myrakyat februari 2012

7
my RABU 29 FEBRUARI 2012 / 7 RABIULAKHIR 1433H Francais Prasekolah 3 5 Bank Rakyat penyumbang terbesar dalam sektor koperasi Cawangan Mergong kini lebih selesa BILANGAN 2

Upload: skali-sws

Post on 13-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

MyRakyat Februari 2012

TRANSCRIPT

Page 1: MyRakyat Februari 2012

my RABU 29 FEBRUARI 2012 / 7 RABIULAKHIR 1433H

FrancaisPrasekolah

3

5 Bank Rakyat penyumbang terbesar dalam sektor koperasi

Cawangan Mergong kini lebih selesa

BILANGAN 2

Page 2: MyRakyat Februari 2012

RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

Kepenggunaan2

Perkenalkan konsep lebih unik serta titik beratkan aspek pengajaran dan pembelajaran Islam menerusi Bahasa InggerisOleh Siti NurazliNee [email protected]

PERMINTAAN terhadap pendi-dikan prasekolah yang menitik-beratkan konsep pembelajaran

berasaskan Islam dengan bahasa Ingge-ris sebagai bahasa penghantar semakin menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa hari ini.

Berikutan itu, perniagaan pendidikan awal kanak-kanak yang menggunakan konsep sedemikian semakin popular dan berpotensi besar untuk dikem-bangkan sehingga menjadikan pusat pembelajaran francais semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh.

Antara pusat perkembangan kanak-kanak yang sentiasa memperoleh per-mintaan tinggi adalah prasekolah Genius Aulad yang menjalankan francais pernia- gaan berkonsepkan prasekolah untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun. Konsep perniagaan francais ini bukan saja mendatangkan hasil lumayan kepa-da pengusahanya tetapi membolehkan beliau bekerja dengan kanak-kanak dalam suasana menyeronokkan.

Berlandaskan prinsip mahu mendi-dik kanak-kanak Islam supaya memper–oleh pendidikan awal yang berteraskan kepentingan Bahasa Inggeris dan me–ngukuhkan asas agama Islam, Peng–usaha/Pengetua Genius Aulad, Rohayu Mohd Yusoff menyifatkan langkah beliau tidak sia-sia.

Tidak hairanlah, ibu kepada dua anak ini berani melangkah ke depan untuk memulakan perniagaan francais pusat berkenaan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Pusat perkembangan kanak-kanak beliau itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Sejak dibuka Disember tahun lalu, Genius Aulad Seksyen 7 hari ini sudah menerima 100 pelajar dengan tujuh guru bagi membantu proses pembela-jaran di prasekolah berkenaan.

Mengimbas kembali kenapa memilih Genius Aulad sebagai perniagaan fran-cais, Rohayu, 39, menjelaskan keinginan beliau yang membuak untuk berkecim-pung dalam perniagaan francais Genius Aulad itu kerana tertarik dengan kaedah pengajaran dan pembelajarannya.

“Saya menceburi bidang pendidikan kanak-kanak kerana mahu menyum-bangkan sesuatu kepada perkemba–ngan ummah dengan memberi didikan berasaskan Islam kepada generasi muda hari ini bagi membolehkan mereka membesar dengan didikan Islam sepe–nuhnya,” katanya.

Rohayu menambah sebelum mem-buka Genius Aulad, beliau tidak pernah terfikir untuk menceburi perniagaan francais.

Namun beliau berasakan sudah sam-pai masanya, untuk menerima pembaha-ruan, terutama untuk berbakti kepada masyarakat dengan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak justeru, beliau akhirnya menerima amanah dan tang-gungjawab itu dengan penuh dedikasi dan ikhlas demi mendidik anak bangsa.

Rohayu berkata, beliau mula me–napak dalam bidang perniagaan francais selepas berhenti kerja dan beliau mela-kukan kajian sendiri sejak awal tahun lalu mengenai Genius Aulad.

Menurut beliau, langkah awal yang diambil untuk menceburi francais ada-lah dengan meneliti selok-belok setiap perniagaan francais pusat perkemba- ngan kanak-kanak yang ada di negara ini.

Lulusan Ijazah Sarjana Sains Pemba–ngunan Sumber Manusia dari UPM itu berkata, beliau akhirnya memilih Geni-

us Aulad dan kemudian hadir sendiri ke pejabat itu bagi mengetahui peluang yang ada dan kemudian membuat kertas kerja selepas berminat untuk menyertai perniagaan francais berkenaan.

Pemilik syarikat Hazara Learning Sdn Bhd itu berkata, kebanyakan ibu bapa memilih Genius Aulad kerana kon-sep pusat perkembangan kanak-kanak di sini lebih unik selain menitikberat-kan aspek pengajaran dan pembelajaran Islam menerusi Bahasa Inggeris.

“Bukan saja dari segi pembelajaran di dalam kelas, konsep pembelajaran Lessons Beyond Classroom atau learning out-of-the-box turut meneroka bakat dan kreativiti kanak-kanak menerusi pelba-gai aktiviti sama ada di dalam atau di luar kelas,” katanya.

Nasihat beliau kepada mereka yang berminat dengan perniagaan francais khususnya Genius Aulad adalah harus memahami sebab sebenar kenapa memilih bidang kanak-kanak meman-dangkan pekerjaan mereka kelak membabitkan kehidupan masa depan generasi muda.

Selain itu katanya, minat dan kesero-nokan mahu membimbing kanak-kanak perlu ada dalam diri individu yang ber-minat kerana cabarannya kadangkala menduga iman.

Seperti dirinya, sebaik saja memilih Genius Aulad sebagai perniagaan fran-cais, selain memohon pinjaman per-niagaan francais dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad beliau turut dibantu pihak Genius Aulad sendiri terutama daripada sudut pemasaran, pengajaran, pembelajaran, sokongan dan khidmat nasihat.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd, Zaliza Alias menyifatkan kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun yang dihantar ke tadika lebih berani apabila memasuki Tahun Satu berbanding mereka yang tidak mengikuti kelas prasekolah.

Zaliza berkata, kanak-kanak yang memperoleh pendedahan awal itu sen-tiasa bersiap sedia untuk melangkah ke Tahun Satu berikutan pihak tadika atau prasekolah selalunya akan mempersiap-kan mental dan fizikal mereka supaya dapat menerima perubahan suasana persekolahan.

Tambah beliau, modul pembelajaran yang digunakan di Genius Aulad ter-tumpu kepada kreativiti dan interaktif malah turut menekankan kemahiran berkomunikasi.

“Selain itu Genius Aulad juga menye-diakan beberapa mata pelajaran seperti Matematik dan pertumbuhan minda, sains, pelajaran dan pembacaan Bahasa Inggeris, dan Muqadam serta pemen-tasan teater.

“Malah sebagai bukti perjalanan aktiviti dan pembelajaran di prasekolah yang diusahakannya itu, setiap persem-bahan dan sesi interaktif akan direkod-kan dan ia adalah sebagai rujukan pusat perkembangan dan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, pihak syarikat kini berjaya menyediakan 20 pusat pendi-dikan awal kanak-kanak Genius Aulad di beberapa negeri termasuk, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka malah dijangka 20 Tadika Genius Aulad bakal di buka pada tahun ini termasuk di Johor.

Genius Aulad buka peluang francais berkonsepkan prasekolah

Konsep pembelajaran Lessons Beyond Classroom atau

learning out-of-the-box turut meneroka bakat dan kreativiti

kanak-kanak menerusi pelbagai

aktiviti sama ada di dalam atau di luar

kelas

Rohayu Mohd yusoff

GENIUS Aulad di Seksyen 7, Shah Alam memulakan operasinya pada Disember lalu.

SELAIN menitikberatkan aspek pendidikan dan pengajaran Islam menerusi Bahasa Inggeris, model pembelajarannya juga menumpukan kepada ciri kreativiti dan interaktif.

Page 3: MyRakyat Februari 2012

RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

Oleh Nahar Tajri [email protected]

DALAM usaha memberi lebih keselesaan kepada pelang-gan, Bank Rakyat Cawangan

Mergong memindahkan operasinya ke bangunan baru di Jalan Susuran Tuanku Haminah bermula 13 Februari lalu.

Majlis pembukaan premis baru itu disempurnakan Pengurus Besar Ope-rasi Cawangan, Baharom Embi, sekali gus menandakan bermulanya operasi Cawangan Mergong di lokasi berkena-an.

Menurut Baharom, pihaknya memu-tuskan untuk berpindah ke lokasi baru demi kepentingan pelanggan Bank Rak–yat yang sebelum ini menghadapi kesu-karan mendapatkan tempat letak kereta dan ruang yang agak terhad ketika beru-rusan di bank berkenaan.

Katanya, perpindahan ke premis baru itu juga memberi peluang kepada cawa- ngan berkenaan menampilkan suasana persekitaran dalaman yang tenang de–ngan ruang menunggu yang lebih luas.

“Perpindahan ini memberi keselesaan kepada pelanggan yang selama ini banyak memberi sokongan kepada kami”.

“Kami juga berharap perpindahan ke lokasi baru ini dapat mem-bantu merancakkan lagi prestasi perniagaan Bank Rakyat di kawasan sekitar.”

“Pada tahun ini kita masih memberi tum-puan kepada produk popular seperti Pembi-ayaan Peribadi-i 1Aslah dan Pajak Gadai- i Ar-Rahnu, di samping produk lain bagi terus meningkatkan prestasi kecemerlangan Bank,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmi-an premis berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Wilayah Uta-

ra, Azlan Alias dan Pengurus Cawangan Mergong, Ahmad Mazlan A Manaf.

Pada majlis ber-k e n a a n , C aw a - ngan Mergong turut menyampaikan sum-bangan kerusi roda kepada dua penerima Orang Kelainan Upaya (OKU), dua unit kom-puter dan cenderama-ta kepada pelanggan pertama cawangan terbabit yang ber–operasi pada 1992.

Baharom juga menjelaskan kempen pemasaran untuk produk Pembiayaan Peribadi-i 1Aslah akan terus digiatkan de–

ngan pendekatan aktiviti pemasaran yang agresif bakal dilaksanakan. Katanya, pem-

biayaan ini menawarkan jumlah pembi-ayaan maksimum RM200,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 20 tahun dengan kadar keuntungan seren-dah 3.25%.

“Aslah lebih kepada pembiayaan untuk memenuhi keperluan tunai segera peminjam bagi pelbagai tujuan termasuk keperluan pendidikan anak-anak.”

“Produk lain yang boleh diperoleh di cawangan ini termasuk Pajak Gadai-i Ar-Rahnu yang menjadi pilihan pendu-duk kawasan ini berbanding kedai pajak gadai biasa kerana selain bebas daripada unsur riba, kami tidak mengenakan yuran proses, manakala barang kemas disimpan dengan selamat dan mendapat perlindu–ngan takaful,” katanya.

Beliau berkata, nilai marhun iaitu nilai emas sentiasa meningkat setiap tahun. Oleh itu, Pajak Gadai-i Ar-Rahnu sema-kin mendapat tempat dihati pelanggan kerana memberi peluang kepada pelang-

gan mendapat kemudahan kewangan serta-merta dengan keperluan doku-mentasi yang sangat minimum.

“Selain dua produk utama itu, Cawangan Mergong juga menawarkan beberapa produk lain, antaranya Pembia- yaan Perumahan-i Manzili, Pembiayaan Pendidikan-i Falah, Pembiayaan Ken-deraan-i An-Naqlu, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), selain beberapa skim pelaburan yang menguntungkan,” katanya.

Baharom menambah, Bank Rak–yat mempamerkan prestasi cemerlang menerusi inisiatif tambatan hati pelang-gannya dengan mewujudkan perhubu–ngan jangka panjang dalam situasi pernia- gaan ‘menang-menang’.

“Hubungan baik dengan pelanggan sentiasa diberi perhatian dan suasana kerja yang positif di cawangan terus dipelihara.”

“Kita juga menggunakan maklum

balas daripada pelanggan dalam usaha untuk menawarkan pelbagai produk berdasarkan keperluan mereka.”

“Kita berpegang kepada empat prinsip untuk terus maju iaitu memberi layanan kelas pertama kepada semua pelanggan, mempercepat proses pem-biayaan, menjalin hubungan baik de- ngan agensi kerajaan, industri dan swasta serta mengungguli promosi dan pasaran produk.”

“Kita perlu berdaya saing kerana ketika ini banyak institusi perbankan menawarkan perkhidmatan perbankan dengan konsep yang hampir sama. Jus-teru, kami perlu menawarkan perkhid-matan terbaik untuk memuaskan hati pelanggan.” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata, sehingga kini Bank Rakyat sudah mem-punyai 19 cawangan di wilayah utara iaitu 10 di Kedah, tujuh di Pulau Pinang dan dua di Perlis.

Jaringan Penghantaran 3

Alamat:No. 7 & 8,

Susuran Tuanku Haminah, Tuanku Haminah Business

Centre Mergong, 05150 Alor Star, Kedah

Emel:[email protected]

No. Telefon: 04-733 1268/2245

No. Faks: 04-731 6829

Pengurus: Ahmad Mazlan A Manaf

InfoCawangan

BRTH11 semai budaya kerja berpasukanKIRA-KIRA 400 peserta menyertai pertandingan mencari harta karun Bank Rakyat Treasure Hunt (BRTH11) kali keenam yang berlangsung pada 11 Feb-ruari lalu.

Pelepasan peserta BRTH11 dilak-sanakan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat di perkarangan ibu pejabat bank berkenaan di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur dan ber– akhir di Hotel Swiss Garden, Lumut den-gan menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 400 kilometer.

Menurut Kamaruzaman, selain bertu-

juan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja, objektif penganjuran pertandingan ini juga ada-lah untuk menyerlahkan semangat ker-jasama dan menyuburkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Menariknya, kumpulan Goodfellas yang dianggotai Kamaruzaman sen-diri, Mustafha Abdul Razak, Mahmud Muhayyidin Mohamed Nawawi dan Ridzuan Mohd Isa dinobatkan sebagai juara pertandingan pada tahun ini den-gan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.00.

MULA...Kamaruzaman bersedia melepaskan konvoi peserta di perkarangan Ibu Pejabat, Jalan Tangsi.

Cawangan Mergong kini lebih selesa

Cawangan Mergong

SedIA BerKhIdMAT… Baharom (lapan dari kanan), Azlan dan Ahmad Mazlan bergambar bersama warga kerja Cawangan Mergong.

BerSATU... ahli pasukan bekerjasama

menyelesaikan tugasan yang

diberi.

Page 4: MyRakyat Februari 2012

54 RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

Seantero

ISMAIL SABRI berkesempatan membeli produk jenama 1Malaysia menggunakan Kad CO-OP di Kedai Serbaneka SEKATARAKYAT.

KAMARUZAMAN menyerahkan watikah perlantikan Rakan Dagang Kad CO-OP kepada Mohamed Arsad.

Oleh Haryani [email protected]

SEIRING dengan aspirasi kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, Koperasi Kakitangan Bank Rak-

yat (SEKATARAKYAT) mengambil inisiatif melancarkan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di kafeteria Ibu Pejabat Bank Rakyat di Jalan

Tangsi, Kuala Lumpur, pada 3

Februari 2012.MR1M di kafeteria ini menawarkan set

menu sarapan pada harga RM1.80 dan set makan tengah hari RM4 bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga asas MR1M yang ditetapkan adalah RM2 bagi sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

“Kafeteria SEKATARAKYAT menawarkan harga sarapan lebih rendah berbanding harga yang ditetapkan dan mengalu-alukan peng–

usaha lain melaksanakan usaha seperti itu.”

“Dalam melaksanakan MR1M, dua perkara dititik beratkan iaitu mutu makanan yang ter-jamin dan harga yang ditawarkan adalah tidak melebihi had yang ditetapkan.”

“Makanan yang dijual menerusi program MR1M mempunyai mutu dan kualiti yang sama dan harganya menjadi lebih murah kerana pakej yang disediakan iaitu RM4 bagi makan tengah hari membolehkan pelanggan menik-mati sajian nasi bersama pilihan ayam atau ikan, satu lauk dan segelas air.”

“Banyak restoran dan kafeteria di syari-kat swasta, kementerian dan universiti telah menawarkan MR1M. Sehingga kini, lebih daripada 1,200 restoran telah menyediakan

MR1M dan diharapkan jumlah ini meningkat menjadi 3,000 menjelang hujung tahun

ini,” katanya pada majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Syed Jalaludin Syed Salim, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Pengerusi SEKATARAKYAT, Datuk Mohamed Arsad Sehan.

Usaha memperkenalkan menu yang murah dan berkhasiat itu mendapat sambutan meng-galakkan daripada masyarakat sekeliling seper-ti kakitangan Bank Negara Malaysia, Kemente-rian Kerja Raya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Persatuan Arkitek Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan serta Kelab Wartawan Kebangsaan.

Selain melancarkan MR1M, SEKATA-RAKYAT turut menerima watikah pelantikan Rakan Dagang Kad CO-OP yang mengenda-likan kedai serbaneka memasarkan produk 1Malaysia.

“Ramai yang tidak jelas mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan mereka berang-gapan kedai baru khas untuk produk 1Malaysia perlu dibuka tetapi sebenarnya premis sedia ada juga boleh menjual produk ini seperti yang dilakukan SEKATARAKYAT.”

“Saya ingin menyeru kepada peniaga run-cit yang merasakan produk KR1M menyaingi perniagaan mereka, bahawa mereka boleh membeli dan kemudian menjual produk ini di kedai mereka. Saya juga menggalakkan kope-rasi untuk menjual produk KR1M. Bagaimana-pun, sekiranya koperasi mempunyai produk sendiri dan harganya lebih rendah, ia adalah lebih baik.”

makanan berkualiti, harga berbaloiMenu Rakyat 1Malaysia

ISMAIL SABRI mengambil lauk di Kafeteria SEKATARAKYAT yang turut menawarkan MR1M.

KEJAYAAN merencana hala tuju serta strategi terbaik membolehkan Bank Rakyat memperkukuh kedudu-kannya sebagai penyumbang terbesar dalam sektor koperasi. Model sukses ini wajar dijadikan contoh oleh kope-rasi lain dalam usaha menyokong ini-siatif kerajaan merealisasikan status Malaysia sebagai ’Negara Berpenda-patan Tinggi’ menerusi Rancangan Malaysia ke-10.

Perancangan strategik membo-lehkan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun 2011 seperti sasaran dite-tapkan, di samping merangkul pelba-gai anugerah di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggu-naan (KPDNKK), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persidangan awal tahun seperti yang diadakan oleh Bank Rakyat adalah platform terbaik untuk Bank merencana hala tuju serta strategi perniagaan bagi meneruskan resipi kecemerlangan.

“Mesyuarat seperti ini dianggap penting kerana ia juga akan menen-tukan sama ada Bank dapat mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan. Apatah lagi, KPI Bank Rakyat juga adalah KPI KPDNKK,”

katanya pada majlis makan malam semasa merasmikan Mesyuarat Pelan Tindakan Perniagaan Bank Rakyat 2012 di Putrajaya, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha, Kemente-rian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Saripuddin Kassim.

Turut hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Syed Jala-ludin Syed Salim; Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat; ahli-ahli Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat, Ketua dan Pengurus Bank Rakyat seluruh negara.

Ismail Sabri berkata, sebagai Kementerian yang bertanggungja-wab terhadap hal ehwal yang ber-kaitan dengan pembangunan kope–rasi dan pengguna, beliau yakin Bank Rakyat akan sentiasa menyokong usaha kerajaan dan Kementerian dalam membangunkan sektor kope-rasi negara.

Katanya, ini terbukti melalui pelaksanaan program seperti Pin-jaman Transformasi Kedai Runcit dan Bengkel Automotif (TUKAR dan ATOM) di bawah inisiatif Pro-gram Transformasi Ekonomi (ETP) menjadi salah satu daripada Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

“Ia juga selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020 yang membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi nega-ra,” ujar beliau.

Antara inisiatif terbaru kerajaan adalah mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang memboleh-kan rakyat berpendapatan rendah membeli pelbagai barangan keper-luan pada harga lebih rendah sehingga 40 peratus.

Inisiatif ini juga adalah salah satu daripada objektif Program Transfor-masi Kerajaan (GTP) dengan objektif untuk memberi perhatian dan keuta-maan kepada rakyat, selaras dengan

Gagasan 1Malaysia ’Rakyat Didahulu-kan, Pencapaian Diutamakan’.

Sementara itu, Kamaruzaman dalam ucapannya berkata, Bank Rakyat berjaya melonjakkan keun-tungannya setiap tahun hasil inovasi produk dan juga aktiviti pemasaran bersepadu.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja-sama dan komitmen seluruh warga kerja Bank, di samping sokongan tidak berbelah bagi daripada KPD-NKK. Untuk itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kementerian yang banyak membantu Bank Rakyat selama ini,” katanya.

Kamaruzaman juga berkongsi kejayaan Bank Rakyat dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktira-fan sama ada di dalam mahupun di peringkat antarabangsa. Antaranya, Anugerah Koperasi Terbaik (Klus-ter Besar) sempena Hari Koperasi Negara 2011 dan turut tersenarai dalam laporan Global 300 Perikatan

Koperasi Antarabangsa (ICA) antara 300 koperasi terbaik dunia.

Turut membanggakan ialah apa-bila Bank Rakyat juga diiktiraf oleh The Banker sebagai Institusi Kewa- ngan Islam Nombor Satu di Malaysia dan Asia Tenggara selain berada di tangga ke-12 dunia.

“Kita semua maklum yang Bank mempunyai dasar rancangan kor-poratnya bagi setiap lima tahun bagi memastikan Bank sentiasa berada pada landasan terbaik.”

“Kita juga memberikan pengikti-rafan kepada wilayah dan cawangan yang mencatatkan prestasi cemer-lang sepanjang 2011.

Pada malam itu, sebanyak 14 anugerah prestasi terbaik cawangan diumumkan, antaranya Kategori Akaun Simpanan dan Deposit Indi-vidu, Akaun Pelaburan, Pembiaya-an, Keuntungan, Wilayah Terbaik, Cawangan Terbaik, Sifar Aduan Perkhidmatan dan Anugerah Per–khidmatan Perancangan Kewangan.

SARIPUDDIN, Syed Jalaludin dan Kamaruzaman bergambar bersama pengurus-pengurus cawangan sempena Majlis Pelan Tindakan Perniagaan Bank Rakyat 2012.

Bank Rakyat penyumbang terbesar dalam sektor koperasi

Page 5: MyRakyat Februari 2012

RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

Koperasi dan Keusahawanan6

Oleh HabsaH [email protected]

HUBUNGAN erat Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) dengan

Bank Rakyat mempengaruhi angin kema-juan yang dinikmati koperasi ini.

Pengurus Besarnya, Ahmad Roza–man Mohd Yusoff berkata, Bank Rak–yat banyak memberi peluang dan ruang kepada koperasi mengembangkan akti-vitinya hingga SEKATARAKYAT terus berdiri teguh selama 38 tahun.

Antaranya, Bank Rakyat memberi keyakinan kepada SEKATARAKYAT melaksanakan kerja pencucian di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

“SEKATARAKYAT mula menceburi perkhidmatan pembersihan pejabat di cawangan Bank Rakyat dan Kedai Ar-Rahnu X’change Bank Rakyat mulai Jun 2008 dengan usaha sama kontraktor pembersihan terpilih.

“Pakej perkhidmatan yang ditawar-kan merangkumi pembersihan harian ruang pejabat seperti membersihkan permaidani, mengilatkan lantai, cermin, dinding luaran dan pencucian signage (luaran).

“Koperasi juga membekalkan per–

alatan produk wangian dan deodoran hygiene di semua tandas di dalam ba–ngunan di Ibu Pejabat dan seluruh cawa–ngan,” ujarnya.

SEKATARAKYAT juga jelasnya, mem-bekalkan air mineral kepada ibu pejabat dan Cawangan Bank Rakyat di Lembah Klang serta syarikat dan individu yang berminat pada harga amat berpatutan.

Air mineral semula jadi dengan label SEKATARAKYAT ini memperoleh Lesen KKM 163 (24/J/3) dan Sijil HACCP sejak awal pengeluarannya pada 2007. Air mineral ini juga disahkan halal oleh Jakim.

SEKATARAKYAT juga menawarkan perkhidmatan langganan mesin Hot & Cold Water Dispenser untuk kegunaan warga kerja Bank Rakyat.

“Perkhidmatan ini dimulakan pada 2007. Setakat ini sebanyak 52 mesin dipasang di ibu pejabat dan cawangan Bank Rakyat di Lembah Klang.

“Mulai 2010, kami bekerjasama dengan Woongjin Coway (M) Sdn Bhd memasang produk penulenan udara dan penapis air di ibu pejabat Bank Rakyat serta di 22 cawangan Bank Rakyat yang berminat dengan kadar sewaan sebulan RM130 bagi penapis air dan RM100 bagi penulen udara,” katanya.

SEKATARAKYAT juga diberi keper-

cayaan oleh Bank Rakyat mengambil alih kafeteria di Bangunan Bank Rakyat di Jalan Tangsi mulai September 2010. Kafeteria ini menyajikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) kepada warga ker-ja Bank Rakyat dan orang awam yang bekerja di kawasan sekitarnya.

“Kami juga menyediakan perkhid-matan katering untuk majlis Hari Raya, tahlil, kuliah zohor serta mesyuarat pe–ngurusan di Bank Rakyat,” ujarnya.

Terbaru, koperasi itu baru sahaja membuka kedai serbaneka berkonsep-kan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual pelbagai produk jenama 1Malay-sia di ibu pejabat Bank Rakyat.

Di samping itu, Bank Rakyat juga menyewa dua bangunan milik SEKATA-RAKYAT untuk dijadikan cawangannya iaitu bangunan empat tingkat di Wisma Unicap Glomac di Kelana Jaya dan juga bangunan empat tingkat di Melawati Square di Taman Melawati.

Menurut Ahmad Rozaman lagi, SEKATARAKYAT turut terbabit dalam kerja perkhidmatan penyelenggaraan sis-tem penghawa dingin secara berkala di beberapa cawangan Bank Rakyat seperti di bangunan ibu pejabat di Jalan Tangsi serta Cawangan Raub, Bandar Tun Razak dan Kajang.

SEKATARAKYAT semakin meluaskan operasi

BAGI penggemar sajian barat, Restoran Mama Chops & Papa Grill bukan sesuatu yang baharu, apatah lagi hidangan yang disediakan memenuhi cita rasa pelanggan tempatan.

Rangkaian restoran ini menyediakan sajian barat yang HALAL yang mana setiap langkah penye- diaan dan penggunaan bahan mentah mematuhi syarat ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Terkenal dengan menu seperti Chicken Chop Black Pepper, Lamb Chop Black Pepper, Steak dan Fish Fillet, restoran ini mula ditubuhkan pada 1999 oleh Fokus Seraya Sdn Bhd dan mendapat lesen francais pada 11 Januari 2002.

Bagaimanapun, syarikat ini yang sebelumnya diuruskan oleh bukan Bumiputera, kemudian diambil alih oleh Creative Pearl (M) Sdn Bhd sejak Januari 2009.

Pengarah Eksekutifnya, Rohieyal Abd Ghani berkata, bermula dengan sembilan rangkaian restoran ketika mula mengambil alih syarikat ber-kenaan, Mama Chops & Papa Grill terus berkem-bang dengan memiliki 23 cawangan dikendalikan secara francais sehingga November lalu.

Rangkaian restoran ini terdapat di Johor, Lembah Klang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Alor Star dengan menyasarkan kelompok pelanggan berpendapatan sederhana dan ke atas yang gemarkan sajian barat.

Menerusi pengambilalihan itu juga, restoran terbabit turut melakukan perubahan hiasan dala-mannya serta melakukan beberapa penambahan menu, termasuk minuman pilihan ramai seperti kopi dalam pelbagai perisa.

Dalam mengembangkan perniagaan secara francais itu, syarikat berkenaan mendapat soko–ngan Bank Rakyat untuk menyertai Karnival Bank Rakyat di Muar pada awal tahun 2010.

“Langkah menyertai karnival yang dianjurkan oleh Bank Rakyat membolehkan kami memperkenalkan restoran ini kepada pelanggan dan seterusnya mem-promosi serta memberi maklumat mengenai sistem perniagaan francais yang ditawarkan.”

“Selain penyertaan di karnival, kami juga diberi peluang untuk meletakkan risalah mengenai syari-kat kami di ibu pejabat Bank Rakyat dan inisiatif ini sangat membantu dalam memperkenalkan rang-kaian restoran ini kepada pelanggan Bank Rakyat,”

katanya ketika ditemui di outlet terbaharunya di Giant Batu 9, Cheras.

Rohieyal berkata, berbanding sebelumnya, kebanyakan rangkaian restoran ini dibuka di lot kedai tetapi kini ia telah berkembang dengan memasuki pasar raya besar seperti di Giant dan Carrefour.

Sambil menyifatkan konsep perniagaan francais yang ditawarkan adalah yang termurah, Rohieyal mengalu-alukan pengusaha Bumiputera untuk membuka restoran ini secara francais.

Selain menawarkan perniagaan berkonsep francais, Creative Pearl adalah pembekal bagi produk sejuk beku untuk restoran makanan barat dengan memiliki kilang di Shah Alam yang menge-luarkan sebanyak 78 jenis produk.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima, ramai pelanggan menggemari produk keluaran kami,” katanya.

Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan ini secara francais dan mendapatkan produk sejuk beku, segala maklumat boleh didapati di laman web www.mamachops.com atau hubungi talian 03-80790237.

Karnival Bank Rakyat bantu promosi produk sejuk beku

ROHIEYAL menunjukkan pilihan menu hidangan yang ditawarkan di rangkaian Restoran Mama Chops & Papa Grill.

BANGUNAN milik SEKATARAKYAT di Kelana Jaya yang disewa oleh Bank Rakyat bagi menempatkan cawangannya.

Page 6: MyRakyat Februari 2012

RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

KepenggunaanKoperasi dan Keusahawanan 7Oleh haryani ngah dan habsah [email protected]

“nASI ayam paling sedap dan paling murah”, itu-lah antara komen Tim-

balan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyid-din Yassin mengenai sajian Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang disediakan oleh Restoran En Tan Kopitiam Muslim pada pelancaran program itu di Rampai Busi-ness Park, Januari lalu.

Restoran En Tan Kopitiam Muslim yang menyokong usaha kerajaan mem-perkenalkan program MR1M itu, turut mengambil bahagian dengan menyedia-kan nasi ayam yang dimasak ala Hainan pada harga RM4 bermula jam 12 tenga-hari hingga 2 petang setiap hari.

Dengan RM4 pelanggan dapat menik-mati set nasi ayam bersama teh o ais atau kopi o ais, manakala untuk sarapan pagi pada harga serendah RM2 bagi nasi lemak bungkus atau roti bakar bersama teh o atau kopi o.

Pengurusnya, Muhammad Nazri Tan Abdullah, memberitahu sambutan dite-rima daripada pelanggan amat mengga- lakkan sejak menu itu diperkenalkan pada Januari lalu.

Dengan menyediakan menu MR1M katanya, secara tidak langsung dapat membantu pelanggan berpendapatan sederhana menikmati sajian enak dan berkhasiat sesuai dengan kemampuan mereka.

“Saya menyambut usaha kerajaan ini selepas mendapat saranan daripada pelanggan tetap dan selepas membuat beberapa tinjauan dan kaji selidik di laman web mengenainya saya dapati program ini sangat baik dan sebagai peng- usaha saya masih lagi mendapat keun-tungan menerusi penyediaan menu ini.

“Walaupun harga yang ditawarkan murah tetapi sajian yang disediakan ini berkualiti dan enak.

“Sebagai pengusaha saya merasa-kan MR1M tidak merugikan sebaliknya ia dapat membantu memperkenalkan restoran kepada pelanggan dan pada masa sama memperkenalkan menu lain yang disediakan di restoran ini,” katanya yang mula membuka restoran itu sejak 16 Oktober tahun lalu dibantu isterinya, Norhaliza Abd Jalil.

Sajian MR1M disediakan untuk pelanggan yang makan di restoran saja.

Katanya, bagi memastikan pelang-gan mengetahui hidangan itu disediakan di restoran itu, pelayan restoran akan menunjukkan kesemua menu yang ada dan pelanggan boleh memilih sama ada mahu menikmati MR1M atau sajian lain yang ditawarkan di restoran itu.

Mementingkan keselesaan pelang-gan yang mengunjungi restorannya, Muhammad Nazri berkata, mung-kin pelanggan yang melihat dari luar menyangka restorannya menawarkan pada harga yang mahal kerana susun aturnya yang menarik.

Bagaimanapun dengan ada MR1M, tanggapan dapat diubah kerana sesiapa saja mampu menikmati hidangan di sini kerana sebagai pengusaha beliau mahu memastikan mendapat perkhidmatan dan layanan yang baik.

Restoran yang menawarkan menu 1Malaysia bukan saja mendapat sambu-tan baik di kalangan rakyat tetapi juga membantu pelajar terutama di institusi pengajian tinggi berjimat.

Ternyata dengan hanya membayar RM4 untuk makan tengah hari dan RM2 untuk bersarapan pagi, ia sesuatu yang sangat menjimatkan malah pada masa yang sama dapat pula menikmati sajian yang sihat dan mengenyangkan.

Pengusaha kafeteria NAR Catering Services yang terletak bersebelahan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya (UM), Nur Harizah Abdul Rahman ber-kata, sejak kafeteria itu memperkenal-kan set MR1M pada awal tahun ini, ia mendapat sambutan dan maklum balas yang cukup baik daripada kalangan pela-jar di situ.

Kafeteria itu menyediakan set sara-pan pagi MR1M iaitu pilihan mihun goreng atau mi goreng atau nasi goreng atau kuew teow goreng dengan segelas teh tarik pada harga RM2 manakala set makan tengah hari pula ialah set nasi dengan ikan atau ayam serta segelas air sirap berharga RM4.

Harizah menyediakan MR1M itu seti-ap hari dari Isnin hingga waktu makan

tengah hari Sabtu.“Setakat ini pelajar menyambut baik

dan suka dengan menu yang kami kete–ngahkan. Semua ayam atau ikan untuk MR1M dimasak berasingan berbanding lebih 30 sajian lauk pauk lain yang turut disediakan secara bufet di kafeteria yang sama.

Bagaimanapun, sebahagian besar kakitangan akademik dan pentadbiran pula lebih gemar memilih sendiri jenis lauk pauk mengikut selera dan bajet masing-masing.

Sementara itu, pengusaha gerai, Green Fresh Stations, Hazizan Zainal Abidin, berkata usaha kerajaan mem-perkenalkan MR1M adalah sangat baik kerana sebagai peniaga adalah tidak wajar mengenakan caj yang tinggi kepa-da pelanggan.

Mula menyertai program MR1M sejak Julai tahun lalu, Hazizan menyediakan pakej MR1M untuk sarapan pagi pada setiap hari, manakala har-ga istimewa untuk makanan tengahari pada setiap Jumaat.

“Walaupun menurunkan harga pada setiap sajian yang terbabit dalam MR1M, saya masih tetap mengekalkan kuantiti dan kualiti makanan yang dijual menerusi pakej ini,” katanya yang meng–usahakan gerainya di Bandar Baru Sentul.

Untuk sajian sarapan pagi,

pelanggan boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM1 bagi nasi lemak bia-sa, nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng dan kuew toew goreng, manaka-la minuman yang tidak bersusu seperti teh o, kopi 0, sirap, sirap limau, teh o limau yang disediakan sama ada panas atau sejuk dikenakan harga RM1.

“Sebagai contoh jika seo-rang pelanggan mengambil nasi lemak biasa tanpa sebarang tambahan lauk dengan teh o, harga yang

dikenakan adalah mengikut standard MR1M iaitu RM2 bagi sarapan pagi dan sekiranya mereka mengambil lauk lain sebagai tambahan, harga akan dikira mengikut apa jenis lauk yang diambil oleh mereka.

“Untuk minuman, walaupun harga-nya rendah tapi kami menggunakan gelas yang besar dan minuman panas dihidang-kan dalam cawan,” katanya yang meng–usahakan gerai makan lebih 10 tahun lalu.

Bagi setiap hari Jumaat, Hazizan menye- diakan harga istimewa kepada pelanggan iaitu pelanggan hanya dikenakan bayaran RM4.50 bagi set nasi bersama ayam atau apa saja jenis ikan dan minuman sejuk atau panas yang tidak bersusu.

Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan, mereka juga diberikan pisang percuma sebagai pencuci mulut.

“Untuk setiap hari Jumaat, saya akan maklumkan kepada pelanggan mengenai harga istimewa ini dan bagi pelanggan tetap mereka sudah tahu mengenai tawaran menarik ini,” katanya.

Antara menu yang sering menjadi pili-han pelanggannya adalah ayam goreng, asam pedas, masak tempoyak dan keli sambal hijau.

Ternyata, langkah memperkenalkan restoran berkonsepkan sajian rakyat ini amat bertepatan sekali buat memban-tu rakyat berjimat cermat. Sekalipun harga ditawarkan lebih rendah, kualiti makanan yang disediakan oleh pengusa-

ha restoran sajian MR1M adalah sama seperti hidangan lain.

MR1M langkah bijakbantu rakyat berjimat

NUR HaRizaH turut memperkenalkan set MR1M di restorannya yang beroperasi berdekatan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya.

NORHaLiza menunjukkan pakej MR1M yang disediakan.

MUHYiDDiN dan Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan, Datuk Seri ismail

Sabri Yaakob mencuba nasi

ayam di Restoran En Tan Kopitiam

Muslim.

Page 7: MyRakyat Februari 2012

RABU 29 FEBRUARI 2012 BERITA HARIAN

Koperasi8

Kes yang didaftar dan diselesaikan pada 2011

Jenis Pertikaian Jumlah Kes Didaftarkan (Jan - Dis 2011) Jumlah Kes Selesai

Kes dibawah Seksyen 82(1) 45 24Akta Koperasi 1993Kes dibawah Seksyen 82(2) 742 738Akta Koperasi 1993

Tribunal selesai pertikaian dalaman koperasi

LAZIMNYA koperasi yang besar asalnya bermula sebagai satu enterpris perniagaan mikro,

kecil ataupun sederhana. Namun, atas kesungguhan dan keprihatinan mem-praktikkan sistem tadbir urus yang baik dalam keseluruhan organisasi, maka koperasi berkenaan mampu menjadi entiti yang berjaya.

Menyedari hakikat ini, Suruhanja-ya Koperasi Malaysia (SKM) berusaha memantapkan tadbir urus koperasi untuk untuk mentransformasikan sektor koperasi ke arah kecemerlangan supaya koperasi dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara.

Sebagai agensi yang dipertanggungja-wabkan untuk membangun dan megawal selia koperasi, SKM memastikan sese-buah koperasi terus berkembang me–ngikut nilai kejujuran, kebolehpercayaan dan ketelusan.

Untuk itu, sebuah Tribunal Koperasi ditubuhkan bagi membolehkan perti-kaian mengenai hal ehwal koperasi yang berlaku di antara pihak-pihak iaitu di kalangan koperasi, anggota koperasi, bekas anggota, anggota Lembaga dan juga waris atau penama atau wakil yang sah di sisi undang-undang seseorang ang-gota yang mati dapat diselesaikan.

Tribunal Koperasi dipastikan melak-sana tanggungjawabnya dengan berke-san, cepat, dengan kos berpatutan dan tata cara penyelesaian kes yang lebih mudah.

Di samping itu, kewujudan bahagian yang mengendalikan tribunal ini juga berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai SKM dalam menyelesaikan sebarang pertikaian yang dirujuk oleh koperasi.

Antara fungsi utama bahagian ini ialah mendaftar dan menyelesaikan kes perti-kaian yang dirujuk oleh anggota/ koperasi dan pihak-pihak lain; menjalankan perbi-caraan kes-kes tribunal; dan mengeluar-kan award, nota perbicaraan dan alasan penghakiman kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Dua jenis pertikaian yang boleh diru-

juk ke Tribunal Koperasi ialah pertikaian di bawah seksyen 82(1) yang menyentuh penubuhan koperasi, undang-undang kecil, pemilihan pegawai-pegawai, per-

jalanan mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan sesuatu koperasi. Sementara pertikaian di bawah seksyen 82(2) ialah mengenai tuntutan

bagi apa-apa hutang atau pinjaman. Kedua-dua jenis pertikaian ini perlu dirujuk kepada SKM terlebih dahulu bagi memperolehi izin memfailkan pertikaian

di Tribunal Koperasi menurut seksyen 82(3)(ba).

Beberapa keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan bahawa pertikaian pihak-pihak yang terbabit hendaklah didengar dan dise-lesaikan di Tribunal Koperasi. Setelah memperolehi Award Tribunal Koperasi dan pihak-pihak berkenaan terkilan den-gan keputusan Tribunal Koperasi maka barulah mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran para koperator termasuklah peguambela dan peguamcara berkenaan fungsi Tribu-nal Koperasi.

Semenjak mula beroperasi pada 1 Mei 1998 sehingga 2011, sebanyak 8340 kes pertikaian telah selesaikan iaitu 357 kes di bawah seksyen 82(1) dan 7983 kes di bawah seksyen 82(2).

Justeru, berasaskan kesedaran sede-mikian menyaksikan bilangan kes yang dirujuk ke tribunal itu semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 2011, sebanyak 787 kes perti-kaian didaftarkan oleh Tribunal Koperasi berbanding dengan 484 kes pada 2010. Tribunal Koperasi juga berjaya menyele-saikan 762 kes dalam tahun 2011.

Apa yang diharapkan, sekiranya SKM berjaya memupuk kepercayaan masyara-kat umum terhadap gerakan koperasi, maka matlamat untuk meningkatkan bilangan koperasi berdaftar serta men-arik lebih ramai rakyat menganggotai koperasi dapat dicapai dan seterusnya membolehkan sektor koperasi terus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.