penilaian buku teks fizik tingkatan 4 secara · pdf filekajian penilaian buku teks perlu...

12
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 937 PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA KUANTITATIF Muhamad Mubarrak Mohd Yusof & Siti Fairuz Dalim Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor [email protected] Muhamad Firdaus Ramli Fakulti SeniLukis & SeniReka Universiti Teknologi MARA [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah mengenai Buku Teks Tingkatan 4 yang dinilai secara kuantitatif. Buku yang di nilai adalah buku teks Fizik tingkatan 4 yang mempunyai 178 muka surat. Buku ini dinilai kerana tidak terdapat banyak kajian tentang keberkesanan dan nilai sesebuah buku teks itu mahupun kajian buku teks lain di Malaysia. Kaedah penilaian merupakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan nilai indeks bagi menggambarkan nilai sesebuah buku secara keseluruhan. Kajian mendapati buku ini mempunyai indeks keseluruhan setinggi 0.88. Ini bermaksud buku ini merupakan sebuah buku yang hampir kepada ideal kerana menghampiri indeks 1 (buku ideal). Indeks ini dicapai dengan mencari purata nilai indeks ayat, indeks gamba rajah, indeks latihan, indeks kesimpulan, indeks aktiviti, dan indeks objektif. Kertas juga membincangkan tentang setiap dapatan indeks di dalam buku yang dipilih dan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat untuk menambah keberkesanan buku yang dipilih. Field of Research: Buku teks, Fizik, penilaian buku teks. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Setiap Buku mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang membuatkan sesuatu buku itu menarik. Antara cara yang paling mudah bagi menentukan jika sesuatu buku itu menarik atau tidak adalah jumlah jualan sesuatu buku itu. Jika satu buku itu merupakan satu buku yang laris, maka, kemungkinan besar buku itu adalah buku yang menarik. Walau bagaimanapun, situasi ini agak berlainan untuk buku teks, nilai sesuatu buku teks itu tidak terletak hanya kepada kelarisannya di pasaran, akan tetapi juga terletak pada keberkesanannya untuk membantu murid memahami sesuatu topik (Kulm et al., 1999). Di Malaysia buku teks merupakan sumber ketiga paling utama kepada guru-guru selain daripada huraian kurikulum dan sukatan pelajaran, namun begitu, guru- guru tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pemilihan sesebuah buku teks itu kerana buku teks adalah selaras bagi seluruh Malaysia. Mengikut Roseman et al. (1999), buku teks yang laris tidak semestinya merupakan buku yang efektif, malah kebanyakan buku teks sekolah menegah di Amerika yang merupakan buku yang laris tetapi tidak mempunyai kriteria - kriteria yang buku yang efektif. Oleh sebab itu, buku teks yang di sediakan tidak semestinya bagus maka buku teks perlu dikaji keberkesanannya. Sesebuah buku teks dikaji dengan kriteria-kriteria tertentu untuk mengkaji keberkesanan sesebuah buku teks itu. Terdapat beberapa cara untuk menilai sesebuah buku secara formal, antaranya, secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif diperkenalkan oleh Shaharom Noordin (1994) dan

Upload: buithien

Post on 02-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 937

PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA KUANTITATIF

Muhamad Mubarrak Mohd Yusof & Siti Fairuz Dalim Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor [email protected]

Muhamad Firdaus Ramli Fakulti SeniLukis & SeniReka Universiti Teknologi MARA

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai Buku Teks Tingkatan 4 yang dinilai secara kuantitatif. Buku yang di nilai adalah buku teks Fizik tingkatan 4 yang mempunyai 178 muka surat. Buku ini dinilai kerana tidak terdapat banyak kajian tentang keberkesanan dan nilai sesebuah buku teks itu mahupun kajian buku teks lain di Malaysia. Kaedah penilaian merupakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan nilai indeks bagi menggambarkan nilai sesebuah buku secara keseluruhan. Kajian mendapati buku ini mempunyai indeks keseluruhan setinggi 0.88. Ini bermaksud buku ini merupakan sebuah buku yang hampir kepada ideal kerana menghampiri indeks 1 (buku ideal). Indeks ini dicapai dengan mencari purata nilai indeks ayat, indeks gamba rajah, indeks latihan, indeks kesimpulan, indeks aktiviti, dan indeks objektif. Kertas juga membincangkan tentang setiap dapatan indeks di dalam buku yang dipilih dan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat untuk menambah keberkesanan buku yang dipilih.

Field of Research: Buku teks, Fizik, penilaian buku teks.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Setiap Buku mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang membuatkan sesuatu buku itu menarik. Antara cara yang paling mudah bagi menentukan jika sesuatu buku itu menarik atau tidak adalah jumlah jualan sesuatu buku itu. Jika satu buku itu merupakan satu buku yang laris, maka, kemungkinan besar buku itu adalah buku yang menarik. Walau bagaimanapun, situasi ini agak berlainan untuk buku teks, nilai sesuatu buku teks itu tidak terletak hanya kepada kelarisannya di pasaran, akan tetapi juga terletak pada keberkesanannya untuk membantu murid memahami sesuatu topik (Kulm et al., 1999). Di Malaysia buku teks merupakan sumber ketiga paling utama kepada guru-guru selain daripada huraian kurikulum dan sukatan pelajaran, namun begitu, guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pemilihan sesebuah buku teks itu kerana buku teks adalah selaras bagi seluruh Malaysia. Mengikut Roseman et al. (1999), buku teks yang laris tidak semestinya merupakan buku yang efektif, malah kebanyakan buku teks sekolah menegah di Amerika yang merupakan buku yang laris tetapi tidak mempunyai kriteria - kriteria yang buku yang efektif. Oleh sebab itu, buku teks yang di sediakan tidak semestinya bagus maka buku teks perlu dikaji keberkesanannya.

Sesebuah buku teks dikaji dengan kriteria-kriteria tertentu untuk mengkaji keberkesanan sesebuah buku teks itu. Terdapat beberapa cara untuk menilai sesebuah buku secara formal, antaranya, secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif diperkenalkan oleh Shaharom Noordin (1994) dan

Page 2: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 938

kaedah kualitatif yang diperkenalkan oleh Persatuan Amerika untuk Kemajuan Ilmu dikenali sebagai Projek 2061, semenjak 1985 (Roseman et al.,1999).

Mengikuti Kulm et al. (1999), sebuah buku yang efektif harus berorientasikan kepada pelajar. Sebuah buku teks itu harus berpusat pada murid kerana murid akan menjadikan ia sebagai sumber rujukan utama apabila ketiadaan guru untuk membimbing. Oleh itu sesebuah buku itu harus mempromosikan pembelajaran Kendiri. Buku yang efektif juga membolehkan pelajar untuk belajar sendiri sesuai dengan kemampuan mereka dengan masa mereka sendiri. Selain itu,buku yang bagus juga memiliki aktiviti dan latihan yang membolehkan para pelajar untuk meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu topik. Selain itu mengikut Roseman et al. (1999) setiap buku harus mempunyai dan menerangkan objektiviti-objektiviti setiap topik ataupun bab bagi membolehkan pelajar menentukan apa yang sepatutnya mereka faham di akhir setiap bab.

Cara menilai sesebuah buku itu efektif ataupun tidak dapat di analisis secara kuantitatif (Shaharom Noordin, 1994). Dengan menggunakan analisis secara kuantitatif (Shaharom Noordin, 1994), indeks (I) digunakan sebagai kayu ukur bagi kriteria di dalam buku teks. Terdapat enam kriteria semuanya. Ianya terbahagi kepada Indeks ayat (It), Indeks gamba rajah (Id), Indeks latihan (Ie), indeks kesimpulan (Is), indeks aktiviti (Ia) dan indeks objektiviti (Io). Indeks yang tinggi menunjukkan sesuatu buku itu menggalakkan pelajar berfikir ataupun lebih berorientasikan pelajar. Akan tetapi, apabila indeks sesuatu buku itu sangat tinggi, ianya menunjukkan bahawa buku itu tidak mempunyai banyak isi kandungan dan informasi untuk membantu pelajar memahami sesuatu. Antara contoh buku yang mempunyai indeks yang sangat tinggi ialah Buku Latihan. Ini kerana buku latihan mempunyai banyak latihan tetapi kurang isi kandungan.

2. Sorotan Literatur

Buku teks yang di pilih untuk di nilai ialah buku teks Fizik tingkatan 4. Buku ini dikarang oleh Badariah binti Hamzah, Cham You, Chang See Leong, Koay Kheng Chuan dan Yew Kok Leh dan disunting oleh Ling Hui Sing. Terdapat 2 versi untuk buku ini, buku di dalam Bahasa Inggeris dan buku di dalam Bahasa Melayu. Kertas ini menilai buku cetakan pertama (2005) di dalam Bahasa Inggeris. Buku ini di karang berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Buku ini merupakan hasil usaha sama Universiti Putra Malaysia, SMK Dato’ Abd. Rahman Yassin, The Malaysia Book Of Record, China Press dan Jabatan Penerangan Malaysia. Buku ini di cetak oleh Dasar Catak (M) Sdn. Bhd menggunakan tulis jenis Times New Roman di dalam Saiz 11.

Buku ini mempunyai 178 muka surat semuanya termasuk muka depan dan belakang. Kebanyakan halaman adalah dalam hitam putih kecuali, halaman yang mempunyai gamba rajah dan permulaan kepada setiap bab adalah halaman berwarna. Buku ini mempunyai 5 bab. Bab pertama adalah Pengenalan Kepada Fizik kemudian Daya dan Gerakan, Sifat Jirim, Haba dan Cahaya.

Bab Pertama adalah Pengenalan Kepada Fizik, ia adalah tajuk bertujuan untuk memberi kefahaman tentang bidang kajian Fizik. Tumpuan juga diberi terhadap kemahiran menjalankan penyiasatan saintifik. Kandungan tajuk ini adalah seperti Konsep fizik, Kuantiti fizik, Pengukuran, dan Kaedah penyiasatan.

Tajuk kedua adalah Daya dan Gerakan, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan kinematik dan dinamik serta kegunaannya dalam kehidupan Kandungan tajuk ini adalah seperti Gerakan linear, Jisim dan Inersia, Momentum dan Keabadian Momentum, Kesan Daya dan Impuls, Daya graviti, Keseimbangan daya, Kerja, Kuasa, Tenaga Keupayaan, Tenaga Kinetik dan Keabadian Tenaga.

Page 3: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 939

Tajuk ketiga adalah Sifat Jirim, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan sifat jirim serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti, Teori kinetik jirim, Ketumpatan bahan, Kekenyalan bahan, Kekuatan dan ketegaran bahan, Tegangan Permukaan, Tekanan, Tekanan dalam cecair, Tekanan atmosfera, Prinsip Archimedes, Prinsip Pascal, dan Prinsip Bernoulli.

Tajuk keempat adalah Haba, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan tenaga haba serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti, Sifat termometri, Konsep muatan haba, Konsep Haba Pendam, Penyejatan dan Pendidihan dan Hukum gas.

Tajuk terakhir adalah Cahaya, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan optik Geometri dan kegunaannya dalam hidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti Pantulan cahaya, Pembiasaan cahaya, Pantulan dalam penuh, Kanta Nipis dan Kanta dalam alat penglihatan.

2.1 Rasional Pemilihan Buku Teks

Mengikut Sukatan Mata pelajaran Fizik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima. Ia dirancang untuk membolehkan murid memahami konsep dan prinsip fizik dengan lebih mendalam serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dan bidang yang berkaitan dengan fizik di peringkat yang lebih tinggi. Manakala Mengikuti Kulm et al. (1999) buku teks sebaik-baiknya boleh menggantikan kedudukan guru. Ini juga bermaksud buku teks juga perlu selaras dengan matlamat dan objektif mata pelajaran Fizik di dalam Sukatan Mata pelajaran Fizik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Semenjak Kerajaan Malaysia memperkenalkan skim buku teks percuma untuk semua pelajar sekolah kerajaan. Pelajar tidak mempunyai pilihan untuk memilih buku teks yang hendak digunakan. Jikalau buku teks yang digunakan tidak dinilai dan dikenal pasti tidak efektif maka akan berlaku pembaziran yang melampau. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) di dalam Kad Laporan Pembangunan Pendidikan (2006-2010), kerajaan Malaysia telah menghabiskan sejumlah 300 juta ringgit Malaysia untuk buku teks sahaja. Buku teks Fizik yang di nilai ini adalah terbitan pertama pada tahun 2005 tetapi tetap digunakan sehingga kini, dan kemungkinan besar akan terus digunakan sehingga KBSM di tukar sepenuhnya kepada KSSM.

Roseman et al. (1999) menjelaskan bahawa buku teks yang laris tidak semestinya merupakan buku yang efektif. Malah kebanyakan buku teks sekolah menegah di Amerika yang merupakan buku yang laris tetapi tidak mempunyai kriteria-kriteria yang buku yang efektif. Oleh sebab itu, sebagai guru, kajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan pelajar? Antara rasional pemilihan sesebuah buku teks adalah untuk menentukan adakah buku teks itu cukup baik untuk menyokong pembelajaran murid, menyokong pengajaran guru, sejajarkan dengan sukatan pelajaran.

3. Pengkaedahah Kajian

Kertas ini akan membincangkan nilai buku teks fizik tingkatan 4 secara kuantitatif diperkenalkan oleh Shaharom Noordin (1994). Terdapat enam kriteria untuk sesuatu buku, dengan mencari purata antara semua indeks, indeks keseluruhan sesuatu buku akan dapat diketahui.

Page 4: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 940

3.1 Indeks Ayat

Indeks ayat boleh dikaji memilih secara rawak minimum 10 halaman dari sebuah buku atau sekitar 10% - 15% dari sesebuah buku. Kemudian baca 25 ayat pertama dan untuk setiap laman, setiap 25 ayat akan dikategorikan kepada beberapa kriteria. Apabila 1 halaman mempunyai kurang dari 25 ayat untuk di kategorikan, ayat seterusnya diperoleh daripada halaman berikutnya. Ayat-ayat ini tidak termasuk, tajuk, keterangan gamba rajah atau permulaan muka surat. Dengan menambah semua jenis ayat yang berorientasikan pelajar berfikir, dibahagi kepada ayat yang menerangkan sesuatu indeks ayat akan diketahui. Ianya juga bole diwakili oleh formula di bawah. Setiap simbol mewakili ayat yang berikut ditunjuk di jadual 1.

It = [e + f + g + h] / [a + b + c + d]

JADUAL 1: MENUNJUKKAN SETIAP SIMBOL MEWAKILI AYAT YANG BERIKUT.

a Ayat fakta ataupun ayat ringkas di karang oleh penulis.

b Ayat yang menjerumuskan kepada kesimpulan ringkas dan pendapat penulis

c Ayat yang menjerumuskan kepada definisi istilah

d Ayat yang menjerumuskan kepada soalan yang boleh dijawab dengan cepat

e Ayat yang menjerumuskan kepada soalan yang meminta pelajar untuk menganalisis beberapa data

f Ayat yang menjerumuskan kepada kenyataan yang memerlukan pelajar untuk membuat kesimpulan sendiri

g Ayat yang menjerumuskan kepada kenyataan yang memerlukan pelajar untuk menyelesaikan masalah hatau melakukan suatu kegiatan

h Ayat yang menjerumuskan kepada soalan-soalan untuk menarik minat pelajar dan tidak ada jawapan segera terhadap soalan-soalan

(Kategori a, b, c dan d menjerumuskan kepada pembelajaran pasif dan kategori e, f, g dan h menjerumuskan kepada pembelajaran aktif.)

3.2 Indeks Gamba rajah

Indeks seterusnya adalah indeks gamba rajah. Mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk menilai bahagian gamba rajah sesebuah buku ialah dengan memilih secara rawak minimum 10 gamba rajah atau lebih dalam buku teks. Setiap gamba rajah boleh dikategorikan kepada:

a. Untuk tujuan ilustrasi

b. Untuk kegiatan atau analisis data

Kemudian di aplikasikan kepada formula di bawah:

Id = b / a

Untuk Kajian ini, 16 muka surat dipilih secara rawak bagi menentukan indeks gamba rajah (Id), kerana penilai berhasrat mengambil 1 muka surat bagi mewakili setiap 10 muka surat.

3.3 Indeks Latihan

Seterusnya adalah indeks latihan. Mengikut Shaharom Noordin (1994) untuk bahagian Indeks Latihan. Pilih 10 bab secara rawak untuk dikaji, selepas itu pilih 10 soalan pertama dan kategorikan ia kepada:

a. Latihan yang di mana jawapannya boleh diperoleh secara langsung dari teks.

Page 5: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 941

b. Latihan yang meminta definisi

c. Latihan Aplikasi

d. Latihan meminta untuk menyelesaikan masalah

Selepas itu bole di implikasi kepada formula bi bawah:

Ie = [c + d] / [a + b]

Oleh sebab buku ini mempunyai kurang dari 10 bab, Semua bab telah dipilih untuk kajian indeks latihan, dan memilih semua soalan objektif untuk dikaji nilainya.

3.4 Indeks Kesimpulan

Seterusnya adalah indeks Kesimpulan, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji indeks kesimpulan pilih ringkasan dari sekurang-kurangnya tiga bab selepas itu pilih dua perenggan daripada ringkasan dan kategorikan ia kepada:

a. Kesimpulan yang hanya untuk meringkaskan idea-idea yang sama dari teks sebelumnya. b. Kesimpulan yang mengandung persoalan di mana jawapan tidak dijumpai dalam teks.

Kemudian kesimpulan-kesimpulan yang dikategorikan diaplikasikan kepada formula di bawah:

Is=b÷a

Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih semua 5 bab di dalam buku ini ada semua ayat di dalam kesimpulan telah dikaji.

3.5 Indeks Aktiviti

Manakala untuk indeks Aktiviti, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji indeks Aktiviti adalah dengan memilih secara rawak minimum 10 halaman dari sebuah buku atau sekitar 10% - 15% dari buku tersebut, di mana yang lebih, Ia di kategori kepada:

b - jumlah halaman yang dipilih.

a -bilangan halaman dengan aktiviti dari jumlah halaman yang dipilih

Kemudian aktiviti - aktiviti di aplikasi di dalam formula di bawah.

Ia = a / b

Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih 13 halaman untuk di kaji indeks aktivitinya kerana mengambil 10% bagi keseluruhan buku kecuali halaman muka depan, latihan dan sebagainya.

3.6 Indeks Objektiviti

Page 6: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 942

Indeks terakhir adalah indeks Objektiviti, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji indeks Objektiviti adalah dengan memilih semua bab dan melabel b sebagai jumlah bab dan label a sebagai jumlah bab dengan objektif pembelajaran. Kemudian aplikasikan kepada Formula:

Io = a / b

Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih semua bab untuk dikaji indeks objektivitinya.

3.7 Indeks Keseluruhannya

Akhirnya, untuk menilai jumlah indeks buku teks tambah semua indeks dan membaginya dengan enam bahagian seperti formula di bawah:

I = It + Id + Ie + Is + Ia + Io

Shaharom Noordin (1994) menyatakan apabila indeks keseluruhan bersamaan dengan sifar bermaksud buku ini tiada penglibatan daripada pelajar. Apabila indeks kurang daripada 0.4 bermaksud bahawa buku ini lebih kepada autoritatif,tidak mencabar, lebih kepada menghafal dan istilah-istilah tertentu. Apabila indeks ini bersama dengan 1, buku ini adalah seimbang dari segi penerokaan dan isi-isi nya. Apabila indeks ini lebih daripada 1.5 menunjukkan bahawa buku ini tidak mempunyai banyak isi kandungan dan istilah, hanya mempunyai latihan dan aktiviti seperti buku latihan, tidak banyak kandungan untuk pelajar rujuk. Akhir sekali apabila indeks keseluruhan ini menghampiri infiniti, ini menunjukkan buku ini tidak mempunyai isi-isi kandungan dan hanya menyuruh pelajar membuat analisis. Ianya boleh dirumuskan kepada jadual 2.

JADUAL 2: MENUNJUKKAN CIRI-CIRI KESELURUHAN INDEKS

0 Tiada penglibatan daripada pelajar

< 0.4 Autoritatif, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan istilah-istilah

1 Seimbang dan ideal

>1.5 Tidak banyak isi kandungan dan tidak banyak informasi untuk pelajar

Infiniti Tiada isi – isi kandungan dan hanya menyuruh pelajar membuat analisi

4. Analisis Data

Untuk mengetahui indeks buku fizik tingkatan 4, 6 indeks berlainan telah di nilai melalui kaedah kuantitatif Shaharom Noordin (1994), 13 halaman telah dipilih secara rawak sehingga mencukupi 25 ayat. 13 halaman dipilih melalui 10 peratus daripada jumlah keseluruhan buku di tolak dengan muka surat depan,belakang, pendahuluan,latihan-latihan, dan sebagainya.

JADUAL 3: MENUNJUKKAN HALAMAN-HALAMAN YANG DIPILIH SECARA RAWAK UNTUK INDEKS AYAT.

Page 7: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 943

Muka surat/ Jenis Ayat a b c d e f g h Jumlah

6-8 15 3 2 3 1 1 25

15-16 2 7 4 2 7 1 2 25

31-32 12 2 3 5 1 2 25

48-50 10 7 3 1 1 2 1 25

62-64 6 8 7 4 25

79-81 8 4 3 3 2 4 1 25

84-86 10 4 2 4 3 1 1 25

96-98 5 4 8 1 2 4 1 25

112-114 4 1 10 1 7 1 1 25

124-125 5 10 3 1 6 25

138-140 8 5 2 6 3 1 25

144-145 1 5 5 4 5 2 1 2 25

154-155 10 7 3 1 3 1 25

Jumlah 96 67 49 26 23 45 7 12 325

Jumlah indeks ayat yang didapati adalah 0.37

Mengikut Shaharom Noordin (1994) lagi indeks gamba rajah diperlukan untuk menilai sesebuah buku. Kajian ini 16 halaman yang mempunyai gamba rajah telah dipilih secara rawak untuk mengetahui indeks gamba rajah. Halaman yang dipilih di catat melalui jadual 4.

JADUAL 4: MENUNJUKKAN HALAMAN YANG DIPILIH UNTUK INDEKS GAMBA RAJAH.

Muka surat / Gambar rajah a b

5 1

14 1

26 1

35 1

48 1

58 1

66

80 1

86 1

93 1

109 1

117 1

123 1

133 1

143 1

153 1

jumlah 8 7

Indeks gambar rajah bagi buku teks tingkatan 4 adalah 0.88.

Page 8: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 944

Mengikut Shaharom Noordin (1994) indek latihan diperlukan untuk menilai sesebuah buku. Kajian ini telah menilai semua bab untuk dinilai indeks latihan, indeks latihan untuk kajian buku ini telah diwakili oleh jadual 5. JADUAL 5: MENUNJUKKAN BAB DAN JENIS LATIHANNYA UNTUK BUKU TEKS INI.

Bab/Jenis latihan a b c d jumlah Soalan

1 3 3 3 3 12

2 1 1 7 3 12

3 1 4 5 10

4 4 2 2 0 8

5 1 2 2 5 10

Jumlah markah 10 8 18 16 52

Indeks latihan untuk buku teks ini adalah 1.9. Mengikut Shaharom Noordin (1994) indeks kesimpulan diperlukan untuk menilai sesebuah buku. Kajian ini telah menilai semua bab untuk dinilai indeks kesimpulannya, indeks kesimpulan untuk kajian buku ini telah diwakili oleh jadual 6. JADUAL 6: MENUNJUKKAN BAB DAN JENIS KESIMPULANNYA.

Bab/Jenis kesimpulan a b

1 18 0

2 12 0

3 9 0

4 10 0

5 15 0

Jumlah markah 64 0

Indeks kesimpulan untuk buku teks ini adalah 0. Melalui kaedah kuantitatif Shaharom Noordin (1994), aktiviti dinilai dengan mencari nilai indeks aktiviti. Kajian ini telah memilih secara rawak 13 halaman, ini adalah 10 peratus dikecualikan dengan muka surat hadapan, belakang, pendahuluan, latihan-latihan, dan sebagainya. 13 halaman berikut di bentangkan melalui jadual 7.

Page 9: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 945

JADUAL 7: MENUNJUKKAN MUKA SURAT DAN JENIS AKTIVITINYA.

Muka surat/Aktiviti a b

5 1 1

9 2 1

14 3 1

26 4 1

39 5 0

46 6 1

89 7 1

94 8 1

101 9 1

114 10 1

137 11 0

141 12 1

149 13 1

Jumlah markah 13 11

Jumlah indeks aktiviti ini adalah 1.18. Mengikut Shaharom Noordin (1994) indeks objektiviti diperlukan untuk menilai sesebuah buku. Kajian ini telah menilai semua bab untuk mengkaji indeks objektifnya, setiap bab didapati mempunyai objektif tersedia. Oleh sebab itu indeks objektivitinya adalah 1. Shaharom Noordin (1994) menyatakan purata setiap indeks merupakan indeks keseluruhan buku ini. Apabila 0.37+0.88+1.89+0+1.18+1 bersamaan dengan 5.32 dan puratanya adalah 0.88. Kesimpulannya indeks keseluruhan buku adalah 0.88.

5. Kesimpulan

Setiap buku mempunyai kriteria - kriteria yang tertentu untuk membuatkan ia berkesan. Berdasarkan kaedah penilaian secara kuantitatif mengikut Shaharom Noordin (1994) buku teks ini mempunyai purata kriteria - kriteria yang agak bagus, ini dapat dilihat apabila kajian ini mendapat indeks keseluruhan sebanyak 0.88. Walaupun begitu, Buku teks haruslah mempunyai keistimewaan yang tertentu agak ia dapat di letakkan di standard yang berlainan dari buku rujukan-rujukan lain. Perbincangan dan penambah baikkan telah di nyatakan namun begitu tidak semuanya merupakan satu tindakan yang praktikal. Kajian yang lebih mendalam perlu di jalankan oleh pihak yang berkuasa agak kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

5.1 Perbincangan

Indeks keseluruhan buku ini adalah 0.88.Ini bermaksud buku ini hampir kepada seimbang secara kuantitatif kerana menghampiri 1. Mengikut Shaharom Noordin (1994) apabila satu buku itu menghampiri indeks keseluruhannya menghampiri , ianya hampir kepada ideal. Namun begitu terdapat banyak lagi penambah baikkan yang boleh dibuat untuk menjadikan buku ini lebih efektif. Namun begitu, sebelum mencadangkan beberapa perkara untuk diubah, terdapat beberapa kriteria - kriteria buku ini yang perlu dibincangkan.

Page 10: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 946

Mengikut Shaharom Noordin (1994) setelah di nilai secara kuantitatif, didapati buku ini mempunyai indeks ayat serendah 0.37.Ini menunjukkan bahawa ayat-ayat di dalam buku ini lebih berorientasikan kepada ayat penerangan ataupun ayat fakta mahupun penjelasan.

Dari segi indeks gamba rajah pula, kajian mendapati buku ini mempunyai nilai 0.88, ini menunjukkan bahawa kebanyakan gamba rajah di dalam buku ini bukan sahaja bertujuan ilustrasi tetapi juga bertujuan untuk di analisis. Jika gamba rajah bertujuan untuk analisis kemungkinan besar gamba rajah dapat membantu pelajar untuk membentuk pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Gamba rajah juga sepatut berfungsi sebagai penarik perhatian ataupun stimulus kepada pelajar agar tidak tertidur apabila membaca buku ini. Namun begitu indeks ini boleh dianggap bagus kerana ia lebih menghampiri kepada beza paras 1dari paras bawah 0.4. Kajian juga telah menggunakan lebih halaman untuk nilaian yang lebih tepat.

Latihan sepatutnya membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik ataupun konsep. Mengikut Shaharom Noordin (1994) indeks latihan terbahagi kepada 4, 2 bahagian atas membantu pemikiran pelajar (seperti aplikasi dan penyelesaian masalah) dan 2 bahagian bawah mewakili latihan membantu pelajar menghafal definisi dan konsep tertentu. Mengikut Pusat Pembangunan Kurikulum, Pembelajaran secara kontekstual latihan yang berbentuk cuba-cuba (trail and error) membantu memori pelajar manakala latihan berbentuk aplikasi dan penyelesaian membantu pelajar membentuk kefahaman yang lebih mendalam. Kajian ini mendapati kebanyakan latihan di dalam buku ini lebih membentuk pemahaman kepada pelajar, ini kerana indeks latihan buku ini adalah 1.89. Walaupun kemungkinan indeks latihan yang di jalankan di kajian lain untuk buku yang sama berlainan, namun indeks latihan dijangka tetap tinggi kerana kajian ini telah menggunakan setiap topik dan setiap soalan objektif sebagai kayu ukur bagi indeks latihan.

Kajian juga mendapati nilai kesimpulan di dalam buku ini berada di paras sifar. Ini juga menunjukkan bahawa setiap ayat di dalam bahagian kesimpulan terjerumus kepada kesimpulan daripada isi kandungan yang lepas, tiada satu ayat pun yang menjurus kepada soalan-soalan yang tidak dapat di dapati dalam isi kandungkan sebelum ini. Bagi kajian ini, setiap ayat kesimpulan telah dinilai secara kuantitatif. Walau bagaimanapun, buku ini mempunyai indeks kesimpulan yang sifar, buku ini boleh dianggap bagus kerana masih lagi mempunyai kesimpulan, kebanyakan buku sains mempunyai kesimpulan kepada isi-isi kandungan yang lepas, setiap kesimpulan juga disertakan dengan carta konsep.

Buku ini juga mempunyai banyak aktiviti-aktiviti untuk dilakukan oleh murid-murid. Hampir setiap halaman yang dipilih secara rawak mempunyai aktiviti untuk di aplikasi ataupun diterokai pelajar. Antara aktiviti- aktiviti ini boleh di buat ataupun dijalankan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Bagi aktiviti yang boleh di jalankan di dalam kelas seperti aktiviti pada muka surat 26, 46, 94, memberikan guru-guru peluang ataupun pilihan sama ada untuk meneroka aktiviti ini ataupun untuk membuat latihan, mana sahaja pun bergantung guru kelas.

Buku ini mempunyai indeks objektiviti bersamaan 1. Ini bermaksud setiap topik ataupun topik mempunyai objektif pembelajaran yang tersendiri, bukan itu sahaja malah setiap sub-topik juga mempunyai objektif sendiri. Mengikuti Kulm et al. (1999) buku yang efektif mempunyai objektif pembelajaran ataupun hasil pembelajaran yang jelas. Ini kerana apabila ketiadaan guru, pelajar dapat memahami apa yang sepatutnya mereka pelajari ataupun faham di akhir topik ataupun bab ini.

Kesimpulannya buku ini adalah bagus akan tetapi bagi setiap kriteria - kriteria ini boleh di lakukan sedikit perubahan untuk mendapat indeks yang lebih ideal.

Page 11: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 947

5.2 Cadangan

Penilaian menunjukkan indeks ayat agak rendah tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak boleh digunakan, antara cara dan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah bagi setiap ayat yang menjurus kepada istilah ataupun konsep, kaedah mnemonik boleh di sediakan untuk murid bagi membantu ingatan para pelajar. Contohnya kuantiti asas dan unitnya agak banyak untuk di ingat, mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) di dalam Belajar Cara Belajar kaedah mnemonik dapat membantu pelajar menghafal sesuatu. Jika sesebuah buku itu menyediakan kaedah-kaedah mnemonik, maka kuranglah tugas guru untuk memikirkan cara untuk pelajar mengingat seterusnya menjadikan buku lebih berkesan.

Indeks gamba rajah bagi buku ini agak ideal, akan tetapi tetap boleh di lakukan beberapa penambah baikkan. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) di dalam Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan gamba rajah boleh di kategorikan kepada gamba rajah menjurus kepada kritikal, kreatif, dan menjerumuskan kepada penaakulan. Indeks boleh di tingkatkan dengan menyediakan gamba rajah yang membandingkan dan membezakan, menganalisis sesuatu topik dan dapat menjanakan idea. Selain itu untuk gamba rajah berbentuk ilustrasi boleh di tukar kepada gamba rajah yang bersesuaian dengan pengetahuan murid (prior knowledge) yang sebelum ini. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) di dalam Pengajaran Secara Kontekstual mengatakan keselarasan asimilasi antara pengetahuan pelajar sebelum ini dengan pengetahuan yang baru dapat membantu pembelajaran.

Terdapat carta konsep pada setiap akhir bab-bab di dalam buku ini, antara perubahan yang boleh dibuat ialah dengan meletakkan carta konsep ini di bahagian hadapan dan di akhir bab dan topik, kesimpulan juga boleh disediakan dengan peta minda yang berwarna. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran peta minda dapat membantu para pelajar mengingat selain daripada merumuskan sesuatu bab itu.

Terdapat latihan pada setiap penghujung bab, malah indeks latihan bagi buku teks ini juga tinggi. Antara penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan carta latihan mana yang selalu keluar di dalam SPM. Ini kerana Kupasan Mutu Jawapan SPM pada 2003, 2004 dan 2007 menunjukkan terdapat beberapa topik yang selalu keluar di kertas 2 ataupun kertas 3 soalan SPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003; 2004; 2007). Jawapan kepada latihan-latihan ini juga boleh disediakan di dalam cetakan buku teks untuk guru-guru. Ini kerana, kebanyakan buku rujukan dan latihan mempunyai versi guru dan versi murid-murid. Akan tetapi buku teks tidak mempunyai versi guru. Versi guru juga boleh di jual dengan harga yang lebih tinggi jika menampilkan beberapa perkara yang lebih bagus, seperti cd-rom bagi membantu pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, ayat-ayat yang menggalakkan konsep-konsep yang salah (misconception) boleh disediakan oleh penerbit buku. Apabila guru tahu bahagian mana yang pelajaran membina kesilapan konsep-konsep, maka guru dapat memperingatkan pelajar dapat berhati-hati agak tidak membentuk konsep yang salah. Selain itu, mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran analogi-analogi dan berbezaan dan persamaan dapat membentuk pemahaman yang lebih mendalam, akan tetapi buku ini kurang menyediakan analogi-analogi tersebut. Contohnya analogi berat dan jisim, analogi-analogi ini juga dapat membendung pembentukan konsep-konsep yang salah (misconception).

Page 12: PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA · PDF filekajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan buku-buku teks yang bagus untuk rujukan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 948

References Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Kad Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kulm, G. Roseman, J. E. & Treistman, M. (1999).A Benchmarks-based approach to textbook evaluation.Science Books & Films, 35 (4). Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2004. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2007. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Kontektual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Pekembangan Kurikulum (2002). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Roseman, J. E., Kesidou, S., Stern, L., & Caldwell, A. (1999). Heavy books light on learning: AAAS Project 2061 Evaluates middle grades science textbooks. Science Books & Films, 35 (6). Schmidt, W. H., McKnight, C. C. & Raizen, S. A. (1997). A splintered vision: An investigation of US science and mathematics education. Boston: Kluwer Academic Press. Shaharom Noordin (1994). Penghasilan dan Penilaian Keberkesanan Modul Pengajran Kendiri Fizik Di Kalangan Pelajar Berbeza Kebolehan dan Jantina Pada Peringkat Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah. Stern, L. & Ahlgren, A. (2002). Analysis of students’ assessment in middle school curriculum

materials: Aiming precisely at benchmarks and standards. Journal of Research in Science Teaching,

39 (9), 889-910.