kuliah 3

17
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Upload: sorupanathan-sadayan

Post on 06-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k3

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 3

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Page 2: Kuliah 3

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

Pluraliti:Istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai

bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Page 3: Kuliah 3

Masyarakat Plural:Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang

asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan

mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-

kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)

Page 4: Kuliah 3

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu

1. Hubungan dengan Cina dan India.- Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India

telah lama berlaku.- faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan

para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.- Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama

di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Page 5: Kuliah 3

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.- Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg

besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).

- Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.

- Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.

Page 6: Kuliah 3

3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.- Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg

bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu

pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.

- Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.

Page 7: Kuliah 3

- Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.

- Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.

- Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

Page 8: Kuliah 3

Menurut A. Aziz Deraman, pada abad ke-19, berlaku penghijrahan orang minangkabau, bugis, jawa dan banjar ke

Tanah Melayu.

Orang melayu dianggap kaum peribumi tanah melayu setelah mereka berhijrah dari Yunan ke TM 2500M

tahun dahulu.

Sebelum 1848, hampir KESEMUA penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang melayu.

ETNIK MELAYUETNIK MELAYU

Page 9: Kuliah 3

Batu Pahat, Sabak Bernam, Tenom BANJAR

JAWA

BUGIS

MINANGKABAU

BOYAN

Muar

Rengit, Kukup, Selangor, Perak

Negeri Sembilan

Singapura, KL, Johor Bharu

Contoh suku-suku yang terdapat di dalam Etnik Melayu

Page 10: Kuliah 3

ETNIK CINAETNIK CINAOrang cina mula datang ke TM pada awal abad ke-15 akibat

perhubungan diplomatik kerajaan melayu Melaka & kerajaan Dinasti di China.

Pada awal abad ke-19, imigran dari China mula memasuki TM sebagai buruh di ladang kopi & tebu di Pulau Pinang & Singapura.

Kebanyakan imigran berasal dari China selatan seperti Hainan, Kwangsi, Kwantung dan Fukien.

Pengambil alihan lombong dari pembesar melayu kepada pedagang inggeris menyebabkan kemasukan buruh cina semakin

pesat akibat pelonggaran syarat kemasukan buruh ke TM.

Page 11: Kuliah 3

SISTEM PENGAMBILAN PERSONEL : Sistem ini dijalankan dengan majikan yg memerlukan buruh akn

menghantar ketua buruh ke China dan mencari buruh di sana dan dibawa ke TM untuk bekerja di ladang majikan tersebut.

SISTEM PENGAMBILAN RUMAH KONGSI : Seorang pegawai di China akan mencari buruh-buruh di sana dan membawanya ke TM dan ditempatkan di rumah kongsi, pegawai itu dibayar mengikut bilangan buruh. Ketua rumah kongsi akan

mengagihkan buruh kepada tempat2 kerja.

CARA KEMASUKANCARA KEMASUKAN

Page 12: Kuliah 3

SISTEM TIKET KREDIT : Kos kedatangan buruh atau singkeh dibiayai oleh ejen, mereka

akan bekerja dengan ejen sehingga hutang langsai.

SISTEM KANGCU : Diperkenal Temenggung Ibrahim. Kangcu akan

diberikan surat sungai dan diberikan kebenaran membuka ladang gambir/lada hitam di sepanjang sungai selatan Johor

Page 13: Kuliah 3

Orang India datang ke TM sejak kurun pertama lagi sebagai pedagang dgn menggelarkan TM sebagai Survanabumi

(Semenanjung Emas)

Awal kurun ke-19, orang india dibawa masuk utk bekerja di ladang tebu dan kopi, membaiki jalan dan infrastruktur di NNS.

Kurun ke-20 kemasukan buruh india ke TM semakin pesat akibat dari perkembangan pesat perusahaan getah. Sebagai

contohnya pada 1891 seramai 75 000 buruh india, pada 1921 seramai 471 536 buruh india di TM

ETNIK INDIAETNIK INDIA

Page 14: Kuliah 3

CARA KEMASUKANCARA KEMASUKAN

Page 15: Kuliah 3

SABAH DAN SARAWAKSABAH DAN SARAWAK

Page 16: Kuliah 3

Pengasasan Masyarakat Plural.

- Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.

- Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu.

- Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.

Page 17: Kuliah 3

- Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.

- Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh.

- Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.