lampiran k panduan...6 skim pinjaman buku teks latar belakang mesyuarat jemaah menteri pada 23...
TRANSCRIPT
1
LAMPIRAN K
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, Bahagian Buku Teks
berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan SPBT dan dibekalkan ke selurh negara.
Penerbitan buku panduan ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Bahagian Buku Teks dalam memastikan urusan SPBT di sekolah sentiasa di urus dengan cekap dan
berkesan. Buku panduan ini bertujuan menyediakan panduan terkini dan lengkap kepada semua
personel yang terlibat dengan pengurusan buku teks di semua peringkat. Pengurusan yang efektif
menjamin buku dijaga dengan baik, memastikan bekalan buku teks sentiasa mencukupi dan
menjimatkan wang kerajaan selaras dengan dasar pemnjimatan yang diamalkan oleh pihak kerajaan
pada masa ini.
Buku panduan ini menerangkan dengan lengkap fungsi dan tugas Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan
Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Agama Islam Negeri(JAIN) dan
sekolah. Buku panduan ini juga memberikan panduan terperinci tentang pengurusan SPBT khususnya
tentang sistem fail, prosedur pelupusan, pengurusan buku stok, Kelab SPBT, pengurusan Bilik Operasi
SPBT Sekolah (BOSS) dan Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)
Saya berharap agar buku panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat
dalam meningkatkan kualiti pengurusan SPBT. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku panduan ini.
Sekian, terima kasih
Pengarah
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
2
Kandungan
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia v
SEJAMBAK KATA, SETULUS HATI
Pengarah
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia vi
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
Sejarah 1
Carta Organisasi Bahagian Buku Teks 2
Skim Pinjaman Buku Teks 3
Carta Organisasi Sektor Skim Pinjaman Buku Teks 4
Matlamat 5
Objektif 5
Dasar Kelayakan SPBT 5
Pakej Buku Teks 5
Dasar Pemilihan dan Penggunaan Buku Teks 6
Dasar Pertukaran Judul Buku Teks 6
Tempoh Hayat Buku Teks 6
Syarat Gantian/Tambahan Buku Teks 7
Perpindahan/Pertukaran Murid 7
Pinjaman dan Pemulangan Buku Teks SPBT 8
BAHAGIAN 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Latar Belakang 9
Carta Pengurusan dan Pelaksanaan Dasar Desentralisasi 9
Bahagian Buku Teks 10
Jabatan Pendidikan Negeri 14
Pejabat Pendidikan Daerah 18
Jabatan Agama Islam Negeri 22
Sekolah 24
Carta Organisasi Jawatankuasa SPBT Sekolah 25
BAHAGIAN 3: PENGURUSAN SPBT SEKOLAH
Carta Alir Penentuan Kelayakan SPBT Murid 37
Carta Alir Proses Pesanan Buku Teks SPBT 39
Carta Alir Proses Penerimaan Bekalan Buku Teks SPBT 42
Carta Alir Pengagihan Buku Teks Kepada Murid 45
Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun 48
3
BAHAGIAN 4: PROSES PELUPUSAN/SISTEM FAIL/BUKU STOK SPBT/TAKWIM
Carta Alir Pelupusan Buku Teks 51
Sistem Fail SPBT 52
Contoh Kertas Minit Fail 54
Contoh Takwim SPBT Sekolah 56
BAHAGIAN 5: APLIKASI PENGURUSAN
Sisteksbbt 57
Carta Alir Aplikasi Sisteksbbt Versi 2 60
eMateks 61
BAHAGIAN 6: KELAB SPBT SEKOLAH
Carta Organisasi 65
Objektif 66
Keahlian 66
Peranan dan Tanggungjawab 66
Skop Tugas Jawatankuasa 66
Aktiviti 67
BAHAGIAN 7: BOSS CEMERLANG
Konsep BOSS Cemerlang 70
BAHAGIAN 8: PANDUAN KESELAMATAN BUKU TEKS
Jenis-Jenis Bencana 80
Tindakan Semasa Berlaku Bencana 80
Tindakan Selepas Berlaku Bencana 82
Panduan Pencegahan dan Langkah-Langkah Menghadapi Banjir 84
Panduan Pencegahan Kebakaran 86
Carta Alir Tindakan Bencana 88
Lampiran
4
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN BUKU TEKS
LATAR BELAKANG
Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditubuhkan
sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika
itu, fungsi unit adalah mengawal dan menentukan semua sekolah di
Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai
pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks. Pada tahun 1969, unit
ini diletakkan di Bahagian Sekolah dan pada tahun 1971, pengurusan unit ini
dikembalikan semula kepada BPPDP.
Pada tahun 1972, unit ini dikenali sebagai Biro Buku Teks dan beroperasi
sebagai organisasi tersendiri yang bertanggungjawab kepada Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1988, Biro Buku Teks telah
ditukar nama kepada Bahagian Buku Teks seperti yang dipersetujui dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (EPC) Bil. 102 bertarikh
15 Julai 1988. Pada tahun 2002, Bahagian ini telah distruktur semula
dengan penambahan empat sektor baru menjadi tujuh sektor, selaras
dengan penambahan fungsi di bawah Jabatan Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
5
PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR
KHIDMAT
PENGURUSAN
BUKU TEKS
• Unit
Pembangunan
Kapasiti dan
Profesionalisme
• Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
• Unit Teknologi Maklumat
• Unit
Kewangan
dan Akaun
SEKTOR
SKIM
PINJAMAN
BUKU TEKS
• Unit Anggaran
• Unit Pesanan
• Unit Perancangan Pembangunan
• Unit Operasi dan Pemantauan
• Unit
Pengurusan
Sekolah
Khas
• Unit Pembekalan
SEKTOR DASAR
DAN
PEROLEHAN
BUKU TEKS
• Unit Dasar
• Unit Perolehan
• Unit Kontrak dan Hak Cipta
• Unit
Pengurusan
Kualiti & Inovasi
SEKTOR PENERBITAN BUKU TEKS SEKOLAH MENENGAH
• Unit Sains
dan Matematik
• Unit
Vokasional
dan Teknikal
• Unit Bahasa dan
Kesusasteraan
• Unit Sains
Sosial
• Unit
Pendidikan
Islam
SEKTOR PENERBITAN BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH
• Unit
Pendidikan
Islam
• Unit Sains
dan
Matematik
• Unit Bahasa dan Kesusasteraan
• Unit Sains
Sosial
• Unit Khas Sekolah Rendah
SEKTOR
TEKNIKAL
PENERBITA
N BUKU
TEKS
• Unit
Teknikal
Penerbitan
Sekolah
Menengah
• Unit
Teknikal
Penerbitan
Sekolah
Rendah
• Unit
Teknikal
Penerbitan
Khas
• Unit
Teknikal
Pendidikan
Bestari
• Unit
Pengurusan
Harga
Hakcipta
SEKTOR
PENYELIAAN
DAN
PENYELIDIKA
N BUKU TEKS
Unit Khidmat
Selia
Unit
Penyelidikan
dan
Penyeliaan
Buku Teks
Unit Khidmat
Khas dan
Pemantauan
Carta Organisasi Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
6
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 1973 telah bersetuju untuk memberi
buku teks secara percuma atau disubsidikan kepada murid-murid dalam kalangan
keluarga berpendapatan rendah di sekolah kebangsaan dan diperluaskan kepada
semua jenis sekolah yang lain. Sehubungan dengan itu, Majlis Tindakan Negara
(MTN) telah memutuskan pemberian pinjaman buku teks kepada semua murid di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan pada tahun 1974. Bagi
sekolah jenis kebangsaan pula hendaklah berpandukan sistem markah yang
ditentukan mengikut pendapatan ibu bapa dan bilangan anak mereka yang
bersekolah. Oleh yang demikian, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula
dilaksanakan pada tahun 1975 ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang
ditetapkan.
Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah agama di
bawah kelolaan kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Rakyat. Pada tahun
2005 pemberian buku teks telah diperluas kepada semua murid yang ibu bapa atau
penjaganya terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Pada 7 September 2007, Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) yang telah
dibentangkan di Dewan Rakyat memutuskan supaya dasar SPBT diperluas kepada
semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan
bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di
bawah KPM dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, berkuat kuasa mulai 1 Januari
2008.
Pada 27 Jun 2008, dasar bantuan SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Rendah
Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah
Kerajaan Negeri.
Mulai tahun 2017, pembekalan buku teks diperluaskan kepada guru sekolah
menengah dan rendah di seluruh negara.
7
PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
UNIT
ANGGARAN
UNIT
PEMBEKALAN
UNIT
PESANAN
UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN
UNIT OPERASI DAN
PEMANTAUAN
UNIT PENGURUSAN
SEKOLAH KHAS
KETUA PENOLONG PENGARAH
Carta Organisasi
Sektor Skim Pinjaman Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
8
Bahagian Buku Teks , Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
dasar desentralisasi bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan buku
teks di bawah SPBT berjalan lancar dan efisien. Melalui dasar desentralisasi
ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diperturunkan kuasa oleh BBT untuk
melaksanakan tugas berkaitan pemesanan dan pembayaran buku teks
SPBT. Penurunan kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan
bertujuan supaya pesanan buku teks SPBT di sekolah menjadi lebih tepat
dan realistik.
Bagi melaksanakan pengurusan SPBT yang cekap dan efisien, JPN dan
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah dipertanggungjawabkan dalam
tugas pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) serta sekolah.
9
PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN BUKU TEKS
Sektor Skim Pinjaman Buku Teks d i pe r tanggungjawabkan untuk memastikan
pengurusan dan pelaksanaan SPBT di setiap peringkat berjalan lancar.
Tugas dan tanggungjawab Sektor SPBT adalah seperti yang berikut:
1. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
1.1. Menggubal dan menguatkuasa dasar berkaitan pengurusan
dan pelaksanaan SPBT.
1.2. Merancang dan memohon peruntukan kewangan SPBT:
a. Keperluan buku teks SPBT.
b. Pengurusan SPBT.
1.3. Menyediakan takwim tahunan bagi program pengurusan dan
pelaksanaan SPBT.
1.4. Merancang dan mengawal keperluan buku teks SPBT
peringkat kebangsaan.
1.5. Merancang dan memantau aktiviti pengurusan SPBT peringkat
kebangsaan.
1.6. Merancang dan mengurus pembangunan sumber manusia
dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua peringkat.
2. PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
2.1. Pengurusan Peruntukan Perbelanjaan pembelian buku teks SPBT
2.2. Menyediakan maklumat perbelanjaan pembelian buku teks SPBT
seluruh negara.
10
2.3. Menyediakan anggaran peruntukan perbelanjaan pembelian
buku teks SPBT bagi setiap negeri.
2.4. Mengagih peruntukan kewangan pembelian buku teks SPBT
kepada negeri.
2.5. Mengawal dan memantau perbelanjaan pembelian buku teks
SPBT seluruh negara.
2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan pembelian buku
teks SPBT peringkat kebangsaan.
3. Pesanan Buku Teks
3.1. Mengurus sistem pengurusan buku teks (eSPBT) dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM.
3.2. Menyediakan senarai judul buku teks yang diperaku oleh KPM bagi
tujuan pesanan oleh sekolah seluruh negara.
3.3. Menyemak maklumat kontrak buku teks bagi setiap judul.
3.4. Menyediakan kriteria/panduan pesanan buku teks peringkat
kebangsaan.
3.5. Memberi taklimat pesanan buku teks kepada JPN dan JAIN.
3.6. Menyelaras, menyelia, mengawal dan mengesahkan pesanan buku
teks SPBT negeri.
3.7. Mengurus pesanan buku teks SPBT untuk Pendidikan Khas dan SAR
seluruh negara.
3.8. Menyelaras penyerahan Pesanan Tempatan (L.O.) seluruh negara
kepada penerbit.
3.9. Menyediakan rumusan pesanan buku teks SPBT peringkat
kebangsaan.
11
4. Pembekalan dan Penerimaan Buku Teks SPBT
4.1. Mengurus modul pembekalan dalam sistem pengurusan buku teks
(eSPBT) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),
KPM.
4.2. Merancang dan mengurus pemantauan pembekalan dan
penerimaan buku teks SPBT seluruh negara.
4.3. Menyediakan laporan pemantauan p e m b e k a l a n s e l u r u h
n e g a r a .
4.4. Menyediakan laporan prestasi pembekalan mengikut penerbit.
4.5. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan
dengan pembekalan buku teks SPBT.
5. Pengurusan dan Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks
5.1. Merancang aktiviti pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat
kebangsaan.
5.2. Memantau pelaksanaan pelupusan buku teks SPBT melalui laporan
berkala yang disediakan oleh JPN.
5.3. Menyelia dan memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di
peringkat JPN dan JAIN.
5.4. Memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat
PPD dan sekolah dengan kerjasama JPN dan juga JAIN.
5.5. Menyediakan laporan penyeliaan dan pemantauan.
5.6. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan
dengan SPBT.
12
6. Pengurusan Sumber Manusia dan Peningkatan Profesionalisme
6.1. Menyelaras taklimat/kursus kepada personel yang terlibat dalam
pengurusan SPBT di semua peringkat.
6.2. Merancang pembangunan sumber manusia dalam pengurusan dan
pelaksanaan SPBT.
7. Pembayaran Tuntutan Pembekalan Buku Teks SPBT kepada Penerbit
7.1. Memantau status tuntutan pembayaran pembekalan buku teks
oleh penerbit bagi buku teks SPBT di peringkat JPN seluruh negara.
7.2. Mengurus tuntutan pembayaran pembekalan buku teks SPBT
kepada penerbit untuk pesanan Pendidikan Khas dan SAR.
7.3. Menyedia dan melaporkan status pembayaran seluruh
negara.
PROGRAM KHAS BBT
1. Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan
1.1. Menentukan kriteria penilaian kategori Pengurusan SPBT
Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.
1.2. Melaksanakan penilaian bagi kategori Pengurusan SPBT
Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.
1.3. Menguruskan majlis Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang
Peringkat Kebangsaan