lab report p.tapak

5
PENYIASATAN TAPAK PENGENALAN Satu penyiasatan tapak yang terperinci dan menyeluruh adalah perlu pada peringkat awal kerja rekabentuk dan binaan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak biasanya bergantung kepada saiz dan jenis sesuatu projek/kerja. Malah dalam keadaan tertentu (kerjakerja yang kecil) juga memerlukan penyiasatan tapak. Penyiasatan tapak yang secukupnya harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja kejuruteraan awam dilakukan. Maklumat yang mencukupi harus diperoleh untuk mencapai hasil rekabentuk yang selamat dan ekonomi, juga untuk mengelakan sebarang kesulitan semasa pembinaan. TUJUAN Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi Menentukan sifat-sifat fizikal tanah melalui hubungan fasa Menentukan atau membuat tafsiran secara ‘visual’ jenis tanah yang didapati PERALATAN Alat pengorek (gerimit 150 mm, rod penyambung, spanner) Alat pencontohan (Tiub contoh 38 mm garispusat, penyambung pemutar skru)

Upload: nor-farah-alwani

Post on 16-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: Lab Report p.tapak

PENYIASATAN TAPAK

PENGENALAN

Satu penyiasatan tapak yang terperinci dan menyeluruh adalah perlu pada peringkat awal

kerja rekabentuk dan binaan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak

biasanya bergantung kepada saiz dan jenis sesuatu projek/kerja. Malah dalam keadaan

tertentu (kerjakerja yang kecil) juga memerlukan penyiasatan tapak. Penyiasatan tapak yang

secukupnya harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja kejuruteraan awam

dilakukan. Maklumat yang mencukupi harus diperoleh untuk mencapai hasil rekabentuk yang

selamat dan ekonomi, juga untuk mengelakan sebarang kesulitan semasa pembinaan.

TUJUAN

Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan

Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi

Menentukan sifat-sifat fizikal tanah melalui hubungan fasa

Menentukan atau membuat tafsiran secara ‘visual’ jenis tanah yang didapati

PERALATAN

Alat pengorek (gerimit 150 mm, rod penyambung, spanner)

Alat pencontohan (Tiub contoh 38 mm garispusat, penyambung pemutar skru)

Alat pengeluar

Pisau dan pembaris

Beg contoh

Cangkul (untuk membersihkan permukaan tempat pengorekan sahaja)

ATURCARA

a) Aturcara kerja di tapak

(Kawasan yang dipilih hendaklah ditentukan oleh pensyarah yang bertugas, jika di luar

dari Politeknik sila dapatkan kebenaran tempat dan penggunaan kenderaan seminggu

sebelum ujikaji dijalankan)

Korek tanah dengan gerimit sedalam 1m

Sambungkan tiub contoh pada alat pencontohan

Page 2: Lab Report p.tapak

Turunkan alat percontohan sampai ke bawah lubang dan kemudian tekankan ke dalam

tanah.

Ambil tiga contoh tidak terusik dari lubang itu dan dapatkan juga lebih kurang 5kg

tanah sebagai contoh terusik. Simpan contoh tanah terusik dalam beg dan bawa balik

ke makmal

b) Atucara kerja di makmal

1. Griskan acuan berbelah dan pasangkan acuan berbelah pada pengeluar. Keluarkan contoh

tak terusik dari tiub contoh ke dalam acuan berbelah dan potong kedua-dua hujung tak

terusik dekat acuan dengan gergaji kawat

2. Ukur garispusat dan panjang contoh tepat kepada 0.5mm. Timbang berat contoh dengan

tepat dan cari ketumpatan gembur (γb)

3. Cara kerja untuk mendapatkan kandungan lembapan

a) Timbang satu tin kandungan lembapan yang bersih dan kering dengan tepat. Ambil

lebih kurang 30gram tanah dari contoh dan letakan dalam tin

b) Timbangkan tin dan tanah basah . Keringkan dalam oven selama 24 jam. Selepas 24

jam, timbang tin dan kandunganya sekali lagi

c) Sila ambil tiga contoh bagi ujian kelembapan ini

d) Penelitian sampel tanah secara visual (pensyarah diminta memberi panduan baagi

aktiviti ini )

e) Ambil sedikit sampel tanah terusik dan lihat apakah warna tanah tersebut

f) Rasa tanah tersebut dengan jari, adakah ia berbutir-butir, licin atau sebaliknya

g) Genggam tanah tersebut. Adakah ia boleh digenggam, dibentuk-bentuk atau ia peroi

h) Pada pemahaman anda, apakah jenis ini. (jenis tanah ini akan diperolehi secara

teknikal selepas ujikaji-ujikaji yang akan datang)

LAPORAN UJIAN MAKMAL

Page 3: Lab Report p.tapak

TAJUK UJIKAJI : PENYIASATAN TAPAK

DATA UJIKAJI

Tempat projek : _____________________________________________

Tarikh : _____________________________________________

Contoh tanah tidak terusik

A. Penentuan ketumpatan gembur

Nombor ujian 1

Panjang contoh tanah (mm) 76

Diameter (mm) 38

Isipadu, V 8.62X10-3

Berat contoh tanah W (kg) 0.133

Ketumpatan gembur γb, W/V kN/m3 0.096

KESIMPULAN

Page 4: Lab Report p.tapak

Penyelidikan tanah adalah penting untuk dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan

keadaan,sifat-sifat tanah serta keupayaan galas tanah tersebut bagi menanggung beban yang

akan dikenakan keatasnya.Ia juga adalah bertujuaan bagi mengelakan daripada berlakunya

kegagalan terhadap struktur bangunan yang akan dibina contohnya adalah keretakan pada

dinding, pecah pada permukaan lantai, pengenapan tanah. Maklumat mengenai keadaan tanah

asal tersebut adalah perlu bagi mereka bentuk struktur yang sesuai yang perlu

dibina.maklumat seperti peta geologi, salur bawah tanah, laporan kaji cuaca, paras air bumi

atau tanah, gambar udara maklumat kejuruteraaan dan antara maklumat yang berkaitan.oleh

itu ia adalah penting demi keselamatan penghuni serta pemilik bangunan tersebut.