kurikulum kebangsaan edup 3013

19
Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013 IPGKBL

Upload: amir-conan

Post on 11-Jul-2016

869 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Kurikulum KebangsaanEDUP 3013IPGKBL

Page 2: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Akta Pendidikan 1996

• KURIKULUM KEBANGSAAN• "... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan

kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan"

Page 3: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

KSSR• KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan

menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Page 4: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Apakah maksud Kurikulum Standard?• KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan

standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Page 5: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

KSSR  KBSRReka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: • Komunikasi • Kerohanian, Sikap & Nilai • Kemanusiaan • Perkembangan Fizikal & Estetika • Sains dan Teknologi • Keterampilan Diri

Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: • Komunikasi • Manusia dan Alam Kelilingnya • Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum: • Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum: • Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum: • Modular

Reka bentuk kurikulum: • Linear

Organisasi Kurikulum: Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6) • Mata pelajaran Teras & Elektif

Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan  • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

Fokus: 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Page 6: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Rujuk Lampiran

• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia • MBMMBI• 1 Murid 1 Sukan• Dasar Pendidikan Kebangsaan• KSSR

Page 7: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 8: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

IMBASAN SEJARAHPenyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan• Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa

pengantar utama• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling

Malaysia• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Page 9: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan

vokasional• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu

pelajaran keseluruhan

Page 10: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan

mengira• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan

unsur-unsur disiplin yang diingini• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan

vokasional• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu

pelajaran keseluruhan

Page 11: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Rang Undang Undang Pendidikan 1995• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk

menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

• Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun• Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem

pendidikan kebangsaan• Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Page 12: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

SISTEM PENDIDIKAN-KINI• Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi

Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-• Pendidikan Prasekolah

• Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;• Pendidikan Rendah

• Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;

• Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;• Pendidikan Menengah

• Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;• Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

• sekolah akademik• sekolah teknik dan vokasional• sekolah kebangsaan agama

• Pendidikan Lepas Menengah• Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan

menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Page 13: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

• Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

• Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

• Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

• Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Page 14: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perubahan Kurikulum• Perkembangan teknologi

Teknologi semakin canggih. Terdapat banyak teknologi moden yang boleh membantu dalam PdP di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, penggunaan komputer dalam memudahkan para guru menyampaikan sesuatu topik. Imej yang dipaparkan daripada komputer yang dipancarkan ke papan putih lebih dinamik jika dibandingkan cara lama iaitu melihat gambar daripada buku teks atau buku rujukan yang lain.

Page 15: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

• Keperluan semasa/keselamatanPerubahan kurikulum sebagai contoh daripada KBSR kepada KSSR adalah kerana demi memenuhi keperluan semasa. Ini bagi membantu para pelajar yang dihasilkan untuk menjadi warganegara yang bukan sahaja berilmu malah berkemahiran tinggi bagi menyaingi penduduk global yang lain.

Kita tidak mahu rakyat kita ketinggalan dan tidak mempunyai pengetahuan yang terkini. Sebagai contoh, kemahiran menggunakan teknologi. Para pelajar kita boleh mendapatkan maklumat di luar rangkuman bilik darjah malah, mahupun sekolah. Maklumat adalah terkini namun guru yang ada membantu dalam membimbing memilih maklumat yang sesuai.

Page 16: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

• Dasar KerajaanPerubahan kurikulum harus berubah juga seiring dengan dasar kerajaan yang ditampilkan oleh kerajaan.Ini untuk mengelakkan pertindihan misi dan visi negara dan pendidikan negara.Sebagai contoh, KSSR diwujudkan dan ditambah elemen ke empat iaitu Menaakul adalah selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Mempunyai nilai murni di samping kecanggihan ternologi global.

Page 17: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

• Budaya MasyarakatPerubahan kurikulum juga disebabkan perubahan budaya masyarakat mengikut masa.Sebagai contoh, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat, kurikulum juga perlu menekankan aspek-aspek ini. Sebagi contoh, menghormati kaum, bangsa dan agama orang lain. Bertolak ansur dan mempunyai nilai-nilai murni bagi membentuk imej negara Malaysia yang majmuk dan boleh menjadi contoh kepada negara yang lain.

Page 18: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum• Pentafsir

Guru harus begitu jelas tentang FPK dan KSSR yang baru. Ini kerana guru yang bakal menyampaikannya dalam bentuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai di dalam kelas semasa proses PdP.

• PerancangApabila sudah jelas tentang FPK dan KSSR ini, guru merancang aktiviti PdP di dalam kelas berpandukan kurikulum berkenaan.

• PelaksanaSeterusnya, guru sebagai pelaksana kurikulum ini. Memastikan semua aspek ini ditepati dan berusaha kearah pembinaan modal insan yang menyeluruh.

Page 19: Kurikulum Kebangsaan EDUP 3013

KESIMPULAN• Kurikulum dalam pendidikan adalah sangat penting. Ini kerana

kurikulum ini adalah panduan bagi semua pendidik dalam mendidikan para pelajarnya.

• Tanpa kurikulum, proses PdP adalah tidak standard. Iaitu tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh negara. Seterusnya tidak seiring dengan teori perkembangan kanak-kanak iaitu jika tiada garis panduan yang utuh, maka guru akan sering hendak menguji para pelajar mereka dengan perkara yang di luar kemampuan kanak-kanak berkenaan.