kuliah 2 (konsep2 asas integrasi

49
1 KONSEP ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

Upload: moon-03

Post on 14-Jun-2015

788 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

1

KONSEP ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

Page 2: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

2

Pengenalan INTEGRASI NASIONAL adalah proses

mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan dan sosial dalam satu unit.

INTEGRASI SOSIAL adalah suatu proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.

Page 3: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

3

Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

Page 4: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

4

Perpaduan Negara

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

Page 5: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

5

Konsep Bangsa Malaysia

Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan.Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Page 6: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

6

…sambungan Social integration, in sociology and other

social sciences, is the movement of minority groups such as ethnic minorities, refugees and underprivileged sections of a society into the mainstream of the society. Members of the minority groups thus gain full access to the opportunities, rights and services available to the members of the mainstream.

In sociology, social integration usually goes hand in hand with social solidarity.

Page 7: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

7

Integrasi Sosial adalah pergerakan sama ada dalam kumpulan etnik minoriti, pelarian dan golongan2 tertentu kepada satu kumpulan yang utama (mainstream). Mereka yang temigrasi tadi akan mendapat peluang, keadilan dan bantuan sebagaimana golongan utama.

Dalam sosiologi, integrasi sosial akan menuju kepada Perpaduan Sosial (Social Solidarity).

…sambungan

Page 8: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

8

Oleh itu, Integrasi Sosial adalah merupakan usaha pembentukan satu identiti di kalangan warganegara.

Keadaan ini berlaku apabila sesebuah negara berkenaan mempunyai masyarakat yang pelbagai lapis/ras (heterogenous).

Konsep heterogenous ini dikenali dengan panggilan masyarakat majmuk dan pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnivall 1948.

…sambungan

Page 9: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

9

Masyarakat / Komuniti “A group of humans broadly distinguished

from other groups by mutual interests, participation in characteristic relationships, shared institutions, and a common culture”

Satu kelompok manusia yang berbeza dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam dalam institusi yang dikongsi bersama, dan mengamalkan budaya yang sama.

(http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/society)

Page 10: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

10

Satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah negari atau wilayah, dan mempunyai adat resam, undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama.

“a particular community of people living in a country or region, and having shared customs, laws, and organizations”

(http://www.askoxford.com/concise_oed/society)

Masyarakat / Komuniti

Page 11: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

11

Ciri-ciri Masyarakat/Komuniti Tinggal di negeri/wilayah

tertentu Berkongsi Budaya Berhubungan dan berkerjasama

antara satu sama lain Menganggotai institusi dan

organisasi bersama Mendokong undang-undang

bersama

Page 12: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

12

Komuniti / Masyarakat (Gemeninschaft/Gesellschaft) Dipelopori oleh ahli Sosiologi Jerman,

Ferdinand Tonnies. Gemeinschaft merangkumi interaksi sosial

dalam komuniti yang melibatkan hubungan primary yang rapat dan bersemuka (face-to-face) di mana tradisi dan matlamat yang sama juga wujud.

Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang mempunyai hubungan2 sosial yang lebih specific, impersonal dan instrumental. Hubungan sosial yang terlibat adalah secondry dan hanya melibatkan sebahagian darijumlah individu dalam sesuatu kumpulan itu.

Page 13: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

13

…sambungan Max Weber mengaitkan ke dua-dua

konsep ini dengan proses integrasi pelaku ke dalam sesuatu komuniti / masyarakat.

Asas bagi proses integrasi yang akan mengakibatkan Gemeinschaft / Komuniti ialah perasaan kekitaan yang dialami oleh pesertanya.

Asas bagi proses yang akan mengakibatkan Gesellschaft / masyarakat ialah melibatkan perkiraan atau hubungan kepentingan.

Page 14: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

14

Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras/etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri utama dalam masyarakat ini adalah konflik, percanggahan dan paksaan.

Page 15: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

15

Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk disamakan

dengan konsep PLURALISME (kemajmukan). Tradisi yang dipegang dalam konsep ini adalah menganggap pluralisme sebagai suatu keadaan di mana pembahagian kuasa wujud di antara kelompok2 yang disatukan dengan perasaan taat setia, nilai bersama dan imbangan kuasa.

Page 16: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

16

Masyarakat Majmuk J.S. Furnivall

Masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.

Van den Berghe Ketiadaan konsensus nilai. Kepelbagaian Kebudayaan. Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan. Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem

sosial. Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi

ekonomi sebagai dasar integrasi. Dominasi politik oleh satu golongan tertentu. Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,

utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

Page 17: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

17

Pendekatan Fungsional Masyarakat wujud atas dasar konsensus

dan nilai bersama. Kritikan mengenai konsep masyarakat

majmuk oleh ahli fungsional:i. Teori masyarakat majmuk mengabaikan

perpaduan asas yang wujud dalam masyarakat.

ii. Dari segi kaedah teori masyarakat majmuk menganalisa sistem sosial berdasarkan bidang kebudayaan. Ini adalah satu pendekatan yang tidak sesuai dan mengelirukan.

…sambungan

Page 18: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

18

iii. Teori masyarakat majmuk mengabaikan kenyataan sosial kerana tidak menghiraukan berbagai ikatan yang wujud di antara anggota dari kelompok-kelompok yang berlainan, baik sebagai individu maupun sebagai kelompok. Selain dari itu, teori masyarakat majmuk memberi keutamaan kepada perpaduan yang ada dalam tiap-tiap kelompok masyarakat sehingga mengabaikan perpecahan.

Page 19: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

19

iv. Masyarakat majmuk bukannya satu masyarakat istimewa. Ianya tidak banyak bezanya daripada masyarakat yang mempunyai susun lapis yang kompleks atau masyarakat yang menghadapi masalah2 minoriti. Justeru itu suatu teori atau pendekatan istimewa tidak diperlukan untuk menghuraikan masyarakat majmuk.

Page 20: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

20

Kelompok Social (Social Group) Kelompok sosial merupakan satu kelompok

individu yang mempunyai identiti yang sama, perasaan kekitaan, matlamat yang sama, serta hubungan sosial yang tertentu.

T.B. Bottomore (Sociology: a guide to problem and literature) mendefinisikan kelompok sosial sebagai satu kelompok sosial yang mempunyai dua individu:i- wujudnya hubungan tertentu di antara individu2

tersebut.ii- tiap-tiap kumpulan itu sedar akan kumpulan itu serta

simbolnya. Contoh kelompok sosial adalah keluarga, parti

politik, kesatua sekerja dan negara.

Page 21: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

21

Konsep Ras The term race distinguishes one

population of humans (or non-humans) from another. The most widely used human racial categories are based on visible traits (especially skin color and facial features), genes, and self-identification. (http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/race)

Istilah ras membezakan satu penduduk manusia (atau bukan-manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah sifat visible (terutamanya warna kulit dan bentuk muka), baka, dan pengenalan diri

Page 22: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

22

Perbincangan berkaitan konsep Integrasi dan Perpaduan Nasional seharusnya membincangkan aspek: Proses Sosialisasi Proses Pembudayaan

Page 23: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

23

Socialization / Sosialisasi Sosialisasi adalah sebuah proses

penanaman atau transfer kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Sejumlah sosiolog menyebut sosialisasi sebagai teori mengenai peranan (role theory). Karena dalam proses sosialisasi diajarkan peran-peran yang harus dijalankan oleh individu.

Page 24: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

24

Jenis-jenis Sosialisasisosialisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu Sosialisasi Primer (dalam keluarga) dan sosialisasi sekunder (dalam masyarakat). Menurut Goffman kedua proses tersebut berlangsung dalam institusi total, iaitu tempat tinggal dan tempat bekerja. Dalam kedua institusi tersebut, terdapat sejumlah individu dalam situasi yang sama, terpisah dari masyarakat luas dalam jangka waktu kurun tertentu, bersama-sama menjalani hidup yang terkonkong, dan diatur secara formal.

Page 25: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

25

Sosialisasi Primer Peter L. Berger dan Luckmann

mendefinisikan sosialisasi primer sebagai sosialisasi pertama yang dijalani individu semasa kecil dengan belajar menjadi anggota masyarakat (keluarga). Sosialisasi primer berlangsung saat anak berusia 1-5 tahun atau saat anak belum masuk ke sekolah. Anak mulai mengenal anggota keluarga dan lingkungan keluarga. Secara bertahap dia mulai mampu membedakan dirinya dengan orang lain di sekitar keluarganya.

Page 26: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

26

Sosialisasi Sekunder Sosialisasi sekunder adalah suatu proses

sosialisasi lanjutan setelah sosialisasi primer yang memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat. Salah satu bentuknya adalah resosialisasi dan desosialisasi. Dalam proses resosialisasi, seseorang diberi suatu identiti diri yang baru. Sedangkan dalam proses desosialisasi, seseorang mengalami 'pencabutan/ kehilangan' identiti diri yang lama.

Page 27: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

27

Agen-agen Sosialisasi

Keluarga Kawan-kawan Media massa Sekolah Lain-lain: jiran-jiran, agama,

kesukanan, tempat kerja dll.

Page 28: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

28

Budaya Keseluruhan yang kompleks yang

terkandung di dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam, dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

“that complex whole which includes knowledge, belief, art, law, morals, custom and any other capabilities and habits acquired by humans as members of society (Edward Tylor,1871)

Page 29: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

29

…sambungan Sistem kepercayaan, nilai, adat resam,

tingkahlaku, dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat, dan digunakan untuk urusan sesama mereka dan juga untuk menghadapi hidup di dunia. Perkara-perkara diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui pembelajaran

“The system of shared beliefs, values, customs, behaviors, and artifacts that the members of society use to cope with their world and with one another, and that are transmitted from generation to generation through learning.”(http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropology/courses/122/module1/culture.html

Page 30: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

30

Ciri-ciri utama budaya Diperturunkan dari generasi ke

generasi Dikongsi bersama (shared) Dipelajari (learned) Menggambarkan nilai dan identiti

kelompok Menyediakan kerangka rujukan bagi

satu-satu masyarakat Bersifat dinamis serta kreatif

Page 31: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

31

Sub-budaya Sub budaya ialah nilai-nilai dan sikap

sesuatu kumpulan yang membezakannya dengan kumpulan budaya lain (budaya utama).

Subculture The values and related behaviors of a group that distinguish its members from the larger culture; a world within a world. (James M. Henslin, 48)

Page 32: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

32

Countercultures Countercultures ialah nilai-nilai,

kepercayaan dan tingkahlaku yang bertentangan dengan budaya utama (luas).

CounterculturesA group whose values, beliefs, and related behaviors place its members in oppositions to the broader culture. (James M. Henslin, 49)

Page 33: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

33

Stratifikasi Sosial (Social Stratification) The division of large numbers of people into

layers according to their relative power, property and their prestige; apply to both nations and to people within a nation, society or other group. (James M. henslin, 231)

Situasi dimana masyarakat dibahagikan berdasarkan kepada perbandingan sama ada kuasa, kekayaan dan prestige. Ia berlaku dalam satu-satu bangsa, masyarakat dan satu-satu kumpulan (group)

Page 34: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

34

Kelas Sosial (Social Class) Konsep ini sukar nak diterangkan. Namun

jika dikaitkan dengan kehidupan harian ia mungkin bermakna segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca2 pengeluaran. Ia berkait rapat dengan kekayaan, kuasa dan status sesuatu kumpulan kelas.

Page 35: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

35

Institusi Sosial (Social Institutions)

Social Institutions is the organized, usual or standard ways by which society meet its basic needs.

Contoh: keluarga, agama, pendidikan, ekonomi, perubatan, politik, perundangan, sains ketenteraan, media dll.

Page 36: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

36

Nilai (Value)

Nilai merupakan satu prinsip utama yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran / standard untuk membuat pengadilan dan pemilihan mengenai tindakan dan matlamat yang tertentu.

Page 37: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

37

…sambungan Menurut Clyde Kluckhodn, nilai adalah

suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Nilai juga merupakan satu keutamaan (preference) iaitu sesuatu yang lebih disukai baik mengenai hubungan sosial maupun mengenai matlamat2 serta ikhtiar untuk mencapainya.

Page 38: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

38

Norma Sosial (Social Norm) Norma Sosial merupakan kelakuan yang

standard yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya.

Penerimaan terhadap norma sosial adalah penting untuk mewujudkan perpaduan sesuatu kelompok atau masyarakat.

Contoh norma sosial dalam masyarakat seperti larangan terhadap pembunuhan, pencurian dan perompakan.

Tingkahlaku yang bertentangan dengan norma sosial/ tidak mematuhi norma sosial dianggap/dikenali sebagai devience .

Page 39: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

39

…sambungan Norma sosial wujud akibat dari interaksi

sosial. Ia mencerminkan jangkaan bersama mengenai tingkah laku dakam sesuatu kelompok.

Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan internalisasi.

Ia tidak tetap dan berubah-ubah dari masa ke semasa.

Ia dipengaruhi oleh kawalan sosial (social control) dalam bentuk folkways dan mores yang telah dipopularkan oleh W.G. Summer.

Page 40: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

40

Devien

The violation of rules or norms.

Jadi, dalam masyarakat yang menganggap kejujuran sebagai satu standard kelakuan/norma, maka penipuan adalah devience.

Page 41: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

41

Konflik Sosial (Conflict Social) Konflik sosial adalah pertentangan secara

langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama.

Untuk mencapai matlamat bersama ini, pihak lawan yang terlibat dalam sesuatu konflik itu perlu ditewaskan terlebih dahulu.

Dalam situasi konflik, oleh kerana timbulnya permusuhan yang kuat, kerap kali penewasan lawan dianggap lebih penting dari pencapaian matlamat.

Page 42: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

42

Keseimbangan Sosial (Social Equalibrium) Dalam bidang sains sosial konsep ini

membawa pengertian harmoni dan penyesuaian di antara bahagian-bahagian sesuatu sistem sosial yang dianggap sebagai satu keseluruhan yang bersifat integrasi.

Pelopor konsep ini adalah Herbert Spencer. Kemudian konsep ini digunakan dengan lebih teratur oleh Vilfredo Pareto dalam bukunya The Mind and Society.

Page 43: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

43

Kesepaduan Sosial (Social Cohesion)

Kesepaduan sosial adalah keadaan di mana anggota kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat dari interaksi dan ikatan sosial yang tertentu.

Apabila wujud tingkat kesepaduan yang tinggi, anggota kelompok yang berkenaan mempunyai perasaan kekitaan (espirit de corp) di antara satu dengan lain.

Kesepaduan sosial juga melibatkan kesepakatan berhubung dengan matlamat, nilai, norma dan peranan sesuatu kelompok itu.

Konsep ini banyak dibincangkan oleh Auguste Comte dan Durkheim.

Antara buku Durkheim yang mendapat perhatian adalah the division of labour in society, suicide dan elementary forms of religious life.

Page 44: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

44

Kerjasama (Cooperation)

Kerjasama ialah interaksi sosial yang melibatkan individu atau kelompok dalam membuat tindakan bersama bagi mencapai matlamat yang sama.

Page 45: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

45

Diskriminasi

Diskriminasi bermakna layanan yang berbeza-beza terhadap individu atau kumpulan atas dasar-dasar tertentu, seperti ras, kebudayaan, jantina, agama, atau kelas sosial.

Page 46: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

46

Etnosentrisme (Ethnocentrism)

Percaya bahawa sifat dalaman satu-satu kelompok etnik atau budaya seseorang itu adalah superior dari kelompok atau budaya orang lain (the belief in the inherent superiority of one's own ethnic group or culture)

Kecenderungan melihat kelompok atau budaya asing dari kacamata budaya sendiri (a tendency to view alien groups or cultures from the perspective of one's own)

(http://www.infoplease.com/dictionary/ethnocentrism)

Page 47: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

47

Prasangka (Prejudice) Prasangka adalah satu sikap yang kurang

baik (atau yang baik) terhadap individu atau kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu spt ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas.

Prasangka biasanya berbentuk prejudgement (sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum ditinjau fakta2 yang berkenaan).

Namun begitu, sikap atau penilaian itu tidak berubah walaupun individu tersebut terdedah dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti2 yang baru.

Page 48: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

48

Akomodasi (Accommodation)

Akomodasi adalah satu proses apabila kelompok2 yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selamanya.

Page 49: KULIAH 2 (Konsep2 Asas Integrasi

49

Asimilasi (Assimilation)

Proses pencantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.