kuatkan minda, fizikal jika mahu jadi jururawat - ttsh.com.sg · pdf filesecara bersama...

1
SEKITAR 380 ‘guru klinikal’ baru telah dilantik Kumpulan Ja- gaan Kesihatan Nasional (NHG) tahun ini, kenaikan sekitar 25 pe- ratus berbanding setahun lalu. Ini bermakna kini terdapat le- bih 1,900 pendidik di seluruh disi- plin NHG, termasuk perubatan, kejururawatan, kesihatan berseku- tu dan farmasi. Secara bersama kumpulan ini telah melatih lebih 600 kakitan- gan perubatan dan farmasi NHG, dan menyumbang kepada lebih 120,000 hari latihan kepada para pelajar mereka. Ketua Pegawai Pendidikan Kumpulan NHG, Profesor Nicho- las Chew, berkata bahawa pendi- dikan merupakan asas NHG dalam menyediakan jagaan kesiha- tan bermutu, termampu dan dapat bertahan lama. “Dedikasi dan komitmen para pendidik kami dalam mendidik tenaga kerja masa kini dan masa hadapan membantu kami menca- pai kecemerlangan dalam mem- perbaiki kesihatan para pesakit ka- mi dan juga masyarakat,” kata- nya. Pada masa yang sama, kapasiti mengajar yang diperluas telah membolehkan NHG menyum- bang kepada latihan untuk maha- siswa, golongan possiswazah dan bakal profesional. “Contohnya, tenaga pengajar NHG termasuk 667 profesional ja- gaan kesihatan yang terlibat dalam pembangunan kurikulum dan latihan di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine). “NHG adalah rakan latihan klinikal utama bagi LKCMedicine. “Mereka juga membantu melatih kohort baru mahasiswa Kesihatan Bersekutu di Institut Teknologi Singapura. “Ini meliputi usaha mereka dan membangunkan kurikulum, menyampaikan ceramah dan juga menawarkan latihan kemahiran bagi modul-modul akademik Sekolah Kejururawatan dan Kesi- hatan Bersekutu,” jelas Profesor Chew. SIKAP dan minat setiap pelajar berbeza. Ada yang memberi perhatian sepenuhnya dan tidak kurang juga yang dianggap ‘nakal’. Sudah lumrah manusia untuk memberi perhatian ke- pada pelajar yang dianggap ‘baik’ dan tidak mempeduli- kan sikap ‘nakal’ yang dipamer sesetengah pelajar lain. Sikap sebegini boleh membuat si guru terlepas pan- dang kemampuan dan bakat sebenar pelajar ‘nakal’ itu. Atas sebab itulah Encik Rahmat Jasmani sering mem- beri perhatian kepada pelajar sedemikian kerana bagi- nya mereka mempunyai ciri-ciri istimewa dan berbeza berbanding pelajar biasa. “Saya sering beri perhatian kepada pelajar sedemiki- an. “Kadangkala pelajar ini mampu memberi respons positif semasa diberi tugasan yang mungkin agak kompleks,” katanya. Encik Rahmat, 38 tahun, Penolong Klinisian Jurura- wat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng (TT- SH), juga seorang mentor kepada jururawat muda sejak tujuh tahun lalu. Sebelum itu beliau bertugas di bahagian klinikal – bermakna beliau berurusan terus dengan pesakit. Kini, berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, bapa dua anak lelaki itu mengongsi pengetahuan dengan juru- rawat muda serta para medik ahli perubatan tentera mengenai suasana, termasuk perkakas dan keperluan, dalam hospital hampir setiap hari. Selain itu, beliau turut menjadi mentor kepada golo- ngan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) seperti pa- kar terapi fisio, pakar terapi pergerakan dan kakitangan lain. Encik Rahmat, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejururawatan daripada Universiti Edin- burgh, Scotland, menganggap peranannya kini diper- luas. “Ia bukan sesuatu yang membebankan. Sebaliknya, ia dapat membangunkan kemampuan jururawat muda, dan hasilnya khidmat kepada pesakit terus bertambah baik,” katanya. Beliau kemudian mengambil contoh seorang pela- jarnya yang kini lebih bersikap terbuka kepada usaha mempertingkat kemahiran diri. “Beliau sebelum ini tidak tahu apa yang boleh di- jangkakan apabila menjalani kursus yang saya kendali- kan. “Mungkin juga beliau kurang yakin dengan kemam- puannya. Tapi lama-kelamaan sikapnya terhadap kur- sus peningkatan diri lebih terbuka,” ujar Encik Rahmat, yang menyatakan beliau telah menjadi mentor kepada sekitar 300 jururawat muda dan medik tentera. SEKITARAN institusi jagaan kesihatan yang cukup men- cabar bermakna pekerjaan sebagai jururawat bukan untuk se- siapa sahaja. Sebaliknya, menurut Penolong Klinisian Jururawat di Pu- sat Kulit Nasional (NSC), Cik Norlaila Kamarudin, seseorang yang berminat menceburi bidang kejururawatan perlu mem- punyai bukan sekadar minat, malah kekuatan minda dan fi- zikal bagi mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi se- tiap hari. Itulah antara pesanan Cik Norlaila, jururawat yang ber- pengalaman sejak 1993. Kini, wanita berusia 44 tahun itu merupakan seorang gu- ru klinikal atau mentor kepada jururawat muda yang baru menceburi bidang tersebut. “Saya bentangkan kepada para jururawat muda pe- ngalaman saya, apa yang saya lalui sepanjang tempoh itu dan apa yang boleh mereka jangkakan dalam kerjaya ini. “Ini kerana saya ingin mereka membuka minda dan berse- dia berhadapan dengan semua cabaran yang bakal dihada- pi,” katanya. Beliau turut memberikan nasihat yang sama kepada salah seorang anaknya yang kini sedang mengikuti kursus kejurura- watan tahun kedua di Politeknik Nanyang (NYP). “Saya juga bentangkan kepadanya jerih payah yang akan ditempuhinya apabila menceburi bidang ini, termasuk sua- sananya yang mencabar dan jadual kerja syif. “Saya tidak akan berselindung daripadanya, apatah lagi beliau masih muda,” katanya. Selepas sekitar 10 tahun melibatkan diri dalam sektor ja- gaan kesihatan, termasuk menceburi bidang klinikal dan mengajar, Cik Norlaila telah bertemu dengan ramai jurura- wat muda yang mempunyai ciri-ciri dan sikap berlainan. “Tidak semua jururawat muda menunjukkan sikap positif semasa menjalani latihan sambil kerja. “Contohnya, saya pernah berhadapan dengan seorang ju- rurawat muda yang ketika itu menghadapi masalah disiplin, selain tumpuan yang sering terganggu kerana masalah periba- di yang dihadapinya. “Selepas beberapa tahun bekerja, beliau ambil keputusan meninggalkan industri ini,” kataya, yang mendapat gelaran ‘cikgu’ dan ‘ibu’ daripada para jururawat di bawah bimbingan- nya. Sebagai mentor, Cik Norlaila biasanya akan membimbing, menunjukkan cara menjalankan tugas dan berbincang dengan jururawat muda bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka. Beliau tidak menafikan bahawa kebanyakan jururawat yang ditemuinya adalah kaum Hawa. Ini kerana baginya, sifat dan perasaan keibuan selain ingin memberi, merupakan antara faktor mengapa lebih ramai wa- nita menjadi jururawat, berbanding kaum Adam. “Namun, ada juga kaum Adam di bawah bimbingan saya yang cemerlang juga. “Apa yang penting, mereka semua perlu mempunyai kesa- baran, tidak terjejas dengan sekitaran yang mencabar dan se- dia melalui pembelajaran sepanjang hayat,” katanya, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan daripada Universiti Curtin, Australia. Lebih 1,900 jururawat NHG kini jadi ‘guru klinikal’ Jururawat guru yakin dengan kebolehan pelajar ‘nakal’ Kuatkan minda, fizikal jika mahu jadi jururawat BERI PERHATIAN: Encik Rahmat Jasmaini (dua dari kanan), Penolong Klinisian Jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng, menganggap sikap setiap pelajar berbeza, maka beliau perlu memberi perhatian kepada setiap daripada mereka untuk memastikan apa yang diajarnya difahami. – Foto M.O. SALLEH MACAM CIKGU: Penolong Klinisian Jururawat di Pusat Kulit Nasional, Cik Norlaila Kamarudin (tiga dari kanan), seorang guru klinikal atau mentor kepada jururawat muda yang baru menceburi bidang tersebut, memantau kerja kejururawatan yang dijalankan jururawat muda bagi memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pesakit. – Foto SHAHRIYA YAHAYA TEL 6289-8822 I Emel [email protected] I www.sphclass.com.sg NOTIS Tugas mereka sebagai jururawat bukan sekadar merawat pesakit, malah mereka juga bertanggungjawab membimbing jururawat muda dalam menjalankan tugas dengan baik. Siapakah mereka yang bergelar guru klinikal ini ? Apakah pandangan mereka terhadap jururawat muda? FARID HAMZAH ([email protected]) menemuaramah dua daripada mereka. 10 Berita Harian | Rabu, 4 Oktober 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: buihanh

Post on 12-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuatkan minda, fizikal jika mahu jadi jururawat - ttsh.com.sg · PDF fileSecara bersama kumpulan ini ... positif semasa diberi tugasan yang mungkin agak ... Kini, berdasarkan pengalaman

SEKITAR 380 ‘guru klinikal’ baru telah dilantik Kumpulan Ja-gaan Kesihatan Nasional (NHG) tahun ini, kenaikan sekitar 25 pe-ratus berbanding setahun lalu.

Ini bermakna kini terdapat le-bih 1,900 pendidik di seluruh disi-plin NHG, termasuk perubatan, kejururawatan, kesihatan berseku-tu dan farmasi.

Secara bersama kumpulan ini telah melatih lebih 600 kakitan-gan perubatan dan farmasi NHG, dan menyumbang kepada lebih 120,000 hari latihan kepada para pelajar mereka.

Ketua Pegawai Pendidikan Kumpulan NHG, Profesor Nicho-las Chew, berkata bahawa pendi-dikan merupakan asas NHG dalam menyediakan jagaan kesiha-tan bermutu, termampu dan dapat bertahan lama.

“Dedikasi dan komitmen para pendidik kami dalam mendidik tenaga kerja masa kini dan masa hadapan membantu kami menca-pai kecemerlangan dalam mem-perbaiki kesihatan para pesakit ka-mi dan juga masyarakat,” kata-nya.

Pada masa yang sama, kapasiti mengajar yang diperluas telah membolehkan NHG menyum-bang kepada latihan untuk maha-siswa, golongan possiswazah dan bakal profesional.

“Contohnya, tenaga pengajar NHG termasuk 667 profesional ja-gaan kesihatan yang terlibat dalam pembangunan kurikulum dan latihan di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine).

“NHG adalah rakan latihan klinikal utama bagi LKCMedicine.

“Mereka juga membantu melatih kohort baru mahasiswa Kesihatan Bersekutu di Institut Teknologi Singapura.

“Ini meliputi usaha mereka dan membangunkan kurikulum, menyampaikan ceramah dan juga menawarkan latihan kemahiran bagi modul-modul akademik Sekolah Kejururawatan dan Kesi-hatan Bersekutu,” jelas Profesor Chew.

SIKAP dan minat setiap pelajar berbeza. Ada yang memberi perhatian sepenuhnya dan tidak

kurang juga yang dianggap ‘nakal’.Sudah lumrah manusia untuk memberi perhatian ke-

pada pelajar yang dianggap ‘baik’ dan tidak mempeduli-kan sikap ‘nakal’ yang dipamer sesetengah pelajar lain.

Sikap sebegini boleh membuat si guru terlepas pan-dang kemampuan dan bakat sebenar pelajar ‘nakal’ itu.

Atas sebab itulah Encik Rahmat Jasmani sering mem-beri perhatian kepada pelajar sedemikian kerana bagi-nya mereka mempunyai ciri-ciri istimewa dan berbeza berbanding pelajar biasa.

“Saya sering beri perhatian kepada pelajar sedemiki-an.

“Kadangkala pelajar ini mampu memberi respons positif semasa diberi tugasan yang mungkin agak kompleks,” katanya.

Encik Rahmat, 38 tahun, Penolong Klinisian Jurura-wat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng (TT-SH), juga seorang mentor kepada jururawat muda sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum itu beliau bertugas di bahagian klinikal – bermakna beliau berurusan terus dengan pesakit.

Kini, berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, bapa dua anak lelaki itu mengongsi pengetahuan dengan juru-

rawat muda serta para medik ahli perubatan tentera mengenai suasana, termasuk perkakas dan keperluan, dalam hospital hampir setiap hari.

Selain itu, beliau turut menjadi mentor kepada golo-ngan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) seperti pa-kar terapi fisio, pakar terapi pergerakan dan kakitangan lain.

Encik Rahmat, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejururawatan daripada Universiti Edin-burgh, Scotland, menganggap peranannya kini diper-luas.

“Ia bukan sesuatu yang membebankan. Sebaliknya, ia dapat membangunkan kemampuan jururawat muda, dan hasilnya khidmat kepada pesakit terus bertambah baik,” katanya.

Beliau kemudian mengambil contoh seorang pela-jarnya yang kini lebih bersikap terbuka kepada usaha mempertingkat kemahiran diri.

“Beliau sebelum ini tidak tahu apa yang boleh di-jangkakan apabila menjalani kursus yang saya kendali-kan.

“Mungkin juga beliau kurang yakin dengan kemam-puannya. Tapi lama-kelamaan sikapnya terhadap kur-sus peningkatan diri lebih terbuka,” ujar Encik Rahmat, yang menyatakan beliau telah menjadi mentor kepada sekitar 300 jururawat muda dan medik tentera.

SEKITARAN institusi jagaan kesihatan yang cukup men-cabar bermakna pekerjaan sebagai jururawat bukan untuk se-siapa sahaja.

Sebaliknya, menurut Penolong Klinisian Jururawat di Pu-sat Kulit Nasional (NSC), Cik Norlaila Kamarudin, seseorang yang berminat menceburi bidang kejururawatan perlu mem-punyai bukan sekadar minat, malah kekuatan minda dan fi-zikal bagi mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi se-tiap hari.

Itulah antara pesanan Cik Norlaila, jururawat yang ber-pengalaman sejak 1993.

Kini, wanita berusia 44 tahun itu merupakan seorang gu-ru klinikal atau mentor kepada jururawat muda yang baru menceburi bidang tersebut.

“Saya bentangkan kepada para jururawat muda pe-ngalaman saya, apa yang saya lalui sepanjang tempoh itu dan apa yang boleh mereka jangkakan dalam kerjaya ini.

“Ini kerana saya ingin mereka membuka minda dan berse-dia berhadapan dengan semua cabaran yang bakal dihada-

pi,” katanya.

Beliau turut memberikan nasihat yang sama kepada salah seorang anaknya yang kini sedang mengikuti kursus kejurura-watan tahun kedua di Politeknik Nanyang (NYP).

“Saya juga bentangkan kepadanya jerih payah yang akan ditempuhinya apabila menceburi bidang ini, termasuk sua-sananya yang mencabar dan jadual kerja syif.

“Saya tidak akan berselindung daripadanya, apatah lagi beliau masih muda,” katanya.

Selepas sekitar 10 tahun melibatkan diri dalam sektor ja-gaan kesihatan, termasuk menceburi bidang klinikal dan mengajar, Cik Norlaila telah bertemu dengan ramai jurura-wat muda yang mempunyai ciri-ciri dan sikap berlainan.

“Tidak semua jururawat muda menunjukkan sikap positif semasa menjalani latihan sambil kerja.

“Contohnya, saya pernah berhadapan dengan seorang ju-rurawat muda yang ketika itu menghadapi masalah disiplin, selain tumpuan yang sering terganggu kerana masalah periba-di yang dihadapinya.

“Selepas beberapa tahun bekerja, beliau ambil keputusan meninggalkan industri ini,” kataya, yang mendapat gelaran ‘cikgu’ dan ‘ibu’ daripada para jururawat di bawah bimbingan-nya.

Sebagai mentor, Cik Norlaila biasanya akan membimbing, menunjukkan cara menjalankan tugas dan berbincang dengan jururawat muda bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Beliau tidak menafikan bahawa kebanyakan jururawat yang ditemuinya adalah kaum Hawa.

Ini kerana baginya, sifat dan perasaan keibuan selain ingin memberi, merupakan antara faktor mengapa lebih ramai wa-nita menjadi jururawat, berbanding kaum Adam.

“Namun, ada juga kaum Adam di bawah bimbingan saya yang cemerlang juga.

“Apa yang penting, mereka semua perlu mempunyai kesa-baran, tidak terjejas dengan sekitaran yang mencabar dan se-dia melalui pembelajaran sepanjang hayat,” katanya, yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan daripada Universiti Curtin, Australia.

Lebih 1,900

jururawat NHG

kini jadi‘guru

klinikal’

Jururawat guru yakin dengan kebolehan

pelajar ‘nakal’

Kuatkan minda, fizikaljika mahu jadi jururawat

BERI PERHATIAN: Encik Rahmat Jasmaini (dua dari kanan), Penolong Klinisian Jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng, menganggap sikap setiap pelajar berbeza, maka beliau perlu memberi perhatian kepada setiap daripada mereka untuk memastikan apa yang diajarnya difahami. – Foto M.O. SALLEH

MACAM CIKGU: Penolong Klinisian Jururawat di Pusat Kulit Nasional, Cik Norlaila Kamarudin (tiga dari kanan), seorang guru klinikal atau mentor kepada jururawat muda yang baru menceburi bidang tersebut, memantau kerja kejururawatan yang dijalankan jururawat muda bagi memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pesakit. – Foto SHAHRIYA YAHAYA

TEL 6289-8822 I Emel [email protected] I www.sphclass .com.sg

NOTIS

Tugas mereka sebagai jururawat bukan sekadar merawat pesakit, malah mereka juga bertanggungjawab membimbing jururawat muda dalam menjalankan tugas dengan baik. Siapakah mereka yang bergelar guru klinikal ini ? Apakah pandangan mereka terhadap jururawat muda?

FARID HAMZAH ([email protected]) menemuaramah dua daripada mereka.

10 Berita Harian | Rabu, 4 Oktober 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan