langkah mengatasi isu buruh kanak1

38
3.0 PENGENALAN Dunia kini berada dalam era pasca modenisasi dan globalisasi. Kecanggihan dan perkembangan bidang sains dan teknologi serta komunikasi memudahkan lagi perhubungan manusia dan menjadikan dunia tanpa sempadan. Ekoran itu, kita pesat membangun dan memacu kejayaan dalam pelbagai bidang. Dengan adanya pembangunan yang pesat, taraf hidup rakyat juga turut berkembang mengikut peredaran masa. Namun demikian, kita alpa dengan perkembagan sosial di negara ini. Saban hari kita membaca, mendengar dan berbual tentang isu-isu moral yang semakin berleluasa di negara kita. Terdapat berbagai jenis isu moral seperti pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, vandalisme, keganasan rumah tangga, penerimaan rasuah dan sebagainya masih berlaku di kalangan masyarakat pada masa kini. Antara punca berlakunya isu-isu moral adalah disebabkan sikap individu yang mementingkan diri sendiri, pengabaian tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, sikap ibu bapa yang materialistik, kekurangan didikan keagamaan, keruntuhan nilai moral dalam kehidupan seharian, penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan sebagainya menjurus masyarakat ke arah isu- isu moral yang serius. Seterusnya, isu-isu moral yang berlaku pada masa kini memberi impilikasi negatif terhadap individu, masyarakat dan juga kepada negara. Disebabkan isu-isu moral ini semua pihak memandang serong terhadap negara kita. Oleh yang demikian, semua pihak sewajarnya berganding bahu dan memainkan peranan mereka bagi memastikan gejala ini dapat 1

Upload: vijaya-letchumi-ganaisan

Post on 05-Jul-2015

3.204 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

3.0 PENGENALAN

Dunia kini berada dalam era pasca modenisasi dan globalisasi. Kecanggihan

dan perkembangan bidang sains dan teknologi serta komunikasi memudahkan lagi

perhubungan manusia dan menjadikan dunia tanpa sempadan. Ekoran itu, kita

pesat membangun dan memacu kejayaan dalam pelbagai bidang. Dengan adanya

pembangunan yang pesat, taraf hidup rakyat juga turut berkembang mengikut

peredaran masa. Namun demikian, kita alpa dengan perkembagan sosial di negara

ini. Saban hari kita membaca, mendengar dan berbual tentang isu-isu moral yang

semakin berleluasa di negara kita. Terdapat berbagai jenis isu moral seperti

pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, vandalisme, keganasan rumah tangga,

penerimaan rasuah dan sebagainya masih berlaku di kalangan masyarakat pada

masa kini. Antara punca berlakunya isu-isu moral adalah disebabkan sikap individu

yang mementingkan diri sendiri, pengabaian tanggungjawab sebagai ahli

masyarakat, sikap ibu bapa yang materialistik, kekurangan didikan keagamaan,

keruntuhan nilai moral dalam kehidupan seharian, penguatkuasaan undang-undang

yang longgar dan sebagainya menjurus masyarakat ke arah isu-isu moral yang

serius. Seterusnya, isu-isu moral yang berlaku pada masa kini memberi impilikasi

negatif terhadap individu, masyarakat dan juga kepada negara. Disebabkan isu-isu

moral ini semua pihak memandang serong terhadap negara kita. Oleh yang

demikian, semua pihak sewajarnya berganding bahu dan memainkan peranan

mereka bagi memastikan gejala ini dapat dibendung agar masyarakat dan negara

hidup dengan aman dan harmoni tanpa adanya isu-isu moral yang dianggap sebagai

satu wabak penyakit yang berbahaya.

1

Page 2: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

4.0 KEGANASAN RUMAH TANGGA

4.1 PENGENALAN

Definisi Keganasan Rumah Tangga

Menurut Mohamed Imran Mohamed Taib (2006), dalam artikelnya “Antara

Pengganasan dan Keganasan” definisi keganasan boleh diklasifikasikan kepada tiga

jenis, iaitu keganasan terhadap diri sendiri seperti membunuh diri sendiri, keganasan

individu terhadap individu yang lain seperti menganiayai kanak-kanak atau

pasangan di dalam keluarga dan keganasan antara satu kelompok dengan yang lain

seperti peperangan dan rusuhan kaum. Sehubungan itu, keganasan rumah tangga

boleh dikelaskan dalam jenis keganasan individu terhadap individu yang lain.

Keganasan rumah tangga didefinisikan sebagai suatu bentuk tindakan yang

mempunyai niat atau motif yang tersendiri seperti mencederakan, merosakan atau

membunuh orang lain.

Manakala mengikut tafsiran Seksyen 2, Akta Keganasan Rumahtangga 1994

(akta 521), membawa maksud keganasan rumah tangga adalah suatu perbuatan

yang dilakukan sama ada dengan sengeja atau tidak sengeja yang menyebabkan

kecederaan fizikal, kegusaran emosi, penderaan seksual, kemusnahan kepada harta

dan menyebabkan mangsa dalam keadaan ketakutan. Secara ringkasnya,

keganasan rumah tangga ini boleh dikatakan sebagai suatu penderaan terhadap

seorang individu oleh individu yang lain dalam bentuk penderaan fizikal dan mental,

penganiayaan, pencabulan,ugutan dan pembunuhan yang dilakukan dengan niat

yang tersendiri.

2

Page 3: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga merupakan suatu isu yang ketara yang berlaku

sepanjang tahun dan di mana jua. Selalunya kes keganasan rumah tangga ini

dilakukan oleh golongan lelaki ke atas wanita dan juga kanak-kanak, tetapi ia juga

boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Antara mangsa keganasan rumah tangga

adalah isteri atau bekas isteri, suami atau bekas suami, anak-anak, ibu bapa, orang

dewasa yang tidak berkeupayaan dan juga ahli keluarga yang lain yang tinggal

serumah dengan pemangsa. Mereka yang melakukan keganasan rumah tangga ini

selalunya cuba menguasi dan mengawal mangsanya sepanjang masa.

Jenis-Jenis Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:

a) Penderaan fizikal

b) Penderaan mental

c) Penderaan emosi / perasaan

d) Penderaan seksual

A) Penderaan Fizikal

Penderaan dari segi fizikal bermaksud mencederakan mangsa dan kecederaan itu

boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh mangsa. Kebiasaannya, orang yang

melakukan keganasan ini menyebabkan kecederaan di fizikal dengan menggunakan

peralatan-peralatan atau bahan-bahan yang mudah dicapai seperti tali pinggang,

kerusi, asid, tukul besi, puntung rokok dan sebagainya. Mangsa keganasan rumah

tangga selalunya ditampar, dipulas, ditendang, dicekik, dihantuk kepala di dinding,

digores dengan benda tajam, dibaling dengan benda keras,dipukul dan ditolak

dengan kasar, mengadakan hubungan seks secara paksa dan juga dimalukan di

khalayak ramai dengan memaki hamun dan cacian.

3

Page 4: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

B) Penderaan Mental

Penderaan dari segi mental pula diklasifikasikan sebagai perbuatan yang

menakut-nakutkan orang lain, membuat ugutan atau memberi tekanan mental

dengan tujuan meruntuhkan keyakinan diri dan menghalang seseorang untuk berfikir

dengan sendiri secara bebas. Pemangsa selalunya membuat ugutan atau menakut-

nakutkan mangsa keganasan rumah tangga dengan menyatakan hendak

membunuh, mencerai, membawa lari anak-anak, menyimbah air panas atau asid

dan sebagainya. Dalam keadaan seperti ini, mangsa keganasan ini berada dalam

ketakutan sehingga mendatangkan tekanan dalam jiwa mereka.

C) Penderaan Emosi

Penderaan emosi menyebabkan mangsa menghadapi gangguan yang

keterlaluan yang boleh dilihat pada emosi atau perasaan mereka seperti kecelaruan

mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, cemas dan penyendirian.

Kebanyakan mangsa penderaan emosi ini lebih cenderung untuk mencederakan diri

sendiri atau individu lain atau membunuh diri sendiri. Kadang-kala, mangsa

keganasan didera dengan diherdik dan ditengking dengan menggunakan perkataan

kesat dan lucah, dimaki hamun dan dicaci di khalayak ramai atau mengadakan

hubungan sulit dengan individu lain di hadapan isteri dan sebagainya.

D) Penderaan Seksual

Penderaan seksual merupakan salah satu daripada penderaan yang merujuk

kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut

seseorang individu yang lain khasnya golongan wanita sama ada remaja atau

kanak-kanak perempuan untuk melakukan hubungan seksual dengan mereka,

semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Selain itu, perlakuan seks tanpa

kerelaan pasangan juga adalah salah satu bentuk penderaan seksual dan boleh

dianggap sebagai keganasan rumahtangga. Jenis penderaan ini juga membawa

kesan yang negatif terhadap fizikal, mental dan emosi seseorang individu.

4

Page 5: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

4.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Menurut Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, Hazalina Binti Mohd Haniff,

Latifenossadat Madanian, Faizah Binti Abd Ghani (2008) dalam kertas seminar yang

bertajuk Keganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian

menyatakan pengambilan alkohol dan dadah, latarbelakang keluarga, masalah

sosial, panas baran dan cemburu adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya keganasan rumah tangga. Sehubungan itu, faktor-faktor utama yang

menyebabkan isu ini masih berlaku secara berleluasa adalah seperti faktor

personaliti atau sifat individu, faktor keluarga dan faktor ekonomi sesebuah

keluarga.

Faktor Personaliti

Faktor personaliti ataupun sifat peribadi seseorang individu terutamanya

pasangan suami isteri merupakan punca utama berlakunya kes keganasan rumah

tangga. Personaliti individu dapat dibahagikan kepada dua unit, iaitu personaliti

pemangsa atau pendera dan personaliti mangsa. Personaliti kedua-dua pihak ini

adalah saling bergantungan. Pada kebiasaannya, si pendera mempunyai personaliti

negatif seperti sifat ganas, panas baran, beremosional, cemburu, tidak percaya pada

pasangan dan sebagainya menyebabkan mereka sanggup bertindak dengan agresif

ke atas pasangan mereka. Sifat negatif si pendera menyebabkan mereka tidak

dapat mengawal emosi mereka lalu hilang pertimbangan walaupun atas sebab-

sebab kecil yang berlaku dalam keluarga. Selain daripada itu, sifat negatif si

pendera ini selalunya dirangsang apabila mangsa melakukan sesuatu tindakan yang

mereka paling tidak sukai. Antaranya, sikap si mangsa yang suka berletar,

bertengking, suka bergaduh walaupun perkara yang kecil, sangsi pada pasangan

dan sebagainya. Perkara-perkara ini menimbulkan kemarahan kepada si pendera

lalu mereka bertindak dengan ganas terhadap pasangan mereka. Keadaan menjadi

lebih teruk apatah lagi si suami mempunyai personaliti yang negatif seperti panas

baran.

5

Page 6: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Faktor Keluarga

Seterusnya, faktor keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam

kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada masa kini. Latar belakang keluarga

dan pengalaman semasa kecil turut mempengaruhi sikap seseorang individu.

Sejarah keganasan semasa kecil ini mempengaruhi psikologi dan emosi pendera.

Keadaan yang sama juga berlaku ke atas suami yang sering menganiaya dan

bertindak ganas ke atas isteri mereka. Mereka pernah mengalami atau menyaksikan

keadaan tersebut. Pakar psikologi berpendapat bahawa individu yang pernah didera

ataupun mangsa penderaan mempunyai potensi untuk menjadi pendera. Selain

daripada itu, kesan rumah tangga atau sejarah hidup daripada keluarga yang

berpecah belah juga turut mempengaruhi emosi seseorang individu untuk

mengulangi sejarah yang sama. Menurut Carlson (seperti yang dipetik dalam

Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, Hazalina Binti Mohd Haniff, Latifenossadat

Madanian, Faizah Binti Abd Ghani, 2008 h.33):

“ …. menegaskan bahawa banyak kajian yang dijalankan menunjukkan

bahawa fenomena penganiayaan isteri dikaitkan dengan pendedahan awal terhadap

kekejaman dalam keluarga”.

Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi juga menjadi salah satu punca berlakunya kenganasan

rumah tangga. Hal ini kerana duit adalah sumber utama untuk menguruskan

kehidupan harian. Jikalau sesebuah keluarga tidak mempunyai sumber pendapatan

yang mencukupi maka bermula kesempitan kewangan yang akhirnya menjurus

kepada masalah tekanan kehidupan. Ini menyebabkan berlakunya pertelingkihan

dan pergaduhan antara pasangan yang berakhir dengan kes penderaan isteri dan

juga anak-anak. Selain itu, pengambilan alkohol dan dadah juga berkait rapat

dengan faktor ekonomi yang melibatkan keganasan rumah tangga. Apabila si suami

adalah seorang penagih dadah atau alkohol maka dia sentiasa mengharapkan

isterinya untuk memberi duit bagi memuaskan kehendak dirinya. Jikalau, isteri tidak

mempunyai wang atau sengeja tidak mahu menghulurkan duit untuk si suami maka

si suami bertindak secara agresif dan secara tidak langsung mula mendera isteri dan

6

Page 7: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

anaknya. Kebanyakan wanita menyebut alkohol dan dadah sebagai faktor

penyebab keganasan dalam keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol

boleh menyebabkan individu melakukan sesuatu yang bukan merupakan tingkah

lakunya yang sebenar.

4.3 KESAN-KESAN KEGANASAN RUMAH TANGGA

Kesan keatas orang dewasa dan kanak-kanak

Isu keganasan rumah tangga membawa banyak implikasi negatif terhadap

mangsa-mangsanya. Menurut Rukiah Bte Bahari, Najmi Hayati Bte Usman dan

Mohd. Tajuddin Ninggal (2008), dalam kertas seminar yang bertajuk Rumahku

Syurgaku: Bagaimana Menyelesaikan Masalah Keganasan Rumah Tangga,

menyatakan bahawa kesan-kesan keganasan rumah tangga telah dibahagikan

kepada dua jenis, iaitu kesan ke atas orang dewasa dan kanak-kanak. Antara kesan

terhadap orang dewasa adalah seperti kematian, kecederaan yang teruk, rasa

rendah diri, hilang keyakinan diri, keretakan hidup berkeluaraga dan sebagainya.

Manakala kesan yang ditanggung oleh anak-anak adalah seperti kecacatan emosi,

murung, menunjukkan tingkah laku agresif, rasa benci kepada diri sendiri, ponteng

sekolah, lemah daya ketahanan dalam menghadapi masa depan dan sebagainya.

Tekanan Fizikal

Selain daripada itu, mangsa keganasan rumah tangga mengalami tekanan

fizikal, mental dan spiritual. Mereka beranggapan sentiasa berada dalam satu

situasi yang tidak selamat. Mangsa menjadi murung kerana rasa ketakutan yang

berpanjangan menjadikan mereka mengasingkan diri dari masyarakat sekeliling

mereka. Selain itu, isteri yang didera selalunya akan terasa dirinya tidak boleh

menjadi isteri yang baik, rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Mereka sentiasa

hidup dalam ketakutan dan merasa malu kerana takut diketahiu oleh orang ramai

tentang masalah keluarganya. Jikalau keadaan ini dibiarkan ia menjadi satu trauma

bagi jangka masa yang panjang. dan mungkin mereka mengalami sakit jiwa.

7

Page 8: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Bagi anak-anak ia menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau

perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang

dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak dan mereka pula berpotensi

untuk menjadi pendera. Selain itu, isu keganasan rumah tangga juga berpotensi

untuk meningkatkan kes jenayah di kalangan anak-anak kerana apabila mereka

dewasa berkemungkinan untuk membawa tingkahlaku ganas ke dalam masyarakat.

Tekanan Emosi

Seterusnya, anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat

penceraian ibu bapa mereka. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami

konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana

seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.

4.4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGANASAN RUMAH TANGGA

Peranan Individu

Bak kata pepatah Melayu “mencegah lebih baik dari mengubati” seperti mana

kita perlu berusaha untuk mencegah isu keganasan rumah tangga ini sebelum ia

menjadi lebih parah. Jika keganasan rumah tangga ini di tahap yang tidak serius,

kita masih ada peluang untuk mengatasinya. Antara langkah-langkah yang perlu

diambil adalah seperti:

a) Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.

b) Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.

c) Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.

d) Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan

khidmat nasihat.

Seterusnya, menurut Rukiah Bte Bahari, Najmi Hayati Bte Usman dan Mohd.

Tajuddin Ninggal (2008), terdapat berbagai khidmat yang diberikan untuk membantu

8

Page 9: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

dan juga merawat keluarga mangsa keganasan rumah tangga. Di antara khidmat

pencegahan keganasan rumah tangga ialah:

a) Intervensi dengan mangsa

b) Urusan dengan mahkamah

c) Kumpulan terapi untuk lelaki

d) Kumpulan terapi untuk perempuan

e) Kumpulan terapi untuk anak

f) Kumpulan terapi untuk pasangan

g) Projek pencegahan keganasan di sekolah

h) Servis telefon untuk pencegahan dan rujukan

i) Maklumat khidmat masyarakat dan pendidikan

Peranan Masyarakat

Selain daripada itu, semua pihak perlu memainkan peranan dan

tanggungjawab mereka secara berkesan agar kita dapat membendung isu

keganasan rumah tangga ini. Sebagai individu yang bertanggungjawab kita harus

membuat aduan kepada pihak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Polis Di

Raja Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) atau di Pejabat Agama

Islam Negeri yang berhampiran apabila berlakunya kes keganasan rumah tangga

dengan memberikan maklumat yang lengkap supaya mereka dapat mengambil

tindakan yang sepatutnya. Sebagai ahli masyarakat setempat kita perlu mempunyai

rasa tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi masalah ini.

Kita perlu peka dengan masalah yang berlaku dalam jiran tetangga supaya kita

boleh menghulurkan pertolongan khususnya apabila berlaku kes keganasan rumah

tangga.

Peranan Media Massa

Seterusnya media massa haruslah berperanan secara proaktif sebagai

sumber sebaran maklumat dalam usaha menyedarkan semula masyarakat tentang

kes keganasan rumah tangga yang berlaku secara berleluasa. Mereka juga perlu

bertanggunjawab untuk menyiarkan info-info semasa tentang keganasan rumah

9

Page 10: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

tangga dan langkah yang perlu diambil jika seorang individu menjadi mangsa

keganasan rumah tangga. Hal ini perlu diberi perhatian kerana terdapat mangsa

kegansan yang cetek pengetahuan tentang isu ini. Mereka tidak tahu apakah yang

perlu dilakukan dan siapakah harus dihubungi jika berlaku kes keganasan rumah

tangga.

Peranan Badan Berkuasa dan NGO

Peranan jabatan, agensi-agensi kerajaan dan juga badan-badan sukarelawan

(NGO) amat digalakkan. Mereka perlu mengadakan program-program khas dan

kempen-kempen seperti “Kempen Kami Prihatin” oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat, “Kempen Nur- Bermula denganmu” oleh Kementerian Pembangunan

Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan sebagainya bagi menyelamatkan

lagi mangsa keganasan rumah tangga. Selain itu, khidmat kaunseling perlu

dilakukan kepada pasangan sebelum memasuki alam perkahwinan dan selepas

berkahwin agar mereka memahami tentang kewajipan dan dasar-dasar sesuatu

perkahwinan.

10

Page 11: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

5.0 WARGA TUA TERBIAR

5.1 PENGENALAN

Menurut Dasar Warga Tua Kebangsaan ‘Warga Tua’ atau Warga Emas telah

ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Menurut ringkasan

perangkaan penduduk yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan, Wanita,

Keluarga dan Masyarakat, terdapat 2.1 million warga emas di Malaysia. Warga

emas yang kaya dengan pengalaman seharusnya dijadikan asset utama untuk

sumber rujukan. Walaupun golongon ini sudah bersara dan keupayaan fizikal yang

semakin berkurangan, mereka sepatutnya diberi belaian kasih sayang, kebajikan

yang rapi serta dihormati.

Namun apa yang menyedihkan adalah warga emas ini sentiasa dianggap

menjadi bebanan dan kurang produktif bagi segelintir anak-anak dalam masyarakat

kita. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai terpuji yang

diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang

menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua

terbiar.

5.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA WARGA TUA TERBIAR

Sifat Mementingkan Diri Anak-anak

Tidak dapat dinafikan setiap agama meletakkan orang yang lebih tua terutamanya

ibubapa di kedudukan teratas. “ Namun, dalam mengejar urusan hidup seharian,

ramai yang tidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini terpinggir

dan tidak dipedulikan.” (Utusan Malaysia, 2009). Kengganan anak-anak untuk tidak

menghargai jasa ibu bapa dan menetap bersama atas alasan kerja serta masalah

ekonomi menyebabkan warga tua terbiar sendiri. Selain itu, adik-beradik juga

bergaduh sesama sendiri untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur dengan

alasan masing-masing. Anak-anak juga menaggap warga tua tidak berguna dari segi

11

Page 12: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

ekonomi malah membebankan rumahtangga. Mereka rela menempatkan ibu bapa

mereka di rumah orang tua atau dibiarkan tanpa dijaga.

Tidak bersefahaman antara anak atau menantu dengan Ibu bapa

Selain itu, anak –anak yang sudah berkeluarga mendapat desakan daripada

pasangan yang enggan menerima ibubapanya turut mendorong seseorang anak

tersebut untuk mengabaikan tanggungjawabnya. Kekadang anak-anak juga

berpendapat pemikiran warga tua dan golongan muda tidak bersehaluan dan

sentiasa bercanggahan. Oleh itu, pergaduhan dan salah faham sentiasa wujud

antara kedua-dua warga ini. Malah, kebanyakkan menantu yang bekerja turut

memandang rendah terhadap golongan tua ini dan seringkali mengguna kata-kata

tajam untuk menyakiti hati mereka. Sedihnya, terdapat juga anak-anak yang

mementingkan pasangan hidupnya sanggup menyebelahi suami atau isteri masing-

masing untuk menyalahkan warga tua ini. Hal ini menyebabkan warga tua ini berasa

bersalah dan meninggalkan rumah untuk mencari haluan sendiri.

Kehidupan Silam

Kehidupan muda seseorang yang bermasalah dan yang terlibat dalam gejala

social turut menyumbang kepada kewujudan warga tua terbiar. Ini disebabkan alam

kehidupan yang dilalui seperti bekas penagih dadah atau bekas banduan. Tidak

kurang ibu bapa yang zalim mendera mental dan fizikal anak-anak serta

mengabaikan hak anak-anak sehingga hidup mereka terbiar sejak kecil. Ibu baba

yang tidak mengambilberat tentang keluarga semasa anak-anak kecil. Hal ini

menyebabkan anak-anak membalas dendam dengan mengabaikan kebajikan dan

kesihatan mereka sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu.

12

Page 13: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Warga Tua yang tiada waris

Antaranya ada ayah dan ibu asyik berkahwin dan cerai sehingga anak-anak

tidak mendapat kasih sayang dan terpaksa mencari haluan sendiri dalam hidup.

Oleh itu, warga tua tersebut tidak mempunyai waris atau pasangan hidup utuk

menjaga mereka pada masa tua menyebabkan kebajikan mereka teabai atau

terpaksa mencari perlindungan di rumah orang tua kelak. Namun begitu, bagi yang

tidak mempunyai anak atau waris,keadaan mereka akan terbiar terutamanya bagi

golongan yang tidak mampu berdikari.

5.3 KESAN WARGA TUA TERBIAR

Warga Tua

Golongon warga tua juga turut mengalami tekanan yang disebabkan oleh

beberapa faktor seperti pengasingan sosial, kemurungan, kesunyian, penghargaan

kendiri yang rendah dan kesihatan yang semakin terjejas serta tidak dirawat sebab

terbiar . Antara faktor yang menyebabkan setengah daripada mereka berasa

tertekan adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dan kehidupan yang

membosankan. Ramai ibu bapa terbiar tanpa perhatian . Masalah utama ialah

mereka rasa tersisih, tidak diperlukan dan dipersia-siakan oleh ahli keluarga. Mereka

menganggap bahawa jasa yang mereka berikan kepada keluarga dan anak-anak

selama ini tidak dihargai. Umumnya mereka ini tiada lagi tempat untuk mengadu,

untuk memberi dan menerima kasih-sayang untuk berbincang. Fikiran ini akan

diulang-ulang dan ini menjadikan diri mereka semakin sedih, rendah diri, merasa

resah, merasa tidak diperlukan oleh sesiapa pun dan akhirnya akan mengasingkan

diri dari orang lain. Gangguan kesihatan ini akan menghantui diri mereka menjadikan

mereka bersikap pasif, gelisah dan kadang kala boleh menimbulkan masalah

kepada ahli warga tua yang lain.

13

Page 14: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Negara

Kesan yang ketara boleh dperhatikan kesan bertambahnya golongan tua

terbiar adalah kewujudan dan peningkatan rumah orang tua di negara kita. Banyak

rumah-rumah warga tua telah diwujudkan terutamanya di kawasan bandar untuk

menampung pertambahan golongan warga tua yang meningkat kerana tidak

mendapat perhatian yang sewajarnya daripada waris masing-masing. Selain itu,

peruntukkan untuk menjaga warga tua turut meningkat. Hal ini disebabkan oleh

kerajaan menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga

yang menjaga warga tua.

5.4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran dipercayai dapat mengubah sikap masyarakat terhadap

golongon warga tua. Melalui kempen kesedaran, masyarakat dapat memupuk

kesedaran dalam diri masing-masing. Nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan

menghormati warga emas dapat diterapkan. Tanggungjawab anak-anak untuk

menjaga orang tua mereka dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pihak untuk

menjaga orang tua mereka. Oleh yang demikian, selain pihak kerajaan,badan-badan

bukan kerajaan juga boleh menghulurkan bantuan dengan mengadakan kempen

berterusan. Kesedaran ini boleh dipupuk melalui kempen atau hari yang

dikhususkan untuk meraikan golongan tua seperti Hari Warga Tua yang diadakan 6

Oktober setiap tahun. Mesej yang boleh disampaikan dalam kempen-kempen

sebegini adalah untuk memastikan bahawa generasi muda tidak bersikap seperti

kacang lupakan kulit dan sanggup mengabaikan warga emas.

Amalkan nilai agama dan kekeluargaan sejak kecil

Nilai agama untuk membentuk akhlak terpuji perlu diberi penekanan sejak

dari bangku sekolah lagi bagi memberi mereka kesedaran dan mengelakkan perkara

seumpama itu berlaku. Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati

14

Page 15: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

dan meyayangi ibu bapa atau orang yang lebih tua. Dengan erti yang lain,anak-anak

yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa

mereka yang sudah tua berbanding dengan anak-anak yang tiada pegangan agama.

Selain itu, nilai kekeluargaan seharusnya diterapkan ketika anak masih kecil

supaya apabila besar tidak mudah melupakan tanggungjawab mereka untuk

menjaga ibu bapa. Masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa

terikut-ikut budaya barat. Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui sistem pendidikan

dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama. Sudah

pasti, anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu

bapa mereka yang tua. Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan

rela hati dan penuh tanggungjawab. Kejayaan melahirkan masyarakat penyayang

akan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.Masyarakat penyayang akan

melahirkan anak-anak yang menyayangi dan menghormati orang tua.Sikap ini akan

memastikan orang tua tidak akan diabaikan.

Ibu bapa Angkat

Semua pihak, terutamanya golongan berada perlu menunaikan

tanggungjawab sosial mereka bagi membela golongan warga emas supaya tidak

hidup keseorangan dan terbiar. Ini berdasarkan pada kesanggupan dan keupayaan

mereka untuk menjaga warga emas yang terbiar tanpa penjagaan rapi. Keadaan ini

juga akan turut membantu dalam mengurangkan kewujudan lebih banyak rumah

warga tua. Selain itu, melalui cara ini juga seseorang warga emas mampu mendapat

perhatian lebih perhatian daripada keluarga angkat dan dapat menjalani kehidupan

dengan takanan yang minima. Malah, warga emas tidak perlu risau sebab mereka

tidak perlu hidup keseorangan tanpa kasih sayang.

Aktiviti Kemasyarakatan kepada Warga Emas

Bagi menghargai sumbangan warga tua yang dicurahkan selama ini, mereka

perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh

15

Page 16: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

badan-badan bukan kerajaan dan kerajaan kerap kali. Selain Hari Warga Tua setipa

tahun, aktiviti-aktiviti yang melibatkan warga emas ini boleh mengadakan program

yang pelbagai setiap hujung minggu. Kegiatan sebegini akan mengembalikan

semangat para warga emas untuk bergiat aktif dan bersemangat untuk menjalani

kehidupan seharian dengan harapan baru yang menanti mereka. Malahan aktiviti

sebegini mampu mengelakkan mereka daripada terbelenggu dengan tekanan

psikologi dan emosi serta tidak berasa kebosanan.Ini juga membolehkan mereka

bergaul mesra dengan rakan-rakan seusia mereka dan dapat berkongsi pendapat

sesama mereka. Sebenarnya, usaha ini akan menjadikan kehidupan mereka lebih

berharga dan tidak berasa rendah diri.

16

Page 17: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

6.0 ISU BURUH KANAK-KANAK

6.1 Pengenalan

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun

seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Malaysia). Perlindungan

kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak

balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-

kanak. Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk

menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan,

pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang

selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada

segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

Buruh Kanak – kanak “Child Labour” merujuk kepada kerja anak-anak pada

tenaga kerja biasa dan berterusan. Amalan ini dianggap eksploitasi oleh pertubuhan

antarabangsa dan adalah menyalahi undang-undang di banyak negara. Boleh

mengkategorikan buruh kanak-kanak sebagai pekerjaan yang tidak boleh diterima

kerana kanak-kanak yang terlibat terlalu muda dan sepatutnya berada di sekolah.

Malah jikapun mereka mencapai usia minimum untuk bekerja, kerja yang mereka

lakukan tidak sesuai untuk orang yang berusia bawah 18 tahun. Banyak kanak-

kanak menjadi mangsa kepada bentuk terburuk buruh kanak-kanak, seperti buruh

berikat, perhambaan atau amalan serupa perhambaan, pengeluaran dan

penyeludupan dadah, atau pekerjaan lain yang membahayakan kesihatan,

keselamatan atau moral mereka.

Majoriti kanak-kanak di dunia dinafikan hak asasi mereka dan keadaan ini

begitu kritikal di dunia ketiga. Majoriti besar kanak-kanak hidup dan bekerja dalam

keadaan yang sangat sukar. Di negara-negara terbabit, kanak-kanak bukan sahaja

menderita kebuluran dan memperoleh makanan tidak seimbang tetapi juga turut

terdedah pada eksploitasi serta penderaan dan pada dasarnya, mereka menjalani

kehidupan yang diliputi penderitaan. UNICEF melaporkan bahawa di seluruh dunia

terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak-kanak

17

Page 18: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

(laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International Labour Organization).

Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun (atau 73

peratus daripada keseluruhan pekerja kanak-kanak) dipercayai terbabit dalam

bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang

mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan

mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat

dengan belenggu hutang dan bentuk-bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa

terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit

dengan aktiviti yang diharamkan.

6.2 Sebab Berlakunya Isu Buruh Kanak-Kanak

Mengikut laporan International Labour Organization (ILO) jumlah buruh

kanak-kanak terus berkurangan di Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean,

sementara sub-Sahara Afrika pula menyaksikan peningkatan. Terdapat pelbagai

sebab berlakunya isu Buruh Kanak-Kanak (Sila Rujuk Rajah 1).

Masalah buruh kanak-kanak masih terdapat di beberapa bahagian dunia

seperti bekerja di kilang, perlombongan, pelacuran, pertanian, membantu

perniagaan orang tua yang mempunyai perniagaan sendiri kecil seseorang

(misalnya menjual makanan), atau melakukan pelbagai pekerjaan yang lain.

Beberapa kanak-kanak pula bekerja sebagai pemandu bagi pelancong, kadang

digabungkan dengan membawa dalam perniagaan untuk kedai-kedai dan restoran

(di mana mereka juga boleh bekerja sebagai pelayan). Dan semua pekerjaan yang

mereka lakukan adalah untuk membayar minimum.

Desakan Ekonomi

Antara sebab berlakunya isu buruh kanak-kanak desakan ekonomi keluarga.

Terutamanya di kawasan pedalaman India, China dan Negara-negara Dunia Ketiga,

terdapat kebanyakan kanak-kanak terpaksa bekerja buruh untuk mencari rezeki

18

Page 19: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

hidup bagi keluarganya. Disebabkan kemiskinan, mereka terpaksa melepaskan

peluang untuk belajar.

Buruh kanak-kanak juga adalah satu fenomena yang memang wujud dalam

masyarakat sejak dahulu hingga ke hari ini. Dahulu buruh kanak-kanak, terutama

kanak-kanak lelaki, diperlukan bekerja di kebun atau di ladang keluarga untuk

membantuIbu-bapa menghasilkan produk pertanian bagi menyara keluarga. Dalam

sesetengah masyarakat lain pula kanak-kanak membantu ibubapa berniaga untuk

menjana pendapatan keluarga. Status ‘membantu keluarga ’ memberi konotasi

bahawa buruh kanak-kanak memberi khidmat tanpa bayaran, tetapi hakikatnya

mereka telah turut memikul tanggungjawab terhadap keluarga sejak berumur muda

lagi.

Kurang memberi perhatian kepada Pendidikan

Selain itu, kurang memberi perhatian kepada pendidikan juga adalah salah

satu faktor yang menyebabkan ibu bapa hantar anak-anak bekerja. Para ibu-bapa

memandang tinggi terhadap golongan berilmu, tetapi bukan untuk pembangunan

kerjaya dan bukan sebagai jaminan saraan apabila anak-anak meningkat dewasa.

Kebiasaannya gejala penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan ini ekoran

kemiskinan keluarga ataupun kekurangan minat untuk belajar.

Undang-undang yang lemah

Di sesetengah negara, terdapat banyak syarikat yang menggunakan buruh

kanak- kanak-kanak. Walaupu kebanyakan negara yang mempunyai undang-

undang yang mengawal atau mengalang penggunaan buruh kanak –kanak. Tetapi

sesetengah negara mempunyai undang- undang yang lemah dan penguatkuasaan

yang tidak efektif dan tidak dapat membendung pengunaan kanak- kanak untuk

berkerja. berumur 16 tahun atau ke bawah bekerja juga akan dikenakan hukuman.

Di Negara tersebut pihak kerajaan tidak menghiraukan terhadap firma-firma yang

menggunakan tenaga kerja kanak-kanak. Firma tersebut juga tidak medaftarkan

pekerjanya. Terdapat juga firma yang cuba merahsiakan identiti pekerja termasuk

19

Page 20: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

umurnya, yang hanya pentingkan keuntungan malah mempertikaikan kebajikan

kanak-kanak.

6.3 Kesan Daripada Isu Buruh Kanak-Kanak

Pelbagai kesan telah berlaku dan akan membawa kepada kanak-kanak jika

isu buruh kanak-kanak ini berterusan (Sila Rujuk Rajah 2). Antara kesan daripada

berlakunya buruh kanak-kanak adalah:

Perkembangan Mental/Materialistik

Timbul pelbagai kesan negatif apabila kanak-kanak menceburi alam

pekerjaan pada usia yang begitu muda. Salah satu kesan ialah kanak-kanak yang

bekerja memberi kesan negatif kepada perkembangan mental mereka. Mereka lebih

bersikap materialistik. Mereka mempunyai pendapatan yang tetap dan lumayan.

Oleh itu, mereka berkecenderungan menyalahgunakan pendapatan yang lumayan

untuk memuaskan kehendak mereka dan terlalu megejar kebendaan. Kanak-kanak

yang tidak pernah menjejaki alam persekolahan dan selama-lamanya pernah

menjadi buruh, kehidupan mereka menjadi seperti katak di tempurung. Mereka

hanya mementingkan kehidupan pada masa itu sahaja iaitu mencari duit dan

menyara keluarga dan tidak keluar daripada batas tersebut.

Keciciran Dalam Pelajaran

Kesan negatif yang lain ialah keciciran dalam pelajaran. Sebenarnya

seseorang sepatutnya menerima pendidikan rasmi pada zaman kanak-kanak

bukannya bekerja. Hal ini disebabkan pendidikan adalah penting untuk menyediakan

individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas termasuk membaca, menulis

dan mengira agar dipraktikkan semasa menjejakkan kaki ke dunia bekerja. Oleh itu,

pembelajaran dan perkembangan pemikiran seseorang kanak-kanak akan terbantut

sekiranya dia menjadi pekerja bawah umur. Contohnya, di kawasan pedalaman

20

Page 21: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

India, China dan Negara-negara Dunia Ketiga, terdapat kebanyakan kanak-kanak

terpaksa bekerja buruh untuk mencari rezeki hidup bagi keluarganya. Disebabkan

kemiskinan, mereka terpaksa melepaskan peluang untuk belajar. Keadaan ini amat

menyedihkan kerana akhirnya mereka akan menjadi buta huruf, bukan sahaja gagal

memperbaik kedudukan ekonomi keluarga, malahan menjejaskan masa depan

seseorang kanak itu.

Membahayakan Kesihatan dan Keselamatan

Penglibatan pelbagai pekerjaan seperti membahayakan kesihatan,

keselamatan atau moral kanak-kanak. Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi

berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia

dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang

berbahaya. Ada Kanak- kanak yang kadang- kala bekerja dalam keadaan yang

tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, bengkel membaiki kereta dan motosikal,

dan ladang- ladang pertanian.

6.4 Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak-Kanak

Setiap anak yang lahir seharusnya dibesarkan dalam persekitaran yang sihat,

dibekalkan dengan segala perlindungan yang perlu daripada penyakit, menerima

asuhan, penjagaan dan kasih sayang yang sewajarnya, menerima pendidikan am

setakat yang boleh dan disemai dengan budaya dan nilai kemanusiaan.

Dalam merealisasikan hasrat ini, agenda menyejahterakan kanak-kanak turut

menjadi fokus di mana semua negara sentiasa berusaha memastikan perlindungan,

pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan

kepentingan mereka.

Cara terbaik untuk mengatasi keganasan terhadap kanak-kanak adalah

dengan menghentikannya sebelum ia berlaku. Melalui strategi kebangsaan yang

21

Page 22: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

selaras untuk mencegah dan bertindakbalas kepada keganasan terhadap kanak-

kanak, pihak kerajaan dan parlimen harus membina persekitaran yang terlindung

yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup tanpa ancaman yang dibawa oleh

penderaan dan eksploitasi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil dan

berusaha bagi membanteras isu buruh kanak-kanak adalah seperti berikut (Sila

Rujuk Rajah 3)

Peranan UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU)

UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU) bergabung tenaga untuk

menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak. UNICEF (Unite for Children –

Wakil Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). UNICEF

ditubuhkan dengan tujuan bekerjasama dengan badan organisasi yang lain untuk

mengatasi kendala bahawa kemiskinan, kekerasan, penyakit dan diskriminasi

kepada kanak-kanak dan berharapan memajukan kemanusiaan. kini UNICEF

bekhidmat di 150 buah negara. Di mana hampir kebanyakannya menjalankan

program perlindungan kanak-kanak, memberi fokus terhadap kanak-kanak yang

tidak mempunyai penjaga, buruh kanak-kanak, dan keganasan terhadap kanak-

kanak. UNICEF Malaysia menyokong usaha-usaha negara untuk memenuhi hak

kanak-kanak dan mencapai Deklarasi Milenium dan Matlamat Pembangunan

Milenium (MDGs).

UNICEF dan ahli-ahli majlis undangan daripada seluruh dunia telah

melancarkan sebuah buku panduan “Elimanating Violence Against Children” dan

mengatakan bahawa keganasan dan penderaan boleh diatasi oleh pihak-pihak

kerajaan dan parlimen-parlimen yang mempunyai tekad dan komitmen.Buku

panduan tersebut dilancarkan di Bali/Indonesia, 2 Mei 2007 – Di Persidangan

Gabungan Antara Parlimen (IPU) yang ke-116. Di persidangan tersebut ahli-ahli

badan organisasi UNICEF dan IPU mengatakan bahawa masih banyak lagi yang

boleh dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di setiap

negara. Dengan adanya buku panduan ini, UNICEF dan IPU berhadap agar

parlimen-parlimen mempunyai sebahagian daripada panduan yang mereka perlukan

untuk mewujudkan persekitaran yang lebih terlindung untuk kanak-kanak.

22

Page 23: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Konvensyen terhadap perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan

kesejahteraan kanak-kanaknya, pelbagai Konvensyen telah ditandatangani. Antara

konvensyen antarabangsa adalah:

Convention on the Rights of the Child (1989) Articles 32 and 33.

ILO Convention 182 on Worst Forms of Child Labour (1999)

ILO Convention 138 on Minimum Age for Workers (1973)

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Bentuk-bentuk Terburuk

Buruh Kanak-Kanak bertanggungjawab untuk membasmi eksploitasi kanak-kanak -

termasuk tentera kanak-kanak, perdagangan kanak-kanak dan pekerjaan yang

membahayakan kesihatan, keselamatan atau moral kanak-kanak.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan

kesejahteraan kanak-kanaknya, Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani

Konvensyen-konvensyen berikut:

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995)

Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4

Ogos 1995)

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk

diambil bekerja): 1997

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak-

kanak yang paling teruk): 10 November 2000

Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September

2002)

Selain itu, di Malaysia Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan

menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan

Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini

mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Akta tersebut

mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan

penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Berikutan itu, kes

penderaan kanak-kanak yang dilaporkan, menunjukkan peningkatan daripada 1,036

23

Page 24: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005 (Bernama.Com). Akta tersebut

juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam

pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui

penyediaan bengkel interaktif.

Di Malaysia usahanya diteruskan seperti Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk

memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang

terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Dalam tempoh Rancangan

Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), sejumlah 131 pasukan Perlindungan

Kanak-Kanak ditubuhkan dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan. Selain itu, pasukan untuk Mengesan

Penderaan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri

untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada

hospital. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan

bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-

kanak (Bernama.Com).

Hukuman dan Denda yang berat

Pihak yang berkenaan harus juga mengambil beberapa langkah untuk

membendung fenomena buruh kanak-kanak. Pihak yang berkuasa perlu

mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Bukan sahaja yang mengupah kanak-

kanak sebagai pekerja akan dikenakan hukuman atau denda yang berat, malah

kanak-kanak yang berumur 16 tahun atau ke bawah bekerja juga akan dikenakan

hukuman. Selain itu, pihak kerajaan perlu memasti firma mendaftarkan pekerja-

pekerjanya di bawah satu sistem yang ditetapkan supaya firma tidak mengupah

pekerja yang berumur 16 tahun atau ke bawah. Jika didapati firma yang cuba

merahsiakan identiti pekerja termasuk umurnya, maka mereka akan dikenakan

hukuman atau dendaan.

Peruntukan undang-undang perlu diperjelaskan kegagalan ibu bapa untuk

memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan rendah yang dianggap

24

Page 25: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pendekatan ini dilihat dapat mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak di negara

ini kerana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan bersekolah dan bukannya

bekerja.

Pembasmian Kemisikanan

Di samping itu, penyediaan peluang mendapatkan pendidikan dan

pembasmian kemiskinan juga merupakan langkah-langkah penting yang perlu diberi

tumpuan dalam usaha membanteras kegiatan mengerah tenaga kanak-kanak. Ini

adalah kerana pembanterasan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup kanak-

kanak melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Apabila taraf hidup kanak-kanak

dapat dipertingkatkan, maka hak asasi kanak-kanak dapat dijamin dan kanak-kanak

akan dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi. Oleh itu, eksploitasi kanak-

kanak sebagai buruh di seluruh dunia dapat ditangani dengan menyediakan akses

kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang menyumbang kepada masalah

buruh kanak-kanak.

Kempen Kesedaran

Langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk membendung masalah

buruh kanak-kanak adalah melalui kempen kesedaran. Kempen-kempen kesedaran

untuk ibu bapa atau penjaga perlu diadakan. Penglibatan kanak-kanak dalam

pekerjaan pada usia yang semuda sebenarnya sering berlaku dalam keadaan yang

tidak disedari oleh para ibu bapa. Kadangkala, tujuan sebenar mereka adalah untuk

menambah pendapatan keluarga. Dan pendapatan yang lebih dapat mengurangkan

beban sekeluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu sering diingatkan tanggungjawab mereka

terhadap anak-anak mereka. Perkhidmatan khidmat nasihat atau kesedaran

termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu

bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi

sokongan psikologi dan motivasi.

25

Page 26: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

Peranan Media Massa

Kesedaran isu buruh kanak-kanak ini boleh disebarkan melalui media massa

tentang peranan setiap individu yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak.

Media massa juga perlu menyedarkan semua pihak agar lebih mementingkan

pendidikan kanak-kanak dan masa depan mereka. Melalui televisyen program

dokumentari dan info semasa seperti Edisi Siasat, Selamat Pagi Malaysia, Crime

and Investigation dan lain-lain yang boleh menunjukkan kesedaran pelbagai isu

kanak-kanak terutamanya pengeksplotasian kepada kanak-kanak. Hotline yang

boleh menghubungi pihak berkenaan bagi membantu membanteras isu ini.

Peranan Individu

Peranan individu juga memainkan peranan penting dalam membanteras isu

buruh kanak-kanak. Sebagai contoh di negara- negara Barat, pengguna - pengguna

mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara buruh kanak-kanak dan mereka

akan memboikot sesuatu barangan atau perkhidmatan jika ianya dikeluarkan oleh

syarikat yan melibatkan buruh kanak- kanak. Kanak-kanak merupakan aset negara

yang bakal menentukan maju mundurnya sesebuah Negara. Justeru, perjuangan

untuk membendung kemelut buruh kanak-kanak amat diperlukan dan merupakan

tanggungjawab setiap indidvidu. Oleh itu, semua masyarakat haruslah memainkan

peranan yang penting dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya supaya

dapat membendung fenomena pekerja kanak-kanak.

Di samping itu, kanak-kanak juga ditegaskan sebagai sumber harapan dan

inspirasi masa hadapan. Jika inilah harapan besar yang disandarkan pada mereka,

maka kita berkewajipan menyediakan segala ruang dan peluang bagi memastikan

mereka membesar dalam suasana penuh harmoni yang akan membantu

pembentukan jiwa, keperibadian dan akhlak mereka. Penyediaan peluang

mendapatkan pendidikan dan pembasmian kemiskinan merupakan dua langkah

penting yang sewajarnya diberikan tumpuan utama dalam usaha membanteras

kegiatan mengerah tenaga kanak-kanak.

26

Page 27: Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak1

7.0 SEBAB PEMILIHAN ISU BURUH KANAK-KANAK

Kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk

generasi yang berdaya maju dan berketrampilan pada masa akan datang. Ini adalah

kerana mereka menjadi tulang belakang negara untuk menjadi penyambung

pembangunan yang dikecapi selama ini. Menurut Dasar Kanak-Kanak negara setiap

kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif,

bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian. Namun, sedihnya kanak-kanak ini

dianiaya dan dieksploitasi dalam pelbagai cara serta perkembangan mereka

dibantutkan. Kebanyakan kanak-kanak di dunia dinafikan hak asasi mereka dan

keadaan ini semakin meruncing.

Salah satu isu moral dalam kalangan kanak-kanak yang kurang mendapat

liputan dan perhatian berbanding isu-isu lain adalah isu buruh kanak-kanak.

Memang tidak dapat dinafikan buruh kanak-kanak adalah fenomena yang memang

wujud dalam masyarakat sejak dahulu hingga ke hari ini. Isu ini seakan-akan

terpendam dan pengetahuan masyarakat yang kurang dalam memberi perhatian

serius terhadap isu yang berleluasa dalam ini lebih parahkan kehidupan kanak-

kanak yang sepatutnya menuntut ilmu dalam usia yang begitu mudah. Tetapi jiwa-

jiwa yang tidak berperikemanusiaan sanggup mengerahkan tenaga kanak-kanak

untuk mencari wang untuk kepentingan mereka khususnya amat menyedihkan.

Malah buruh kanak-kanak merupakan isu yang tidak boleh diterima kerana

kanak-kanak yang terlibat adalah terlalu muda dan sepatutnya berada di sekolah.

Penerapan serta pemupukan kesedaran tentang pentingnya melindungi kanak-

kanak seharusnya wujud dalam setiap kalangan masyarakat untuk membanteras isu

ini dari akar umbinya. Publisiti terhadap isu ini juga amat kurang untuk melaporkan

kepada pihak yang bertanggungjawab.

27