© 2001 – 2003 sapa kata? - izapunyersite.tripod.comizapunyersite.tripod.com/ebook2.pdf · aku...

Download © 2001 – 2003 Sapa Kata? - izapunyersite.tripod.comizapunyersite.tripod.com/ebook2.pdf · Aku sayang student aku. Aku nak tengok diorang berjaya. Kalau boley, aku ... kuatkan iman

If you can't read please download the document

Upload: trantruc

Post on 06-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • ms0

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

  • ms1

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

  • ms2

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Maksud firman Allah: Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah

    itulah yang pasti menang. (Al Maidah:56)

  • ms3

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Seminggu Punyer Citer

    Khamis, 15Nov 2001

    Ari ni aku baru start buat page ni.. Bukan apa, geram tengok orang lain punyer! heh..heh.. Best jugak konsep online jenel nih.. Boley ngabihkan masa yang memang tak pernah cukup nih. Tapi tak tau la lama mana nak bertahan mende ni dengan aku. Sebab aku ni hypermarket.. eh, shilap, hyper-boring.. haa, cepat boring ler tuh. Tak istiqamah. Tak tekun. Tak suka lama-lama. Tapi itu dengan mende @ kerja. Ngan orang aku tak gitu. Kawan aku sekolah rendah dulu ada lagi. Kawan aku cam family aku gak. Sentiasa berkomunikasi cara TM*****. heh..heh..

    Jumaat,16 Nov 2001

    Ujan.. sejuk.. selalu panas.. Alhamdulillah. Ni mesti sebab nak pose esok nih. Taun ni aku dapat start 1 Ramadhan (sengih!) Selalu tak dapat.. (sengih lagi..) Tu seme Allah yang bagi gak. Antara hakikat dan excuse. Hakikatnya, wanita memang lemah.. Allah sayang wanita ni, Dia bagi 'rehat'. Excusenya, wanita special. Ada 'rehat' sedang kaum Adam susah payah jaga saumnyer.. heh..heh.. Aku suka bulan pose. Bulan yang paling ditunggu-tunggu. Kalau selalu aku takut waktu malam.. sebab gelap. Tapi bulan pose aku jadi berani. Ntah camner, tetiba jer datang berani tu. Bukan boley berlakon bab ni. Kalau takut tu takut jugak. Kena la berani, nak bangun sesorang tengah malam buta. Amik wudhu' time sunyi. Dah ler sejuk cam ais, kalau kena sergah mesti seminggu tak bertegur (dengan orang yang sergah tu la!) Dah ngadu sesikit kat Dia, baru nak pergi dapur. Tengok apa yang boley dibuat sahur. Selalunya aku suka makan nasi panas. Lauk tak kisah sangat. Kicap pun boley. Janji nasi panas. Pas tu kalau ada air teh 'o panas yang nipiiss punya, wuiyo.. terangkat sat. Selalunya mak aku buat. Tak pun nenek aku. Laa ni dah idup sorang, kenalah buat seniri. Sediakan untuk Abg.. (heh..heh..) Abg suka bangun lambat. Bila seme dah ready baru kejut ya!, itu lah yang selalu dia pesan. Sebab dia tak suka duduk saja. Nak nolong, isyhh... tunggu aku sakit, baru dia buat. (sorry Abg..hik..hik.. dengan izin ya!)

    Ahad, 18 Nov 2001

    Tak datang lagi? Leceh la.. Dari pukul 9 aku tunggu. Ni yang maleh ni. Aku dah ler ngantuk. Bangun jugak paksa diri. Mandi pun ala kadar jer.. pasal air giler punya sejuk. Buat air oren pun orang tak tau air paip, pasal sejuk sangat. Ujan masih tak berenti. Aku takut banjir jer.. kalau banjir kali ni, susah la sket. Dah ler nak raya. Nasib baik kelas petang tadi ada student mai. Tak ler aku sakit jiwa. Woii.. pose pun

  • ms4

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    boley sakit jiwa ker? Ahaa.. tu la satu keistimewaan wanita yang aku cakap semalam. Semalam pose, ari ni dah tak leh. (Sengih..) Ya Allah, jangan lama sangat, dah ler lama tunggu Ramadhan ni.. dia datang jer aku dapat cuti yang tak yah apply. (aku diam sendiri..)

    Rabu, 21Nov 2001

    Agung mangkat hari ni. Innalillahi wa inna ilaihi raaji`uun. Marilah kita sedekah al-Fatihah untuknya.. Al-Fatihah... Hari ni kelas dah start. Aku mula jumpa student aku balik. Ada student baru. Ada student lama. Student baru sengih2 tengok aku. APA? Aku fikir dalam ati. Heh..heh.. saja tunjuk garang sket. Bukan apa, sebab depa ni kelas yang aku bengang last sem. Kalau setakat degil tu tak apa lagi. Ni boleh diorang buat dono jer kat aku! Isyhhh... tak berkenan sungguh. Anyhow, aku tak ler garang mana. In fact, dalam ramai2 lecturer kat situ, aku rasa, akulah yang paling diorang tak takut! heh..heh.. (ni bukan statement rendah diri, statement malukan company adalah!) Mana taknya, bukan aku yang control diorang. Diorang pulak ramai-ramai buli aku! Aku ni walaupun nampak macho (ahem!) tapi sebenarnya, lemah lembut orangnyer.. Ahaahahahahaaa... Tapi aku terharu sebab ada sorang student tu datang jumpa aku. Siap nangis-nangis lagi. Dia tak tau nak amik course apa sem ni. Sebab dia dah putus semangat. Result dia tak begitu cun. Well, aku sebagai PA (penasihat akademik) dia, dengan confidentnya memujuk dia. Dalam ati, Allah jer yang tau betapa gabranya aku. Aku tak leh orang nangis depan aku. Silap-silap aku yang over! Dia kata, okeylah.. saya ikut cakap Puan. Alhamdulillah. Walaupun dalam ati aku, Allah jer yang tau betapa takutnya aku.. yerlah, dengan dia memberi kata putus cam tu, seolah-olah nanti, kalau dia fail jugak, aku yang akan disalahkan. Ahh... aku akan sedia untuk tu. Bukan salah aku kalau dia fail lagi. Cuma aku mampu berdoa supaya dia lebih cekal dan terang hati untuk masanya kini dan akan datang. Doa seorang guru untuk anak murid dia kan makbul. Ya Allah, Kau bantulah student aku yang sorang nih.. janganlah Kau kecewakan dia dan ibubapanya. Ya Allah, Kau yang Maha Mengasihani. Aku insaf. Aku pegang tanggungjawab berat sekarang nih. Aku dah tak boley main cam dulu. Dulu, aku baru ngajor, ikut suka ati jer. Rasa nak bagi soklan mudah, bagi.. Kalau student tu buat aku geram, aku susahkan sikit soklan tuh. Kalau student tu lawan aku, lagi susah.. sampai kantoi seme student aku! Hah! Tapi tu dulu. Time aku bodo dalam arena pendidikan nih. Yer lah, bukan niat utama aku nak ngajor. Ni seme kes takder keje la nih. Tapi sekarang lain. Aku sayang student aku. Aku nak tengok diorang berjaya. Kalau boley, aku nak belai, aku nak peluk, nak cium sorang-sorang! Tapi, kang lain pulak jadinya. Ada pulak kes lecturer per**** student.. isyhh, mintak jauhla gitu. So, cukuplah setakat aku mengajar dengan baik dan offer pertolongan dimana aku mampu tolong.

  • ms5

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Ya Allah, Kau bantulah aku untuk bantu mereka...

    Khamis, 22Nov 2001

    Hari ni 6 Ramadhan. Agung dah selamat dikebumikan. Petang tadi aku bawak Abg pergi berbuka kat restoran Taj. Heh..heh.. aku belanja dia makan nasi beriani dengan murtabak tebal yang dia suka sangat-sangat tuh. Seronok sekali sekala dapat belanja Abg. Yer lah.. asik dia belanja aku, aku bila pulak, yer tak. Yang syok nyer, bila sampai disana, Alhamdulillah, tak perlu berebut cam masa kat KL. Di sini suasananya agak tenang. Kami dapat tempat betul-betul dekat tukang tebar roti canai tu. Nak dijadikan citer, tukang tebar roti canai tu neighbour kitorang! ALAMAK! heh..heh.. jangan salah faham.. bukan aku tak suka jumpa dia, cuma.. dia tu kaum kerabat Shah Rukh Khan. Cuma tak pernah dengar dia menyanyi jer, atau pun tengok dia berguling-guling kat padang sebelah rumah tu dengan binik dia. Jadi, diorang ni terlebih friendly. Aku rasa dalam ati laa.. mesti dia nak kasi apa-apa.. (Fikiran syak wasangka kat orang nih tak pernah ilang!!)Bukan aper.. sebab everytime raya, sure dia kasi nasik manis dia yang warna putih tuh.. rasanya sungguh manis macam susu cap junjung.. HAH! BETUL!! aku dah agak dah. Dah abih tiga suku nasi beriani ayam goreng dalam pinggan aku, dia mai.. (DIA MAI DAAAHHH!!!) Dia tanya Abg, nak bubur kanji tak? Sedap dia kata. Aku cuma mampu tersenyum sumbing. Heh..heh... aku gelak dalam ati. Sian Abg, mesti dia kena makan! hik..hik.. Abg kata tak yah laa.. Kenyang dah. (Alasan tuh..)Dia ilang. Sat gi dia mai balik. Bawak satu mangkuk ala pinggan kecik. Dalam pinggan tuh ada sup kanji yang dia cakap sedap tuh. Warnanya putih. Ada isi apa aku pun tak tau. Aku pangdang Abg. Dia cuba control macho. Abg tolak pinggan tu kat aku. Aku senyum. Aku kata, letak la kat situ.. aku kata aku tak leh makan tu, nanti aku muntah. Bendanya pekat.. Yer lah.. kanji kan.. Abg memang baik. Dia tak nak kawan tu kecik ati, dia telan sampai licin. Tapi aku tau, dia tak suka sebenarnya. Pengat melayu pun dia tak makan.. ini pulak pengat abangla..Heh..heh.. Sabarlah yer Abg! Anyway, itu adat kita. Kalau orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Yang aku nak citer lagi ialah cara jiran aku tuh berfikir. Dia tu, walaupun datang dari negeri yang miskin, tapi cara dia berfikir.. fuh! aku rasa, dia tuh educated jugak orangnya. Walaupun kerja sebagai tukang buat roti canai jer. Satu ari dia pernah tumpang kete kitorang, on the way to the office. Dia citer, how their system works. Pasal restoran mamak ni la. Sistem keluarga. Bapak datang.. bukak kedai.. jaga 5-6 taun. Tinggal kat anak. Anak jaga.. bapak balik negeri. Kaya raya. Then, anak dia tadi, up to him how to handle the restaurant. Untung dia punya. Dia pulak tinggalkan untuk anak dia. Dia balik negeri. Gitulah sampai sudah. Sebab tu restoran diorang kerap tukar owner, dan kengkadang nama restoran turut bertukar.

  • ms6

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Dia kata lagi, antara restoran mamak dengan restoran melayu jauh beza. Rest. mamak modal sikit, untung banyak.. Ramai orang datang. Menu cuma yang itu ajer.. Nasi kosong, nasi beriani, ayam goreng, kari kepala ikan, sotong sket, udang sket, sayur.. dah.. Pas tu roti canai ker, tosei ker.. Sampai petang, sampai malam, menu yang sama. Tukang masak pun sikit. Kos sikit. Harga jual tinggi. Tapi, orang ramai juga. Restoran melayu, pagi menu lain..petang lain.. malam lain.. Tukang masak ramai. Paling kurang tiga orang. Menu berubah, bahan pun kena banyaklah. Kalau menu tak banyak, orang tak nak datang pulak. Rugi.. Jadi, nak kejar market, kena satisfy demand. Lebih-lebih pun rugi jugak.. kalau orang tak ramai.. Harga tinggi sikit, pelanggan merungut. Tak sedap pun pelanggan merungut. Melayu masih dalam dilemma. Mana melayu nak maju. Hmmm... itu bukan aku cakap. Jiran aku yang berbangsa abangla tu yang cakap. Kalau diorang fikir camtu.. maknanya, kita masih dijajah. Walaupun kita idup di tanah air seniri, orang lain nampak terang-terang cara nak jajah kita. Kalau tak secara fizikal.. dijajahnya wang ringgit kita. Ntahla... aku nak komen lebih-lebih, aku pun melayu juga. Aku cuma berharap, aku tak layu.. Ya Allah, kuatkan iman ku..

    Jumaat, 23Nov 2001

    Ha..ha.. Aku dah pandai pakai kaler-kaler. Tengok la teks aku warna hijau nih.. cantik kan? Anyway.. Itu tak penting. Yang penting sekarang aku dah tersilap. Camana boley tersilap? Aku tersilap key in matric -no student. Alamak.. kena marah lagi. Yang bestnya, bukan orang atasan aku marah aku.. (Bukan student juga) tapi yang setaraf jugak la kiranya. Aku bukanla orangnya yang mengira pangkat. In fact, aku tak pandang semua tu. Tapi, yang membezakan antara orang-orang nih ialah adab mereka. Itu topic ari nih. Cam yang aku kata tadi. Aku tak tengok pangkat. Hajatnya laa. Tapi, disebabkan oleh adab yang kurang, ternyata pangkat juga yang menjadi pengukur. Aku ada dua orang boss. Sorang tu pengarah department, sorang lagi penyelaras. Diorang dua nih aku cukup respect! Bahser diorang tinggi. Lemah lembut. Penuh adab. Cukup sopan. Kalau ada masalah dengan kitorang, cara diorang berdua tu buat kami tak mampu nak kata apa-apa. Kalau kami betul, mereka terima dengan baik. In fact, kita boley rasa kita ni terrer pulak. Hebat! Tapi, yang sedihnya, bila dealing dengan orang 'bawah' ni. Bukan aku men'stereotype'kan golongan nih. Tapi, pengalaman aku dari dulu sampai sekarang, tak berubah kalau dengan diorang nih. Dah ler cara tu kureng sopan. Bahser direct pulak tuh! Tak berlapik langsung! Kalau agak-agak nak menang tuh, sorry la. Dia tempik sekali, dengan makcik tukang cuci tu pun terkujat dibuatnya. Aku pulak tak reti nak melawan. Apa orang kata, aku terima. Apa orang lemparkan,

  • ms7

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    aku tak mengelak. Mulanya aku cuba elak juga. Tapi, aku sedar kelemahan diri. Aku tak pandai melawan. Dalam diam aku luka sendiri. Bila balik, aku citer pada Abg. Abg pun sibuk. Dia ada masalah sendiri. Kengkadang dia dengar. Ada kalanya dia buat tak tau aje. Time tu aku pun jadi lagi sedih la. Aku selalu fikir, is it really them, or is it me? Kalau akulah punca pattern relationship aku dengan orang yang segolongan itu macam tu jadinya... aku boley ubah sikap aku. Tapi, dah puas aku cari, mana salah aku.. tak jumpa jugak. Dalam begitu, aku terfikir.. cara masyarakat menilai seseorang tu sebenarnya bagaimana? Dulu, waktu sekolah dulu, aku cukup tak setuju dengan sistem peperiksaan nih. Heh..heh.. Bukan apa, aku sendiri malas belajar. Aku selalu kata pada kawan-kawan, bukannya kalau kita tak lulus exam tu kita ni bodoh. Atau, bukannya semua yang kita belajar tu masuk periksa. Bagi aku, apa yang lebih penting, nilai yang ditanam dalam diri seseorang tu.. yang akan membentuk sikap dia, yang juga akan membentuk cara dia berfikir. Setakat exam tu.. macam burung kakaktua la.. Tapi itu dulu. Sekarang aku dah tak fikir cam tu. Walaupun sebahagian kecil diri aku masih memberontak nak ikut style dulu. Sekarang, aku dah jelas.. dan aku faham. Kalau sekecil exam tu pun kita tak boley nak jaga, apatah lagi dengan hidup kita yang luas nih. Setakat disiplin dan adab untuk hadir ke kelas, apalah sangat nak dibanding dengan rutin harian yang semakin mencabar. Aku mengeluh lagi. Kesal dengan kenyataan. Kesal dengan diri aku yang tak mampu ubah persekitaran aku. Perjuangan aku belum bermula sebenarnya. Masih banyak yang perlu aku cari untuk menyiapkan diri aku. Ya Allah, hanya Engkau yang mampu menolong aku. Tabahkan lah hatiku.

    Sabtu, 24Nov 2001

    Aku rasa aku ni macam ostrich. Bila aku tak nak jumpa orang, atau aku tak nak orang jumpa aku.. yang first sekali aku buat ialah aku cabut spec aku. Aku rasa, bila aku tak nampak orang.. orang pun tak akan nampak aku. Aku selalu camtu, especially biler aku ada masalah. Kalau boley, aku tak nak tengok terus dunia ni lagi. (Astaghfirullah..) Abg selalu marah kalau aku kata cam tuh. Abg kata..tu cakap orang tak beriman. Ntah la Abg.. kengkadang, aku tak der mood nak idup. Dari kecik aku sentiasa disalahkan. Aku tak pernah betul. Dari kecik aku selalu jadi excuse orang lain. Apa-apa pun aku.. salah sket: aku tak elok: aku... tak cantik: aku... yang buruk: aku AAHH!! Apa-apa hal seme nyer aku. Heh..heh.. nak tergelak pulak biler fikirkan seme tu. Tapi sekarang aku dah tak kisah..(walaupun hakikatnyer aku masih kesah..) Aku cuba lawan. Satu perangai buruk aku, aku tak kisah orang lain nak kata apa.. tapi bukan on seme perkara. Biler orang tegur pasal something yang aku rasa aku betul, time tu aku cukup tak peduli kat orang tuh. Aku tengok keliling.. kelabu. Ya, mata aku dah rabun.. tapi rabun jauh ler.. Hmm

  • ms8

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    macam kepala otak aku gak sekarang ni. Kelabu. Tak nampak masa depan. Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni...

    Isnin, 26Nov 2001

    Hidup tanpa masalah bukan hidup namanyer.. tu kata Khadijah Hasyim dalam buku Di Tengah Kabus. Aku pulak kata.. idup ialah masalah. Sebab kalau idup bukan masalah, kita mati laa.. Aku tengah tak betul kapla otak.. Sebab tu aku kata gitu. Jangan tanya arr ngapa lagi. Anyway, sorang member aku yang baik dah advise aku.. Bertenang.. tarik nafas dalam-dalam. Ingat Allah dalam turun dan naiknyer nafas kita. Lailaha illallah.. Ingat Allah...

    Selasa, 27Nov 2001

    Pagi tadi aku sampai kat opis awal...(10 minit sebelum kad jadi merah!) Heh..heh.. awal la tu. Aku terus pergi kat reception counter, serah 'surat tawaran' sedara aku. 'Apa ni kak', AJ tanya aku. Laa.. semalam tu cakap nak surat tawaran dulu, baru dapat borang.. "oo, bukan nih.." Laa, aku fikir. Semalam tak explain bebetul. Anyway, surat tawaran tu is actually offer letter untuk masuk belajar under Skim Latihan Penganggur Berijazah yang baru-baru ni dilancarkan. Apa yang menarik ialah, skim tu menawarkan bantuan untuk meng'equip'kan diri para penganggur ni (Alhamdulillah aku dah kerja..) dengan kemahiran ICT atau language. ICT tu la, information communication technology... language diorang boley pilih, samada nak belajar bahser Inggeris ker.. or bahser Mandarin. Menarik tu.. Aku masuk kelas Mandarin dulu sampai level one jer.. pas tu, aku tah ke mana, mandarin tah ke mana! Skim tu offer elaun bulanan (ker semester aa?) sebanyak RM200 - RM500. Banyak tuh... kalau tanam anggur jer, sapa nak kasik? Dapat belajar free.. duit masuk lak tu! Bertuah sungguh. Ini semua inisiatif kerajaan juga. Nak membantu... Bagus lah... cuma yang aku terkedu sorang ialah... skim cam ni selalunya sort of promising path to those grads. Kononnya bila ada skills nanti, lebih mudah dapat kerja, lebih tinggi gaji boley dapat, lebih besar peluang untuk jadi kaya...WAAA!! Murni sungguh cita-cita tu semua. Aku setuju.. Memang betul kalau itulah yang diperkatakan.. Tapi sejauh mana benarnya seme tu? Memang penganjur tidak menjanjikan apa-apa.. tapi fikirkan.. hampa dan kecewa lagi setelah dua kali belajar (sort of) mengharap agar ada yang sudi menerima bekerja.. Namun, orang lama yang berpengalaman juga dicari, orang yang berijazahkan bidang tertentu sahaja yang dinanti. Aku bercakap melalui pengalaman. Dua taun aku ke hulu ke hilir mencari kerja. Andai sudi orang menerima. Tapi Allah nak uji aku.. Macam siaran langsung bola sepak Astro yang takder iklan tu...aku terus menerus tak di beri peluang menunjukkan skill aku.. (chewah!) Antara alasan paling popular, "no experience miss", "you don't have specialization miss", "ooo, you're over qualified here!" (ini bila aku mintak kerja jadi kerani..) Tak per... aku fikir.. aku akan buat apa yang boley.

  • ms9

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    bukan aku yang memilih kerja. Sampai jadi salesgirl direct selling yang korang selalu jumpa especially kat food court tu pun aku pernah try. Tapi Abg tak kasi jadi. So, aku pun melompat-lompat jadi tutor kat pusat-pusat tusyen. Point aku...belum tentu bila ada kemahiran dan sijil kita akan dapat tempat dalam masyarakat. Belum tentu bila kita kata kita tau buat itu, buat ini, majikan akan berlapang dada menerima kita. Apa yang menambah musykil di jiwa raga aku ni..sebab aku teringat kata-kata sorang entrepreneur berjaya di Malaysia ni, dia ni one the vendors for IBM. In fact, dialah anak muda melayu pertama yang membuat mesin bar code di Malaysia ni.. Nama dia En. Khasmani S. (En. Khasmani, apa khabar? Heh..heh.. pinjam cakap Encik kejap yek?) Aku cukup respect ngan dia ni.. pasal citer da nak berjaya tu sakit... jadi aku jadi semangat biler dengar citer dia. Dia kata (lebih kurang..aku convey dalam bahser aku laa): Big companies sekarang ni (waktu tu taun 2000) dah tak pandang local graduates. (Dia boley kata big companies sebab dia own a big company handling bar coding system in Malaysia). Sebabnyer... local grads ni banyak cekadak. So what if you have a degree? Or skills? You also have great demand! (Hmmm..) Grads from other countries such as Thailand, Philippines or Indonesia, they have as much skills as you have. Plus, they DON'T have demand at all. Big companies pay RM700 for an Indonesian IT graduate, and a little bit more for Philippines and Thailand, coz they know English. For local grads, we have to pay at least RM1500, plus other allowances and benefits. Hah! Tuu dia aih! Orang kita awal-awal dah kena reject. Belum apa-apa tu... Yang Encik Khasmani cakap tu, is their preparation towards AFTA 2003 (2005?). Aku seram sejuk dengar dia cakap time tu.. Coz time tu aku seniri tak kerja lagi.. Masih dibangku sekolah.. Heh..heh.. Jadi.. citer pasal sedara aku yang daftar untuk skim latihan penganggur tu, aku tak kata tak bagus, atau apa-apa... cuma aku harap yang sedarnyer ialah bangser aku seniri. Dah terlalu banyak kita disuap. Dah naik kembung perut makan makanan orang. Marilah kita mula angkat tangan suap sendiri. Ambik nasi seniri, lauk seniri.. jangan tunggu orang lain hulurkan makanan baru kita nak kenyang. Dunia sekarang dunia keroni.. kalau tak kenal orang jangan harap nak makan sedap. Sebab tu kita kena suap seniri. Aku berani cakap cam tu sebab aku dah belajar suap seniri. Idup cara si miskin tak hina kalau kita pandai bawa diri. Idup cara si fakir lebih mulia kalau kita tau untuk siapa seme ni... Malah, orang pandang lebih sebab orang sangka kitalah tokey... Heh..heh.. Biar susah dulu, nanti kemudian kita senang. Tapi, apa pun jangan lupa mintak pada NYa.. sebab dia yang bagi seme tu.. Ya Allah... murahkan lah rezeki ku, mudahkan urusan ku di dunia dan akhirat...

    Khamis, 29Nov 2001

    Semalam hari sedih aku. "Nobody wants to be lonely... Nobody wants to cry..." terdengar lagu Ricky Martin ngan Christina Aguilerra kat speaker PC Angah (opis mate aku). Seme orang tengah bosan sekarang. Bosan dengan rutin idup agaknyer. Aku pun sama. Tapi aku bukan bosan sebab rutin. Cuma emosi aku tak stabil

  • ms10

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    kebelakangan nih. Ya Allah...Aku tengah sedih yang amat sangat. Sedih sesedihnyer. Aku tak dapat detect kenapa. Tapi yang aku tau aku sedih. Biler-biler masa empangan mata aku boley pecah. Biler-biler masa aku boley menangis dan terus menangis. Semalam jujga aku balik opis dalam keadaan letih yang amat sangat. Kelas tak banyak, tapi students tak berhenti datang jumpa aku. Bukannyer glamer mana aku ni, cuma aku tak makan orang. Pasal tu diorang senang citer kat aku masalah diorang. Bila aku asik dengar problem orang, aku jadi serabut sama. Aku ada problem aku seniri lah!! Tapi tu dalam ati jer. Kat luar, aku lah manusia paling happy kat sini. Sukalah tengok Puan..Senyum jer.. salah sorang student aku pernah cakap cam tu kat aku. Ntah laa... Mula-mula aku malas nak masak, sebab aku rasa ngantuk yang amat sangat. Tapi, pas tu aku fikir.. eh, Abg nak bebuka nanti. Semalam dah beli, ari ni biar aku masak la. So, aku dengan terhuyung-hayang bangun dari katil terus ke dapur. Aku masak... tapi simple punyer jer.. Sayur kangkung goreng, ikan merah goreng sambal. Dah. Tu jer.. Masak nasi, buat air, potong kek pisang lebih semalam. Sambil buat kerja-kerja tu, aku rasa mata aku bukak kecik jer.. ngantukk!! Pas tu adik aku datang. Dia hantar bubur kacang ngan kerang goreng. Mama bagi, dia kata. Selalunyer dia terus blah bila dah letak pinggan atas meja. Tapi, semalam tak.. dia berdiri tepi pintu dapur tu. Dia tengok aku buat kerja. Aku senyap jer.. malas nak cakap apa-apa, sebab aku pun letih. Lama dia senyap. Aku lagi la buat tak tau. Pas tu..."Angah..." dia mula bersuara. "Jani tak tahan laa..." Tak tahan apa, aku tanya? Ooo... dia mengadu pasal keje dia. Dia tak tahan kene buli ngan bebudak yang datang CC tu. Ya Allah.. kesian adik aku. Kenapa? aku tanya dia. Dia pun citer la, macam-macam dia kena. Start dari bebudak tu toreh selipar dia dan campak atas jalanraya depan kedai tu, sampaila diorang bukak spark plug moto dia ganti ngan batu! Issyhhh... Dasat gitu sekali? aku fikir.. bukannyer besor mana pun, bebudak form 4 form 5 jer.. Biler aku dengar, aku dah la tengah sedih. Ati aku jadi lagi sedih. Kenapa la kami adik beradik selalu kena cam tu? Orang marah.. orang buli.. ~Manjer sangat...~ Abg kata kalau aku tanya dia. Bukan manjer.. tapi kitorang tak diajar melawan. Takut! Takut sungguh nak melawan. Mama selalu marah kalau kitorang cakap kasar sket pun.. apatah lagi nak melawan. Aku kesian kat adik aku, kalau time dia sekolah lagi teruk kena buli. Dah ler dia tu jenis slow cam tu. Bijak.. tapi slow sket. Aku cuma mampu mendengar. Jani tak lawan ker? aku tanya dia. "Lawan dah.. lebih dari lawan lagi!" dia kata.. "Tapi diorang siap tendang-tendang. Diorang buat tak tau je kat Jani. " Aku mengeluh. Tak per la, aku kata memujuk dia, nanti Angah cakap kat diorang. Heh! Macam yer aku berani nak pegi cakap dengan bebudak yang saiz dia lebih besar dari aku tuh!! Dah ler muka sesekor ganaz giler. Jani, Angah sayang Jani, tapi Angah tak mampu nak jaga Jani every minute. Jani kenalah kuat sikit. Aku fikir dalam ati. Tak terucap pulak kat dia. Aku pandang dia. Mukanyer sedih juga. Aku jadi sebak. Aku pandang kat lain. Tak lama lepas dia balik, Abg datang ke dapur. "Adik Angah kena buli?" dia tanya...

  • ms11

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    sambil tersenyum-senyum. Aku jadi lagi sedih bila dia buat camtuh. "Angah sedih...?" dia tanya lagi : Aiii... Abg nih! Tanya-tanya pulak orang cam tuh. Aku nangis kang! Memang aku nangis betul. Lepas berbuka, sebelum solat Maghrib, aku nangis sambil citer kat Abg masalah aku. Aku tak tau masalah aku apa. Abg baik. Dia faham biler aku tak stabil. Dia suka buat lawak. So that aku tak terus menangis. Dia offer untuk hantar aku ke KL. (Oh yer.. aku kena pegi KL, ada one day training) Aku masih tak tenteram sebenarnya. Malam tadi aku tak ikut pegi CC. Aku tido awal. Pukul 8.30 aku dah tak sedar apa-apa. Aku letih. Bukan badan yang letih.. tapi perasaan aku yang letih. Jiwa aku letih. Aku jadi malas. Malas nak layan sesapa. Sampai kawan aku datang hon 2 3 kali, panggil nama pun aku tak sedar. Aku pengsan. Tido mati. Letih woi! Ya Allah.... tenteramkan lah jiwa ku. Berilah aku kesabaran Ya Allah... Hari ni aku dah ok sket. Walaupun kat opis keadaan agak gempar. Sebabnyer... kes claim. Heh..heh... Seme orang nak claim. Seme nak gaji lebih. Tapi, orang atas tak kasi. Bila diungkit, jawapan mereka : "Kalau kat tempat lain jangan harap nak dapat gaji tinggi cam ni..". Memang betul. Aku bukan tak bersyukur dengan nikmat Allah sekarang nih. Memang aku syukur sangat-sangat. Walaupun bagi aku gaji tak setinggi mana nak dibandingkan dengan orang yang sama level dengan aku, tapi kemudahan macam-macam. Siap dapat elaun lagi. Alhamdulillah. Cuma yang aku terkilan sket ialah mereka membezakan kitorang yang berjawatan pensyarah ni dengan pekerja admin. Kitorang tak boley dapat overtime rate. Admin boley. Kitorang kerja kengkadang tu sampai malam. Pukul 10, 11 baru abih kelas (memang la tak selalu, tapi kalau dah seminggu 2,3 kali cam tu.. sebulan tak 8,12 kali?). Diorang, lepas pukul 5 seme cabut la, kecuali ada event, itu pun jarang. Kitorang datang opis sama ngan diorang, 8.30 - 5.00 opis awer.. tak der flexi flexi punyer.. Diorang kalau punch card pukul 6 petang (sebab tunggu husband amik ker... tunang jemput ker..) 1/2 jam dah kira overtime. Kitorang punch la pukul 10 malam pun, takder overtime.. biasa jugaa.. Itu OK lagi, yang paling tak OK.. biler kitorang nak claim jer.. ader jer mulut lazer yang komen itu ini. Usually mulut-mulut tu kata : " Ala..mengajar jer lah ikhlas, sikit-sikit nak claim..sikit-sikit nak claim! "..... (Oiii! Mak cik!! Sikit pun 7 jam extra... letih aku berdiri lagi, bercakap lagi.. Itu baru satu sesi. Kena dua tiga course sebulan tak 21 jam? Alaa... rate pun tak standard, takkan tak boley claim. Charge orang mahal. Kiter nak claim sket pun tak boley? Bukan duit engko bayor pun!! TERINGIIINNNN AKU NAK CAKAP CAM TUH KAT MULUT-MULUT LASER TUH!!! Tapi, aku macam adik aku jugak... tak reti melawan, aku cuma mampu senyum biler orang kata apa-apa sekalipun. Hati hati aku yang fragile dah luka. Dan orang itu akan aku COP sampai biler-biler sebagai MAK CIK NYEBOK!!! Ya Allah... hiasilah diriku dengan sifat mahmudah...

  • ms12

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Selasa, 04Disember 2001 Apa khabar seme ari ni? Apa khabar orang Malaysia? Apa khabar umat Islam? Apa khabar dunia? Heh..heh.. Aku kurang sihat. Tekak aku perit. Merah semacam jer biler aku tengok kat cermin. Naik sakit pulak rahang biler nganga luas-luas. Nasib baik kelas aku tak banyak ari ni. Cuma satu kelas. Itu pun aku kerat tinggal setengah jam ajer dari dua jam. Alaa.. kira halal la.. aku tak leh nak proceed dah. Sakit sangat.. Cakap pun selo jer. Ilang rasa kemachowan aku dalam kelas. Heh..heh.. Itulah menusia kan.. baru sakit sket.. dah boley ilang pedoman, ilang kewibawaan, ilang rasa syukur dan sebagainyer. Aku tak cakap orang lain. Aku cakap diri aku seniri. Dalam banyak-banyak ari sihat, biler dah sakit baru nak sedor diri. Heh! Tapi, aku tetap bersyukur, dan baru jer lepas bersyukur sebenarnyer. Kat kampus aku sekarang ni ada ramai makhluk Allah yang sebaya ngan aku. Diorang datang untuk skim yang aku citer ari tu. Bezanyer antara diorang ngan aku? Aku ada keje.. diorang tak der.. Ya Allah, terima kasih.. Semalam kawan aku sampai dari KL. Dia datang untuk te [kena potong ngan tripod: uwek!! :p padan muka aku!!]

    Rabu, 05Disember 2001 "Walaupun apa yang berlaku.. aku tak kisah! Aku nak jugak..!!" Heh..heh.. Itu aku berani fikir jer. Buat belum tentu. Tengok la apa kesnyer.. Tapi itulah yang aku fikir ari ni. Kalau aku berani macam otromen ker.. supermen ker.. kan best! Boley aku fire orang lain sekor-sekor. Sapa yang aku tak berkenan tu.. Heh..heh.. Apa la ko ni.. Poser pun boley fikir gitu lagi. Tak masuk hidayah sungguh!! Anyway, hari ni aku nak tuju ucap selamat. Selamat berpuasa (walaupun dah nak ujung dah)..selamat berbuka, selamat bersahur, selamat bertarawih, selamat solat hajat, selamat berdoa, selamat mintak ampun dan selamat segala-galanyer. Semoga Allah ampunkan seme dosa kita, baik yang kecik, atau yang besor.. baik yang kita sedar, atau pun yang kita tak sedar.. Semoga iman kita lebih kuat lagi dengan bertambahnyer usia kita. Semoga kita lebih hampir lagi dengan Nya, selari dengan matangnyer ibadah kita. Semoga amalan di bulan Ramadhan yang mulia ni, boley kita sambung sampai biler-biler.. Itu ucapan dan harapan aku. Yang nak aku tujukan.. pertama, buat diri aku seniri. Aku sayang diri aku. Aku tak nak diri aku masuk neraka sebab buat mende bodo. Mende bodo yang selalu aku buat ialah, aku suka lawan cakap orang. Heh..heh.. Bukan la aper.. kepala otak aku selalu tak setuju dengan orang. Jadi, Abg..Mak..Abah.. Iza mintak maaf sebab sokmo degil..sokmo keras kepala.. sokmo nak menang! Heh..heh..

  • ms13

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Yang seterusnyer aku tujukan buat orang-orang yang penting dalam idup aku. Mama, Abah, Wan, Didi, Adi, Cali, Jani, Mak, Kakna, Siti dan yang paling istimewa..Abg. Semoga keberkatan melimpah ruah dalam ruang lingkup idup kita. Next, aku tujukan buat sepupu-sepupu aku, walaupun kita jarang berjumpa, sebab masing-masing dah besor panjang..dah ada keje belaka, so seme sibuk. Kak Leli, Kak Ti, Along, Enda, Noni, Kak Ita, Kak Oyie, Win, Ali, Nira, Abg Eddie, Nurul, Yatie, Ramdhan, Abg Duan, Na, Kak Azah, and so many more lah.. kalau nak sebut sorang-sorang... aku takut tertinggal lagi banyak. Aku juga tujukan ucapan dan harapan aku untuk kengkawan aku, yang aku terima mereka ni sebagai sahabat dalam idup aku.. Kak Da yang masih di Mesir, Abie yang bertungkus lumus sambung belajar lagi, Erne yang dah jadi lecturer, Ifah yang asik terbang sana-sini buat marketing, Kak Shila yang jauh di US buat PhD, Anne yang tengah happy expecting her first baby, Najwa yang ntah mana-mana sekarang (tapi aku tak lupa kat ko Jua!), Fiza yang maybe dah fly ikut husband, dan Maryam yang tengah suka hati timang baby pertama. Pas tu, aku tujukan jugak ucapan aku ni untuk kengkawan baru aku.. yang tak pernah aku jumpa atau aku kenal physically.. ni kengkawan cyber arr.. Walaupun dah lama tak contact, tapi aku ingat lagi kat korang.. especially untuk korang yang selalu gaduh ngan aku discuss itu ini. Heh..heh..sesikit apa salahnyer.. mem'fresh'kan minda.. Akhir sekali aku tujukan ucapan ni buat sesapa jer lah yang sesat masuk kat page ni. (Macamana la boley sesat..??) Ok. Aku stop kat situ dulu. Tulih pepanjang bab ucapan ni nanti jadi deklarasi apa pulak. Cuma, aku harap.. dengan tibanya Syawal nanti, hubungan silaturrahim aku dengan manusia bertambah baik, begitu juga dengan hablum minallah aku. (AKU NAK JADI BAIIIIKKKKK!!!) Ya Allah... hiasilah diriku dengan sifat mahmudah.

    Khamis, 06Disember 2001 "IZAAAAAAAAA!!" dalam hening sunyi dinihari, jeritan itu kedengaran. Heh..heh... tu bukan intro cerpen.. atau novel terbaru aku. Tapi, Abg menjerit tepat pukul 3 pagi semalam. Aku pun tak sedar dia jerit cam tu. Tido mati sungguh. (Letih weh..) Mama ngan Abah yang tanya tadi, apsal Abg jerit cam tu pagi-pagi buta? Apa hal nyer?... Kitorang terkezut jap. Hah? Yer ke? Biler? Tak dengar pun? Aku tergelak besar. Haa..haa..haa... Abg jerit cam tu? Kelakarnyer.. Heh..heh..heh.. aku tergelak lagi. Tak caya lah, aku cakap kat Mama. Betuuuull....sumpah! Aii... sampai bersumpah gitu! Betul kot. Tapi yang herannyer, apahal aku tak dengar... pelik bin ajaib.

  • ms14

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Apahal aa? Abg ngigau la tu agaknyer. Aku tanya dia...apahal yang Abg jerit gitu? Dia kata.. entah, tak sedar pun.. Aku senyum kat Abg. Abg senyum kat aku. (Sayang Abg!) Citer pasal tu aku teringat pada apa yang aku belajar masa kat kampus antarabangsa dulu. Pasal mimpi, pasal our thoughts and thinking. Pasal how deep is a sleep and so on.. Aku tak ler ingat sangat seme, cuma apa yang aku ingat ialah memang kalau kita terlalu fikirkan sesuatu tu, mende tu akan kita reflectkan dalam mimpi kita. Kita ingat atau tak later, itu tak jadi hal.. Pas tu yang aku ingat lagi, tido ni ada beberapa level. Sampai satu level tu, kita memang tak akan ingat apa yang kita mimpikan.. kira ngigau la kalau tercakap kekuat. But still it is (though undirectly) showing what our real thought is. Sampai satu level tu, tido kita tido mati.. orang kejut camner pun tak sedor.. (aku slalu kata, roh tengah merayau time tu, tapi takkan la pulak.. sebab kalau roh keluar dari badan, mati laa...ker boley?) Arrgghhh... ngantuk arr... tapi aku tak tarawih lagi nih. Lepas balik dari majlis bukak poser ngan seme staff tadi, terus ikut pegi CC. Balik ni dah ngantuk giler.. tapi kena buat jugak. Rugi kalau miss. Ya Allah, bagi la aku kekuatan nak tarawih pas ni.. Ni lagu peberet aku la jugak. Biler aku takder semangat atau rasa-rasa nak putus asa.. aku nyanyi lagu ni kekuat.. heh..heh.. aku paling suka rangkap ketiga sebelum akhir tu.. Aku nak gi situ. Jom reramai gi sana! Lagu Yang aku Lupa Tajuknyer... (heh..heh..) by: GRoup nyeR pun Aku LupER (double heh..heh..) Hari ini tiada senda dalam bicara Deru airmata merupakan segalanya Sang Hati bicara sendiri Bangunkan ummah bina generasi Di bumi yang bertuah ini Diriku mula mengenali Matlamat hidup sebagai abdi Kepada Allah...Allahu Rabbi Diriku kini sebebas unggas Terbang riang di angkasa raya Menyanyi merdu irama kalbu Indahnya, indahnya.. oh indahnya

  • ms15

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Wahai generasi dengarlah pesanan ini Bumi ini bumi bertuah Suburnya sesubur tanaman di lembah Melahirkan insan berjiwa tabah Kutiplah mutiara...mutiara indah Untuk bekalan diri berpindah Sebelum jejak kaki melangkah Sebelum penyesalan membawa padah Sahabat seperjuangan Usah digentar musuh di hadapan Pandanglah di depan balasan Tuhan Syurga Firdaus menanti kalian Teruskan, oh teruskan Perjuangan menegak kebenaran Di dalam kebungkaman akhir zaman Selagi hayat dikandung badan Wahai teman seperjuangan Dengarlah harapanku ini Pohon untukku dalam doamu Diriku pejuang Islam yang satu Diriku pejuang Islam yang satu...

    Jumaat, 07Disember 2001 Sahur semalam aku sedar kul 4 cam biasa. Bangun sebab bunyi jam. Bangun..capai jam, tutup. heh..heh... tu aksi di luar sedar tu. Sebab dah biasa sangat. Aku baring balik. Mata pejam, terus sambung lena. 4.30 a.m. : Mama menjerit-jerit panggil nama aku. Dia tanya aku, dah bangun ker belum? Aku jawab belum.(Heh..heh.. kalau belum bangun camner boley jawab lak?) Dia suruh bangun. Nanti abih waktu sahur.. (Sayang Mama!) Aku bangun jugak ler. Nanti tak sahur lapar pulak siang hari. Dah ler perut jenis tak tahan. Kang lain lak jadinyer. Aku pegi dapur. Bukak tudung saji. Kosong.. tak der apa. Oh, baru ingat.. petang semalam berbuka kt opis, so tak der apa la kat rumah. Bukak peti ais. Ehmm... malas lah nak masak. Nanti kalau masak pun, mesti tak sempat. 4.40 a.m. : Maaaakk!! Aku panggil Mama. Ada nasi tak? aku tanya dia. Heh..heh.. tumpang sahur boley? Hari ni aku cuti. Cuti sakit. Aku seronok sebab dapat MC dua ari. Pasal tekak aku la. Suara dah berubah macam suara Frankenstein. Doctor kata dah jadi ulcer. Alamak!

  • ms16

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Tak cun dah la tekak aku.. Itu la, Abg suruh pegi klinik awal aku tak nak. Degil. Bukan aper.. aku sayang kelas aku. Tak nak miss. (heh..heh..) Hari ni kelas cuma satu, esok tak der.. so boley la. Lagi pun aku dah abiskan silibus untuk minggu ni. Kira aku tak berutang ngan student aku la. Tak der apa nak diciterkan kali ni. Sebab aku masih dalam zone kebuhsanan tahap melampau. Nanti la.. lepas raya ker.. sure elok la. Sebab dah sumbat kuih raya sepam dua. Pas tu dapat duit raya ker.. best jugak ! heh..hehh... aku cakap kat Abg, aku nak collect duit raya banyak-banyak kali ni. Dia kata aku tak malu, cam budak kecik. Heh..hehh.. Tak per arr... aku nak jugak! Ya Allah, murahkanlah rezeki duit raya ku.. (heh..heh...)

    Sabtu, 08Disember 2001 Sebab ari ni aku sakit, aku maleh nak nulih pepanjang. Cuma, aku sedih.. sebab ramadhan dah nak abih.. tapi aku masih lagi aku. tak jadi someone better. dan juga, ramadhan kali ni manyaksikan kekalahan aku sebagai mujahidah.. aku tak sanggup nak lepaskan Abg pegi ke sana, untuk tolong diorang.. Aku tak leh bayangkan idup tanpa Abg. Aku tak leh.. Ya Allah... lemahnyer hambamu yang sorang ni. Ya Allah... ampunkan dosa-dosa aku..

    Sabtu, 29Disember 2001

    Assalamu`alaikum buat seme makhluk Allah, Rabb sekelian alam.. (Senyum...) Alhamdulillah, lepas sekian lama aku tak update jenel nih, dapat jugak tangan aku menari-nari atas kibot nih.. Hemm.. Tok Rimau tanya, dah dua minggu aku tak berfikir ke?, sebab tu aku tak update jenel ke? Heh..heh.. Menarik soklan tuh. Kalau aku tanya student aku camtuh best jugak ek? Spyz lak tanya: anybody home? heh..heh.. ader.. cuma tak on PC jer.. Mulanyer aku malas nak kenangkan citer ni, sebab peluh aku masih belum kering. Rumah aku pun basah lagi. Tapi bukan peluh rumah la.. heh..heh.. Mengenangkan mende ni aku boley pass kat orang lain untuk sama-sama merasa virtualnya banjir, meh ler aku citer serba sket.. kalau tak nak basah, toksah ler baca, buat nyemak kepala jer. Baik baca Qur'an, lagi bagus. Tolong sedekah Yaasin kat kitorang mangsa banjir ni.. ada gak pekdah. Ceritanya bermula pagi Sabtu, 22hb Disember 2001.. sembilan hari ke tahun baru. Malam tu ujan lebat. Aku pikir aku nak gi ofis seperti biasa, lepas berhari-hari cuti raya. Aku pikir jugak, malas nak kejut Abg lepas Subuh nanti, biar dia tido, sebab

  • ms17

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    malamnyer dia balik lambat.. overtime, cover time cuti dulu. So, cadangnyner nak gi seniri la.. Time aku fikir tu, kalau aku boley nampak Allah. mesti dia tengah senyum kat aku. Sebab [kena potong lagik dengan tripod!]

    Isnin, 31Disember 2001

    Ari ni ari terakhir dalam taun omputeh 2001 ni. Taun yang penuh dengan dugaan untuk umat Islam. Taun yang menduga iman kita. Apsal? Pasal umat Islam kena serang besar-besaran.. Memang sokmo dah kena serang. Tapi kali ni melibatkan satu kes yang tak patut berlaku langsung. Aku rasa seme orang maklum. Cuma tak seme orang sedar dan mampu buat apa-apa selain berdoa. Aku group ni jugak. Taun ni jugak ditutup dengan mengeringkan diri dan rumah serta ahli keluarga yang lain. poket turut kering dalam usaha murni nih! heh..heh.. Taun baru.. azam baru.. gitula selalunyer. Azam aku tak pernah berubah.. cuma mungkin aku rasa makin baik la sket..pada aku. Pada orang lain mungkin tak. Apa ada pada azam? Kawan Abah nama Azam.. kawan aku pun ada yang nama Azam.. Apa azam nih sebenarnya? Bagi aku azam tu macam rojak kedai mamak. Sebelum dihidang mamak tu dah tau nak masukkan apa. Resepinya sama, gerai mana-mana pun sama..tauhu goreng, tauge sket, timun hiris, kuih udang, telur rebus and kuah dia. Ada yang special sket tambah ayam goreng atau mee kuning. Tapi konsepnyer sama.. gaul-gaul..kasi rojak jugaa.. baru orang makan. Makan untuk kenyang atau saja untuk lepaskan nafsu rojak. Orang makan rojak gaul seme sekali. Orang tak makan rojak mamak ambik satu-satu, celup sesikit cam rojak singapore tuh. Azam pun gitu la, ada purposenya..samada nak bagi kenyang atau nak lepaskan nafsu jer. Samada nak berjaya betul atau nak main-main ajer.. test power kata orang. Tauhu and bahan yang lain tu umpama usaha kita. Usaha kita sama je.. sebab kita manusia, tak der yang ada super power..tak der yang boleh dengar direct apa yang Allah cakap sekarang ni, kita masih punya rasa nak marah, rasa sedih, rasa lapar, happy dan sebagainya. Cuma amaun je berbeza. Kalau mamak ni bubuh tauhu banyak, mamak tu mungkin buh timun banyak. So, walaupun bahannya sama, rasa dia lain. Especially bila kuahnya dah masuk. Kuah tu ada secret resepi kan. Tak seme orang tau apa yang di campur. Kita gitu jugak.. Ada kuah dalam usaha kita tu. Ni la yang membezakan antara kita.. taqwa. Iman kita. Kalau sorang mengaku beriman, orang lain pun boley mengaku beriman juga. Tapi sejauh mana sedapnya kuah kita tadi, hanya perasanya yang tau. Sejauh mana benarnya dakwaan kita tadi, hanya Allah yang tau. Contohnya: kita redha dengan apa yang ada. sikit pun sikit la. Aku redha Ya Allah.. Tapi bila kawan mintak, tak nak bagi, takut tak cukup. Redha ker idak namanya tu? Tak yakin dengan kuasa Allah memberi rezeki pada hambaNya. Astaghfirullah... Aku la ni.

  • ms18

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Taun ni aku nak sediakan rojak yang sedap. Aku nak sapa-sapa yang makan rasa kenyang dan sedap. Bukan setakat boley makan. Tapi nak lagi.. Taun-taun dulu aku sediakan rojak tu untuk aku sorang. Aku tak ingat orang lain. Malah, aku tak jemput pun oranglain makan rojak aku.. Kali ni aku dah sedor.. aku nak jemput seme orang makan rojak aku taun ni. Boley ke.. Insya Allah.. kalau tak merasa pun, aku hulur resipi je la.. Korang buat le rojak seniri.. ok? Kita sama-sama bagi orang lain kenyang dan sedap. Aku pun nak resipi orang lain juga. Sebab setiap orang ada special material dalam kuah dia. Dalam citer pasal azam rojak ni, aku teringat kat kawan aku. Kawan aku masa sekolah dulu. Kitorang berlima sebenarnya.. kitorang berazam satu ari nanti nak berkumpul balik untuk sama-sama bina satu empayar!! Wahhh!! Terrer tak azam kitorang time tu? Heh..heh.. aku masih hope mende tu jadik.. sebab tak der date line, lagipun, dua tiga orang masih tak abih belajo lagi.. Aku pun nak start balik. Nanti, tunggu punya tunggu, asik belajo jer.. biler nak bina empayar? heh..heh.. Tapi aku sedih.. sebab dalam banyak-banyak taun.. apsal taun omputeh yang orang ramai tanya azam.. Aku dah lama tak buat keje ni. Tapi bila masuk alam keje, dia start balik. Mungkin sebab orang sekeliling duk tanya. Aku pun terbawa-bawa. Dulu aku selalu berazam start awal Muharram. Itu taun kita kan.. taun yang kita patut ingat sokmo. Tapi aku ingat taun omputeh gak. Start kita taun Islam bila nak dekat bulan Rejab jer.. Itu pun pun pasal nak kira bila nak poser sunat, biler nak ganti poser abis, biler nak Ramadhan. Astaghfirullah.. mudahnya aku masin Ya Allah.. Aku pernah dengar sorang kiyai Indonesia cakap: Jadilah seperti ikan di air masin. Berenang di sana, tapi tidak turut menjadi masin. Aku, bukan kata masin.. siap pahit lagi!! Ya Allah, semoga taun ni memberi aku lebih semangat dalam jihad ku kepadaMu. Janganlah Engkau tolak aku Ya Allah sedang aku merangkak kepada Mu.. Ya Allah, kurniakan aku taufik dan hidayah Mu. Kekalkan aku dalam iman.. Ameen.

    Rabu, 2Januari 2002

    Happy Birthday to Dearest Abah...May Allah bless you in everything you do. Sayang Abah!!!

    Aku sibuk hari ni. Keje banyak.. Sebab cuti lama ari tu kan.. banjiorr.. So, tak der citer apa. Cuma aku nak remind diri aku, jangan banyak buat mende lagho.. contohnyer update jenel! Heh..heh... ok.. chiow..

  • ms19

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Khamis, 3Januari 2002

    "Apa yang awak gelakkan tu? Apa yang seronok sangat? " Itu soklan aku pada student aku ari ni bila dia gelakkan kawan dia yang aku suruh ke depan sebab mengaku tak ready lagi nak belajar. Aku suruh budak tu ke depan bukan nak hukum dia. Aku nak puji dia sebab dia jujur. Aku nak kelas contohi dia. Tapi, kengkawan dia gelakkan dia. So, aku pun tanya la soklan tadi. Diorang masih gelak. Yang lelaki ketawa besar.. yang perempuan pun tersengih-sengih, tersipu-sipu tahan gelak. Si jujur tadi turut tersenyum. (Dah tu nak buat apa? Takkan nak nangis kot..budak lelaki, kena macho la kunun. Ntah dalam ati menyumpah-nyumpah aku, sapa tau? Heh..heh..) Aku cuba tak senyum..(Sebab aku kuat senyum.. heh..heh..) Aku serius. Aku cakap slowly: Apa yang kita ada ari ni, belum tentu ada pada kita esok. Kalau hari ni kita boleh hirup udara segar, belum tentu lepas ni kita masih boleh tersenyum. Kalau sekarang kita boleh ketawa, belum pasti kita balik nanti kita boleh cium tangan ibu kita, belum pasti kita boleh peluk ayah kita, belum pasti kita boleh tengok adik-adik kita. Kalau kita pasti kedua-dua kaki kita boleh masuk syurga Allah, silakan..ketawalah, gelak sepuas hati. Buat apa yang kita mau. Tapi kalau kita tak pasti dua-dua kaki kita boleh masuk syurga Allah.. ingatlah, tujuan kita idup di dunia ni. Allah tak ubah nasib seseorang tu, melainkan dia ubah seniri. Heh..heh.. Tu yang aku cakap. Time tu aku tak marah diorang. Cuma aku sedih dan kesal. Kenapa anak melayu banyak yang jadi begitu. Aku cakap banyak, mungkin tak adil. Sebab ramai anak melayu yang berjaya. Tapi, aku setiap ari tengok yang kureng ni. Dah ler kureng kat situ, kureng kat lain jugak. Aku mohon maaf kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku. Tapi itu hakikat di tempat aku. Apsal aku cakap camtu? Sobab ae, korang cuba bayangkan.. lecturer masuk kelas, diorang bising bercakap. Itu aku tak kisah, sebab apa salahnya. Then, bila kita start mengajar.. mostly buat tak tau. Pandang kita, tapi..blurr. Menyakat nombor satu. Bila kita tanya, seme tak tau.. Buku nota, kosong. Tak pun bercampur aduk. Aku pernah cek buku nota diorang. Biar orang kata cam cikgu sekolah pun. Tapi aku rasa penting, sebab without the right study skill, you won't get maximum result. Tengah aku deliver motivational talk aku, hand phone sorang budak berbunyi. Heh..heh.. Aku amik phone dia. Letak depan. Pas tu aku sambung lagi. Aku puas ati sebab aku dapat sampaikan apa yang aku rasa penting dalam keadaan diorang menerima. Cuma dua tiga je lah yang tak. Bila korang jadi cikgu dah lama, korang akan get the feeling of who's listening and who's hearing. Aku tak dapat nak tipu perasaan aku. Dalam marah ada sayang aku pada anak bangsa aku seniri. Walaupun aku dinasihatkan supaya jadi garang ngan diorang, aku tak boley. Sebab bagi aku, diorang tu teenagers. Teenagers ni bagi aku macam semut itam. Liar. Tak duduk setempat. Kalau kita hentak-hentak, usik sikit, semut itam ni akan lari bertempiaran. Susah nak tangkap. Degil lak tu. So, kita kena jadi gula. Manis, diorang suka. Diorang akan datang stay, makan gula sampai ada yang mati. Aku takler suruh kita bunuh teenagers ni, ahaks! Tapi, kita kena banyak sabar dan hikmah dengan diorang. Kalau asik kena marah jer, sapa yang suka.. yer tak? Ya Allah...bagilah aku kesabaran dalam mendidik diriku dan student aku.

  • ms20

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Jumaat, 04Januari 2002

    Time balik opis tadi, aku dengar IKIM.FM ngan Abg dalam kete. Ada iklan on ceramah by Dr. Zakir from India. He's a prominent figure in comparative religion. Second to Ahmad Deedat. In fact, he's the student of him by idol. Aku pernah tengok nama dia ni kat site A.Deedat. Ada gambar time dia visit A.Deedat sakit. Aku ingat nak pegi. 4 hari semenyer. Start malam esok, 4 malam berturut-turut. Tapi location lain-lain la. Ada kat Muzium Islam kat Masjid negara tu, kat Shah Alam near UiTM, kat Semarak Felda Jalan Semarak, and kat Wangsa Maju, Saba punya head office. Saba Islamic Media is dia punya sponsor. TEngok la kalau aku pegi nanti, aku citer la apa content dia. Tapi, dengar citer, dia ni best cam Deedat jugak. Aku minat giler ngan Al-Fadhil Deedat tu. Sebab, hikmah dia cukup tinggi untuk orang zaman kita.. and cara dia.. fuhh! Aku kagum giler.

    Teringin nak jadi gitu.. tapi tak abih belajo lagi. Nanti la, ada masa aku citer pasal Deedat. Aku tak tau dia idup lagi ker tak. Last May tahun lepas dia sakit. Dah tua sangat. Tapi semangat dia tinggi lagi. Aku rasa nak pi tempat dia jumpa orang berilmu cam dia. Dapat berkat jugak. Anyhow, after iklan tu, ada topik menarik pasal poligami. Aku senyap time DJ tu mention tajuk tu. Heh..heh.. Biasala... pompuan kan. Aku ingat poligami biasa. Rupanya, orang bukan Muslim kat Malaysia ni sibuk mintak kerajaan pinda akta, untuk benarkan diorang kawin lebih dari satu.. cam orang Islam. HAH! KELAKARNYER... Apsal kelakar? Yer la.. dari dia tukar perlembagaan, baik dia tukar agama terus, yer tak? Tapi..yer la.. bukan mudah nak tukar fahaman orang. Even Nabi pun menangis sebab ayah saudaranyer yang tersayang mati sebagai Kafir, ini pulak kita tetiba nak membetulkan aqidah orang secara direct. Kalau Allah izinkan..jadi jugak tapinyer. Sebab nyer aku kata gitu is, perlembagaan tu di buat berdasarkan ugama diorang jugak. Yer la, dah depa kata depa punya agama tak bagi kawin lebih dari satu.. apsal tetiba mintak tukar pulak? Kalau tukar jugak.. maknanya, depa tukar ajaran agama depa la. Bila dah tukar ajaran agama sesuka hati, apa yang ada pada agama? Sekadar nama? Sekadar identiti lama? HAH! Terbukti agama depa salah. Terbukti depa nak apa yang menjadi fitrah..yang Allah tetapkan..yang Allah jadikan panduan pada umatnya.. Manusia..manusia.. bila dah di beri, tak nak terima. Yang tak ada nak diadakan, yang dah ada dipinda-pinda. Sebab tu aku selalu mohon, Ya Allah..jangan lah Engkau tarik nikmat beragama aku ni. Tetapkanlah aku dalam iman ini, Ya Allah.. Hidupkan aku dalam iman, Islam dan ihsan. Matikan lah aku dalam iman dan Islam, Ya Allah.. Topik poligami selalu buat aku insaf. Bukan sebab aku di-poligamikan.. (EEIII...Na'uzubillaaahh!!) tapi sebab aku kagum ngan sapa yang boley. Aku sanjung tinggi kesabaran para isteri yang berkongsi suami. Aku? Aku tak tolak poligami.. sebab banyak yang baik dari situ.. cuma aku tak pasti aku boley jadi baik kalau aku terlibat sama. Biarlah orang lain yang kuat semangatnyer terlibat. Kalau ada suami yang mintak nak berpoligami ngan isterinya, apa yang si isteri nak buat? Aku tak nak jawab soklan tuh.. Tapi, yang aku tau.. kalau si isteri mintak cerai

  • ms21

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    ngan suaminya tadi, bergegar arasy Allah mendengar permohonan isteri itu tadi. Cerai.. talak.. itulah satu benda yang halal, tapi Allah cukup tak suka. Ya Allah, aku selalu mohon pada Engkau, panjangkan jodoh aku dan Abg sampai ke Syurga. Kau kekalkan mawaddah dan rahmah antara kami, Ya Allah.. Aku bersyukur pasal family aku intact. Aku sedih dengan citer-citer family yang bercerai-berai. Namun, aku yakin..seme tu Allah adakan hikmahnyer. Allah kan Maha Mengetahui. Mungkin Dia jodohkan sementara untuk si suami jadi lebih matang dan faham bahawa itulah turning point untuk dia pulang ke jalan Allah. Mungkin Dia jodohkan sementara untuk si isteri jadi lebih tabah dan faham bahawa itulah hakikat kelebihan poligami. Membela wanita seadilnya. Ntahla.. aku bukan pakar.. tapi aku yakin dengan kekuasaan Mu, Ya Allah.. Bimbinglah aku dan Abg dalam melayari bahtera hidup ini, Ya Allah..

    Rabu, 09Januari 2002

    Dah banyak ari tak update jenel. Sebabnyer... masa sibuk aku dah datang. Start dari Jumaat lepas sampai laa ni.. aku sentiasa berlari-lari anak macam Forrest Gump. Cuma tak der kedengaran : Run Iza, run..! Heh..heh.. Semalam, aku siap masuk opis pukul 1.30 tgh lagi..Sebabnyer, biasa la, jaga exam, ada kelas.. and aku attend talk by En. Saifuddin Augustine. Sapa lak dia nih? Well, En. Saifuddin ni ialah seorang bekas mubaligh Kristian dari Kelang. Dah bertaun ajak orang masuk Kristian.. tetiba, Alhamdulillah, Allah berikan hidayah pada dia. Apa yang aku seram dengar ialah, dia kata, sejak umur dia 6 taun (sejak dia mula ingat la tu..) sampai la 11 bulan yang lalu, tak pernah sorang pun orang Islam ajak dia masuk Islam! Heeiii..betul laa apa yang aku dengor kat talk Dr. Zakir ari tu. Problem yang sama.. orang Islam tak peduli nak lakukan daawah. Tak kisah pada yang bukan Islam. Lantak ko laa, nak jadi apa pun. Aku seram seniri. Naik bulu roma aku. Terbayang nanti Allah tanya kat akhirat.. apa yang aku buat masa muda? apa yang aku buat untuk kembangkan Islam? apa yang aku buat untuk agama Allah? Ya Allah.... jauhnyer aku dari menolong agama Engkau.. Aku sedar, memang aku tak pernah pegi kat sesapa, pas tu tanya, ko nak masuk Islam tak? Or... jom masuk Islam. Tak pernah.. jauh sekali aku nak terangkan apa Islam tu pada orang bukan Islam. Ya Allah.. lalainyer aku. Dulu ada jugak terlintas nak ajak member, tapi, bila depa tolak mentah-mentah, aku terus tak der semangat. Apa la aku nih.. tak positif langsung!! En. Saifuddin citer lagi, katanya gerakan da'ayah Kristianisasi ada kat mana-mana. Faktor utama mereka berjaya ialah kemewahan. Diorang tawarkan duit, beb! Sapa yang dapat bawak orang lain jadi Kristian, dapat la RM150. Kalau orang tu seniri yang convert, dapatla RM3,000. Kalau dah buta ati, besar jumlahnyer tu. Kalau ada citer pasal holy water tu, seme tu karut dia kata. Sebab air tu air biasa jer. Psychological impact mungkin ada, jadi si peminum tadi relakan dirinya ditukar

  • ms22

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    aqidah. (Na'uzubillah..) En. Saifuddin kata, kalau dah tau lidah kelu ker, rasa tak boley dengar orang azan ker.. cepat-cepat la beredar dari kawasan tu, or kembali la pada orang yang kita percaya boley bimbing kita ke jalan Islam semula. At the first place pegi tempat camtuh sapa suruh, yer tak? Allah... Memang betul Islam bukan paksaan. Memang kita tak boley pegi cekik orang-orang Cina or India or kengkawan kita yang bukan Islam, paksa dia tukar agama, tukar fahaman. Tak boley... Tapi, soalnyer, pernah tak kita offer diorang? pernah tak kita tanya diorang nak ker Islam ker tak? (Kalau pernah..aku salute korang! ) Macam kita makan la, kiranyer.. Kita tak paksa orang lain makan ngan kita.. tapi kita offer diorang. Makan..? Kita ajak diorang makan sekali. Nak ker tak itu lain kira. Nak ajak orang masuk Islam, boley ker buat cam tu Cik Kak? Err... memang ler tak ley, ini bukan soal main-main..ini soal hati, soal aqidah. So, nak buat camner? Well, soklan tuh aku dah tanya ramai orang. Dan Alhamdulillah, aku dah ada jawapannya. Aku dapat dari Dr. Zakir Naik.. aku memang nak citer pasal tu. Aku nak orang lain tau jugak. Aku nak orang lain pun minat nak sebar Islam macam aku. Aku nak kita sama-sama tolong agama Allah. Ya Allah..tolong lah kami menolong agama Mu. Allah kata, kalau kita tolong agama Nya, sebenarnya kita menolong diri kita seniri. Yer la, off course.. Allah Maha Kuasa, takkan kena mintak tolong kita lak, ek? Tentang 'how' tu.. nanti aku letak kat pikio-pikio. Pasal time pi dengaq tu, aku salin macam ribut. Ayat Allah aku salin no surah dan no ayat jer.. jadi aku kena bukak Qur'an untuk cek balik. Aku harap sangat, aku boley start enjin dah sekarang. Nak tunggu lelama, aku bukan makin muda. Sesapa yang nak join, aku alu-alukan. Dan aku yakin, bukan setakat aku mengalu-alukan, Nabi pun sure senyum dapat tau.. Ya Allah, kuatkan lah semangat jihad ku..

    Sabtu, 12Januari 2002

    Bila kete dah lama.. cam-cam ragam la kan. Orang pun cam tu gak kot. Bila dah lama kat satu tempat tu, mula la nak tunjuk belang la.. (aku bukan refer kat Tok (Ghimau).. ampun Tok...), nak tunjuk hero la.. nak tunjuk seniority la.. Aku geram betul! Betul punya geram nih!! Isk..isk.. Apsal lak nih.. Abg tanya aku. Isy.. lemah jiwa bila dia tanya lembut cam gitu.. Heh..heh.. Tak der la, bebudak tu. Kalau Tok Ghimau dengan dia punya ghetto, aku dengan aku punya Henry Gurney!! AArrgghhh!!!! Ya Allah... aku masih lagi pegang kuat ngan motto idup aku.. Aku tak nak tercampak. Tapi, kalau dah selalu sangat nih.. kuat ker aku nak tahan seme ni, Ya Allah? Aku tak salahkan bebudak tu 100%. Kalau dah sup tu masin, kita letak kentang, boley jugak ilang masinnyer.. Tapi kalau kek yang masin, buat lain jer la jawabnyer. Aku sedih dengan teori domino yang sokmo disebut.. tapi tak di praktikkan. Aku benci dengan tundingan-tundingan jari-jemari orang-orang yang rasa dirinyer BAGUSS SANGAT!! Aku geram dengan fikrah-fikrah yang sempit, kolot dan tak

  • ms23

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    nampak jalan lain untuk memperbaiki keadaan. Aku tak suka seme ni... Kenapa aku rasa macam nasi impit sekarang ni? AArrrgghhhh!!!!! Ya Allah... (Woi, sabar tak reti ker?) Hmm..Aku nak sabar la ni... ok.. Masalah student aku menjadi-jadi. Aku bukan nak burukkan tempat aku bekerja cari rezeki sesuap nasi.. Cuma bila agama ditinggal, pelajar yang seharusnya dinaung oleh sayap malaikat.. akan jadi sarang syaitan bergayut. Mungkin bahser aku kasar.. aku mintak maaf pada seme. Aku cukup sensitif bab ni. Aku sedar diri aku tinggi mana, sebab tu aku jarang bersuara di tempat aku tu. Jadi, di rumah dan dalam ni la tempat aku menjerit sekuat ati. Hakikat pemimpin tertinggi di tempat aku tak dididik dengan cara Islam kaaffah amat menyedihkan ati aku. Tapi aku cuba berlagak waja.. walaupun dalam ati aku cuma kelisa jer.. Kalau dah pelajar balik dalam hoyong hayang persis pemabuk professional pukul 1 pagi di katakan masih awal.. di katakan jangan terlalu zalim pada pelajar, jangan dikongkong dan sebagainyer.. aku angkat tangan. Bukan serender.. tapi nak melawan. Melawan dalam senyap. Biar aku jadi duri dalam daging, kalau daging tu beracun, aku sanggup jadi duri. Hmm.. tak faham? Bagus.. Jangan cuba faham apa yang dah tak nyata, tapi tengok sekeliling.. cari yang kabur dalam realiti. Cuba jelaskan. Kalau boley, buat buku pasal apa yang korang jelaskan tu. Mesti korang akan lebih kenal diri, dan siapa Rabb sebenarnyer.. Wallah a'lam... (Aku dah tenang.. tima kasih Ya Allah)

    Ahad, 13Januari 2002

    Kelas pagi tadi cancel. So, aku boley sambung tido aku balik. Ahaks! Bila lagi.. dah berminggu aku tunggu peluang keemasan nih. Aku letih giler. Dengan segala macam keje aku buat ni, aku rasa macam super ultra woman! Heh..heh.. tapi idak juga. Sebabnye, tiap-tiap malam, lepas habis satu ari dalam idup aku, aku flat macam tayar takder angin... Aku receive note dalam Pejabat Pos aku, from Anon. -takder nama, takder site, takder e-mail..(Tapi aku rasa aku tau sapa..)OK, aku dah buat cam yang ko mintak. Ada link ke Gesbuk in every page.. Heh..heh.. Actually, dulu saja buat cam tu, sebab aku ni kalau di dunia sebeno, malu orang nyer.. senyap tu my second name la. Tapi itu untuk orang yang tak kenal aku. So, aku intend untuk keep this private. But, yer la, Cam Spyz kata, kalau nak private, asal buh kat Internet? Asal buh Gesbuk? Hmm.. mungkin jauh kat corner ati aku, aku nak berkawan. Cam Tok Ghimau pernah cakap gak, orang yang tulih jernel on line ni sebenarnya perlukan perhatian. Mungkin betul. Cuma, kronik ke idak, bergantung pada persekitaran dia... Oh yer... Anne, TAHNIAH!! For your new born baby girl. Apa namanyer agaknya ek?

  • ms24

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Kat mana lahir, Pekan ke, Ipoh ke, or KL? Kalau citer bab anak nak lahir ni, couple yang bukan asal KL tapi menetap di KL selalunyer balik ke rumah mak atau mak mertua. Senang diorang kata. Ada orang nak tolong jaga anak dan bini sekaligus. Ada juga yang bagi reason senang untuk anak tu nanti nak dapat scholarship Yayasan Negeri. Heh..heh.. Itu pun boley jadi reason, kan? Apa pun, Alhamdulillah Anne selamat. Husband dia mesti happy giler. Aku pun tumpang seronok.. sebab tak der la nanti Anne tinggal sorang kat umah kalau husband dia out-station ker, overtime ker.. Citer pasal isteri tinggal sorang kat umah ni, aku sensitif sket. Bukan pasal aku selalu kena tinggal. Tak.. tapi dulu aku pernah jadi housewife sepenuh masa. Time 2 taun tak dapat keje. Bila tinggal kat umah, tak kisah la ada orang lain ke tak, (tapi Abg tak der, Abg pegi keje)..aku mesti count every second untuk tengok balik muka Abg. Kalau jam tu boley bercakap, mesti dia perasan aku syok kat dia. Pasal asik tengok dia jer. Bila Abg balik, happy nyer ati aku, toksah kata la. Cuma kengkadang tu, bila Abg penat.. dia bolayan. Hmm.. time tu, tak der angin pun boley jadi ribut! Heh..heh.. Tapi kejap jer la, pasal Abg pandai pujuk. (Sayang Abg!) Point aku, wahai suami sedunia..ketahui la, isteri anda di rumah menanti anda dengan penuh kasih sayang.. rindu setiap saat, bila boley berjumpa semula.. itu soal utama. Kalau anda di luar rumah boley bergelak tawa dengan kengkawan, boleykan jugak la bergelak tawa dengan isteri anda di rumah. Kalau tau penat keje, jangan lencong sana sini, balik terus rumah. Anak-anak tunggu, isteri tunggu.. Itu kalau suami keje, isteri tak. Kalau isteri keje jugak? Aku tak tau la ngan orang lain. Tapi bagi aku, kalau time balik kul 5, belum kul 5 aku dah ready nak balik. Bukan sebab aku malas keje, tapi aku rindu nak jumpa Abg. Aku suka ngan keadaan aku sekarang nih. Alhamdulillah.. semoga orang lain juga turut merasa bahagia cam aku rasa. Ya Allah..peliharalah iman kami.

    Rabu, 16Januari 2002

    Sebagai manusia, nak jadi orang memang senang, nak jadi insan tu yang payah.. Cukup payah, susah!! Especially bila orang yang berhajat nak jadi insan tu kulitnyer dah tebal dengan sifat ke'orang'an dia. Aku rasa cam nak muntah. Aku rasa cam nak muntah.. Aku nak MUNTAH!!!! . . (lari-lari..muntah...kesat mulut) . . . . Aku sedih bila persahabatan digadai sebab duit seco'et. Aku malu bila maruah dilelong sebab pangkat yang tak tinggi mana. Untuk apa seme tu? UNTUK APA?? Suka tengok orang lain sengsara? Senang tengok orang lain kecewa? AAARRRGGGHHHHHH!!!

  • ms25

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Dik, akak tak dapat nak tolong adik. Akak cuma mampu jadi pendengar setia. Tapi akak tak mampu nak paku mulut laser tu. Maafkan akak, dik. Akak tak cukup 'berani' bila mende cam ni jadi. Tapi akak respect sebab adik berani menyatakan ketaksanggupan adik walau dipaksa berkali-kali. Akak tabik spring kat adik. Adik nangis? Nangis la puas-puas.. Jangan Si ***** tu tau sudah.. Biar kita kuat di depan mata dia. Adik tau tak? Keliling kita ni ramai orang dari insan. Adik sedar tak? Untuk jadi insan cukup susah. Kita ni pun belum tentu insan.. mungkin kita juga masih 'orang'. Insan? Beza ngan orang? ohh..mesti la beza, dik. Orang tu ramai.. insan sikit. Orang tu nampak, insan tu tidak.Orang idup dalam Iman dan Islam. Insan idup dalam Iman, Islam dan Ihsan. Ihsan tu yang payah nak dapat, dik.. Adik tanya Ihsan tu apa? Ihsan ni, bila kita sedar yang kita ni hamba Allah.. ihsan la tu. Ihsan jugak ialah bila kita sedar yang kita cuma pinjam nikmat Dia sikit jer.. bila-bila masa Dia nak balik mende yang kita pinjam tu, Dia boley amik balik. Ihsan ni jugak ialah bila kita sedar yang orang lain punya hak atas kita, dan kita mesti tunaikan hak diorang. Ihsan jugak ialah bila kita sedar yang kita pegang title khalifah Allah, dan takder term 'resign' untuk jawatan nih, dan kita pulun untuk jadi khalifah yang terbaik. Dan... ihsan jugak ialah bila kita sedar yang kita belum tentu bernafas lagi saat lagi, lalu kita beristighfar sokmo dalam rindu kita untuk jumpa dengan Dia.... Akak pun belum jadi insan lagi, dik. Tu yang akak sedih tu. Akak usaha.. dan masih berusaha untuk jadi insan. Kalau tak kamil pun tak per.. sebab takder insan kamil dah sekarang ni, zaman kita ni, dik. Tapi, kalau boley, cukupla akak tau yang akak berjalan atas jalan yang betul. ........ Aku nak respon pada sorang kawan aku.. Mr. Private Entry. Aku tau, apa yang ko cakap tu betul, memang kita boley jalankan usaha da'wah hanya dengan berkelakuan elok, berpakaian elok. Itu namanya da'wah bil hal. Dan Nabi s.a.w. sabda: "Kalau nampak perkara mungkar depan mata, cegahlah dengan tangan (perbuatan), kalau tak mampu..cegahlah dengan lisan (percakapan), kalau tak mampu juga..cegahlah dengan hati (doa) dan itu lah selemah-lemah iman." Jelaskan? Cuma concern aku sekarang, ngapa tak ramai orang Islam nak ajak orang yang bukan Islam masuk Islam secara terang-terangan? Ngapa diorang ramai jer ajak orang Islam masuk agama depa? Kita tak boley buat gitu ker? Allah kata: Qul (katakan) Allahu Ahad (Allah tu satu..) So, kalau kita tak bagitau diorang, diorang mungkin tau..mungkin tak. Cam salesman la, dia jual barang, dia tunjuk jer barang tu, kalau orang nak beli: beli. Kalau tak nak sudah. Tapi.. kalau dia offer itu, offer ini, cakap kelebihan dia apa, keistimewaan dia, orang daripada tak nak beli pun boley jadi nak beli. Yang tak berduit pun sanggup berutang. Paling kurang pun, try test dulu. Kita pun apa salahnyer offer Islam pada kengkawan kita. Takkan kita jer nak selamat, kot? Aku cakap ni bukan nak ajak berlawan. Cuma aku sakit ati pada diri aku seniri. Ngapa aku tak start-start lagi enjin aku. Aku harap enjin aku diesel..

  • ms26

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    lambat nak start, tapi bila dah start payah nak berenti. Untuk tOKSIK lak, aku try masuk page ko banyak ari dah, tapi tak leh.. hopefully ko baca la respon aku kat sini. Err.. pasal ayat tu, memang betul cam ko cakap, tak der ayat direct, yang ada cuma asbabun nuzul bagi ayat di mana Allah pujuk Nabi s.a.w. yang jangan sedih bila orang yang dia sayang tak dapat hidayah, sebab Allah cuma bagi hidayah tu hanya pada sapa yang Dia kehendaki jer.. Lebih kurang cam tu la, aku baru dapat ayat jer (by hafalan), so, aku tak check lagi surah mana.. sesapa tau, boley la share sama. Allahu a'lam.. Ya Allah.. ampun kan dosa kami..

    Jumaat, 18Januari 2002

    Ari ni aku letih. Time tinggal lagi lima minit kol 11 p.m. Aku still kat CC.. tak balik lagi since kuar umah kol 7.50 pagi tadi. Letih arr.. Aku baru sudah ngajor orang tua. AARRGGHHHH!!! Siksa jiwa aku.. Heh..heh... jangan marah lak aku cakap cam ni.. orang tua aku hormat. Cuma susah sket nak ngajor diorang ni. Pegang mouse pun pakai hujung jari jer.. aku kata, takpe..pegang pakai satu tapak tangan, dia tak gigit. Keh..keh..keh.. dia gelak. Pas tu, aku suruh drag icon tu, aku explain.. tekan mouse tu jangan lepas, seret.. sampai kat mana nak letak icon baru lepas. Dia pegi klik sekali, pas tu gerak dan klik balik. Spulo kali pun tak jadik. Yang aku paling bengang, aku citer pasal desktop, dia bukak Internet.. AArrrrgghhhh!!!! Kalau budak tu boley la aku marah.. ini orang tua!! Camner aku nak buat?? Isk..isk.. Aku tertarik dengan apa yang Tok Ghimau kata [See respon Ghetto pt.4] Dia kata: "Iza, apa la sangat barang kemas bernilai RM1000 tu. Apa yg aku lebih kesal adalah nasib mereka-mereka yang hidup dlm sekitaran yg kejam. Aku rasa tidak mustahil utk memurnikan kejiranan yang begitu. Sekitaran fizikal mungkin susah nak tukar, tetapi pemikiran dan sikap adalah dalam jangkauan tangan aku. Aku percaya kepada kesederhanaan spt yang engkau katakan. Akan aku amalkan semampunya." Betul tu Tok.. aku setuju sangat tuh.. Aku kagum eh, kalau Tok dan sesapa jugak punya semangat nak betulkan orang lain.. tu kira da'wah la tu. Tapi pastikan kita pun betul jugak.. Cuma, aku bagi diri aku, aku sedih sebab aku rasa aku lembab / lembap (?) sangat sekarang nih. Dah puas jemur, taaaak kering - kering jugak! Aku rasa cam aku dah tak reti nak beri semangat pada orang lain. Aku rasa cam putus semangat bila aku kena tunggu satu jam untuk mulakan kelas. Aku putus cam semangat bila aku dimarah oleh 'orang atas' kalau aku 'cuba menyedarkan' bebudak. Aku naik kuciwa bila aku cuba deliver apa yang patut selain subject IT, 'orang atas' kata aku cuba mempengaruhi budak. Kat mana salah aku? Aku tau la aku tak cukup ready lagi nak berdepan ngan dunia nih. Takkan nak tunggu sampai nama aku jadi Prof. Dr. Iza kot? Anyway... idup mesti ceria. Dan aku akan terus senyum! :) Senyum se senyum

  • ms27

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    senyum nyer... Aku tak kisah depa nak kata apa. Aku akan terus bercakap selagi mulut boley bukak, sore boley kuar. Aku akan terus sampaikan selagi otak aku tak mereng. Aku akan terus pegang pada pesan engkau, Ya Rasulullah.. aku akan sampaikan yang benar walaupun ianya pahit. Ya Allah, Rabbi zidni 'ilman..

    Isnin, 21Januari 2002

    (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)". Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, - "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ". Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.

  • ms28

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka". (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, " `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' " Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya". Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita" Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan." Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat

  • ms29

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian". Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)". Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir. (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ". An Naml: 18-44

    Rabu, 24Januari 2002

    Kabare seme? Aku sihat.. and aku happy.. Esok aku ada BIG event coming. Ya Allah, robbish rohlii.. sodrii..wa yassir lii.. amrii.. wahlul.. u'datan min lisaani.. yafqohuu qauli, amiin.

    Isnin, 28Januari

    Kalau kita rasa kita boley buat, kita mesti boley buat. MUSTI!! Kalau kita fikir kita kuat, kita mesti jadi kuat. MUSTI!! Itu yang aku selalu pesan pada student aku. Tapi aku tambah la sket lagi: Dengan syarat, kita mohon pada Allah. Sebab apa-apa pun, Dia yang bagi. Itu jugak la yang aku buat. Hasilnya, aku rasa pelik bila waktu malam, lepas

  • ms30

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    seharian bekeje..aku tak letih, mata tak ngantuk. Hasilnya jugak, lepas tiga (I REPEAT: TIGA) minggu aku berhempas pulas siang malam bekeje giler-giler, aku colapse. Aku rebah dalam semangat yang masih tinggi. Alaa, cam omputeh kata tuu, "the mind is strong but the body is weak". Aku jatuh berguling-guling cam mamat industan jatuh kena pukul. Dusyhhh!! Aku mengelak dari STRESS, tak kena.. Aku mengelak lagi, kali ni dari LOSS OF INTEREST, tak kena jugak.. tapi biler BODY STRENGTH pukui aku.. aku tak sempat ngelak. Aku jatuh. Biler aku jatuh, emosi aku turut bergegar. Aku menangis.. menangis biler orang lain tak faham tugas aku yang membuak-buak macam darah orang Afghan yang mati kena tembak. Menangis biler orang lain tak boley kongsi beban yang aku kena tanggung. Tak per lah tu.. Aku ada Allah. Ya Allah, kuatkan semangat aku. Aku letih.. tapi letih aku ilang biler Abg tiap-tiap ari tiup semangat dalam diri aku. Aku mengantuk, tapi mata aku jadi segar biler aku fikirkan amanah yang Allah bagi masih belum siap. Aku cuba kuatkan semangat. Aku cuba untuk terus senyum di pejabat supaya adik-adik aku berjangkit dengan semangat dan senyuman aku. Biar tempat kami jadi tempat yang paling ceria di kampus tu. Senyum adik-adik! Senyum! Yaaa....SENYUUUMMMMM!!! :) Moral of the story: sibuk camner pun, makan mesti jaga.. tido mesti cukup, surrounding mesti kemas..kalo tak nanti kapla serabut. (This note is dedicated to myself and En. Khairul :).... ) Ya Allah, sihatkan tubuh badan ku.

    Selasa, 29Januari 2002

    Ari ni aku makan nasi beriani ayam masak merah and cendol for lunch. Bukan aku beli pun.. kat tempat aku ni ada Majlis Pelancaran Skim Latihan Graduan yang aku cakap dulu tu. Everything's fine... cuma aku terkilan dengan ucapan orang yang merasmikan majlis tu. Sebab dia dengan tidak berlapik telah mengutuk hero-hero aku, mujahideen di Afghan. Mungkin bagi orang bukan Islam, itu salah mereka.. melancarkan serangan tanpa fikir panjang pada puak yang mereka anggap bersalah. Tapi, ini orang Islam... yang Allah dah pesan, kalau datang berita dari orang kafir, cek dulu... takkan dia nak dengar cakap orang-orang mungkar tu kot? Aku sampai sekarang takkan berlembut dengan kata-kata yang ternyata tak berasas tu. Kalau dah betul sangat.. mana buktinyer? Takkan orang tu tak ikuti perkembangan dunia? Memangla kalau dengar sebelah jer yang bercakap, unta pun sokong Bush. Kalau orang dengar aku cakap, orang kata aku extremist. Kalau orang baca apa yang aku tulih, orang kata aku orthodox. Aku tak peduli, janji aku tau apa yang diorang buat tu salah... menyokong yang nyata kafir dan dollin. (Na'uzubillah..)Mungkin ada yang kata, ayat aku terlalu kasar.. kafir.. kasar. Yang

  • ms31

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    diorang address orang yang dijanjikan syurga sebagai terrorist, fundamentalist tu.. tak per lak? BTW, aku dah jumpa buku note merah yang aku guna untuk tulis speech Dr. Zakir Naik ari tu. Nanti aku sambung part 2. Aku takut gak lama-lama nanti lupa. Pasal paper Tok Rimau tu, aku rasa tajuknyer sangat menarik... SANGAT menarik. Aku ingat nak pegi tengok, tapi, tengokla kalau Allah izinkan. Ya Allah, berilah aku keteguhan iman.

    Jumaat, 1February 2002

    Ari ni ari Jumaat, ari kebesaran umat Islam. Aku seperti biasa, tetap bersyukur sebab masih boley hirup udara segar dan mulakan ari sebagai sorang cikgu yang tak bertauliah. Abg, jom kita gi jalan-jalan nak? Terasa nak cakap cam tu kat Abg. Tapi kalau aku tanya, mesti Abg tanya, gi mana? Ntah.. aku tak tau nak pegi mana. Sebenarnya aku punya kepala tengah serabut giler sekarang. Aku ada banyak keje. Lepas satu-satu datang. Menimbun.. seme ni sebab aku tengah diUJI sekarang. aku faham tu, Ya Allah.. Dalam sibuk-sibuk tu, aku teringat citer kawan aku. Dia sibuk giler... so, dia buat keje dia. Siap.. Aku pun sibuk giler.. aku buat keje aku.. Tak siap-siap jugak! AAARRRRGGHHH!!! TENSIIII..... Ingat: "Tidaklah Allah memberatkan seseorang itu dengan sesuatu melainkan apa yang terdaya olehnya." Ya Allah...Kau Maha Pengasih...

    Selasa, 05Februari 2002

    "To be or not to be..." "Soalnyer bukan boley atau tak, tapi nak atau tak nak.." Aku selalu ingatkan diri aku dengan dua mende ni. Sebabnya? Well, banyak mende yang aku boley buat. Alhamdulillah, aku sentiasa diberi peluang. Allah uji aku dengan peluang-peluang yang banyak. Nak buat itu, boley. Nak buat ini boley.. tapi, soalnyer sekarang: nak ker tak? Aku citer pasal ni bukannyer apa. Cuma tersentak dengan keadaan kawan aku. Dia seorang yang bijak, cantik dan diminati ramai. (Fuh.. susah tu!) Time skolah dulu, biler peksa, sure score. Perfect scorer, even.. Pointer? three above laa. Kalau dapat C, macam fail. Nangis giler-giler.. Aku kalau dapat B pun buat kenduri! Heh..heh.. Abis tu, bila grad, seme pandang dia.. aku off course tercampakss.. Tapi aku tak

  • ms32

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    kisah. [Walaupun dalam ati aku, hanya Allah yang tau]. Sebabnya, YER LAH... kita belajar pepenat, tinggal 0.01 point nak sama dengan dia. Tapi, point merubah segalanya.. (ewah..) Aku relax. Orang tanya aku jawab. Aku pasrah... Aku istighfar banyak-banyak. Aku sedar, 'best' aku tak se'best' dia. Walaupun aku cakap: I've done my best.. tapi still best dia jauh tinggi status nyer dari aku. Dan aku yakin sangat-sangat, seme ni kuasa Allah. And I prove myself right by being istiqamah.. mohon hanya pada Allah. And now, aku dalam keadaan masih diberi banyak peluang.. for this and that. While kawan aku tu, masih meraba-raba cari point untuk dia start 'real living'. Bila sebut kisah silam, dia seolah-olah marah sebab kengkonon cam aku cuba perli dia. No, my friend.. aku tak der niat pun. Cuma, kalau boley, tukarlah cara kau tu.. Ingat siapa yang berkuasa. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menjurus. Subhanallah.. Maha Suci Engkau, Ya Allah.. At this moment, aku nampak lagi dan lagi dan lagi dan lagi peluang yang datang. Orang kata: "opportunity knocks but once". Betul. Sekali dia datang, entah bila pulak dia nak datang. Kalau aku tak amik kesempatan ni.. ntah dapat, ntahkan tidak in future nanti. So, should I or should I not? Could I or could I not? "Istikharah"..kalau aku tanya Abg, mesti jawab dia yang tu. Aku tanya member yang lain.. Ada yang jawab: buat yang mana priority. Ada yang jawab: tak puas-puas lagi ker? Heh..heh.., aku mampu tersenyum jer. Aku ingat ustazah aku citer dulu, istikharah ni bukan setakat nak buat pilihan. Tapi jugak to make things easier for us. Kan ada doa dalam solat tu yang menyebut: "Kalau perkara itu baik buatku, maka Kau dekat dan permudahkanlah ia untuk ku, dan kalau ianya buruk dan mudhorat untukku, maka Kau jauhkanlah ianya dari ku, Ya Allah.." Ok.. aku rasa aku akan buat istikharah... Ya Allah.. tolong aku buat istikharah malam nih.. :)

    Khamis, 07Februari 2002

    Masa sekarang ni pantas betul bergerak. Tak disedari, dah ari khamis, esok Jumaat.. rasanya macam dua ari lepas aku update jernel nih ari Jumaat. Ya Allah.. tugas aku masih belum sempurna, cepat sungguh masa berlalu. Aku buka site En. Khairul. Still tak di update. Well, dia masih loose lagi. Aku doakan agar dia cepat dapat kerja semula. Aku bukak pulak site Spyz, adjourned.. Ada problem, nak tunggu settle dulu baru update balik. Yes, concentrate on what's more important. But I'll be missing your entries. Rudy BlueHikari punya pun.. lepas ke gesbuk jer. Cik Easy pun sama. Sera pun lama dah tak update daily. Poad pun stop kejap.. (Al-Fatihah untuk ayahanda beliau).. Aku pun dah jarang ada masa untuk site aku.

  • ms33

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Itulah, kan.. kita ni very weak. Manusia.. kuasa apa sangat yang kita ada? Setakat mampu mengatakan Insya Allah dengan penuh pengharapan pada Allah... and the rest, Dia yang akan tentukan samada perkara tu elok atau tak untuk kita. Hari ni kita mungkin ada segala-galanya. Esok lusa siapa pun tak dapat nak pastikan. Ya Allah.. lemahnya aku. Aku doakan agar semua sahabat jernel, dan sesiapa saja yang membaca..di dalam keadaan yang sihat dan bahagia. Semoga Allah memudahkan tugas kita sebagai khalifahNya. Ya Allah, kau berkatilah idup kami dan tetapkanlah keimanan kami.. amin Ya Rabbal, Aa'lamin.

    Jumaat, 08Februari 2002

    Jenis A 1. Sentiasa bergerak 2. Berjalan laju 3. Makan laju 4. Bercakap laju 5. Tidak sabar 6. Mendesak orang lain supaya bertindak cepat 7. Tidak suka menunggu 8. Buat banyak kerja dalam satu masa 9. Mengukur kejayaan berdasarkan kuantiti 10.Agresif 11.Semangat bersaing yang tinggi 12.Selalu tertekan 13.Menjadualkan banyak kerja dalam masa yang singkat 14.Selalu menganggu percakapan orang lain 15.Sentiasa menonjolkan sikap marah, seperti menumbuk meja, menggenggam tangan dan lain-lain. Senarai kat atas ni ialah personaliti jenis A bagi seorang yang boley jadi usahawan. Korang cam ni tak? Aku.. seme tu takder laa.. cuma yang nombor 12 tu, haa.. yer sangat la! Heh..heh.. Sambung lagi.. : "Personaliti A biasanya menghasilkan rasa tertekan kerana: - Bekerja keras terlalu lama dalam keadaan yang tertekan, selalu sibuk dengan membawa kerja yang berlebihan, yang perlu disiapkan mengikut jadual. - Selalu membawa kerja balik ke rumah dan pada hujung minggu, sehinggga tidak ada masa untuk berehat.

  • ms34

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    - Kemahuan/keinginan sentiasa bertentangan dengan kemampuan sebenar, dan piawai prestasi yang tinggi. - Cenderung untuk merasa kecewa dengan situasi kerja, rasa kekurangan jika dibandingkan dengan prestasi orang lain dan sentiasa merasa disalah tafsir oleh penyelia atau ketua. " Aku la seme tu... aku la tu!! AAAAAAAA!!!! Ngapa aku cam niiii???? Aku nak cuti seminggu ni. Nak balik Penang. Ulang suara: seminggu. Tapi, aku angkut PC, briefcase, satu file 3D, tiga bundle assignment student (plus diskettes diorang yang penuh ngan virus), VB installer, dua buku reference on motivation and business skills and satu kepala otak yang ligat berfikir...(fikir camner nak lari dari seme nih!) Ya Allah.. nasib baik aku ada Abg. (sayang Abg!) Heh..heh... Abg sokmo bagi semangat. Aku bila dah letih, selalu Abg yang cabar aku. Dia suruh aku rest dulu. Aku tak boley orang suruh rest, mesti lagi nak buat! Heh..heh.. degil la katakan.. So, dengan cara tu, kerja aku siap. Anyhow, aku tak update site seminggu la jawabnya. Sana takder Internet access. Tapi aku rasa mesti aku paksa Abg bawak aku gi CC kat sana.. sebab nak baca entry orang lain.. Heh..herh.. baca weblog orang ni macam dadah juga rupa nyer yer.. ketagih! :) Ya Allah, berikan aku kekuatan..

    Quotation di atas di ambil dari buku "Motivasi Diri dan Keusahawanan" by... erk.. sapa arr? aku lupa arr.. tapi lecturer UTM

    Selasa, 19Februari 2002

    Seseorang tak boleh tersenyum sambil tangannya menggenggam dendam. Seseorang tak boleh tersenyum biler hatinya tengah sedih yang amat sangat. Tak boleh! Tak boleh! Kalau boleh tu dia bukan orang... dia bukan manusia... manusia ni lemah... lemah sangat. Ya Allah... Kalau ada peraduan ker.. demo ker.. "senyum seikhlas hati sambil marah giler-giler".. aku nak gi tengok. Aku nak tengok camner diorang buat. Aku nak belajar camner diorang buat. Aku nak nuntut ilmu ngan diorang... OK... tengah marah.. tak leh tulih pepanjang.. nak pi marah lagi! Heh..heh.. Ya Allah, sabarkan aku...

  • ms35

    2001 2003 Sapa Kata? http://izapunyersite.tripod.com

    Rabu, 20Februari 2002

    Hari ini aku berdebat lagi. Heh..heh... Kali ni dengan students ICT yang baru. Group tu dah masuk lama actually, tapi aku baru jumpa diorang hari ni, aku kena ajar diorang Database. Kisahnya bermula biler sorang student ni, yang mengaku dah 4, 5 taun 'tanam anggur', bertanyakan pendapat aku mengenai mereka-mereka yang masih belum-belum dapat kerja. Heh..heh... Silap orang la, aku fikir dalam ati. Bukannya apa. Sebabnya aku kata camtu, aku memang mengkaji bab ketiadaan kerja nih. Sebabnya, aku pun dulu cam depa gak. 2 taun che' tanam anggoq, hang tau dak? Dia punya frustation tu sampai ke tahap tak dapat di kawal.. sampai aku rasa, makan tido lagi baik.. Tapi, Allah buka pintu ati aku untuk tidak menutup minda aku kepada perkara negatif. Apa yang aku sedih dan kesal ialah sikap kita orang Melayu yang masih... aku repeat: MASIH banyak alasan. Dah tau kita kekurangan, bila ditolong, bukan nak berterima kasih. Bahkan ditempelaknya pulak orang yang menolong! Bila ada perkara yang jadi tak ikut kehhendak kita, kita bagi alasan yang pelbagai. Dan seringkali alasan itu melibatk