konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan - 10

Upload: shabinar-abd-halim

Post on 30-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KONSEP TADIKA / PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Ahmad Fadhirul Fitri Mohd Idris

Wan Nor Azura WahabSiti Aisah Abu AmanFauziah Abdul Muin

Rohaida Yusof

Jabatan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Universiti Pendidikan Sultan Idris

20 Oktober 2010ABSTRAKPendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, penekanan kepada konsep inkuiri penemuan, penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pula, digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.1.0PENGERTIAN TADIKA & PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), tadika ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih manakala pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.1.1Pengenalan

Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Pada 18 Disember 1991, Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah. Manakala pada 27 Januari 1992, Mesyuarat antara Kementerian telah bersetuju menubuhkan Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM yang merangkumi 1,131 kelas di seluruh Negara ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 ).

1.2Matlamat & Konsep Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 ).

1.3Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.1.4Lokasi & Pengurusan

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah. Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 ).

1.5Murid & Kurikulum

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur lima dan/atau enam tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan. Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.2.0MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 20102.1Matlamat

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK), pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak ( Bahagian Pembangunan Kurikulum ).

Empat kata kekunci:-

Menyuburkan ( Enriching )

Aktif Penglibatan ( Engaging )

Selamat ( Safe )

Seronok ( Fun )2.2Objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur empat hingga enam untuk mencapai objektif berikut:-1. Jasmani:

Mempunyai tubuh badan yang sihat. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan. Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan motor kasar.

2. Emosi:

Mempunyai konsep kendiri yang positif. Mempunyai keyakinan diri. Mempunyai jati diri. Berani mencuba. Mempunyai kematangan emosi. Menghormati perasaan dan hak orang lain. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

3. Intelek:

Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia. Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan). Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan). Memperolehi kemahiran proses sains asas. Memperolehi kemahiran matematik asas. Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul. Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid. Mempunyai daya kreatif dan estetika. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

4. Rohani:

Mengamalkan nilai murni. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.5. Sosial:

Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

Menyuarakan pandangan dan perasaan.

Bekerjasama dengan orang lain.

3.0TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.1TUNJANG KOMUNIKASI

Menurut Ali Ab. Ghani (2008) tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak di prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah beraliran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Fokus utama tunjang komunikasi adalah kemahiran bahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).Jadual 1: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi Bahasa Malaysia

FokusPada akhir prasekolah murid boleh:

KemahiranMendengar dengan penuh perhatian.

MendengarMendengar dan mengencam bunyi perkataan.

KemahiranBerinteraksi dengan mesra.

BertuturMerangsang pertuturan melalui soal jawab.

Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.

Menceritakan semula apa yang didengari.

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

KemahiranMengenal bentuk huruf A Z.

MembacaMengenal huruf vokal

Mengenal huruf konsonan.

Membina dan membaca sukukata.

Membaca perkataan.

Membaca frasa.

Membaca ayat tunggal yang mudah.

Membaca ayat dalam konteks.

Memahami bahan-bahan bacaan yang betul.

Membaca buku dengan cara yang betul (prabaca)

Mengamalkan tabiat membaca.

KemahiranMenguasai kemahiran pratulis.

MenulisMenguasai kemahiran menulis.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010Jadual 2: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi Bahasa Inggeris

Focus At the end of preschool students are able to:

Listening Listen to and discriminate sounds.

andListen to and understand meaning of simple words.

Speaking skillsAcquire and use simple phrases and statements.

Listen to and follow simple instructions.

Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories.

Sing songs and recite rhymes and poems.

Tell simple stories.

Dramatize familiar situations and stories.

Perform a variety of language and functions in a social context.

Ask simple questions.

Pre readingUnderstand that printed materials contain meaning.

SkillsAcquire knowledge of print and ethics in reading.

Reading Identify letters of the alphabet.

SkillsRead simple words with understanding.

Read phrases with understanding.

Read simple sentences with understanding.

Develop interest in reading.

WritingAcquire pre-writing.

SkillsAcquire writing skills

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010Jadual 3: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi Bahasa Cina

FokusPada akhir prasekolah murid boleh:

KemahiranMendengar dengan penuh perhatian.

Mendengar

KemahiranBerinteraksi dengan sopan.

BertuturBerinteraksi secara soal jawab.

Melakonkan watak-watak dalam cerita yang didengar.

Menceritakan apa yang didengar semula menggunakan ayat yang mudah.

KemahiranMengenal kaitan antara gambar dan perkataan.

MembacaMembuat persediaan membaca.

Mengenal frasa.

Membaca frasa.

Membaca ayat.

Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.

Membina tabiat membawa.

KemahiranMenguasai kemahiran pratulis.

MenulisMenulis perkataan.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010Jadual 4: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi Bahasa Tamil

FokusPada akhir prasekolah murid boleh:

KemahiranMendengar dengan penuh perhatian.

MendengarMendengar dan mengencam bunyi perkataan.

danMenyebut apa yang didengar.

BertuturMemberi jawapan kepada soalan yang dikemukan.

Bertutur dengan menggunakan perkataan, frasa, ayat yang sesuai.

Bertanyakan soalan

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

KemahiranMengenal dan membaca huruf.

MembacaMembaca perkataan.

Membaca dengan sebutan yang betul.

Mambaca menggunakan pelbagai bahan bacaan.

Menggabungkan huruf supaya menjadi perkataan dan membaca.

Memahami bahan-bahan yang dibaca.

KemahiranMenguasai kemahiran pratulis.

MenulisMenguasai kemahiran menulis.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.2TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), menyatakan bahawa tunjang kerohanian, sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.3.2.1Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa al-Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafal beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).FokusPada akhir prasekolah murid boleh :

AqidahMengetahui Rukun Iman

IbadahMengetahui Rukun Islam

Melafazkan Kalimah Syahadah

Melakukan wuduk

Mendirikan solat

Bersuci dari najis

SirahMengetahui Sirah Rasulullah S.A.W.

AkhlakMencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. iaitu sabar, bercakap benar, rajin, bijaksana dan amanah.

Melakukan amalan seharian mengikut adab seperti melafazkan doa.

Asas Bahasa al-Quran Mengenal bahasa al-Quran

dan tulisan jawiMengenal huruf jawi

Menghafal beberapa surah dari juzu Amma

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.2.2Pendidikan Moral

Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut, kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).FokusPada akhir prasekolah murid boleh :

Kepercayan kepada TuhanMengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang larang pelbagai kaum.

Baik hatiMembantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

BertanggungjawabBertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran kelas.

Berterima kasihMengamalkan sikap berterima kasih

Hemah tinggiBeradab sopan dalam pergaulan seharian

Hormat-menghormatiMenghormati anggota keluarga

Menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

Kasih sayangMenyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling

KeadilanMengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian

KeberanianBerinteraksi dengan yakin di sekolah

KejujuranMengamalkan sikap jujur dalam diri dan pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan guru.

KerajinanMengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian.

KerjasamaMengamalkan sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

KesederhanaanMengamalkan sikap jimat cermat dalam penggunaan barang keperluan

ToleransiMengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian

Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya

BerdikariMengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri

BerdisiplinMengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.3TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum.

Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

3.4TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), pendidikan prasekolah dapat memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Dalam Kurikulum Pendidikan Islam, perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami kesepaduan, emosi dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Jadual 6 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Ketrampilan Diri-Perkembangan Sosioemosi

FokusPada akhir prasekolah murid boleh:

Mengenali dan Mengurus Emosi SendiriMengenali emosi sendiri.

Mengurus emosi sendiri.

Mengenali emosi orang lain.

Mencapai Emosi yang PositifMembina konsep kendiri.

Membina semangat dan sikap yang positif.

Membina keyakinan untuk berkomunikasi.

Membina kebolehan mengawal diri.

Membina Kemahiran SosialMemahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.

Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi.

Menyelesaikan konflik yang berlaku semasa aktiviti kelas.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.5TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

Di dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik, ia merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.3.5.1Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang boleh menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensil atau berus untuk menulis, melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri sendiri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Jadual 8 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Fizikal dan Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Perkembangan motor halusMelakukan kemahiran motor halus.

Melakukan kemahiran kordinasi mata-tangan dalam perkembangan motor halus.

Perkembangan motor kasar Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.

Melakukan kemahiran motor kasar bukan lokomotor.

Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.

Kesihatan fizikalMenjaga kebersihan diri.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.

Kesihatan persekitaranMenjaga kebersihan.

Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit.

Keselamatan Mengenali sumber yang menyebabkan kemalangan dan bahaya.

Mengamalkan langkah keselamatan diri.

Menjaga kehormatan diri.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.5.2Perkembangan Kreativiti

Di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan sesuatu karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif dimana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.

Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Jadual 9 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Seni visual Mengetahui dan menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni.

Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.

Menunjukkan apresiasi seni.

Muzik Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.

Mengambil bahagian dalam aktiviti bermain perkusi.

Mengambil bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.

Menunjukkan apresiasi muzik.

Drama dan Gerakan KreatifMengambil bahagian dalam drama dan gerakan kreatif.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20103.6TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK

Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.3.6.1Awal Sains

Menurut Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003) pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di sekelilingnya. Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran bukan melalui pengajaran konsep-konsep sains. Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja member peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

3.6.2Awal Matematik

Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan, matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. Menurut Ahmad Zakiyon Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku kerja atau tugasan kertas dan pena; kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu mambina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila mereka dewasa kelak.

Dalam Dokumen Standard Prasekolah (2009), tunjang sains dan teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Jadual 10: Standard Pembelajaran Untuk Tunjang Sains Dan Teknologi

Awal Sains Dan Awal Matematik.

Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:

Sikap SaintifikMempamerkan sikap saintifik iaitu sistematik, sikap ingin tahu dan bertanggungjawab.

Kemahiran SaintifikMembuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran.

Membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai.

Membanding dan mengelaskan objek.

Membuat ramalan berdasarkan pengalaman lepas.

Menyelesaikan masalah kehidupan harian secara hands-on

Menyiasat AlamMemperolehi pengetahuan asas tentang bahagian badan.

HidupanMeneroka alam sekitar menggunakan organ deria.

Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan biji benih.

Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan haiwan jinak yang biasa dijumpai.

Menyiasat Alam BahanMeneroka sifat bahan seperti timbul dan tenggelam, pemelarutan serta tarikan boleh magnet.

Menyiasat Alam FizikalMeneroka fenomena alam yang biasa yang dijumpai iaitu awan, cuaca, pelangi dan baying-bayang.

PengalamanMemadankan objek 1:1

PranomborMembandingkan kuantiti objek.

Membuat seriasi mengikut satu ciri.

Mengecam corak berulang dan membina pola.

Konsep NomborMemahami nombor 1-10 (menyebut, membilang, menulis)

Mengetahui sifar.

Memahami nombor 10-20 (menyebut, membilang, menulis)

Memahami siri 20, 30, 40 dan 50.

Operasi NomborMemahami operasi tambah dalam lingkungan 10.

Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.

Nilai WangMengecam duit yang berlainan nilai.

Konsep WaktuMemahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.

Bentuk Dan RuangMengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri dan kanan).

Pembinaan Membina penghubung antara dua objek.

(Construction)Membina lingkungan.

Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.

Penggunaan ICTMenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika.

Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT yang sesuai.

Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20104.0MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA

4.1Modul Asas

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009 ), modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar. Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral pula diajar semasa kanak-kanak beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal diluar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas. Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran 4M.4.2Modul Bertema

Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun peratus masa perlu dinaikkan. Guru boleh menggunakan tema pembelajaran mengikut keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut iaitu Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan, Alam Fizikal dan Alam Semulajadi ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 ).

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.

4.2.1Peruntukan Masa

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 20105.0ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) telah dilaksanakan pada tahun 2003 sehingga 2009. Namun pada 2008/2009 KPK telah disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat prasekolah. Justeru itu, sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan terhadap perubahan yang berlaku kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda serta pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat .

Antara perubahan yang telah dilakukan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah memastikan Kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Kurikulum baru ini juga boleh memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Selain itu, murid dipastikan mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan juga memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah. Dalam perubahan ini juga guru memainkan peranan penting dalam p & p bagi menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan serta memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1 ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009).

Perubahan-perubahan yang telah dilakukan adalah merangkumi perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di semua sekolah. Penambahan masa pengajaran dan pembelajaran di prasekolah telah ditingkatkan menjadi 4 jam sehari bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.30 tengahari. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, penambahan waktu pembelajaran berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini kepada empat jam dapat memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perubahan ini bakal menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak ( Bernama ).

Selain itu, penggunaan bahasa pengantar semasa pengajaran dan pembejaran adalah menggunakan bahasa Malaysia (50%) dan bahasa Inggeris (50%). Ini menunjukkan berlakunya perubahan didalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Langkah yang telah diambil oleh kementerian merupakan satu anjakan yang positif kepada kanak-kanak prasekolah untuk masa hadapan. RUJUKAN

Ahmad Zakiyon Ismail (2009). Konsep pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak (Online). Diperoleh pada 1 September 2010 daripada World Wide Web zakiyon09.files.wordpress.com/.../awal-sains-dan-matematik-pbk.ppt Akta Pendidikan 199enam (Online). Diperolehi pada 1 september 2010 daripada World Wide Web: http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdfAli Abdul Ghani (2008). Konvokesyen Nasional PIPP Kedua : Membangun Modal Insan. Bahagian Pembangunan Kurikulum( Online ): Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi pada 2 September 2010 daripada World Wide Web : http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.htmlBernama. Waktu Belajar di prasekolah ditambah jadi empat jam (Online). Diperoleh pada 3 September 2010 daripada World Wide Web: http://prasekolah-kpm.blogspot.com/com/2010_01_01_archive.htmlKementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum (Online). Diperolehi pada 1 September 2010 daripada World Wide Web: http://praskseafield.blogspot.com/2009/12/kurikulum-standard/prasekolah.html

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Online). Diperolehi pada 2 September 2010 daripada World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/PrasekolahKementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan: Dokumen Standard Prasekolah. Kurikulum Pendidikan Islam (Online). Diperoleh pada 1 september 2010 daripada World Wide Web: http://www.ppdbd.edu.my/index.php?view=article&catid=19%3Apra-sekolah&id=5enam%3Akurikulum-pendidikan-islam&option=com_content&Itemid= 72Perkembangan Kreativiti (Online). Diperoleh pada 2 September 2010 daripada World Wide Web : http://ppdbd.edu.my/index.php?view=article&catid=19%3Apra-sekolah&id=5empat%3Aperkembangan kreativiti&option=com_content&Itemid=81Prasekolah (Online). Diperolehi pada 3 September 2010 daripada World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah.

Bernama. Waktu Belajar di prasekolah ditambah jadi empat jam (Online). Diperoleh pada 3 September 2010 daripada World Wide Web: http://prasekolah-kpm.blogspot.com/com/2010_01_01_archive.htmlZurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd: Pahang.

8