kuliah 13

38
TAMADUN JEPUN PANDANGAN SEMESTA , NILAI DAN RELEVENSI DENGAN PERADABAN MALAYSIA TOPIK 13

Upload: muhammad-syukri

Post on 17-Aug-2015

69 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 13

TAMADUN JEPUN

PANDANGAN SEMESTA , NILAI DAN

RELEVENSI DENGAN PERADABAN MALAYSIA

TOPIK 13

Page 2: Kuliah 13

PENGENALAN

Tamadun Jepun merupakan salah satu tamadun Asia Timur yang terkenal. Nama negara Jepun atau Nihon (Nippon) dalam

bahasa Jepun bermaksud Tanah Matahari Terbit. Jepun adalah negara yang terdiri daripada pulau-pulau yang diwakili oleh

pulau besar iaitu, Kushyu, Honsyu, Hokkaido dan Shikoku.

Page 3: Kuliah 13

Jepun merupakan sebuah negara demokrasi dengan simbol negaranya

ialah Maharaja Horohito. Bahasa pertuturan utamanya ialah

bahasa Jepun dan agama anutan utama masyarakatnya ialah agama Shinto dan

Buddha.

Page 4: Kuliah 13

Teori sejarah menjelaskan bahawa orang-orang Jepun berasal daripada 3 keturunan iaitu:

a. Orang Ainu (Kaukasid)b. Orang Mongoloid (China Mongolia)c. Orang Nusantara (Asia Pasifik)

Page 5: Kuliah 13

• Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman Jomon, Yayoi, Nara

• Menjelang tahun 200M, pengaruh kebudayaan China mula menyerap ke dalam tamadun Jepun sehingga membentuk kebudayaan baru yang dikenali sebagai Yayoi.

Page 6: Kuliah 13

Jepun merupakan sebuah tamadun yang unik disebabkan beberapa faktor, iaitu:

a. Island Mentality (shimaguni kono)

• Rakyat Jepun merasakan diri mereka terpisah sebagai negara kepulauan. Ini menyebabkan rakyatnya kurang biasa dengan masyarakat luar.Rakyat Jepun lebih cenderung untuk menonjolkan ketrampilan bangsa mereka sendiri.

Page 7: Kuliah 13

b. Sifat Dualisme

• Masyarakat Jepun terkenal dengan sifat dualisme dalam menjalani kehidupan seharian mereka

• Antaranya sikap honne dan tatamae. Honne merupakan sikap rasmi yang mewakili kumpulan mereka manakala tatamae pula merupakan sikap individu atau sikap tersendiri masyarakat Jepun dalam proses interaksi mereka.

Page 8: Kuliah 13

Dari kebudayaan masyarakat Jepun mempunyai keunikan tersendiri. Budaya Jepun dapat dilihat melalui beberapa aspek

utama iaitu:

a. Pakaian (Kimono)b. Hiburan (Geisha)c. Tanda Pengenalan diri (Hanko)

Page 9: Kuliah 13

a.Pakaian

• Kimono merupakan pakaian tradisi masyarakat Jepun yang tidak menerima sebarang pengaruh asing. Kimono dipakai beserta obi iaitu kain selempang panjang yang digunakan untuk mengukuhkan ikatan kimono.Tabi merupakan stokin yang dipakai diperbuat daripada kapas. Gerta, seta dan zori merupakan pelbagai jenis selipar atau terompah yang dipakai bersama kimono.

Page 10: Kuliah 13

b. Geisha• Geisha merupakan sejenis bentuk hiburan yang amat

popular di Jepun. Peranan geisha sama seperti peranan seorang pelayan wanita di kelab-kelab hiburan.Geisha mempunyai struktur organisasi yang sistematik selaras dengan tugas mereka sebagai seorang pelayan yang profesional.Objektif utama geisha ialah untuk memberi ketenangan dan keseronokan kepada tetamu bagi menghilangkan rasa bebanan kerja serta tekanan perasaan.

Page 11: Kuliah 13

C. Tanda Pengenalan Diri (Hanko)

• Masyarakat Jepun mempunyai sejenis alat pengenalan diri yang dikenali sebagai hanko

• Hanko digunakan oleh individu, syarikat-ssyarikat, dan badan-badan organisasi Jepun sebagai tanda pengenalan diri.

Page 12: Kuliah 13

Jepun juga terkenal dengan hasil kesusasteraan, seni lukis dan seni bina.Antara hasil sastera Jepun ialah:

a. Kojiki yang ditulis pada 712M

b. Mannyoshu iaitu antologi puisi klasik

c. Takertori Monogatari iaitu sebuah novel tua yang ditulis pada tahun 800 M.

Page 13: Kuliah 13

• Pandangan Semesta Tamadun Jepun

• Umumnya Pandangan Semesta Tamadun Jepun banyak didasari oleh kepercayaan animisme iaitu kepercayaan menyembah alam semesta dan semangat..

Page 14: Kuliah 13

Kepercayaan yang mempengaruhi pandangan

semesta mereka ini dapat dikesan melalui artifak

yang ditemui di perkuburan dan juga tulang-

tulang yang membuktikan bahawa mereka amat

takut kepada sihir dan hantu.

Page 15: Kuliah 13

FALSAFAH TAMADUN JEPUN

Tamadun Jepun dibangunkan atas dasar yang kukuh, berpegang

kepada konsep alam semulajadi yang berteraskan kepada roh

dan jasad melalui perlambangan penyatuan manusia dan alam

dalam ajaran Shinto iaitu tradisi agama peribumi yang

dipengaruhi oleh ajaran Buddha.

Page 16: Kuliah 13

Agama-agama utama masyarakat Jepun Ialah Shinto, Buddha dan Konfusianisme.

AGAMA-AGAMA DI JEPUN

Page 17: Kuliah 13

SHINTO

“shin” bererti roh “tao” bererti jalan dunia, bumi dan langit.

• Bermaksud Jalan Tuhan-tuhan (The Way of Gods) Kami-no-Michi

• fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap objek disekeliling mereka mempunyai roh atau semangat (kami).

Page 18: Kuliah 13

CIRI-CIRI AJARAN SHINTO

1. Satu ajaran yang tidak berorganisasi

2. Tidak mempunyai kitab-kitab, pengantara atau Nabi

3. Shinto tidak mempunyai kefahaman ketuhanan jelas

serta tidak mempunyai suruhan atau larangan yang tegas.

Page 19: Kuliah 13

PEMIKIRAN YANG DIBAWA OLEH AJARAN SHINTO

1. Taat kepada dewa dan pemerintah

2. Menganggap bangsa yang terpilih

3. Konsep berkumpulan

4. Sikap positif kepada kerja

5. Konsep malu

6. Konsep bunuh diri

Page 20: Kuliah 13

Pandangan semesta ajaran Shinto ialah manusia itu baik,

tiada dosa dalam kehidupan, perbuatan baik akan dibalas

dengan kebaikan dan dunia sebagai tumpuan utama

manusia.

Menurut legenda purba Jepun adalah tanah yang baik,

dijadikan oleh Kami iaitu Dewi Amateresu dan diperintah

olehnya untuk selama-lamanya.

Page 21: Kuliah 13

BUDDHA

Agama Buddha dibawa dari Cina ke Jepun melalui

negeri Korea.

Ajaran ini dibawa oleh Siddarta Gautama dan beliau

memperkenalkan Jalan Mulia Lapan Lapis.

Ajaran ini telah memperkenalkan konsep hidup selepas

mati jelas digambarkan melalui ajaran Zen Buddhisme.

Page 22: Kuliah 13

• Ajaran ini digemari oleh golongan samurai kerana ia mementingkan disiplin diri melalui amalan meditasi.

• Elemen-elemen yang terkandung di dalam ajaran Buddha ialah:

a. Prinsip persamaan hak sesama manusia, tanpa membezakan keturunan, agama dan warna kulit.

b. Perpaduan masyarakat dalam membina sebuah negara yang kukuh.

Page 23: Kuliah 13

AJARAN KONFUSIUS

• Dibawa oleh orang Korea dan Cina ke Jepun semasa

pemerintahan zaman Yamamoto.

• Memberi impak dalam perubahan nilai, akhlak,

muzik, kesenian dan tarian di dalam masyarakat

Jepun.

Page 24: Kuliah 13

• Disanjung tinggi di negara Jepun kerana:

a. Keunggulan pemerintah yang adil dan rakyat yang taat setia.

b. Penegasan tentang taat setia anak kepada ibu bapa yang mempunyai tradisi menghormati orang yang telah mati.

Page 25: Kuliah 13

• Mempengaruhi falsafah dan pemikiran orang Jepun

melalui lima prinsip:

a.rakyat patuh pada raja

b.anak lelaki patuh pada bapa

c.adik lelaki patuh kepada abang

d.isteri patuh kepada suami

e.kawan patuh kepada kawan.

Page 26: Kuliah 13

• Melahirkan masyarakat yang patriotik dan

cintakan negaranya.

• Jepun mementingkan nilai kasih sayang dalam

kehidupan.

Page 27: Kuliah 13

NILAI-NILAI DALAM TAMADUN JEPUN DAN RELEVENSINYA DENGAN PERADABAN MALAYSIA

• Masyarakat Jepun mempunyai beberapa ciri utama:

a. Jepun merupakan negara yang homogeneous iaitu

satu bangsa yang tidak mempunyai perbezaan ras,agama,

bahasa dan bangsa.

b. Masyarakatnya bersikap menjunjung tinggi

kepada budaya ilmu serta mempunyai sikap ingin tahu yang

kuat terhadap maklumat.

Page 28: Kuliah 13

c. Mempunyai sikap positif terhadap budaya bekerja.

d. Mempunyai sikap bersaing kuat dalam diri mereka.

e. Sering membuat keputusan secara bersama dan tidak mengutamakan kepentingan individu.

f. Terkenal dengan sifat kesenian yang tinggi di dalam menjalani urusan kehidupan seharian.

Page 29: Kuliah 13

• Menurut seorang sarjana Jepun, Yaichi Itaga, peribadi bangsa Jepun tulen dapat ditemui dengan sifat-sifat berikut:

a. Taat setia kepada ketua dan cintakan tanah air.

b. Menyanjungi nenek moyang dan menghormati nama keluarga.

c. Bersifat realistik dan bersemangat duniawi.

Page 30: Kuliah 13

d. Cintakan alam semulajadi.

e. Ringkas dan kemas.

f. Segak, asli, cintakan kebersihan dan kesucian

g. Patuh pada adat istiadat dan budi pekerti.

Page 31: Kuliah 13

• Nilai-nilai pegangan masyarakat Jepun:

KONSEP BUSHIDO

• Berkaitan dengan tingkah laku yang menjadi prinsip moral ketenteraan Jepun.

• Bushido bermaksud hulu balang.

• Berasaskan kepada ajaran konfusius yang bermula pada zaman Kamakura.

• Menekankan aspek kesetiaan mutlak, pengorbanan diri, adab yang halus, dan semua ciri-ciri yang dianggap positif.

Page 32: Kuliah 13

KONSEP GIRI (KEWAJIPAN SOSIAL)

• Telah wujud sejak zaman feudal.

• Satu taraf yang sangat dihargai dalam perkembangan manusia. Contohnya:

a. Ketua dan para pekerja

b. Ibu bapa dan anak-anak

c. Suami dan isteri

d. Abang dan kakak.

• Menekankan seseorang itu perlu mempunyai tingkahlaku yang baik di dalam perhubungan sosial.

Page 33: Kuliah 13

• Konsep Ninjo (Perikemanusiaan)

• Ialah perasaan kemanusiaan seperti cinta, simpati ihsan dan sebagainya.

• Dinyatakan secara spontan terhadap orang lain.

Page 34: Kuliah 13

• Konsep On (Kewajipan Sosial –terhutang budi)

• Satu kewajipan sosial dan psikologi apabila menerima bantuan

• Perkataan On berasal daripada ketua menghadiahkan tanah kepada para pengikutnya apabila berjaya dalam peperangan

• Dalam masyarakat moden pula mereka yang berkedudukan tinggi akan menjaga kedudukan orang yang berada di bawahnya.

Page 35: Kuliah 13

• Orang bawahan akan merasa terhutang budi (On) dan akan membalasnya dengan cara memberikan rasa hormat dan memberikan kesetiaan.

• “Oya no on” adalah rasa tanggungjawab terhadap ibu bapa dan biasanya dilaksanakankan dengan cara menjaga mereka di usia tua mereka. Ia dilaksanakan sebagai membalas budi ibu bapa.

Page 36: Kuliah 13

• Konsep Karuna

• Hubungan kasih sayang antara makhluk yang dibawa oleh ajaran Konfusius.

• Mementingkan nilai-nilai kasih sayang.

• Satu upacara akan dilakukan untuk memohon agar roh mereka yang terkorban berada di dalam kesejahteraan.

• Dijalankan sebagai lambang kasih sayang kepada mereka yang meninggal dunia dalam peperangan.

Page 37: Kuliah 13

• Kesimpulan

• Tamadun Jepun adalah tamadun yang unik kerana mereka mempunyai tamadun yang tersendiri

• Walaupun kebanyakan budaya masyarakat Jepun diambil dari China dan Korea, tetapi mereka telah mengasimilasikan budaya tersebut ke dalam budaya mereka.

• Nilai-nilai yang wujud di dalam tamadun Jepun telah membentuk tamadun mereka yang tulen.

Page 38: Kuliah 13

KUMPULAN 6HAKUNA MATATA

MUHAMMAD ZUBIR BIN RAMLI B071110112

ZUBAIR BIN ABDUL MALIK B071110094

MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN IBRAHIM

B071110052

SAFIUDDIN AZRI BIN MHD HASSAN ZAINI

B071110264

MUHAMMAD HASEEF BIN ABDUL RAHIM

B071110424

AL-HAFIZ BIN RIWAYATB071110399

MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAHMAN

B071110031

MOHD FAIZ BIN MOHD SAISIB071110164

MUHAMMAD HAMIZAN BIN ADNAN

B071110254