ks (2)

42
1.0 Pendahuluan Ketidakseimbangan kekayaan dan kemiskinan merupakan satu daripada isu-isu global di negara kita. Negara yang kaya seperti Amerika Syarikat, Qatar, Singapura, Switzerland, Belanda dan sebagainya telah memajukan negara mereka masing-masing melalui pelbagai jenis bidang ekonomi dengan mengikut sumber serta kemampuan negara mereka. Negara yang kaya mempunyai tingkat pendidikan relatif yang tinggi. Tahap pendidikan merupakan salah satu penunjuk penting yang menunjukkan kualiti penduduk suatu negara. Di negara-negara maju, secara umum penduduknya sudah mempunyai kesedaran tinggi tentang pentingnya pendidikan dan penguasaan Iptek. Hal tersebut dapat dilihat dari angka penyertaan belajar penduduk negara-negara maju yang sangat tinggi. Tingginya tingkat pendidikan penduduk di negara maju juga ditunjang oleh sistem pendidikan yang baik dan anggaran pendidikan yang tinggi dari kerajaan. (http://dahlanforum.wordpress.com/2009/09/17/ciri-ciri- negara-maju/) Selain itu, negara yang maju juga mempunyai tingkat pendapatan penduduk relative yang tinggi. Kemajuan tahap pendidikan serta penguasaan Iptek oleh majoriti penduduk menjadikan negara maju mempunyai potensi SDM yang berkualiti tinggi. Keadaan ini dapat melatih penduduk negara maju tidak lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai pendapatan 1

Upload: michael-l-king

Post on 11-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: ks (2)

1.0 Pendahuluan

Ketidakseimbangan kekayaan dan kemiskinan merupakan satu daripada

isu-isu global di negara kita. Negara yang kaya seperti Amerika Syarikat, Qatar,

Singapura, Switzerland, Belanda dan sebagainya telah memajukan negara

mereka masing-masing melalui pelbagai jenis bidang ekonomi dengan mengikut

sumber serta kemampuan negara mereka.

Negara yang kaya mempunyai tingkat pendidikan relatif yang tinggi.

Tahap pendidikan merupakan salah satu penunjuk penting yang menunjukkan

kualiti penduduk suatu negara. Di negara-negara maju, secara umum

penduduknya sudah mempunyai kesedaran tinggi tentang pentingnya pendidikan

dan penguasaan Iptek. Hal tersebut dapat dilihat dari angka penyertaan belajar

penduduk negara-negara maju yang sangat tinggi. Tingginya tingkat pendidikan

penduduk di negara maju juga ditunjang oleh sistem pendidikan yang baik dan

anggaran pendidikan yang tinggi dari kerajaan.

(http://dahlanforum.wordpress.com/2009/09/17/ciri-ciri-negara-maju/)

Selain itu, negara yang maju juga mempunyai tingkat pendapatan

penduduk relative yang tinggi. Kemajuan tahap pendidikan serta penguasaan

Iptek oleh majoriti penduduk menjadikan negara maju mempunyai potensi SDM

yang berkualiti tinggi. Keadaan ini dapat melatih penduduk negara maju tidak lagi

bergantung kepada sektor pertanian sebagai pendapatan utama, tetapi di sektor

industri, jasa dan perdagangan. Variasi pekerjaan di pelbagai sektor tersebut

menjadikan penduduk negara maju mempunyai pendapatan rata-rata tinggi.

Pendapatan penduduk yang tinggi akan memeberi kesan kepada pendapatan

perkapita yang tinggi pula. Dengan pendapatan yang lumayan, rakyat mampu

hidup dalam keadaan yang condusif dan harmoni.

(http://eiskartikadewi.wordpress.com/2011/09/25/ciri-ciri-negara-maju-dan-

berkembang/)

Seterusnya, negara maju pada umumnya mempunyai pertumbuhan

penduduk yang kecil kerana orientasi hidup mereka adalah untuk

1

Page 2: ks (2)

bekerja. Sementara itu negara maju sudah melaksanakan zerro population

growth (pertumbuhan penduduk ke arah sifar) sebagai dasar negara. Di samping

itu, negara maju sudah mampu menguruskan sumber alamnya secara efekif dan

efesien dengan menerapkan teknologi yang canggih. Industri menengah dan

industri pertanian berkembang dengan pesat dengan teknologi canggih. Dalam

pengurusan sumber alamnya sudah memperhatikan kelestarian lingkungan

hidup secara berterusan.

(http://dahlanforum.wordpress.com/2009/09/17/ciri-ciri-negara-maju/)

Sebaliknya, negara yang miskin seperti Malawi, Somalia, Congo,

Afgnasnita, Yemen dan lain-lain lagi adalah sebuah negara yang rakyatnya hidup

dengan keadaan yang tidak selesa dan tidak ada kemampuan untuk membeli

barangan harian. Rakyat di negara-negara yang miskin ini tidak dapat menikmati

kehidupan yang sempurna berbanding dengan negara yang maju

Di samping itu, nutrisi pemakanan di negara yang miskin tidak cukup

untuk rakyat mereka. Ini telah menyebabkan mereka terpaksa mengalami

kebuluran selama beberapa bulan. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin

mengalami kematian disebabkan tidak mendapat vitamin dan nutrisi yang

secukupnya dalam kehidupan seharian. Air minuman di negara miskin juga

sentiasa tercemar. Rakyat tersebut terpaksa minum air minuman yang kotor

kerana itu merupakan sumber minuman yang penting bagi mereka. Negara yang

miskin kurang mempunyai tempat perlindungan yang selamat. Mereka mungkin

diserang oleh haiwan-haiwan liar seperti harimau, singa, helang dan sebagainya.

Negara miskin juga tidak mempunyai persekitaran yang bersih. Ini boleh

menyebabkan pelbagai penyakit merebak di kawasan kediaman. Rakyat di

negara miskin biasanya berdiaman di kawasan yang penuh dengan sampah

sarap kerana menyenangkan mereka untuk mencari makanan. Tambahan pula,

apabila mereka dijangkiti dengan penyakit, tiada tempat untuk member rawatan

kepada mereka. Lama- kelamaan, kesihatan mereka semakin terjejas dan

akhirnya membawa maut.

2

Page 3: ks (2)

Di negara yang miskin, lebih 20.000 orang mati setiap hari akibat

kemiskinan tegar. Di samping itu, lebih 3.3 billion orang iaitu 60 peratus manusia

hidup dengan pendapatan yang kurang daripada US 2 dollar sehari. Terdapat

1.6 billion orang mempunyai hidup yang lebih teruk berbanding lima belas tahun

yang lalu. (http://www.anehdidunia.com/2012/05/beberapa-negara-termiskin-di-

dunia.html)

Oleh itu, di sini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri sesebuah negara yang

kayadan maju dengan negara yang miskin. Kita harus sentiasa bersyukur kerana

kita berdiaman di negara ini yang tidak mengalami sebarang kemiskinan dan

dapat menikmati hidup yang selesa.

3

Page 4: ks (2)

2.0 Punca utama negara mengalami kemiskinan.

1. Faktor Geografi

Banjaran dan sungai sangat kurang di Afrika. Sungai amat penting

kepada sesebuah negara. Dengan adanya sungai, sektor pertanian dapat

dijalankan. Di Asia, terdapat Banjaran Himalaya yang mempunyai banyak

sungai dan dapat mengelakkan negara di Asia daripada kemiskinan. Di

samping itu, jumlah taburan hujan di Afrika tidak sekata. Misalnya, di

Afrika Timur, hujan turun di kawasan pedalaman. Ini telah member banyak

kesan buruk terhadap penduduk pedalaman.

2. Kemusnahan ekologi

Tanah –tanah yang subur telah terhakis di negara yang miskin.

Apabila hakisan berlaku, tanah-tanah ang subur akan menjadi semakin

kurang. Ini merupakan salah satu puncanya kemiskinan berlaku.

Kemiskinan ini telah menyebabkan petani tidak berupaya membeli baja

yang berkualiti untuk membaja pasar pengeluaran. Sub Sahara Afrika

merupakan kawasan yang paling miskin di dunia.

3. Negara yang miskin masih bergantung kepada negara maju

Negara-negara yang maju telah mengusai negara Dunia Ketiga.

Oleh itu, negara-negara maju melakukan penjajahan terhadap negara

Dunia Ketiga. Penjajahan menyebabkan ekonomi negara Dunia Ketiga

dijajah. Contohnya, Malaysia pernah dijajah oleh negara British dan

pelbagai sumber mineral di negara kita telah diambil. Keadaan Over

exploitation telah berlaku dengan dianggarkan ¾ daripada sumber mineral

di negara Dunia Ketiga di bawah kawalan negara maju.

4

Page 5: ks (2)

4. Hutang negara Dunia Ketiga

Hutang ini telah menguntung sebelah pihak sahaja. Terdapat

negara yang tidak mampu menjelaskan hutangnya terpaksa menjual hasil

bumi untuk menjelaskan pinjaman mereka terhadap negara Dunia

Pertama. Negara Dunia Pertama tidak ingin melupuskan hutang. Oleh itu,

negara Dunia Pertama terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada

bajet mereka untuk menjelaskan hutang. Keadaan ini menyebabkan

negara-negara Dunia Ketiga terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam

bidang kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas. Natijahnya, negara

Dunia Ketiga terus berada dalam kitaran kemiskinan.

5

Page 6: ks (2)

3.0 Ciri-Ciri Negara Yang Termiskin Di Dunia- Sub-Sahara Afrika

Sub-Sahara Afrika adalah wilayah termiskin di dunia yang diakibatkan

oleh warisan penjajahan kolonial, neokolonialisme, konflik antar-etnis, dan

perselisihan politik. Ia merupakan kawasan benua Afrika yang terletak di selatan

Sahara. Wilayah ini terdiri daripada banyak negara-negara paling terbelakang di

dunia. Sub-Sahara Afrika, khususnya Afrika Timur, dinyatakan oleh ahli ilmu

genetika sebagai tempat kelahiran ras manusia. Mitokondria Eve, jenis wanita

nenek moyang seluruh umat manusia, kemungkinan masih ada pada masa kini

di Ethiopia atau Tanzania. Afrika Sub-Sahara merupakan situs daripada banyak

kekaisaran dan kerajaan, termasuk Nubia, Axum, Wagadugu (Ghana), Mali, Nok,

Songhai, Kanem-Bornu, Benin, dan Zimbabwe Raya. Sub-Sahara Afrika

sebahagian besarnya adalah wilayah setengah gurun yang gersang, walaupun

masih terdapat pergunungan dan wilayah dataran rendah di bahagian

tenggaranya serta bekalan bahan-bahan import juga agak terbantut di Afrika

Sub-Sahara. Dari segi politik, Sub-Sahara Afrika terdiri daripada semua negara

Afrika yang sepenuhnya atau sebahagiannya terletak di selatan Sahara kecuali

Sudan). Ia berbeza dengan Afrika Utara yang dianggap sebagai sebahagian

daripada dunia Arab. Somalia, Djibouti, Comoros dan Mauritania adalah

sebahagian daripada Sub-Sahara Afrika, tetapi juga sebahagian daripada dunia

Arab.

Di samping itu, Sub-Sahara Afrika juga dilanda dengan penyakit Malaria.

Malaria menyebabkan sekitar 400–900 juta kes demam dan sekitar satu hingga

tiga juta kematian setiap tahun. Ini menandakan sekurang-kurangnya satu

kematian setiap 30 saat. Sebahagian besar kes berlaku di kalangan kanak-kanak

di bawah usia 5 tahun dan wanita mengandung terutamanya lebih mudah

dijangkiti. Sungguhpun usaha bagi mengurangkan penyebaran dan

meningkatkan rawatan, hanya sedikit perubahan dari segi kawasan bagi risiko

penyakit ini semenjak 1992. Malah, sekiranya kes malaria meluas kekal pada

kadar peningkatan sekarang, kadar kematian mampu berganda dalam tempoh

dua puluh tahun akan datang. Statistik tepat tidak diketahui disebabkan

6

Page 7: ks (2)

kebanyakan kes berlaku di kawasan terpencil di mana penduduk tidak

mempunyai capaian ke hospital atau kaedah lain bagi penjagaan kesihatan.

Akibatnya, kebanyakan kes tidak direkodkan. Dengan ini, kadar kematian di

kawasan Sub-Sahara Afrika sangat tinggi berbanding dengan negara lain.

Selain itu, pendidikan juga merupakan satu masalah yang besar di Sub-

Sahara Afrika. Kadar huruf juga amat tinggi disebabkan tiada sekolah didirikan

untuk memberi pendidikan yang sempurna. Pendidikan tinggi adalah hampir

tidak pernah didengari walaupun sesetengah universiti di Mesir dan Afrika

Selatan mempunyai reputasi yang sangat baik. Walau bagaimanapun,

sesetengah negara Afrika mempunyai kekurangan orang yang mempunyai ijazah

universiti, dan ijazah lanjutan yang jarang berlaku di kebanyakan kawasan. Oleh

itu, benua, sebahagian besar, tidak mempunyai saintis, jurutera dan juga guru-

guru. Dengan ini, penduduk di Sub- Sahara Afrika tidak mendapat pendidikan

yang secukupnya.

Seterusnya, Sub-Sahara Afrika juga mengalami masalah kebuluran.

Kebuluran merujuk kepada kemarau berpanjangan di seluruh rantau Timur Afrika

hingga menyebabkan mati kebuluran.Kemarau paling teruk dalam tempoh 60

tahun menyebabkan krisis makanan di seluruh Somalia, Habsyah dan Kenya

dan mengancam kehidupan lebih 12 juta orang. Sebilangan penduduk selatan

Somalia melarikan diri ke Kenya jiran dan Ethiopia. Negara-negara di Tanduk

Afrika termasuk Djibouti, Sudan, Sudan Sselatan dan sebahagian Uganda juga

terjejas oleh krisis makanan. Pada 20 Julai, Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) secara rasmi pertama kali mengisytiharkan kebuluran di sana

dalam tempoh 30 tahun. Berpuluh-puluh ribu orang dipercayai telah sudah mati

di selatan Somalia sebelum kebuluran itu diisytiharkan. Pada 3 Ogos, PBB

mengisytiharkan kebuluran di tiga kawasan lain di selatan Somalia. Kebuluran

dijangka merebak merentasi semua wilayah selatan dalam 4-6 minggu akan

datang. PBB berusaha memberi bekalan makanan tambahan hingga ke

peringkat akar umbi.

7

Page 8: ks (2)

Akhir sekali, Sub-Sahara Afrika memang merupakan kawasan yang paling

penting di dunia kerana sekeliling Sub-Sahara diliputi dengan gurun. Sumber air

juga amat susah untuk dicari di kawasan gurun. Kehidupan di Sub-Sahara Afrika

sangat susah sampai penduduknya terlibat dalam kes pelarian. Justeru, penyakit

AIDS dan Malaria juga tela merbak di kalangan penduduk dan ini menyebabkan

kadar kematian meningkat. Kadar huruf buta di Sub-Sahara Afrika juga sangat

tinggi kerana bilangan sekolah yang sangat kurang. Oleh itu, kita harus sentiasa

bersyukur kerana dapat hidup di Malaysia dengan aman dan damai serta

mengelakkan daripada masalah yang ditimbul di Sub-Sahara Afrika.

8

Page 9: ks (2)

4.0 Ciri-ciri Negara Kaya Dan Negara Miskin

Pelbagai negara yang kaya di dunia ini seperti England, Amerika Syarikat,

Brazil, Switzerland dan pelbagai negara di Eropah.Oleh itu, negara kaya yang

saya ambil untuk dikaji adalah Negara Brazil manakala negara miskin yang telah

saya ambil untuk membuat kajian adalah salah satu negara daripada Sub-

Sahara Afrika iaitu negara Somalia. Cara kehidupan kedua-dua negara ini juga

telah saya kaji.

Rakyat di Negara Brazil boleh dikatakan hidup dalam keadaan yang

selesa dan berkualiti kerana Negara Brazil adalah sebuah negara yang kaya

antara seluruh dunia. Negara Brazil ialah negara terbesar di Amerika Selatan,

dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah

keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk. Brazil merupakan berbahasa

Portugis yang tunggal dibenua Amerika, dan yang terbesar di dunia.

Brazil merupakan peneraju politik dan ekonomi di Amerika Latin. Walau

bagaimanapun, masalah sosial dan ekonomi telah pun menghalangnya menjadi

sebuah kuasa global yang berkesan. Kerajaan demokratik mahupun tentera ingin

meluaskan pengaruh Brazil di dunia dengan mengejar dasar industri pimpinan

negara dan dasar luar negara yang bebas sejak Perang Dunia Kedua hingga

1990. Baru-baru ini, negara ini berusaha mengukuhkan hubungan dengan

negara-negara lain di Amerika Selatan, serta menjalin diplomasi pelbagai hala

melalui PBB dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika. Dengan ini, negar ini

akan mendapat perlindungan dari negara lain dan mampu menjadi sebuah

negara yang kukuh.

Di sebaliknya, Negara Somalia merupakan sebuah negara di Afrika Timur.

Lokasi Somalia terletak di Mediterranean dan Lautan Hindi. Berikut merupakan

beberapa aspek yang telah saya kaji terhadap Negara Somalia telah

menunjukkan negara ini merupakan sebuah Negara yang miskin. Wilayah

Somalia sebahagian besarnya adalah wilayah setengah gurun yang gersang,

walaupun masih terdapat pergunungan dan wilayah dataran rendah di bahagian

9

Page 10: ks (2)

tenggaranya. Somalia mempunyai garis pantai sekitar 2.600 km, tetapi kerana

adanya karang pelintang di lepas pantainya, maka bekalan bahan-bahan import

agak terbantut.Ini merupakan salah satu faktornya Negara Somalia mengalami

kebuluran dan kemiskinan. ( D. Stanley Eitzen et el 2011:68)

Akhir sekali, kedua-dua negara yang saya kaji mempunyai ciri-cirinya

tersendiri. Negara Brazil merupakan negara yang sangat maju manakala Negara

Somalia merupakan negara yang miskin dengan mengalami masalah

kekurangan makanan. Oleh itu, hal ini menunjukkan ketidakseimbangan

kekayaan dan kemiskinan Dunia Ketiga.

10

Page 11: ks (2)

5.0 Aspek- aspek penting antara Negara Brazil dan Negara Somalia

Aspek Ekonomi

Ekonomi di Brazil menjadi semakin maju di seluruh dunia. Ia

adalah terbesar kelapan di dunia mengikut KDK dan terbesar ketujuh mengikut

parity kuasa beli. Brazil mempunyai pasaran bebas sederhana dan sebuah

ekonomi berorientasikan ke dalam. Ekonominya adalah yang terbesar dalam

negara-negara Amerika Latin dan terbesar kedua dalam hemisfera barat. Brazil

adalah salah sebuah dari ekonomi utama berkembang terpantas di dunia

dengan prata kadar perkembangan KDNK 5 lebih peratus. Dalam Real Brazil,

KDNKnya dianggarkan di R$ 3.143 trillion pada 2009. Ekonomi Brazil telah

meramalkan menjadi alah sebuah dari lima ekonomi terbesar di dunia dalam

dekad-dekad yang akan datang.

Menurut dengan Forum Ekonomi Dunia, Brazil merupakan merupakan

negara atas dalam evolusi ke atas daya saing pada 2009. Brazil memperoleh

lapan kedudukan di antara negara-negara lain dan mengatasi Russia untuk

pertama sekalinya serta sebahagian menutup jurang daya saing dengan India

dan China di antara BRIC ekonomi. Brazil juga mengembangkan projek-projek

yang berkisar daripada kapal selam ke pesawat dan terlibat dalam kajian ruang

angkasa: negara memiliki sebuah pusat pelancaran satelit dan satu-satunya

negara di Hemisfera Selatan untuk mengintegrasikan pasukan

bertanggungjawab atas pembangunan Stesen Angkasa Antarabangsa. Ini juga

merupakan pelopor dalam pelbagai bidang termasuk etanol pengeluaran. Brazil

merupakan pelopor dalam bidang pennyelidikan minyak air yang dalam dari

mana 73 peratus daripada cadangan syarikat diekstrak. Menurut statistik

kerajaan, Brazil adalah negara kapitalis pertama yang membawa bersama-sama

sepuluh kereta terbesar syarikat perakitan dalam wilayah negaranya. Brazil

memang merupakan sebuah negara yang berjaya dalam ekonominya di selurh

dunia.

Selain itu, keadaan ekonomi Somalia tidak bagusnya seperti negara lain.

Hal ini kerana ekonomi Negara Somalia adalah negara-negara yang paling tidak

11

Page 12: ks (2)

maju di seluruh dunia. Aktiviti ekonomi di Negara Somalia berasaskan aktiviti

ternakan. Negara Somalia adalah negara yang melaksanakan paling banyak

aktiviti penternakan antara negara. Kira-kira 80 peratus penduduk di Negara

Somalia terlibat dalam aktiviti perternakan.Hal ini kerana di Negara Somalia

terdapat banyak kambing, lembu dan unta. Asa perindustrian Negara Somalia

sangat lemah dan aktiviti ekonomi mereka hanya berasaskan kepada aktiviti

perternakan.

Pada tahun 1970, dasar nasionalis yang keterlaluan dan bertambah

dengan bencana alam serta faktor-faktor lain mengakibatkan masalah ekonomi

Negara Somalia menjadi lebih teruk. Pada 1980-an, selepas Negara Somalia

mendapat bantuan dari Bank Dunia dan sokongan Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF), mereka melaraskan dasar ekonomi dengan dahului

menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Negara Somalia

melaksanakan pengenalan progresif liberalisasi ekonomi serta melonggarkan

sekatan perdagangan dan juga menghapuskan kawalan harga pertanian. Hal ini

adalah untuk menggalakkan pelaburan asing dan swasta. Dengan pelbagai

dasar yang dilakukan, ekonomi Negara Somalia bertambah baik. Namun begitu,

kejatuhan ekonomi yang lebih teruk berlaku pada tahun 1991. Hal ini kerana

perang saudara yang berlaku berturut-turut, pengeluaran hasil pertanian dan

perternakan serta infranstruktur perindustrian menghadapi pemusnahan yang

teruk. Pada tahun 2000, Somalia berhutang sebanyak $ 2560000000.Ini

mengakibatkan Negara Somalia telah menjadi sebuah negara yang tidak maju di

dunia. Jelaslah bahawa, perang yang berlaku menyebabkan Negara Somalia

menjadi sebuah Negara yang miskin.( Anna Leon-Guerrero 2008:193)The Global

Context: Poverty and Economic Inequality Around the world

Oleh itu, Negara Brazil dan Negara Somalia mempunyai dasar ekonomi

yang tersendiri. Di sini,dapat kita melihat kekayaan dan kemiskinan ekonomi di

sesebuah negara. Negara yang maju mampu menikmati hidup yang lebih selesa

daripada negara yang miskin.

12

Page 13: ks (2)

Aspek Pendidikan

Pendidikan di Brazil diatur oleh Pemerintah Federal melalui Department

Pendidikan yang mendefinisikan prinsip-prinsip panduan bagi organisasi

program pendidikan. Pemerintah daerah bertanggung jawab untuk membuat

negara dan program pendidikan mengikuti panduan dan menggunakan dana

yang diberikan oleh Pemerintah Federal. Anak-anak Brazil harus menghadiri

sekolah minimal 9 tahun, tetapi sekolah biasanya tidak memadai. Syarikat Yesus

(Yesuit) telah sejak permulaannya pada 1540, urutan misionaris. Evangelisation

adalah salah satu tujuan utama Yesuit tetapi mereka juga berkomitmen untuk

pengajaran dan pendidikan, baik di Eropah dan luar negeri. Kegiatan misionaris,

baik di kota-kota dan di daerah pedesaan yang dilengkapi dengan komitmen

yang kuat untuk pendidikan. Ini berupa pembukaan sekolah untuk anak laki-laki,

pertama di Eropah tetapi cepat merebak ke Amerika dan Asia.

Selain itu, sistem pendidikan di Negara Somalia mundur. Pada awal 1970-

an, kerajaan Siad mementingkan kepada pembangunan pendidikan. Beliau

menganjurkan kempen celik huruf. Kempen ini telah berjaya meningkatkan kadar

celik huruf rakyat Somalia dari peratus 2 peratus sehingga ke 60 peratus. Sejak

perang saudara pada tahun 1991, sekolah-sekolah yang sedia ada di Somalia

terpaksa tutup. Dengan ini, kadar buta huruf meningkat sehingga kepada peratus

yang tinggi iaitu sebanyak 76 peratus.

Di sini, dapatlah kita mengetahui bahawa kadar buta huruf di Somalia

semakin meningkat manakala pendidikan di Brazil agak maju berbanding dengan

Somalia. Oleh itu, rakyat di Negara Brazil mendapat pendidikan yang sempurna

dan kadar celik huruf juga meningkat dari tahun ke tahun.

13

Page 14: ks (2)

Aspek Pengangkutan

Kebanyakkan bandar moden dunia kini mempunyai pengangkutan awam

mereka yang tersendiri. Majoriti memilih untuk membina sistem rel yang

mengambil masa untuk dibina dan menelan belanja yang tinggi. Di Malaysia

sistem MRT fasa baru sedang dibina dan ia mengurangkan berlakunya

kesesakan jalan raya.

Di Curitiba, Brazil, mereka menggunakan sistem Bus Rapid Transit.

Sebenarnya, sistem BRT ini dicipta di Bandar ini oleh datuk Bandar Curitiba

Jaime Lerner pada tahun 1974. Melalui sistem BRT bas berfungsi seperti sebuah

kereta bawah tanah dengan laluan khas mereka sendiri. Setiap bas panjang

yang diberi gelaran “accordian”. BRT mampu membawa 300 penumpang pada

satu-satu masa. Stesen bas BRT berfungsi seperti stesen kereta api dengan

system bayaran pada pintu masuk dengan akses kepada pengguna kerusi roda.

Bas akan mengambil penumpang sekerap setiap 90 saat. Sistem ini jauh lebih

murah dari membina sistem kereta api massa yang sedia ada. Sistem BRT kini

digunakan di Bangalore, Penana, Buenos Aires dan Mexico City.

Seterusnya, sistem pengangkutan mengalami mundur di Negara Somalia.

Negara Somalia tidak sesuai untuk membina landasan kereta api. Oleh itu,

Negara Somalia menyediakan jalan raya sebagai pergerakan utama untuk warga

Somalia dalam wilayah Somalia. Selain daripada beberapa lebuh raya di

Somaliland, kebanyakkan jalan raya telah rosak dan tidak dibaiki. Oleh itu, warga

Somalia menggunakan kereta dan unta sebagai alat pergerakan utama. Hal ini

kerana Negara Somalia tidak menyediakan landasan kereta api. Hal ini kerana

Negara Somalia terdapat dataran pantai, dataran pedalaman tinggi, dan

kawasan pergunungan. Oleh itu, pengangkutan air merupakan pengangkutan

yang terpenting di Negara Somalia.

Jelaslah bahawa, BRT di Brazil sangat moden dan boleh menjimatkan

masa. Rakyat Brazil menganggap masa adalah penting untuk mereka. Mereka

harus berkejar dengan masa manakala sistem pengangkutan di Somalia agak

14

Page 15: ks (2)

mundur dan telah mengambil masa yang lama kerana Negara Somalia terdapat

banyak kawasan pergunungan.

Ini merupakan pengangkutan moden-Bus Rapid Transit ( BRT ) di Negara

Brazil.

15

Page 16: ks (2)

Aspek Kesihatan

Sao Paulo merupakan pusat kesihatan terbesar di Amerika Latin. Antara

hospital-hospital terunggulnya termasuk Hospital Ibrani Albert Einstein

danHospital das Clínicas yang terbesar di rantau ini. Dari segi

kemudahan kesihatan awam, Sao Paulo menempatkan institusi-institusi

perubatan awam dari ketiga-tiga peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan

perbandaran. Sektor perubatan swastanya juga amat besar. Dengan ini, jangka

hayat rakyat Brazil adalah 79 tahun bagi lelaki dan 84 tahun bagi perempuan.

Digital ini merupakan jangka hayat yang panjang antara negara.Warga Brazil

secara umunya dikehendaki membeli insurans kesihatan di syarikat insurans

swasta. Sejak tahun 1990, perbelanjaan kesihatan telah meningkat secara

berterusan. Keadaan ini menunjukkan pihak kerajaan mengeluarkan kos yang

tinggi dalam perkhidmatan perubatan supaya rakyat hidup dengan berkualiti.

Kemudahan kesihatan awam yang dikendali oleh kerajaan bandaraya

dibina di merata kota, dengan sejumlah besar 770 unit penjagaan kesihatan asas

(UBS), klinik bergerak dan kecemasan, dan 17 hospital. Setiausaha Kesihatan

Perbandaran mempunyai 59,000 pekerja, termasuk 8,000 pakar perubatan dan

12,000 jururawat. Seramai 6,000,000 warga kota mendapat khidmat kemudahan

perubatan awam yang menyediakan ubat-ubatan secara percuma serta

mengendali program kesihatan keluarga yang menyeluruh. Jelaslah bahawa,

warga Brazil menikmati kemudahan kesihatan yang berkualiti. Dengan ini telah

menunjukkan Negara Brazil merupakan satu daripada Negara yang kaya.

Di sebaliknya, tahap kesihatan Somalia menjadi paling teruk antara

negara Afrika. Rakyat mereka hidup dalam keadaan yang tiada jaminan hidup.

Hal ini kerana pada tahun 2000, Somalia hanya terdiri daripada sebuah hospital

kerajaan dan 62 buah klinik swasta. Dengan ini, Somalia menghadapi keadaan

kekurangan rawatan perubatan yang serius. Keadaan ini bermakna kurang

daripada satu pertiga penduduk mempunyai akses kepada perkhidmatan

perubatan. Selain daripada kemudahan perubatan, sebanyak 75 peratus

16

Page 17: ks (2)

penduduk Somalia menghadapi masalah tidak ada air yang bersih dan selamat

untuk diminum.

Menurut Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu

menganggarkan bahawa pada tahun 2002, purata jangka hayat penduduk

Somalia adalah 48 tahun, kanak-kanak yang berumur ke bawah lima tahun

sebanyak 25.8 peratus mengalami malnutrisi serta kadar kematian bayi tinggi

sehingga kepada kadar 25 peratus. Pendek kata, negara Somalia memiliki tahap

kesihatan yang teruk dan rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selesa dan

tidak berkualiti. Kadar kematian di Somalia juga menurun dengan cepat kerana

kekurangan mendapat rawatan dari hospital. ( Linda A. Mooney 2005:238 )

17

Page 18: ks (2)

6.0 Punca kekayaan di Brazil

Salah satu punca Brazil menjadi negara yang kaya adalah dari segi

sukan. Sukan yang paling popular di Brazil adalah bola sepak. Pasukan bola

sepak kebangsaan Brazil merupakan antara yang terunggul di dunia

menurut FIFA World Rankings, serta memenangi kejohanan Piala

Dunia sebanyak lima kali. Terdapat juga beberapa pemain yang terkenal di Brazil

seperti Ronaldo, Ronaldino dan yang paling muda sekali serta terkenal pada

zaman kini ialah Neymar.

Selain itu, bola keranjang, bola tampar, lumba kereta, dan seni bela

diri turut menarik ramai peminat. Misalnya, pasukan bola tampar lelaki

kebangsaan Brazil pernah menjulang kejuaraan Liga Dunia, Piala Juara Besar

Dunia, Kejohanan Dunia dan Piala Dunia FIVB. Sukan-sukan lain yang

dimainkan di Brazil pula termasuk tenis, bola baling, sukan reang, dan gimnastik

yang makin ramai peminatnya sejak puluhan tahun dahulu. Ada sesetengah

variasi sukan yang dilahirkan di Brazil seperti bola sepak pantai. Aktiviti-aktiviti

sukan tersebut memang telah menarik perhatian pelancong asing dan imej

negara Brazil telah dapat mendadak dengan begitu cepat.

Di samping itu, futsal (bola sepak tertutup) dan footvolley menjelma di

Brazil sebagai bentuk pengubahsuaian bola sepak. Dalam seni bela diri, rakyat

Brazil mencipta Capoeira, Vale tudo, dan Jiu-Jitsu Brazil. Dalam sukan bermotor,

tiga orang pemandu Brazil yang menjuarai kejohanan dunia Formula

Satu sebanyak lapan kali. Kreativiti dan inovatif telah ditonjolkan oleh negara

Brazil bagi memajukan negara sendiri. Rakyat Brazil juga sangat aktif dalam

bidang sukan dan ini telah meningkatkan nama negara Brazil.

Tambahan pula, Brazil pernah menjadi tuan rumah kepada temasya

sukan antarabangsa yang berprestij, termasuk Piala Dunia FIFA 1950 serta

dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014. Litar Sao Paulo, Autodromo

Jose Carlos Pace, menganjurkan Grand Prix F1 Brazil setiap tahun. Sao Paulo

18

Page 19: ks (2)

mengadakan Sukan Seluruh Amerika IV pada tahun 1963 dan Rio de Janeiro

menganjurkan Sukan Seluruh Amerika XV pada tahun 2007.

Baru-baru ini, Rio de Janeiro dipilih sebagai tuan rumah temasya

Olimpik pertama yang diadakan di Amerika Selatan pada tahun 2016. Dengan

menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sebesar ini, negara Brazil boleh menguntung

banyak dalam pembelanjaan negara. Banyak pelancong dari negara lain akan

melancong ke negara Brazil disebabkan oleh aktiviti sukan yang menarik

perhatian.Sementara itu, negara Brazil mampu menguntung mata wang dari

negara-negara lain. Dengan ini, ekonomi di Brazil semakin mendadak dan

berpotensi menjadi negara yang paling kukuh dalam bidang ekonomi di seluruh

dunia. Taraf hidup di Brazil juga menjadi semakin tinggi dan rakyat tidak akan

mengalami kemiskinan dan kesusahan. Rakyat Brazil dapat hidup dalam

keaadan yang harmoni dan selesa. (http://en.wikipedia.org/wiki/Brazil#Sports)

Gambar di atas menunjukkan bidang sukan yang terkenal di Brazil.

19

Page 20: ks (2)

7.0 Punca kemiskinan di Somalia

Negara Somalia merupakan salah satunya negara yang mengalami

kemiskinan. Oleh sebab mengalami kemiskinan yang serius, kehidupan rakyat di

Somalia menjadi sangat susah. Pelbagai penyakit telah dihidapi oleh rakyat di

Somalia. Ini telah membawa banyak kematian di kalangan rakyat Somalia

terutamanya kanak-kanak.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa krisis kewangan dan kemarau di

Somalia merupakan salah satu punca kemiskinan. Krisis kewangan dan kemarau

di Somalia amat teruk apabila berbanding dengan negara lain. Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan

merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan

dihulurkan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Unit Analisis Keselamatan

Makanan dan Nutrisi ( FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa

mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan. Oleh

sebab tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah

kehabisan sumber makanan, rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas

kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah

Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan. Malangnya, belum

sempat pun menjejak kaki di kem berkenaan, segelintir mereka mati dalam

perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi.

Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa

mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu,

tidak terurus dan kurus kering. Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai

60 bayimati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain

kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan. Hari ini, Somalia terletak di timur

Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman

kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP ) mendapati seramai 3.5

juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan

lebih 100,000 orang di Djibouti memerlukan bantuan makanan. Menurut ketua

20

Page 21: ks (2)

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR),

Antonio Guteress, krisis kemarau dan kebuluran di Somalia adalah antara yang

paling teruk di dunia.

(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2011&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm)

Selain itu, satu lagi hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah

peristiwa perang saudara yang berlaku di negara Somalia. Perang saudara yang

berlaku di negara Somalia boleh dikatakan sebagai satu lambang negara ini.

Wabak perang saudara di Somalia mempunyai akar sosial yang mendalam, iaitu

konflik antara puak dan partisan. Kerajaan Siad mula berkuasa pada tahun 1969.

Akibat dengan jangka tadbir beliau yang panjang dan kekurangan penyeliaan

yang diperlukan, rasuah dan nepotisme yang serius berlaku. Segala konflik ini

bergabung dan akibatnya rakyat Somalia mengadu serta negara-negara Afrika

menjadi lebih miskin. Pada masa yang sama, pemberontakan bersenjata anti-

kerajaan menjulang. Siad segera meminta orang puak dari seluruh negara untuk

melindungi sendiri. Malangnya, langkah ini tidak dijangka akan mendatangkan

puak-puak lain untuk menduduki tapak itu. Tentera kebangsaan berpaling tadah

puak masing-masing dengan membawa senjata untuk berperang antara puak.

Perang ini menyebabkan keadaan Capital merosot. Selepas itu, Siad

segera meletakkan jawatan. Dalam anarki, perjuangan kuasa antara ketua

perang untuk menduduki tapak. Namun begitu, Siad kembali. Beliau

mempengaruh puak-puak yang kalah untuk merompak tapak tersebut. Keadaan

yang begitu teruk menyebabkan campur tangan antarabangsa dan

pengantaraan. Malangnya, segala kelakuan ini tidak berfungsi. Pada tahun 1991

bulan Januari, Siad telah ditumbangkan. Pendek kata, Somalia merupakan

sebuah negara yang tidak aman.

Tambahan pula, akibat dengan perang saudara berlaku secara berturut-

turut, sistem pendidikan dan sistem sosial telah terhempas bertahun-tahun.Oleh

itu, sejak abad ke-20, orang tempatan itu mula menjadi lanun sebagai industri

21

Page 22: ks (2)

utama.Mereka memerasan Syarikat Saudagar setiap tahun, jumlah yang di ungut

tidak tentu dan sukar untuk menganggarkan. Kuasa lanun Somalia telah

berkembang sehigga ke 1100 orang ke 1200 orang.Sejak tahun 2008, perairan

berhampiran Somalia telah mengalami lebih daripada 120 kes rompakan, lebih

30 buah kapal dirompak dan lebih daripada 600 orang anak kapal diculik. Lanun

Somalia ini telah menjadi ancaman utama antarabangsa dan menimbulkan

ancaman yang serius kepada keselamatan aktiviti laut. Bangsa-bangsa Bersatu

telah mula menyiasat asa lanun Somalia. Mengikut statistik PBB, masyarakat

antarabangsa Somalia kehilangan kewangan sebanyak lima ke tujuh billion dolar

Amerika.

Secara tuntasnya, negara Somalia merupakan sebuah negara yang

miskin. Sebab utama adalah perang saudara yang berlaku secara berturut-turut.

Sebab utama ini telah menyebabkan kualiti hidup masyarakat dari segi

pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Ini telah menyebabkan

negara Somalia mengalami kemiskinan selama-lama ini.

http://palingseru.com/10695/10-perang-saudara-yang-pernah-terjadi-di-dunia.

Gamabar di atas menunjukkan kesusahan hidup apabila perang saudara

berlaku di Somalia.

22

Page 23: ks (2)

8.0 Penilaian Terhadap Negara Kaya Dan Negara Miskin

Negara Brazil merupakan negara yang kaya dan maju. Oleh demikian,

rakyat di Brazil dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan mewah. Oleh

sebab dengan kekayaannya, negara Brazil telah membangun pelbagai

bangunan yang dapat menarik perhatian negara lain. Bangunan yang besar telah

ditandangani oleh syarikat besar. Dengan adanya bangunan tersebut, pelbagai

urusan atau perniagaan dapat dilaksanakan seperti menghasilkan benda yang

mesra alam dengan menggunakan tenaga solar untuk menghidupkan kereta. Hal

ini dapat mengurangkan pencemaran berlaku di persekitaran. Dengan ini, rakyat

dapat menikmati udara yang segar dan nyaman. Kesihatan rakyat di negara

Brazil semakin meningkat dan bertambah baik.

Di samping itu, negara Brazil boleh menjalankan urusan yang besar-

besaran dengan negara lain dengan menggunakan kekayaannya. Hal ini dapat

mengeratkan hubungan sesama negara lain. Apabila Negara Brazil menghadapi

sebarang masalah, negara lain boleh memberi bantuan serta memberi

perlindungan kepada negara Brazil. Dengan kekayaannya, negara Brazil

maampu berkongsi ideanya dengan negara lain bagi mencipta sesuatu yang

baru. Penduduk Brazil akan menjadi semakin kreatif dan bijak serta dapat

memajukan negara mereka. Dengan adanya hubungan yang erat dengan negara

lain, negara Brazil menjadi semakin kukuh dan tidak mudah diserang oleh pihak

musuh.

Di negara Somalia, penduduk Somalia sentiasa dihidapi dengan pelbagai

jenis penyakit. Tiada tempat untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya merebak

kepada orang lain serta membawa kematian. Selain itu, penduduk Somalia tidak

mendapat makanan yang secukupnya. Mereka terpaksa mencari sisa-sisa

makanan di kawasan pembuangan sampah sarap. Hal ini menyebabkan mereka

menjadi terlalu kurus dan tidak mendapat sebarang nutrisi dan akhirnya mati.

Tiada makanan bermakna tiada tenaga untuk melakukan perkara seharian

terutamanya kanak-kanak. Anak-anak kecil selalunya berbaring di atas lantai

yang kotor. Ini telah menyebabkan pelbagai penyakit dijangkiti sejak kecil lagi.

23

Page 24: ks (2)

Tambahan pula, fikiran penduduk Somalia juga lemah kerana tidak mendapat

pendidikan yang sempurna. Penduduk Somalia tidak mempunyai keperluan

hidup yang asasi untuk diri dan keluarganya sudah tentu tidak boleh berfikir

secara sempurna. Ini kerana seluruh tubuh badan, terutama otak, tidak boleh

berfungsi dengan baik kerana kekurangan zat makanan atau kelaparan. Dengan

ini, negara Somalia menjadi mundur dan kadar kematian semakin bertambah.

Selain itu, perang saudara yang berlaku di Somalia juga menyebabkan

nyawa penduduk tidak dijamin. Mereka akan kehilangan tempat perlindungan

dan kehilangan ahli keluarga. Bagi menyelamatkan diri sendiri dan keluarga,

meraka terpaksa terlibat dalam kes pelarian untuk mencari tempat yang lebih

selamat untuk mereka. Cara kehidupan mereka ini telah menyusahkan mereka.

Taraf hidup dan kualiti hidup di Somalia pula menjadi sangat rendah. Mereka

mungkin mengalami kematian pada bila-bila masa. Kadang-kadang dalam

tengah perjalanan, mereka mungkin akan mengalami kematian terutamanya

kanak-kanak kerana kekurangan makanan. Ini adalah faktor kadar kematian

yang tinggi di Sub-Sahara Afrika.

Seterusnya, kadar buta huruf di kalangan penduduk Somalia juga sangat

tinggi disebabkan sekolah-sekolah tertutup selepas perang saudara. Penduduk

di Somalia tidak menerima sebarang ilmu pengetahuan. Ini menyebabkan

mereka mudah ditipu oleh negara lain. Sumber-sumber asli yang ada pada

Somalia telah diambil dan dieksploitasi oleh negara yang kaya. Oleh sebab tiada

ilmu pengetahuan yang tinggi, kadar kelahiran di kalangan penduduk menjadi

tinggi. Mereka tidak mampu untuk membesarkan anak-anak mereka dengan

bilangan yang banyak. Di samping itu, penyakit AIDS juga melanda di negara

yang miskin dan telah mengakibatkan pelbagai penduduk menghilangkan

nyawanya.

Akhir sekali, taraf hidup di Brazil dan Somalia adalah berbeza. Keadaan di

Brazil adalah lebih aman daripada Somalia. Ini menunjukkan negara Brazil

mampu menjadi negara yang paling kaya di dunia pada masa yang akan datang

manakala Somalia harus berusaha meningkatkan kualiti hidup.

24

Page 25: ks (2)

Perbezaan Antara Negara Brazil Dan Negara Somalia

Perbezaan antara negara Brazil dan negara Somalia boleh dikategorikan

kepada beberapa bahagian. Pertamanya, kedua-dua negara berbeza dari segi

kesihatan. Negara kaya, iaitu negara Brazil memiliki kemudahan perubatan yang

modern sehingga jangka hayat warganegara Brazil sampai ke umur 79 tahun

untuk lelaki dan 84 tahun untuk perempuan. Sementara itu, jangka hayat

warganegara di negara Somalia hanya hingga 47 tahun kerana tidak ada

perkhidmatan perubatan yang modern.Di samping itu, kadar kematian bayi di

negara Somalia juga tinggi berbanding dengan negara lain. Jelaslah bahawa,

tahap kesihatan kedua-dua negara ini berbeza.

Tambahan pula, perbezaan antara kedua-dua negara ialah dari segi

pendidikan. Bagi negara Brazil, warganya harus menghadiri sekolah minimal 9

tahun. Bukan itu sahaja, negara Brazil juga membina banyak sekolah dan

universiti. Kebanyakan orang ahli cendakiawan di seluruh dunia datang dari

negara Brazil. Sementara itu, negara Somalia kekurangan sekolah dan kadar

buta huruf masyarakat tersebut tinggi berbanding dengan negara lain. Penduduk

Somalia tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya. Pendek kata,

perbezaan pendidikan antara kedua-dua negara ini agak nyata melalui

pencapaian akademik rakyat negara masing-masing.

Seterusnya, perbezaan antara kedua-dua negara turut boleh ditunjukkan

melalui sistem pengangkutan yang sedia ada di negara masing-masing. Di

negara Brazil telah mennggunakan system Bus Rapid Transit (BRT) yang

mampu memudahkan pergerakan orang ramai dari satu tempat ke satu tempat.

Ini telah menjimatkan banyak masa..Sementara itu, negara Somalia pula tidak

ada landasan kereta api dan menggunakan kereta dan unta sebagai peralatan

untuk begerak. Haiwan telalh menjadi kenderaan yang paling utama dalam

kehidupan mereka.

Selain itu, perbezaan antara negara Brazil dan negara Somalia boleh

ditunjukkan dari segi permakanan warganegara masing-masing. Buktinya,

25

Page 26: ks (2)

makanan di negara Brazil yang terkenal ialah Feijoada yang dimakan dengan

nasi. Sebaliknya, negara Somalia pula menghadapi malnutrisi antara rakyat.

Bukan itu sahaja, ramai warga negara Somalia meninggal dunia akibat

kelaparan. Pelbagai penyakit seperti kwashiorkor dan Maramus telah beerlaku

dalam kalangan penduduk Somalia. Tegasnya, cara permakanan dan kualiti

makanan adalah berbeza antara kedua-dua negara yang telah saya kaji.

Akhir sekali, negara Brazil dan negara Somalia merupakan satu daripada

contoh negara kaya dan negara miskin. Namun begitu, Bangsa-bangsa Bersatu

perlu membantu negara Somalia supaya negara ini menjadi negara yang lebih

maju. Satu daripada bantuan yang dikeluarkan untuk memperbaikkan negara

miskin seperti negara Somalia adalah Kesatuan Eropah yang telah membiayai

untuk memodernkan Berbera dan Bossaso. Pada tahun 1999, Kesatuan Eropah

merancang untuk melabur sebanyak $1500000 untuk pembinaan pelabuhan

Berbera.Selain itu, Bank Dunia dan Tahun Kewangan Antarabangsa (IMF) turut

mengeluarkan kewangan untuk negara Somalia yang menghadapi kesusahan

kewangan yang menghampiri keruntuhan ekonomi. Pengaman-pengaman PBB

boleh dihantar ke negara Somalia yang sering berlaku perang saudara. Hal ini

adalah untuk melaksanakan syarat-syarat persetujuan keamanan. Sesebuah

negara yang aman barulah hidup dalam keadaan yang berkualiti dan harmoni.

Sudah terang lagi bersuluh, semua rakyat haruslah bekerjasama untuk

membangkitkan negara supaya menjadi sebuah negara yang kukuh dan maju di

persada dunia ini.

26

Page 27: ks (2)

9.0 Rumusan

Di global ini , ketidakseimbangan kekayaan dan kemiskinan telah menjadi

satu isu yang serius. Isu ini telah berlaku pada negara Dunia Ketiga. Negara

yang kaya seperti Brazil mampu menikmati kehidupan yang sempurna manakala

negara miskin seperti Somalia terpaksa hidup dalam keadaan yang susah.

Ekonomi di Brazil sangat kukuh dan mampu menjalankan urusan dengan

negara lain. Ini menjadi negara Brazil menjadi sebuah negara yang kukuh.

Pendidikan di Brazil juga sangat sempurna. Banyak sekolah telah didirikan untuk

melahirkan modal insan yang pertama di dunia ini. Penduduk di Brazil dapat

menjimatkan masa dengan menggunakan system pengangkutan yang

berteknologi tinggi iaitu Bus Rapi Transit (BRT). Kesihatan penduduk juga

sentiasa di bawah jaminan kerana terdapat banyak kemudahan kesihatan

didirikan di Brazil. Brazil berpotensi menjadi negara yang paling kaya di dunia ini

pada masa yang akan datang.

Di samping itu, perang saudara yang berlaku di Somalia telah

mengorbankan banyak nyawa. Penduduk di Somalia terpaksa mengalami

masalah kebuluran. Selain itu, lanun Somalia juga telah menjejaskan aktiviti laut.

Mereka akan merompak kapal-kapal dan menculik anak kapal. Ini telah menjadi

satu ancaman yang serius di antarabangsa.

Akhir sekali, kita haruslah sentiasa bersyukur kerana dapat hidup di

negara Malaysia yang aman dan damai. Negara Brazil menjadi salah satu

negara yang mempunyai contoh yang baik dan boleh kita ikuti agar negara kita

boleh menjadi lebih maju serta berupaya meningkatkan kedudukan negara kita di

persada dunia ini.

27

Page 28: ks (2)

10.0 Refleksi

Dalam proses menjalankan tugas ini, saya telah mendapat banyak ilmu

pengetahuan yang ekstra serta menghadapi banyak cabaran.

Sebelum ini, saya telah mengunjungi pusat sumber IPG Kampus Raja

Melewar untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai maklumat dalam kerja

kursus saya. Apabila saya tidak dapat mencari buku-buku rujukan yang ingin

saya cari, saya akan meminta bantuan daripada pihak perpustakaan. Akhirnya,

dengan bantuan mereka saya berjaya mencari buku-buku yang ingin saya

dapati. Walau bagaimanapun, saya telah menghadapi banyak masalah

sepanjang menjalankan kerja kursus saya. Masalah yang saya hadapi ialah saya

tidak memahami kehendak soalan. Walaupun soalan kerja kursus ini agak

senang, tetapi terdapat banyak isi-isi tersirat dalamnya. Saya harus

mendapatkan bantuan dariapda rakan-rakan saya. Rakan- rakan saya telah

meminjam buku-buku yang berkaitan kepada saya dan telah memberi banyak

idea yang bagus kepada saya. Saya juga mendapat bantuan daripada

pensyarah saya. Apabila saya tidak memahami sesuatu, saya mencari masa

untuk berbincang degan pensyarah saya. Ini telah banyak menambah ilmu

pengetahuan saya dan pengalaman saya.

Selepas saya mendapat buku-buku rujukan tersebut, saya telah

mengadakan sesi perbincangan saya dengan rakan-rakan saya pada setiap

malam. Walaupun kita menghadapi sebarang cabaran, kita tetap tidak berputus

asa kerana kita tahu “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Bukan itu

sahaja, saya juga menggunakan laman-laman sosial seperti Facebook untuk

membuat perbincangan dengan rakan kita. Kita akan berkongsi maklumat antara

satu sama lain di kalangan kita. Ini telah mengeratkan hubungan silaturahim

abatara satu sama lain. Di sini, saya baru mengetahui bahawa bekerjasama

amatlah penting dalam melakukan sesuatu perkara. Tanapa kerjasama, kita

tidak akan berjaya melakukan apa-apa sahaja.

28

Page 29: ks (2)

Di samping itu, saya juga dapat memberi tumpuan dengan sepenuhnya

semasa proses pembelajaran dijalankan. Pada masa lapang, saya akan

mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan kerja jursus saya. Saya tidak

membazirkan masa saya dengan melakukan aktiviti yang buruk. Akhirnya, saya

berasa bersyukur kerana berjaya menghabiskan kerja kursus saya.

Akhir sekali, sepanjang membuat kerja kursus saya, saya telah mempelajari

nilai kesabaran. Walaupun saya tidak dapat mencari maklumat pada mula-

mulanya, maka dengan penuh kesabaran, saya telah berjaya mencari maklumat

saya. Selain itu, nilai gigih juaga telah saya pelajari sepanjang membuat kerja

kursus ini. Saya harus mengorbankan masa untuk membuat kerja kursus saya.

Pada masa yang luang, saya akan berusaha membuat kerja kursus saya dengan

rakan-rakan. Saya telah melayari internet dan mencari maklumat dengan sedaya

upaya. Di sini, saya juga mempelajari sesuatu iaitu menghargai rakan. Tanpa

bantuan rakan, saya tidak mampu menyiapkan kerja saya pada tepat masanya.

Oleh itu, saya berasa sangat gembira kerana dapat menghadapi segala masalah

sepanjang membuat kerja kursus ini. Seterusnya, saya telah mempelajari satu

nilai yang paling penting iaitu nilai bersyukur. Kita harus sentiasa bersyukur

kerana dapat tinggal di Malaysia yang aman dan damai serta harmoni. Negara

kita tidak menghadapi sebarang bencana alam. Pendidikan di negara kita juga

sangat kukuh da sempurna. Generasi baru mendapat didikan yang cukup dapat

berpotensi menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang. Marilah kita

berusaha bersama-sama untuk mencapai kejayaan negar kita dan berjaya

menjelang Wawasan 2020.

29

Page 30: ks (2)

Rujukan

Anna Leon-Guerrero.(2008).The Global Context: Poverty and Economic

Inequality Around the World. London: Sage Publication,Inc.

Bang Seru. (2012). 10 Perang Saudara Yang Pernah Terjadi di Dunia.

http://palingseru.com/10695/10-perang-saudara-yang-pernah-

terjadi-di-dunia. Dilayari pada 2 September 2013.

D. Stanley Eitzen et el.(2011).Problem of people,the Enviroment, and Location.

United State: Pearson Education, Inc.

Ermawi. (2008). Ciri-ciri Negara Maju.

http://dahlanforum.wordpress.com/2009/09/17/ciri-ciri-negara-maju/.

Dilayari pada 1 September 2013.

IZYAN LIYANA MOHD. DARIF.(2013). Rintihan rakyat Somalia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0729&pub=Ko

smo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm. Dilayari pada 3 September.

Kartaka Dewi.(2011). Ciri-ciri negara maju dan berkembang.

http://eiskartikadewi.wordpress.com/2011/09/25/ciri-ciri-negara-maju-

dan-berkembang/. Dilayari pada 2 September 2013.

Linda A. Mooney. (2005). Understanding Social Problem.United Kingdom: Sage

Publicatons Ltd.

30