laporan analisa pemantauan ict 2013

2
LAPORAN ANALISA PEMANTAUAN ICT PKG KE SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU MARANG FASA (1) 2013 1. PENDAHULUAN Pusat Kegiatan Guru Marang telah melaksanakan pemantauan ICT PKG ke sekolah dari aspek pengintegrasian ICT secara maksima melalui instrumen SPPICTS bermula pada bulan April sehingga Jun 2013. 2. TUJUAN LAPORAN Laporan ini dikemukakan untuk memaklumkan hasil dapatan dan pemantauan bagi 24 buah sekolah tersebut serta mengemukakan analisa yang diperolehi dalam perkara-perkara yang dipantau. Laporan ini juga mengariskan cadangan yang akan dikemukakan sebagai tanda tindak susulan pemantauan penggunaan ICT di sekolah ahli PKG. 3. OBJEKTIF PEMANTAUAN & PENGGREDAN PKG KE SEKOLAH 3.1 Sebagai garis panduan piawai standard Pemantauan PKG ke sekolah. 3.2 Sebagai garis panduan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan ICT dalam P&P di sekolah. 3.3 Sebagai senarai semak dan penanda aras untuk membantu sekolah, Guru Penyelaras Bestari, Guru ICT dan Jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan pengintegrasian ICT di sekolah dilaksanakan secara menyeluruh. 3.4 Membuat penambahbaikan serta mempertingkatkan prestasi pengurusan dan penggunaan Makmal ICT dengan secara maksimum. 4. TATACARA PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH 4.1 Instrumen pemantauan Penggunaan ICT PKG ke sekolah telah diberikan format dalam bentuk softcopy melalui email kepada semua sekolah dan juga melalui Instrumen Penilian Pengurusan Makmal Komputer Sekolah. 4.2 Semua GPB dan Guru Penyelaras ICT diberikan taklimat berkaitan instrumen yang digunapakai bagi tujuan pemantauan.

Upload: el-gamillo

Post on 21-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ict

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ANalisa Pemantauan ICT 2013

LAPORAN ANALISA PEMANTAUAN ICT PKG KE SEKOLAH

AHLI PUSAT KEGIATAN GURU MARANG FASA (1) 2013

1. PENDAHULUAN

Pusat Kegiatan Guru Marang telah melaksanakan pemantauan ICT PKG ke sekolah

dari aspek pengintegrasian ICT secara maksima melalui instrumen SPPICTS bermula pada

bulan April sehingga Jun 2013.

2. TUJUAN LAPORAN

Laporan ini dikemukakan untuk memaklumkan hasil dapatan dan pemantauan bagi

24 buah sekolah tersebut serta mengemukakan analisa yang diperolehi dalam perkara-

perkara yang dipantau. Laporan ini juga mengariskan cadangan yang akan dikemukakan

sebagai tanda tindak susulan pemantauan penggunaan ICT di sekolah ahli PKG.

3. OBJEKTIF PEMANTAUAN & PENGGREDAN PKG KE SEKOLAH

3.1 Sebagai garis panduan piawai standard Pemantauan PKG ke sekolah.

3.2 Sebagai garis panduan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan ICT dalam P&P di sekolah.

3.3 Sebagai senarai semak dan penanda aras untuk membantu sekolah, Guru

Penyelaras Bestari, Guru ICT dan Jawatankuasa yang terlibat dalam

memastikan pengintegrasian ICT di sekolah dilaksanakan secara menyeluruh.

3.4 Membuat penambahbaikan serta mempertingkatkan prestasi pengurusan dan

penggunaan Makmal ICT dengan secara maksimum.

4. TATACARA PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH

4.1 Instrumen pemantauan Penggunaan ICT PKG ke sekolah telah diberikan format

dalam bentuk softcopy melalui email kepada semua sekolah dan juga melalui

Instrumen Penilian Pengurusan Makmal Komputer Sekolah.

4.2 Semua GPB dan Guru Penyelaras ICT diberikan taklimat berkaitan instrumen

yang digunapakai bagi tujuan pemantauan.

4.3 PKG Marang telah menghantar surat makluman pemantauan yang telah

dilaksanakan mengikut jadual yang telah dilampirkan bersama. walau

bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan tarikh pemantauan kerana

pegawai terlibat dengan kursus yang berkaitan.

Page 2: LAPORAN ANalisa Pemantauan ICT 2013

5. DAPATAN KESELURUHAN PEMANTAUAN ICT

Keseluruhan status pemantauan penggunaan ICT di sekolah berada pada tahap

yang memuaskan. Didapati penggunaan talian internet dibeberapa buah sekolah mengalami

masalah mengakses internet dan kelewatan pemasangan Zoom/VSAT/OCPE bagi projek

1Bestarinet ada punca utama. Pada masa yang sama, perkara ini telah menyebabkan

proses mengakses sistem online data dimana guru dan murid sebagai responden kadang-

kadang gagal untuk menjawab soalan. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa buah

sekolah yang telah bertindak secara proaktif dengan melanggan talian streamyx yang

dibekalkan kos tanggungan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengatasi masalah

tersebut.

Bagi aspek penggunaan e-Book di sekolah, ia merupakan 1 kemudahan yang secara

tidak langsung telah mempertingkatkan penggunaan dan kemahiran para pelajar dalam ICT.

Modul yang telah dibangunkan oleh Jurulatih Utama Negeri, sangat membantu dan

dimanfaatkan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pembelajaran berlaku dalam

kelas secara Maya di samping sekolah ahli PKG Marang dalam proses menerima latihan

penggunaa VLE Frog 1Bestarinet dalam tempoh masa terdekat ini.

Disediakan oleh :

( EL GAMILLO BIN HABIBUN TAN )Pegawai Teknologi Pendidikan ( I )Pusat Kegiatan Guru MarangMarang, Terengganu