krt3013 tugasan b(esei) d20102043877

6
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH NAMA: MUNALIZATUL BT DAUD NO MATRIK: D20102043877 KUMPULAN: EL-A23 NAMA PENSYARAH: CIK ASMARA BINTI ALIAS TUGASAN: 1B TEKNOLOGI KOMPUTER DIKATAKAN DAPAT MENBANTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH. SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH RENDAH, JELASKAN ISU BERIKUT: 1. KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH. Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Namun dalam melaksanakan tugas mengajar di dalam kelas, guru sudah pastinya menghadapi masalah. Isu masalah yang dikenalpasti ialah kurangnya tumpuan murid terhadap pengajaran guru terutamanya murid-murid di kelas tahun 1 di mana mereka pertama kalinya menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang formal. Tumpuan kajian pemasalahan adalah ketika pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia. Pemasalahan ini berlaku kerana masih terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan menaakul dengan baik. Ada segelintir murid boleh membaca dengan baik namun lemah dari segi penulisan dan begitulah sebaliknya berlaku. Ada juga terdapat murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan ada juga yang masih

Upload: shamona-daud

Post on 02-Jun-2015

8.427 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

NAMA: MUNALIZATUL BT DAUD

NO MATRIK: D20102043877

KUMPULAN: EL-A23

NAMA PENSYARAH: CIK ASMARA BINTI ALIAS

TUGASAN: 1B

TEKNOLOGI KOMPUTER DIKATAKAN DAPAT MENBANTU PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH. SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH RENDAH,

JELASKAN ISU BERIKUT:

1. KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH.

Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan

agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Namun dalam melaksanakan

tugas mengajar di dalam kelas, guru sudah pastinya menghadapi masalah. Isu masalah yang

dikenalpasti ialah kurangnya tumpuan murid terhadap pengajaran guru terutamanya murid-

murid di kelas tahun 1 di mana mereka pertama kalinya menjejakkan kaki ke alam

persekolahan yang formal. Tumpuan kajian pemasalahan adalah ketika pengajaran

matapelajaran Bahasa Malaysia. Pemasalahan ini berlaku kerana masih terdapat segelintir

murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan menaakul

dengan baik. Ada segelintir murid boleh membaca dengan baik namun lemah dari segi

penulisan dan begitulah sebaliknya berlaku. Ada juga terdapat murid yang masih belum

menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan ada juga yang masih belum mengenal

serta mengecam huruf.Akibat dari itu murid-murid ini kurang memberi tumpuan pada

pengajaran guru serta tidak fokus terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah

kerana mereka selalu ketinggalan berbanding murid di arus perdana yang telah menguasai

kemahiran 3M itu. Tidak dapat dinafikan di dalam setiap kelas terdapat perlbagai tahap

kebolehan murid dan guru harus peka dan memainkan peranan agar semua murid terlibat

sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan.

2. KAITKAN BAGAIMANA TEKNOLOGI KOMPUTER DAPAT MEMBANTU ANDA

MENYELESAIKAN MASALAH DALAM (1).

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik komputer

dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan

kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Masalah kurangnya tumpuan murid di dalam kelas dapat diatasi

dengan penggunaan teknologi komputer. Antara kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan

interaktif kerana komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan

jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat murid

terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dari segi mengeja

perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan mata. Murid menyesuaikan gambar

dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang sama mereka boleh menyemak jawapan

mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan komputer akan terdapat

pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru mengulangi apabila perlu untuk

memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat

memerlukan kebebasan daripada para murid(Clements, 1995). Antara contoh aktiviti ialah

pengulangan menyebut suku kata tertutup seperti bas, dam, gam dan beg. Murid boleh

mengulang aktiviti sampai mereka boleh menguasai kemahiran mengeja dan menyebut suku

kata tertutup tersebut. Ini dapat mengelakkan rasa jemu murid apabila mereka lupa dan kurang

mengingat. Kebaikan menggunakan computer dalam aktiviti pengajaran guru ialah guru dan

murid mendapat maklum balas dan peneguhan. Media komputer membolehkan murid

memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang

diberikan apabila murid memberikan jawapan dapat memotivasikan murid. Oleh itu murid rasa

diri mereka dihargai dan seterusnya mengurangkan sikap bermain murid di dalam kelas yang

boleh mengurangkan daya tumpuan mereka terhadap pengajaran guru. Objektif pembelajaran

murid lebih luas dengan penggunaan komputer dan boleh dilakukan sendiri oleh murid dan

membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus.

Namun di dalam kebaikan yang diperolehi terdapat juga kelemahan penggunaan

computer dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Antara kelemahan penggunaan komputer

ialah kemudahan komputer yang tidak mencukupi untuk seorang murid satu komputer. Selain

itu guru tidak bersedia untuk menggunakannya disebabkan tidak berkeyakinan untuk

menggunakannya dan terpaksa mencuri sedikit masa untuk penyelenggaraannnya.

Komputer sebagai satu yang membebankan kerana memerlukan masa dari segi penyediaan

kerana usaha untuk guru membentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan

kemahiran yang tinggi. Murid sudah tentu akan menjadi jemu andai sentiasa mengulangi bahan

yang sama. Ini memerlukan kreativiti guru untuk mempelbagaikan bahan namun akibat dari

kekangan masa guru tidak mampu untuk memperbanyakkan bahan berasaskan komputer.

Selain kebaikan, kelemahan penggunaan komputer dalam pengajaran di dalam kelas

terdapat juga cabaran-cabaran yang harus dihadapi samada di pihak guru mahupun pihak

sekolah. Antara cabaran yang dihadapi ialah kekurangan kemahiran guru dalam bidang IT

kerana tidak ramai guru yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif untuk menyediakan

bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kekurangan prasarana dan bahan sokongan

dari pihak kementerian dan sekolah juga merupakan satu cabaran dalam melaksanakan

pengajaran dengan sistem komputer. Kekurangan dari bilangan komputer di mana murid

terpaksa berkongsi komputer menyebabkan berlakunya sifat dengki dan berebut di antara murid

kerana ada murid yang dapat menyentuh dan mengakses computer dan ada murid yang hanya

menjadi pemerhati. Cabaran seterusnya ialah masalah sumber kewangan yang tidak

mencukupi. Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi

membiayai perlbagai kos penggunaan tenologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran

konvensional. Sekolah gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan murid supaya

celik komputer terutama murid dari kawasan luar bandar akibat dari masalah kewangan yang

dihadapi. Perkembangan pendidikan dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan

pendidikan dan profesion keguruan. Guru-guru perlu mempunyai pengkhususan bidang

pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Guru perlu berani meneroka bidang IT dan

pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota harus dikikis dari

pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah

mendapatkan maklumat dari komputer. Cabaran seterusnya penggunaan komputer dalam bilik

darjah bagi mengatasi kurangnya daya tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran ialah guru menghadapi kekangan masa untuk menghabiskan silibus jika

berterusan menggunakan teknologi komputer di dalam bilik darjah kerana penggunaan internet

untuk mendapat bahan pembelajaran yang baharu memerlukan masa yang lama untuk dilayari

dan diakses. Membina, membangunkan dan mengintegrasikan sumber-sumber multimedia

agak sukar walaupun mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan

menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

Penggunaan komputer bagi menangani masalah kurangnya fokus murid terhadap

pengajaran dalam situasi pendidikan konvensional bukan hanya terdapat kebaikan. Kelemahan

serta cabaran namun juga terdapatnya peluang-peluang tertentu yang mungkin menguntungkan

sesetengah pihak seperti guru dan murid. Antara peluang penggunaan komputer dalam bilik

darjah semasa aktiviti pengajaran ialah berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan

guru dan murid terhadap pelajaran. Ia juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada

semua murid yang perlbagai keupayaan untuk mencuba mengakses komputer ketika sesi

pembelajaran dijalankan. Selain itu penggunaan komputer dapat meningkatkan motivasi guru

serta murid. Selain itu penggunaan komputer juga memberi peluang kepada murid belajar lebih

berkesan dengan bimbingan yang minimum dari guru. Selain itu guru boleh mengakses

maklumat yang sukar diperolehi dari internet untuk dijadikan bahan pengajaran untuk murid.

Pengunaan komputer juga membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang

sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan secara biasa. Ini juga dapat

meningkatkan daya imaginasi serta kreativiti guru dan murid serta meningkatkan kemahiran ICT

di kalangan mereka.

RUMUSAN

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia

untuk meningkatkan kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan komputer dalam

pengajaran di bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih

kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Pendidikan di Malaysia perlu

melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.

Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan

pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada

profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk

disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan

projector, computer dan persembahan PowerPoint bagi mengatasi masalah pengajaran yang

dihadapi di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam

penggunaan computer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk

mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan.