sijil pelajaran malaysia 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · pdf filesijil pelajaran...

20
TERHAD [Lihat halaman sebelah 2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan. Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Upload: lyanh

Post on 02-Feb-2018

370 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 1 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.

Page 2: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 2 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulanFebruari hingga bulan Julai.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditirudaripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertasberukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihantugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatgred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatatkan dalam sijilpencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatdi dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

Page 3: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 3 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 1

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA CORAK

PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS

SITUASI

Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untukpasaran tempatan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvasyang bertemakan hidupan marin.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.

2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.

3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.

4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.

5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.

6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.

7. Kajian warna pada reka letak.

8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 4: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 4 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak kasut kanvas anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Sepasang kasut kanvas

Ukuran : Saiz kasut remaja

Bilangan warna : Bebas

Tema : Hidupan marin

Teknik : Catan

Contoh:

Page 5: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 5 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 2

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : RUANG BILIK BAYI

SITUASI

Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruangbilik bayi.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yangdilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspekkeselamatan dan keselesaan kepada bayi.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai.

3. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.

4. Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala.

5. Kajian warna ruang bilik.

6. Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih.

7. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih.

8. Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 6: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 6 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, ruang bilik bayi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas kecuali kolaj

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

- 40 cm- 30 cm- 25 cm

40 cm

30 cm

25 cm

Page 7: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 7 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 3

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : INDUSTRI

PRODUK : BEKAS ALATAN MELUKIS MUDAH ALIH

SITUASI

Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yangmudah dibawa.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukisyang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis.

2. Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis.

3. Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan.

4. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

5. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.

6. Lukisan perspektif dari sudut yang menarik.

7. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 8: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 8 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model bekas alatan melukis hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : PanjangLebarTinggi

Contoh:

Nota:

1. Hasil produk anda hendaklah dibuat kemasan.

- 30 cm- 20 cm- mengikut kesesuaian

30 cm

20 cm

Page 9: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 9 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : BEG MEMBELI BELAH

SITUASISeorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untukmengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorakbatik dan menggunakan teknik ikat celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.

2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.

3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.

4. Kajian teknik ikat dan celup.

5. Kajian warna ikat dan celup.

6. Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.

7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yangberbeza.

8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 10: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 10 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg membeli belah hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Kain

Ukuran minimum : PanjangTinggi

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Batik - Ikat dan celup

Contoh:

Nota:

1. Hasil rekaan anda hendaklah dijahit dan dikemaskan.

- 40 cm- 30 cm

30 cm

40 cm

Page 11: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 11 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 5

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA BINAAN

SITUASIPersatuan Alam Sekitar mengadakan satu pertandingan membuat arca bagi diletakkandi taman arca persatuan tersebut.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca binaan yangbertemakan pertumbuhan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai arca binaan.

2. Koleksi gambar pelbagai alam semula jadi sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.

5. Lakaran reka bentuk binaan.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.

7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.

8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 12: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 12 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Arca binaan

Tema : Alam sekitar - pertumbuhan

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

- mengikut kesesuaian- mengikut kesesuaian- 40 cm

40 cm

mengikutkesesuaian

Page 13: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 13 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 6

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : INDUSTRI

PRODUK : KERUSI KANAK-KANAK

SITUASISebuah syarikat pengeluar perabot moden bercadang untuk menghasilkan kerusi rekaanterbaru untuk kanak-kanak.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model kerusi kanak-kanak yangbertemakan fauna.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kerusi kanak-kanak.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.

4. Lakaran olahan motif berdasarkan sumber ilham.

5. Lakaran reka bentuk kerusi kanak-kanak.

6. Lakaran gabungan reka bentuk kerusi kanak-kanak dan olahan motif yang dipilih.

7. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

8. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 14: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 14 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model kerusi kanak-kanak hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PanjangLebarTinggi

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas

Tema : Fauna

Contoh:

Nota:

1. Hasil reka bentuk model anda hendaklah dikemaskan.

- 25 cm- 25 cm- 45 cm

25 cm

25 cm

45 cm

Page 15: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 15 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : IKLAN

PRODUK : IKLAN TRANSIT

SITUASISyarikat Seri Rawa Kraf adalah sebuah syarikat yang mengusahakan kraf batik. Syarikatini ingin mempromosikan produk batik keluarannya.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan iklan transit bagi mempromosikankraf batik keluaran syarikat tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham.

2. Koleksi pelbagai jenis barangan kraf batik sebagai sumber ilham.

3. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.

4. Lakaran olahan idea muka taip.

5. Lakaran olahan idea kraf batik.

6. Reka letak muka taip dan kraf batik pada badan kenderaan.

7. Kajian warna pada reka letak pilihan.

8. Lukisan perspektif iklan transit pada badan kenderaan yang dipilih.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 16: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 16 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, iklan transit hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : PanjangLebar

Teknik : Bebas

Kapsyen : Seri Rawa Kraf: Eksklusif dan bergaya

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda perlu dikemaskan.

2. Hasil kerja anda hendaklah dibuat pada kenderaan permainan yang bersesuaian.

- mengikut kesesuaian- mengikut kesesuaian

EKSKLUSIF DAN BERGAYA

Page 17: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 17 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 8

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASISebuah resort baru di Taman Negara Pahang ingin menghias dinding setiap biliknyadengan karya cetakan yang bersesuaian.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan yang bertemakanflora dan fauna di Malaysia yang hampir pupus.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan.

2. Koleksi gambar flora dan fauna Malaysia yang hampir pupus.

3. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.

4. Lakaran olahan berdasarkan sumber ilham.

5. Lakaran reka letak motif atau ilustrasi.

6. Kajian warna.

7. Lukisan sebenar cetakan.

8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.

Page 18: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 18 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu, lino atau bahan lain yang bersesuaian

Ukuran : PanjangLebar

Teknik : Cetakan timbulan

Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah dibingkaikan.

- 30 cm- 30 cm

30 cm

2/5 Raja Rimba Abu

30 cm

Page 19: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 19 2611/3

[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TUGASAN 9

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : KOTAK SERBA GUNA

SITUASINenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekasuntuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.

TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yangmempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.

2. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.

3. Lakaran reka bentuk kotak serba guna.

4. Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.

5. Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.

6. Lakaran olahan idea motif flora.

7. Reka letak motif pada kotak serba guna.

8. Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Page 20: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 - pendidikan seni visual · PDF fileSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 2611/3 ... KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 ... dianggap tidak

TERHAD 20 2611/3

2611/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak serba guna hendaklah mengikutspesifikasi berikut:

Bahan : Kayu

Ukuran : PanjangLebarTinggi

Teknik : Ukiran tebuk tembus dan bungatimbul bersilat

Contoh:

Nota:

1. Hasil karya anda hendaklah dikemaskan dan disyelek.

TUGASAN TAMAT

- 15 cm- 15 cm- 10 cm

10 cm

15 cm 15 cm