kuasa, bidangkuasa dan penurunan kuasa … - 19.5.00.doc  · web view · 2000-12-21title: kuasa,...

18
KUASA, BIDANG KUASA DAN KUASA, BIDANG KUASA DAN PENURUNAN KUASA PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Delegation of Power) ABDUL AZIZ HUSSIN ABDUL AZIZ HUSSIN AMN AMN DPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc.( Prjt. Mgmt.); DPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc.( Prjt. Mgmt.); AMIM; Advocate & Solicitor; MMAP. AMIM; Advocate & Solicitor; MMAP. PENDAHULUAN PENDAHULUAN Salah satu perkara pokok apabila seseorang atau sesuatu badan atau agensi (termasuk kerajaan) melakukan atau akan melakukan sesuatu, ialah mengenai persoalan: Adakah ia mempunyai kuasa? Bagaimana mereka melaksanakan kuasa itu? Persoalan-persoalan lanjut pula akan berbangkit, diantaranya: Pertama, adakah ia telah melaksanakan kuasa itu dengan betul, dan tidak melampaui kuasanya? Kedua, adakah sesuatu badan, orang atau agensi itu telah mengambil langkah menurunkan kuasanya? Ketiga, jika ia telah menurunkan kuasanya, adakah penurunan kuasa itu sah? Keempat, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap agensi yang melampaui kuasanya? 1

Upload: lybao

Post on 13-Mar-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

KUASA, BIDANG KUASA DANKUASA, BIDANG KUASA DAN PENURUNAN KUASAPENURUNAN KUASA

(Power, Jurisdiction and Delegation (Power, Jurisdiction and Delegation of Power)of Power)

ABDUL AZIZ HUSSINABDUL AZIZ HUSSIN AMNAMNDPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc.( Prjt. Mgmt.);DPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc.( Prjt. Mgmt.);

AMIM; Advocate & Solicitor; MMAP. AMIM; Advocate & Solicitor; MMAP.

PENDAHULUANPENDAHULUAN

Salah satu perkara pokok apabila seseorang atau sesuatu badan atau agensi (termasuk kerajaan) melakukan atau akan melakukan sesuatu, ialah mengenai persoalan: Adakah ia mempunyai kuasa? Bagaimana mereka melaksanakan kuasa itu?

Persoalan-persoalan lanjut pula akan berbangkit, diantaranya:

Pertama, adakah ia telah melaksanakan kuasa itu dengan betul, dan tidak melampaui kuasanya?

Kedua, adakah sesuatu badan, orang atau agensi itu telah mengambil langkah menurunkan kuasanya?

Ketiga, jika ia telah menurunkan kuasanya, adakah penurunan kuasa itu sah?

Keempat, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap agensi yang melampaui kuasanya?

KUASAKUASA

Secara mudah “kuasa” adalah keupayaan seseorang, badan atau agensi untuk melakukan atau bertindak1. Setiap orang, badan atau agensi mempunyai kuasanya yang tersendiri, di dalam bidang kuasa dan mengikut had-had kuasa yang ada padanya. Bagi tujuan perbincangan disini, kita juruskan perbincangan kepada kuasa kerajaan dan agensi-agensi kerajaan sahaja.

1 The Little Oxford Dictionary 1969, 4th. Edition, Oxford: Clarendon Press; An English-Reader’s Dictionary, 1969, 2nd. Edition, Oxford: ELBS & OUP.

1

Page 2: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Bagi Kerajaan Malaysia (dalam urusan dalamannya) kuasa menguruskan negara (dalam pelbagai bidang termasuk Pemerintahan, Perundangan, Kehakiman, Kewangan dan lain-lain) datangnya (atau diperoleh) melalui Perlembagaan Persekutuan. Negeri-negeri di dalam Persekutuan juga mempunyai Perlembagaan Negeri masing-masing, tetapi masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan2. Pembahagian kuasa serta bidang kuasa Negeri-Negeri dan Persekutuan (Kerajaan Pusat) juga dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan3. Dengan kata lain, kerajaan memperoleh kuasa dan bidang kuasa serta had-had kuasa melalui Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri, mengikut yang berkenaan).

Kerajaan itu sendiri pula akan melaksanakan kuasanya melalui “tangan-tangannya”, yakni instrumen kerajaan samaada dalam bentuk jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, suruhanjaya dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan semua kuasa-kuasa kerajaan datangnya atau diperoleh melalui Akta-Akta Parlimen (atau bagi agensi-agensi kerajaan negeri, melalui Enakmen-Enakmen Negeri berkenaan).

Contoh-contoh badan dan kuasa serta bidang kuasa melalui Akta adalah seperti berikut:

Nama BadanNama Badan AktaAktaJabatan Pendaftaran Perniagaan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Bank Negara Malaysia Akta Bank Negara 1958Jabatan Kilang dan Jentera Akta Kilang dan Jentera 1967Lembaga Akreditasi Negara Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Akta Orang Asli 1954Lembaga Penggalakan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan 1992

dan Akta Industri Pelancongan 1992Jabatan Perhutanan Akta Perhutanan Negara 1984Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978Jabatan Pendaftaran Negara Akta Pendaftaran Negara 1959Jabatan Perikanan Akta Perikanan 1985Pejabat Tanah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Hakmilik Strata

1985, dll.Jabatan Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekitar 1974Jabatan Buruh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kanak-Kanak dan

Orang Muda (Pekerjaan) 1966, Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968

PERUNDANGAN KECILPERUNDANGAN KECIL Badan atau agensi itu sendiri pula kadangkala melaksanakan kuasanya bukan sahaja berpandukan kepada Akta atau Enakmen utama (seperti contoh-contoh di atas), tetapi juga melalui undang-undang bertulis yang lain di mana undang-undang bertulis itu adalah diwujudkan mengikut kuasa di bawah Akta atau Enakmen itu sendiri. Undang-undang bertulis jenis yang kedua itu dinamakan “perundangaan kecil (subsidiary legislation)”. Perundangn kecil ini boleh dalam bentuk,

• Peraturan-Peraturan (Regulations);

2

Page 3: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

• Kaedah-Kaedah (Rules);• Perintah-Perintah (Orders); atau lain-lain

bentuk yang seumpamanya. Menurut seksyen 3, Akta Pentafsiran 1967, “perundangan kecil” bermaksud sebarang perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil (by-law) atau lain-lain instrumen yang dibuat dibawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau lain autoriti yang sah disisi undang-undang dan mempunyai kesan perundangan.

Perundangan kecil ini sekurang-kurangnya mempunyai dua tujuan:

Pertama, statut induk (Akta, Enakmen) itu sendiri tidak memberi secara terperinci mengenai bidang, takat, prosedur dan perincian mengenai pelaksanaan sesuatu statut induk. Dengan itu perundangan kecil adalah pelengkap dan memperincikan mengenai hal-hal tersebut;

Kedua, perundangan kecil merupakan sejenis penurunan kuasa secara bertulis dari badan perundangan (Parlimen atau Dewan Negeri) melalui statut induk kepada mana-mana orang atau badan (seperti Lembaga, Majlis, Menteri, dan seumpamanya) bagi membuat perundangan kecil ini – yang diharapkan dapat melicinkan, mempercepatkan dan mencapai kehendak kewujudan statut induk itu sendiri, berdasarkan masa situasi dan keperluan tertentu.

Bagi tujuan yang pertama, tidak timbul isu atau masaalahnya. Namun bagi tujuan yang kedua itu, timbul pula isu atau persoalan seperti,

• Adakah pihak itu melakukan dengan baik sangka (niat baik) (good faith) ?• Adakah perundangan kecil itu dibuat didalam skop kuasanya? Atau telah

lampau kuasa?• Adakah boleh perundangan kecil sedemikian diwujudkan (dibuat) ?• Adakah perundangan kecil itu perlu diwujudkan?• Adakah prosedur penwujudan perundangan kecil itu telah dipatuhi?• Adakah sifat perundangan kecil itu nampaknya mengambilalih atau

melampaui kuasa statut induk itu sendiri.• Bagaimana mentafsir dan menggunakan perundangan kecil sedemikian?

Dan soalan-soalan lain boleh lagi dipanjangkan apabila timbul isu pelaksanaan perundangan kecil tersebut.

Sebahagian daripada jawapan kepada isu-isu atau persoalan-persoalan di atas ada dijawab atau diterangkan didalam seksyen-seksyen 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 40 (2) (a) Akta Pentafsiran 19674. Sebahagian lagi dibincangkan berikut ini.

PENURUNAN KUASAPENURUNAN KUASA

Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa perundangan kecil adalah satu bentuk penurunan kuasa. Namun begitu tidak semestinya penurunan kuasa adalah didalam bentuk perundangan kecil.

Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang di

3

Page 4: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

cita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. Namun didalam menurunkan kuasa ini pula, timbul pula beberapa isu dan persoalan, diantaranya:

Pertama, adakah kuasa itu boleh diperturunkan?Kedua, adakah ia diperturunkan oleh pihak yang betul?Ketiga, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu adalah pihak yang betul?Keempat, apakah bentuk, jenis, bidang dan had kuasa yang diperturunkan itu?Kelima, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu melaksanakan kuasa didalam

bidang, had dan jenis yang dibolehkan? Atau telah lampau kuasa?Keenam, apa pula yang perlu dilakukan jika berlaku lampau kuasa?Ketujuh, apa pula yang perlu dilakukan jika pihak yang memberi kuasa atau pihak

yang diturunkan kuasa telah gagal dalam melaksanakan tugas dan kuasanya?

Kelapan, apakah konsep penurunan kuasa dan pelaksanaan kuasa ini adalah begitu ketat (rigid) dan tiada ruang budibicara?

Kesembilan, siapakah pihak yang boleh diperturunkan kuasa? (individu, sekelompok individu, badan dan lain?).

Kesepuluh, bagaimana kuasa itu dilaksanakan? Dan bagaimana pihak yang diturunkan kuasa itu perlu laksanakan kuasa-kuasa yang diperturunkan kepadanya?

Soalan dan isu ini boleh dipanjangkan lagi apabila proses pelaksanaan kuasa itu berjalan.

Sebenarnya, sebahagian daripada persoalan dan isu berkenaan ada dijawab dan dihuraikan diantaranya, didalam seksyen-seksyen 37, 38, 40, 41, 44, 45, 46, 47, 48 dan 49 Akta Pentafsiran 19675.

Seperti yang dikatakan oleh Wade, H.W.R.6, bahawa berkaitan kaedah penurunan kuasa, tidak dapat dielak bahawa tugas dan kuasa (duties and power) menjadi bercampur aduk. Suatu badan pentadbiran mungkin ada tugas (atau tanggungjawab) untuk dilaksanakan, tetapi kuasa bagi memutuskan bagaimana tugas itu perlu dilaksanakan adalah didalam bidang budibicaranya. Ini mungkin boleh menimbulkan salahguna kuasa (kuasa asal atau kuasa yang diperturunkan itu). Ini kerana salah satu jalan dimana fungsi-fungsi badan berkenaan disalahgunakan ialah melaksanakan penurunan kuasa kepada pihak lain yang tidak ada hak untuk melaksanakannya7.

Perkara di atas telah juga berbangkit didalam kes Ellis lwn. Dubuwski8, dimana ada diputuskan bahawa penurunan kuasa sedemikian adalah merupakan suatu keadaan yang meletakkan perkara itu ketangan orang atau badan ketiga yang tidak mempunyai autoriti statutori atau otoriti perlembagaan, dan ianya adalah ultra vires9. Dalam kes tersebut Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa oleh statut untuk melesenkan pawagam, telah mengeluarkan lesen tetapi ada disebutkan bahawa ianya tertakluk kepada satu syarat iaitu,

“….. semua filem yang ditayang hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem”.

4

Page 5: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Mahkamah memutuskan bahawa ini adalah penurunan kuasa budibicara yang menyalahi undang-undang, dan dengan itu syarat berkenaan adalah tidak sah.

Penurunan kuasa ini juga tertakluk kepada satu dotrin iaitu delegatus non potest delegrare, iaitu seseorang yang telah diturunkan kuasa kepadanya tidaklah boleh pula menurunkan kuasanya kepada pihak lain10.

Menurut Willis, C.11, prinsip delegatus non potest delegare terpakai kepada perkara-perkara atau hal-hal berikut:

• Sesuatu pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuat peraturan umum dengan cara perundangan (legislation);

• Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menetapkan saman prosiding undang-undang boleh dimulakan ataupun tidak;

• Pihak berkuasa yang beri diberi kuasa untuk memutuskan sesuatu isu khusus yang memberi kesan kepada hak-hak individu;

• Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk bertindak yang melibatkan pelaksanaan kuasa budibicara, walaupun ianya dari jenis budibicara yang tidak luas, seperti penyerahan waran distres12.

Ianya terpakai kepada semua orang atau pihak yang diberi kuasa oleh statut untuk melakukan apa-apa perkara. Dengan kata lain pihak itu sendiri mesti mempunyai kuasa.

PELAKSANAAN KUASA BUDIBICARA PELAKSANAAN KUASA BUDIBICARA (Discretionary Power)(Discretionary Power)

Apabila dikatakan seseorang atau badan mempunyai “budibicara” ia bermaksud orang atau badan itu diberi kebebasan, berdasarkan pertimbangannya yang wajar, untuk melakukan sesuatu (yang dikiranya baik). Misalnya didalam kes-kes jenayah13 dan sivil, mahkamah mempunyai kuasa budibicara untuk menentukan hukuman (jenayah) atau amaun gantirugi (sivil) (atau samaada gantirugi itu sebagai satu remedi14. Begitu juga apabila sesuatu badan diberi kuasa untuk melakukan sesuatu perkara, badan itu mempunyai budibicara untuk melakukannya pada bila-bila masa yang diperlukan15.

Dalam membincangkan mengenai pelaksanaan kuasa budibicara, persoalan mengenai motif, kemunasabahan dan niat baik akan diambilkira. Ini kerana ada badan kerajaan yang melakukan perbuatan yang salah dan ada juga yang melakukan dengan prosedur yang salah (iaitu perkara betul yang dilaksanakan dengan cara atau prosedur yang betul, tetapi dengan alasan yang salah)16. Dalam hal ini, dua prinsip akan digunakan17:

Prinsip 1 : Parlimen tentunya tidak bercadang menjadikan kuasa eksekutif itu adalah hakim kepada kuasanya sendiri. Oleh itu secara tersiratnya kuasa yang diberi bagi sesuatu maksud tertentu, yang telah pula digunakan untuk maksud-maksud yang lain, adalah menjadi menyalahi undang-undang.

Prinsip 2 : Walau bagaimanapun mahkamah perlulah mempastikan supaya ianya tidak pula merampas atau menarik kuasa budibicara yang diberi kepada badan-badan berkenaan.

5

Page 6: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Dengan yang demikian, dalam melaksanakan kuasa budibicara, sesuatu badan atau orang itu hendaklah melaksanakannya dengan sah dan munasabah. Dalam kes Wesminster Corporation London lwn. Northwestern Railway Co.18, hakim Lord Macnaghten1199 ada menyatakan bahawa budibicara hendaklah dilaksanakan dengan munasabah. Hal yang sama juga ada dinyatakan oleh Lord Greene M.R. didalam kes Associated Provincial Picture House Ltd. Lwn. Wednesbury Corporation20. Dalam kes tersebut, fakta yang relevan ialah:

Akta Sinematograf 1909 (UK) memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk melesenkan pembukaan pawagam ahad, tertakluk kepada syarat-syarat yang pihak berkuasa itu tetapkan. Satu lesen telah dikeluarkan dengan dikenakan syarat bahawa kanak-kanak berumur dibawah 15 tahun tidak dibenarkan masuk pawagam, walaupun ditemani keluarga.

Mahkamah memutuskan budibicara ini adalah dibawah dan terletak kepada pihak berkuasa, dan mahkamah tidak ada kuasa sedemikian, dan budibicara pihak berkuasa itu sah. Walau bagaimanapun hakim Lord Greene M.R. menyatakan bahawa kuasa itu hendaklah dilaksanakan dengan munasabah.

Dengan itu seseorang atau badan yang diberi kuasa budibicara, perlulah menguruskan dirinya dengan baik mengikut undang-undang. Dia hendaklah meneliti kepada perkara-perkara yang ia terikat untuk pertimbangkan. Dia hendaklah mencegah dirinya daripada menimbangkan perkara-perkara yang tidak relevan dengan apa yang dia akan pertimbangkan2211. Jika dia tidak patuhi kaedah ini, dia dikatakan bertindak secara tidak munasabah2222.

Satu lagi kes yang relevan dengan perbincangan di atas ialah Short lwn. Poole Corporation23. Fakta kes ini yang relevan dengan perbincangan disini ialah seperti berikut:

Seorang guru mewarnakan rambutnya merah. Dia dibuang kerja atas alasan berambut merah itu.

Mahkamah memutuskan, seperti yang dikatakan oleh hakim Warrington L.J., bahawa tindakan itu tidak munasabah kerana pihak berkuasa berkenaan telah mengambilkira perkara-perkara luar. Ia dikatakan tidak munasabah kerana boleh hampir kepada perbuatan yang tergolong kepada berniat jahat.

DOTRIN ULTRA VIRESDOTRIN ULTRA VIRES

Telah pun dikait sedikit sebelum ini mengenai penurunan kuasa yang boleh pula membawa kesan ultra vires. Dalam pelaksanaan kuasa itu sendiri juga boleh membawa kepada ultra vires. Dotrin ultra vires disini merupakan tiori kawalan kehakiman terhadap pelaksanaan kuasa oleh badan-badan atau agensi-agensi kerajaan atau penjawat awam.

Cara kawalan mengikut dotrin ultra vires adalah seperti berikut:

Kuasa pentadbiran datang (diperolehi) melalui statut. Statut memberi kuasa bagi maksud-maksud tertentu sahaja, atau tertakluk kepada prosedur-prosedur

6

Page 7: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

tertentu, atau dengan beberapa had-had tertentu. Had-had ini tidak sahaja dinyatakan dalam statut tetapi juga didalam prinsip-prinsip umum. Semua kuasa-kuasa statutori ada had-had statutorinya; dan dimana had-had nyata tidak dinyatakan, maka mahkamah akan mencari had-had yang tersirat didalamnya.

Wade, H.W.R.,2244 menekankan bahawa sebenarnya kuasa tanpa had tidak ada tempatnya.

Mengikut prinsip atau dotrin ultra vires,

semua tindakan diluar had-had yang dinyatakan adalah tindakan yang tidak dibenarkan undang-undang.

tindakan-tindakan tersebut adalah tidak mempunyai keesahan undang-undang (legal validity).

Mahkamah akan mengisytiharkan ianya di ketepikan dan tidak sah.

Dalam sebahagian hal, selain perisytiharan sedemikian, award gantirugi juga boleh diarahkan dibayar kepada pihak yang menanggung kerugian (misalnya dalam kes-kes pencerobohan kepada harta atau manusia). Ini sekaligus menunjukkan bahawa agensi (termasuk badan berkanun) boleh dikenakan tanggungjawab berasaskan dotrin ulltra vires.

KEGAGALAN PELAKSANAAN TUGASKEGAGALAN PELAKSANAAN TUGAS

Ada juga berlaku keadaan dimana agensi kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Tindakan undang-undang termasuk mandamus2255 dan perisytiharan dan juga gantirugi boleh diambil atas kegagalan tersebut. Dalam kes Mersey Docks & Harbour Board Trustees lwn. Gibb2266, , faktanya seperti berikut:

Akibat kegagalan pihak berkuasa pelabuhan membuang timbunan lumpur di permukaan pelabuhan, sebuah kapal yang masuk telah rosak akibat melanggar timbunan lumpur tersebut.

Diputuskan bahawa pihak berkuasa itu adalah dipertanggungjawabkan atas kegagalan itu.

LAMPIRAN ALAMPIRAN A

PENTAFSIRAN PERUNDANGAN KECIL

Seksyen-Seksyen 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 40(2)(a) Akta Pentafsiran 1967.

Seksyen 20

7

Page 8: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Subsidiary legislation may be retrospective.

Subsidiary legislation may be made to operate retrospectively to any date which is not earlier than the commencement of the Act or other written law under which it is made or, where different provisions of that law come into operation on different dates, the commencement of the provision of that law under which it is made:

Provided that no person shall be made or shall become liable to any penalty in respect of any act done before the date on which the subsidiary legislation was published.

Seksyen 21

Meaning of certain expressions in subsidiary legislation.

(1) Terms and expressions used in subsidiary legislation have the same meaning as in the written law under which the subsidiary legislation was made.

(2) In subsidiary legislation made under an Act “the Act” means the Act under which the subsidiary legislation was made.

Seksyen 22

Amendment, revocation, etc., of subsidiary legislation.

Subsidiary legislation may at any time be amended varied, added to, revoked, suspended or revived by the person or authority by which it was made or, if that person or authority has been lawfully replaced by another person or authority, by that other person or authority.

Seksyen 23

Avoidance of subsidiary legislation in case of inconsistency with Act.

(1) Any subsidiary legislation that is inconsistent with an Act (including the Act under which the subsidiary legislation was made) shall be void to the extent of the inconsistency.

(2) In this section “Act” includes a federal law styling itself an Ordinance or Enactment.

Seksyen 24

Things done under subsidiary legislation deemed to be done under authorizing law.

Anything done under any subsidiary legislation shall be deemed to be done under the Act or other written law under which the subsidiary legislation was made.

8

Page 9: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Seksyen 25

Subsidiary legislation deemed to be made under all powers thereunto enabling.

Subsidiary legislation shall be deemed to be made under all powers thereunto enabling, whether or not it purports to be made in exercise of any particular power or powers.

Seksyen 26

Particular power to make subsidiary legislation without prejudice to general power.

Where power is conferred to make subsidiary legislation for a general purpose and also for any particular purposes incidental thereto, the enumeration of the particular purposes shall not derogate from the generality of the power conferred with reference to the general purpose.

Seksyen 27

Penalties in subsidiary legislation. [Am. Act 160.]

Subsidiary legislation may provide for persons guilty of offences thereunder to be liable on conviction to a fine or a term of imprisonment or both, but may not provide for any such fine to exceed one thousand ringgit or any such term to exceed six months.

Seksyen 28

Subsidiary legislation unaffected by repeal of authorizing law in certain cases.

Where a written law repeals in whole or in part any former written law and substitutes other provisions therefore, subsidiary legislation made under the repealed law shall, in so far as it is not inconsistent with the substituted provisions, remain in force until revoked or replaced by subsidiary legislation made under the repealing law, and shall be deemed for all purposes to have been made thereunder.

Seksyen 40

Implied powers.

(2) Without prejudice to the generality of subsection (1)

(a) power to make subsidiary legislation to control or reglate any matter includes power to provide for the same by licensing and power to prohibit acts whereby the control or regulation might be evaded;

LAMPIRAN BLAMPIRAN B

9

Page 10: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

PENTAFSIRAN KUASA

Seksyen-Seksyen 37, 38, 40, 41, 44, 45, 46, 47, 48 dan 49 Akta Pentafsiran 1967.

Seksyen 37

Time for exercise of power.

Where are written law confers any power or imposes any duty, the power may be exercised and the duty shall be performed from time to time as occasion requires.

Seksyen 38

Power of majority.

Where by or under a written law any act or thing may or is required to be done by more than two persons, a majority of them may do it.

Seksyen 40

Implied powers.

(1) Where a written law confers a power on any person to do or enforce the doing of any act or thing, all such powers shall be understood to be also given as are reasonably necessary to enable the person to do or enforce the doing of the act or thing.

(2) Without prejudice to the generality of subsection (1)

(a) power to make subsidiary legilation to control or regulate any matter includes power to provide for the same by licensing and power to prohibit acts whereby the control or regulation might be evaded;

(b) power to grant a licence, permit, authority, approval or exemption includes power to impose conditions subject to which the licence, permit, authority, approval or exemption is granted; and

(c) where a power is conferred on any person to direct, order or require any act or thing to be done, there shall be deemed to be imposed on any person to whom a direction, order or requisition is given in pursuance of the power a duty to comply therewith.

Seksyen 41

Powers of certain bodies nor affected by vacancy, etc.

10

Page 11: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

A board, commission, committee or similar body (whether corporate or unincorporated) established by or under a written law may act notwith standing any vacncy in its membership; and its proceedings shall not be invalidated by;

(a) any defect afterwards discovered in the appointment or

qualification of a person purporting to be a member; or

(b) any minor irregularity in the convening or conduct of a meeting; or

(c) the presence or participation of a person not entitled to be present or participate.

Seksyen 44

Implied powers in respect of fees and charges.

A power to make subsidiary legislation prescribing fees or charges includes power to provide for :

(a) the imposition (either generally or under specified conditions or in

specified circumstances) of :

(i) specific fees or charges;(ii) maximum or minimum (or maximum and minimum) fees or

charges; and(iii) no fee or charge; and

(b) the partial or total reduction, waiver or refund of the fees or charges in accordance with specified conditions, in the discretion of a specified person or on the happening of a specified event.

Seksyen 45

Construction of power to extend time.

Where in any written law a time is prescribed for doing any act or taking any proceding and power is given to a court or other authority to extend that time, the power may be exercised by the court or authority, although the application for its exercise is not made until after the expiration of the time prescribed.

Seksyen 46

Powers of certain bodies nor affected by vacancy, etc.

(1) The Yang di-Pertuan Agong or a Minister, where an appeal is made to him in pursuance of any written law, may appoint a committee (which shall not include the person from whose decision the appeal is made) for the purpose of hearing the appeal and tendering advice as to the decision which should be made thereon.

11

Page 12: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

(2) The Yang di-Pertuan Agong or a Minister shall not be bound to accept advice tendered under subsection (1).

Seksyen 47

Power to appoint includes power to remove, etc.

Where a power to make an appointment is conferred by any written law, the appointing authority shall also have power (subject to any limitations or qualifications which affect the power of appointment) to remove, suspend, reappoint or re-instate any person appointed in the exercise of the power.

Seksyen 48

Power to appoint member of board. etc., temporarily.

2 Lihat JADUAL KELAPAN Perlembagaan Persekutuan.3 Lihat JADUAL KESEMBILAN Perlembagaan Persekutuan.4 Peruntukan penuh seksyen-seksyen berkenaan adalah seperti di LAMPIRAN A.5 Peruntukan penuh seksyen-seksyen berkenaan adalah seperti di LAMPIRAN B.6 Wade, H.W.R., 1971, Administrative Law, 3rd. Edition, Oxford: Clarendon Press, di

m.s 61.7 Ibid.8 (1921) 3 K.B. 621.9 “Ultra vires” bermaksud lampau kuasa.1 0 Saunders, J.B., 1977, Mozley & Whiteley’s Law Dictionary, 9th. Edition, London:

Butterworth & Co. (Publishers) Ltd.1 1 Willis, C, “Delegatus Non Potest Delegare” (1943) 21 C.B. Rev. 257. Lihat Garner,

J.F., 1974, Administrative Law, 4th. Edition, London: Butterworth & Co., di m.s. 141.1 2 Yakni perintah mahkamah untuk mengambil balik harta kerana kegagalan membayar

sewa, misalnya.1 3 Kecuali dimana statut telah mengenakan hukuman mandatori, yakni mahkamah tidak

dapat memilih lain-lain hukuman – contohnya hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh orang dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan hukuman bunuh kerana mengedar dadah dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

1 4 Jennings, S.I, 1979, The Law and the Constitution, 5th. Edition, London: ELBS., di m.s. 288.

1 5 Lihat seksyen 37 Akta Pentafsiran 1967.1 6 Lihat Wade, H.W.R., op. cit., Nota kaki 6, di m.s. 70.1 7 Ibid.1 8 (1905) A.C. 4261 9 di m.s. 4302 0 (1948) 1 K.B. 2232 1 Wade, H.W.R., op. cit. Nota kaki 6, di m.s. 72.2 2 Ibid23 (1926) Ch. 6624 Op. cit., nota kaki 6, di m.s. 50.2 5 “Mandamus” bermaksud perintah mahkamah kepada agensi kerajaan supaya laksana

tugasnya. Untuk bacaan lanjut, lihat Phillips O.H., 1967, Constitutional and Administrative Law, 4th. Edition, London: Sweet & Maxwell Ltd., di BAB 29, terutama di m.s. 648 ke atas.

2 6 (1866) L.R. 1 H.L. 932

12

Page 13: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA … - 19.5.00.doc  · Web view · 2000-12-21Title: KUASA, BIDANGKUASA DAN PENURUNAN KUASA (Power, Jurisdiction and Delegation of Power) Author:

Where a power is conferred by a written law to appoint any person to be a member of any board, commission, committee or similar body, the appointing authority may, if during any period owning to absence or inability to act from illness or any other cause any member so appointed is unable to act as such, appoint some other person to act temporarily for that member during the period of absence or inability.

Seksyen 49

Power to appoint chairman, etc.

Where a power is conferred by aby written law to appoint the members of any board, commission, committee or similar bidy, the appointing authority may appoint a chairman, deputy chairman and secretary of the board, commission, committee or body.

13