kronologi penubuhan pasukan renjer puteri

5
Kronologi Penubuhan Pasukan Renjer Puteri Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya. Ahli Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer. Unit Pandu Puteri Renjer Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya. Persetiaan Pandu Puteri Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi ‘Selalu Sedia – Terus Berkhidmat’. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:- Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang- Undang Pandu Puteri.” Undang-Undang Pandu Puteri 1 Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai. 2 Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia. 3 Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain. 4 Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain. 5 Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun. 6 Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7 Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah. 8 Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. 9 Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat. 10 Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Upload: susilawati-raya-sugianto

Post on 30-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sejarah penubuhan pandu puteri

TRANSCRIPT

Kronologi Penubuhan Pasukan Renjer PuteriPada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer La

Kronologi Penubuhan Pasukan Renjer PuteriPada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya.

Ahli Pandu Puteri Renjer

Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.

Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

Unit Pandu Puteri RenjerJumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.

Persetiaan Pandu PuteriSama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi Selalu Sedia Terus Berkhidmat. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:-

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.

Undang-Undang Pandu Puteri

Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.

Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.

Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.

Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.

Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.

Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.

Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.

Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.

Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.

Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Pakaian Pandu Puteri Renjer

Blaus hijau muda berlogo lengan panjang

Skaf biru tua

Woggle

Flashes bahu

Lambang Negeri

Lencana Dunia

Lencana Pelantikan Pandu Puteri

Seluar panjang biru tua

Stoking hitam

Kasut hitam

Maklumat Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya (BAKP)

Maklumat ini adalah sebagai panduan kepada Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat berusaha mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya, untuk melayakkan diri menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja.

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon BAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pajabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah diisikan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Negeri masing-masing.

Anugerah Ketua PesuruhjayaRasional

Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya

Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti

Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri

Pra-Syarat

Mempunyai Tali Perkelilingan

Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu

Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1

Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan

Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun

Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya

Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya

BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA (BAKP) merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan kepanduan dan pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut:

Sistem dan struktur Kepanduan- Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa

Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia- Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian

Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia

BAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa CABARAN yang telah ditetapkan.

Kandungan dan corak BAKP akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah Ketua Pesuruhjaya, Ibu Pejabat Kebangsaan, dan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya.

BAKP akan diadakan pada penghujung minggu sepanjang tahun atas permohonan calon, yang dibuat melalui Pesuruhjaya Cawangan.

BAKP akan dikelolakan oleh Penguji yang dilantik bersama oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri berkenaan dan Ibu Pejabat kebangsaan.

6. BAKP akan digunakan oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk mengenal pasti dam membimbing bakal calon PANDU PUTERI RAJA.

Prosidur permohonan:

Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas Dua dan Kelas Satu:

Telah lulus Ujian Tali Perkelilingan;

Telah memperoleh Bintang Puteri Satu dan sedang berusaha untuk mendapat pelbagai Lencana Kecekapan lain;

Telah memperoleh Permit Perkhemahan ATAU Lambang Kraf Kayu

Berumur antara 15 hingga 17 tahun

Telah mengemaskinikan semua Buku Log yang disyaratkan.

Bakal peserta mengisi BORANG PERMOHONAN MENYERTAI BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA dan menghantar borang berkenaan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya Daerah, dan Pesuruhjaya Cawangan.

Peserta mengambil bahagian cergas dalam BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA.

Peserta menerima keputusan LULUS atau GAGAL tanpa bantahan.

Senarai Semak Pengisian Buku Log CalonNama Calon:

A. Butiran

B. Ciri

C. Prinsip

Siapa Bila tarikh & tempoh mengapa apa bagaimana penilaian rumusan & keputusan penyemakan & perakuan pengakuan

Kemas usaha berterusan perkembangan & kemajuan pelbagai ruang:- sijil- perakuan- Ringkasan tahunan- dsb

Bentuk Kandungan Lampiran

Contoh Cabaran BAKP 2002Cabaran 1:Menulis Satu Makalah Bertajuk : A Day In My Life Dalam Bahasa Malaysia Atau Bahasa Inggeris (Kerja Individu)

Cabaran 2:Khidmat Pandu Puteri (Kerja Berkumpulan)

Cabaran 3:Cadangan Khidmat Masyarakat Yang Akan Dijalankan Untuk Ujian Pandu Puteri Raja Bengkel Selalu Sedia 2002 (Kerja Individu, Dan Penilaian Oleh Rakan Sebaya)

Cabaran 4:Membentangkan Cadangan Meningkatkan Program dan/atau Aktiviti Kepanduan (Kerja Berkumpulan)Garis Panduan Menyediakan Calon Pandu Puteri Raja

BUKU LOG

Peribadi

Biodata calon

Rekod penglibatan diri dalam perkhidmatan atau aktiviti Kepanduan di peringkat pasukan, sekolah, daerah.

Acara Panduk Puteri yang istimewa pernah dihadiri di peringkat caawngan, kebangsaan atau antarabangsa.

Program Pandu Puteri Remaja

Ujian Pra Persetiaan

Ujian-ujian Kelas Dua termasuk lencana-lencana untuk Lambang Rumah Kecil

Kelulusan Tali Pekelilingan (jika layak) semasa menjalankan Ujian Kelas Dua (memenuhi syarat umur)

Program Pandu Puteri Renjer

Ujian Pra Pelantikan

Ujian-ujian Kelas Satu (termasuk khidmat)

Lencana-lencana untuk Bintang Puteri I, II dan III

Buku Skrap Skim Berdikari

Buku Log Permit Perkhemahan atau Lambang Kraf Kayu

LAPORAN1. Khidmat Masyarakat selama tiga (3) bulan2. Tugasan Khas yang ditetapkan

CATATAN:Laporan untuk setiap ujian lencana kecekapan yang telah diambil seharusnya disertakan dengan langkah-langkah melakukannya mengikut syarat-syarat dalam huraian Lencana Kecekapan.

Cara penyediaan Buku Log diserahkan kepada kreativiti calon. Bahan fotostat yang disalin terus dari buku teks tidak digalakkan.

Pastikan bahan yang dihasilkan dengan menggunakan komputer adalah usaha calon yang diolahkan sendiri.

CABARANCalon Pandu Puteri Raja harus bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang berikut:-

Ilmu dan kemahiran Pandu Puteri seperti Kawat dan istiadat, Simpulan dan ikatan

Situasi masa kecemasan

Pengetahuan dan kemahiran tentang perkhemahan

Permainan Pandu Puteri yang mencabar dan matang

Permainan Luas dan Kraf Kayu (Woodcraft)

Mampu mengelolakan sesuatu acara atau majlis rasmi

Berpengetahuan tentang sebarang isu semasa termasuk berita Pandu Puteri tempatan atau dunia

Berkebolehan membuat kraftangan yang menunjukkan kemahiran dan daya kreativiti sendiri

Menunjukkan kemahiran dan kepandaian mencipta dengan serta merta

Mengamalkan pengurusan kerja secara sukarela dan berperaturan mengikut sistem kumpulan

Kebolehan berucap secara spontan

IMEJ KENDIRI

Calon Pandu Puteri Raja dianggap mempunyai pakaian seragam yang lengkap, betul dan sesuai mengikut aktiviti rasmi atau tidak rasmi yang sedang diikutinya. Teguran mengenai pakaian seragam tidak seharusnya berlaku tetapi akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Memahami dan mengamalkan etika sosial yang sesuai.

Mempunyai keyakinan diri.

Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan.

Bersedia bekerjasama, hormat menghormati, bertolak ansur, cergas dan cekap.