eem421 answer

33
BAHAGIAN A 1.0 Bagaimana Penulis Menjelaskan “Pendidikan Etika, Moral dan Integriti”? Seperti yang telah diterangkan oleh penulis dalam artikel yang dikajikan ini, dapatan kajian yang telah diperolehi telah menunjukkan bahawa penulis artikel berpendapat bahawa pengurusan yang relevan dengan pendidikan etika, moral dan juga integriti sebenar memainkan peranan yang cukup penting untuk sesuatu organisasi. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa etika, moral dan integriti dapat mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku serta tindakan anggota organisasi ke arah menghasilkan modal insan yang dikatakan berkualiti, menghasilkan output yang berkualiti serta mengelakkan daripada berlakunya kelakuan yang menyimpang ataupun percanggahan kepentingan awam. Dalam perkataan yang lain, pengurusan dan pendidikan dalam aspek etika, moral dan integriti adalah memainkan peranan yang cukup penting untuk mengekalkan imej, kreativiti, dan juga reputasi organisasi pentadbiran awam secara keseluruhannya. Selain daripada itu, penulis artikel ini juga berpendapat bahawa tujuan utama seluruh proses pendidikan yang melibatkan komponen etika, moral dan juga integriti adalah memainkan peranan yang cukup penting dan kritikal untuk

Upload: kreatif-tuisyen

Post on 03-Feb-2016

45 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: EEM421 Answer

BAHAGIAN A

1.0 Bagaimana Penulis Menjelaskan “Pendidikan Etika, Moral dan Integriti”?

Seperti yang telah diterangkan oleh penulis dalam artikel yang dikajikan ini, dapatan

kajian yang telah diperolehi telah menunjukkan bahawa penulis artikel berpendapat

bahawa pengurusan yang relevan dengan pendidikan etika, moral dan juga integriti

sebenar memainkan peranan yang cukup penting untuk sesuatu organisasi. Ini adalah

kerana beliau berpendapat bahawa etika, moral dan integriti dapat mempengaruhi minda

atau pemikiran, sikap, tingkah laku serta tindakan anggota organisasi ke arah

menghasilkan modal insan yang dikatakan berkualiti, menghasilkan output yang

berkualiti serta mengelakkan daripada berlakunya kelakuan yang menyimpang ataupun

percanggahan kepentingan awam. Dalam perkataan yang lain, pengurusan dan

pendidikan dalam aspek etika, moral dan integriti adalah memainkan peranan yang cukup

penting untuk mengekalkan imej, kreativiti, dan juga reputasi organisasi pentadbiran

awam secara keseluruhannya.

Selain daripada itu, penulis artikel ini juga berpendapat bahawa tujuan utama seluruh

proses pendidikan yang melibatkan komponen etika, moral dan juga integriti adalah

memainkan peranan yang cukup penting dan kritikal untuk meminimumkan tingkah laku

kakitangan organisasi yang tidak beretika serta kelakuan yang menyimpang di mana

wujud dalam sesebuah organisasi tersebut. Dalam pada itu, beliau juga berpendapat

bahawa pendidikan etika, moral dan juga integriti akan memainkan peranan yang cukup

penting untuk membantu seseorang anggota organisasi ke arah kematangan dalam aspek

moral dan juga supaya pembangunan kognitif moral anggota organisasi ke arah ” apa

yang betul” dalam pekerjaan serta tanggungjawab mereka. Akhirnya, penerangan yang

telah dikemukakan oleh penulis artikel yang dikajikan ini juga menunjukkan bahawa

pendidikan etika, moral dan juga integriti ini boleh mempertingkatkan tahap kefahaman

seseorang kakitangan syarikat dalam aspek kepentingan etika, moral dan integriti serta

kompleksitinya terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan tahap akauntibiliti mereka

dalam pekerjaan masing – masing.

Page 2: EEM421 Answer

2.0 Dapatan Kajian

Pada asasnya, semua dapatan kajian yang dibincangkan dalam artikel yang dikajikan ini

boleh dibahagikan kepada dua aspek yang utama, iaitu pembangunan kerja pendidikan

etika, moral dan juga integriti, dan juga perlaksanaan pendidikan etika, moral dan

integriti serta prestasi dalam negara Malaysia. Semua dapatan kajian ini akan

dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian ini.

Pembangunan Rangka Kerja Pendidikan Etika, Moral dan Integriti

Untuk bahagian pertama yang akan dibincangkan dalam bahagian kertas kajian ini,

dapatan kajian telah menunjukkan bahawa usaha perancangan strategik pendidikan etika,

moral dan integriti boleh didefinisikan sebagai suatu pelan yang sangat komprehensif dan

sistematik untuk mempermudahkan seluruh proses pengurusan organisasi. Ia akan

menggunakan pendekatan dan juga strategi yang sesuai untuk mencapaikan matlamat

organisasi yang telah ditetapkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga

membuktikan bahawa kebanyakan agensi kerajaan tidak dapat merancangkan suatu pelan

operasi yang berkesan dalam aspek pendidikan etika, moral dan integriti untuk mencapai

matlamat yang telah ditetapkan. Sesungguhnya, kegagalan untuk merancangkan suatu set

perancangan yang strategik dalam aspek pendidikan etika, moral dan integriti juga telah

menyebabkan agensi kerajan tidak dapat melaksanakan pelbagai program yang relevan

dengan pembangunan etika, moral dan integriti.

Dalam pada itu, dapatan kajian yang dibincangkan dalam kertas kajian ini juga

menunjukkan bahawa kebanyakan agensi kerajaan kekurangan matlamat serta objektif

yang jelas tentang pendidikan etika, moral dan integriti semasa melakukan penetapan

matlamat pendidikan etika, moral dan integriti. Semua ini akan menyebabkan usaha dan

langkah yang diambil untuk ke arah pembangunan etika, moral serta integriti anggota

organisasi menjadik kurang diberikan tumpuan dan penekanana oleh pihak pengurusan

dalam sektor awam ataupun agensi kerajaan ini. Dalam pada itu, perbincangan yang

dilakukan dalam kertas kajian ini juga menunjukkan bahawa walaupun agensi – agensi

Page 3: EEM421 Answer

kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek tetapi khusus – khusus yang

dirancangkan lebih memberikan tumpuan dan perhatian terhadap kursus berbentuk

pembangunan yang meliputi kemahiran teras, kemahiran teknikal dan juga kemahiran

fungsional. Semua ini secara langsung akan menyebabkan kebanyakan anggota dan

kakitangan agensi kerajaan tidak mementingkan etika, moral dan juga integriti.

Sesungguhnya, penerangan yang telah diberikan oleh penulis artikel telah menunjukkan

bahawa kebanyakan agensi kerajaan telah memiliki sebarang garis panduan ataupun

”blueprint” yang terperinci yang menerangkan usaha untuk menguruskan pendidikan

etika, moral dan juga integriti. Maka,ia jelas telah menyebabkan seluruh usaha untuk

membangunkan dan memantapkan etika, moral dan juga integriti anggota organisasi

kurang memberikan penekanan terhadap pengurus – pengurus organisasi sektor awam.

Akhirnya, penulis artikel juga berpendapat bahawa kebanyakan pengurus tidak

mempunyai latihan yang mencukupi tentang aspek pengurusan etika, moral dan integriti.

Pelaksanaan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dan Prestasinya

Secara lazimnya, penerangan dalam kertas kajian ini telah menunjukkan bahawa

pengurus yang berada di tahap bahagian, cawangan dan unit tidak memainkan peranan

yang sewajarnya dalam mempromosikan mengenai kepentingan etika, dan integriti

perkhidmatan awam. Pada asasnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa falsafah

yang relevan dengan pengurusan pengurusan atasan agensi selalunya tidak diterangkan

dengan baik oleh kepada semua kakitangan dalam agensi kerajaan. Sememangnya tidak

boleh dinafikan bahawa dapatan kajian yang diperolehi juga menunjukkan bahawa

konsep kepimpinan melalui teladan tidak dipratikkan sepenuhnya sebagaimana yang

diwar – warkan oleh pengurusan atasan agensi. Maka, semua ini telah menyebabkan

kebanyakan pihak pengurusan dan juga kakitangan agensi kerajaan tidak dapat

melaksanakan pendidikan etika, moral dan juga integriti dengan baik dan juga berkesan.

Oleh yang demikian, ia merupakan kelemahan yang perlulah diperbaiki dalam masa

hadapan.

3.0 Masalah Berkenaan Pengurusan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti

Page 4: EEM421 Answer

Secara lazimnya, perbincangan untuk bahagian kertas kajian ini akan memberikan fokus

terhadap semua masalah yang telah didapati dan dibincangkan dalam kertas kajian ini

yang mana berkaitan dengan pengurusan pendidikan etika, moral dan juga integriti dalam

sektor awam. Antara masalah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah disenaraikan

dan dibincangkan berikut:

Untuk masalah yang pertama, ketidakwujudan suatu garis panduan yang jelas

yang relevan dengan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti untuk

dijadikan rujukan atau panduan kepada pengurus-pengurus khususnya berkenaan

pendekatan dan strategi yang boleh digunakan bagi mempengaruhi minda atau

pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ia akan memberikan kesan terhadap

seluruh proses pengurusan dan pendidikan etika, moral dan integriti di sektor

awam adalah tidak dalam keadaan yang sistematik dan terancang.

Masalah kedua yang dibincangkan dalam kertas kajian adalah masalah rangka

kerja pematuhan (peraturan dan perundangan) dan rangka kerja normatif (nilai-

nilai teras) yang tidak disalurkan kepada semua pengurus organisasi untuk

dijadikan rujukan dan panduan. Sesungguhnya, masalah ini juga sangat serious

dan seharusnya diberikan perhatian dan tumpuan oleh kerajaan.

Masalah ketiga adalah merujuk kepada pengetahuan yang rendah di kalangan

pengurus-pengurus tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti

menyebabkan pengurus tidak berupaya menggubal rangka kerja, pelan operasi

dan modul pendidikan etika, moral dan integriti. Sesungguhnya, dapatan kajian

juga jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pengurus adalah gagal untuk

mengaplikasikan pelbagai teknik pendidikan etika, moral dan integriti kerana

pengurus kurang mahir dengan teknik yang boleh digunakan minda atau

pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi.

Page 5: EEM421 Answer

Masalah yang keempat adalah merujuk kepada perlibatan persaingan yang sengit

dengan kursus-kursus lain seperti kursus berbentuk teras, kursus berbentuk

teknikal dan kursus berbentuk fungsional yang dianjurkan oleh agensi

menyebabkan kursus berkenaan etika, moral dan integriti kurang diberi perhatian

oleh pihak agensi. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa peruntukkan

buget yang terhad juga merupakan antara masalah yang utama untuk

mengehadkan pelaksanaan program atau aktiviti pendidikan etika, moral dan

integriti.

Akhirnya, penulis artikel ini juga menerangkan bahawa program atau aktiviti

pendidikan etika, moral dan integriti yang dianjurkan oleh agensi kurang

mendapat sambutan daripada anggota organisasi (sebagai contohnya program

ceramah nilai-nilai murni kebiasaannya dihadiri oleh anggota yang sama bagi sesi

ceramah yang dianjurkan oleh pihak agensi).

Page 6: EEM421 Answer

4.0 Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Pengajaran Moral di Sekolah

Pada asasnya, dapatan kajian yang diperolehi ini telah memberikan pelbagai kesan dan

juga implikasi yang berlainan terhadap pengajaran moral di sesebuah sekolah

terutamanya sekolah rendah. Untuk ini, semua implikasi yang terlibat dalam pengajaran

moral di sekolah akan dibincangkan secara sistematik dalam kertas kajian ini. Sebagai

contoh, dapatan kajain yang diperolehi ini akan menyebabkan kebanyakan guru yang

sedang mengajar Pendidikan Moral di sekolah lebih menekankan pengajaran dalam aspek

etika, moral dan juga integriti. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa guru – guru

yang sedang mengajar mata pelajaran Pendidikan moral akan mula menyerapkan

pelbagai jenis nilai – nilai murni seperti bersopan – santun, rajin, beramah mesra dan juga

baik hati dalam pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk menwujudkan seseorang

individu yang boleh memegang kepada prinsip etika, moral dan juga integriti apabila

beliau bekerja di masa hadapan.

Selain daripada itu, dapatan kajian yang diperolehi juga akan menyebabkan guru mata

pelajaran Pendidikan moral memberikan fokus dan penekanan terhadap tanggungjawab

seseorang individu terhadap pekerjaan mereka di masa hadapan. Dalam perkataan yang

lain, guru akan mengajar dan mendidik murid- murid supaya menjadikan sebagai seorang

individu ataupun kakitangan organisasi yang bertanggungjawab di masa hadapan. Oleh

yang demikian, kita boleh menyimpulkan bahawa dapatan kajian ini telah memberikan

impak yang begitu jelas dan mendalam kepada seluruh proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di masa hadapan.

Page 7: EEM421 Answer

BAHAGIAN B

Pada asasnya, etika merupakan suatu aspek yang begitu penting serta mustahak dalam

kehidupan manusia. Ini adalah kerana ia akan memastikan seseorang manusia

menjalankan kehidupan harian dengan sistematik serta mengikut norma masyarakat yang

telah ditetapkan. Dalam negara Malaysia, kita tidak boleh menafikan bahawa wujudnya

pelbagai unsur universal dalam etika keagamaan di dalam negara Malaysia. Oleh yang

demikian, suatu kajian yang sistematik akan dilaksanakan terhadap unsur – unsur

universal yang relevan dalam etika keagaman dalam negara Malaysia. Semua dapatan

kajian yang diperolehi akan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian

ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan dalam

kertas kajian ini.

Seperti yang telah diterangkan oleh James P. Ongkili (1985), etika keagamaan dalam

negara Malaysia adalah bersifat universal berikutan kesesuaian etika keagamaan ini untuk

digunakan dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berlainan. Sebagai contoh,

prinsip etika keagamaan ini boleh diaplikasikan dalam bidang sains dan perubatan.

Penekanan etika amatlah ketara dalam bidang perubatan dan juga sains di mana semua

perubatan dan teknologi sains yang diciptakan mestilah digunakan untuk tujuan yang

baik dan mulia. Contohnya, ajaran dalam agama Islam, Hindu dan Buddha juga

menekankan bahawa seseorang cekiawan ataupun ahli Sains juga mestilah memiliki etika

yang tinggi dan mulia dalam usaha untuk mengkaji sesuatu ilmu pengetahuan serta

kemahiran yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan kehidupan dan juga kualiti

kehidupan masyarakat sejagat dan bukan hanya semata – mata untuk tujuan keuntungan

sahaja. Ia adalah sangat penting untuk memperbaiki tahap kebahagiaan dan juga

kesejahteraan kehidupan untuk ahli – ahli masyarakat sejagat dan sesebuah negara

tersebut. Contoh yang kedua ialah seorang doktor seharusnya mempunyai etika dan moral

untuk melakukan yang terbaik dalam usaha menyembuhkan seseorang pesakit.

Keuntungan seharusnya diketepikan dalam kes ini. Maka, bayaran yang dikenakan

seharusnya rasional dan mampu ditanggung oleh pesakit ataupun ahli keluarga pesakit

tersebut.

Page 8: EEM421 Answer

Pada masa yang sama, ajaran dalam agama Islam, Buddhist dan Hindu dalam negara

Malaysia juga mengatakan bahawa istilah amanah, jujur, dan berhemat merupakan sifat

yang begitu penting dalam bidang perniagaan dan perdagangan hari ini. Ini adalah kerana

masyarakat memerlukan peniaga yang bertanggungjawab, beramanah dan juga beretika

supaya hak pengguna tidak diekspoitasikan dan terabai dalam masyarakat pada hari ini.

Maka, etika, moral dan integriti juga sesuai digunakan dalam konsep perniagaan dan

usahawan dalam masyarakat pada hari ini.

Secara lazimnya, ajaran keagamaan di Malaysia telah menekankan bahawa etika yang

baik merupakan suatu komponen yang begitu penting dalam perniagaan dan

perdagangan. Kenyataan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Jack Parkinson et.al.

(1991) dan beliau juga berpendapat bahawa seseorang peniaga yang dikatakan jujur dan

menuruti ajaran agama tidak akan menipu pelanggan mereka. Contohnya, mereka akna

menerangkan semua kebaikan dan keburukan untuk sesuatu produk yang dijualkan secara

jujur kepada pelanggan. Semua ini adalah sangat penting untuk menjaminkan

keselamatan seseorang pelanggan semasa menggunakan sesuatu produk tertentu.

Pada asasnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Auni Abdullah (1991) telah

membuktikan bahawa sebuah perniagaan mengikut ajaran dan etika keagamaan bukan

hanya mahu keuntungan semata-mata. Dalam perkataan yang lain, aktiviti berniaga

adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan

manusia. Dari asas kefahaman itulah, usahawan atau peniaga yang beretika lebih

mementingkan kesenangan orang lain. Keuntungan tidak seharusnya dipentingkan dan

menjadikan tumpuan utama bagi seseorang usahawan tersebut.

Selain daripada itu, kewujudan etika menurut ajaran agama dalam perniagaan dan

perdagangan juga akan memastikan semua personal yang terlibat dalam perdagangan ini

akan mematuhi segala kod etika dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,

mereka akan menjualkan item dan produk yang halal kepada umat Islam dalam

masyarakat tempatan.

Page 9: EEM421 Answer

Dalam pada itu, peniaga yang beretika seperti dalam ajaran agama merupakan komponen

yang begitu penting untuk menwujudkan suasana perniagaan dan perdagangan yang

bersih dan adil di dalam negara ini. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa hanya

peniaga yang beretika akan menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan cara yang

halal, betul, adil dan juga tidak menyelewengkan. Dengan itu, ia akan menwujudkan

suatu suasana persaingan yang sihat di kalangan perniaga dalam sesebuah masyarakat.

Persaingan yang sihat ini akan memastikan semua perniaga akan berusaha untuk

meningkatkan kualiti dan produktiviti diri sendiri. Dengan itu, ia akan mempertingkatkan

produktiviti dan daya saingan entiti perniagaan dalam negara ini.

Seperti yang telah diterangkan dan ditekankan oleh Mohd. Yusof Hassan (2000),

Malaysia adalah sebuah masyarakat yang majmuk di mana terdiri dariapda pelbagai

bangsa dan juga kaum yang berlainan. Sejajar dengan itu, beliau juga berpendapat

bahawa ia adalah sangat penting untuk semua ahli masyarakat mempunyai etika, dan

moral yang baik untuk mengekalkan hubungan etnik yang baik serta membina dalam

masyarakat yang majmuk ini. Sesungguhnya, ia bukanlah sesuatu tugasan yang mudah

dan beliau percayai bahawa pegangan terhadap agama dan juga prinsip moral serta etika

merupakan kekunci yang begitu penting untuk mengekalkan hubungan etnik yang

harmoni dalam masyarakat yang majmuk ini.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa etika keagamaan merupakan suatu

pemangkin yang begitu penting untuk memelihara dan memulihara semangat

permuafakatan dan perpaduan di kalangan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan bangsa yang berlainan. Contohnya, semangat bertolak ansur, bekerjasama dan

sebagainya merupakan contoh yang terbaik bagaimana nilai murni (etika) ini

mempertingkatkan hubungan silaturrahim di antara ahli masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai bangsa dan kaum yang berlainan. Dengan itu, ia secara langsung dapat

meningkatkan tahap permuafakatan di antara rakyat Malaysia.

Page 10: EEM421 Answer

Akhirnya, penerangan yang telah dikemukakan oleh Max weber (1997) juga

menunjukkan bahawa nilai murni serta etika yang baik adalah aset dan harta yang sangat

kritikal dan penting untuk mewujudkan sesebuah masyarakat yang aman, damai dan

harmoni. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa hli masyarakat yang beretika tidak

akan melakukan sesuatu tindakan ataupun perkara yang akan merosakkan keharmonian

dan keamanan sesebuah masyarakat tersebut. Malah, mereka akan bertimbang rasa dan

cuba sedaya upaya untuk memelihara keharmonian dan juga keamanan masyarakat

tersebut. Maka, semua ahli masyarakat dalam Malaysia seharusnya mengamalkan sikap

yang mulia serta mempunyai etika, moral dan juga integriti yang baik terutamanya dalam

organisasi ataupun syarikat.

Page 11: EEM421 Answer

BAHAGIAN C

Pada asasnya, agama ataupun kepercayaan memainkan peranan yang cukup penting

untuk menwujudkan suatu masyarakat yang dikatakan aman, damai dan juga harmoni.

Dalam pada itu, masyarakat dalam negara Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang

majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang berlainan. Sesungguhnya,

kewujudan pelbagai kaum yang berlainan adalah merupakan suatu cabaran yang begitu

besar untuk sesebuah negara mengekalkan keharmonian masyarakat tempatan. Walau

bagaimanapun, kewujudan kepercayaan agama yang berlainan merupakan antara faktor

yang begitu penting dalam menwujudkan kehoarmonian masyarakat. Antara agama yang

penting dalam masyarakat majmuk dalam negara Malaysia adalah Buddhism dan

Hinduisme. Untuk tujuan perbincangan kertas kajian ini, dua agama yang utama iaitu

agama Buddhism dan Hinduism telah dibincangkan secara terperinci dan perbezaan di

antara kedua – dua agama ini turut akan dibincangkan dengan sistematik dalam bahagian

kertas kajian ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan

perbincangan dalam kertas kajian ini.

Ajaran Agama Buddhism

Seperti yang telah diterangkan dan ditekankan oleh Max weber (1997), ajaran Buddha

akan dibahagikan kepada lima aspek yang utama. Kelima – lima aspek ini akan

dibincangkan seperti yang berikut:

Jalan pertengahan

o Untuk jalan pertengahan ini, ia adalah sesuatu etika yang mana

menasihatkan orang ramai menjauhi tindakan yang ekstrem baik dari segi

kepuasan ataupun penderitaan.

Page 12: EEM421 Answer

Kesedaran

o Untuk kesedaran pula, ia merujuk kepada suatu hubungan dengan etika di

mana manusia sendiri akan berusaha untuk mencapai kesedaran dengan

sendiri dan bukannya setakat memiintakannya daripada Tuhan.

Manusia anatmen

o Manusia anatmen merujuk kepada ajaran agama yang melakukan

penekanan terhadap konsep pemilikan jiwa, badan fizikal, perasaan,

kefahaman dan kepekaan dalam kehidupan harian.

Mencapai Nirvana

o Pada asasnya, konsep dan ajaran ini adalah di bawah agama Buddhism di

mana mengatakan bahawa Nirvana dapati dicapai menghapuskan ego dan

bersatu dengan alam semesta.

Karma

o Selain itu, ajaran agama Buddhism berpendapat bahawa setiap tindakan

manusia sama ada baik ataupun buruk akan menghasilkan akibat

berkarma.

Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh James P. Ongkili (1985), ajaran

agama Buddhism sangat menekankan kepada etika dan moral untuk penganut – penganut

ajaran Buddhism ini. Sesungguhnya, terdapat 5 perintah yang utama dalam ajaran

Buddhism dan antara perintah – perintah yang dimaksudkan adalah seperti yang

disenaraikan berikut:

Mengelakkan diri daripada membunuh makhluk lain

Mengelakkan diri daripada mengambil apa yang tidak diberikan

Mengelakkan daripada kesalahan seksual

Mengelakkan daripada pertuturan yang palsu (bohong)

Mengelakkan daripada perkara yang memabukkan ataupun mengkhayalkan.

Page 13: EEM421 Answer

Pada masa yang sama, penerangan dan juga pandangan yang dikemukakan oleh Jack

Parkinson et.al. (1991) juga menunjukkan bahawa ajaran Buddhism amatlah

mementingkan empat kemuliaan yang mana akan membangunkan dan membimbingkan

seseorang penganut untuk menjadi sebagai individu yang mulia serta bermoral. Antara

kebenaran mulia yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Kebenaran mulia pertama

o Ajaran agama Buddhism mengatakan bahawa penderitaan manusia seperti

penyakit, penenuaan, kematian dan perpisahan tidak dapat dielakkan

dalam kehidupan manusia.

Kebenaran mulia kedua

o Semua penderitaan disebabkan oleh nafsu manusia dan usaha manusia

untuk memenuhi nafsu tersebut.

Kebenaran mulia ketiga

o Sesungguhnya, ajaran agama Buddhism juga menunjukkan bahawa

penderitaan boleh ditamatkan dengan menamatkan nafsu manusia tersebut.

Kebenaran mulia keempat

o Nafsu boleh ditamatkan dengan mematuhi jalan lapan lapis

Akhirnya, pengajaran dan juga penerangan yang dikemukakan dalam agama Buddhism,

seseorang kanak – kanak mestilah belajar bagaimana cara – cara untuk taat setia,

menghormati, dan mengasihi ibubapa mereka. Sesungguhnya, mereka juga perlulah

hormat – menghormati dan memberikan bimbingan kepada adik beradik dalam keluarga

masing – masing.

Page 14: EEM421 Answer

Ajaran Agama Hinduism

Untuk ajaran agama Hinduism pula, manusia akan dibahagikan kepada dua unsur yang

utama. Dua unsur yang dimaksudkan adalah jasmani dan rohani. Sesungguhnya, unsur

yang pertama iaitu jasmani selalunya merujuk kepada badan ataupun tubuh manusia.

Pada asasnya, rohani merupakan hakekat Tuhan yang abadi, kekal, yang disebut dengan

Atman. Manusia memiliki 3 lapisan badan. Tiga lapisan badan yang dimaksudkan ini

adalah dinamakan Tri Sarira di mana akan terdiri daripada Stula Sarira, Suksma Sarira,

dan Anta Karana Sarira. Stula Sarira atau raga manusia dalam konsep Hindu terdiri dari

unsur-unsur Panca Maha Bhuta yaitu Pertiwi, Apah, Teja, Bayu, Akasa. Tubuh manusia

merupakan Bhuana Alit atau Bhuana Sarira. Proses terbentuknya pun sama seperti proses

terjadinya Bhuana Agung atau alam semesta. Sedangkan Suksma Sarira yaitu badan halus

yang terdiri 3 unsur yang disebut Tri Antahkarana terdiri dari manas atau alam pikiran,

Buddhi atau kesadaran termasuk didalamnya intuisi dan Ahamkara atau keakuan atau

ego. Dalam Suksma Sarira terdapat unsur halus dari Panca Maha Bhuta yang disebut

Panca Tan Matra yaitu ; Sabda, Sparsa, Rupa, Rasa, Gandha membentuk berbagai indra.

Selain daripada itu, penerangan yang telah dikemukakan oleh Jack Parkinson et.al.

(1991) telah menunjukkan bahawa ajaran Hindu adalah berdasarkan kepada kitab Veda di

samping mengandungi unsur – unsur ketuhanan, dan juga etika kepada penganutnya.

Untuk kitab Veda ini, ia telah menerangkan pelbagai prinsip dan hukum yang berlainan.

Antara prinsip yang diterangkan adalah termasuklah sipat patuh dan juga displin dalam

melaksanakan upacara – upacara ajarannya sebagaimana diwajibkan dalam ajaran

tersebut. Pada masa yang sama, ajaran agama Hinduism ini juga mementingkan tanda –

tanda lahir yang dipandangkan baik dalam akhlak menurut Hindu adalah kemerdekaan,

kesihatan, kekayaan, kebahagian, yang semua itu dapat dicapaikan manakala seseorang

yang patuh melaksanakan upacara keagamaan dengan baik dan sempurna. Sesungguhnya,

semua penerangan ini telah membuktikan bahawa ajaran agama Hinduism juga sangatlah

mementingkan ajaran moral dan juga etika yang tinggi.

Page 15: EEM421 Answer

Secara lazimnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Jack Parkinson et.al. (1991)

telah membuktikan bahawa individu yang dapat menghayati konsep dan juga makna di

sebalik “dharma” pasti tidak akan melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan

nilai dalam keluarga, kod etika pekerjaan dan norma dalam masyarakat.

Pada asasnya, penghayatan dan juga pemahaman serta pematuhan di kalangan kaum

India terhadap ajaran dalam teks-teks berkaitan ‘Dharmasastra’ mampu menyumbang ke

arah usaha mengatasi pelbagai masalah dalam masyarakat. Kenyataan ini turut

mendapatkan persetujuan daripada Choo Keng Kun (2001) di mana beliau juga

berpendapat bahawa konsep “dharma” dalam budaya India bukan tuntutan agama Hindu

semata-mata. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ajaran agama Hindu dan

ajaran Dharmasastra sama-sama membimbing manusia ke arah kebaikan, maka ramai

yang berpandangan bahawa Dharmasastra adalah sebahagian daripada konsep keagamaan

Hindu.

Dalam pada itu, konsep yang relevan dan juga berkaitan dengan “dharma” merujuk pada

himpunan ajaran, peraturan, moral, nilai murni, etika, norma, tanggungjawab, hak dan

sebagainya yang membimbing seseorang individu menjadi insan yang berhemah dalam

keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, dalam budaya India, himpunan “dharma”

yang dimaksudkan ini boleh dikumpulkan dan dikategorikan sebagai Dharmasastra di

mana merupakan teks-teks yang mengandungi ajaran mengenai “dharma”. Topik-topik

yang dibicarakan dalam teks Dharmasastra terbahagi pada tiga kumpulan utama iaitu

acara, vyavahara dan prayascitta.

Seperti yang telah dikemukakan dan diterangkan oleh Auni Abdullah (1991), konsep

‘acara’ adalah sebenarnya merupakan suatu tingkah-laku umum serta nilai-nilai murni

yang menjadi amalan serta pegangan seseorang. Dalam perkataan yang lain, semua

individu seharnys dapat memelihara diri secara zahir dan batin supaya dapat menjalani

hidup yang sempurna dan bersih daripada sebarang noda.

Page 16: EEM421 Answer

Akhirnya, penerangan yang telah disumbangkan oleh Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al.,

(1987) juga membuktikan bahawa wujudnya kod etika atau ‘acara’ yang ditegaskan di

atas meliputi diri individu terbabit, hubungannya dengan keluarga serta hubungan dengan

Tuhan. Sesungguhnya, beliau juga berpendapat bahawa tanggungjawab untuk melayan

tetamu turut dijelaskan dalam kod etika ini dan ternyata masih sesuai dijadikan pegangan.

Paa asasnya, istilah ‘vyavahara’ merujuk pada tingkah laku dalam masyarakat atau norma

dalam hidup bermasyarakat. Secara lebih khusus, vyavahara turut melibatkan perihal

undang-undang sivil dan undang-undang jenayah. Sebanyak 18 perkara utama

dibicarakan dalam bahagian ini. Perkara yang utama adalah seperti isu berkaitan hutang,

perkongsian dalam perniagaan, melanggar surat perjanjian, urusan jual-beli, perbalahan

antara majikan dan pekerja, perselisihan mengenai persempadanan, serangan, rompakan,

menculik wanita, hubungan suami-isteri serta pembahagian harta.

Page 17: EEM421 Answer

Persamaan di Antara Ajaran Buddism dan Hinduism

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa wujudnya pelbagai persamaan di antara

ajaran Buddhism dan juga Hinduism. Semua persamaan ini akan dibincangkan secara

terperinci dalam bahagian kertas kajian ini. Sesungguhnya, ajaran dalam Buddhism

adalah memberikan penekanan terhadap manusia menjadi baik atau jahat bukan karena

kasta atau status sosial, bukan pula karena percaya atau menganut suatu ajaran agama.

Seseorang baik atau jahat karena perbuatannya. Dengan berbuat jahat, seseorang menjadi

jahat, dan dengan berbuat baik, seseorang menjadi baik. Setiap orang, apakah ia raja,

orang miskin atau pun orang kaya, bisa masuk surga atau neraka, atau mencapai Nirvana,

dan hal itu bukan karena kelas atau pun kepercayaannya. Selain daripada itu, ajaran

dalam Buddhism ini juga amatlah mementingkan prinsip-prinsip sebab dan akibat; suatu

kondisi yang pada mulanya sebagai akibat akan menjadi sebab dari kondisi yang lain, dan

seterusnya seperti mata rantai. Prinsip ini sejalan dengan pengetahuan modern yang

membuat agama Buddha tidak ketinggalan jaman daripada agama-agama lain di dunia.

Pada masa yang sama, persamaan di antara ajaran agama Hinduism dan juga Buddhism

juga termasuklah kedua – dua agama ini menekankan bahawa Tuhan hanya satu .

Contohnya, agama Hinduism telah menekankan bahawa asas ( Nyawa) yang ada dalam

semua kehidupan termasuk binatang adalah sama. Tuhan yang menentukaan semua yang

berlaku disekitar kita. Tuhan memerintah dan mengoperasikan alam ini melalui dewa-

dewi yang ditugaskan. Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu  ( Bramma –

Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva – Pengampus ). Sesungguhnya, ajaran dalam kedua –

dua agama iaitu Buddhism dan juga Hinduism telah menekankan bahawa individu yang

melakukan sesuatu yang baik akan pergi ke syurga dan mereka yang melakukan sesuatu

yang jahat pula akan masuk ke neraka.

Page 18: EEM421 Answer

Pada masa yang sama, kajian yang telah dilaksanakan telah mendapati bahawa kedua –

dua ajaran ini mementingkan prinsip di mana menjadi sebagai seorang individu yang

beretika serta sayang menyayangi di antara individu. Contohnya, ajaran dalam kedua –

dua agama telah menekankan dan menasihatkan pengikut mereka supaya mestilah hormat

– menghormati di antara satu sama lain. Sesungguhnya, semua ahli masyarakat mestilah

bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat. Secara lazimnya,

penekanan dalam kedua – dua ajaran agama iaitu Buddhism dan Hinduism juga berfokus

kepada semua individu wajib untuk memberikan layanan mesra, sopan, dan memberikan

penghormatan kepada orang lain dalam kehidupan harian. Ia adalah bertujuan untuk

memupuk dan melahirkan penganut Buddhism dan Hinduism yang mana selalu

menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain dalam sesebuah masyarakat

tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa ajaran agama Buddhism dan juga Hinduism

mempunyai persamaan.

Akhirnya, ajaran agama Buddism dan Hinduism juga mempunyai persamaan dalam

aspek hormat kepada kepercayaan dan adat resam untuk pelbagai kaum serta keturunan

yang berlainan. Dalam perkataan yang lain, kedua – dua ajaran Buddism dan Hinduism

ini menekankan bahawa seseorang individu seharusnya mengamalkan adat resam dan

juga kebudayaan yang tersendiri. Mereka adalah dilarang untuk mengejek, mengutuk,

menghina adat dan kepercayaan orang lain (bangsa yang lain). Sesungguhnya, semua

individu dalam sesebuah masyarakat adalah bebas untuk mengamalkan adat dengan

syarat tidak melanggar peraturan dan undang – undang sesebuah negara. Semua

penerangan ini telah menunjukkan bahawa ajaran dalam Buddhism dan Hinduism

mempunyai persamaan dalam aspek etika ini.

Page 19: EEM421 Answer

Perbezaan Ajaran Buddhism dan Hinduism

Untuk perbezaan pula, kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa kedua – dua ajaran

agama ini iaitu Buddhism dan juga Hinduism mempunyai perbezaan dalam pelbagai

aspek yang berlainan. Antara perbezaan yang diperolehi di antara kedua – dua agama

adalah seperti agama Hinduism amatlah menekankan kepada kewujudan dewa – dewi

seperti tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu ( Bramma – Pencipta ) (Vishnu-

Penjaga ) (Siva – Pengampus ). Sesungguhnya, kebanyakan penganut agama Hinduism

mempercayai bahawa mereka perlulah bersikap etika kerana ia merupakan perintah

daripada Tuhan ataupun dewa – dewi mereka. Dalam perkataan yang lain, penganut

agama Hinduism ini tidak berani mengingkari perintah dan arahan daripada dewa – dewi.

Dengan itu, mereka akan menjadi sebagai seorang individu yang berhemat, beretika dan

bermoral di sepanjang masa. Dalam perkataan yang lain, kebanyakan penganut agama

Hinduism sangat menghormati kepada dewa – dewi Bramma – Pencipta ,Vishnu- Penjaga

dan Siva – Pengampus dalam kehidupan harian.

Sebaliknya, ajaran Buddhism tidak berpendapat ataupun bersetuju atas kewujudan dewa

– dewi dalam ajaran mereka. Mereka berpendapat bahawa semua ajaran Buddhism adalah

berasaskan kehidupan benar dan tiada unsur animism wujud dalam ajaran mereka. Untuk

prinsip dan ajaran yang ditekankan di bawah ajaran Buddhism adalah lebih kepada

hubungan yang wujud di antara manusia dengan manusia serta manusia dengan

persekitaran. Antara contoh adalah seperti semua individu dalam masyarakat mestilah

menggunakan cara yang terbaik untuk memelihara dan memulihara hubungan yang baik

di antara manusia. Salah satu cara yang terbaik untuk memelihara dan memulihara

hubungan yang baik di antara manusia adalah menjadi sebagai seorang individu yang

beretika dan tidak melakukan sesuatu perkara yang dapat merosakkan hubungan baik di

antara manusia ataupun individu di dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya,

penerangan ini telah menunjukkan bahawa ajaran dalam Buddhism dan Hinduism dalam

aspek etika terutamanya tafsiran etika adalah berbeza dan berlainan.

Page 20: EEM421 Answer

Secara kesimpulannya, ajaran agama merupakan suatu elemen dan pemangkin yang

begitu penting untuk menwujudkan sebuah masyarakat yang aman dan damai. Ini adalah

kerana ajaran agama boleh mendisplinkan seseorang individu supaya beretika dan juga

bersikap mulia. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa individu yang bersikap etika

dan juga mulia akan bertimbang rasa serta tidak melakukan sesuatu aktiviti ataupun

kegiatan yang dapat merosakkan keharmonian dan kesejahteraan di antara manusia.

Malah, mereka juga akan cuba sedaya upaya untuk memelihara dan memulihara

hubungan baik di antara manusia yang hidup dalam sesebuah masyarakat tersebut. Oleh

yang demikian, semua individu dalam masyarakat ini adalah dinasihatkan supaya

menganuti sesuatu ajaran agama dalam kehidupan harian.

Page 21: EEM421 Answer

REFERENCE

Abd.Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan

malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:

Percetakan Seasons Sdn Bhd.

Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm.

Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap

Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang: USM

Jack Parkinson et.al. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

James P. Ongkili (1985). Nation Building in Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford

University Press

M.A. Rauf. (1964). A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia, Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

Max weber (1997), ‘Beberapa Perkara Tentang Agama Dunia’ dlm. R. Robertson (ed).

Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Yusof Hassan (2000), Pemikiran Saintifik, Petaling Jaya: Pearson Education

Malaysia S.Q Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian

Sociological Research Institute.

Page 22: EEM421 Answer

Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann

Educational Books Ltd..