4.1 struktur & fungsi kulit kuliah ap 13

17

Upload: mohd-arif

Post on 03-Jun-2015

470 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13
Page 2: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULITKulit

- Melapisi tubuh keseluruhan tubuh dan berkesinambungan dengan lapisan luar - orifis tubuh

- Berfungsi :-

1. Melindungi struktur di bawahnya dari tercedera dan serangan (invasi) mikrob)2. Mempunyai hujung saraf sensori (sakit , sentuhan & suhu)3. Merupakan salah satu dari sistem kumuhan4. Mengawal suhu badan5. Membantu dalam pembentukan / sintesis Vitamin D

Page 3: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULITTerbahagi kepada 2 bahagian :-

1. Epidermis – Lapisan luar

2. Dermis atau ‘Corium’ – Lapisan dalam

* Di antara kulit dengan struktur di bawahnya terdapat – Lapisan lemak subkutis

Page 4: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Epidermis

- Lapisan superfisial

- Tiada bekalan salur darah dan tiada hujung saraf pada lapisan epidermis

- Terdiri dari tisu Epitelium berstratum – Berkeratin

- Mempunyai ketebalan yang berbeza pada bahagian badan yang tertentu (Tapak tangan & kaki – Paling tebal)

- Pada bahagian dalam (lapisan epidermis) mengandungi cecair intersitial atau cecair limfa

Page 5: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Terdapat beberapa lapisan sel di bahagianEpidermis :-

1. Lapisan Bersisik (‘Horny Zone’ / Stratum Corneum)

2. Lapisan Janasel (‘Germinative Layer’)

Page 6: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

1. Lapisan Bersisik (‘Horny Layer’)

- Sel mati yang tiada bernukleus

- Berbentuk leper

- Lapisan yang paling luar

- Protoplasma yang bertukar menjadi bersisik (Horny substance) dikenali sebagai keratin

- Mudah rosak apabila tergeser dan akan digantikan oleh lapisan di bawahnya (lapisan janasel)

Page 7: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

2. Lapisan Janasel (‘ Germinative Layer’)

- Sel di bahagian bawah berbentuk bulat dan mempunyai nukleus- Sel di bahagian ini sentiasa membiak dan membentuk sel baru yang akan menggantikan sel yang mati dan rosak di bahagian luar

• Untuk menjamin lapisan epidermis yang sihat bergantung kepada 3 proses berikut :-

3. Pembahagian sel yang berterusan dari bahagian dalam ke bahagian superfisial

1. Lapisan luar yang mati / rosak

2. Diganti sel yang baru dari bawah

Page 8: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Permukaan Epidermis

- Terdapat rambut , sebum – dari kilang sebum dan peluh – dari kilang peluh

Page 9: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULITDermis

- Merupakan lapisan kulit sebenar- Terbentuk dari tisu perantara – (Tisu Fibrous & tisu

elastik)- Pada / dalam lapisan ini terdapat struktur-struktur

berikut :-1. Salur Darah2. Salur Limfatika3. Hujung Saraf4. Kilang peluh & duktusnya5. Rambut6. Kilang Sebum7. Otot – ‘Errector Pillorum’

Page 10: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Page 11: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Salur darah

- Arteriol yang membentuk cabang-cabang kapillari- Membekal kilang peluh , kilang sebum , rambut

dan dermis- Tiada bekalan darah pada epidermis kerana ia

menerima nutrien dan oksigen dari cecair intersitial – hasil daripada salur darah

Salur Limfatika

- Membentuk rangkaian yang luas pada bahagian dermis dan lapisan dalaman dermis

- Berfungsi menyalir cecair limfa

Page 12: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Penghujung Saraf

- Penghujung saraf sensitif pada suhu , sakit , tekanan & sentuhan

- Terdapat dengan banyaknya di lapisan dermis

- Impuls yang diperolehi dari hujung saraf dihantar korda spina oleh saraf sensori dan kemudian ke otak (di bahagian sensori di serebrum) untuk diinterpretasikan

Page 13: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Kilang peluh & duktusnya

- Banyak terdapat di tapak tangan & kaki , dahi dan ketiak

- Terbina dari tiub yang berlingkar dan dibekal dengan salur darah

- Dari kilang peluh – salur / duktusnya naik menembusi kulit dan dikenali sebagai liang peluh

- Peluh – merupakan bahan kumuh tubuh berasal dari darah – mengandungi air & natrium klorida

- Kilang peluh dirangsang oleh saraf simpatetik yang bertindak terhadap perubahan cuaca & ketakutan

Page 14: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULITRambut

- Terdapat di seluruh permukaan kulit kecuali di bahagian tapak tangan & kaki

- Setiap helai rambut tumbuh dari umbai rambut di dalam lapisan dermis dan dibekalkan salur darah

- Dengan pembiakan sel-sel yang baru di bahagian akarnya – ia tumbuh menjadi batang rambut

- Sel batang rambut yang baru tumbuh menolak sel-sel lama ke atas (menjadi panjang)

- Seperti lapisan bersisik (horny) , rambut juga merupakan sel mati (Epitelium berstrata – Berkeratin)

Page 15: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Kilang sebum

- Terdapat di seluruh tubuh

- Banyak di bahagian muka , kepala dan bahagian kulit berbulu

- Menghasilkan sebum – membasah & melembutkan kulit dan menjadikan rambut – tidak kering dan rapuh

- Kilang sebum yang istimewa didapati:-

1. Lubang telinga – Kilang serumen

2. Kelopak mata – Kilang meibomian

Page 16: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT

Otot ‘Errector Pillorum’

- Merupakan kumpulan otot berserat tak voluntari (luar kawal) yang melekat pada follikel rambut

- Kontraksi otot ini akan menyebabkan rambut berdiri tegak dan menaikan kulit berhampiran

- Otot ini dirangsang oleh saraf simpatetik seperti dalam kesejukan dan ketakutan

- Walaupun otot ini kecil – kontraksi dalam jumlah yang banyak boleh menghasilkan haba badan (bergetar)

Page 17: 4.1 struktur & fungsi kulit   kuliah ap 13

STRUKTUR KULIT