laporan buku teks

Upload: nurul-huda-kamarulzaman

Post on 03-Apr-2018

356 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    1/55

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    Fakulti Pengurusan & Ekonomi

    SEMESTER 2 - SESI 2012/133

    KPF 4023

    PENGURUSAN

    KURIKULUM BILIK

    DARJAH

    TUGASAN INDIVIDUANALISIS BUKU TEKS :

    PERDAGANGAN TINGKATAN 4

    KUMPULAN KULIAH : X

    DISEDIAKAN OLEH:NAMANO.

    MATRIKTANDA TANGANNURUL HUDA KAMARULZAMANL20112008611

    PENSYARAH: EN ABU BAKAR BIN YUSOF

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    2/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

    SUBJEK : PERDAGANGAN TINGKATAN : 4

    JUDUL : PERDAGANGAN TINGKATAN 4

    PENULIS : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI JALUN, SHARINI BINTI HAJI

    RAMLI

    PENERBIT : PUSTAKA SERI KANCIL

    TEMPAT TERBIT: 479A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA

    TAHUN TERBIT : 2002

    ARAHAN

    Tandakan ( ) pada skor:1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: Cemerlang

    Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi.

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    A. KESESUAIANISI KANDUNGANDENGAN TAHAP

    1. Kelengkapan isi kandungan / Penyusunan pecahan setiap topikkepada sub topik tertentu disusunsecara teratur yang dilengkapkandengan nota, contoh serta gambardan sumber rujukan internet yangdapat digunakan oleh pelajar.Setiap bab dimulakan denganpengenalan untuk memudahkan

    pelajar mendapat gambaran awaltentang topik yang akan dipelajari.Tambahan lagi, buku teks inimemuatkan rumusan bagi setiapbab yang dipelajari. Selaindaripada itu, ruangan kecil yangmemaparkan maklumat tambahandan persoalan yang merangsangminda pelajar untuk berfikir jugatelah dimuatkan dalam buku teksini. Seterusnya sebagai pelengkapisi kandungan, penulismenyediakan pelbagai bentuklatihan yang dapat mengujipengetahuan pelajar hasildaripada pembelajaran yang telahdilalui.

    2. Keluasan isi kandungan / Keluasan isi kandunganadalah berdasarkan sukatanpelajaran yang telahditetapkan oleh KementerianPelajaran Malaysia untuk mata

    pelajaran ini.

    2

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    3/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    3. Kedalaman isi kandungan / Kandungan buku memberikanpendedahan awal kepada pelajartentang asas-asas dalamperdagangan serta dapatmemperkembangkan danmempertingkatkan lagi

    pengetahuan dan kemahiran asasperdagangan yang telah dipelajaridalam mata pelajaran KemahiranHidup di peringkat menengahrendah. Oleh yang demikiandidapati penerangan dan notayang disediakan dalam setiap babbersesuaian.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara keseluruhannya,isi kandungan buku ini adalah baik dan sesuai untukmemperkenalkan pelajar kepada mata pelajaran perdagangan. Buku ini merangkumipelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selarasdengan keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Walaubagaimanapun kebanyakan isikandungan tersebut hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja mengikutaras Taksonomi Bloom. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujukkepada pelbagai aras pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajaradalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.

    B. KETEPATAN ISIKANDUNGAN

    4. Ketepatan konsep, definisidan fakta

    / Konsep, definisi dan faktayang digunakan bertepatandengan isi kandungan

    mengikut Huraian SukatanPelajaran Perdagangan.Ruangan Info Dinamik banyakmembantu pelajar memahamisesuatu istilah atau konsepdengan lebih mendalam( contoh: rujuk m/s 125)

    5. Ketepatan contoh, kes,gambar, diagram danilustrasi

    / Ilustrasi gambar sertapenerangan bagi gambardisediakan bagi memudahkanpelajar mendapat gambaran

    yang jelas tentang sesuatutopik yang dibincangkan danianya sesuai dengan isikandungan. Peta konsep jugadigunakan dala buku inisupaya pelajar mendapatgambaran yang jelas tentangsesuatu isi dalam topickyangdipelajari ( contoh rujuk m/s77). Walau bagaimanapun,terdapatcontoh yang sudah

    tidak relevan digunakan.Sebagai contoh, penulismeletakkan pasaraya Makro

    3

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    4/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    (rujuk m/s 75) sebagaicontoh,sedangkan kini Makrotelah diambil alih oleh Tesco.

    6. ketepatan dan konsistensiistilah dan simbol

    / Penggunaan istilah yangkonsisten telah digunakandalam buku ini namun

    terdapat penggunaan istilahyang tidak jelas maknanya,seperti istilah kos overhed(m/s 48) kerana penulis tidakmenerangkan apakah kosmaksud kos overhed.

    7. Ketepatan penulisanmengikut daftar ejaan.

    / Terdapat beberapa kesalahanejaan. Sebagai contoh ,perkataan 'mengehadkan'sepatutnya ditulis'menghadkan' (rujuk m/s 18).Ejaan 'xtra' untuk namapasaraya sepatutnya 'Xtra'(rujuk m/s 50).

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdaganganTingkatan 4 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatuistilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Penulisperlu memastikan penulisan ejaan dan istilah adalah tepat untuk mengelakkan

    kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu penulis perlu membuat semakanterperinci dalam penggunaan istilah agar makna sesuatu istilah itu difahami olehpembaca khususnya pelajar luar Bandar ini kerana penulisan buku teks akan menjadicontoh yang baik kepada pelajar dan guru.

    C.KEMUTAKHIRANKANDUNGAN

    8. Kesesuaian kandungandengan perkembangan ilmudan teknologi

    / Perkembangan isi kandunganbuku ini hampir seiringdenganperkembangan ilmu danteknologi, contohnya untuksub topik 3.3c (m/s 56),penulis ada menerangkantentang MesinPeruncitan Automatik dankonsep E-Dagang. Selain itu,sub topik 6.1b (m/s163) adamenerangkan pengedalianperniagaan dalam pengurusansumber manusia danpengurusan maklumatmenggunakan tekonologikomputer. Pelajar juga bolehmendapatkan info tambahan

    dengan melayari laman webyang disediakan sebagai

    4

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    5/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    rujukan. Namun, terdapat jugamalkumat lama dan beberapalaman web yangdicadangakan tidak dapatdilayari lagi seperti http://e-tutoring.tripod.com/per/bab4/jenis/pbrg.html (contoh rujuk

    m/s 79).

    9. Kemutakhiran contoh,gambar, ilustrasi, peraturandan kes sebenar.

    / Hampir semua contoh dangambar adalah terkini sepertisistem komunikasi dankomputer, nama dan premisperniagaan terkini serta iamerujuk kepada kes yanghampir dengan persekitaranpelajar terutamanya dikawasan bandar. Namunterdapat juga maklumat yangdiberi tidak mengikutperkembangan semasa sepertiPerbadanan pembangunanIndustri Kecil dan Sederhana(SMIDEC) tidak diguna pakailagi kerana telah digantikandengan SME Corporation (SMECorp)(rujuk m/s 153).

    10. Kemutakhiran daftar ejaan / Daftar ejaan dalam buku iniadalah yang terkini mengikut

    perkembangan ilmu dansituasi semasa. Sebagaicontohnya istilah Tvi (TvInteraktif) (m/s63), e-Dagang(m/s 60) dan IKS (IndustriKecil sederhana).Namun,istilah lama yangsesuai juga masih digunapakai dalam kandungan bukuini contohnya 'memecahpukal' (m/s 39) dan 'hutanglapuk' (m/S62).

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini adalah baik. Ini kerana isikandungan yang disediakan seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi semasa.Kesahihan maklumat dan kandungan buku ini hendaklah dikaji dan melalui prosespenyemakan semula bagi memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbingpelajar mengikut arus semasa terutamanya dalam perkara asas perdagangan danperniagaan.

    D. KESESUAIAN

    DENGANKEHIDUPAN

    11. Sesuai dengan

    perkembangan dankemampuan pelajar

    / Isi pelajaran yang terkandung

    di dalm buku ini bagus dansesuai dengan perkembangan

    5

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    6/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    PELAJAR dan kemampuan pelajar.Namun begitu, kelebihan bagipelajar bandar kerana konsepperdagangan yang digunakanlebih hampir dengankehidupan mereka. Mereka

    juga mudah mendapatkan

    maklumat melalui kemudahaninternet yang mudah didapatidalam persekitaran kehidupanmereka.Berbeza denganpelajar luar bandar pulakerana agak sukar untukmereka memahamisesetengah istilah misalnyadalam bab perdaganganantarabangsa dan pelaburan.Penjelasan secara mendalamdan contoh yang bersesuaiandengan suasana persekitaranmereka dapat membantumereka.

    12. Sesuai dengan keadaan dansituasi lingkungansosiobudaya pelajar

    / Contoh -contoh yangdigunakankebanyakannya sesuai denganlingkungan sosiobudayapelajar di Malaysia (contohrujuk m/s 41)

    13. Menggunakan contoh,gambar dan kes tempatan(Malaysia)

    / Kebanyakan contoh dangambar dan kes tempatanyang digunakan biasa dilihatoleh pelajar. Bagi topikantarabangsa pula contoh dariluar negara di gunakan.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengan kehidupan pelajar. Walaupun penyediaanbuku teks ini mengikut zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapihakikatnya pelajar yang tinggal diluar bandar akan tetap menghadapi masalah untukmendapatkan maklumat tambahan sekiranya perlu. Ini merujuk kepada kemampuanekonomi keluarga dan kemudahan teknologi yang sukar untuk memenuhi tuntutanpendidikan semasa.

    E. KEPEKAANTERHADAP NILAITEMPATAN

    14. Menumbuhkan kepekaanterhadap nilai-nilai tempatan(ikut subjek)

    / Banyak nilai murni danamalan positif sepertibertanggungjawab, amanah,rasional dalam membuatkeputusan, berdikari danberdayasaing serta memberipendedahan tentang

    pembentukan perniagaanditerapkan dalam buku ini.

    6

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    7/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    (contoh rujuk m/s 145)

    15. Menumbuhkan kepekaanterhadap nilai-nilai gagasan/wawasan negara

    / Kebanyakkan nilai gagasandan wawasan negara tidakditerangkan secara jelas dantersirat.Pelajar mungkin tidakmenyedari tentang nilai yang

    ingin diterapkan. Misalnyadalam sub topic 4.1cmenyatakan kepentinganperniagaan antarabangsakepada negara. (m/s 114)

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur yang menunjukkankepekaan nilai-nilai murni walaupun ada segenlintirnya dinyatakan secara tersirat.Aktiviti berkumpulan mampu melahirkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong.Disamping itu, kandungan isi buku ini dapat membimbing pelajar menjadi peniaga yangamanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan atauindividu yang dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmurannegara.

    F. FOKUSKANDUNGAN

    16. Mendorong perasaan ingintahu pelajar.

    / Ruangan cetusan mindadalam buku teks ini mampumendorong pelajar untukmengetahui lebih lanjuttentang sesuatu perkara.Pelajar juga bolehmendapatkan maklumat

    tambahan melalui rujukanlaman web yang dicadangkanoleh penulis buku.

    17. Memperkembangkan dayakreativiti

    / Banyak aktiviti yang dapatmerangsang minda pelajarberfikir secara luas disediakandi setiap bab. Melalui aktivitiini dapat mendorong pelajarmembina idea baru contohnyabagaimana untuk menambahpendapatan melaluiperniagaan serta kaedahmembuat promosi yang kreatifdan unik demi untukmemajukan perniagaan.(contoh rujuk m/s 187)

    18.Mengembangkan dayakritikal

    / Penulis banyak menekantentang ciri-ciri usahawan danpeniaga seperti inovatif,berani menghadapi risiko,gigih dan tidak mudah putus

    asa yang dapat dijadikancontoh oleh pelajar agar

    7

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    8/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    menjadi individu yangsentiasa ingin maju dalamhidup dan tidak hanyamenerima sesuatu keadaantanpa sebarang tindakbalasatau persoalan.Sebaliknyamereka akan sentiasa ingin

    mengetahui apa jua puncasesuatu kejadian contohnyaapabila gagal dalam sesuatumereka akan menilai mengapasituasi itu berlaku.

    19. Mengembangkan kemahiranhidup

    / Isi kandungan buku teks nimemberi pendedahan awalkepada pelajar mengenai caramemulakan perniagaan,mengamalkan cara-cara kerjayang sistematik danmengetahui serba sedikittentang risiko sertaperkembangan perdaganganantarabangsa dapat memberigambaran kepada merekauntukmembentuk kerjaya masadepan.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara keseluruhannya, buku teks ini telah diolah dengan baik. Jika dilihat dari sudut kandungandan latihan yang disediakan, ia mampu meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selaindaripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajartentang dunia perniagaan yang dapat memberi gambaran awal serta mengembangkan minatmereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Guru perlu membantu pelajar dengan memberpenjelasan yang jelas dan mendalam serta mengaitkan dengan kehidupan seharian pelajar supayamerak tidak merasa bosan mempelajari subjek perdagangan ini.

    G. TEKNIKPENYAJIANKANDUNGAN

    20. Bab dan sub bab dipaparkan secara konsistensidan sistematik

    / Penulis mengaplikasikankonsistensi dalam buku teksini dengan menggunakanpernomboran yang sistematik.Setiap tajuk besar menjadi

    pendahuluan dan akan diikutioleh beberapa sub tajuk kecilyang memaparkan isiberdasarkan kandunganbab.Seterusnya diikuti olehrumusan dan latihan sebagaipenutup untuk setiap bab.

    21. Ketertiban konsep, definisidan fakta

    / Setiap permulaan babdimulakan dengan definisi danpenjelasan bagi setiap

    penggunaan istilah dankemudiannya diikuti dengan

    8

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    9/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    nota dan diselang selikandengan aktiviti kumpulan.Sebagai contoh, kandunganbuku teks ini jugamenerangkan cara-caramemulakan perniagaan danprosedur yang perlu dipatuhi

    (rujuk m/s 177-180).Seterusnya bahagianrumusan dan latihanpengukuhan untuk babtersebut.

    22. Bersifat konstekstual / Isi kandungan dapatmengembangkan kefahamanpelajar serta mengamalkanprinsip asas perdagangan danusahawan supaya bolehbertindak sebagai seorangpengguna atau pengeluarselaras dengan nilai dan etikaperniagaan. Gambaran yangdiberikan juga berkait rapatdengan kehidupan pelajar.Sebagai contoh, penulismemberi gambaran yang jelasbagaimana barangan sampaikepada pihak pengguna (rujukm/s 38). Isi kandungan yangberkait rapat dengan

    kehidupan pelajar mampumenjadikan pelajar bertindakdengan bijak dan dapatmenyesuaikan diri mengikutperkembangan teknologisemasa. Kemahiranmenguruskan perniagaansecara tidak langsungmengembangkan kemahiranmengendalikan urusan diridan keluarga secara teratur,kemas dan bertanggungjawab

    selaras dengan nilai dantatasusila masyarakat danbijak mengumpul, memprosesmaklumat secara sistematik,seterusnya membuatkeputusan yang rasional.

    23. Keseimbangan di antara babdan sub bab

    / Kuantiti kandungan bab dansub bab adalah seimbang iaitudi antara 1- 6 sub bab dalamsatu-satu topik. Namun pada

    bab3 iaitu topik Perniagaan Dalam

    9

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    10/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Negeri dalam buku ini terlaluBanyak sub bab yang inginditerangkan berbanding bablain

    24. Kesinambungan di antarabab/ sub bab/ topik.

    / Kesinambungan antara babdan sub bab adalah

    bersesuaian dengan dengantopikperbincangan bagi setiap babdalam buku ini. Pelajardidedahkan dengan asasperdagangan serta sejarahawalperdagangan. Seterusnya,aras pengetahuan pelajarmeningkat sedikit demi sedikitdengan lebih mendalamtentang perjalananaktiviti dalam perdaganganseperti pengeluaran, agihan ,promosi, perniagaanantarabangsa seterusnyasumber kewangan perniagaanmelalui tajuk perbankkan danpelaburan.

    25.Keutuhan makna yangterdapat dalam bab/ subbab/ topik

    / Isi kandungan nota yangditulis dalam buku ini adalahmenggambarkan tema

    berkaitansukatan pelajaran untukperdagangan.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara keseluruhannya, teknik penyajian kandungan buku ini baik. Penyusunan kandungan jugadimulakan dari aras yang rendah dan meningkat ke aras yang lebih tinggi dalam satu-satu bab.

    H. PAPARANKANDUNGANPEMBELAJARAN

    26. Berpusatkan kepada pelajar / Sebahagian kandungan bukuiniberpusatkan pelajar. Selain

    daripada nota, aktivitiberkumpulan danperbincangan dimanapenglibatan pelajar diperlukandisediakan.

    27. Pembelajaran kendiri / Setiap aktiviti yang disediakandiberikan arahan cara untukmenyelesaikannya. Terdapat

    juga latihan melabelgambarajah secara tidak

    langsung merangsangpemikiran pelajar.(contoh

    10

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    11/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    rujuk m/s 201).

    28. Bervariasi / Penyampaian informasi dalambuku teks ini bervariasi iaituselain penerangan nota, ia

    jugamenggunakan jadual

    perbandingan, gambar danrajah bagi menerangkansesuatu proses atau cirisesuatu struktur.( Contohnya rujuk m/s 45 -50).Namun begitu, penggunaanwarna hitam putih padagambar memberikan kesanpaparan yang kurang menarik.Penggunaan warna hanyadibuatdalam bab 3 buku ini. Ini bolehmenyebabkan pelajar mulaberasa bosan semasamembaca isi kandungan bukuini.

    29. Adil & demokrasi (tidak biaslokasi, gender, etnik dll)

    / Kandungan buku ini tidak biaskepada pelajar Bandar danluar bandar. Cuma,lokasi dipedalaman menyukarkanpelajaruntuk merasai perkembangan

    semasa serta kemudahan ICT.Oleh yang demikian sesuatuyang biasa bagi pelajar bandarmenjadi perkara baru bagipelajar luar Bandar seperti E-Dagang. Namun pengetahuanini perlu diterangkan denganlebih mendalam oleh gurubagi memastikan pelajar luarbandar tidak ketinggalandengan perkembangansemasa.

    30. Mengembangkan kemahiranproses

    / Gaya pemaparan kandunganpembelajaran dalam buku inidapat membantumengembangkan kemahiranproses pelajar iaitu pelajarmendapat pendedahan dangambaran awal beberapaprosesyang berkaitan denganperdagangan.Sebagai

    contoh:a) rangkaian proses

    11

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    12/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    pengeluaran(m/s 8)

    b) proses bertukar barangmelalui sistem barter (m/s

    18)c) proses pengagihan sesuatu

    barang (m/s 38)

    d) proses mendokumentasidalam perniagaan (m/s 82)

    e)prosedur import & eksport(m/s 118)

    f) proses pengendalianperniagaan (m/s163)

    g) kaedah mengira pulanganhasil pelaburan.

    Segala pengetahuanmengenaiproses ini dapat merangsangpelajar berfikir bagaimanastrategi dan proses untukmemulakan perniagaandan merangsang merekamembuat keputusan yangrasional dalam menjadiindividu yang berjaya dalamkerjaya.

    31. Mencipta komunikasiinteraktif

    / Melalui sesi perbincanganberdasarkan pelbagai bentuklatihan seperti kerja kumpulan

    dan forum yang disarankandalam buku ini dapatmewujudkan komunikasi yanginteraktif dari pelbagai hala.Aktiviti ini akan merangsangpelajar berfikir, bekerjasamauntuk berkongsi maklumatdan pengetahuan.

    32. Menekankan aspekkeselamatan (bagi subjekamali/ praktik)

    / Dalam sub topik BantuanPerniagaan mengajar pelajartentang risiko danmenekankan kepentinganinsurans untuk melindungikeselamatanperniagaan.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Secara kesimpulannya, pemaparan kandungan buku ini adalah menyeluruh. Ini merangkumipenyediaaan nota dan latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar. Namun begitu, penggunaanwarna hitam putih kurang menarik minat pelajar. Oleh yang demikian, dicadangkan supayapenulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai

    warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar untuk menggunakannya. Inidapat mengalakkan pelajar agar tidak bergantungsepenuhnya kepada buku teks kerana pelajar

    12

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    13/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    lebih tertarik kepada warna dan cara buku itu dipersembahkan. Ini dikhuatiri maklumat yangterdapat dalam buku teks dan buku rujukan berbeza dan seterusnya mengelirukan para pelajar

    I. KELENGKAPANDOKUMENTASI

    33. Ada kata pengantar / Buku ini ada menyediakanruangan kata pengantar iaituoleh Ketua Pengarahpendidikan Malaysia ( Datuk

    Abdul Rafie Bin Mahat)(rujukm/s vii) dimana beliaumenjelaskan tentang tahaptahap kualiti penyediaanbuku ini melalui semakansemula dan diperakui olehKementerian Pelajaran sertamemenuhi Sukatan danHuraian sukatan Pelajaran.

    34. Definisi istilah dinyatakan / Ruangan Glosari disediakan dibahagian helaian belakangbagi memudahkan pelajarmembuat rujukan bagi istilahyang digunakan dalam bukuini. (rujuk m/s 226-228)

    35. Ada carta/ Advanceorganizer pada awal bab

    / Di setiap pengenalan bab bagisetiap topik ada disediakantajuk, hasil pembelajaran danmotif pembelajaran (contohrujuk m/s 23). Peta konsep

    juga disediakan bagi

    memudahkan pelajarmengetahui apa yangdipelajari dalam bab tertentu.Ruangan Renungan Sejenak

    juga dilampirkan bagimengimbas kembali apa yangtelah dipelajari dalam babyang sebelumnya (contohrujuk m/s 24). Di samping itupenulis juga meletakkanilustrasi gambar yangberkaitan dengan bab dan inimembantu memberikangambaran yang lebih jelaskepada pelajar.

    36. Sumber maklumat terkini:teks, data, gambar, jadual,diagram, nama, tarikh &sumber internet.

    / Sumber rujukan yangdigunakan oleh penulis adalahdi antara tahun 1985 -2005.Penulis juga banyakmenggunakan sumber atastalian. (rujuk 229-230).

    37. Ada rumusan pada setiaptopik/ bab. / Rumusan bagi setiap babdisediakan pada akhir topic.

    13

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    14/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Rumusan yang ringkasmemudahkan pelajar melihatisi penting dalam setiap bab.

    38.Tugasan, latihan dan contohsoalan diberi pada setiapbab.

    / Semua soalan yang disediakanmeliputi kaedah penyoalanyang berbeza. Pada akhir

    setiap sub topik disediakanaktiviti kelas dan kumpulanberbentukperbincangan ataupun soalanberkaitan. Bagi setiap akhirsetiap bab pula di sediakansoalan berbentuk objektif, eseidan kajian kes sebagai aktivitipengukuhan pelajar .

    39. Ada bibliografi/ rujukanterkini

    / Daftar pustaka untuk buku inidinyatakan pada bahagianawal buku iaitu dimulakandengan judul buku, namapengarang (seramai 4 orang),nama editor, nama dan alamatpenerbit (Pustaka Seri Kancil),tahun terbitan ( 2002) sertatempat cetakan buku ini dibuat (Percetakan Laser PressSdn. Bhd).

    40. Terdapat Indeks / Ruangan Indeks dan Glosari

    ada di sediakan dan inimemudahkanpengguna buku ini mencarikedudukan dan maknasesuatu istilah atau perkataanberkaitan teks dan ditulismengikut turutan alphabet(rujuk m/s226,227,228 & 232).

    41. Ada lampiran (bagi perkarayang berkaitan

    / Buku ini ada menyediakanlampiran bagi ruangan Glosari,Senarai Rujukan, senaraiRujukan Laman Web danIndeks di mana ia dapatmenjadi panduan rujukantambahan pelajar. (rujuk ms226 - 232).

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

    Kesimpulannya, struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap. Buku ini dimulakandengan kata penghantar sebagai pengenalan buku. Hasil pembelajarn dinyataka pada

    setiap bab memudahkan pelajar apa yang bakal mereka pelajari dalam bab tersebutmembantu pelajar mendapatkan maklumat yang lebih awal sebelum mereka

    14

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    15/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    memulakan pembelajaran. Seterusnya susunan nota dan di selang selikandenganlatihan yang berbeza dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini dismaping dapat mengalakkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Bahagian akhirbuku diakhiri dengan bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks.

    PENGENALAN

    Perdagangan adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan 4 dan 5 dalamKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah kumpulan Sastera Ikhtisas.Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dankemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidupdi peringkat menengah rendah. Nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan juga akan

    dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.

    Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan yang melampauiperingkat kenal faham untuk:

    i. Membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdaganganii. Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam

    menjamin kesejahteraan hidup melali berbagai aktiviti perdaganganiii. Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-

    amalan asas perniagaan dalam negeri dan antarabangsaiv. Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-

    perkhidmatan yang membantu perniagaan

    v. Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidangperniagaan secara formal dan tidak formal

    vi. Mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangansupaya dapat membuat pilihan dengan bijak

    Mata pelajaran ini juga dapat memenuhi keperluan pendidikan perdagangan bukansahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh arah aliran danperkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi pelajarpendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif.mata pelajaran ini juga dapat memberi pegetahuan dan kemahiran asas dalam bidangperdagangan. Seterusnya, diharap pelajar mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dankemahiran serta mengukuhkan minta bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan ke

    peringkat yang lebih tinggi serta membantu pelajar mengenal pasti peluang pekerjaan dalambidang perdagangan dan memilih pekerjaan dengan bijak. Hal ini sejajar dengan matlamat

    15

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    16/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    KBSM iaitu melahirkan pelajar yang mampu berdikari, berktrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknologi dan ekonomi semasa danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bagimewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga dan masyarakat.

    Secara umumnya, Perdagangan merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevandalam menerapkan menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari

    aspek kandungan, penerapan nilai dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalampenilaian terhadap buku teks Perdagangan tingkatan empat ini akan dibincangkanmengenai matlamat pendidikan perdagangan itu sendiri, kekuatan dan kelemahan buku teksini serta cadangan bagi menambahbaik buku teks ini.

    1.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan. Setiap guruharuslah memastiakn bahawa mereka dapat mencapai matlamat tang telah ditetapkandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962) melalui Huraian SukatanPelajaran Perdagangan, matlamat utama sebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untukmenyampaikan pengetahuan. Pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu dataatau fakta, konsep, generalisasi dan prinsip. Hal ini menyebabkan pelajar menguasaipengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek iaitu kognitif, psikomotor, afektif,rohaniah dan sosial. Hal ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif sertamembentuk pelajar berdikari.

    Mata pelajaran Perdagangan bertujuan untuk member pendidikan perdagangan supayapelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip dan amalan positif dalambidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini dapat membantu pelajarmenjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksanadalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup beerdikari dan berani menghadapipersaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untukesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    Objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar:

    i. Mengenal pasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaandalam negeri dan antarabangsa

    ii. Mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaaniii. Mengetahui dan memahami peranan industri kecil dan sederhana dalam

    pengeluaraniv. Membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur

    penubuhannya

    v. Mengenal pasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untukmelabur

    16

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    17/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    vi. Mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan perniagaan membantupengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna

    vii. Memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindunganpengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional

    viii. Mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantuperniagaan

    ix. Membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan

    meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggix. Mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih

    sesuatu pekerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri ataubekerja dengan majikan

    KEKUATAN YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS

    Pendidikan di Malaysia meletakkan buku teks sebagai salah satu sumber untuk kegunaanpelajar dan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (BahagianBuku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Buku teks ialah bahan pengajarandan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut keperluan dan penekananpihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Buku teks adalah wadah penyampaian ilmudan dianggap sebagai jambatan antara sukatan pelajaran dan pengguna. Buku teks jugamenterjemah keperluan kurikulum ke dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaranyang sesuai dengan keperluan pengguna.

    Buku teks Perdagangan tingkatan empat ini ditulis oleh empat orang penulis iaitu Heng SeaiKie, Chiam Chee Siang, Zakiyah binti Jalun dan Sharini binti Haji Ramli.. Mereka merupakanpenulis yang mempunyai kelayakan dalam bidang perdagangan. Buku teks ini ditulisberdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM) yang baru iaitu Edisi 2002, edisi semakan semula. Buku inimengandungi tujuh bab yang merangkumi prinsip asas dalam bidang perdagangan.

    Secara umumnya, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam membuatpenilaian atau analisis terhadap sesebuah buku kerana buku teks menjadi sumber rujukanutama pelajar di semua sekolah di Malaysia. Sesungguhnya sesebuah buku teks itu perlu

    mempunyai ciri-ciri seperti kandungan fakta yang diyakini sumbernya, penulis yangmempunyai kewibawaan dan diiktiraf, mengandungi pengetahuan yang bersesuaian denganaras pengetahuan pelajar, sesuai bagi sesebuah mata pelajaran, bersifat menyeluruh dansebagainya. Menurut penilaian yang telah dibuat terhadap buku teks ini didapati beberapaaspek yang dilihat menjadi asas dan kekuatan dalam menepati ciri-ciri buku panduan danrujukan sumber utama murid. Kandungan buku teks merupakan aspek penting dalampenghasilan buku teks Antara kekuatan tersebut termasuklah dari sudut pemilihan isikandungan yang sememangnya berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaranPerdagangan Tingkatan Empat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiasejajar untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia di mana fokus pembelajaranbukan kepada pengetahuan sahaja tetapi juga dalam meningkatkan kemahiran pelajar.

    Tahap pengetahuan pelajar yang berbeza-beza dapat disesuaikan dalam buku teks inikerana objektif pembelajaran yang dibina adalah bersifat pelbagai iaitu dari tahap aras

    17

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    18/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    rendah kepada aras tinggi. Dari sudut kelengkapan isi kandungan pula dapat dilihatkekuatannya iaitu pemilihan isi kandungan yang bersesuaian dan disusun secara sistematikdan teratur dan secara kronologi bagi memudahkan pelajar membina pengetahuan.Pengetahuan baru dapat dibina di atas pengetahuan lama kerana sifat isi kandungan yangberkesinambungan. Buku ini juga ditulis dengan baik apabila melihat kepada penggunaancontoh, gambar dan kes tempatan bermaksud contoh bagi penyataan atau isi yangdinyatakan berkait rapat dengan gambaran yang dapat dibuat oleh pelajar kerana situasi

    atau contoh yang digunakan terdapat dalam lingkungan budaya serta gambaran tempatan.Pelajar mudah memahami sesuatu konsep dan pengetahuan apabila penulis memberikancontoh yang paling dekat dalam diri pelajar dengan. Namun begitu, bagi melihat kepadafakta sebenar yang berkaitan diselitkan juga contoh dan gambar dari luar negara bagimemberi gambaran tepat. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mempunyaipengetahuan globalisasi semasa.

    Tahap pengetahuan pelajar juga dapat diperkembangkan lagi dengan info tambahanyang diberikan oleh penulis pada ruangan kecil yang dikenali sebagai Cetusan Minda danInfo Dinamik. Melalui latihan yang diberikan juga, dapat dilihat bahawa penulis bijak dalammempelbagaikan latihan dan ianya dibuat berdasarkan minat pelajar dan dekat dengan jiwamereka. Sebagai contoh latihan berbentuk peta konsep, pencarian maklumat dalam lamanweb, dan sebagainya.

    Selain itu,kedalaman aspek isi kandungannya juga dapat dilihat melalui persembahan isiyang lengkap dan tersusun secara sistematik. Keluasan isi kandungan ini juga dapat dilihatdaripada pemilihan topik dan sub topik bagi keseluruhan buku yang bersifat menyeluruhmerangkumi fakta berkaitan kes tempatan dan luar negara bagi mendapatkan fakta yangbersifat menyeluruh. Format persembahan pada keseluruhan buku teks juga dilihatterancang, berfungsi,agak jelas dan mudah. Terancang disini membawa maksud susunan isikandungan dan pengisiannya adalah sangat sistematik selain jelas dan mudah difahamioleh pelajar.

    Tambahan lagi jika dilihat dari sudut teknik penyajian kandungan terdapat beberapaperkara positif yang dapat dikenalpasti antaranya ialah bab dan sub bab yang dipaparkanadalah secara konsistensi dan sistematik. Malah, terdapat juga keseimbangan antara babdan sub bab walaupun maklumat bab 3 panjang sedikit berbanding bab yang lain sertaianya berkesinambungan serta mempunyai keutuhan makna antaranya.

    Akhir sekali aspek yang turut dilihat agak baik dan menjadi kekuatan buku ini ialahaspek pendokumentasian yang agak lengkap. Terdapat beberapa perkara yang menjadikekuatan dalam bahagian pendokumentasian ini antaranya kelengkapan dari segipenyediaan bahagian pengenalan buku tang terdiri daripada mempunyai bahagianPenghargaan, Isi Kandungan, Kata Pengantar dan Pendahuluan. Manakala bahagian isikandungan pula ada dinyatakan definisi atau istilah sesuatu perkataan, carta atau petakonsep pada awal setiap bab, dan maklumat juga agak terkini serta disediakan rumusanpada setiap akhir bab bagi menutup setiap bab dan setiap rumusan ini diselitkan dengannilai patriotisme serta latihan dan aktiviti bagi setiap bab bagi memberi pengukuhan kepadapelajar. Bahagian penutup juga ada dinyatakan beberapa perkara yang sepatutnya ada iaituGlosari, Sumber rujukan atau bibliografi serta turut dinyatakan indeks.

    18

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    19/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    3.0 KEKURANGAN YANG TERDAPAT PADA BUKU TEKS

    Setelah penilaian dibuat ke atas buku teks Perdagangan Tingkatan Empat ini, didapatiterdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki oleh pihak penulis itu sendiri antaranyakelemahan yang sangat ketara dalam aspek persembahan gambar, ilustrasi dan diagramyang digunakan. Yang amat jelas tidak menarik ialah dari sudut kualiti sesebuah gambaryang digunakan. Penggunaan warna hitam putih tidak dapat menarik minat pelajar untukmembaca. Penggunaan ilustrasi berwarna hanya digunakan dalam bab 3 sahaja. Namunterdapat beberapa ilustrasi yang digunakan dilihat agak menarik kerana memberi gambarandengan baik tentang sesuatu perkara. Kualiti gambar yang kurang menarik ini menimbulkanperasaan bosan dalam kalangan pelajar kerana pelajar lebih tertarik kepada gambar yangbersifat menarik dan kreatif.

    Seperti yang sedia maklum, buku teks merupakan sumber utama dalam pengajarandan pembelajaran di sekolah. Maklumat yang diberikan haruslah bertepatan dengankeadaan semasa. Di dalam buku ini, ada contoh yang tidak relevan lagi kepada pelajar.Contohnya penggunaan gambar Pasaraya Makro masih digunakan sedangkan pasarayatersebut sudah diambil alih dan diuruskan oleh pengurusan lain. Contoh lain yang masihdigunakan peleh penulis ialah Perbadanan pembangunan Industri Kecil danSederhana (SMIDEC) tidak diguna pakai lagi kerana telah digantikan dengan SMECorporation (SME Corp).

    Tambahan lagi, sebahagian kecil maklumat laman web yang dijadikan

    sebagai rujukan untuk pelajar juga sudah tidak dapat dilayari. Hal ini akanmenyusahkan pelajar untuk mencari maklumat dan minat mereka untukmencari maklumat mungkin akan luntur sekiranya mereka menghadapi masalahdalam mendapatkan maklumat tambahan. Laras bahasa yang sukar dan ejaansalah akan mengelirukan para pelajar. Terdapat beberapa kesalahan ejaandalam kandungan buku ini yang perlu dititik beratkan. Kesilapan bahsa danejaan dalam buku teks akan menjejaskan pembelajaran pelajar.

    Penerbitan buku teks Perdagangan berbeza bergantung kepada zon yangtelah ditetapkan sedangkan pelajar menduduki kertas yang sama dalampeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maklumat dan cara penyampaianyang berbeza mengikut zon. Pelajar boleh menjadi keliru sekiranya mereka

    menggunakan buku teks yang berbeza sebagai rujukan tambahan. Seharusnyaapabila melibatkan peperiksaan besar seperti SPM, kandungan dan maklumat

    19

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    20/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    yang disampaikan mempunyai tahap yang sama dan standard tanpa mengikutzon yang telah ditetapkan.

    4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUKU TEKS

    Sebuah buku teks yang baik mempunyai beberapa perkara yang dapat memastikan isikandungan dan persembahan buku tersebut dapat disampaikan dengan baik dan efektifagar sesebuah buku teks itu dapat menjalankan fungsinya sebagai sumber rujukan utamapelajar. Buku teks yang baik mampu memberi bimbingan serta membina sikap para pelajarsecara langsung dan tidak langsung.

    Selain itu juga, buku teks yang baik mampu dijadikan rujukan dan menyediakanmaklumat kepada para pelajar supaya pelajar tidak bergantung harap kepada bukurujukan.Ini diharap dapat membantu pelajar dalam menguasai dan memahami setiap topik

    yang dipelajari walaupun dengan bersumberkan buku teks sahaja. Peranan buku teks initidak dipandang serius oleh sesetengah pihak terutama pelajar. Sebagai medium utamadalam proses pengajaran dan pembelajaran, buku teks menjadi aspek penting untukmemastikan proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan denganefektif walaupun buku teks hanyalah sebahagian daripada bahan bantu mengajar yangdigunakan oleh guru. Jadi seharusnya buku teks itu mempunyai ciri-ciri yang baik danmengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan menjadi sumber utama dalam prosespengajaran dan pembelajaran serta mampu menjadikannya sebagai sumber bacaan danrujukan utama kepada semua pelajar.

    Setelah melihat kepada kekuatan dan kelemahan dalam penulisan buku teks ini dapatdicadangkan beberapa penambahbaikan bagi membantu penghasilan buku teks yang lebih

    baik pada masa akan datang. Daripada beberapa kelemahan yang telah dikenalpastisemasa penilaian dilakukan terhadap buku teks ini terdapat beberapa perkara yang dilihatdapat diperbaiki salah satunya adalah aspek reka bentuk buku teks yang merangkumiaspek-aspek teknikal seperti rupa luaran buku teks, penggunaan gambar atau grafik yanglebih menarik, ilustrasi yang menarik serta sudut persembahan isinya perlu dibuat denganpenggunaan peta minda dan perlu dipelbagaikan dari sudut persembahan. Ini kerana sukaruntuk menarik pelajar untuk membaca buku ini yang dianggap penuh berfakta yang sukardiingati, jadi seharusnya gambar dengan warna yang menarik dan jelas perludipersembahkan agar pelajar merasakan subjek perdagangan ini sebagai satu subjek yangmenarik dan mudah dipelajari.

    Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain daripada

    nmenyediakan tayangan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan sepertiperniagaan runcit, pengangkutan dan promosi untuk menarik perhatian dan minat pelajar.

    20

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    21/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Selain itu juga, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan dengan nota-nota yang interaktifserta contoh-contoh atau idea kreatif dalam menjalankan perniagaan. Cd ini juga bolehdijadikan nota tambahan dan rujukan awal sebelum pembelajaran bermula.

    Akhirnya, dapat dicadangkan juga penggunaan unsur-unsur animasi dalammenyampaikan maklumat berkenaan fakta sejarah ini untuk memudahkan pelajar membaca.Ini diharap dapat membantu pelajar untuk menimbulkan minat untuk mempelajari mata

    pelajaran ini serta mengharapkan pihak tertentu atau penulis sendiri untuk menyediakansekeping cakera padat berkaitan keseluruhan topik dalam bentuk animasi yang diolahmengikut kesesuaian pelajar mengikut tingakatan dan aras pelajar. Bentuk animasi ini dilihatdekat dengan jiwa pelajar di peringkat umur ini dan ianya perlu dibuat dengan teliti danmenggambarkan situasi yang bersesuaian dengan topik yang dibincang. Diharapkanbeberapa cadangan ini dapat membantu penambahbaikan dalam buku teks PerdaganganTingkatan Empat ini agar ianya lebih bersifat fleksibel dan efektif bagi kegunaan pelajar.

    5.0 PENUTUP

    Buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dan dihafal.Sebaliknya, buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara aktif sepertimempersoalkan isu atau pendapat agar pembaca dapat mengambil bahagian dalam setiapperbincangan yang dilakukan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebih bermaknasekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bukuteks juga dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang seragam kepada pelajar.Pengalaman ini menyediakan pelajar ke tahap pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggidari pelbagai aspek. dengan kata lain, ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagipengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebih kompleks di kemudian hari.

    Secara keseluruhannya daripada kesemua aspek yang telah dinyatakan iaitu aspekisi kandungan, pengisian, teknik penyajian, pendokumentasian dan sebagainya, buku initelah hampir memenuhi aspek tersebut. Buku teks merupakan sebuah buku yang dianggappenting bagi pelajar kerana ianya dianggap sumber rujukan yang lengkap dan tepat. Jadiseharusnya pelbagai pihak perlu memandang berat terhadap aspek penulisan danpenghasilan buku teks ini agar tidak menyampaikan sesuatu yang salah kepada pelajar.Justeru,sesebuah buku teks yang menjadi rujukan pelajar itu sangat memainkan perananpenting dalam mendapatkan maklumat dan rujukan yang tepat serta memandu pelajardalam mempelajari subjek ini dengan lebih baik. Penilain buku teks perlu bagi mengekalkankualiti buku teks seterusnya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiranserta mengembangkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang ilmu yang dipelajari melaluisesuatu mata pelajaran di sekolah.

    21

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    22/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    BIBLIOGRAFI

    Heng Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah Binti Jalun, Sharini Binti Haji Ramli (2002),Perdagangan Tingkatan Empat, Pustaka Seri Kancil, Melaka

    Huraian Sukatan Mata Pelajaran Perdagangan dimuat turun melaluihttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp/perdagangan.pdfpada 20 September 2012

    22

    http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp/perdagangan.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp/perdagangan.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp/perdagangan.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp/perdagangan.pdf
  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    23/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    LAMPIRAN

    23

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    24/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 1 : Halaman Muka Hadapan Buku Teks

    24

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    25/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 2 : Halaman Muka Belakang Buku Teks

    25

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    26/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 3 : Isi Kandungan Buku Teks

    26

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    27/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    27

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    28/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 4 : Halaman Kata Pengantar

    28

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    29/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 5 : Halaman Pendahuluan

    29

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    30/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 6 : Halaman Penghargaan

    30

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    31/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 7 : Halaman pengenalan di setiap permulaan bab

    31

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    32/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 8 : Halaman rumusan di setiap akhir bab

    32

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    33/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 9 : Contoh latihan di setiap akhir bab

    33

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    34/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    34

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    35/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 10 : Contoh penerangan nota melalui carta aliran

    35

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    36/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 11 : Contoh penerangan nota melalui peta konsep

    36

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    37/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    37

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    38/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 11 : Contoh penerangan nota melalui jadual

    38

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    39/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 12 : Contoh penerangan nota melalui gambar rajah

    39

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    40/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    40

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    41/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 13 : Contoh ruangan Info Dinamik

    41

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    42/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 14: Contoh aktiviti individu

    42

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    43/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 15: Contoh aktiviti kumpulan

    43

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    44/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 16 : Contoh ilustrasi

    44

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    45/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    45

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    46/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 17 : Contoh gambar yang tidak relevan digunakan lagi

    46

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    47/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 17 : Contoh kesilapan ejaan

    47

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    48/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    48

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    49/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 18 : Contoh ketidakmuktahiran kes (SMIDEC kepada SME Corp)

    49

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    50/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 18 : Contoh rujukan laman sesawang

    50

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    51/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 19 : Contoh borang

    51

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    52/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 20: Glosari

    52

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    53/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 21: Halaman Senarai Rujukan

    53

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    54/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    54

  • 7/28/2019 Laporan Buku Teks

    55/55

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Lampiran 22: Halaman Indeks