kursus bahasa seni - februari

50
Next KURSUS INDUKSI JURULATIH UTAMA KSSR TAHUN 4 ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Upload: sirnasrullah

Post on 12-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

  • NextKURSUS INDUKSI JURULATIH UTAMA KSSR TAHUN 4

    ASSALAMUALAIKUMdan SALAM SEJAHTERA

  • BAHASA SENI VISUAL

  • BAHASA SENI VISUALNextPrev Unsur Seni Visual GarisanWarnaJalinanRupaBentukRuang Prinsip Rekaan HarmoniKontraPenegasanKepelbagaianKesatuanImbanganRitma dan Pergerakan

  • UNSUR SENI

  • Unsur seni

    Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni. Unsur-unsur seni. 1. Garisan2. Rupa3. Bentuk4. Jalinan5. Ruang6. Warna

  • 1) Garisan

    Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.

    1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri,garisan beralun dan pelbagai lagi.4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contohmenggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

  • Garisan Garisan pada objek buatan manusiaGarisan pada objek alam semula jadi

  • Fungsi GarisanGarisan menghasilkan rupa

    Garisan menghasilkan bentuk

    Garisan mewujudkan ruang

    Garisan membentuk struktur dan bentuk

    Garisan menghasilkan jalinan

    Garisan menghasilkan motif

    Garisan menimbulkan kesan ton

    Garisan menunjukkan pergerakan

  • Jenis Jenis GarisanGarisan berbulu Garisan tebalGarisan nipisGarisan bertitikGarisan bergetarGarisan bergerigiGarisan beralunGarisan berlingkarGarisan putus-putusGarisan beranyamGarisan berduriGarisan serabut

  • Rajah : Olahan garisan dengan pelbagai jenis media dan teknikGarisan

  • Garisan

  • 2) Warna Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan. Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual. Warna terbahagi kepada : 1. Warna asas - merah, biru dan kuning2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelah- menyebelah dalam roda warna. Dll.

  • Warna Primer (asas) terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.

    biru, merah dan kuning

    Warna Sekunder Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga

    Warna

  • Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier Biru + Ungu Merah + Ungu Merah + Jingga Kuning + Jingga Kuning + Hijau Biru + Hijau Warna Harmoni Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni: *merah jingga, jingga, jingga kuning *hijau kuning, hijau, hijau biruWarna

  • Warna PengenapWarna yang bertentangan

  • Penggunaan warna harmoni dalam karya teknik resis

  • 3) Jalinan

    Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh. Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu : 1. Jalinan sentuh2. Jalinan tampak

  • 1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan deria 2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria

    Jalinan pada hasil anyamanJalinan pada hasil kolaj Kesan jalinan yang dihasilkan oleh lukisan penselKesan jalinan yang dihasilkan oleh warnaJalinan

  • 4) Rupa

    Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalahkosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua dimensi.

    Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titikpermulaannya.

    Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.

    Rupa terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Rupa geometriRupa organik

  • Rupa geometriRupa organikRupa

  • Rupa positifRupa negatifRupa

  • Rupa muka taip

  • 5) Bentuk

    Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu. Bentuk terbahagi kepada dua iaitu : 1. Bentuk konkrit 2. Bentuk ilusi

  • Bentuk konkrit Objek maujud dapat dilihat dan disentuh(arca,tembikar)

    2. Bentuk ilusiObjek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa oleh deria sentuh.(gambar, lukisan, dan catan)

    Bentuk

  • 6) Ruang Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni. Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif. Ruang terbahagi kepada dua iaitu : 1. Ruang nyata2. Ruang ilusi

  • 1 . Ruang Nyata Karya berbentuk 3D arca, tembikar, ukiran kayu Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu a. Ruang terbuka suatu kawasan lapang dan luas. b. Ruang tertutup suatu kawasan yang sempit dan terhad.

    2. Ruang Ilusi - lukisan, cetakan, catan Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik. 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata. a. Ruang Dalam Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan. Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton warna. b. Ruang Cetek Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad. c. Ruang Rata Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

  • RuangRuang Ilusi- Dikenali juga sebagai ruang tampak.

    Ruang Nyata-Dikenali juga sebagai ruang konkrit.-Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi.

  • PRINSIP REKAAN

  • Prinsip rekaanPrinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

    HarmoniKontraPenegasanImbanganRitma dan pergerakanKepelbagaianKesatuan Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

  • 1)Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

  • Harmoni perulangan motif dan warna

  • 2) Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

  • Kontra Kesan Kontra dalam gubahan diatas ditimbulkan oleh warna yang berlainan.Kesan Kontra dalam gubahan diatas Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan

  • Hasil karya mempunyai kontra dari segi warna Kontra

  • 3) Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

    Fungsi Penegasan 1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. 2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.

  • Penegasan menggunakan kontra warna, bunga berwarna kuning lebih menonjol.Penegasan

  • Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna.Penegasan

  • 4) Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: 1- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 2- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

  • ImbanganCorak yang mempunyai imbangan tidak simetriCorak yang mempunyai imbangan simetriLabu sayong yang mempunyai imbangan simetri

  • 5) Ritma dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

  • Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan garisan-garisan serongCorak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya.Ritma dan Pergerakan

  • 6) Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

  • Kepelbagaian warna, garisan, jalinanKepelbagaian

  • 7)Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

    - Memperlihatkan keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan media dan teknik digabungkan untuk menjadikan gubahan yang sempurna

  • Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

  • Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai dalam gubahan topeng mukaGarisanWarnaRuparuangImbanganKontraPenegasanHarmoniKesatuanUnsur Seni + Prinsip Rekaan

  • Sekian Terima Kasih