kuliah 9 (teori kecerdasan psikologi pendidikan

Upload: nurhainifaliniahmad

Post on 21-Jul-2015

564 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota che anuar

TRANSCRIPT

KPP1033 - Psikologi Pendidikan

DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044

Kuliah 9: Teori-Teori Kecerdasan

OBJEKTIF OBJEKTIF

Selepas membaca bab ini, pelajar dapat: Menerangkan teori Kecerdasan Menerangkan Teori Kecerdasan Triarchic, Sternberg Membincangkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner Menerangkan teori kecerdasan emosional Menghuraikan sumbangan teoriteori kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran

KECERDASAN KECERDASAN Ahli psikologi pendidikan berdebat sama ada manusia mempunyai keupayaan mental am atau sekumpulan keupayaan mental yang khusus. Sekiranya manusia mempunyai keupayaan mental, berapakah dan apakah keupayaan tersebut? Persoalanpersoalan seperti ini berlegar dalam fikiran para psikologi pendidikan dalam mempersoalkan aspek kecerdasan pada masa kini. Menurut Santrock (2004), kecerdasan bermaksud keupayaan manusia untuk menyelesaikan masalah dan keberkesanan dalam belajar mengadaptasikan pengalaman hidup seharian seseorang.

Kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapatkan satu pencapaian tinggi serta prestasi yang baik dalam pembelajaran di sekolah. Menurut Kamus Dewan (2002), kecerdasan boleh diertikan sebagai kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian, kecerdikan, dan keintelektualan. Definisi kecerdasan berubah dan berkembang dari semasa ke semasa sejajar dengan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat dan informasi yang baru. Definisi kecerdasan yang terawal di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan prestasi individu dalam skala kecerdasan Stanford-Binet, iaitu satu ujian kecerdasan individu yang dikembangkan oleh Lewis Terman. Kanak-kanak yang memperoleh markah 140 atau lebih dianggap sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

Kecerdas Kecerdas an Akal an Akal

Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis dan berhitung sebagai aspek yang diketengahkan melalui ketrampilan kata dan angka yang menjadi fokus di dalam pendidikan formal sekolah dan sesungguhnya mengarahkan seseorang untuk mencapai kejayaan diBAKAT BAKAT dalam bidang akademik. Tetapi, definisi keberhasilan hidup tidak berfokus terhadap bidang akademik sahaja. Terdapat pandangan baru yang telah berkembang dan menyatakan bahawa ada lagi kecerdasan yang lain di luar Intelligence Quotient (IQ) seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional yang harus juga dikembangkan. Menurut Gardner (1983, 1993, 2002),

Kecerdasan merupakan kemampuan untuk berfikir dan melakukan tindakan-tindakan yang benar atau salah dalam konteks praktis, iaitu melihat keupayaan manusia untuk berfikir menurut kaedah-kaedah formal yang baik dan mempunyai keupayaan untuk berfikir secara logik. Guilford (1967) mentakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan intelek yang mengandungi 180 faktor atau subkebolehan yang khusus. Faktor-faktor ini boleh disusun dalam satu struktur yang mengandungi tiga dimensi. Dimensi yang pertama mengandungi enam jenis operasi mental. Dimensi kedua mengandungi lima jenis kandungan yang menjadi bahan mentah bagi operasi mental. Seterusnya dimensi yang ketiga mengandungi enam hasil yang diperoleh melalui penggunaan sesuatu operasi mental pada kandungan yang tertentu. Gabungan ketiga-tiga dimensi inilah yang membentuk kecerdasan manusia.

Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg Ahli psikologi, Sternberg (1986, 2000), menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang berkaitan dengan pemprosesan informasi. Beliau mengkaji bagaimana informasi diterap ke dalam minda dan berubah mengikut lingkungan keperluannya. Analisis yang dilakukan oleh Sternberg akhirnya muncul sebagai model kecerdasan berbentuk tiga (triarchic). Bentuk-bentuk yang dinyatakannya adalah analitik (componential), pengalaman (experiential) dan praktikal (contextual). Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan. Ada individu yang mempunyai gabungan ketiga-tiga bentuk kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence) Kecerdasan analitik ialah kecerdasan yang mengutamakan ciri menganalisis. Ia sebagai satu kecerdasan yang menunjukkan kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang akademik. Kecerdasan komponen adalah hasil usaha daripada pelajar dalam menganalisis sesuatu bidang akademik. Ia bukan satu kecerdasan yang terhasil dari faktor lain yang akan menyebabkannya boleh berjaya dalam bidang tersebut. Sternberg menganggap individu yang tergolong dalam jenis ini biasanya akan memperoleh kejayaan yang tinggi dalam ujian kecerdasan. Kecerdasan analitik ini berasaskan hubungan operasi metakomponen, komponen prestasi dan komponen perolehan ilmu pengetahuan. Metakomponen dianggap proses tertinggi yang melibatkan proses pengawalan, pengawasan dan penilaian kognitif.

Metakomponen adalah berguna untuk menganalisis masalah dan memilih strategi tertentu untuk menyelesaikannya. Ia merupakan proses khas di dalam minda individu yang digunakan dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda individu berkenaan. Ia akan memberi isyarat bagaimana untuk bertindak dalam sesuatu keadaan dan penyelesaian sesuatu masalah pembelajaran, misalnya. Komponen prestasi ialah operasi asas yang melibatkan aksi kognitif yang membolehkan individu mengingat maklumat dan informasi dalam jangka masa pendek, dan menerima maklumat daripada memori jangka panjang. Komponen ini melaksanakan strategi-strategi yang telah dianalisis oleh metakomponen, iaitu proses-proses untuk menyempurnakan tugasan seperti pengekodan, penaakulan induktif dan mengingat.

Keadaan ini adalah proses asas yang memandu individu untuk melakukan sesuatu tugas seperti memahami masalah di dalam memori jangka panjang individu, mengetahui perkaitan tentang sesuatu objek dengan objek yang lain serta mengaplikasikannya dalam konteks suatu set istilah yang lain, misalnya. Komponen perolehan ilmu pengetahuan ialah proses yang digunakan dalam menjana dan menyimpan ilmu pengetahuan baru. Ia terlibat dalam menyempurnakan sesuatu tugas yang melibatkan pemilihan (selection) maklumat daripada maklumat-maklumat yang kurang atau tidak relevan. Ia juga membantu individu mengingati perkara yang dijadikan teladan untuk diikuti oleh seseorang individu dalam hidupnya. Individu yang mempunyai kebolehan analitikal mampu menerima permasalahan dan mencari penyelesaiannya yang jarang dapat dilihat oleh orang lain. Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai kebolehan ini biasanya tidak mampu mencipta idea-idea dan perkara-perkara yang menyentuh kreativiti yang agak susah untuk diuji.

Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence) Kecerdasan pengalaman mempunyai perkaitan dengan kreativiti dan ia boleh dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru hasil daripada mempelajari daripada situasi tersebut. Seseorang yang mempunyai kecerdasan pengalaman dengan pantasnya boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi baru yang berlaku. Sternberg membahagikan fungsi pengalaman ini kepada dua bahagian, iaitu sesuatu yang baru (novelty) dan sesuatu yang biasa dilalui (automatization). Novelty ialah suatu situasi baru di mana individu tidak pernah menimba pengalaman melaluinya. Individu yang bijak dalam menguruskan suatu situasi yang baru boleh menerima dan menyelesaikan tugasan dengan baik.

Automatization ialah dapatan tugasan yang dihasilkan secara tiba-tiba kerana telah membuat tugasan tersebut beberapa kali tanpa perlu untuk berfikir dengan mendalam dan terperinci. Kecerdasan pengalaman menerangkan bahawa individu yang berpengalaman ialah dikatakan lebih cekap dalam memproses maklumat ketika berhadapan dengan situasi baru. Apabila kanak-kanak diberi satu tugasan baru yang berkaitan dengan pengalaman mereka, kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan tinggi dapat belajar dengan cepat menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.

Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence) Ada sesetengah orang pandai membawa diri di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam kehidupannya. Individu mampu mengeluarkan idea yang sesuai dengan diri dan persekitaran mereka melalui tiga proses, iaitu penyesuaian, pembentukan dan pemilihan. Penyesuaian berlaku apabila individu membuat perubahan dalam dirinya bertujuan untuk berasa selesa di persekitaran baru. Pembentukan berlaku apabila individu mengubah keadaan persekitarannya supaya sesuai dengan keperluan dirinya atau untuk orang lain. Proses pemilihan diaplikasikan apabila wujud suatu persekitaran yang baru yang lengkap dan lebih selesa yang dapat menggantikan persekitaran yang lama sehingga dapat memuaskan hati individu.

Mereka yang mempunyai kecerdasan konteks atau praktikal dapat menyesuaikan diri dalam situasi yang baru dan berkebolehan untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya dan bijak memulakan langkah untuk berjaya di dalam hidup. Sternberg juga mengakui bahawa seseorang individu tidak hanya boleh berjaya jika mempunyai salah satu sahaja daripada tiga kecerdasan tersebut. Sebilangan besar daripada pelajar mampu mempunyai ketiga-tiga jenis kecerdasan ini dan mempunyai tahap yang tinggi dalam ketiga-tiga kecerdasan ini.

Kecerdasan Analitik

+ =

Kecerdasan Praktikal

+

Kecerdasan Pengalaman

BERJAYA

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa dan juga terhadap kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ, tidak semestinya anak-anak mereka juga tidak cerdas dan sebaliknya. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:

Individu mempunyai sembilan kecerdasan. ii. Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan. Iii Kecerdasan tidak berkembang seiring. iv. Kecerdasan tidak boleh dinilai secara berasingan. v. Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. vi. Kecerdasan boleh dirangsang. vii.Kecerdasan boleh dipindahkan.i.

Menurut Gardner lagi, Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ hanya menekankan pada kemampuan logikalmatematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperoleh seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna bagi orang lain. Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan, pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan

Jenis-Jenis Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan kecerdasan pada manusia, iaitu verballinguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme. Daripada sembilan kecerdasan tersebut, kecerdasan naturalis dan eksistensialisme merupakan dua jenis kecerdasan yang terkemudian

a)

Verbal-Linguistik

Individu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh berfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca serta menulis. Mereka peka terhadap berbagai-bagai fungsi bahasa terutamanya dari segi kebolehan untuk mencuit perasaan dan emosi. Oleh itu, mereka mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat, suka makna yang kompleks, mudah mengingati maklumat dan boleh

Selain itu, mereka juga pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini menuntut kemampuan seseorang untuk menyimpan berbagai-bagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan proses pemikirannya. Contoh-contoh aktiviti ialah mengambil bahagian dalam perbahasan, memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secara formal, menulis karyakarya kreatif, berjenaka dan bercerita. Penyair, penyiar radio, pembaca berita, penceramah, penulis, pensyarah dalam bidang sastera, pengacara dan ahli politik yang

b)

Logikal-Matematik Kecerdasan logikal-matematik adalah berkaitan dengan kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah sahaja serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling mereka. Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini ialah penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan matematik dan sains.

c)

Visual-Ruang

Kecerdasan visual-ruang merupakan kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan gambaran mental dan mengamati dunia melalui visual. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat dan betul. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang membolehkan seseorang mempersembahkan idea-idea visual dan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan imageri dalaman (internal imagery), sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat seseorang pelajar selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Pelajar yang tingkat kecerdasan visual ruangnya kurang akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal, meskipun dia sudah tinggal untuk jangka waktu yang sudah lama. Orang yang tersesat dalam perjalanan ialah orang yang mengalami gangguan orientasi ruang. Mereka juga termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Sementara mereka yang termasuk dalam golongan cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik, serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Contoh-contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan visualruang ialah melukis, mengecat, mengenali skema warna dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi aktif dan gemar mengurus peta minda. Biasanya orang yang mempunyai kecerdasan visualruang biasanya dilatih menjadi seorang pelukis yang terkemuka, arkitek yang popular serta pengukir dan pereka yang disegani.

d)

Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan. diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestik yang tinggi.

e)

Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suarasuara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemenelemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik sekali. Selain daripada itu, seseorang individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan dengan mudah mengenali dan mengingat nada-nada bunyi atau muzik.

Antara lain juga, mereka dapat mentransformasikan kata-kata menjadi lagu dan boleh menciptakan berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik akan tetapi dengan darjat yang berbezabeza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada, dengan tingkatan yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu adalah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

f) Interpersonal Kecerdasan interpersonal berkaitan dengan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang individu memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Hal ini kerana mereka pintar menjalin sesuatu hubungan sosial serta mampu mengetahui dan menggunakan cara yang pelbagai semasa berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga mampu berasa dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif pada perasaan daripada orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran bekerjasama melalui rakan sebaya dan keterlibatannya dalam sebuah pergaulan. Contoh aktiviti ialah komunikasi antara individu, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerja sama. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi akan lebih sesuai mempunyai pekerjaan seperti pemimpin agama, guru, jurujual, pengacara, usahawan, jururawat, doktor dan pekerja sosial.

g)

Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat dan boleh berdikari.

Diligence is the mother of Diligence is the mother of good luck. good luck.

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara sendiri di perpustakaan dan melakukan renungan yang mendalam di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.

Di samping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang tengah berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contoh aktiviti ialah teknik metakognitif, strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi dapat menjadi seorang penulis yang handal, penyajak, ahli motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi, guru dan ahli falsafah yang terkemuka.

h)

Naturalis

Kecerdasan naturalis berkaitan dengan kebolehan untuk mengenal pasti dan mengelaskan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalis yang menonjol biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lazimnya, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka memiliki tarikan yang besar terhadap alam sekitar, termasuk pada binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang

h) Naturalis

Kecerdasan naturalis juga membolehkan mereka menikmati benda-benda dan cerita yang berkaitan dengan fenomena alam, misalnya terjadinya awan dan hujan, asal- usul binatang, pertumbuhan tanaman dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis akan lebih berkesan dengan mengadakan aktiviti di luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

i)

Eksistensialisme

Mereka cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilainilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkannya seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam, seperti adakah makhluk lain selain manusia di alam semesta, berapa jumlah kenderaan yang ditemui di sepanjang perjalanan ke

Teori Kecerdasan Emosional (Emotional Intelligence) Teori Gardner ini kemudian dikembangkan dan juga semakin dilengkapi oleh para psikologi yang lain. Di antaranya ialah Daniel Goleman melalui bukunya yang terkenal "Emotional Intelligence" atau dikenali sebagai Kecerdasan Emosional. Daripada spektrum-spektrum kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner, Goleman cuba memberi tumpuan pada aspek kecerdasan intrapersonal. Intipati dari kecerdasan ini adalah merangkumi kemampuan untuk membezakan dan menganggap dengan tepat perasaan, motivasi dan hasrat. Dengan ini, Goleman (1995) mengatakan bahawa, koordinasi perasaan adalah intipati daripada hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang pandai menyesuaikan diri dengan perasaan individu yang lain atau dapat berempati, individu tersebut akan memiliki tingkat emosionaliti yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial serta persekitaran hidupnya.

Goleman turut menyatakan bahawa, kecerdasan emosional adalah keupayaan lebih yang dimiliki seseorang individu dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, menguruskan emosi dan mengatur keadaan keseronokan atau ketegangan jiwa. Dengan kecerdasan emosional tersebut seseorang individu dapat menempatkan emosinya pada posisi yang tepat, memilih kepuasan dan mengatur perasaan dan emosi. Kecerdasan emosional adalah kemampuan merasakan, memahami dan secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan pengaruh manusia. Kecerdasan emosi menuntut penilikan perasaan, untuk belajar mengakui, menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta menganggapnya

Intipati kecerdasan emosional merupakan komponen yang membuat seseorang individu menjadi pintar menggunakan emosi. Dengan kata lain, emosi manusia berada pada perasaan lubuk hati, naluri yang tersembunyi dan sensasi emosi di mana apabila diakui dan dihormati, kecerdasan emosional menyediakan pemahaman yang mendalam tentang diri sendiri dan orang lain. Daripada beberapa pendapat yang dinyatakan dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosional menuntut diri untuk belajar mengakui dan menghargai perasaan diri sendiri dan orang lain untuk menganggapnya dengan tepat, menerapkan dengan efektif tenaga emosi dalam kehidupan

Tiga unsur penting kecerdasan emosional terdiri daripada kecekapan peribadi untuk mengurus diri sendiri, kecekapan sosial, iaitu bagaimana menangani suatu hubungan dan ketrampilan sosial, iaitu kepandaian untuk mengubah tanggapan yang dikehendaki pada orang lain. Kecerdasan Emosi (EQ) ialah kebolehan untuk mengawas (monitor) diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya. Kecerdasan emosi tidaklah berdasarkan bagaimana pintarnya seorang individu, tetapi lebih menekankan apakah ciri sahsiah yang dimilikinya. Banyak kajian telah menunjukkan kemahiran dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata ataupun kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam menentukan kejayaan hidup daripada kecerdasan IQ yang

EQ bukan merupakan lawan dengan IQ. Namun, kedua-duanya berinteraksi secara dinamik. Pada kenyataannya perlu diakui bahawa EQ memiliki peranan yang sangat penting untuk mencapai kejayaan di sekolah, tempat kerja dan dalam berkomunikasi di dalam persekitaran masyarakat. Goleman (1995) mengungkapkan lima bahagian EQ yang dapat menjadi pedoman bagi individu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sehari-hari, iaitu: a) Kemampuan mengenali emosi diri b) Kemampuan mengurus emosi c) Kemampuan memotivasikan diri d) Kemampuan mengenali emosi orang lain

Berikut ini adalah huraian dari kelima-lima bahagian tersebut: a) Kemampuan mengenali emosi diri Ia adalah kemampuan seseorang dalam mengenali perasaannya sendiri sewaktu perasaan atau emosi itu muncul. Ini sering dikatakan sebagai dasar dari kecerdasan emosional. Pada tahap ini diperlukan adanya pemantauan perasaan dari semasa ke semasa agar timbul pemikiran psikologi dan pemahaman tentang diri. Ketidakmampuan untuk menghayati perasaan akan membuat diri berada dalam kekuasaan perasaan. Keadaan ini akan membawa kesan yang buruk kepada diri individu, terutamanya semasa membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala, seseorang individu yang mampu mengenali emosinya sendiri berwibawa untuk mengambil keputusan-keputusan secara mantap. Dalam hal ini, misalnya sikap yang diambil dalam menentukan berbagai-bagai pilihan seperti memilih sekolah, sahabat, pekerjaan sehingga kepada pemilihan pasangan hidup.

b) Kemampuan mengurus emosi Ia adalah kemampuan seseorang individu untuk menguruskan perasaannya sendiri sehingga tidak meledak dan akhirnya dapat mempengaruhi perilakunya secara salah. Ini menunjukkan kecekapan sangat bergantung pada kesedaran diri. Emosi dikatakan diurus apabila seseorang mampu menghiburkan diri ketika ditimpa kesedihan, dapat melepaskan diri daripada kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan dan dapat bangkit semula dengan cepat dari semua keadaan tersebut. Sebaliknya, orang yang buruk kemampuannya dalam mengurus emosi akan terus melawan perasaan murung atau melarikan diri daripada hal-hal negatif yang merugikan dirinya sendiri. Mungkin dapat diibaratkan sebagai seorang juruterbang pesawat yang dapat membawa pesawatnya ke suatu kota dan kemudian mendaratkannya. Misalnya, seseorang yang sedang marah, maka kemarahan itu tetap dapat diuruskan

c) Kemampuan memotivasikan diri Kemampuan ini adalah sesuatu yang memberikan semangat kepada diri sendiri untuk melakukan yang baik dan boleh membawa manfaat. Oleh itu, kemampuan seseorang memotivasikan diri dapat ditunjukkan melalui hal-hal seperti yang berikut : i) Cara mengendalikan dorongan hati. ii) Darjat kecemasan yang berpengaruh terhadap cara kerja seseorang. iii) Kekuatan berfikir positif. iv) Optimisme. v) Keadaan flow, iaitu keadaan ketika seseorang individu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada apa yang sedang terjadi.

Dengan kemampuan memotivasikan diri yang dimilikinya, maka seseorang individu akan cenderung memiliki pandangan yang positif dalam menilai segala sesuatu yang terjadi dalam dirinya. d) Kemampuan mengenali emosi orang lain Ia adalah kemampuan untuk mengerti perasaan dan keinginan orang lain, sehingga orang lain akan berasa senang. Anak-anak yang memiliki kemampuan ini, iaitu sering disebut sebagai kemampuan berempati, dengan mampu memahami pesanan bukan-verbal orang lain seperti nada bicara, gerak-geri mahupun gambaran wajah dari orang lain tersebut. Dengan demikian, anak-anak ini akan cenderung disukai orang. Sebaliknya anak-anak yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan emosinya sendiri merupakan orang yang tidak mampu

e) Kemampuan membina hubungan Kemampuan ini untuk mengurus emosi orang lain, sehingga tercipta ketrampilan sosial yang tinggi dan membuat pergaulan seseorang individu menjadi lebih luas. Anak-anak dengan kemampuan ini lebih cenderung mempunyai banyak teman, pandai bergaul dan menjadi lebih popular. Tanpa memiliki ketrampilan ini, seseorang itu akan mengalami kesulitan dalam pergaulan sosial. Ini menyebabkan seseorang itu akan seringkali dianggap sebagai angkuh, mengganggu atau tidak berperasaan.

Oleh itu, boleh dikatakan EQ penting untuk dikembangkan kepada diri anak. Hal ini kerana anak-anak yang cerdas di sekolah adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya, namun apabila tidak dapat mengurus emosinya seperti mudah marah, mudah putus asa atau angkuh dan sombong, maka prestasi tersebut tidak akan banyak bermanfaat untuk dirinya. Ternyata EQ perlu lebih dihargai dan dikembangkan pada anak sejak kecil lagi. Hal inilah yang menjadi dasar kepada ketrampilan seseorang individu dalam masyarakat kelak sehingga akan Little seluruh potensinya membuatmindsare interested in the dapat Little minds are interested in the extraordinary; great minds optimal. berkembang secara minds in the extraordinary; great lebih in thecommonplace. commonplace. Elbert Hubbard. Elbert Hubbard.

Sumbangan Teori Kecerdasan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengetahuan guru tentang teori kecerdasan pelbagai membolehkan guru mengaplikasikannya dalam psikologi pendidikan dan seterusnya membolehkan guru merancang proses dan strategi pengajaran dan pembelajarannya secara berkesan dan baik. Hal ini demikian kerana kecerdasan yang terdapat pada seseorang pelajar boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar tersebut. Contohnya, seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif, perbahasan dan bidang pengacaraan. Selain itu, seseorang guru boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada pelajar-pelajarnya.

Keadaan ini membolehkan guru mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja yang hanya akan membosankan pelajar. Sebaliknya, guru boleh menjalankan pengajarannya berdasarkan sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketrampilan untuk belajar. Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah. Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasan intelek yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan emosi yang ada padanya.Accomplishment of purpose is better than Accomplishment of purpose is better than making profit. making aaprofit. Nigerien Proverb - -Nigerien Proverb

Maksudnya, seseorang pelajar yang dikatakan cerdas atau bijak tidak lagi boleh diukur dan dilihat melalui kecemerlangannya dalam bidang akademik sahaja. Sebaliknya, kecerdasan emosi yang ada dalam dirinya semasa melakukan dan mengendalikan sesuatu perkara juga amatlah penting. Dengan itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik. Di samping itu, pengetahuan guru terhadap kecerdasan yang terdapat pada pelajar membolehkan guru memperbanyakkan aktiviti kokurikulum di kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah bagi mengembangkan segala bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara tidak langsung bidang kokurikulum pelajar juga dapat dibangunkan.

Bagi pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang terdapat pada diri mereka sendiri, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka. Contohnya, seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota tubuh badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan berenang. Jadi, tidak mustahil mereka akan menjadi seorang atlit sukan yang unggul sekiranya mereka menggunakan kecenderungan kecerdasan tersebut untuk melatih diri bersungguh-sungguh dan memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka.

Selain itu, pengetahuan guru tentang kepelbagaian dan perbezaan kecerdasan yang terdapat pada pelajar-pelajarnya membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya terhadap pelajar-pelajar. Hal ini bermakna semasa menilai seseorang pelajar, guru tidak hanya menilai pelajar berdasarkan kepandaiannya dalam pencapaian akademik yang biasanya lebih cenderung menuntut kecerdasan logikmatematik dan bahasa sahaja. Sebaliknya, guru juga menilai jenis kecerdasan pelajar yang lain seperti keupayaan pelajar melibatkan diri dan berinteraksi dengan pelajar lain dalam suatu situasi dan sebagainya. Keadaan ini dapat menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara langsung ataupun tidak langsung, pendidikan yang menitikberatkan kecerdasan yang pelbagai pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Teori kecerdasan pelbagai dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara aplikasi yang boleh digunakan adalah sebagai petunjuk kepada potensi murid. Jika guru memahami jenis-jenis kecerdasan, mereka akan lebih mengetahui potensi dan kemampuan sebenar pelajarnya. Kefahaman terhadap jenis kecerdasan ini akan membantu guru mengatur rancangan pengajaran yang menjurus kepada kehendak kelompok pelajar yang terdiri daripada pelajar pandai atau lemah di dalam bilik darjah.

Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut minat pelajar. Ia akan memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran mengikut jenisjenis kecerdasan ini. Selain itu, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai dapat menggabungkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Kedua-dua bidang dapat dibangunkan oleh guru di kalangan pelajar sekiranya guru memahami ilmu tentang teori kecerdasan pelbagai. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenal pasti cita rasa pelajar dengan tepat untuk membantu membangunkan daya kreativiti pelajar tersebut.

Ability is sexless. Ability is sexless. Christabel Pankhurst --Christabel Pankhurst

Di samping itu, ia memberi peluang kepada guru untuk mendalami aspek penilaian dengan berkesan. Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan penilaian yang mantap terhadap kemampuan pelajar dalam sesuatu bidang. Teori kecerdasan pelbagai juga secara tidak langsung menyokong pembelajaran bersepadu dan menyeluruh yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pada itu, ia dapat mewujudkan suasana kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar, mahupun pelajar dengan pelajar. Kesemua kecerdasan dimiliki oleh setiap individu, tetapi tahapnya adalah berbeza-beza. Keadaan ini akan menggalakkan inovasi dan penyelidikan-penyelidikan yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rumusan Setiap pelajar memiliki keunikan mereka masing-masing. Mereka memiliki kecerdasan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Pandangan yang menyatakan bahawa kecerdasan seseorang dapat dilihat berdasarkan hasil ukuran ujian IQ sudah tidak relevan lagi kerana ukuran ujian IQ hanya membatasi pada kecerdasan logikalmatematik dan bahasa. Pada masa kini, masih terdapat banyak sekolah yang terjebak dalam pandangan tradisional tersebut dan kebanyakan guru masih lagi menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa. Namun begitu, pandangan yang dianggap tradisional ini boleh diubah dengan munculnya Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner yang mencakupi sembilan jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu. Sebenarnya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai tidaklah sukar untuk diamalkan. Hal ini bermakna, setiap guru harus berfikiran secara terbuka, iaitu keluar dari paradigma pengajaran tradisional, bersedia untuk menerima perubahan serta harus memiliki kepekaan untuk melihat setiap perkara yang terdapat di sekitarnya yang boleh digunakan dalam melaksanakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Para guru diingatkan bahawa kecerdasan ini boleh dipelajari dan ditingkatkan. Apabila sesuatu kecerdasan diterokai, secara tidak langsung ia akan membantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Guru harus sedar bahawa bukan semua pelajar belajar dan memberi respon dalam situasi yang sama. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran adalah untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, seseorang guru harus mendalami sesuatu topik tersebut semasa pengajaran agar ilmu pengetahuan yang diperolehnya boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi baru dan kehidupan sehariannya. Pengetahuan mengenai kecerdasan boleh membantu guru memahami pengaruh terhadap kecerdasan murid serta membantu pelajar mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti minat dan bagaimana boleh belajar dengan berkesan.

Kesimpulannya, untuk mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan teori kecerdasan, sebenarnya kemudahankemudahan yang diperlukan telah tersedia ada di sekeliling kita. Ini bermakna pendidikan tidaklah seharusnya dikendalikan dalam kelas semata-mata, malah pelajar-pelajar boleh dibawa dan diajak keluar dari kelas untuk melihat, mengamati dan memahami setiap fenomena yang terjadi di dunia nyata. Dengan itu, pelajar-pelajar tidak hanya terikat dengan teori semata-mata. Sebaliknya, mereka dihadapkan dengan kenyataan bahawa teori yang mereka terima dan pelajari memang dapat ditemui di dalam kehidupan nyata. Mereka dapat mengalami sendiri sesuatu perkara atau peristiwa tersebut sehingga dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap diri mereka.

The secret to happiness is not in doing what one likes The secret to happiness is not in doing what one likes to do, but in liking what one has to do. to do, but in liking what one has to do. Anonymous --Anonymous

KPP1033 - Psikologi Pendidikan

Bersama Cikgu Jo dan Daneng