aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my filemenyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah...

26
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 15 JULAI 2004, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 25 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 165-101212 1. Puan Rosnah Binti Hj. Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan yang telah dilakukan bagi memendekkan karenah birokrasi atau “cut the red tape” di Jabatan Kerajaan dan adakah langkah-langkah tersebut berkesan. 2. 54-100636 Dato’ Loke Yuen Yow [ Tanjong Malim ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah banjir kilat sering berlaku di sekitar Tanjong Malim ekoran pembangunan yang pesat. Adakah Kerajaan Pusat mempunyai cadangan mengatasi masalah banjir kilat yang berpunca daripada pembangunan di sekitarnya seperti projek Proton City, Universiti Pendidikan dan lain-lain lagi. 3. 209-10100 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk meminda Akta Pemaju Perumahan dan memberi lebih perlindungan kepada pembeli rumah di samping memberi kuasa retrospektif bagi Tribunal Perumahan untuk mendengar kes sebelum 1 Disember 2002. 4. 94-100155 Tuan Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:- (a) kesan lambakan barang-barang murah dan berkualiti rendah dari luar Negara terhadap pekilang-pekilang tempatan yang mengeluarkan barangan yang sama; dan (b) tindakan atau langkah bagi menyelamatkan pekilang- pekilang tersebut daripada menutup perusahaan mereka.

Upload: lycong

Post on 03-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAThttp://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 15 JULAI 2004, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 25

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

165-1012121. Puan Rosnah Binti Hj. Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan yang telahdilakukan bagi memendekkan karenah birokrasi atau “cut the red tape” diJabatan Kerajaan dan adakah langkah-langkah tersebut berkesan.

2. 54-100636Dato’ Loke Yuen Yow [ Tanjong Malim ] minta MENTERI SUMBERASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah banjir kilat seringberlaku di sekitar Tanjong Malim ekoran pembangunan yang pesat.Adakah Kerajaan Pusat mempunyai cadangan mengatasi masalah banjirkilat yang berpunca daripada pembangunan di sekitarnya seperti projekProton City, Universiti Pendidikan dan lain-lain lagi.

3. 209-10100Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUMAHANDAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kementerianbercadang untuk meminda Akta Pemaju Perumahan dan memberi lebihperlindungan kepada pembeli rumah di samping memberi kuasaretrospektif bagi Tribunal Perumahan untuk mendengar kes sebelum 1Disember 2002.

4. 94-100155Tuan Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERIPERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) kesan lambakan barang-barang murah dan berkualiti rendahdari luar Negara terhadap pekilang-pekilang tempatan yangmengeluarkan barangan yang sama; dan

(b) tindakan atau langkah bagi menyelamatkan pekilang-pekilang tersebut daripada menutup perusahaan mereka.

AUM DR 15/07/20042

5. 9-100078Dato’ Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERIPELANCONGAN menyatakan apakah bantuan-bantuan yang bolehdisalurkan oleh Kementerian bagi menghidupkan aset-aset pelanconganyang sedia ada di sesebuah kawasan khususnya di luar bandarcontohnya di negeri Kedah seperti Pesta Menuai, Berakit Sungai Muda,Makan-makan di Pantai, Berkenu di Sungai MADA dan Arus Deras JeramSedim, Kulim.

6. 176-100242Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI SUMBER ASLIDAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah keluasan (saiz) hutanbakau yang masih “pristine” di negara kita dan apakah langkah-langkahyang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan agar ekosistem yang pentingini diurus dan dipelihara dengan mampan.

7. 217-101147Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson [ Ipoh Barat ] mintaPERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah kekosongan jawatan bagi Majistret, HakimMahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Bilakahkekosongan ini akan dipenuhi; dan

(b) nyatakan strategi-strategi mengatasi kes-kes tertangguh(back log of cases). Adakah ianya efektif.

8. 137-100707Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PELANCONGANmenyatakan kemajuan pencapaian "Malaysia My Second Home" danapakah cara-cara yang dikenal pasti bagi mengalakkan lebih ramaipelancong dan pelabur dari luar negara menyertai program ini.

9. 25-100747Tuan Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERIKESIHATAN menyatakan mengenai rancangan penaiktarafan hospital-hospital Kerajaan di kawasan luar bandar khususnya di negeri Kelantan.Penaiktarafan yang dimaksudkan di sini ialah menyediakan tenaga pakaryang mencukupi untuk kesemua kes-kes kesihatan yang kritikal yangmana tidak perlu merujuk kepada hospital-hospital utama di bandar.

10. 7-100772Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan kedudukan Kewangan Negeri yang terkini serta langkah yangdiambil untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

AUM DR 15/07/20043

11. 47-100353Tan Sri Dato’ Hew See Tong [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATANmenyatakan langkah-langkah yang sesuai dengan meningkatkan umurpersaraan doktor Kerajaan sehingga ke-60 atau 65 tahun bagi menanganimasalah kekurangan doktor Kerajaan di negara ini.

12. 139-100008Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesesakan/keadaan “bottle-neck” yang sering berlaku berjam-jam di Lebuh RayaUtara-Selatan khususnya dari KM 226 hingga KM 264 (dari arah selatanke utara). Bolehkah pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)mengarahkan PLUS untuk melebarkan jalan dengan menambah lorongdengan serta-merta supaya keadaan “bottle-neck” boleh diatasi.

13. 40-100608Datuk Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] mintaMENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada pihakKementerian bercadang untuk menstrukturkan semula Majlis OlimpikMalaysia (MOM) bagi memastikan badan tersebut diuruskan dengan lebihberkesan lagi.

14. 188-100976Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERIPELAJARAN menyatakan berapa ramaikah guru yang layak dipilihsebagai guru Super dan nyatakan jumlah, subjek dan negerinya.

15. 138-100517Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERIPERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasarKerajaan terhadap nasib rakyat yang terpaksa membayar faedahberterusan kepada pinjaman bank tanpa pengurangan jumlah pinjamanpokok terhadap projek perumahan yang terbengkalai.

16. 73-101045Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERIPERTAHANAN menyatakan apakah pihak Kementerian masih lagimeneruskan dasar tukar ganti tanah (Land Swop) bagi membina projek-projek perumahan, kem dan lain-lain infrastruktur untuk kegunaan ATM.

17. 89-100936Datuk Mat Yasir Bin Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERIKEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakahlangkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga miskin yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin untukmeningkatkan lagi pendapatan mereka supaya mereka tidak lagitergolong dalam kategori rakyat termiskin dan memberi pula peluangkepada rakyat termiskin lain menduduki projek perumahan tersebut.

AUM DR 15/07/20044

18. 200-100781Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERImenyatakan apakah Kerajaan berusaha untuk mengatasi halangan-halangan yang menghalang pelaksanaan syariah Islamiah di negara kitasesuai dengan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

19. 208-101005Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan peruntukan belanja mengurus dan projek-projekpembangunan yang terpaksa dipotong, dibatal dan ditangguhkan dulusepanjang 2004, jika ada, apakah sebabnya dan alternatif lain yangdisediakan.

20. 193-100823Tuan Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLIDAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) apakah perancangan dan strategi Kementerian bagimenangani masalah kawasan-kawasan yang kerap dilandabanjir di Malaysia; dan

(b) adakah perancangan tertentu dibuat bagi negeri Sarawakdalam menangani kawasan yang kerap dilanda banjir inikhasnya bagi kawasan sepanjang Sg. Sarawak bermula dariBau, Kuching.

21. 179-100109Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untukmemperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban di TingkatanLima dan Empat di Sekolah-sekolah Menengah di Sarawak.

22. 197-100125Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERImenyatakan:-

(a) jumlah dan peratusan keluarga miskin (mengikut kaum) diSarawak yang terkini; dan

(b) langkah-langkah yang khusus oleh Kerajaan bagimengurangkan dan membasmikan kadar kemiskinan diSarawak.

23. 115-100035Dato’ Firdaus Bin Harun [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan bilangan pelabur dan nilai pelaburan bagi setiap Skim SahamAmanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setakat30 hb Mei 2004.

AUM DR 15/07/20045

24. 114-100536Datuk Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERIKESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan prosedur untukmeluluskan permohonan pertukaran senjata api di kalangan keluargasendiri iaitu daripada ayah kepada anak dan sebagainya. Apakah syarat-syarat kelulusan pertukaran ini.

25. 95-100560Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI PERDAGANGANANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi konkritMIDA untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam negara initerutamanya pelaburan asing dan apakah jenis perusahaan atauperindustrian utama yang menarik perhatian MIDA dalam proses promosidan penarikan pelaburan asing ke negara ini.

26. 58-101084Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI SUMBERASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setakat manakah Kerajaan telahdapat mengenal pasti serta mengawal pencemaran sungai dan tasik yangmungkin telah banyak memusnahkan spesis-spesis ikan yang asli danberharga seperti Patin, Kelah, Tengas, Baung, Sebarau dan lain-lainnya.

27. 205-100508Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESELAMATANDALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah aduan diterima olehSuruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PolisDiRaja Malaysia untuk memperbaiki operasi dan pentadbiran PDRM sejakianya bermula pada 20 Mei tahun ini. Sila nyatakan jenis aduan yangditerima dan tindakan yang diambil berkenaannya.

28. 201-100209Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERIPERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manapetani-petani mematuhi Standard Skim Akreditasi Ladang Malaysiasetelah Kerajaan memperkenalkan jenama “Malaysia Best”. Dan apakahinsentif yang telah Kerajaan berikan kepada petani-petani bagimenjayakan “Delivery System” di luar Bandar.

29. 92-100817Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat di dalam memartabatkanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan tidakmengurangkan kefasihan pelajar di dalam Bahasa Inggeris.

30. 164-101123Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI HALEHWAL DALAM NEGERI menyatakan setakat ini berapakah bilanganpermohonan kewarganegaraan Malaysia yang telah diluluskan danapakah prosedur yang diamalkan dalam sesuatu permohonan.

AUM DR 15/07/20046

31. 210-100567Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan nilai, bentuk dan kegunaannya bagi hadiah-hadiah KerajaanMalaysia yang diberikan kepada ketua negara asing sepanjang 10 tahunlalu dan senarai penerimanya.

32. 216-100163Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KEBUDAYAAN,KESENIAN, DAN WARISAN menyatakan apakah Dasar Kesenian,Budaya dan Warisan Kebangsaan akan diperkenalkan, jika ya, berikanbutir-butir dan jika tidak, mengapa.

33. 142-100479Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERImenyatakan kursus-kursus ijazah Negeri China yang telah diiktiraf olehJPA dan bilangan pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus ijazahdi Negeri China mengikut pengkhususan.

34. 22-100076Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERIPEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untukmemberi bantuan khas kepada ibu tunggal yang tidak mampu untukbekerja bagi menjalani latihan dan sebagainya.

35. 14-100459Dato’ Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta MENTERI LUARNEGERI menyatakan Malaysia telah menjadi Pengerusi OIC, setakat hariini apakah Malaysia benar-benar dapat menyatukan dan permuafakatannegara-negara Islam di dalam OIC untuk menghadapi tekanan cabarandari negara-negara Barat dan sejauh manakah OIC dapat menyelesaikanmasalah di Iraq dan Palestin.

36. 210-100569Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakanapakah projek mega serta nilainya yang melebihi RM50 juta yangdiluluskan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri yang telah ditangguhdan dikaji semula oleh YAB. Perdana Menteri sekarang dan apakahsebabnya.

37. 150-100257Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan bilakah Kerajaan membentangkan Akta Profesion Perguruansebagai langkah memartabatkan lagi profesion perguruan di negara kita.

AUM DR 15/07/20047

38. 19-100414Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERIPENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) sejauh manakah kejayaan perlaksanaan sistem meritokrasiyang baru diperkenalkan; dan

(b) apakah masalah-masalah yang timbul di dalamperlaksanaan sistem meritokrasi.

39. 72-100482Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERIPEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakahlangkah yang telah, sedang dan akan Kerajaan ambil untuk membendungaktiviti ulat-ulat trak penunda dan bengkel-bengkel kereta yang berleluasaberpakat dengan trak-trak penunda menipu tuan punya kereta yang rosakdi jalan raya.

40. 96-100238Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERTAHANANmenyatakan penyertaan dan prestasi PALAPES (Pasukan LatihanPegawai Simpanan) dan apakah program pembangunan PALAPES sertaperancangan untuk mengembangkan latihan tersebut ke IPTS.

41. 206-100861Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan sama ada satu peperiksaan kemasukan universitibersama akan dirangka oleh Kementerian demi mencerminkan sistemmeritokrasi yang tulen dalam Sistem Pendidikan Tinggi negara danmengelakkan ketidakadilan yang menimpa pelajar yang mendudukipeperiksaan STPM setiap tahun.

42. 33-100987Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] mintaMENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan dijangkamemperolehi Belanjawan Lebihan (surplus budget) dan apakah langkahyang sedang diambil ke arah tersebut terutamanya dalam tekanankenaikan harga petroleum, kenaikan inflasi di negara rakan daganganutama serta perlahannya pertumbuhan ekonomi negara China.

43. 15-100333Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERIKEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakahKementerian ini berhasrat menaikkan taraf Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) supaya ianya menjadi sebuah agensi kejuruteraan sosial yangberkesan.

AUM DR 15/07/20048

44. 11-100347Dato’ Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERIPERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah programyang sedang dirancang oleh pihak Kementerian untuk memastikanIndustri Asas Tani dapat dilaksanakan demi kepentingan masyarakat luarBandar.

45. 138-100522Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERIPERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama adaTribunal Perumahan boleh melayani tuntutan bagi pembatalan perjanjianjual beli perumahan yang di bawah RM25,000.00.

46. 155-100595Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERITENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan bilakah projek EmpanganBakun akan disiapkan dan bilakah projek ini akan menyambung bekalanelektrik ke negeri Sabah yang sudah pun kelihatan terlambat denganprojek Liwagunya.

47. 21-100271Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERIPEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan memberi butiran lengkap mengenai pemberian bantuanbulanan kepada golongan daif, sakit dan cacat untuk negeri Kelantansejak 5 tahun yang lalu. Apakah Kementerian berhasrat mengambil alihpemberian ini dari Kerajaan Negeri yang telah menggunakan skimtersebut untuk mendapat faedah politik.

48. 202-100848Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan mengapa had laju Butterworth-Kulim Expressway (BKE) diperingkat Seberang Jaya ke Jalan Heng Choon Thian hanya 60km/j.Adakah ia akan ditingkatkan lagi.

49. 169-100900Tuan Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta PERDANAMENTERI menyatakan apakah dasar pihak Kerajaan terhadap isumeminta 'wang tebusan' oleh para penculik dan mengapakah dibenarkanindividu perseorangan untuk berunding dengan penculik terbabitseterusnya menguruskan pembayaran wang tebusan yang menyusahkanorang ramai.

50. 211-100689Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan berapa ramaikah pelajar yang diterima masuk kefakulti perubatan Universiti Malaya bagi sesi 2004/2005. Sila nyatakankomposisi kaum serta kelulusan kemasukannya iaitu sama ada melaluiSTPM, matrikulasi atau lain-lain.

AUM DR 15/07/20049

51. 144-100805Datuk Nur Jazlan Bin Mohamad [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan berapakah jumlah dan nilai projek penswastaan yang telahditangguh atau dibatalkan, dan apakah kesannya kepada pertumbuhanekonomi negara.

52. 199-100670Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERUMAHANDAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah statistik setinggandi seluruh negara mengikut negeri-negeri. Apakah langkah-langkah yangakan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

53. 192-100659Tuan Henry Sum Agong [ Bukit Mas ] minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah pihakKementerian untuk menggalak, meningkat produksi serta hasilpendapatan para petani, penternak dan nelayan khasnya di Sarawak.

54. 91-100703Tuan Mohd. Daud Bin Tarihep [ Kuala Selangor ] minta MENTERIPERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah kosdan bila Kompleks Bomba dan Penyelamat di Bandar Baru KualaSelangor akan dibina dan disiapkan.

55. 177-101029Tuan Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI TENAGA, AIR DANKOMUNIKASI menyatakan rancangan Kementeriannya untukmembekalkan bekalan air bersih melalui telaga bawah tanah.

56. 106-100387Datuk Haji Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERITENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sebab 'downtime' yangbegitu kerap bagi perkhidmatan 'broadband internet' telekom Malaysia dikawasan bandar dan kelajuan yang kurang memuaskan bagiperkhidmatan "dial up internet" di kawasan yang tinggi tidakmencerminkan mutu dan khidmat yang dibayangkan oleh kempenpromosi penggunaan Internet kelolaan Telekom Malaysia.

57. 167-101099Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakahbilangan rumah anak-anak yatim yang dibina melalui peruntukan Kerajaandi seluruh Malaysia khususnya di negeri Sabah jika ada, dan apakahperancangan pihak Kementerian untuk membantu anak-anak yatim diseluruh negara pada setiap tahun.

AUM DR 15/07/200410

58. 61-100912Tuan Nasaruddin Bin Hashim [ Parit ] minta MENTERIKESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bilangan projek pembinaan Komplek Ibu Pejabat PolisNegeri dan Daerah di seluruh negara yang dilaksanakansecara runding terus, yang gagal disiapkan mengikuttempoh kontrak atau yang telah ditamatkan kontraknya sejaktahun 1997; dan

(b) status pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah PerakTengah di Sri Iskandar dan bilakah projek ini dapatdisiapkan sepenuhnya.

59. 94-100152Tuan Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI KERJARAYA menyatakan sama ada pandangan dan teguran dari PegawaiPerancangan di PBT diambil kira oleh Pegawai-pegawai Lebuh RayaMalaysia ketika menyiapkan dan memutuskan laluan lebuh raya dan jalankeluar masuk. Jika ada, apakah langkah-langkah ini memadai.

60. 168-100377Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan bilakah pembangunan dari aspek infrastrukur dan fasilitikhususnya rumah-rumah guru, bilik makmal komputer, generator, dewansekolah, kerusi dan meja dapat di atasi memandangkan sebilangan besarsekolah pendalaman di Pensiangan mengalami kekurangan.

61. 34-100375Tuan Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERIPELAJARAN menyatakan apakah dapatan daripada pelaksanaan rintis “j-QAF” (Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain) dan bagaimanakahstrategi pelaksanaan selanjutnya.

62. 156-100442Tuan Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI KESIHATANmenyatakan penyelesaian jangka masa panjang isu kekurangan doktorperubatan di negara ini. Sejauh mana pencapaian pelajar-pelajarbumiputera dalam bidang ini.

63. 61-100918Tuan Nasaruddin Bin Hashim [ Parit ] minta MENTERI KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan oleh kerana kawasan luarbandar terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari segipembangunan kemudahan asas dan tahap kemiskinan yang tinggi,adakah Kerajaan berhasrat untuk memperkukuh dan memperluaskanbidang kuasa Kementerian ini hingga ke peringkat negeri dan daerah.

AUM DR 15/07/200411

71-10119664. Tuan Devamany A/L S. Krishnasamy [Cameron Highlands] minta

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-

(a) apakah langkah JHEOA untuk memastikan mutu pendidikandi kalangan orang asli ditingkatkan dan jumlah peruntukanuntuk tujuan ini bagi 2004; dan

(b) berapakah jumlah kampung orang asli di kawasan CameronHighlands yang dibekalkan kemudahan pengangkutansupaya pelajar-pelajar dapat berulang alik ke sekolah.

65. 188-100992Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERIPERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah nilaibuah-buahan yang diimport dari Negara China, New Zealand, USA danAustralia dan apakah nilai buah-buahan tempatan yang dieksport kenegara-negara tersebut. Sekiranya terdapat ketidakseimbangan mengapadan apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

66. 202-100835Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada semua pelanpembangunan yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan NegaraBerhad (SPNB) di kawasan bawah jagaan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) mendapat kelulusan PBT dan bukannya "by pass" sahaja.Mengapa projek membina rumah pangsa oleh SPNB di Jalan TambyKechik, Butterworth tidak perlu menaik taraf "monsoon drain" yang sediaada.

67. 158-100956Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERIPEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan tentang program-program yang telah dianjurkan khusus bagimembantu ekonomi dan keharmonian keluarga bagi kaum wanita di luarbandar.

68. 195-100307Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) bilakah Jambatan Durin yang menyambung Jalan UtamaSarawak akan disiapkan; dan

(b) apakah tindakan Kementerian untuk mempercepatkanpenyiapan jambatan tersebut.

AUM DR 15/07/200412

69. 187-100801Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KESIHATANmenyatakan sama ada Kementerian berkenaan akan memperuntukan danmenempatkan bilangan kakitangan (Pembantu Pegawai Perubatan danJururawat) yang mencukupi di klinik-klinik di luar bandar yang dibina samaada oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), orang perseoranganmahupun yang dibina daripada peruntukan kewangan Kerajaan Negeri.

70. 103-100935Dato’ Suhaili Bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERIPENGANGKUTAN menyatakan mengapakah masalah feri penumpangdan kenderaan Labuan - Menumbok masih belum dapat diselesaikan dankenapakah arahan YAB. Perdana Menteri supaya Kementerianmeluluskan feri yang kedua tidak dilaksanakan.

71. 121-101087Tuan Mohd Said Bin Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan langkah-langkah yang akan dilaksanakan untukmempertingkatkan kemudahan asas serta kelengkapan sekolah rendahagama seluruh negara sesuai dengan pelaksanaan Islam Hadhari.

72. 59-100944Puan Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan sama ada pihak Kementerian bercadang membinaUniversiti Perubatan di negara ini bagi menampung kemasukan pelajar-pelajar cemerlang negara dalam jurusan kedoktoran dan menampungkekurangan doktor di negara kita.

73. 37-100544Datuk Rosli Bin Mat Hassan [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan penggunaankomputer bimbit bagi pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia(UUM) dan nyatakan sambutan daripada pelajar dan bagaimanakedudukan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain.

74. 187-100815Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerianberkenaan bercadang untuk menambahkan lagi peruntukan bagipembangunan dan pembaikan kemudahan infrastruktur di Bahagian Kapitmemandangkan kawasan berkenaan agak mundur berbanding tempat-tempat lain dari segi kemudahan tersebut.

AUM DR 15/07/200413

75. 180-101119Tuan Jawah anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI TENAGA,AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan:-

(a) sebab-sebab membekalkan air begitu mahal dan kadangkala tidak mencukupi walaupun negara kita mempunyaisungai yang begitu banyak serta hujan yang begitu tinggi;dan

(b) tindakan-tidakan yang diambil oleh Kerajaan supaya negarakita tidak akan mengalami krisis air pada masa depan.

76. 200-100771Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERIPEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan berapakah jumlah kes pesalah kanak-kanak (mengikutjenayah yang mereka lakukan) mengikut negeri-negeri pada tahun 2002dan 2003. Apakah program yang Kerajaan laksanakan untuk mendidikmereka.

77. 89-100886Datuk Mat Yasir Bin Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERIKESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah kementerianbercadang menubuhkan satu Agensi atau Jawatankuasa Petugas Khasbagi membantu lebih dari 75 peratus bekas penagih dadah yang keluardari Pusat Serenti mendapatkan pekerjaan kerana mereka sukarmemperolehi pekerjaan akibat persepsi negatif masyarakat.

78. 204-100318Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalahbilangan pelajar yang melebihi 35 orang sekelas dalam banyak SRJK(C).Nyatakan jumlah SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang menghadapimasalah ini.

79. 69-100039Tuan Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan bilakah Kerajaan akan meluluskan permohonan jalan pintasbandar Bentong untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas danberapakah kos yang terlibat dalam projek ini.

80. 204-100321Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATANmenyatakan sama ada Kementerian mempunyai “Early DetectionProgramme” untuk mengesan budak-budak autistik memandangkanpengesanan awal adalah sangat penting dalam erti maksud pelatihan.Jika ya, nyatakan pelaksanaannya. Jika tidak apakah sebabnya.

AUM DR 15/07/200414

81. 167-101098Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan sejauh manakah keberkesanan pembelajaran BahasaInggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains yang telahdilaksanakan oleh pihak Kementerian dan apakah halangan-halanganyang dihadapi oleh pihak Kementerian khususnya murud-murid sekolahyang berada di luar bandar serta tindakan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

82. 110-100822Dato’ Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI PERTANIAN DANINDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis-jenis tanaman yangdicadangkan dalam pembangunan pertanian di daerah Jempol, Jelebudan Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang akan dimajukan dan bagaimanapasaran tanaman-tanaman itu.

83. 189-100440Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan kebanyakan bilangan pelajar lepasan STPM yangberminat mengikuti jurusan yang diminati tetapi telah ditawarkan kepadajurusan lain, bagaimana untuk mengatasi permasalahan ini dan setakatmanakah keberkesanan pemilihan yang dibuat melalui sistemberkomputer.

84. 193-100831Tuan Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan sama ada pelajar yang memasuki Matrikulasi Labuan dariSemenanjung dibiayai tambang penerbangan mereka oleh Kementerian.Jika ya, adakah kemudahan yang sama diberi kepada pelajar dariSarawak dan Sabah yang memasuki Matrikulasi tersebut atau mana-mana Matrikulasi di Semenanjung.

85. 134-100625Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KERJARAYA menyatakan bilakah pelebaran jalan di antara Segamat keTangkak akan dibina, memandangkan ianya merupakan jalan utamamenuju ke Lebuh Raya Utara Selatan.

86. 149-100262Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said [Kota Belud] minta PERDANAMENTERI menyatakan tahap kemajuan dalam membanteras gejalarasuah di peringkat negeri dan kuasa-kuasa tempatan di seluruh negarasetakat ini.

87. 74-100032Tuan Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan bilakah pihak Kerajaan dan Kementerian akan membina jalansambung dari susur keluar Kg. Awah Lebuh Raya Pantai Timur kejambatan Chenor, Maran yang baru di bina dan apakah rancanganpembangunan di kawasan berkenaan.

AUM DR 15/07/200415

88. 38-100961Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta PERDANAMENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan meminda PerlembagaanPersekutuan bagi menegaskan pendirian Kerajaan sebelum ini bahawaMalaysia adalah sebuah Negara Islam.

89. 212-100718Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERIKESIHATAN menyatakan apakah peranan Kerajaan di dalam mengawalharga caj yang dikenakan oleh hospital swasta memandangkan caj yangdikenakan berbeza-beza di antara satu dengan lain dan apakah gred yangdigunakan dalam penentuan harga caj tersebut.

90. 162-100118Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KERJARAYA menyatakan sama ada Kerajaan telah bercadang untuk membinaKaramunsing Flyover Fasa II memandangkan Fasa I sudah hampir siap.Jika ada, bilakah cadangan pembinaan itu akan dimulakan.

91. 127-100104Datuk Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUARNEGERI menyatakan apakah pendirian negara terhadap kuasa menjagakeselamatan Selat Melaka yang akhir-akhir ini wujud kecenderungankuasa luar untuk mencampuri urusan selat tersebut.

92. 68-101052Dato’ Mohd Sarit Bin Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERIPELAJARAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah perpustakaan di daerah-daerah menarikminat rakyat tempatan untuk datang dan menggunakankemudahan yang disediakan; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat menggunakan IT untukmenjadikan perpustakaan-perpustakaan tersebut sebagaiPerpustakaan Digital.

93. 81-100757Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) bilakah lesen pemaju dikeluarkan kepada Syarikat LuckyBright Star Sdn. Bhd untuk memajukan Projek Perumahandi atas Lot 24374 dan Lot 24375 Mukim Kajang; dan

(b) sama ada pihak Kementerian telah menerima aduandaripada penduduk berhampiran terhadap pembangunanperumahan itu yang menjejaskan keselamatan dan strukturrumah kediaman mereka.

AUM DR 15/07/200416

94. 163-100178Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERIPERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan samaada Kementerian bercadang untuk mempertingkatkan lagi usahamenanam tembakau, terutama sekali di kawasan Kundasang, Ranau danKeningau di Sabah.

95. Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [Permatang Pauh] mintaMENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah “rentalarrangement” antara Kerajaan yang menyewa dan Putrajaya Holding yangmemberi sewa bangunan tersebut.

96. 19-100424Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERITENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah rasionalKerajaan untuk menswastakan penyelenggaraan sumber air di negeriSelangor kepada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS).

AUM DR 15/07/200417

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004.

2. Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004.

_ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan diserahkan kepada

Jawatankuasa Pilihan.

AUM DR 15/07/200418

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 1/2004) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2004- Menyambung semula Perbahasan atas masalah“Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kaliyang kedua sekarang”. [ 14 Julai 2004 ]

DAN

Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalahdicadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapanbahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilionsatu ratus tiga puluh empat juta lima ratus sembilan puluhempat ribu lima ratus dua puluh ringgit (RM6,134,594,520)diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunanbagi tahun kewangan 2003, bagi Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakandalam ruang pertama dan kedua penyata AnggaranPerbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2003yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun,2004 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksuddan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelasdan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”

Menyambung semula perbahasan atas masalah[14 Julai, 2004]

2. (D.R. 14/2004) Rang Undang-undang MahkamahKehakiman (Pindaan) 2004.

BacaanKali YangKedua

3. (D.R. 13/2004) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah(Pindaan) 2004.

4. (D.R. 12/2004) Rang Undang-undang Agensi AntidadahKebangsaan 2004.

AUM DR 15/07/200419

5. 150-100301Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kewujudan jurangperbezaan pembangunan di antara Wilayah Semenanjung, Sabah danSarawak. Dan Dewan ini juga membuat perakuan tentang hakikat bahawakemajuan yang begitu jauh di kalangan kesebelas negeri di Semenanjungadalah hasil daripada perlaksanaan pelbagai program oleh Lembaga-Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga-Lembaga Kemajuan Tanahyang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala di negeri Sabah yangmempunyai keluasan lebih 70,000 kilometer persegi belum lagidiwujudkan lembaga-lembaga yang serupa. Dengan kesedaran ini makaDewan Yang Mulia ini hendaklah membuat resolusi dan ketetapan supayapihak Kerajaan dapat membuat kajian yang bersesuaian untukmenubuhkan Lembaga-Lembaga Kemajuan Wilayah di Sabah danSarawak.”

6. 214-101053Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada JawatankuasaPemilih bagi mengkaji langkah-langkah terbaik yang perlu diambil olehKerajaan untuk menangani gejala salah laku seksual yang semakinmenular dalam masyarakat kebelakangan ini.”

7. 207-101038Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini membahaskan dasar pengangkutan dan faktor-faktoryang menyebabkan kesesakan lalu lintas termasuk bilangan kereta yangideal untuk negara ini.”

8. 214-101050Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada JawatankuasaPemilih untuk mengkaji secara mendalam kesan-kesan penggunaanBahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah-sekolahsetelah dua tahun ia dilaksanakan.”

AUM DR 15/07/200420

9. 173-100167Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Memandangkan masalah kemalangan jalan raya yang begitu tinggi dantelah menyebabkan kehilangan nyawa dan kebinasaan pengguna jalanraya yang begitu banyak dan kerosakan harta benda yang begitu besar,Dewan ini membincang untuk mengenal pasti dan membuat keputusanuntuk menangani masalah ini.”

Dewan ini juga membincang agar tindakan secara menyeluruh dari segipindaan undang-undang, perubahan dasar, latihan pemandu,penguatkuasaan undang-undang dikaji, dirombak dan dilaksana dengansecepat mungkin.

10. 207-101035Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Laporan SuruhanjayaDiraja untuk menyiasat permasalahan, efisiensi dan kredibiliti pasukanpolis dibentangkan di Dewan ini sebagai kertas putih untuk dibahas.Dewan ini berpendapat bahawa prosiding dan mesyuarat Suruhanjayamestilah terbuka termasuk siaran televisyen secara langsung, selarasdengan penjelasan akauntabiliti. Dewan juga memutuskan bahawa semuajanji untuk menambah 21,000 rekrut yang berkualiti, emolumen, elaun,kenderaan, stesen dan kemudahan polis haruslah dikotakan.”

11. 150-100299Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius tentang kewujudan beribu-ribugraduan yang menganggur. Tambahan pula peluang-peluang pekerjaan dikalangan graduan lebih banyak di wilayah-wilayah yang lebih maju sepertiLembah Kelang berbanding dengan Sabah, Kelantan, Terengganu danKelantan. Graduan yang menganggur adalah merupakan suatu masalahekonomi, sosial dan politik. Oleh itu, Dewan ini mendesak pihak Kerajaansupaya menubuhkan satu Majlis Perunding Pengangguran Graduan untukmencari penyelesaian terhadap masalah pengangguran di kalangangraduan pelbagai jurusan.”

AUM DR 15/07/200421

12. 214-101056Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya Radio dan TelevisyenMalaysia (RTM) menyiarkan secara langsung semua persidanganParlimen termasuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara supayapersidangan ini dapat diikuti oleh setiap lapisan masyarakat, sekali gusmembantu meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam merencanakanpembangunan negara. Tindakan ini juga diharapkan dapat merangsangprestasi Ahli-ahli Parlimen ke arah menjadikan Parlimen Malaysia bertarafdunia.”

13. 84-100843Tan Sri Dato’ K. S. Nijhar [ Subang ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius masalah banjir kilat yang seringberlaku dalam Parlimen Subang dan meminta Kementerian Sumber Aslidan Alam Sekitar mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh kepadamasalah ini.”

14. 214-101041Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan bersetuju supaya geranperkapita dan semua bantuan lain disalurkan semula kepada SekolahAgama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan seperti mana yang diamalkansebelum ini. Kerajaan juga hendaklah membayar semula semuatunggakan geran perkapita semenjak bantuan tersebut dihentikan padaOktober 2002.”

15. 209-101040Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengadakan siaranlangsung televisyen sidang Dewan Rakyat sebagai langkah pembaharuanParlimen dan meningkatkan ketelusan serta tanggungjawab AhliBerhormat terhadap ucapan dan tugas mereka".

AUM DR 15/07/200422

16. 214-101059Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya semua Ahli Parlimenmengisytiharkan harta pemilikan mereka, suami/isteri, anak-anak danpemegang amanah setiap dua tahun kepada Parlimen.”

17. 206-100884Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merujuk Bernama dan Utusan Malaysia keJawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya menyiasat sama ada kedua-duanya telah memesongkan apa yang diperkatakan oleh KetuaPembangkang dan Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur di Parlimen pada9hb Jun 2004 dalam dua laporan utama muka depan di Utusan Malaysiaiaitu pada 10hb Jun 2004 di bawah tajuk "Kit Siang persoal negara Islam -Ketua Pembangkang juga pertikaikan mengapa Ketua Kerajaan harusorang Islam" dan pada 11hb Jun 2004 di bawah tajuk "Jangan bermainapi" - Kit Siang harus henti persoal Malaysia negara Islam -Hishammuddin," dengan cuba melabelkan YB. Lim Kit Siang sebagaimenentang Melayu dan menentang Islam menerusi laporan palsu merekabahawa beliau mencabar hakikat bahawa orang Islam yang menjadiPerdana Menteri, dan mencadangkan tindakan sewajarnya yang harusdiambil terhadap kedua-duanya itu".

18. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil kira Laporan SUHAKAM 2003 danmenggesa SUHAKAM supaya menggandakan usahanya untukmelindungi dan memajukan hak asasi manusia seperti mana yangdiniatkan oleh Parlimen sewaktu menggubal Akta Suruhanjaya Hak AsasiManusia 2000.”

19. 150-100303Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap masalah kospengangkutan dan logistik di antara Sabah dan dunia luar termasuk keSemenanjung. Dewan ini juga memperakui bahawa kos pengangkutanyang tinggi ini telah menghindarkan proses perindustrian dan peningkatansektor pembuatan di Sabah. Dan jika sekiranya masalah ini tidakditangani dengan baik maka niat Kerajaan Sabah untuk meningkatkansektor pembuatan tidak akan tercapai. Oleh itu Dewan ini hendaklahmembuat ketetapan meminta Kerajaan untuk menyediakan penyelesaianterhadap masalah tersebut.”

AUM DR 15/07/200423

20. 96-100270Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas kekeliruansesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas kewujudanperaturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakanperkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil,Firman, Syukur, Imam dan sebagainya.

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta Kerajaanmenghapuskan kekeliruan tersebut sekali gus memastikan kebebasanberagama terus terpelihara.”

21. 150-100297Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kadar insidenkemiskinan yang begitu tinggi di kalangan Orang Asli, Bumiputera MinoritiSabah dan Sarawak terutama sekali di kalangan petani tradisi di tanahtinggi di Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperakui dalamRancangan Malaysia Ke 8 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 3dan juga dalam dokumen Majlis Perunding Ekonomi Negara Kedua(MAPEN 11), dan Rancangan Malaysia Ke 8 ini tidak lama lagi akanberakhir sedangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat tersebutmasih lagi tinggi. Dewan ini juga perlu membuat ketetapan supayaperakuan-perakuan dalam MAPEN 11, RRJP 3 dan Rancangan MalaysiaKe 8 dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak Kerajaan.”

22. 209-101042Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan PilihanRaya Kerajaan Tempatan dan memulihkan hak penduduk Kuala Lumpuruntuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesananKerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekapkepada penduduk di kawasan berkenaan".

23. 150-100294Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kad pengenalan palsu,surat beranak palsu dan IMM13 palsu serta sindiket-sindiket yang terlibatdalam pemalsuan tersebut. Oleh itu dewan yang mulia ini membuatketetapan supaya Kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untukmengkaji bagaimana perkara ini berlaku dan seterusnya untuk mencaripenyelesaian ke atas masalah dalam negeri yang telah menghantuiNegara kita Malaysia sejak 30 tahun yang lepas.”

AUM DR 15/07/200424

24. 173-100170Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Dewan ini membincang dan mengambil ketetapan agar dasar pendidikandikaji semula supaya boleh mencanaikan warganegara yang benar-benar“all rounder” (dengan izin) dari segi kerohanian, mental, dan fizikal,berdaya saing, patriotik, berani, jati diri, kreatif dan inovatif, bersifatkemasyarakatan, berbudi tinggi, berkhemah mulia, dan di sampingberilmu.

Dewan ini juga membincangkan agar mata pelajaran kerohanian dankemasyarakatan diberi kepada semua murid tidak kira bangsa dan agamadan dilaksanakan secara formal dan tidak formal, umpamanya 5 minitsebelum kelas bermula tiap-tiap hari.

Harapan kita ialah untuk membentuk murid dan pelajar untuk mempunyaipengertian, perwatakan dan pendirian menjadi warga Negara yang bercirikasih sayang, bertanggungjawab, beramanah, setia kawan dan berbuditinggi.”

25. 214-101046Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan Kerajaan BNmenyalah gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahanrakyat negara ini tanpa bicara dan tidak selaras dengan semangatpenggubalan Akta ini, iaitu untuk membendung kegiatan subversifkomunis. Bahkan dalam banyak kes, penahanan ISA lebih dipengaruhioleh kepentingan politik pemerintah. Dewan ini mendesak supayaKerajaan BN membebaskan semua tahanan ISA tersebut tanpa syaratatau mendakwa mereka di mahkamah dengan segera.”

AUM DR 15/07/200425

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN2004

RISALAT/DOKUMENT TARIKHDIBENTANGKAN

ST.131 Laporan Tahunan dan Penyata KewanganLembaga Totalisator Malaysia (LTM) BagiTahun 2002 (Telah Diaudit).

15 Julai 2004

ST.133 Laporan Tahunan Perbadanan PembangunanIndustri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) BagiTahun 2003.

15 Julai 2004

AUM DR 15/07/200426

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKHUCAPANDIBUAT

AHLI YANGBERUCAP

TAJUK UCAPAN MENTERI YANGBERTANGGUNGJAWAB

1. 15.7.2004(Khamis)

1. YB. Tuan LimHock Seng

[ Bagan ]

1. Kesengsaraan nelayan-nelayanmenghadapi lanun-lanun danpasukan bersenjata api Negaraasing yang mencerobohperairan Negara kita.

1. YB. MenteriKeselamatan DalamNegeri

2. 15.7.2004(Khamis)

2. YB. Tuan Tan Kok Wai

[ Cheras ]

2. Kerajaan patut menghentikanProjek Tanah Perkuburanberhampiran KondominiumDesa Kiara, Bukit Kiara keranabantahan penduduk.

2. YB. Menteri WilayahPersekutuan.