manual guru kerja kursus seni visual

24
TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual Kertas 3 (970/3) Penggal 3 Tahun 2014 PERINGATAN : Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja Buku panduan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: smk-dato-sheikh-ahmad

Post on 16-Jul-2015

380 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus

Projek Kajian Seni Visual

Kertas 3 (970/3)

Penggal 3 Tahun 2014

PERINGATAN :

Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja

Buku panduan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

2 TERHAD

KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3 – 4

3.0

Pelaksanaan Kerja Projek

3.1 Arahan Umum

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru

3.4 Tanggungjawab Calon

4

4

4 – 5

5 – 8

8 – 9

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10 – 12

5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 12

Lampiran 13 – 18

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon 19 – 20

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 20 – 22

8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 23

Page 3: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

3 TERHAD

1.0 Pengenalan

Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian

Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan

kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran

untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang

ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif

Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon

untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek

ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :

(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan

(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,

rujukan, dan sumber

(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan

teknik

(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya

(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses

penghasilan karya

(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit

(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan

teknik

(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej

(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri

(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan

(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih

(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual

(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya

BAHAGIAN I : GURU

Page 4: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

4 TERHAD

(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi,

kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara

jujur, amanah, dan beretika.

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek

3.1 Arahan Umum

3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan

yang diberikan.

3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan

perekaan.

3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.

3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang penggal 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam

peringkat sekolah

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk

Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam

mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat

bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan

dalam bidang Seni Visual

3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja

projek Seni Visual STPM di sekolah

3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan

semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja

projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk

membiayai penyediaan keperluan berkenaan.

3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam

strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang

memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan

kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam

tempoh yang ditetapkan

Page 5: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

5 TERHAD

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di

sekolah

3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens kerja projek calon dalam tempoh

enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM

3.2.11 Memastikan evidens kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan

selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3 Tanggungjawab Guru

3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran

Seni Visual sebaik-baiknya

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian

Seni Visual

3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari

portal MPM.

3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja

projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak

menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan.

3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentang

Soalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual)

970/3 STPM 2014 secara terperinci

3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai

untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk

membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.

3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian

daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini

terikat dengan peraturan peperiksaan

3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-masing

secara individu tanpa bantuan dari pihak luar

3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek

(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual

(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang

sesuai

Page 6: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

6 TERHAD

3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian

Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam

Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja

projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual

3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti

percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran

(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang

digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad

dan sebagainya)

3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk

menghasilkan kerja projek calon

3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam menjalankan kerja projek

sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual

tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada

calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.

3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke

semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek

3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja

Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan

bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek

3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk

ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat

penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing

3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek

budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon

3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa

kerja projek dilaksanakan

3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian

seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.3.21 Memaklum dan mengingatkan calon bahawa calon berkemungkinan akan

membuat persembahan dan peragaan (pembentangan) sebanyak dua kali

jika hasil kerja projek kajian seni visual calon dipilih untuk penyelarasan

oleh Ketua Penyelaras Kebangsaaan (KPK)/Timbalan Ketua Penyelaras

Kebangsaaan (TKPK)

Page 7: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

7 TERHAD

3.3.22 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan

dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah

ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni

Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang

telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.3.23 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus

(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru

akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus

(Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3,

seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual

STPM

3.3.24 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan

Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek

3.3.25 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.26 Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 3) yang telah

ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah Kerja

Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) serta menandatanganinya

3.3.27 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh

MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon

3.3.28 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan

menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja

projek kajian seni visual calon akan menyebabkan calon dianggap tidak

melaksanakan kerja projek kajian seni visual dan tidak mengambil kertas

970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual

STPM

3.3.29 Mencetak markah dari e-submission (yang telah dihantar) dan menghantar

cetakan itu bersama-sama Borang Markah Kerja Kursus Calon

(BMKKC) (Lampiran 4) ke alamat berikut:

Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET

Majlis Peperiksaan Malaysia

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,

68100, Batu Caves, Selangor

(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)

Guru perlu menghantar salinan borang tersebut dan menyimpan salinan

asalnya di dalam fail kerja kursus. Borang ini perlu dihantar sebelum

31 Oktober 2014

Page 8: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

8 TERHAD

3.3.30 Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari

22 – 26 September 2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru.

Jika kesemua calon telah selesai persembahan dan peragaan bersama guru

(pembentangan) , hasil kerja projek kajian seni visual calon perlu terus

dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika ada)

3.3.31 Membawa KPK/TKPK ke tempat persembahan dan peragaan kerja projek

kajian seni visual calon (mini pameran) untuk KPK/TKPK membuat

penyelarasan. Memberi dan menunjukkan Borang Markah Kursus Calon

(BMKKC) (Lampiran 4) kepada KPK/TKPK untuk KPK/TKPK memilih

sampel sendiri yang akan diselaraskan

3.3.32 KPK/TKPK akan mencatatkan markah yang diselaraskan di dalam Borang

Markah Kursus Calon (BMKKC) dan guru perlu membuat salinan borang

yang telah diselaraskan untuk memberikan salinan itu kepada

KPK/TKPK

3.3.33 Menyimpan evidens kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan

selamat dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan

3.3.34 Melupuskan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas

tarikh keputusan STPM diumumkan

3.4 Tanggungjawab Calon

3.4.1 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual bahagian II:

calon dari portal MPM.

3.4.2 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk

melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

3.4.3 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang

ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian

Seni Visual)

3.4.4 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

3.4.5 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

3.4.6 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan

Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas

akan soalan yang dipilih

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh

guru/pihak sekolah

Page 9: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

9 TERHAD

3.4.7 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media

atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran(sketch

book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan

secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya)

3.4.8 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk

kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru

(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya)

3.4.9 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk

menghasilkan kerja projek calon

3.4.10 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)

(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali

pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek

3.4.11 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual

(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

3.4.12 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual

pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah.

Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada

tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap

tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan

tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan

mata pelajaran Seni Visual STPM

3.4.13 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja

calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)

(Lampiran 3)

3.4.14 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan

dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan

meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan

persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas

3.4.15 Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari

22 – 26 September 2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru.

Jika kesemua calon telah selesai persembahan dan peragaan bersama guru

(pembentangan), hasil kerja projek kajian seni visual calon perlu terus

dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika ada)

3.4.16 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan)

sebanyak dua kali jika kerja projek dipilih untuk penyelarasan

Page 10: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

10 TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian

seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia

4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah

seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

14 Mei

2014

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(a) Manual Kerja Kursus

yang mengandungi

Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon

(b) Kriteria penilaian dan

pemarkahan

Mesyuarat penyelarasan peringkat

negeri antara JU

dengan guru (cadangan

tarikh taklimat

peringkat negeri

bermula 26 – 30 Mei

2014)

Memuat turun Manual

Kerja Kursus dan

kriteria penilaian

Memuat turun Manual Kerja

Kursus bahagian II:

Calon

11 Jun 2014

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(a) Soalan Kerja Kursus

Seni Visual STPM

2014

Memuat turun Soalan

Kerja Kursus Seni

Visual STPM 2014

Tidak berkenaan

16 Jun 2014

(15 Jun

2014 bagi

negeri

Kelantan,

Terengganu

, Kedah,

dan Johor)

(minggu

pertama

penggal 3)

Soalan diedarkan kepada calon Mengedarkan soalan kepada calon

Memberi penerangan tugasan kepada calon

Calon menerima soalan.

Calon memilih soalan.

Page 11: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

11 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

23 Jun – 4

Julai 2014

(minggu

2 – 3)

Cadangan pengkaryaan

(a) Penulisan (idea perlu

disokong dengan

visual)

(b) Pembentangan (untuk

tujuan perbincangan

dan memantapkan

proposal)

Guru perlu memastikan

pelajar sudah

mempunyai pilihan dan

idea

Guru perlu memberi markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Calon telah

membuat pilihan.

Calon perlu memberi penerangan/

pembentangan idea

kepada guru.

Calon perlu menyiapkan

cadangan

pengkaryaan

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

7 Julai – 19

September

2014

(minggu

4 – 14)

11 minggu

Penghasilan karya/perekaan

(a) Kajian visual

(b) Lakaran

(c) Lukisan akhir

(d) Kajian media

(e) Kajian teknik

(f) Karya akhir

(g) Ketepatan subjek

(h) Kekuatan aspek formal

(i) Gaya penampilan

tersendiri

(j) Kekuatan

kandungan/fungsi

(k) Keaslian

(l) Kemasan (m) Dokumentasi tatacara

penghasilan karya

(n) Kemasan dokumentasi

* dokumentasi perlu disokong

dengan gambar/foto

Guru perlu membimbing calon

dalam penghasilan

karya

Guru tidak

dibenarkan untuk

membantu calon

melakukan/

menyiapkan tugasan

calon

Setiap pertemuan atau perbincangan antara

guru dengan calon,

guru perlu

merekodkannya dalam

borang BRKKC

(Lampiran 1)

Bagi setiap proses yang

calon laksanakan, guru

perlu memberi markah

pada borang BMKKC

(Lampiran 4)

Calon perlu menghasilkan karya

berdasarkan

idea/kemahiran

sendiri

Calon perlu mendapatkan

bimbingan daripada

guru untuk setiap

proses pelaksanaan

kerja kursus agar

kesilapan tidak

dilakukan.

Bagi setiap pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

calon perlu

merekodkannya

dalam borang

BRKKC (Lampiran

1)

Calon perlu

menyiapkan proses

penghasilan karya

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

Page 12: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

12 TERHAD

Tarikh Perancangan dan

Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

22 – 26

September

2014

(minggu

15)

* e-

submission

dijangka

akan

dibuka

bermula

tarikh 24

September

– 24

Oktober

2014

(a) Persembahan dan

peragaan

(b) Peragaan

(c) Pameran dan kemasan

(d) Apresiasi

(e) Penyataan karya secara

bertulis dan

pembentangan lisan

* e-submission dijangka

dibuka pada minggu ketiga

bulan September

Guru perlu

membimbing calon

untuk mengadakan

peragaan hasil karya

calon

Guru perlu memastikan semasa persembahan

secara lisan/

pembentangan calon, ia

tidak diadakan secara

terbuka.

Setiap persembahan dan peragaan yang

calon laksanakan, guru

perlu memberikan

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu memasukkan markah

dari borang BMKKC

ke dalam e-submission

sebelum 24 Oktober

2014

Guru perlu menghantar

cetakan markah

e-submission dan

borang BMKKC

sebelum 31 Oktober

2014

Calon perlu

memperagakan hasil

karya dalam

pameran mini

dengan bimbingan

guru.

Calon perlu membentangkan/

mempersembahkan

hasil karya secara

lisan.

Calon perlu menjaga pameran mini jika

ada warga sekolah

(bukan calon seni)

yang ingin melihat

pameran pada luar

waktu

pembentangan/

persembahan dengan

guru

5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau

tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja

projek.

5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksik),

bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk

menghasilkan kerja projek.

5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik

tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

Page 13: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

13 TERHAD

5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar

tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,

gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang

berkenaan.

5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan

dalam pendokumentasian.

5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan

penyeliaan oleh guru Seni Visual.

5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak

dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti

sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang

ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu

bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata

pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

Page 14: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

14 TERHAD

Lampiran 1

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................

Tarikh

aktiviti

Aktiviti dalam Projek Kajian

Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Ulasan guru

Tandatangan

Calon

Tandatangan

guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Seni Visual

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual

STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................

Nama Guru Seni Visual: ...........................................................

Tarikh: .............................................

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan

(sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai

Page 15: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

15 TERHAD

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

Projek Penghasilan Karya Seni Visual

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA

GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

Page 16: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

16 TERHAD

Lampiran 3

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan

dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja

projek yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada Calon:

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh

dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru

kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

menghasilkan kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya

Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang

dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,

kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

Page 17: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

17 TERHAD

Lampiran 4

BMKKC (PENGKARYAAN)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………

No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria

penilaian Penilai

Pernyataan

permasalahan

kajian

berasaskan

tema

peribahasa [10]

Ketepatan

tema dan

makna

[20]

Penentuan

konsep, tema,

dan kandungan

[20]

Penentuan

bahan, teknik,

dan gaya

penghasilan

[20]

Pernyataan

kepentingan

projek [20]

Sumber dan

rujukan [10]

Jumlah [100]

Markah

selepas

faktor

[20]

1. Cadangan

pengkaryaan

Guru/

Penyelaras

Format/Kriteria

penilaian

Penilai

Lakaran proses

perkembangan

idea [20]

Lakaran

akhir [10]

Kajian dan

pemilihan media

dan teknik,

eksperimentasi,

eksplorasi dan

manipulasi [10]

Pengolahan

aspek

komposisi dan

pemilihan

warna [20]

Menyediakan

blok cetakan

[20]

Menyediakan

10 edisi

cetakan [10]

Pendokumentasian

proses penghasilan

karya secara

penulisan dan

visual [10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor

[60]

2. Penghasilan

karya

Guru/

Penyelaras

Format/kriteria

penilaian Penilai

Pameran hasil

karya dan

kemasan [80]

Apresiasi

[20] Jumlah [100]

Markah

selepas faktor

[20]

3. Persembahan

dan peragaan

Guru

Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..

Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission

selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 17

Page 18: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

18 TERHAD

Lampiran 4

BMKKC (PEREKAAN)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………

No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria

penilaian

Penilai

Pernyataan

permasalahan

kajian [20]

Penentuan

konsep dan

fungsi [20]

Penentuan

pendekatan aspek

formal [30]

Pernyataan

kepentingan

projek [20]

Sumber dan

rujukan [10]

Jumlah [100]

Markah

selepas

faktor

[20]

1. Cadangan

pengkaryaan

Guru/

Penyelaras

Format/Kriteria

penilaian

Penilai

Lakaran kenit

(thumbnail) [20]

Lakaran awal

[10]

Lakaran

komprehensif

[20]

Lukisan

rendering [20]

Produk

berasaskan

reka bentuk

dan maskot

[20]

Pendokumentas

ian proses

penghasilan

karya secara

penulisan dan

visual [10]

Jumlah

[100]

Markah

selepas

faktor

[60]

2. Penghasilan

karya

Guru/

Penyelaras

Format/kriteria

penilaian Penilai

Pameran hasil

karya dan

kemasan [80]

Apresiasi

(rasional reka

bentuk) [20]

Jumlah [100]

Markah selepas

faktor [20]

3. Persembahan

dan peragaan

Guru

Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..

Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission

selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 18

Page 19: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

19 TERHAD

6.0 Tanggungjawab Calon

6.1 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual bahagian II:

calon dari laman Web MPM.

6.2 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk

melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

6.3 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang

ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian

Seni Visual)

6.4 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

6.5 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

6.6 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Projek Kajian Seni Visual yang disediakan

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan

yang dipilih

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak

sekolah

6.7 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)

disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan

(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada

buku note pad dan sebagainya)

6.8 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di

tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan

sebagainya)

6.9 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja

projek calon

6.10 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan

sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana

kerja projek

6.11 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah

ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

BAHAGIAN II : CALON

Page 20: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

20 TERHAD

6.12 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja

kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan

menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian

Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam

keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM

6.13 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)

6.14 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan

kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada

pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas

6.15 Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 22 – 26 September

2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru. Jika kesemua calon telah selesai

persembahan dan peragaan bersama guru (pembentangan), hasil kerja projek kajian seni

visual calon perlu terus dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika

ada)

6.16 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali

jika kerja projek dipilih untuk penyelarasan

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek

kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang

disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

14 Mei 2014

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(c) Manual Kerja Kursus

yang mengandungi

Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon

(d) Kriteria penilaian dan

pemarkahan

Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara

JU dengan guru

(cadangan tarikh taklimat

peringkat negeri bermula

26 – 30 Mei 2014)

Memuat turun Manual

Kerja Kursus dan kriteria

penilaian

Memuat turun Manual Kerja

Kursus bahagian II:

Calon

Page 21: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

21 TERHAD

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan JU/Guru Tindakan Calon

11 Jun 2014

MPM memuat naik bahan

berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu.my)

(b) Soalan Kerja Kursus

Seni Visual STPM 2014

Memuat turun Soalan

Kerja Kursus Seni Visual

STPM 2014

Tidak berkenaan

16 Jun 2014

(15 Jun 2014

bagi negeri

Kelantan,

Terengganu,

Kedah, dan

Johor)

(minggu

pertama

penggal 3)

Soalan diedarkan kepada calon Mengedarkan soalan kepada calon

Memberi penerangan tugasan kepada calon

Calon menerima soalan.

Calon memilih soalan.

23 Jun – 4

Julai 2014

(minggu 2

– 3)

Cadangan pengkaryaan

(c) Penulisan (idea perlu

disokong dengan visual)

(d) Pembentangan (untuk

tujuan perbincangan dan

memantapkan proposal)

Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai

pilihan dan idea

Guru perlu memberi

markah pada borang

BMKKC (Lampiran 4)

Calon telah membuat pilihan.

Calon perlu memberi

penerangan/

pembentangan idea

kepada guru.

Calon perlu menyiapkan

cadangan

pengkaryaan

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

7 Julai – 19

September

2014

(minggu 4

– 14)

11 minggu

Penghasilan karya/perekaan

(o) Kajian visual

(p) Lakaran

(q) Lukisan akhir

(r) Kajian media

(s) Kajian teknik

(t) Karya akhir

(u) Ketepatan subjek

(v) Kekuatan aspek formal

(w) Gaya penampilan

tersendiri

(x) Kekuatan

kandungan/fungsi

Guru perlu membimbing

calon dalam penghasilan

karya

Guru tidak dibenarkan

untuk membantu calon

melakukan/

menyiapkan tugasan

calon

Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru

dengan calon, guru perlu

merekodkannya dalam

Calon perlu

menghasilkan karya

berdasarkan

idea/kemahiran

sendiri

Calon perlu mendapatkan

bimbingan daripada

guru untuk setiap

proses pelaksanaan

kerja kursus agar

kesilapan tidak

Page 22: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

22 TERHAD

(y) Keaslian

(z) Kemasan

(aa) Dokumentasi tatacara

penghasilan karya

(bb) Kemasan dokumentasi

* dokumentasi perlu disokong

dengan gambar/foto

borang BRKKC

(Lampiran 1)

Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru

perlu memberi markah

pada borang BMKKC

(Lampiran 4)

dilakukan.

Bagi setiap pertemuan atau

perbincangan antara

guru dengan calon,

calon perlu

merekodkannya

dalam borang

BRKKC (Lampiran

1)

Calon perlu menyiapkan proses

penghasilan karya

mengikut tarikh

yang ditetapkan.

22 – 26

September

2014

(minggu 15)

* e-

submission

dijangka

akan dibuka

bermula

tarikh 24

September –

24 Oktober

2014

(f) Persembahan dan

peragaan

(g) Peragaan

(h) Pameran dan kemasan

(i) Apresiasi

(j) Penyataan karya secara

bertulis dan

pembentangan lisan

* e-submission dijangka dibuka

pada minggu ketiga bulan

September

Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan

peragaan hasil karya

calon

Guru perlu memastikan semasa persembahan

secara lisan/

pembentangan calon, ia

tidak diadakan secara

terbuka.

Setiap persembahan dan

peragaan yang calon

laksanakan, guru perlu

memberikan markah

pada borang BMKKC

(Lampiran 4)

Guru perlu memasukkan markah dari borang

BMKKC ke dalam

e-submission sebelum

24 Oktober 2014

Guru perlu menghantar cetakan markah

e-submission dan borang

BMKKC sebelum 31

Oktober 2014

Calon perlu memperagakan hasil

karya dalam

pameran mini

dengan bimbingan

guru.

Calon perlu membentangkan/

mempersembahkan

hasil karya secara

lisan.

Calon perlu menjaga

pameran mini jika

ada warga sekolah

(bukan calon seni)

yang ingin melihat

pameran pada luar

waktu

pembentangan/

persembahan dengan

guru

Page 23: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

23 TERHAD

8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D)

atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap

soalan kerja projek.

8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun

(toksik), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan

untuk menghasilkan kerja projek.

8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan

politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan

bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,

gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang

berkenaan.

8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah

disertakan dalam pendokumentasian.

8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan

penyeliaan oleh guru Seni Visual.

8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak

dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut

kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut

spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar

itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi

mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

Page 24: Manual guru kerja kursus seni visual

TERHAD

24 TERHAD