lampiran4 kpli answer

3
KPLI Lampiran 4 Ilmu Pendidikan PN2151P Student’s Answer 1 . (a ) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Huraikan empat aktiviti berserta contoh yang sesuai yang dapat dilaksanakan oleh guru bagi merealisasikan hasrat FPK seperti yang dinyatakan di atas. (b ) Seorang murid anda menghadapi tekanan emosi dalam keluarganya. Huraikan empat cara bagaimana anda dapat membantu murid tersebut menangani masalahnya agar perkembangan emosinya tidak terjejas. Student’s Answer: Answer for 1(a) Satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah mengadakan lawatan sambil belajar. Contohnya, guru boleh membawa muridnya ke Melaka untuk belajar tentang sejarah Melaka. Oleh kerana murid dapat melihat tempat bersejarah dengan mata sendiri, mereka boleh lebih menghayati den mengingat sejarah Melaka. Satu aktiviti lain yang boleh dikendalikan ialah guru boleh mengamalkan pengajaran yang berpusatkan murid. Pengajaran sedemikian akan melibatkan murid memberi pendapat dan mengambil peranan yang aktif dalam pelajaran. Ini dapat membina keyakinan murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Upload: ericoh5665

Post on 20-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KPLI

KPLI

Lampiran 4Ilmu Pendidikan PN2151P

Students Answer

1.(a)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Huraikan empat aktiviti berserta contoh yang sesuai yang dapat dilaksanakan oleh guru bagi merealisasikan hasrat FPK seperti yang dinyatakan di atas.

(b)Seorang murid anda menghadapi tekanan emosi dalam keluarganya. Huraikan empat cara bagaimana anda dapat membantu murid tersebut menangani masalahnya agar perkembangan emosinya tidak terjejas.

Students Answer:

Answer for 1(a)

Satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah mengadakan lawatan sambil belajar. Contohnya, guru boleh membawa muridnya ke Melaka untuk belajar tentang sejarah Melaka. Oleh kerana murid dapat melihat tempat bersejarah dengan mata sendiri, mereka boleh lebih menghayati den mengingat sejarah Melaka. Satu aktiviti lain yang boleh dikendalikan ialah guru boleh mengamalkan pengajaran yang berpusatkan murid. Pengajaran sedemikian akan melibatkan murid memberi pendapat dan mengambil peranan yang aktif dalam pelajaran. Ini dapat membina keyakinan murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, seorang guru juga boleh menerapkan nilai merentasi kurikulum. Contohnya, bila seorang guru mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, ia boleh memilih petikan yang dapat membantu menerapkan nilai seperti kasih sayang. Begitu juga semasa aktiviti dijalankan dalam pengajaran, seorang guru boleh dengan sengaja menerapkan nilai seperti kerjasama. Dengan itu, hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dapat terdcapai.

Untuk memastikan bahawa hasrat FPK tercapai seorang guru juga seharusnya tidak berat sebelah terhadap mana-mana pelajar. Ia harus melayan semua muridnya dengan adil. Dengan itu semua murid akan mendapat peluang yang sama untuk belajar.Answer for 1(b)

Bagi murid yang menghadapi masalah emosi, saya boleh memberi bimbingan peribadi dan kaunseling. Saya boleh membantu murid tersebut memahami masalah yang dihadapinya dan apakah langkah-langkah yang boleh dibuat olehnya untuk menyelesaikan masalahnya.

Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh melibatkan murid tersebut dalam aktiviti-aktiviti sekolah khususnya yang dapat membina semangat dan keyakinannya. Aktiviti sedemikian juga akan menambah interaksinya dengan murid lain. Bila murid tersebut berinteraksi, beliau terpaksa belajar untuk kerjasama dan memahami orang lain. Dengan itu peluang untuk memperkembangkan emosinya akan lebih tinggi. Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh cuba memenuhi keperluan psikologinya seperti keperluan untuk disayangi. Saya boleh memberi perhatian kepada pelajarannya dan membantunya untuk mengatasi sebarang kesukaran pelajarannya. Saya juga perlu berperihatin tentang perasaannya dan sentiasa menanya akan kebajikannya.

Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh menjadi model kepada murid tersebut. Bila keadaan mengizinkan saya boleh menunjukkannya sikap tabah saya dalam menghadapi sebarang masalah. Melalui perlakuan saya, saya dapat menunjukkan kepadanya bahawa walau apa pun masalah yang kita hadapi, kita tetap akan dapat mengharunginya jika kita cekal dan berfikiran optimis. Dengan itu adalah diharapkan bahawa murid tersebut akan dapat menangani masalah emosinya.