bagaimana kursus seni lukis dan seni reka - kursus kejuruteraan elektrik - kursus perkhidmatan dan...

32
BAGAIMANA WANG ZAKAT DIAGIHKAN Laporan Ringkas Aktiviti-Aktiviti Agihan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2014 www.maiwp.gov.my facebook.com/maiwp.hq facebook.com/baitulmal.wp Talian Bebas tol Baitulmal MAIWP 1-800-88-5222 Hotline Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP 012-518 3614 / 012-512 7614

Upload: leduong

Post on 12-Mar-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

BAGAIMANA WANG ZAKAT DIAGIHKANLaporan Ringkas Aktiviti-Aktiviti Agihan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2014

www.maiwp.gov.myfacebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

Talian Bebas tolBaitulmal MAIWP1-800-88-5222

Hotline Skuad Jejak AsnafBaitulmal MAIWP012-518 3614 / 012-512 7614

Page 2: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

2

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk

orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang

mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya,

dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan

orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan

Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan.

(Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan

(yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,

lagi Maha Bijaksana.

(At-Taubah:60)

2

Page 3: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

3

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana

dengan izinNya, laporan ringkas aktiviti-aktiviti agihan zakat MAIWP berjaya diterbitkan untuk tahun kedua.

Laporan ini insyaAllah akan disediakan pada setiap tahun bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai aktiviti-aktiviti agihan yang dilaksanakan oleh MAIWP. Melalui laporan ringkas ini, penerangan aktiviti-aktiviti agihan yang dijalankan akan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan padat khususnya kepada para pembayar zakat. Dengan cara ini, mereka dapat mengetahui ke manakah wang zakat yang dibayar oleh mereka dibelanjakan. Selain itu juga, menerusi laporan ini, mereka yang ingin memohon bantuan zakat dapat mengetahui bentuk-bentuk bantuan zakat yang boleh dipohon.

Adalah diharapkan agar para pembaca laporan ini dapat membantu MAIWP dengan menyebarluas maklumat yang dimuatkan seterusnya membolehkan MAIWP untuk meningkatkan lagi agihan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Sekian, terima kasih

DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN BIN JAFFARKetua Pegawai EksekutifMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

3

Page 4: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan 5

Program Agihan Zakat Yang Dilaksanakan oleh MAIWP 6

Agihan Zakat MAIWP 2014 8

Agihan Zakat Menerusi Skim Bantuan Zakat 9

• Pembangunan Asnaf• Perumahan• Pendidikan• Ekonomi• Pembangunan Ummah

Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Institusi Pendidikan 17

• Darul Hannan• Tadika Islam• Sekolah Menengah Agama MAIWP• Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz• Institut Kemahiran Baitulmal• Institut Profesional Baitulmal• Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI• Darul Ilmi

Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Institusi Perlindungan dan Kebajikan 21

• Darul Kifayah• Dar Assaadah• Darul Hidayah

Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Penubuhan Prasarana di Bawah Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan 23

• Kedai Rakyat MAIWP• Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia MAIWP- Hospital Putrajaya• Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang• Pusat Gelandangan MAIWP- Kementerian Dalam Negeri

Pembinaan Masjid, Surau dan Sekolah Rendah Agama Di Wilayah Persekutuan Menggunakan Dana Zakat MAIWP 25

Agihan Makanan Percuma 27

Agihan Zakat di Luar Wilayah Persekutuan 28

Usaha Proaktif MAIWP Mencari Mereka Yang Memerlukan Melalui Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP 29

Kandungan

4

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 5: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Pengurusan Zakat Di Wilayah Persekutuan

Pengurusan zakat di

Wilayah Persekutuan diuruskan

oleh MAIWP

MAIWP melantik Pusat Pungutan Zakat MAIWP

(PPZ-MAIWP) untuk menguruskankutipan zakat harta

Zakat yang dikutip oleh PPZ-MAIWP

diserahkan kepada MAIWP untuk

diagihkan menerusi pelbagai program

agihan

5

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 6: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Bagaimana zakat diagihkan oleh MAIWP?

Program agihan zakat merupakan program utama MAIWP. Ia merupakan satu amanah para pembayar zakat yang dipikul oleh MAIWP. Wang zakat yang dibayar oleh mereka perlu diagihkan kepada golongan asnaf sepertimana yang ditetapkan oleh syara’ agar hasrat pembayar zakat tertunai.

MAIWP bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pengagihan zakat. Selain pengagihan zakat terus melalui skim-skim bantuan, zakat turut dimanfaatkan melalui operasi institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan yang ditubuhkan oleh MAIWP. Ia dikategorikan sebagai program agihan zakat secara tidak langsung di mana zakat dapat dimanfaatkan untuk memberi kesan yang lebih besar selain dapat digunakan untuk jangka masa panjang.

Program Agihan Zakat Yang Dilaksanakan oleh MAIWP

Pendahuluan

6

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 7: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Zakat

1. Beragama Islam 2. Warganegara Malaysia 3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari tiga tahun4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Pengiraan Had al-Kifayah

Had al-Kifayah merupakan pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Ia mengambilkira keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

7

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 8: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN ZAKAT MAIWP 2014*

* Laporan belum diaudit

Page 9: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN ZAKAT MENERUSI SKIM BANTUAN ZAKAT

1. Bantuan Kewangan Bulanan RM85.89 juta kepada 23,824 penerima

Membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.

3. Bantuan Takaful Asnaf RM4,000 kepada 199 penerima

Melindungi asnaf (penerima Bantuan Kewangan Bulanan) dengan perlindungan takaful.

2. Bantuan Aidilfitri RM11.63 juta kepada 25,225 penerima

Meringankan beban asnaf dalam menampung perbelanjaan sempena bulan Ramadhan

dan Syawal.

Pembangunan Asnaf

9

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 10: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

4. Bantuan Perubatan RM18.07 juta kepada 2,604 penerima

Membantu asnaf yang tidak berkemampuan bagi menanggung kos rawatan perubatan.

6. Bantuan Perkahwinan RM4.99 juta kepada 2,925 penerima

Membantu asnaf yang ingin melangsungkan perkahwinan.

5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

RM4.9 juta kepada 1,990 penerima

Membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang akibat daripada aktiviti memenuhi keperluan asasi.

7. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)

RM7,000 kepada seorang penerima

Membantu OKU dengan memberikan bantuan deposit bagi membeli motorsikal untuk pergerakan harian dan menjana pendapatan secara kecil-kecilan.

10

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 11: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

8. Bantuan Ibnu Sabil RM0.42 juta kepada 1,488 penerima

Membantu asnaf yang menghadapi keputusan perbelanjaan samada tambang/ makanan dalam perbelanjaan/ penginapan untuk balik secara terpaksa ke satu-satu destinasi samada dalam atau luar negara.

10. Bantuan Guaman Syarie RM0.11 juta kepada 26 penerima

Membantu asnaf yang menghadapi masalah pendakwaan/ tuntutan kes

di Mahkamah Syariah.

9. Bantuan Kecemasan RM1.19 juta kepada 8,878 penerima

Membantu mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan serta merta/segera akibat terputusnya perbelanjaan sara hidup.

11. Bantuan Musibah RM1.43 juta kepada 775 penerima

Membantu meringankan beban mangsa-mangsa musibah seperti bencana alam, kemalangan jiwa, kecurian, rompakan dan seumpamanya.

11

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 12: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Perumahan

Pendidikan

1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan

RM5.49 juta kepada 2,940 penerima

Membantu asnaf yang tidak berkemampuan bagi membayar deposit/ sewa rumah.

1. Bantuan Am Persekolahan RM16.52 juta kepada 21,846

penerima

Meringankan beban ibu bapa yang tergolong dalam golongan asnaf dalam menanggung kos persekolahan anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah.

2. Bantuan Membina / Membaiki Rumah / Deposit Rumah

RM1.57 juta kepada 121 penerima

Membantu asnaf yang kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi membina/ membaiki/ deposit membeli rumah kos rendah.

12

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 13: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

3. Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan

RM5.87 juta kepada 22,732 penerima

Membantu meringkan beban perbelanjaan ibu/bapa yang termasuk dalam golongan asnaf untuk membeli kelengkapan persekolahan menjelang musim persekolahan yang baru.

5. Bantuan Persediaan IPT RM3.01 juta kepada 3,024

penerima

Membantu pelajar-pelajar yang mendapat tawaran menyambung pengajian ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi bagi perbelanjaan awal sebelum melapor diri.

2. Bantuan Am Pelajaran IPT RM29.02 juta kepada 9,085

penerima

Membantu pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi yang termasuk dalam keluarga asnaf untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

4. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara

RM6.77 juta kepada 329 penerima

Memberi biasiswa pendidikan untuk menaja kos pengajian pelajar-pelajar cemerlang daripada peringkat diploma hingga ijazah kedoktoran.

13

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 14: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

9. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran RM1.3 juta kepada 297 penerima

Menyalurkan sumbangan kepada para penghafaz Al-Quran sebagai insentif untuk meneruskan usaha menghafaz Al-Quran.

7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)

RM11.25 juta kepada 4,544 penerima

Membantu pelajar-pelajar PICOMS yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian & sara hidup.

6. Bantuan Tuisyen RM46,047 kepada 85 penerima

Membantu pelajar-pelajar daripada keluarga asnaf mengikuti kelas-kelas tuisyen.

8. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal

RM11.56 juta kepada 2,726 penerima

Membantu pelajar-pelajar IPB yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian & sara hidup.

14

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 15: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

1. Bantuan Perniagaan RM6.16 juta kepada 1,974

penerima

Membantu peniaga-peniaga kecil mengembangkan perniagaan.

3. Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah

RM40,000 kepada 4 penerima

Membantu pemandu van/bas sekolah yang termasuk dalam golongan asnaf untuk memiliki van/bas yang dalam keadaan baik untuk aktiviti menjana pendapatan dengan pemberian bantuan deposit bagi membeli van/ bas sekolah.

2. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi RM0.8 juta kepada 178 penerima

Membantu pemandu-pemandu teksi yang yang termasuk dalam golongan asnaf untuk memiliki teksi sendiri dengan pemberian bantuan deposit bagi membeli teksi.

Ekonomi

15

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 16: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

4. Bantuan Pertanian RM78,343 kepada 13 penerima

Membantu asnaf yang terlibat dalam pertaniaan untuk mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

2. Bantuan Ar-Riqab

Membantu memerdekakan orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan (Dipertimbangkan mengikut permohonan).

Pembangunan Ummah

1. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan

RM119.35 juta

Membantu NGO, masjid, surau dan institusi pendidikan untuk menjalankan aktiviti dakwah dan keagamaan.

16

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 17: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Taska Darul Hannan• Merupakan sebuah

institusi penjagaan dan pendidikan harian bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun.

• Beroperasi di dua lokasi iaitu di dalam kawasan IKB, Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur dan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

• 2014:- Sebanyak RM75,716 zakat dibelanjakan bagi pengurusan

dan operasi.- Bilangan kanak-kanak 67 orang.

2. Tadika Islam• Pada 1 Januari

2009, operasi dan pentadbiran Tadika Islam diserahkan sepenuhnya kepada MAIWP.

• Sehingga kini, terdapat sebanyak 80 buah Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

• Para pelajar Tadika Islam MAIWP mampu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahun

• 2014:- Sebanyak RM3.65 juta zakat dibelanjakan bagi

pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 6,036 orang

17

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 18: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

3. Sekolah Menengah Agama MAIWP

• Mula beroperasi pada 22 Januari 2007 yang mana merupakan sebuah sekolah berasrama dan semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama sepanjang sesi persekolahan diikuti di Labuan pada 15 April 2011.

• Pembukaan SMA-MAIWP di Wilayah Persekutuan Labuan menjadikannya sekolah menengah agama pertama di Labuan.

• SMA-MAIWP Kuala Lumpur beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang dibina menggunakan peruntukan zakat sebanyak RM116.06 juta manakala SMA-MAIWP Labuan beroperasi di Sekolah Rendah Agama Islam Al-Mustaqim di Kampung Lubuk Temiang Labuan.

• 2014:

- Bilangan pelajar 633 orang

4. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)

• Mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras,

• Menekankan pembelajaran dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran.

• Beroperasi di dalam blok kawasan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras

• 2014:- Sebanyak RM1.03 juta zakat dibelanjakan bagi

pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 211 orang

18

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 19: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

5. Institut Kemahiran Baitulmal• Ditubuhkan pada

tahun 1991 bertujuan untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan keluarga Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan dengan memberikan latihan kemahiran kepada anak-anak keluarga fakir dan miskin

• Beroperasi di Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur .

• Kursus-kursus yang ditawarkan di IKB adalah:- Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan

Wanita- Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik- Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan

• 2014:- Sebanyak RM2.42 juta zakat dibelanjakan bagi

pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 101 orang

6. Darul Ilmi• Merupakan sebuah

pusat pendidikan dan pengajian yang berteraskan agama bagi umat Islam yang berumur 55 tahun ke atas.

• Dibuka pada 12 Mac 2012 dengan menggunapakai

19

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 20: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

konsep pusat pengajian Islam secara moden dan bukan berkonsepkan pusat jagaan warga emas.

• Beroperasi di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur

• 2014:- Bilangan penuntut 20 orang

7. Institut Profesional Baitulmal (IPB)

• Ditubuhkan pada tahun 1992

• Beroperasi di Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan

• Pelajar-pelajar menerima bantuan zakat MAIWP melalui Bantuan Am Pelajaran IPB

• Menawarkan kursus peringkat diploma dan sijil profesional dalam bidang perniagaan, perakaunan dan perniagaan

• 2014:- Bilangan pelajar 1,805 orang

8. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS)

• Ditubuhkan pada tahun 2003

• Kampus induk beroperasi di Taman Batu Muda, Caves.

• Pelajar-pelajar menerima bantuan zakat MAIWP melalui Bantuan Am Pelajaran PICOMS.

20

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 21: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

• Menawarkan kursus peringkat diploma dalam:- Diploma Farmasi- Diploma Sains Perubatan:- Diploma Kesihatan PersekitaranDiploma Fisioterapi- Diploma Pembantu Perubatan- Diploma Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan- Diploma Terapi Cara Kerja- Diploma Pengurusan Hotel

• 2014:- Bilangan pelajar 4,191 orang.

AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI INSTITUSI PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN

1. Darul Kifayah• Ditubuhkan pada

20 Ogos 1983 bagi menjaga kebajikan anak-anak yatim di Wilayah Persekutuan termasuk anak-anak asnaf.

• Beroperasi di Lot 28188 Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang mampu menampung seramai lebih kurang 500 orang pelajar serta memberi kemudahan dan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa.

• Prasarana ditambahbaik dengan penambahan beberapa blok bangunan dan masjid menggunakan dana zakat sebanyak RM20.6 juta.

• 2014:- Sebanyak RM1.3 juta zakat dibelanjakan bagi pengurusan

dan operasi- Bilangan pelajar 326 orang

21

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 22: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

• Akan ditubuhkan di Labuan dan proses pembinaan sedang berjalan dengan kos pembinaan menggunakan peruntukan zakat sebanyak RM25.96 juta.

2. Dar Assaadah• Ditubuhkan pada 2 Ogos

1985 yang bertujuan memberi perlindungan dan bimbingan kepada golongan remaja dan keluarga tersasar arah.

• Beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh

• 2014:

- Bilangan pelatih 61 orang.

3. Darul Hidayah• Merupakan sebuah

asrama yang menyediakan kemudahan perlindungan kepada saudara muslim lelaki.

• Bangunan baru sedang dibina oleh MAIWP di Jalan Sentul menggunakan dana zakat sebanyak RM24.99 juta.

22

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 23: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI PENUBUHAN PRASARANA DI BAWAH KERJASAMA STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

1. Kedai Rakyat MAIWP (KRM)• Menawarkan harga

barangan pada harga 30% hingga 40% lebih rendah daripada harga pasaran dan akan turut dapat dimanfaatkan oleh golongan asnaf untuk mendapatkan barangan keperluan harian

• KRM pertama dibuka di Presint 5, Putrajaya

2. Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia MAIWP-Hospital Putrajaya• Dibuka dengan

kerjasama Kementerian Kesihatan bagi membantu mengatasi masalah kesesakan wad bersalin di Hospital Putrajaya.

• Beroperasi di Fasa 8R3, Presint 8, Putrajaya.

• MAIWP membelanjakan RM3.26 juta zakat bagi menampung kos pengubahsuaian dan pembelian peralatan

23

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 24: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

3. Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang• Dibuka dengan kerjasama

Kementerian Kesihatan bagi membantu mempercepatkan senarai menunggu pesakit katarak untuk menjalani rawatan dan pembedahan.

• Beroperasi di No. 11-11C, Jalan 3/3C, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.

• MAIWP membelanjakan RM9.8 juta zakat bagi pembelian bangunan, pengubahsuaian dan pembelian peralatan.

4. Pusat Gelandangan MAIWP- Kementerian Dalam Negeri• Merupakan kerjasama

antara MAIWP dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menubuhkan Pusat Gelandangan MAIWP-KDN.

• Dalam kerjasama ini, MAIWP menyediakan sebuah bangunan milik MAIWP setinggi 3 tingkat di Lot 316, Jalan Ipoh untuk dijadikan pusat gelandangan tersebut. Manakala KDN menjalankan operasi sepenuhnya dengan menanggung semua kos penyelenggaraan, utiliti dan keselamatan.

• Bangunan tersebut kini dalam proses penyelenggaraan dan pengubahsuaian dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat.

• Pusat ini akan dijadikan penempatan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan diharap dapat membantu mengurangkan masalah gelandangan.

Ruangan di Pusat Gelandangan yang sedang diubahsuai

24

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 25: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

PEMBINAAN MASJID, SURAU DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGGUNAKAN DANA ZAKAT MAIWP

Zakat yang dibayar oleh pembayar zakat turut digunakan bagi pembinaan/penambahbaikan masjid, surau dan sekolah rendah agama yang menjadi syiar kepada umat Islam.

Telah Siap

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP, Bandar Sri Permaisuri2. Sekolah Rendah Agama Abu Dzar Al-Ghifari, Jinjang3. Surau Jumaat An-Najah4. Surau Kampung Limau, Kerinchi

Sekolah Menengah Agama MAIWP yang telah siap dibina

25

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 26: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

Dalam Proses Pembinaan

1. Masjid Jamek Alam Shah2. Masjid Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan3. Masjid Bukit Jalil, Alam Sutera4. Masjid Ubudiyyah Segambut Dalam5. Masjid Abu Hurairah, Jalan Ipoh6. Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan7. Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi8. Masjid Baitul Aman, Jalan Damai Ampang9. Masjid Taman Koperasi Polis Fasa 110. SRA Al-Jamiyah, Air Panas Setapak11. SRA Al-Qurtubi, Segambut12. SRA Presint 11, Putrajaya13. Masjid Cina, Jalan Davis14. Surau Jumaat Ampat Tin, PPR Batu Muda15. Surau Jumaat Hidayatul Makmur, Jalan Klang Lama16. Sekolah Rendah Agama (SRA) Saidina Hamzah, Kampung

Batu Muda.17. SRA Al-Mahmudiah, Segambut Luar18. SRA PPR Batu Muda, Gombak

Masjid Jamek Alam Shah yang sedang giat dibangunkan

26

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 27: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN MAKANAN PERCUMA

Dana zakat turut dimanfaatkan oleh MAIWP melalui aktiviti agihan makanan percuma. Ia dijalankan setiap hari di perkarangan ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Selain itu juga, MAIWP turut menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi menguruskan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang beroperasi di Jalan Ipoh.

Pada tahun 2014, sebanyak RM5.15 juta zakat telah dibelanjakan bagi tujuan ini.

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang beroperasi di Jalan Ipoh

27

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 28: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

AGIHAN ZAKAT DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN

Zakat turut diagihkan oleh MAIWP kepada asnaf di luar Wilayah Persekutuan. Ia dilaksanakan oleh MAIWP melalui Yayasan Taqwa. Pada tahun 2014, Yayasan Taqwa telah mengagihkan sebanyak RM6.64 juta.

Agihan zakat oleh Yayasan Taqwa dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Pendidikan, Dakwah, Kebajikan, Kecemasan & sosial.

28

Maj

lis

Aga

ma

Isla

m W

ilay

ah P

erse

kutu

an

Page 29: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

USAHA PROAKTIF MAIWP MENCARI MEREKA YANG MEMERLUKAN MELALUI SKUAD JEJAK ASNAF BAITULMAL MAIWP

• Dilancarkan pada 16 Februari 2012 bertujuan menjejaki asaf yang tercicir daripada menerima bantuan zakat di seluruh Wilayah Persekutuan.

• Skuad turun padang pada setiap minggu di lokasi yang dikenalpasti terdapat mereka yang hidup dalam kedhaifan dan kesukaran selain berdasarkan laporan media dan orang ramai.

• Sehingga 2014, seramai 1,591 asnaf telah berjaya dijejaki.

29

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 30: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42
Page 31: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

31

Bagaim

ana Wang Zakat D

iagihkan

Page 32: BAGAIMANA Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik - Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan • 2014: - Sebanyak RM2.42

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUANAras 1, 7, 8-11, Bangunan Perkim, No 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.Tel : 03-4047 9444 Faks : 03-4044 9444

www.maiwp.gov.my [email protected] @MAIWPHQ hqmaiwp facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp