laporan akhir fiesta

3
Laporan Akhir Fiesta Sains dan Teknologi III, Fakulti Sains dan Teknologi MOHD IKMAL BIN ASMUNI A145513 HHHC9501 – KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK Program Fiesta Sains dan Teknologi telah diadakan pada 22 April 2014 hingga 23 April 2014. Program ini dijalankan di sekitar Fakulti Sains dan Teknologi. Program ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi sesi 2013/2014. Program ini bertemakan “Pembudayaan sains pemangkin mahasiswa berintelek”. Program ini bermatlamat untuk Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya ada pengetahuan dalam sains dan teknologi bagi menjaga hubungan antara kaum dan hubungan dengan Sang Pencipta selain memupuk minat tentang ilmu yang mereka pelajari, bukan sekadar belajar semata-mata untuk mendapat pekerjaan sahaja. Manakala objektifnya pula adalah untuk memberi kesedaran tentang keseimbangan ilmu sains dan agama agar para pelajar dapat menghayatinya dengan lebih mendalam, mengetengahkan pengaplikasian ilmu sains dalam kehidupan melalui pelbagai medium. Mewujudkan jaringan hubungan antara pelbagai fakulti dan persatuan bagi meluaskan jaringan keilmuan yang ada. Pada 19 April 2014, telah diadakan sebuah program pra Fiesta iaitu Larian Amal. Pada awalnya, program Explorace yang akan diadakan, namun telah ditukarkan kepada Larian Amal atas faktor kurangnya sambutan peserta Explorace. Larian Amal tersebut diadakan bagi mengumpul sumbangan untuk diberikan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Sebelum hari larian amal, pelbagai perancangan telah diadakan bagi memastikan majlis Larian Amal berjalan dengan lancar. Mesyuarat bersama pengendali Larian Amal pada Fiesta yang lalu telah diadakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Larian Amal. Semasa peringkat perancangan, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi. Berikut merupakan beberapa masalah yang telah timbul dan jalan penyelesaian yang telah dilakukan. Masalah Penyelesaian Pengangkutan penjaga checkpoint yang telah dirancang sejak awal adalah dengan menaiki basikal, namun basikal tidak dapat diperolehi pada tarikh tersebut kerana telah ditempah untuk program lain. Pengangkutan yang digunakan adalah dengan menaiki motosikal dan kereta. Penjaga checkpoint akan dihantar secara bergilir-gilir ke tempat jagaan sebelum larian amal bermula. Tidak mendapat bantuan jagaan lalu lintas daripada pihak Keselamatan UKM atas faktor larian amal yang diadakan AJK telah berbincang dengan pihak Keselamatan UKM pada pagi sebelum larian amal bermula dan berjaya

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

55 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir fiesta

Laporan Akhir

Fiesta Sains dan Teknologi III, Fakulti Sains dan Teknologi

MOHD IKMAL BIN ASMUNI

A145513

HHHC9501 – KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

Program Fiesta Sains dan Teknologi telah diadakan pada 22 April 2014 hingga 23 April 2014. Program ini dijalankan di sekitar Fakulti Sains dan Teknologi. Program ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi sesi 2013/2014. Program ini bertemakan “Pembudayaan sains pemangkin mahasiswa berintelek”. Program ini bermatlamat untuk Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya ada pengetahuan dalam sains dan teknologi bagi menjaga hubungan antara kaum dan hubungan dengan Sang Pencipta selain memupuk minat tentang ilmu yang mereka pelajari, bukan sekadar belajar semata-mata untuk mendapat pekerjaan sahaja. Manakala objektifnya pula adalah untuk memberi kesedaran tentang keseimbangan ilmu sains dan agama agar para pelajar dapat menghayatinya dengan lebih mendalam, mengetengahkan pengaplikasian ilmu sains dalam kehidupan melalui pelbagai medium. Mewujudkan jaringan hubungan antara pelbagai fakulti dan persatuan bagi meluaskan jaringan keilmuan yang ada.

Pada 19 April 2014, telah diadakan sebuah program pra Fiesta iaitu Larian Amal. Pada awalnya, program Explorace yang akan diadakan, namun telah ditukarkan kepada Larian Amal atas faktor kurangnya sambutan peserta Explorace. Larian Amal tersebut diadakan bagi mengumpul sumbangan untuk diberikan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Sebelum hari larian amal, pelbagai perancangan telah diadakan bagi memastikan majlis Larian Amal berjalan dengan lancar. Mesyuarat bersama pengendali Larian Amal pada Fiesta yang lalu telah diadakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Larian Amal. Semasa peringkat perancangan, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi. Berikut merupakan beberapa masalah yang telah timbul dan jalan penyelesaian yang telah dilakukan.

Masalah PenyelesaianPengangkutan penjaga checkpoint yang telah dirancang sejak awal adalah dengan menaiki basikal, namun basikal tidak dapat diperolehi pada tarikh tersebut kerana telah ditempah untuk program lain.

Pengangkutan yang digunakan adalah dengan menaiki motosikal dan kereta. Penjaga checkpoint akan dihantar secara bergilir-gilir ke tempat jagaan sebelum larian amal bermula.

Tidak mendapat bantuan jagaan lalu lintas daripada pihak Keselamatan UKM atas faktor larian amal yang diadakan merupakan pada waktu di luar waktu kerja.

AJK telah berbincang dengan pihak Keselamatan UKM pada pagi sebelum larian amal bermula dan berjaya mendapat persetujuan beberapa anggota Keselamatan UKM yang sukarela menjalankan tugas pada hari tersebut.

Cenderahati yang akan diberikan kepada peserta pada awalnya merupakan baju tshirt yang tertulis

AJK telah pergi ke Pasar Malam di Jalan Reko untuk mendapatkan jersi sebagai ganti kepada baju

Page 2: Laporan akhir fiesta

logo rasmi Fiesta, namun baju tersebut tidak dapat disediakan kerana kelewatan tempahan.

untuk diberikan sebagai cenderahati kepada peserta.

Papan tanda arah laluan peserta tidak dapat diletakkan pada hari yang lebih awal daripada hari larian amal atas faktor cuaca.

AJK telah mengambil inisiatif untuk meletakkan tanda arah laluan pada pukul 7.00 pagi sebelum larian amal bermula untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peserta.

Laluan yang dilalui membolehkan peserta menggunakan jalan pintas untuk ke garisan penamat.

AJK telah menyediakan beberapa kupon yang perlu dikutip oleh peserta bagi mengelakkan peserta menggunakan laluan pintas. Kupon tersebut diberikan di tempat-tempat yang strategik sebagai tanda tiada penipuan dilakukan bagi menentukan pemenang.

Borang penyertaan secara hard copy tidak dapat disediakan dan pelajar tidak mempunyai masa untuk mengisi borang.

Menyediakan borang penyertaan secara atas talian menggunakan Google Docs.

Poster publisiti larian amal lewat disiapkan dan lewat dicetak.

Menyebarkan maklumat Larian Amal menggunakan kaedah Facebook, Twitter dan Instagram sebelum poster yang sebenar siap.

Dewan Kuliah di bangunan kedekanan tidak dapat digunakan untuk majlis penutup pada hari tersebut.

AJK telah menggunakan ruang legar yang ada di antara blok pejabat dan makmal sains sebagai tempat majlis penutup yang diadakn secara tidak formal.

Sasaran peserta tidak dicapai beberapa hari sebelum larian amal.

Mewajibkan penyertaan daripada setiap kelab akademik dan menghantar surat jemputan kepada pensyarah.

Selain Program Larian Amal, telah diadakan pameran daripada kelab-kelab akademik dan pusat-pusat pengajian yang berada di Fakulti Sains dan Teknologi.

Masalah PenyelesaianKekurangan tapak untuk kelab mempamerkan bahan milik kelab mereka.

Menambah ruang yang sedia ada supaya dapat memuatkan semua kelab yang ingin membuat pameran.

Risiko kehilangan barang yang dipamerkan oleh kelab-kelab.

AJK telah berjaga pada waktu malam mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada barang pameran.

Seterusnya, telah diadakan program Forum Intelek yang bertempat di Dewan Anuwar Mahmud, FST. Tajuk forum pada malam itu adalah Sains Tempang Tanpa Agama. Sebuah program yang dinamakan Science for Fun turut diadakan pada Fiesta kali ini.

Masalah PenyelesaianJumlah perkataan yang tidak mencukupi untuk menyoal peserta bagi pertandingan Spell it Right

AJK telah menggunakan kamus sains seperti kamus Biologi dan Kimia untuk mendapatkan perkataan-perkataan istilah sains.

Jumlah peserta yang tidak cukup 5 orang bagi Mendapatkan penyertaan daripada pelajar yang

Page 3: Laporan akhir fiesta

setiap sesi pertandingan hadir ke pameran dan menelefon rakan-rakan sekuliah yang mempunyai waktu lapang.

Fiesta Sains dan Teknologi telah dirasmikan penutupnya oleh Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan pada 23 April 2014. Secara amnya, melalui program ini, saya dapat mengasah kemahiran dalam pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.

Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan memikirkan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga sangat memuaskan.