soalan sains y6 2015 answer

Upload: anonymous-sycxsuuhrj

Post on 10-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan sains tahun 6

TRANSCRIPT

1Rajah 1 menunjukkan empat jenis buah, P, Q, R dan S.

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah cara penyebaran yang betul bagi biji benih dan buah itu?

(ID:1199857894295)

AP dan Q

BP dan R

CQ dan S

DR dan S

HuraianTumbuhan tidak boleh bergerak bebas. Oleh itu, biji benih dan buah perlu dipencarkan daripada pokok induk. Biji benih dan buah boleh dipencarkan oleh :a) Airb) Anginc) Haiwand) Mekanisme letupan

Pong pong-Air

Kacang bendi-Mekanisme letupan

[Atas]

2Mengapakah tumbuhan memerlukan cahaya Matahari?(ID:1199867529469)

ABergerak

BMembesar

CMembuat makanan

Dmendapatkan haba

Huraian

Tumbuhan memerlukan cahaya Matahari untuk proses fotosintesis.

[Atas]

3Rajah 2 menunjukkan sejenis mikroorganisma telah dicampurkan ke dalam adunan tepung dan air suam.

Rajah 2

Apakah yang menyebabkan adunan tepung itu menaik selepas beberapa ketika?(ID:1233518996614)

AAdunan tepung mencair

BMikroorganisma bernafas

CAir suam mengembang

DKanji dalam tepung mengembang

Huraian

Yis membebaskan karbon dioksida apabila bernafas dan menyebabkan doh itu mengembang dan naik.

[Atas]

4Rajah 3 menunjukkan dua jenis tumbuhan.

Rajah 3

Apakah ciri khas pada tumbuhan-tumbuhan itu untuk melindungi diri daripada musuh?(ID:1199867625918)

AMempunyai duri yang tajam

BMengeluarkan getah yang menyebabkan rasa gatal

CBoleh menyimpan air dalam kuantiti yang banyak

DMempunyai bulu halus pada daun atau batang yang menyebabkan rasa gatal

Huraian

Tumbuhan seperti tebu dan buluh mempunyai batang, atau daun yang berbulu halus. Bulu-bulu halus ini boleh menyebabkan kegatalan pada musuh yang menyentuhnya.

[Atas]

5Seekor ikan yang dipelihara di dalam sebuah akuarium yang dipenuhi air didapati mati selepas tiga hari.Apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku?I. Tidak mendapat cahaya MatahariII. Tidak mendapat air yang cukupIII. Tidak mendapat makananIV. Tidak mendapat udara

(ID:1199862151688)

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

Huraian

Haiwan akan mati jika tidak mendapat makanan, air, udara dan tempat perlindungan.Jika air dicemari oleh minyak, udara tidak dapat memasuki air di dalam akuarium, oleh itu ikan akan mati.

[Atas]

6Rajah 4 menunjukkan seorang pekebun menanam pokok-pokok kelapa sawit dalam baris pada jarak yang tertentu.

Rajah 4

Antara berikut, apakah yang menyebabkan pokok kelapa sawit ditanam dengan cara tersebut?I. Tidak diserang penyakitII. Memudahkan pengaliran udaraIII. Tidak bersaing untuk mendapatkan ruangIV. Mendapat cahaya matahari yang mencukupi

(ID:1226243936194/KLON/UPSR/2003/7)

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

Huraian

Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya Matahari, air, garam mineral dan ruang untuk hidup.

[Atas]

7Antara litar berikut, yang manakah menunjukkan susunan kecerahan mentol yang semakin terang?

(ID:1206639533070)

AS, Q, P, R

BS, R, P, Q

CQ, P, R, S

DP, R, Q, S

Huraian

Kecerahan mentol bergantung kepada bilangan sel kering dan bilangan mentol.

[Atas]

8Rajah 5 menunjukkan satu aktiviti.

Rajah 5

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti itu?(ID:1199570930577)

ADaya dapat mengubah bentuk objek

BDaya menyebabkan objek pegun bergerak

CDaya dapat menghentikan objek yang bergerak

DDaya dapat mengubah arah pergerakan objek

Huraian

Aktiviti di atas hanya melibatkan daya tolakan.

[Atas]

9Rajah 6 menunjukkan perbandingan jisim empat objek S, T, U dan V. Pasangan objek itu digantung.

Rajah 6

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul?(ID:1199868175354/KLON/UPSR/2003/10)

AU lebih berat daripada T

BS lebih berat daripada V

CU lebih berat daripada V

DV lebih berat daripada S

Huraian

Objekyang mempunyai jisim yang paling berat ialah V, diikuti oleh T, S dan U.

[Atas]

10Maklumat berikut menunjukkan tiga bentuk perubahan tenaga.

R-Tenaga elektrik ---> Tenaga kinetik

S-Tenaga kinetik ---> Tenaga bunyi

T-Tenaga elektrik ---> Tenaga cahaya

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perubahan tenaga tersebut?

(ID:1199871976984)

AP

BQ

CR

DS

Huraian

-Kipas siling menggunakan elektrik (tenaga elektrik) untuk berputar (tenaga kinetik).

-Pergerakan semasa menepuk tangan (tenaga kinetik) menghasilkan tenaga bunyi.

-Lampu jalan menggunakan elektrik (tenaga elektrik) untuk mengeluarkan cahaya (tenaga cahaya).

[Atas]

11Antara yang berikut, yang manakah kesan cahaya dihalang oleh objek legap?(ID:1199859917318)

ATerbentuknya bayang-bayang

BCahaya dapat menembusi bahan tersebut

CBayang-bayang yang terbentuk akan terbalik

DBayang-bayang yang terbentuk akan songsang sisi

Huraian

Cahaya tidak dapat menembusi benda legap.

[Atas]

12Rajah 7 menunjukkan papan tanda yang dilihat oleh Encik Alias dalam perjalanan ke Baling pukul 8.20 pagi. Beliau sampai di Baling pada pukul 10.20 pagi.

Rajah 7

Berapakah kelajuan kereta Encik Alias dalam tempoh masa tersebut?(ID:1199571109852)

A2 km/j

B96 km/j

C100 km/j

D107 km/j

Huraian

Kelajuan=

Jarak=200 km

Masa=2 jam (8.20 pagi - 10.20 pagi)

Kelajuan kereta Encik Alias=

=100 km/jam

[Atas]

13Rajah 8 menunjukkan sifat bahan.

Rajah 8

Antara bahan berikut, yang manakah betul dipadankan?(ID:1225869871262)

AP

BQ

CR

DS

Huraian

- Bahan neutral mempunyai rasa masin, manis atau tawar.

[Atas]

14Rajah 9 menunjukkan pengelasan bahan makanan.

Rajah 9

Pasangan yang manakah dapat digolongkan dalam kumpulan L dan M?

(ID:1199860861091)

AW

BX

CY

DZ

Huraian

- Cuka rasanya masam.- Telur masin rasanya masin.

[Atas]

15Rajah 10 menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.

Rajah 10

Apakah kelebihan kaedah itu?(ID:1203865632749)

AMakanan bebas daripada bahan pengawet

BNutrien makanan lebih berkhasiat

CKesegaran makanan terpelihara

DMakanan boleh disimpan lama

Huraian

Pengetinan dan pembotolan merupakan proses pengawetan makanan dengan cara memanaskan makanan tersebut dan kemudian memasukkannya ke dalam bekas kedap udara. Makanan itu dididihkan untuk membunuh mikroorganisma dan bekasnya ditutup bagi mencegah mikroorganisma yang lain masuk ke dalam bekas tersebut.

[Atas]

16Rajah 11 menunjukkan pelbagai objek.

Rajah 11

Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

(ID:1199860204253)

AP

BQ

CR

DS

Huraian

[Atas]

17Rajah 12 menunjukkan satu situasi di suatu kawasan perumahan.

Rajah 12

Apakah kesan situasi tersebut terhadap alam sekitar?I. JerebuII. Tanah runtuhIII. Tempat pembiakan kumanIV. Pencemaran udara

(ID:1317343058275/KLON/UPSR/2011/6)

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

Huraian

Pengurusan sisa buangan yang tidak terancang menyebabkan alam sekitar tercemar.

[Atas]

18Rajah 13 menunjukkan sebikar air dipanaskan.

Rajah 13

Apakah proses yang berlaku?(ID:1200502259442/KLON/UPSR/2007/20)

APenyejatan

BPeleburan

CPendidihan

DPenyejukbekuan

Huraian

Pendidihan ialah perubahan cecair menjadi gas.

[Atas]

19Rajah 14 menunjukkan asteroid dalam Sistem Suria.

Rajah 14

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang asteroid?(ID:1310206501606/KLON/UPSR/2007/26)

AMengambil masa yang lebih lama dari planet Pluto untuk mengorbit Matahari

BTerdiri dari gumpalan ais, habuk dan gas-gas beku

CMempunyai ekor yang panjang ketika terbakar

DTerdiri dari ketulan batu berbagai saiz

Huraian

Asteroid ialah ketulan-ketulan batu berbagai saiz yang mengelilingi Matahari dalam satu orbit di antara planet Marikh dan Musytari.

[Atas]

20Rajah 15 menunjukkan kedudukan tiga buah planet dalam sistem Suria.

Rajah 15

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang planet-planet di atas?I. Utarid mengambil masa lebih singkat daripada Zuhrah untuk mengorbit MatahariII. Zuhrah mengambil masa lebih lama daripada Marikh untuk mengorbit MatahariIII. Zuhrah mengambil masa lebih singkat daripada Marikh untuk mengorbit MatahariIV. Marikh mengambil masa lebih lama daripada Zuhrah tetapi mengambil masa lebih singkat daripada Utarid untuk mengorbit Matahari

(ID:1416441221724/KLON/UPSR/2014/22)

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

Huraian

Lebih dekat planet daripada Matahari lebih singkat masa untuk mengorbit Matahari.

[Atas]

21Maklumat berikut menunjukkan suatu buruj.

Antara yang berikut, yang manakah betul mewakili buruj itu?(ID:1199575056340)

APari

BBiduk

CSkorpio

DBelantik

Huraian

Bentuk Buruj Biduk adalah seperti senduk dan sentiasa mengarah ke Utara.

[Atas]

22Maklumat berikut menunjukkan suatu buruj.

Merupakan sekumpulan tujuh bintang

Kelihatan seperti mangkuk dan pemegang

Antara yang berikut, yang manakah mewakili buruj itu?(ID:1199575060190)

APari

BSkorpio

CBiduk

DBelantik

Huraian

-Pari boleh dilihat seperti layang-layang.

-Skorpio kelihatan seperti kala jengking.

-Biduk dilihat seperti mangkuk atau gayung dengan tangkainya.

-Belantik menyerupai seorang pemburu.

[Atas]

23Rajah 16 menunjukkan bayang-bayang lampu taman pada waktu yang berlainan.

Rajah 16

Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan bayang-bayang yang betul dari pagi ke petang?(ID:1199861419052/KLON/UPSR/2001/9)

AM, J, K, L

BL, K, J, M

CJ, M, K, L

DK, L, M, J

Huraian

-Matahari terbit di timur dan terbenam di barat.

-Bayang-bayang bergerak dari barat ke timur.

-Semasa bergerak, bayang-bayang menjadi semakin pendek, kemudian menjadi semakin panjang.

[Atas]

24Rajah 17 menunjukkan suatu fenomenon.

Rajah 17

Antara yang berikut, yang manakah tidak sesuai bagi menerangkan fenomenon tersebut?(ID:1199861563492)

ABulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus

BSesetengah kawasan di Bumi menjadi gelap untuk beberapa ketika

CBerlaku gerhana penuh Matahari

DBerlaku pada waktu tengah malam

Huraian

Gerhana Matahari berlaku pada waktu siang.

[Atas]

25Rajah 18 menunjukkan beberapa bentuk asas.

Rajah 18

Antara berikut, struktur yang manakah paling stabil?(ID:1199861717841/KLON/UPSR/2005/29)

A

B

C

D

Huraian

Struktur yang paling stabil mempunyai tapak paling luas dan berat tertumpu di bawah.

[Atas]

26Rajah 19 menunjukkan tiga buah model jambatan dibina dengan bentuk yang berbeza.

Rajah 19

Apakah yang akan berlaku apabila L, M dan N menggunakan bahan yang sama?(ID:1199861719386/KLON/UPSR/2004/30)

AL, M dan N sama kuat

BL, M dan N sama stabil

CN lebih kuat daripada L dan M

DL lebih stabil daripada L dan M

Huraian

Faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur binaan ialah:

-Jenis bahan.

-Konkrit amat kuat dan boleh dijadikan pelbagai bentuk.

-Kayu tidak mudah patah.

-Keluli ialah bahan yang paling kuat.

-Plastik boleh diregang dan ditarik.

-Cara binaan struktur diletakkan.

-Sebuah jambatan yang dibuat dalam keadaan melengkung adalah lebih kuat berbanding dengan keadaan yang rata.

[Atas]

27Rajah 20 menunjukkan gear L yang digunakan untuk menggerakkan dua lagi gear yang lain, K dan J.

Rajah 20

Apakah yang akan berlaku kepada gear K dan gear J apabila gear L digantikan dengan satu gear yang lebih kecil daripada gear K?(ID:1263621922647/KLON/UPSR/2009/29)

AGear J bergerak bergerak lebih laju dari gear K

BGear K bergerak lebih perlahan dari gear J

CKedua-duanya bergerak lebih perlahan

DKedua-duanya bergerak lebih laju

Huraian

-Apabila gear yang lebih besar diputarkan, gear yang lebih kecil akan bergerak lebih laju.

-Apabila gear yang lebih kecil diputarkan, gear yang lebih besar akan bergerak lebih perlahan.

[Atas]

28Rajah 21 menunjukkan satu aktiviti menggunakan satu prinsip mesin ringkas.

Rajah 21

Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai prinsip mesin ringkas yang digunakan di atas?I. Aktiviti ini menggunakan prinsip mesin ringkas roda dan gandarII. Prinsip ini menambahkan daya yang diperlukan untuk mengangkat objek beratIII. Aktiviti ini menggunakan prinsip mesin ringkas takalIV. Prinsip mesin ringkas ini memudahkan kerja mengangkat objek berat

(ID:1283582883484)

AI dan II

BI dan IV

CII dan III

DIII dan IV

Huraian

Takal terdiri dari roda beralur yang bergerak dengan mudah apabila tali atau rantai ditarik melalui alur itu.

[Atas]

29Antara yang berikut, yang manakah bukan sumbangan teknologi dalam bidang perubatan?I. Meningkatkan taraf kesihatanII. Manusia boleh bergerak dengan cepatIII. Penyakit boleh dikesan dan diubatiIV. Pengangkutan menjadi lebih mudah

(ID:1199575501647)

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

Huraian

Manusia boleh bergerak dengan cepat dan pengangkutan menjadi lebih mudah merupakan sumbangan teknologi dalam bidang pengangkutan.

[Atas]

30Rajah 22 menunjukkan empat jenis penempatan manusia.

Rajah 22

Urutan manakah yang betul bagi perkembangan teknologi dalam bidang pembinaan.(ID:1200850474611)

AP, Q, R, S

BP, R, Q, S

CQ, R, S, P

DQ, R, P, S

Huraian

Penempatan manusia bermula dalam gua dan berkembang hingga pembinaan rumah pangsa.

Top of FormJadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid-muridBottom of Form

Top of Form1 (a)|(b)|(c)|2 (a)|(b)|(c)|(d)|(e)|3 (a)|(b)|(c)|(d)|4 (a)|(b)|(c)|(d)|5 (a)|(b)|(c)|(d)|Markah: 0% | Progres: 0/20 | Masa:/ 30:00 |Sudah Tamat

Rajah 1 menunjukkan penyiasatan yang dijalankan ke atas sejenis haiwan.

Rajah 1

1 (a)Apakah tujuan dalam penyiasatan itu?(ID:1132199835313/KLON/UPSR/2002/1(a))

Untuk mengkaji hubungan di antara jenis haiwan dengan kedudukan haiwan

Untuk mengkaji hubungan di antara bilangan haiwan dengan kedudukan haiwan

Untuk mengkaji hubungan di antara keadaan cuaca dengan kedudukan haiwan

Untuk mengkaji hubungan di antara keadaan cuaca dengan jenis haiwan

p

Huraian

Dapat menyatakan tujuan penyiasatan. Jawapan boleh dimulakan dengan -Untuk mengkaji/menyiasat hubungan di antara (apa yang diubah) dengan/dan (apa yang diperhati/diukur)

Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)-Keadaan cuaca

Apa yang diperhati (pembolahubah bergerak balas)-Kedudukan haiwan

[Atas]

(b)Nyatakan apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan itu.(ID:1132200221264/KLON/UPSR/2002/1(b))

Keadaan cuaca

Bilangan haiwan

Jenis haiwan

Jantina haiwan

Huraian

Dapat mengenal pasti apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

-Perkara yang sama/tetap/tidak berubah/malar/mendatar sepanjang penyiasatan dijalankan.

-Perlu kepada parameter/sifat/ciri-ciri objek.

Jenis-Parameter/sifat/ciri

Haiwan-Objek

[Atas]

(c)Nyatakansatuhubungan (hipotesis) berdasarkan tujuan penyiasatan kamu di (a).(ID:1132200375018/KLON/UPSR/2002/1(c))

Haiwan suka kepada keadaan cuaca gelap

Haiwan suka keluar pada waktu siang

Haiwan tidak suka kepada keadaan cuaca yang gelap

Haiwan suka kepada keadaan cuaca yang cerah

Huraian

Berdasarkan penyiasatan hipotesis yang tepat ialah haiwan suka kepada keadaan cuaca yang gelap.

[Atas]Jadual 1 menunjukkan maklumat penyiasatan tentang perubahan suhu udara kandang kambing P dan kandang kambing Q pada masa yang berlainan.

Jadual 1

2 (a)Berikansatusebab (inferens) untuk menerangkan perubahan suhu udara pada kandang kambing P dan kandang kambing Q.(ID:1129406541665/KLON/UPSR/2000/2(a))

Saiz kandang kambing Q lebih besar daripada saiz kandang kambing P

Saiz kandang kambing P lebih besar daripada saiz kandang kambing Q

Kandang kambing Q mempunyai kambing yang lebih besar

Kandang kambing P terletak di kawasan paya

Huraian

-Merupakan penerangan jitu/logik kepada pemerhatian

-Buat pemerhatian dahulu

-Fikirkan sebab?

-Contoh jawapan;Pemerhatian + SEBAB

-Kandang kambing P mengalami perubahan suhu udara yang lebih kecil daripada kandang kambing Q kerana kandang kambing P mempunyai ruang yang lebih luas (saiz kandang yang lebih besar) yang melambatkan peningkatan suhu udara di dalam kandang kambing P.

[Atas]

(b)Apakah corak perubahan suhu udara pada kandang kambing P?(ID:1129407438197/KLON/UPSR/2000/2(b))

Menurun dan menaik

Menaik dan menurun

Menurun

Menaik

Huraian

Langkah menjawab:

-Perhatikan perubahan angka pada jadual, rajah atau carta palang

-Guna ayat;

I. Menaik - nombor semakin besar/graf meninggi

II. Menurun - nombor semakin kecil/graf menurun

III. Mendatar/sama - nombor sama/graf sama

IV. Gabungan diantaranya - nombor : menurun/sama/menaik

[Atas]

(c)Nyatakanduamaklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini?(ID:1129407681618/KLON/UPSR/2000/2(c))

Waktu

Saiz haiwan

Tempat penyiasatan

Suhu udara dalam kandang kambing

Huraian

Langkah menjawab:

1. Kenal pasti pembolehubah

2. -Apa yang diubah (PM)

-Apa yang diperhati/bergerak balas (PB)

-Apa yang dimalarkan

3. Pembolehubah boleh dikenal pasti melalui;

III. Pernyataan soalan

III. Rajah

III. Jadual

III. Carta

Pembolehubah yang dimanipulasi (PM)-Masa

Pembolehubah yang diperhati (PB)-Suhu udara bekas biji benih

[Atas]

(d)Berdasarkan Jadual 1, ramalkan perubahan suhu udara kandang kambing Q pada pukul 8 malam.(ID:1129407942610/KLON/UPSR/2000/2(d))

31oC

29oC

27oC

25oC

Huraian

Langkah menjawab:

-Perhatikan data/peristiwa yang seragam

-Cari perbezaan di sebelah PM atau PB

Suhu menurun dengan sekata.

[Atas]

(e)Bandingkan perubahan suhu udara di antara kandang kambing P dengan kandang kambing Q.(ID:1129408178039/KLON/UPSR/2000/2(e))

Tiada perubahan suhu berlaku dalam kandang kambing P dan Q

Perubahan suhu dalam kandang kambing P dan Q meningkat dengan sekata

Perubahan suhu kandang kambing P lebih besar daripada kandang kambing Q

Perubahan suhu kandang kambing Q lebih besar daripada kandang kambing P

Huraian

Langkah menjawab:

-Guna deria untuk mengumpul maklumat

-Guna pembolehubah bergerak balas (PB)

-Guna ayat;PB.. pilih item PM Kedudukan..bandingkan

[Atas]Rajah 2 menunjukkan empat buah Bandar P, Q, R dan S pada tarikh yang sama di tempat yang berbeza di Bumi.

Rajah 2

3 (a)Nyatakansatumaklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.(ID:1384242142949/KLON/UPSR/2013/4(a))

Tempat

Cahaya Matahari

Arah putaran

Empat bandar

Huraian

Dapat menyatakan salah satu maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini iaitu :

a) Dapat mengenal pasti apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini.

-Tempat/Kedudukan/Lokasi

b) Dapat mengenal pasti apa yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini.

-Masa/Waktu

c) Dapat mengenal pasti apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

-Tarikh

[Atas]

(b)Apakah tujuan penyiasatan ini?(ID:1384242934763/KLON/UPSR/2013/4(b))

Untuk mengkaji hubungan di antara tempat dengan tarikh

Untuk mengkaji hubungan di antara tempat dengan masa

Untuk mengkaji hubungan di antara tarikh dengan masa

Untuk mengkaji hubungan di antara tempat dengan kedudukan

Huraian

Dapat menyatakan tujuan penyiasatan. Jawapan boleh dimulakan dengan ..........- Untuk mengkaji/menyiasat hubungan di antara (apa yang diubah) dengan/dan (apa yang diperhati/diukur)

[Atas]

(c)Nyatakansatusebab (inferens) tentang perbezaan masa di W dan Y.(ID:1384243424221/KLON/UPSR/2013/4(c))

W mengalami waktu malam, Y mengalami waktu siang

W dekat dengan Matahari, Y jauh dengan Matahari

W di Utara, Y di Selatan

W menerima cahaya Matahari, Y tidak

Huraian

Dapat menyatakan satu sebab (inferens) tentang perbezaan masa di W dan Y

Jawapan lain yang boleh diterima:

- W dan Y berada di tempat yang berbeza/bertentangan- Jarak W dan Y sangat jauh- W waktu siang, Y waktu malam- Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur- W di Timur, Y di Barat- W menghadap Matahari S tidak

[Atas]

(d)Ramalkan masa bagi Bandar Z.(ID:1384243736536/KLON/UPSR/2013/4(d))

6.00 petang

6.00 pagi

10.00 malam

2.00 petang

Huraian

Dapat meramalkan masa di Bandar Z.

Jarak atau selang masa di antara Bandar W dengan Bandar Z ialah 6 jam. Jadi masa di Bandar Z ialah pukul 6.00 petang.

[Atas]Husna menjalankan eksperimen bagi tempoh sejenis makanan yang dapat bertahan dalam keadaan suhu yang berbeza. Keputusannya adalah seperti graf dalam Rajah 3

Rajah 3

4 (a)Berikan inferens tentang keadaan bahan makanan pada suhu 5C?(ID:1106910541775)

Bahan makanan cepat rosak

Bahan makanan dapat bertahan lebih lama

Bahan makanan cepat rosak kerana bakteria begitu aktif

Makanan tahan lama kerana bakteria tidak aktif pada suhu 5C

Huraian

Bakteria tidak aktif pada suhu yang sejuk.

[Atas]

(b)Nyatakanduapembolehubah yang dimalarkan.(ID:1106911251691)

Suhu (C)

Jenis makanan

Tempat eksperimen

Tempoh tahan (hari)

Huraian

Suhu adalah pembolehubah manipulasi manakala tempoh tahan makanan adalah pembolehubah bergerak balas.

[Atas]

(c)Nyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan dalam eksperimen di atas.(ID:1106911611891)

Tempoh tahan makanan berkadar terus dengan suhu

Semakin sejuk suhu semakin lama tempoh tahan makanan

Semakin panas suhu semakin cepat tempoh tahan makanan

Untuk mengkaji hubungan antara keadaan suhu dengan tempoh tahan makanan

Huraian

Soalan tujuan mesti kaitkan dengan kajian yang hendak dijalankan.

[Atas]

(d)Sebutkanduacara pengawetan selain penyejukbekuan.(ID:1106911928361)

Memasak

Pengetinan

Pengeringan

Simpan di tempat gelap

Huraian

Di antara cara pengawetan ialah pengeringan, pengetinan, pembotolan, pempasteuran, penyejukbekuan.

[Atas]Sekumpulan murid 6 Gigih menjalankan satu penyiasatan tentang masa yang diperlukan untuk mencuci lapan raga pakaian menggunakan dua kaedah yang berbeza. Kedai X menggunakan mesin pembasuh tetapi kedai Y menggunakan tangan.Keputusan dicatatkan dalam Jadual 2.

Jadual 2

5 (a)Nyatakansatupemerhatian berdasarkan jadual di atas.(ID:1207854208426)

Kedai X mengambil masa 8 jam untuk mencuci pakaian

Kedai Y mengambil masa 4 jam untuk mencuci pakaian

Kedai X mengambil masa yang lebih lama untuk mencuci pakaian berbanding kedai Y

Kedai Y mengambil masa yang lebih lama untuk mencuci pakaian berbanding kedai X

Huraian

-8 jam lebih panjang daripada 4 jam.

-Mesin melakukan kerja dengan lebih cepat berbanding manusia.

[Atas]

(b)Berikansatusebab bagi jawapan kamu di (a).(ID:1207855485410)

Mesin boleh melakukan kerja dengan lebih cepat berbanding manusia

Terdapat lebih banyak mesin di kedai X berbanding di kedai Y

Manusia tidak sesuai melakukan kerja mencuci pakaian

Kedai X mempunyai kurang pekerja berbanding kedai Y

Huraian

-Mesin menghasilkan lebih tenaga dan upaya berbanding manusia.

-Mesin tidak merasa letih seperti manusia.

[Atas]

(c)Nyatakan pembolehubah yang diubah (dimanipulasi) dalam penyiasatan ini.(ID:1207992025187)

Jenis kedai

Cara kerja

Jumlah pekerja yang diperlukan

Masa yang diambil untuk menyiapkan kerja

Huraian

Apa yang diubah:Kaedah mencuci pakaian.

Apa yang diukur:Masa yang diambil untuk mencuci pakaian.

Apa yang ditetapkan:Jenis kedai/Jisim pakaian.

[Atas]

(d)Berikansatukesimpulan berdasarkan penyiasatan ini.(ID:1207855910006)

Mesin tidak merasa letih

Manusia cepat merasa letih

Penggunaan pekerja memendekkan masa mencuci

Penggunaan mesin memendekkan masa mencuci

Huraian

-Mesin mempunyai lebih tenaga dan upaya berbanding manusia.

-Mesin tidak merasa letih seperti manusia.

[Atas]Bottom of Form