kritikan jurnal 2 prof shah

7
1.0 Pengenalan Jurnal yang dikritik adalah bertajuk Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar- Satu Kajian Kes oleh Mohad Anizu Mohd Noor dan Siti Salwa Mohamad dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Penulis jurnal ini sangat menitikberatkan kepentingan aktiviti pendidikan luar dan faktor motivasi instrinsik serta ekstrinsik kearah penglibatan pelajar dalam pendidikan luar. Penulisan jurnal ini dimulakan dengan memperkenalkan cabang sukan dan kepentingan aktiviti luar yang dapat mendorong kepada sikap yang baik serta mempunyai daya kepimpinan yang terpuji. Penulis menekankan bahawa pendidkan luar adalah makmal hidup kerana melibatkan alam sekitar dan membolehkan pelajar bergiat aktif untuk memerhati, menyiasat, menyelidik,meditasi dan sebagainya yang mana penulis menganggap pendidikan luar adalah satu cabang sukan yang sangat penting kepada pembangunan sahsiah diri pelajar. Penulis juga telah menceritakan tentang masalah guru bukan opsyen di sekolah yang mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan termasuklah pendidikan luar yangmana beranggapan bahawa guru bukan opsyen tidak mempunyai kualiti dalam penghayatan dan penjiwaan sebenar matapelajran yang diajar dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan nilai sebenar pendidikan jasmani dan pendidikan luar. Bilangan guru perempuan lebih ramai daripada guru lelaki juga dijadikan sebagai isu oleh penulis yangmana penulis cuba mengaitkan

Upload: faiz

Post on 23-Jan-2016

135 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Jurnal 2 Prof Shah

1.0 Pengenalan

Jurnal yang dikritik adalah bertajuk Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan

Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar- Satu

Kajian Kes oleh Mohad Anizu Mohd Noor dan Siti Salwa Mohamad dari Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Penulis jurnal ini sangat menitikberatkan

kepentingan aktiviti pendidikan luar dan faktor motivasi instrinsik serta ekstrinsik

kearah penglibatan pelajar dalam pendidikan luar.

Penulisan jurnal ini dimulakan dengan memperkenalkan cabang sukan dan

kepentingan aktiviti luar yang dapat mendorong kepada sikap yang baik serta

mempunyai daya kepimpinan yang terpuji. Penulis menekankan bahawa pendidkan

luar adalah makmal hidup kerana melibatkan alam sekitar dan membolehkan pelajar

bergiat aktif untuk memerhati, menyiasat, menyelidik,meditasi dan sebagainya yang

mana penulis menganggap pendidikan luar adalah satu cabang sukan yang sangat

penting kepada pembangunan sahsiah diri pelajar.

Penulis juga telah menceritakan tentang masalah guru bukan opsyen di

sekolah yang mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan termasuklah pendidikan

luar yangmana beranggapan bahawa guru bukan opsyen tidak mempunyai kualiti

dalam penghayatan dan penjiwaan sebenar matapelajran yang diajar dan secara

tidak langsung ia boleh menjejaskan nilai sebenar pendidikan jasmani dan

pendidikan luar. Bilangan guru perempuan lebih ramai daripada guru lelaki juga

dijadikan sebagai isu oleh penulis yangmana penulis cuba mengaitkan factor

intrinsic dan factor ekstrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pendidikan

luar.

Dalam bahagian perkembangan penulisan jurnal, penulis banyak

menggunakan pernyataan masalah yang melibatkan guru kerana ini menjelaskan

bahwa responden kajian adalah berkaitan dengan bidang pendidikan iaitu pelajar

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( sains Sukan ), Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Secara keseluruhannya penulisan

jurnal ini adalah bertujuan untuk mencari hbungan diantara motivasi dalaman diri

dan luaran serta mencari sejauh mana perbezaan motivasi ini memberi kesan kea

tas penglibatan pelajar dalam pendidikan luar dan cuba menyelesaikan masalah

Page 2: Kritikan Jurnal 2 Prof Shah

yang diutarakan iaitu menyentuh tentang guru yang tidak berpengalaman, pentadbir

yang tidak memahami dan hubungan dua motivasi.

2.0 Kritikan Jurnal

2.1 Kekuatan Jurnal

Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Penulis berusaha untuk

menunjukkan perbezaan dan perkaitan motivasi intrinsic dan ekstrinsik dalam

mempengaruhi penglibatan para perlajar terhadap aktiviti pendidikan luar iaitu

dengan menjelaskan definisi pendidikan luar pada pengenalan yang mana tajuk

kajian ini adalah berkaitan dengan satu kajian kesukarelawan pelajar dalam aktiviti

sukan. Pendidikan luar juga adalah salah satu aktiviti kesukarelawan yang secara

tidak langsung mereka tidak mengharapkan ganjaran yang lumayan. Dari penelitian

biasa perkataan yang melibatkan sukarela adalah sebenarnya merendahkan nilai

motivasi ekstrinsik kerana ia adalah menjauhkan diri dari menerima ganjaran luaran.

Penelitian jurnal kepada pernyataan masalah kajian adalah jelas dengan

mengutip kata-kata pakar dan penyelidik sebagai menjelaskan maksud motivasi

dalaman dan luaran. Penulisan begini memberi kekuatan kepada pengukuhan dan

ketekalan definisi dan penulisan pengkaji kerana ingin membuktikan bahawa kajian

yang dilakukan pernah dilakukan oleh orang lain dan mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi. Penulis juga merujuk kepada rujukan lain seperti akhbar untuk

menguatkan hujah kajian.

Kekuatan yang seterusnya ialah pernyataan objektif kajian serta kepentingan

dalam kajiannya adalah ditekankan lebih menyeluruh dan berurutan memudahkan

para pembaca untuk memahami satu persatu kehendak kajian penulis dari segi

objektif dan kepentingan kajian. Pemnulis juga menjelaskan kaedah analisis data

secara berkhemah kerana setiap dari penerangan mempunyai rujukan pakar dan

fakta adalah sah contohnya seperti menjelaskan kajian dibuat secara kajian

deskriptif dan inferensi. Diikuti kajian kolerasi sebagai mengkaji perkaitan

pembolehubah dan perkaitan variasi pada pembolehubah.

Penulis juga menjelaskan kaedah mendapatkan kajian soal selidik yang

mempunyai keboleh percayaan dan kesahan item dengan pembahagian sub-topik

dari bahagian A sehingga C. Penulis menjelaskan polulasi kajian yang berfakta .Dari

Page 3: Kritikan Jurnal 2 Prof Shah

segi instrument kajian penulis menjelaskan soal selidik motivasi di ambil dari kajian

lalu oleh Gill, et. Al. (1983) dan Longhurst dan Spink (1987) yang diubahsuai dan

diukur dengan skal Likert. Selepas itu penulis juga menjelaskan untuk mendapatkan

kebolehpercayaan dan kesahan alat yang dibina dengan membuat kajian rintis.

2.2 Kelemahan Jurnal

Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah penulis tidak menjelaskan

tentang definisi motivasi dan pendidikan luar di awal pengenalan secara berfakta

dan merujuk kepada mana-mana kajian terdahulu kerana tida petikan dari penulisan

ataupun kata-kata pakar. Penjelasan yang kuat di awal penulisan adalah amat

penting kerana pembaca ingin tahu makna dan definisi pemboleh ubah secara jelas

dan berfakta. Walaubagaimanapun penulis ada menjelaskan definisi pendidikan lua,

motivasi intrinsic dan ekstrinsik pada bahagian lain penulisan.

Kelemahan kedua ialah penulis tidak menjelaskan maksud dengan jelas 1

SPS. Ini akan membuat pembaca jurnal akan tertanya-tanya apa maksudnya yang

sebenarnya. Sepatutunya penulis menulis perkataan dan maksud keseluruhan

singkatan tersebut dan barulah boleh menulis ringkasan dibelakangnya pada awal

pengenalan. Pada bab yang lain penulis bolehla menulis ringkasan perkataan itu

kerana pembaca sudah maklum maksud ringksan perkataan itu pada awal

pembacaan.

Penulis menyatakan masalah kekurangan guru yang berkelayakan dalam

aktiviti luar bilik darjah. Penulis juga menjelaskan bahawa pentadbir kurang arif

mengenai program pendidikan luar di dalam penulisan pernyataan masalah.

Kelemahan disini ialah penulis tidak menjelaskan apakah perkaitan antara masalah

guru dan pentadbir diatas terhadap factor motivasi intrinsic dan motivasi ekstrinsik

ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan luar.

Penulis telah menyediakan hasil kajian dengan hanya paparan rajah pekali

Alpha Cronbach dan jadual analisis Min dan Sisihan piawai. Seharusnya penulis

perlu menggunakan lebih banyak grafik dan bukan hanya mendedahkan fakta

sahaja. Pembaca akan lebih tertarik untuk membaca jurnal jika ada carta ataupun

rajah bagi menerangkan intipati jurnal.

Page 4: Kritikan Jurnal 2 Prof Shah

Sedikit kelemahan juga ada pada penghasilan modifikasi item soal selidik dari

yang asal. Selain membuat kajian rintis terhadap responden bukan kajian sebenar.

Pengkaji perlulah mendapatkan panel pakar dalam menentukan item soal selidik

yang mempunyai kebolehpercayaa dan nilai kesahan yang tinggi. Rujukan panel

pakar adalah sangat penting untuk menentukan kesahan alat atupun item yang

digunapakai dalam satu kajian.

Penulisan menjelaskan perbezaan dapatan kajian oleh pengkaji terdahulu

dan menimbulkan satu persoalan lain dan berbeza dengan dapatan kajiannya iaitu

hasil kajian penulis menyatakan bahawa motivasi intrinsic adalah factor tertinggi

menyumbang kepada penglibatan pelajar terhadap aktiviti pendidikan luar. Penulis

juga menjelaskan dapatan kajiannya ialah tahap factor motivasi intrinsic adalah lebih

berpengaruh berbanding dengan factor motivasi ekstrinsik. Mendedahkan

perbezaan hasil kajian adalah satu kelemahan dalam kajian penulis kerana hasil

kajiannya tidak sama dengan hasil kajian pengkaji terdahulu dan nilai kajiannya

adalah rendah berbanding kajian oleh pakar dalam bidangnya. COntoh perbezaan

kajian ialah kajian Harackiewics dan Elliot ( 1993 )yang berpendapat bahawa

sebarang tujuan bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang

mempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang

berbanding individu yang kurang bermotivasi. Berlainan denga kajian yang dilakukan

oleh Yusof Ismail ( 1989 ) yang menyatakan pelajar yang melibatkan diri dalam

sukan dan mendapat dorongan yang lebih daripada jurulatih menjadi lebih peka

pada persekitaran serta menunjukkan perbezaan dalam mutu pencapaian. Kajian

disokong pula oleh Muhammad Rafee (1990 ) dimana factor luaran seperti rakan

sebaya, aktiviti yang diadakan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti

pendidikan luar.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini telah berjaya mengenalpasti

factor diantara motivasi intrinsic dan ektrinsik yang mempengaruhi penglibatan

pelajar-pelajar tahun 1 program sains sukan terhadap aktiviti kegiatan luar dalam

konteks pelajar dan bukannya pada konteks keseluruhan populasi manusia.

Pengkaji berjaya meninjau factor motivasi intrinsic dan motivasi ektrinsik dan

kepentingannya adalah kepada pelajar dalam konteks kajian dan pihak pengurusan

Page 5: Kritikan Jurnal 2 Prof Shah

fakulti pendidikan. Pihak Kementerian Pendidikan sangat memerlukan dapatan

kajian yang memberi kesan kepada peningkatan kualiti pelajar tidak hanya

mengkhusus kepada pelajar sains sukan sahaja malah diharapkan dapat mengkaji

lebih jauh dan menyeluruh.

Sebagai mengakhiri kritikan jurnal ini diharapkan supaya akan taanpil lebih

ramai pengkaji baru yang berminat untuk mengkaji permasalahan ini dengan lebih

mendalam dalam populasi yang lebih besar dan menggunakan instrument yang

lebih berkesan. Dengan kerjasama semua pihak dalam bidang pendidikan

diharapkan bidang pengkajian dalam sains sukan termasuklah pendidikan tidak

dipinggirkan oleh pentadbir akademik yang lain kerana sukan dan pendidikan juga

adalah satu item yang penting dalam pembentukan insaniah yang holistic dari segi

jasmani, emosi, rohani ,intelek dan social.