kuliah 1

17
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK KULIAH 1 – 2 JAM

Upload: khatijah1889

Post on 16-Jan-2017

225 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 1

WAJ 3106HUBUNGAN ETNIK

KULIAH 1 – 2 JAM

Page 2: Kuliah 1

TAJUK1. Hubungan Etnik di Malaysia

Latar belakang - Pengenalan - Pengajaran daripada Peristiwa 12 Mei 1969

Kepentingan hubungan etnik

Page 3: Kuliah 1

2. Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat Konsep Budaya Konsep Perpaduan dan Integrasi

Page 4: Kuliah 1

Pengenalan

Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara MUNDUR kpd negara sedang MEMBANGUN dan kini menuju ke arah status negara MAJU.

Hubungan etnik paling kritikal sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka adalah PERISTIWA 13 MEI 1969.

Page 5: Kuliah 1

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

Politik Sosial Ekonomi

Page 6: Kuliah 1

Kesan-kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969

Politik: Penyusunan Semula Politik

Barisan Nasional Tujuan : untuk mengurangkan perpecahan

politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.

Berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

Page 7: Kuliah 1

Wujud Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) dianggotai oleh pemimpin-pemimpin parti politik,

pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

Fungsi utama: 1. Mengembalikan keamanan dan undang-

undang negara. 2. Menentukan pentadbiran yang licin dan

sempurna. 3. Mengembalikan suasana keharmornian dan

kepercayaan antara kaum  di Malaysia.

Page 8: Kuliah 1

Sosial:

Rukun Negara diperkenalkan. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional

dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.

Konsep rukun negara berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia.

Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik.

Page 9: Kuliah 1

3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama.

4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.

5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.

Page 10: Kuliah 1

Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan.

Dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama.

Page 11: Kuliah 1

Ekonomi

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum

Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Penyusunan Semula Masyarakat Memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula

masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara.

Page 12: Kuliah 1

PENGAJARAN PENTING 13 MEI 1969 Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap

sekiranya tidak disertai kestabilan politik.

Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.

Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang.

Page 13: Kuliah 1

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.

2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

Page 14: Kuliah 1

4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.

5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.

6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).

7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Page 15: Kuliah 1

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional

- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN)

- Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan).

- DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan.

- Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)

Page 16: Kuliah 1

- Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak.

- Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Page 17: Kuliah 1

- Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis