kemahiran generik dalam faktor pemilihan … · tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi....

28
KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN JURUTERA MENGIKUT PERSPEKTIF INDUSTRI PEMBINAAN NORRAFIDAH BINTI ABD KADIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: leliem

Post on 09-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN JURUTERA

MENGIKUT PERSPEKTIF INDUSTRI PEMBINAAN

NORRAFIDAH BINTI ABD KADIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian
Page 4: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN JURUTERA

MENGIKUT PERSPEKTIF INDUSTRI PEMBINAAN

NORRAFIDAH BINTI ABD KADIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

ii

Page 6: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,

rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Teramat istimewa buat,

Ibu

yang melahir dan membesarkan

Ayah

yang memberi kekuatan

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari

Allah s.w.t.

Wassalam.

Page 7: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian

yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Dikesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia projek

Encik Mahyuddin Bin Arsat, yang telah banyak membantu dengan penuh komited

dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan

seperjuangan di atas kesudian mereka untuk meluangkan masa, berkongsi ilmu,

pandangan, dan maklumat yang amat bermakna dalam menjayakan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini

secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang tidak

terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan

yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan

setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian.

Page 8: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran generik dalam faktor pemilihan

jurutera mengikut perspektif industri. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada

kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,

kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral,

kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan. Kajian ini melibatkan responden

seramai 44 orang majikan di industri pembinaan. Data untuk kajian ini diperolehi

melalui soal selidik yang mengandungi 64 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan

Alpha Cronbach adalah 0.98. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dan menganalisis

persepsi majikan kepada keutamaan, tahap dan citarasa industri terhadap kemahiran

generik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS) for Window Version 11.5. Analisis kajian dinyatakan dalam

bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa majikan lebih

mengutamakan kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran

menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan etika moral professional dalam industri

pembinaan. Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian,

kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian ini juga

memberikan cadangan di mana pihak universiti, industri dan graduan haruslah peka

terhadap kepentingan kemahiran generik dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh

dilakukan.

Page 9: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

vi

ABSTRACT

This research was conducted to survey selection factor for generic skills among

engineer based on industrial perception. The skills are categorized into communication

skills, problem solving skills and critical thinking, team working, information

management and lifelong learning, moral and ethics, entrepreneurships and leadership.

This study involves 44 employers in construction industry. Data for this study were

collected through which consists of 64 items and 0.98 reliability index (Alpha

Cronbach). The objective of the study was to analysis and identifies the employers’

perception toward the priority, level and industry desire toward of generic skills. Data

were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows

Version 11.5. The analysis was stated in the form of frequency, percentage and mean.

The findings of the study showed that the employers is more use communication skills,

problem solving skill and critical thinking, moral and ethics and also team working in

construction industry. The ability of the engineer is in the highest level. However, the

practice of the entrepreneurships skills is not use in this industry. This research provides

several ways to solve this problem but it must be together with other collaborative

solution. Universities, industries and graduates must aware the importance of generic

skills and further research can be carried out.

Page 10: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 10

Page 11: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

viii

` 1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 12

II SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kemahiran Generik 16

2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 17

2.3 Industri Pembinaan 18

2.4 Kajian-Kajian Terdahulu 20

2.5 Tiga Kemahiran Generik Yang Penting 22

2.5.1 Kemahiran Berkomunikasi 22

2.5.2 Pemikiran Kritis Dan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah

27

2.5.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 29

2.6 Empat Kemahiran Generik Yang Lain 32

2.6.1 Pembelajaran Berterusan Dan

Pengurusan Maklumat

32

2.6.2 Kemahiran Keusahawanan 34

2.6.3 Etika Dan Moral Profesional 36

2.6.4 Kemahiran Kepimpinan 37

2.7 Kesimpulan 39

III METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41

Page 12: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

ix

3.5 Instrumen Kajian 42

3.5.1 Pembinaan Soal Selidik 44

3.5.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 45

3.5.3 Keesahan Kajian 46

3.6 Kajian Rintis 46

3.6.1 Analisis Data Kajian Rintis Berdasarkan

Latar Belakang Responden

47

3.6.2 Analisis Data Kajian Rintis Berdasarkan

Persoalan Kajian

48

3.7 Prosedur Kajian 49

3.7.1 Industri 50

3.8 Analisis Data 51

3.9 Penutup 51

IV ANALISIS DATA 52

4.1 Pengenalan 52

4.2 Penganalisaan Data 52

4.3 Analisis Bahagian A 53

4.3.1 Jantina 54

4.3.2 Status 54

4.3.3 Etnik 55

4.3.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 55

4.3.5 Sektor Pekerjaan 56

4.3.6 Tempoh Dalam Perkhidmatan Sekarang 56

4.3.7 Anggaran Pendapatan Sebulan 57

4.4 Analisis Bahagian B 57

4.4.1 Persoalan Kajian 1 58

4.4.2 Persoalan Kajian 2 60

4.4.3 Persoalan Kajian 3 64

Page 13: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

x

4.5 Penutup 71

V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN

CADANGAN

73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan Kajian 74

5.3 Perbincangan Berkaitan Latar Belakang

Responden

74

5.4 Perbincangan Berkaitan Persoalan Kajian 75

5.4.1 Persoalan Kajian 1 76

5.4.2 Persoalan Kajian 2 79

5.4.3 Persoalan Kajian 3 83

5.5 Rumusan 90

5.5.1 Rumusan Latar Belakang Responden 90

5.5.2 Rumusan Persoalan Kajian 91

5.6 Cadangan 92

5.7 Cadangan Lanjutan 93

5.8 Penutup 94

RUJUKAN 95

Lampiran A-E 100 - 120

Page 14: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

xi

SENARAI JADUAL

NO TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Istilah Kemahiran Generik Di Negara Lain 3

3.1 Skala Likert 43

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Kajian 44

3.3 Taburan Item Dalam Soal Selidik 44

4.1 Skala Nilai Min 53

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

4.3 Taburan Responden Mengikut Status 54

4.4 Taburan Responden Mengikut Etnik 55

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tertinggi

55

4.6 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 56

4.7 Taburan Responden Mengikut Tempoh Dalam

Perkhidmatan Sekarang

56

4.8 Taburan Responden Mengikut Anggaran Pendapatan

Sebulan

57

4.9 Peratusan Keutamaan Daripada Tujuh Elemen

Kemahiran Generik Yang Digunakan

58

4.10 Keutamaan Daripada Tujuh Elemen Kemahiran

Generik Yang Digunakan Mengikut Pemeringkatan

60

Page 15: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

xii

4.11 Peratusan Tahap Kemahiran Generik Dalam Kalangan

Jurutera

60

4.12 Peratusan Kemahiran Generik Yang Diperlukan Untuk

Memenuhi Citarasa Industri

64

4.13 Kemahiran Generik Yang Memenuhi Citarasa Industri

Mengikut Pemeringkatan

71

Page 16: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

2.0 Model Pendekatan Konstruktivis Yang Menerangkan

Teori Pengurusan Maklumat Dalam Pembelajaran

Berterusan

34

2.1 Model Pendekatan Sosiologi Yang Menerangkan

Teori Keusahawanan

35

Page 17: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM - University Teknologi Malaysia

K-ekonomi - Knowledge – Ekonomi

DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka

SPSS - Statistical Packages for The Social Sciences

NCVER - National Centre for Vocational Education Research Australia

KK - Kemahiran Keusahawanan

KPSB - Kemahiran Penyelesaian Secara Bekerjasama

CIT - Construction Information Technology

ICT - Information Communication Technology

IPT - Institut Pengajian Tinggi

Page 18: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA

SURAT

A SOAL SELIDIK 100

B SENARAI INDUSTRI PEMBINAAN 112

C ANALISIS PERSOALAN KAJIAN PERTAMA 116

D ANALISIS PERSOALAN KAJIAN KEDUA 117

E ANALISIS PERSOALAN KAJIAN KETIGA 118

Page 19: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemimpin adalah orang yang dipandang tinggi serta dihormati oleh pihak

bawahannya. Pemimpin terulung merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri dan

kriteria serta kualiti tertentu untuk melayakkannya menerajui satu organiasi. Ini

menjadikan pemimpin perlu memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa

mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pengurusannya. Jurutera yang berwibawa

adalah pendorong besar organisasi untuk mencapai matlamat yang sejak awal dirancang

dengan teliti. Perancangan yang baik adalah satu kejayaan baginya apabila semua projek

yang dipegang dilaksanakan dengan sempurna tanpa menghadapi masalah. Maka,

keputusan yang bijak perlu dibuat agar matlamat tidak tersasar dari pengurusan yang

sebenar.

Prospek kerjaya bagi jurutera amat luas kerana jurutera terlibat dalam

menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan manusia sejagat. Di negara maju seperti

Amerika Syarikat, terdapat 76 jurutera untuk setiap 10 000 orang, sedangkan di

Malaysia hanya terdapat 7 orang ( Lankard, 1990 ). Malaysia akan menyusuli Amerika

Syarikat ke arah negara maju pada tahun 2020. Justeru itu, untuk memastikan

Page 20: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

2

pembangunan yang pesat ini, negara memerlukan bilangan jurutera yang ramai. Di

Malaysia, peluang pekerjaan untuk jurutera terbuka luas sama ada di sektor awam,

korporat, swasta ataupun bekerja sendiri sebagai perunding mahupun kontraktor.

Pada masa ini, tuntutan pekerjaan lebih mengutamakan kemahiran dan tidak lagi

menempatkan graduan-graduan sebagai syarat utama. Hanya mereka yang kreatif,

inovatif, berprestasi tinggi, cekap berkomunikasi dan berdisiplin diiringi dengan

memiliki kemahiran, profesionalisme dan kompentensi akan mampu bersaing dalam

dunia pekerjaan. (Cathleen, 1994).

Kemahiran itu tidak kira sama ada ia general life skill atau specific life skill.

General life skill itu termasuklah kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir

secara rasional. Manakala specific life itu pula meliputi dua kemahiran iaitu kemahiran

akademik dan vokasional. Mereka yang berpendidikan tinggi dan disertai dengan

kemahiran pelbagai bidang di samping berdaya maju, serba boleh, cekap berkomunikasi,

peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara, dinamik serta produktif tentunya

akan mendapat keutamaan untuk memperolehi pekerjaan untuk sama-sama menjana

serta membangunkan negara. ( Buletin P&P, UTM Jun, 2004 ).

Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan yang harus

dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. Kemahiran

ini biasanya dibangunkan melalui satu jangka masa panjang dan boleh diguna pakai

dalam suasana baru seperti di tempat kerja. Kemahiran ini biasanya membolehkan

seseorang berfungsi dan memberi sumbangan secara efektif dalam menyelesaikan

masalah, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak sebagai ahli

kerja berkumpulan yang berkesan. Kesemua kemahiran generik ini adalah kemahiran

umum yang diperlukan dalam semua bidang. Namun sesuatu bidang mungkin

memerlukan sesuatu kemahiran itu lebih banyak atau lebih sedikit berbanding dengan

bidang yang lain. (Dune dan Carre, 2000).

Page 21: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

3

Kemahiran generik juga dikenali sebagai ‘core skills’, ‘essential skills’

‘employability skills’, ‘transferable skills’, ‘trans-disciplinary goals’ dan sebagainya.

Jadual 1 di bawah ini menunjukkan istilah-istilah yang merangkumi pengertian sebenar

kemahiran generik serta kemahiran asas yang umum dalam semua bidang dan perlu bagi

peningkatan kerjaya seseorang di pasaran kerja. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai,

boleh digunakan dalam kehidupan sosial, akademik dan profesional seseorang.

Jadual 1.1 : Istilah kemahiran generik di negara lain

United Kingdom Core skills, key skills, common skills

New Zealand Essential skills

Australia Key competencies, employability skills, generic skills

Kanada Employability skills

Amerika Syarikat Basic skills, necessary skills, workplace know-how

Singapura Critical enabling skills

Perancis Transferable skills

Jerman Key qualifications

Switzerland Trans-disciplinary goals

Belanda Process independent qualifications Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia), 2003. Dunia barat memandang berat terhadap kemahiran generik di mana ia merupakan

kemahiran tambahan yang perlu ada dalam setiap individu. Ini berdasarkan kajian yang

dijalankan oleh Peter Vogt ( 2005 ) di mana kebolehan tambahan seperti komunikasi

secara lisan, kerja berpasukan, analitikal, interpersonal, kepimpinan dan kemahiran

menulis adalah lebih penting berbanding kemahiran teknikal.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga menyeru agar para

mahasiswa memperbaiki prestasi diri dengan menguasai ilmu kemahiran hidup dan

kaedah bergaul atau berinteraksi dengan masyarakat. Menurut beliau, adalah menjadi

tanggungjawab setiap graduan kejuruteraan agar tampil bukan sahaja dengan kelulusan

akademik yang bagus, tetapi perlu memiliki kelebihan dari segi menguruskan diri dalam

Page 22: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

4

situasi dan konteks tertentu terutama graduan yang berminat untuk bertugas dalam

sektor swasta. Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa seseorang insan perlu

dibahagikan secara holistik atau menyeluruh dan tidak bergantung kepada ilmu

akademik sahaja ( utusan Malaysia, 14 November 2005 ). Ini menunjukkan betapa

pentingnya kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan tenaga manusia dan tugas

rakyat pada abad ini.

Memandangkan masalah pengangguran yang semakin serius ini juga dihadapi

oleh graduan-graduan dalam bidang kejuruteraan, kajian ini dijalankan bagi membantu

jurutera mengetahui kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak majikan.

Permasalahan asas yang akan dikaji dalam kajian ini ialah mengenai penekanan

kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak majikan dalam faktor pemilihan jurutera

mengikut perspektif industri. Kajian ini dapat membantu para jurutera mengetahui

kriteria-kriteria serta lebih bersedia apabila berdepan dengan pihak majikan sebelum

mereka menghadiri temuduga. Di dalam bab ini akan diperbincangkan mengenai

perkara-perkara seperti latarbelakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Di akhir bab ini terdapat

beberapa penjelasan istilah-istilah yang dirujuk dalam kajian ini.

1.2 Latarbelakang Masalah

Kebanyakan majikan pada masa ini memerlukan pekerja yang bukan sahaja

memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran generik untuk

meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Pekerja yang mempunyai

kemahiran generik tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan

dan bersifat serba boleh. Oleh itu kemahiran generik adalah penting bagi ekonomi yang

berasaskan pengetahuan. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk perindustrian

adalah adaptabiliti, analitik, komunikasi, inisiatif, interpersional, kepimpinan, keyakinan

Page 23: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

5

diri,dan bekerja dengan orang lain. Dengan gabungan pelbagai kemahiran ini, ia dapat

meningkatkan produktiviti individu serta pengeluaran syarikat (Mohd Safarin, 2004).

Kehadiran pemimpin sangat penting dalam merealisasikan matlamat dan objektif

projek. Peranan jurutera adalah penting bagi memastikan projek mengikut perancangan

dan penjadualan yang dibuat dalam menguruskan sumber yang terhad dan pengaruh

kekangan masa, kos, kualiti dan keselamatan serta persekitaran. Oleh itu, pemimpin

memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam projek dan

bukan hanya mahir dalam bidang teknikal sahaja.

Soo Wee Leng dan Juma’ayah ( 1997 ) mendapati kurikulum yang ditawarkan

oleh institusi teknikal dan vokasional tidak mengikut permintaan pasaran industri yang

mengakibatkan kemahiran lepasan teknik dan vokasional tidak memenuhi keperluan

pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan teknik dan vokasional tidak menjurus

kepada pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat

mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaannya dan tidak dapat

menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru. Abad ke 21 pula merupakan era di mana

sektor pekerjaan memerlukan pekerja berkemahiran generik yang meliputi kemahiran

menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, bekerja dalam satu pasukan dan kesediaan

mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan ( National Institute of Literacy and the

Small Business Administration, 1999 ).

Kepimpinan sebenarnya adalah anugerah semulajadi dari Tuhan kepada

seseorang dan bukan dilantik mahupun perlu diasah kemahirannya. Ia adalah proses

evolusi dalam penerimaan orang ramai sebagai pemimpin ( Chambers dan Chaft, 1998 ).

Tetapi dalam projek pembinaan, jurutera adalah dilantik daripada pihak atasan untuk

melaksanakan tugasnya di tapak bina dalam mencapai objektif organisasi. Oleh yang

demikian, perspektif pernyataan masalah ini dikupas dengan terperinci agar jawapan

dapat diberikan kepada persoalan ini.

Page 24: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

6

Berdasarkan kepada perangkaan yang dibuat oleh syarikat pengeluar kereta

nasional Negara, Proton, mendapati sebilangan besar lepasan pengajian tinggi tempatan

gagal untuk mendapat tempat di kilang tersebut berbanding lepasan luar negara.

Menurut Tengku Mahaleel (2002), antara punca graduan tempatan gagal dalam

temuduga di dalam kebanyakkan syarikat adalah kerana mereka gagal menyakinkan

penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Selain daripada itu,

kegagalan tersebut juga disebabkan kerana calon-calon berkenaan tidak mampu

mengeluarkan pemikiran bernas mengenai pelbagai isu walaupun antara mereka ramai

yang mempunyai kelulusan akademik cemerlang. Keadaan ini memberikan impak yang

besar terhadap keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan dan jika keadaan ini

berlarutan sudah tentu akan menyumbang kepada pembaziran sumber tenaga kerja

negara. Seterusnya akan menjadi masalah pertambahan pengangguran di kalangan

rakyat tempatan.

Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak

mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai

kemahiran-kemahiran soft skill atau generik. Bakal majikan kurang yakin terhadap

lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian, penampilan, keyakinan

diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan terbatas dan

tidak mampu bekerja dalam kumpulan.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pula mendapati kurikulum di institusi

pengajian tinggi tempatan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja sektor

swasta, yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di negara ini ( Berita Harian,

29hb, Ogos 2003 ). Masalah asas yang dihadapi oleh graduan terutamanya keluaran

institusi latihan kemahiran dan universiti keluaran tempatan untuk mendapat pekerjaan

ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, menggunakan komputer,

berinteraksi dengan kaum lain, bekerja secara berpasukan serta kesanggupan mereka

bekerja di luar waktu tugas rasmi ( Berita Harian, 22hb, Ogos 2003 ).

Page 25: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

7

Noah dan Eckstein ( 1988 ) pula dalam satu kajiannya mendapati bahawa di

England, Jerman dan Perancis para majikan industri masih tidak berpuas hati dan sering

mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak berupaya

menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya untuk

membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga

menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja

dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal.

Pada zaman k-ekonomi ini, ia memerlukan pekerja mahir dalam semua aspek

termasuk penguasaan kemahiran generik untuk menghadapi cabaran globalisasi. Pihak

Institusi Pengajian Tinggi perlu memberi penekanan dalam hal ini supaya produknya

lebih berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri negara. Sehubungan dengan

itu, untuk menghasilkan pelajar yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan sebagai

pekerja industri masa ini, tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai

pengetahuan terkini, berorentasikan perindustrian dan mempunyai pengalaman bekerja

dalam industri. Ini penting kerana pengalaman tenaga pengajar yang luas membolehkan

mereka mengajar dan mendidik pelajar lebih berkesan dan mengetahui apa yang

diperlukan untuk seseorang apabila bekerja kelak. Kita sedia maklum bahawa pelajar

merupakan aset negara untuk merealisasikan matlamat wawasan 2020 negara untuk

mencapai sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya saing (Robiah

Sidin,1998).

Memiliki ketrampilan akademik semata-mata masih tidak menjamin seseorang

graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari

ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai

kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan kemahiran insaniah (soft

skills) dikalangan graduan sebagai kriteria pemilihan bakal pekerjanya.

Fenomena pengangguran di Malaysia mengalami perubahan yang ketara sekali.

Kini, lambakan tenaga buruh di Malaysia bukan lagi tertumpu kepada remaja lepasan

sekolah tetapi didominasi oleh para siswazah yang baru sahaja melepasi alam pengajian.

Page 26: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

8

Dianggarkan kira-kira 80,000 graduan menganggur ketika ini ( Zawiyah Omar, 2005 ).

Perkara ini amat memeranjatkan memandangkan Malaysia sedang pesat membangun

dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar untuk memenuhi kehendak industri.

Malahan itu, dalam bidang pembinaan juga merangkumi para siswazah yang

mengambil jurusan kejuruteraan tidak terlepas dari mengalami masalah ini ( Peter

Bennett, 2005 ). Contohnya, pihak-pihak majikan terlalu mementingkan pengalaman

kerja yang mana kriteria ini tidak dapat dipenuhi oleh graduan yang baru tamat

pengajian mereka. Di antara faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi berlakunya

pengangguran ini adalah disebabkan oleh graduan itu sendiri yang mana graduan itu

belum benar-benar bersedia menghadapi alam pekerjaan. Perkara ini juga amat penting

kerana para graduan perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran seperti

kemahiran generik contohnya kemahiran berkomunikasi, etika dan sebagainya.

Manakala pihak firma-firma perunding dan juga kontraktor juga banyak menekankan

bahawa setiap graduan bukan sahaja perlu menguasai kemahiran generik malah

sepatutnya telah melengkapkan diri dengan kemahiran praktikal.

Oleh itu, kajian ini dirasakan dapat membantu jurutera dan bakal jurutera

mengenalpasti sama ada tahap kemahiran generik yang dimiliki pada diri mereka

memenuhi kehendak industri-industri pada masa ini. Keperluan kemahiran generik

dalam dunia pekerjaan adalah sangat penting dan ini telah menyebabkan penyelidik

mengkaji kemahiran generik yang diperlukan dalam faktor pemilihan jurutera mengikut

perspektif industri.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah utama seperti yang telah dinyatakan pada latar belakang masalah adalah

kepentingan dari segi kemahiran generik yang diperlukan oleh jurutera dalam dunia

Page 27: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

9

perniagaan. Penyelidik berhasrat menjalankan kajian mengenai kemahiran generik dari

segi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,

kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan-majikan di industri terhadap

kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri, di

mana kajian ini memfokuskan pada kesemua elemen-elemen kemahiran generik yang

telah dinyatakan.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan berkaitan

dengan kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri

dengan berpandukan aspek berikut :

1.4.1 Mengenalpasti keutamaan daripada tujuh elemen kemahiran generik

yang digunakan.

1.4.2 Menganalisis tahap kemahiran generik dalam kalangan jurutera.

1.4.3 Menganalisis kemahiran generik yang memenuhi ekspektasi industri.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan uatma kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai

kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri. Di

antara persoalan-persoalannya ialah :

Page 28: KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN … · Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian

10

1.5.1 Apakah keutamaan daripada tujuh elemen kemahiran generik yang

digunakan.

1.5.2 Apakah tahap kemahiran generik dalam kalangan jurutera.

1.5.3 Apakah kemahiran generik yang diperlukan untuk memenuhi ekspektasi

industri.

1.6 Rasional/Kepentingan Kajian

Penyelidik ingin menegaskan bahawa kajian yang dibuat mempunyai pelbagai

kepentingan berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan. Penyelidik juga menaruh

harapan yang tinggi semoga hasil kajian yang diperolehi memberi faedah yang besar

kepada pihak-pihak yang berkenaan. Di antara kepentingannya ialah :

1.6.1 Graduan

Hasil kajian ini dapat membantu bakal graduan dan graduan yang sedang

menganggur dalam menyiapkan diri untuk menghadapi dunia pekerjaan. Berdasarkan

kajian ini juga, mereka dapat menumpukan kemahiran generik yang diperlukan untuk

bekerja dalam industri. Akhir sekali dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu

jurutera mengetahui kriteria-kriteria serta lebih bersedia apabila berdepan dengan pihak

majikan sebelum mereka menghadiri temuduga.

1.6.2 Industri

Hasil kajian ini dapat membantu industri yang lain dalam melaksanakan program

untuk meningkatkan kemahiran generik dikalangan pekerjanya. Ia juga boleh dijadikan