langkah pembinaan jsu

7
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU Langkah Pembinaan JSU Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu: (1) mengkaji sukatanpelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)menentukan bilangan soalan. 1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: • skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; • pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; • kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk- tajuk lain; • kompleksiti sesuatu tajuk; dan • masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. 2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat- maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

Upload: catherine-lu

Post on 20-Feb-2016

1.056 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

xghdfgjryj

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Pembinaan Jsu

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah Pembinaan JSU

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:(1) mengkaji sukatanpelajaran,(2) menganalisis objektif pengajaran,(3) menentukan jenis soalan, dan(4)menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan PelajaranAnda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;• kompleksiti sesuatu tajuk; dan• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif PengajaranDi samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:Kandungan Pengetahuan• Tajuk• Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran• Tajuk• Tajuk kecilObjektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan• Tajuk• Tajuk kecil

Page 2: Langkah Pembinaan Jsu

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanyaditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis SoalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan SoalanJumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah 1 : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Langkah 2 : Tentukan soalan-soalan yang akan dibina itu.a. Soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 item.c. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira := __Jumlah masa _ X Jumlah soalanJumlah Masa Keseluruhan

Langkah 3 : Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom3 domain:i. Kognitifii. Afektifiii. Psikomotor

Page 3: Langkah Pembinaan Jsu

Domain kognitif (Aras daripada mudah kepada aras sukar)

6. Penilaian5. Sintesis4. Analisis3. Aplikasi2. Kefahaman1. Pengetahuan

Langkah 4 : Apakah jenis ujian yang akan diuji?· Ujian objektif· Ujian struktur· Ujian esei

Langkah 5 :· Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei).· Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).· Pemarkahan.

Langkah 6 :· Menyatakan mata pelajaran.· Tingkatan.· Susunan nombor soalan mengikut tajuk

2.0             Pembinaan Jadual Spesifikasi UjianJSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi.  Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain.  Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan penilaian. JSU  seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.

Page 4: Langkah Pembinaan Jsu

Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom              Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian : item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

Page 5: Langkah Pembinaan Jsu

Rajah 2.2 :Pengiraan Bilangan Item Mengikut TopikJumlah soalan bagi setiap topik dikira :

= Jumlah Masa                           X       Jumlah SoalanJumlah Masa Keseluruhan

Rajah 2.3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4

Page 6: Langkah Pembinaan Jsu

PenutupJPU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu, penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat