langkah mengatasi inflasi

Upload: saifulzulkifli

Post on 06-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 langkah mengatasi inflasi

    1/4

    Dasawarsa ini, kenaikan harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui

    kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan yang miskin bagai kais pagi makan pagi,

    kais petang makan petang. Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa

    dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok perbincangan di warung kopi hingga

    sidang parlimen. Inflasi telah menjadi rakyat kita hidup melarat. Bagaimanakah rakyat kita

    dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini? Seperti pepatah, Di mana

    tembilang terhentak, di situ cendawan tumbuh, kita perlu mencari akal untuk

    menangani kemusykilan ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu seia

    sekata mencari akal untuk menangani masalah kenaikan harga barang keperluan.

    Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan

    ialah Kempen Berhemat. Kata orang tua-tua, Ingat sebelum kena, jimat sebelum

    habis dan cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat

    merupakan tabiat yang terpuji. Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan

    kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus

    diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan

    dan bukan berdasarkan nafsu. Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa

    boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, telur, daging ayam, tepung

    menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan

    sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat dapat

    berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak

    membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak

    mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.

  • 8/2/2019 langkah mengatasi inflasi

    2/4

    Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal

    Pengguna harus menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Langkah ini amat

    mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli

    bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import.

    Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih

    murah. Contoh, rakyat kita seyogianya makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan

    yang lebih segar dan berkhasiat daripada barangan import. Seperti peribahasa, hendak

    seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke

    bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik, kempen

    tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara. Senarionya, petani, peniaga

    dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh manfaatnya. Hal ini

    dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak

    jatuh berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan.

    Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk

    membendung inflasi. Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba,

    pegawai yang terlibat tidak patut bertindaksambil lewa atau bena tak bena sahaja.

    Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Lebih-lebih

    lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat,

    peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan

    tanpa belas kasihan. Rentetan daripada itu, kompaun dan hukuman penjara

    mandatori harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga

    yang licik. Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis

    perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak

    berkuasa seperti Rakan Cop untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga

    . Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat

    mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh.

  • 8/2/2019 langkah mengatasi inflasi

    3/4

    Bagaimanapun, kerajaan kita memerlukan perancangan yang bersepadu untuk menangani

    inflasi di negara kita. Sebagai cerucuk kepimpinan negara, anggota kabinet harus

    menentukan segala polisi kerajaan dilaksanakan dengan berkesan tanpa menimbulkaninflasi. Pemimpin dan para pegawai awam yang terlibat harus memantapkan defisit

    pendapatan negara, meningkatkan produktiviti masyarakat kita, menjamin kestabilan

    mata wang Malaysia, menaikkan kadar faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji secara

    rasional serta memastikan pengagihan barangan keperluan di dalam negara. Hal ini dapat

    mengelakkan pengaliran mata wang yang terlalu banyak di dalam pasaran tempatan

    sehingga berlakunya inflasi. Sebarang tindakan kerajaan akan memberikan kesan yang

    mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak tergamak melihat golongan miskin dibebankan

    lagi dengan inflasi kerana berapa berat mata memandang, lebih berat lagi bahu

    memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana seperti peribahasa, menarik

    rambut di dalam tepung. Sebelum memansuhkan subsidi terhadap bahan keperluan

    asas, kerajaan patut membuat kaji selidik dan analisis tentang kesannya terhadap indeks

    inflasi di negara kita.

    Tuntasnya, pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani

    masalah inflasi di negara kita. Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk ditangga. Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa

    menghadapi inflasi. Jangan biarkan cogan kata, Rakyat Didahulukan, Pencapaian

    Diutamakan sebagai slogan sahaja. Lantarannya, kita perlu berganding bahu dan

    bersinergi untuk menoktahi inflasi di negara kita.

  • 8/2/2019 langkah mengatasi inflasi

    4/4

    Saya turut mencadangkan kerajaan mengambil langkah-langkah seperti berikut :1. Menggubal Akta Gaji Minima (Minimum wage act) supaya memenuhi keperluan hidup

    minimum pekerja, ia merupakan satu langkah yang paling baik untuk mencapai objektif

    membasmikan kemiskinan dan menangani inflasi. Di antara negara Asean, hanyaMalaysia dan Singapura tidak mengamalkan Akta gaji Minima.Mengkaji semula Garis kemiskinan bukan makanan (Non Food Poverty Line Income)

    iaituRM691mengikuti Rancangan Malaysia Ke-9 (Bab 16, m.s. 7)2. Hentikan polisi ekonomi yang galak guna pekerja asing, peluang pekerjaan harus

    beri keutamaan kepada warganegara. Ini bermaksud bentuk ekonomi Malaysia mesti

    berubah daripada intensif pekerja (labour-intensive) kepada intensif ilmu (knowledge-

    intensive)Langkah (1) & (2) hanya boleh dijalankan serentak dengan melaksanakan dua teras

    utama yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, iaitu :Pertama : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggiKedua : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

    memupuk minda kelas pertama

    http://www.epu.jpm.my/rm9/english/Chapter16.pdfhttp://www.epu.jpm.my/rm9/english/Chapter16.pdfhttp://www.epu.jpm.my/rm9/english/Chapter16.pdfhttp://www.epu.jpm.my/rm9/english/Chapter16.pdf