini. Di

samping itu, juga terdapat pertandingan bola jaring 3 sebelah yang melibatkan pelajar perempuan .Sebanyak 8

pasukan telah menyertai pertandingan ini. Di samping itu bersempena dengan bulan kecergasan ini

pertandingan bola tampar juga telah dijalankan dan di sertai oleh pelajar lelaki. Sebanyak 8 kumpulan yang

menyertai pertandingan ini.Selain daripada itu Guru Kesihatan juga telah mengadakan ceramah kesihatan yang

di adakan di kantin Sekolah Menengah Agama Nilai . Dr Faridah dari Klinik Kesihatan Nilai telah dipanggil untuk

memberi ceramah.Ini bertujuan bagi menimbulkan kesedaran para pelajar dan guru tentang kesihatan tubuh

badan yang ideal. Diakhir Bulan Kecergasan telah diadakan sukaneka yang disertai oleh para pelajar dan juga

guru-guru Sekolah Menengah Agama Nilai. Majlis Penutupan Bulan Kecergasan telah diadakan di Dewan Makan

SMA Nilai dengan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengetua dan di akhiri dengan persembahan silat

oleh Tuan Pengetua.

Kesimpulannya Program Bulan Kecergasan ini merupakan sebuah program yang baik dan tepat bagi

menimbulkan kesedaran warga sekolah akan betapa pentingnya erti kesihatan.Di samping itu ia juga dapat

menjadikan warga sekolah sihat dan cergas sekaligus dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang

merbahaya.

AKTIVITI PROGRAM

Antara-antara aktiviti yang di jalankan ialah

1. Senamrobik

2. Pertandingan Bola Jaring 3Sebelah

3. Pertandingan Bola Tampar

4. Sukaneka

5. Ceramah Kesihatan

Page 2: Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011

GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG BULAN KECERGASAN 2011

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………….. ………………………………………….ZUBAIDAH BT SEMAN PN NORIZAN BT MOHAMED KALAM(S/U Kokurikulum) (GPK Kokurikulum)Sekolah Menengah Agama Nilai Sekolah Menengah Agama Nilai

Page 3: Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011