laporan ajk makanan

2
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA MAKANAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 2013 ANJURAN PISMP 3A MAJOR SEJARAH BERSAMA UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU. Pada mesyuarat pertama pelantikan ahli jawatankuasa Program Bina Insan Guru saudari Angeline Anak Stephen dan saudari Loh Ming Wen telah menawarkan diri untuk menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa makanan. Setelah mesyuarat selesai, kami telah membuat beberapa senarai makanan dan masa yang sesuai dengan menu. Kami juga telah mendapat maklumat dari beberapa pelajar yang mempunyai pengalaman Ke Zoo Negara. Daripada maklumat tersebut, kami membuat keputusan untuk menyediakan sarapan pagi sahaja kerana waktu tengahari, para pelajar menggunakan bajet sendiri untuk makan tengahari. Tambahan pula, di Zoo Negara memiliki kafeteria dan menawarkan harga berpatutan serta menyelerakan. Untuk minum petang tiada disediakan kerana waktu aktiviti tidak dijalankan sehingga waktu petang. Kami telah ke kafe untuk menempah makanan namun terpaksa dibatalkan kerana pihak kafe tidak dapat menyediakan pada awal pagi kerana waktu bertolak jam 7 pagi. Pihak kafe memulakan urusniaga 8 pagi. Namun, ajk makanan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan sendiri sarapan pagi iaitu roti berinti kaya. Ajk makanan telah membeli 3 buku roti dan 6 tin kaya size kecil sebelum hari pelaksana berkos RM 26.40 dan menyediakan pada awal pagi bagi mengekalkan kesegaran roti. Semasa hari kejadian, ajk makanan telah mengedarkan sarapan pagi pada pukul 6.55 pagi di hadapan Kolej Kediaman Adibah Amin dan makanan sarapan pagi telah dimakan tanpa berbaki. Hal ini baik kerana tiada pembaziran berlaku. Minuman disediakan air Coke yang dibeli oleh pihak peralatan permulaannya memilih minuman 100 plus dek kerana tiada stok dijual secara karton oleh premis perniagaan dikunjungi. Minuman telah diedarkan seorang mendapat sebotol bekalan air Coke. Semasa bertolak ke Zoo, ajk makanan telah siap mengedarkan dan menjalankan makanan sepatutnya. Semasa di Zoo Negara, waktu rehat, AJK makanan telah menyediakan dan menyimpan nasi lemak dibeli oleh Mentor untuk mentee. Pada tengahari, semasa pulang para pelajar diedarkan sekali lagi nasi lemak bagi yang belum mengambil semasa makan pagi. Selepas program berakhir, terdapat beberapa beberapa perkara yang boleh dibaiki seperti menu roti kaya boleh dipelbagaikan lagi dengan inti perisa lain atau menu lain seperti mi hun goring dan sandwich. Kemudian, nasi lemak boleh ditukar dengan nasi goreng kerana sesetengah pelajar tidak boleh makan makanan pedas untuk mengelakkan gastrik berlaku.

Upload: angeline-hazel

Post on 16-Jan-2016

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lkaporan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AJK MAKANAN

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA MAKANAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3

2013 ANJURAN PISMP 3A MAJOR SEJARAH BERSAMA UNIT KOKURIKULUM IPG

KAMPUS BAHASA MELAYU.

Pada mesyuarat pertama pelantikan ahli jawatankuasa Program Bina Insan Guru

saudari Angeline Anak Stephen dan saudari Loh Ming Wen telah menawarkan diri untuk

menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa makanan.

Setelah mesyuarat selesai, kami telah membuat beberapa senarai makanan dan masa

yang sesuai dengan menu. Kami juga telah mendapat maklumat dari beberapa pelajar yang

mempunyai pengalaman Ke Zoo Negara. Daripada maklumat tersebut, kami membuat

keputusan untuk menyediakan sarapan pagi sahaja kerana waktu tengahari, para pelajar

menggunakan bajet sendiri untuk makan tengahari. Tambahan pula, di Zoo Negara memiliki

kafeteria dan menawarkan harga berpatutan serta menyelerakan. Untuk minum petang tiada

disediakan kerana waktu aktiviti tidak dijalankan sehingga waktu petang. Kami telah ke kafe

untuk menempah makanan namun terpaksa dibatalkan kerana pihak kafe tidak dapat

menyediakan pada awal pagi kerana waktu bertolak jam 7 pagi. Pihak kafe memulakan

urusniaga 8 pagi. Namun, ajk makanan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan sendiri

sarapan pagi iaitu roti berinti kaya. Ajk makanan telah membeli 3 buku roti dan 6 tin kaya size

kecil sebelum hari pelaksana berkos RM 26.40 dan menyediakan pada awal pagi bagi

mengekalkan kesegaran roti.

Semasa hari kejadian, ajk makanan telah mengedarkan sarapan pagi pada pukul 6.55

pagi di hadapan Kolej Kediaman Adibah Amin dan makanan sarapan pagi telah dimakan

tanpa berbaki. Hal ini baik kerana tiada pembaziran berlaku. Minuman disediakan air Coke

yang dibeli oleh pihak peralatan permulaannya memilih minuman 100 plus dek kerana tiada

stok dijual secara karton oleh premis perniagaan dikunjungi. Minuman telah diedarkan

seorang mendapat sebotol bekalan air Coke. Semasa bertolak ke Zoo, ajk makanan telah

siap mengedarkan dan menjalankan makanan sepatutnya. Semasa di Zoo Negara, waktu

rehat, AJK makanan telah menyediakan dan menyimpan nasi lemak dibeli oleh Mentor untuk

mentee. Pada tengahari, semasa pulang para pelajar diedarkan sekali lagi nasi lemak bagi

yang belum mengambil semasa makan pagi.

Selepas program berakhir, terdapat beberapa beberapa perkara yang boleh dibaiki

seperti menu roti kaya boleh dipelbagaikan lagi dengan inti perisa lain atau menu lain seperti

mi hun goring dan sandwich. Kemudian, nasi lemak boleh ditukar dengan nasi goreng kerana

sesetengah pelajar tidak boleh makan makanan pedas untuk mengelakkan gastrik berlaku.

Page 2: LAPORAN AJK MAKANAN

Kesimpulan, AJK Makanan telah menjalankan tugas dengan baik dan para pelajar

dapat menikmati makanan disediakan dan berpuas hati.

Disediakan oleh,

……………………………..

(ANGELINE ANAK STEPHEN) 12 APRIL 2015.

Ahli Jawatankuasa Makanan,

Program Bina Insan Guru Fasa Ke-3 2015.