manual pengguna tatacara pewujudan, … tatacara pewujudan... · penyediaan format surat rasmi...

15
MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN MEL ELEKTRONIK (E-MEL) RASMI DI PENTADBIRAN AM JABATAN PERDANA MENTERI 2010

Upload: vubao

Post on 17-Mar-2019

315 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

MANUAL PENGGUNA

TATACARA PEWUJUDAN, PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN MEL ELEKTRONIK (E-MEL) RASMI

DI

PENTADBIRAN AM JABATAN PERDANA MENTERI

2010

Page 2: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

1

TUJUAN

1. Manual ini disediakan bertujuan untuk memperincikan tatacara pewujudan,

penyimpanan dan pelupusan mel elektronik rasmi di dalam Sistem Emel Lotus Notes di

Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri.

PENGENALAN

2. Sistem emel merupakan satu kaedah di mana perhubungan di antara dua pihak

(dalaman atau luaran) dapat dilaksanakan secara elektronik. Penggunaan mel

elektronik yang meluas terutama dalam penyampaian maklumat amat ketara dan ianya

telah terbukti dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan terutama di

jabatan dan agensi kerajaan.

3. Dalam konteks ini, bagi memastikan maklumat mel elektronik diselenggara

dengan teratur dan sistematik, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri telah

mengeluarkan Panduan Pewujudan, Penyimpanan dan Pelupusan Mel Elektronik

(Emel) Rasmi dan telah dikuatkuasakan penggunaannya pada 11 Januari 2010

melalui Arahan Jabatan Bilangan 1 Tahun 2010.

4. Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan minimum untuk menyokong

pelaksanaan pemakaian panduan tersebut, diharapkan manual yang disediakan ini

dapat membantu pegawai dan kakitangan di Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri

menguruskan pewujudan, penyimpanan dan pelupusan mel elektronik dengan

sistematik yang mana dapat mengurangkan risiko pelupusan mel elektronik rasmi

secara tidak terkawal.

Page 3: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

2

PEWUJUDAN EMEL RASMI 5. Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes

1. Buka Lotus Notes > New Memo > Taipkan seperti format di bawah (Font Arial, 14) 2. Klik pada Tools > Save as Stationery > Namakan “Surat Rasmi” > Klik Ok

Page 4: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

3

6. Penyediaan Format Memo Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. Buka Lotus Notes > New Memo > Taipkan seperti format di bawah (Font Arial, 14) 2. Klik pada Tools > Save as Stationery > Namakan “Memo Rasmi” > Klik Ok

Nota : Pengguna perlu memastikan surat rasmi dan memo rasmi yang hendak dihantar ditulis terus dalam “body message” e-mel dan bukannya dihantar dalam bentuk “attachment”. Ini termasuk maklumat dalam bentuk kertas cadangan, kertas makluman, kertas permohonan, kertas kelulusan dan laporan. Jika terdapat lampiran ianya boleh dijadikan “attachment” kepada “body message” e-mel contohnya minit mesyuarat, senarai dan sebagainya.

Page 5: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

4

7. Panduan Menggunakan Stationery

1. Buka Lotus Notes > Tools > Klik pada Stationery 2. Memo Stationery > Klik Surat Rasmi atau Memo Rasmi

Page 6: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

5

PENYIMPANAN EMEL RASMI

8. Tatacara Penyimpanan Emel Rasmi Dalam Sistem Emel Lotus Notes

Ruangan To: Alamat emel penerima utama Ruangan cc: Alamat emel penerima kedua Ruangan bcc: Alamat emel fail arkib (senarai fail arkib adalah seperti lampiran A) Ruangan Subject: Tajuk emel yang dihantar Ruangan Category: Memilih senarai kategori berdasarkan Subject (senarai kategori adalah seperti lampiran B)

MANUAL PENYIMPANAN EMEL DALAM SISTEM LOTUS NOTES Ruangan To : Alamat e-mel penerima Ruangan cc : Alamat e-mel untuk makluman Ruangan bcc : Alamat e-mel untuk makluman / e-mel fail Ruangan Subject : Tajuk e-mel yang dihantar Ruangan Category : senarai tajuk fail

Ruangan “cc” diisi jika berkaitan

Ruangan “To” perlu diisi

Page 7: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

6

Langkah Pertama : Pengguna (Penghantar) dikehendaki mengelaskan e-mel rasmi terlebih dahulu ke

dalam senarai tajuk fail yang bersesuaian dalam ruangan “category”.

Langkah Kedua :

Setelah pengelasan mengikut ”category” selesai dilaksanakan, e-mel tersebut

hendaklah di“bcc” dengan memilih alamat e-mel fail dalam ruangan “address”.

E-mel ini akan disimpan di dalam server sistem e-mel Lotus Notes.

♦ Senarai tajuk fail dan alamat e-mel fail seperti di lampiran A.

Implikasi: Jika maklumat e-mel yang dihantar tidak di“bcc” ke alamat emel fail,

maklumat tersebut tidak akan disimpan dalam sistem server dan carian maklumat

e-mel tidak akan dapat diperolehi.

Langkah Ketiga :

Hanya e-mel rasmi yang muktamad (final) sahaja yang perlu dibuat salinan untuk

disimpan dan dikandungkan dalam fail asal. Ia adalah tanggungjawab penghantar e-

mel.

Jika maklumat e-mel memerlukan semakan atau pindaan, penerima terakhir adalah

bertanggungjawab untuk membuat salinan untuk disimpan dan dikandungkan dalam

fail.

Langkah Keempat :

Penerima bertanggungjawab untuk membuat salinan e-mel rasmi yang diterima

daripada jabatan dan agensi luar untuk disimpan dan dikandungkan dalam fail.

Page 8: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

7

BIL.

TAJUK FAIL

(RUANGAN “CATEGORY”)

ALAMAT E-MEL FAIL (RUANGAN “BCC”)

1.

Pentadbiran

- Akta/Pekeliling - Perkhidmatan Katering - Bil-Bil Astro - Bil Utiliti - Bil Elektrik - Bil Air - Pemasangan Sistem Telekomunikasi

JPM - Pakaian Seragam - Sebut Harga - Tender - Telefon - PABX - Sewa Ruang Blok B1 dan B2 - Pengurusan Kafetaria - Mesin Penyalin - Penyewaan Mesin ATM - Penyelenggaraan Motosikal - Pemasangan Hawa Dingin - Permohonan Telefon Bimbit - Permohonan Kelulusan Bayaran Bil - Harta Modal Pelbagai - Kenderaan Jabatan - SPANCO - Perkhidmatan Pos - Permohonan Lawatan Keluar Negeri

Persendirian - Piagam Pelanggan - Fail Meja - Star Rating - Parking - Amalan 5S - Pendokumentasian Sejarah - Sumbangan/ Derma - Persatuan dan Kelab - Mesyuarat Seksyen Pentadbiran - Kemudahan Perlindungan Insurans

Kesihatan Ke Luar Negara - Permohonan Pesawat Selain Dari MAS - Sistem Fail

[email protected]

Lampiran A

Page 9: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

8

- Pelupusan Rekod

2.

Keurusetiaan

- Parlimen - Perhimpunan Bulanan - Hari Kebangsaan / Kemerdekaan - Maal Hijrah - Festival Nasyid - Tilawah Al-Quran - Menghafal Al-Quran - Anugerah Kehormat

Persekutuan/Negeri - Mesyuarat Pentadbiran Am, Jabatan

Perdana Menteri - Mesyuarat Pagi Bersama Dato’ TKSUK

dengan Ketua Bahagian - Mesyuarat Cyberjaya - Mesyuarat Ketua-Ketua Seksyen BKP - Mesyuarat Bahagian Khidmat

Pengurusan

[email protected]

3.

Keselamatan

- Sistem Keselamatan - Keselamatan Dokumen - Kebenaran Masuk Bangunan - Naziran/Inspektorat - Pas Keselamatan - Kawalan Keselamatan - Laporan - Jawatankuasa

[email protected]

4.

Perpustakaan

- Pinjaman Antara Perpustakaan - Pesanan dan Perolehan - Hadiah - Katalog dan Klasifikasi - ILMU - Koleksi Perpustakaan

[email protected]

Page 10: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

9

5.

Teknologi Maklumat

- Peralatan, Teknikal dan Rangkaian - Sistem Aplikasi

- Laman Web dan Multimedia - Jawatankuasa Pemandu ICT - JITIK - PRISMA - Latihan ICT - Pengurusan ICT MAMPU

[email protected]

6.

Persatuan/Sukan

- Kelab Perdana - Rowing

[email protected]

7.

Undang-Undang

- Pandangan Undang-Undang - Penggubalan Undang-Undang /

Subsidiari - Perjanjian - Tatatertib - Kes-Kes Mahkamah

[email protected]

8.

Audit Dalam

- Perancangan - Pengauditan - Laporan - Taklimat/Bengkel/Kursus - Mesyuarat dan Jawatankuasa

[email protected]

Page 11: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

10

9.

Aset Alih

- Pengurusan Stok, Harta Modal dan Aset - Penerimaan dan Penyelenggaraan - Pelupusan - Kehilangan - Hapus Kira - Lawatan Pemantauan Aset - Laporan - Pendaftaran

[email protected]

10.

Penyelenggaraan

- Naik Taraf /Ubahsuai Bangunan - Sewaan Ruang/Bangunan - Penyelenggaraan Bangunan - Kemudahan Bangunan - Kuarters Kerajaan - Keselamatan Bangunan dan Premis - Landskap

[email protected]

11.

Pembangunan

- Rancangan Malaysia - Projek - Peruntukan - Bajet Pembangunan - Mesyuarat/Jawatankuasa - Pemantauan

[email protected]

12.

Kewangan

- Permohonan dan Kelulusan - Bank - Bayaran - Bajet Mengurus - Cek - Terimaan - Elaun - Penurunan Kuasa - Pinjaman - Sebut Harga

[email protected]

Page 12: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

11

- Tender - Pembelian Terus - Panjar Wang Runcit - Tanggungan/Hutang Kerajaan - Naziran - Gaji

13.

Akaun

- Akaun - Sistem Aplikasi - Bank - Bayaran - Bajet Mengurus

- Cek - Terimaan - Elaun - Penurunan Kuasa - Pinjaman - Sebut Harga - Tender - Pembelian Terus - Panjar Wang Runcit - Tanggungan/Hutang Kerajaan - Gaji

[email protected]

14.

Sumber Manusia

- Pengambilan/Pelantikan - Pengisian - Pengesahan Jawatan - Penempatan/Pertukaran - Kenaikan Pangkat - Pemangkuan - Penanggungan Kerja - Perletakan/Pelepasan Jawatan - Persaraan - Cuti - Kesihatan dan Perubatan

[email protected]

Page 13: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

12

15.

Dasar

- MS ISO - Mesyuarat Pengurusan JPM - Penstrukturan Organisasi - Perjawatan - Waran perjawatan - Majlis Bersama Jabatan - Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan - HRMIS

[email protected]

16.

Latihan

- Latihan/Kursus - Kelulusan Latihan/Kursus - Seminar - Peperiksaan

[email protected]

17.

Tatatertib

- Pengisytiharan Harta - Laporan Penilaian Prestasi - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Anugerah Pekerja Contoh - Laporan Kehadiran Bekerja

[email protected]

18.

Psikologi

- Kes kaunseling - Ceramah/Taklimat - Kursus/Bengkel/Seminar/Retreat - Rakan Pembimbing Perkhidmatan

Awam - Laporan - Penyelidikan dan Ujian/Inventori

Psikologi - Program Pementoran - Program Peningkatan Kemahiran

Kaunseling - Mesyuarat

[email protected]

Page 14: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

13

PELUPUSAN E-MEL RASMI

9. Tatacara Pelupusan e-mel rasmi

Pengguna bertanggungjawab untuk memadam (delete) e-mel rasmi yang diterima /

dihantar yang tersimpan dalam peti masuk (inbox) dan peti keluar (sent), dalam masa 1

hingga 3 bulan dari tarikh terima. Jika perkara ini tidak dilaksanakan, sistem e-mel

akan menghantar e-mel yang berusia lebih 3 bulan ke server archive secara automatik.

10. Penambahan Maklumat Category Fail

Jika pengguna ingin menambah senarai tajuk fail di dalam ruangan “category”, ianya

perlu dirujuk kepada Pegawai Arkib di Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat

Pengurusan, PAJPM untuk dimasukkan ke dalam Sistem E-mel Lotus Notes.

11. Pelantikan Pegawai Pentadbir Emel Rasmi

Setiap Bahagian / Seksyen dikehendaki melantik seorang Pegawai Pentadbir E-mel

Rasmi sekurang-kurangnya gred 17 hingga 27. Hanya Pegawai Pentadbir E-Mel Rasmi

dan Ketua Seksyen sahaja yang diberi kebenaran mengakses akaun e-mel fail di

Bahagian / Seksyen masing-masing.

19.

Komunikasi Korporat

- Siaran/Sidang Akhbar - Media Massa - Teks Ucapan - Lawatan Dalam Negara - Lawatan Luar Negara - Aduan - Jawatankuasa Aduan - Pertanyaan dan Rayuan - Penerbitan - Percetakan

[email protected]

Page 15: MANUAL PENGGUNA TATACARA PEWUJUDAN, … TATACARA PEWUJUDAN... · Penyediaan Format Surat Rasmi Dalam Sistem E-Mel Lotus Notes 1. ... - Pengurusan Kafetaria ... - Penurunan Kuasa

14

Ketua Seksyen dikehendaki mengemukakan nama pegawai yang dilantik kepada Puan

Mazura Binti Haji Rohani, Pegawai Arkib untuk mendapatkan kebenaran akses ke

akaun e-mel fail.

Pegawai yang dilantik ini bertanggungjawab untuk membuat salinan e-mel rasmi untuk

disimpan dan dikandungkan dalam fail asal. Pegawai ini juga bertanggungjawab

memastikan e-mel yang diterima / dihantar disimpan dalam alamat e-mel yang betul.

12. Fail Terperingkat

Manual ini tidak terpakai bagi e-mel bertaraf terperingkat (SULIT, TERHAD, RAHSIA

dan RAHSIA BESAR). Maklumat terperingkat hendaklah dihantar secara hardcopy

selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan.